Country Chicken

Bila masuk saja foodcourt, bau paling terror rasa nak siku dia ialah bau KFC. Tercabar-cabar saliva I. Pastu nak pujuk diri, banyak-banyakkan mengenang iklan burger kepingan bacon dalam TV. Pastu terus geli dah. HAHA. Bila tah nak ada KFC Halal di sini T___T Pindah kang. HAHA macam ada orang peduli kalau I pindah dari sini saja :P

Last week pergi rumah Kak Maryam. Dia jemput datang lunch. Lagipon saya tak pernah pergi rumah Kak Maryam lagi. Dipendekkan cerita (nama saja pendeklah, nanti entry ini tetap panjang juga) ada yang bagitahu dekat husband saya, dekat Brisbane ada fried chicken halal. Where where? Excited gila nampak sangat ketagih KFC. Tak dapat KFC pon tak apalah T_____T Dapat WFC pon jadilah. Aik apakah tersebut? HAHA itu bukankah plat number kereta bapaku? HAHA gedik gila. Okay teruskan.

Punyalah tak bersabar kami suami isteri ini, balik dari rumah Kak Maryam terus turun town. Pheww. Lama betul tak turun Brisbane. Masih samakah kota tersebut? Heh over. Ya ya. Masih sama. Masih banyak fly over dan bridge sampai mempeningkan kepala. Masih terdapat Brisbane River yang manis sekali menyerikan kota. Ok takyah cakap yang itu anda mana peduli lah bukan?

Pendekkan cerita lagi.

Kami dah rasa dah Country Chicken. Halal. Agak sedap cuma cara dia masak ayam tu gred B sikit. Overcooked ke apatah. Namun bolehlah dibuat melepas gian bila sesekali terasa kecanduan. HAHAHAHAHA kenapa pakai ayat macam itu? Tidak senonoh sekali.

DSC05078

Model sedang menjamah hidangan ala-ala TWISTER. Agak sedap boleh blah juga.

DSC05076

Sebenarnya nak tunjuk ayam tapi kentang overshadow. Kita maafkan saja dia.

Jadi siapa-siapa di Brisbane dan sekitarnya, bolehlah ke Country Chicken. Terletak di Fortitude Valley (kalau tak tahu tanya GPS, pasti tahu) Atau lagi senang, terletak di Mc.Whirter’s Building. Pandai-pandailah paksa GPS anda carik sampai dapat. Kalau GPS anda kata ‘Sorry, please try again’, selamkan saja GPS tersebut ke dalam Brisbane River selama 4 minit ke apa.Heh tetiba nak emo dengan GPS.

Satu lagi informasi HALAL nak bagitahu. Ceh aku macam pegawai JAKIM saja. Tapi mencari yang HALAL itu kewajipan semua. Baiklah Chika, baiklah.

Di Coles atau di Woolworth punya supermarket, ada menjual frozen chicken fillet yang halal. Jenama BAIADA. Not bad rasa dia. Hep biasa tu nak memilih. Asalkan halal sekarang ini I sapu saja. Takda kira dah dia punya tahap sedap tu gred A ke B. HAHA. Nak demand balik Malaysia. Baiklah, emo lagi sekali. Biasalah, 23 tahun, emo.

Maka dengan ini, saya juga berharap saudara-saudari yang berada di Queensland ini boleh berkongsi maklumat HALAL dengan saya. Sebab I pantang tahu ada kedai Halal, terus pergi. Atau kalau terjumpa Red Rooster Halal ke apa. KAH KAH KAH mana mungkin. Tapi itulah dia. Sesekali macam teringin pulak aku mentengokkan ayam dia bukan main hebat dengan iklanĀ  berwarna merah. Kesian anak-anak aku nanti tak boleh makan KFC dengan Mc.Donald. Tapi tak apalah. Masakan ibu lebih mulia. Okay nak pergi tempah frame ; MASAKAN IBU LEBIH MULIA sekarang tampal dalam rumah nanti anak-anak kelak boleh keep in mind.Pastu tak gatal dah mintak fast food.

Huh.

Sebelum saya suruh anda bersurai, ada lagi satu pengumuman. Tapi ini bukan pengumuman JAKIM. Ini pengumuman ARCHUSTIC.

Universiti Kesayangan Malaysia , UKM akan menjadi host untuk Architectural Workshop yang ke XXII.
Untuk itu, selaku warga Jabatan Senibina UKM (I masih warga lagi, please), saya suka sekali untuk menarik perhatian mana-mana pelajar Architecture di MALAYSIA untuk menyertai Facebook Group untuk workshop ini. Siapa join dia handsome dan jelitawan. I paksa sekarang join. Lain-lain cerita berkaitan workshop barangkali boleh saya kongsikan kelak. Sebab sekarang ini saya pon tak berapa nak tahu apa-apa. Biasalah. I sekarang arkitek rumah tangga saja T___T

Join sekarang.
http://www.facebook.com/home.php#/group.php?gid=184707591634

With Love.

Selamat hujung minggu semua. Buat apakah hujung minggu ini? Okay tak apa takyah cakap. I tak berapa nak tahu pon. KAH KAH KAH.

Recent Entries

26 Responses to “Country Chicken”

  1. myra_bunny Says:

    x pe lah kak chika…
    x dapek kfc kt brisbane, dpt yg sewaktu dgnnye pon jd lahh…
    hehehhe…
    hmmm….nnt blik mesia…
    mkn la kfc byk2 k…huhuhu….

    chika Reply:

    Tu la masalahnya pulak.
    Bila dah balik malaysia, tak teringin langsung KFC. haha

  2. p-ja Says:

    hehe…walaupun chika tak nak tahu pja tetap nak story….heheh..(over plk)
    Semalam lunch time pja masak Bowties salmon bercili…(licin di mkn) today pja bake bread pudding plk..yummy…
    Chika plk masak ape d hujung minggu?..

    chika Reply:

    nyum nyum. Chika sekarang tak masak dah. HAHAHA. Sebab I malas makan. And then husabnd pon keje. Makan benda light light saja. Takpon keluar makan :D

  3. lumut Says:

    CFC..country fries chicken ke chika?
    sini pon ade..itulah tempat nak lepaskan gian kat ayam kfc..

    huhuhu..layan je chika..hehe

    chika Reply:

    Memang layan je.
    HAHA ok la tu daripada takde. mmg nasib tekak dan perut perantauan. HAHA

  4. lumut Says:

    *fried

    chika Reply:

    ha salah eja. tolak dua markah

  5. najiahtul Says:

    hi!u have such a nice&interesting blog!!!luv ur blog very much!!!i’m following u and don’t hesitate 2 follow mine.please wlcm 2 my blog.It will be a great pleasure for me!
    http://biarblogyangberbicara.blogspot.com

    chika Reply:

    Thank you very much :) Will click at yours :)

    najiahtul Reply:

    thanx so much!!!

  6. aisya Says:

    hi chika

    klu kt melb red rooster halal.. so kt brisbane pn halal jgk kot :P
    tp red rooster x sedap.. iklan je nmpk sedap.. kitorg try sekali terus x mo dh… siap menyesal lg.. haha.. x rugi x mkn :p

    kt brisbane i pnh mkn kt st lucia la.. x sure kedai tu ada lg ke x.. klu ada mesti u dh try kn :)

    chika Reply:

    Hi Aisya.
    Oyye ke halal kat melbourne? kat melbourne tu semua pon halal. KFC pon halal kan. I tak sure kat brisbane halal ke tak red rooster dia. Sebab tak pernah dengar. Even i dok carik pon tak jumpa info yang meyakinkan. Lagipon dia jual bacon la. I tak laluuuuu. HAHA.

    Oh tak sedap heh? My husabnd pon cakap, roasted chicken je taklahj sedap mana kot. Tapi tu la, bila tgk2 iklan dia rasa macam teringin je. HAHA. Kalau tak sedap ok takpe. Tak kesah dah. HAHA

  7. farah Says:

    hehe..salam kak..best la baca blog akak ney.. akak ney gila ar..opsss sori..gila2..hehehe/..da lama da saya n kawan2 ikuti blog akak ney…tapi sebab blog akak ney tak leh gerak2 so kitaorg pun tak gerak la..just depan laptop jer..haha,,saya wat lawak..kalau akak tak gelak..biarla saya gelak sowg2:( papepun moge akak eppi and bahagia ngan suami..

    chika Reply:

    Terima kasih baca blog akak.
    Terima kasih doakan untuk akak and husband.
    Kirim salam kawan-kawan eh :D

    farah Reply:

    kawan2 kem salam balik:) kitaorg baca blog akan ney,,even tengah study pun,,hehehe:)
    semangat2 nak kawin,,hahaha..

    chika Reply:

    hep study dulu! haha

  8. .i.b. Says:

    i baru nak jawab buat ape weekn ni…. haha~~~

    chika Reply:

    Okla okla. Jawapla….
    haha

  9. cik muda sara Says:

    wah..tetiba teringin nak makan KFC..err.makan kfc lah malam nie..yea!

    chika Reply:

    Baiklah T___T

  10. pphoenix Says:

    oh ini bukan info halal area queensland
    cuma berkongsi cerita kepada para pembaca chika
    haha tak padan tumpang publisiti

    cuma nak berkata kepada chika bahawa walaupun ayam KFC tersebut berbau sama dengan bau KFC malaysia, ada kemungkinan tak berasa sesedap KFC malaysia
    sbb my chinese friends kat Korea penah try KFC Korea dia kata rs langsung tak sama
    maka ada possibility kalau KFC Queensland halal pun mungkin tak sesedap KFC msia
    pendek kt KFC msia terbaik. dah la halal sedap lak tu :D

    chika Reply:

    I agree!
    Sebab I penah makan KFC Arab Saudi… sangatla tak sedapnya. Masiiin.
    HAHA. I pon rasa betullah. KFC malaysia sedap. Lagipon KFC malaysia dimiliki oleh malaysian.
    :P

  11. kdee Says:

    ok la tu chika..hehee…tetibe nak fries kat McD.huhu

  12. fara d Says:

    owh….tak sempat baca atas2….tgk gambar2 aja dulu. tapi….amat tertarik kat info terakhir tuh. hehehe

    thank u for promoting the group nurul!! MWWWAH!!

    bukan archi students pun can join the group! come come!!

  13. nadiayuna Says:

    chika kelihatan kurus di situuu. heheh. dan nadia adelah jeles. huhu. bilelah nak kurus neh =p

Leave a Reply