SEVEN ELEVEN

Inilah dia contoh Sabtu yang memboringkan. Bila suami on call 13 jam. Bila I kena tinggal 13 jam. Bila tak ada kerja lain ulang Mario Cart 13 kali. Bila kena jawap phone yang tidak bermanfaat sebnayak 13 kali (contoh). Apakah punya Sabtu. Terlalu bosan. Hari-hari lain bosan tak apa. Tapi kalau weekends pon kena bosan juga, berasa tidak fair sekali. Definisi bosan saya mungkin bukan yang anda bayangkan. Bosan terdefinisi bila suami tak ada. Lagi-lagi bila dia on call.

Baiklah I tak komplen. Sebab banyak benda boleh buat pada 13 jam yang solo ini. Boleh mengemas dressing table. Boleh mengemas chicken. Kitchen lah. Boleh menguruskan baju-baju dan sebagainya. (okay on lagu WANITA sekarang)

Hujung bulan ni, husband akan on call malam selama seminggu. Yahooooooooo. Aik bukankah tadi bercakap macam sedih? Err. Sedih sebab akan membosan pada waktu malam. Namun demikian, seminggu selepas itu beliau akan bercuti selama seminggu pula. Inilah pula contoh kepada kata-kata yang berbunyi ; Berkerja-kerja dahulu, bercuti-cuti kemudian. Harap dapat pergi holiday. Holiday hujung tahun macam satu agenda patut dibuat. Sayang, bawalah ku pergi. Okay macam malas dengar kata-kata macam ini. HAHAHA

Hari ini walaupon merupakan contoh sebuah Sabtu yang memboring, tetapi hari ini adalah SEVEN ELEVEN. Iaitu Seven haribulan Eleven. Genaplah 9 bulan saya menjadi isteri kepada Dr.Ahmad On Call (itulah asyik on call saja kan I dah protes macam ini) HAHAHA. Macam comel juga nama tersebut. Romantis sekali.

Rasa macam baru tengah hari tadi diijabqabulkan. Aik sudah 9 bulan? Apsal I rasa macam baru 9 minit sahaja? Sungguh romantis berkata begini harap suamiku terhibur. HAHAHA. Setiap hari sepanjang 9 bulan ini diisi dengan mengutip dan menyemai cinta. Okay okay maafkan saja bahasa cinta penulis. HAHA.  Okay teruskan. Saya masih tak berhenti bersyukur sebab dipertemukan jodoh sebaik ini. Kalaulah kita ini dilahirkan sebanyak 13 kali ke dunia, 13 kalilah saya mahu menjadi isterinya. Ku bilang KALAU. Tapi tak apa. Kita dilahirkan sekali sahaja ke dunia. Dan akan dimatikan kelak sebanyak satu kali juga. Jadi untuk itu, saya berharap akan menjadi isterinya untuk sekelian hidup dan kesekelian waktu sesudah mati. Senang cakap, dunia akhirat. Insyaallah.

Semua lelaki I tak pandang dah. HAHAHA kerek gila. Sebab syurga saya ada pada suami saya sahaja jadi tak akan berguna satu sen pon kalau memujai lelaki lain. Bukankah begitu? Err. To express love, susah. Jadi takyah express lebih giat lagi. Yang penting ikhlaskan hati.

Sayang Sweetheart,

Lagi 3 jam you akan pulang ke rumah kita yang manis ini. Tapi kenapa 3 jam rasa macam 3 ratus jam? I dah tak boleh bersabar dah. Jangan sampai I pergi hospital sekarang carik you. Eceh. Mana mungkin. Keluar rumah pon tak berani, ada hati nak ke hospital memang kelakar. I love you one. You’re the sweetest thing happened in my life. Redhakan semua perbuatan I selama ni, I mohon :) Okay Sayang. Malam ini kita makan CINTA sahaja. Sebab I tak masak T_______T Tapi tak apa. Nanti I ikhtiarkan sesuatu.

Apatah aku cakap neh.

Baru kejap tadi husband saya call. Dia cakap ; Yang, lagi 3 jam I balik rumah. Yang, kenapa tak update blog?

Lantas I pon update blog.

Recent Entries

30 Responses to “SEVEN ELEVEN”

  1. nurull Says:

    semoga kak chika terus bahagia :) ameen

  2. anot Says:

    haha.
    okey. aku nak komen haha je
    boleh tak? kire mcm komen yg positif la ni.
    hahahaahaha.

    swit gle ah aku ni!
    phewwww =)

  3. Abby Says:

    Seperti saya juga, yang seperti ditinggalkan suami berkurun lama lebih-lebih lagi dirinya yang kerja shift dan pada hujung minggu…

    Kangen!~

    Happy monthiversary for Chika&hubby (^_^)

  4. orked Says:

    chika chika….i doakan u bahagia smpai akhir hayat..ameennnn

  5. schikong Says:

    salam…

    wah.. teruja sy baca blog chika… selain itew rasa teruja sebab berani nak komen kat sini… before ni silent reader jer….. selamat melayari bahtera.. sy pun doakan awak owest di Rahmati n sejahtera sentiasa……

    p/s :tulisan awak menarik sy ke alam awak….;)

  6. suria Says:

    alal…so sweet…siap mkn cinta tu xtahan..uwah…suka2

  7. raudhatul ain Says:

    sumpa comel gile korang ude.adou kak chika!manis macam gule mlake

  8. n2n Says:

    ” Malam ini kita makan CINTA sahaja. Sebab I tak masak T_______T Tapi tak apa. Nanti I ikhtiarkan sesuatu.”

    HAHA kak chika comel!!!

  9. .i.b. Says:

    The Sweetest Thing. I like… ;)~~~

  10. aini noraini Says:

    chika….happily ever after…..aminnnn…:)
    bagus ni…isteri yang patuh…suami baru je tanya..terus dia update..hehe…

  11. lumut Says:

    ah apesal comel sgt u al neh..heeeee…

    suke2…

    hepi annivesary chika..
    ah comel!

  12. joegrimjow Says:

    haiyaa
    on call pon bace blog?
    kekeke!

    manfaatkan masa ber2
    sebelum ber3 4 5 kelak ;)

  13. eenasuzira Says:

    ada2 je nurul ni. mmg best baca blog awk.congrats!

  14. nadia Says:

    comel je u all ni. Husband on call pun masih boleh membaca blog manakala wife pulak, husband suruh update, terus gi update. hehe

  15. Nadya Says:

    Adehhh..u ni comel la chika..
    & ur husband sweet sgt..
    Ehh..takpe kan i puji Dr Ahmad ni..;p

  16. miss pink Says:

    salam.. chika. i dreamt of u last nite.. haha.. klaka kn? (pny la syok baca blog u smpi terbawak dlm mimpi). u dah grad blum? klau blum ble konvo? i nk jumpe.. i skang studi kt ukm..

    chika Reply:

    I dah konvo tahun lepas dah :P
    You UkM ke? Faculty mana?

  17. cik ian emo[?] Says:

    hehehe kiut jer.
    dapat isteri comel,
    suami penyayang.

    syukur.
    mudah2an selalu bahagia. Amin~

  18. Saffa Says:

    Chika, husband chika mmg akan check blog chika eyh kat hospital? Hahaha. Comel betul! XD

  19. nana Says:

    gila sweet la chika…sendiri plak mcm tunggu hubby balik kijer..huh..sweetnya..

  20. Noi Says:

    Hihihi..
    minat fahrin ahmad, dapat Dr. Ahmad.. much better :P:P

  21. david Says:

    semoga ex kekasih juga berbahagia

  22. cik muda sara Says:

    tahniah atas annversary 9 months…hehe, comel la.. bleh tanya nape tak update blog..

  23. kak ween Says:

    kiut entry nih. heheh happy 9 month anniversary adik! Semoga bahagia ke akhir hayat. kak ween doakan. ;)

  24. syeida alli Says:

    akhirnye setelah 2 minggu bermarathon blog chika (siap bermarathon bersama anak saudara darjah 2) akhirnye smpi ke garisan penamat jua… keep it up cik puan chika!

  25. miera Says:

    1.anda sweet
    2.beliau sweet
    3.anda dan beliau sweet
    .
    .
    .
    .korg mmg sweeeeeettt~

    hepi anniv. :)

  26. ikoko Says:

    cumil la korang ni..

    paling tatahan “Yang, lagi 3 jam I balik rumah. Yang, kenapa tak update blog?”

    uhuhu.. sangat cute~

    eh.. rasa macam dah komen macam ni ar sebelum ni.. haish..

  27. Yot Says:

    dear..kalau 9 bulan da nk kuar baby da tu. kekeke..ok ok tak kelakar. ampun2. dr ahmad sweet lah. on call on call pun sempat check blog bini lagik. hehe.

  28. fizah_fisha Says:

    cumil la…nk cmtu jgk bole? huhu

  29. kdee Says:

    wow!sweet la ayat chika..

Leave a Reply