BAGAIMANA INSPEKTOR BEKERJA.

Ini entry terakhir tentang PLAGIARISM (kalau nak lebih lagi, plagiat ah aku lagi) Lagipon dah cakap dah. Minggu ini MINGGU PESTA PLAGIAT. Siapa macam dah boring dah tak mahu dengar cerita ini lagi boleh pergi bermain di taman, atau pergi tidur atau pergi jahanam atau pergilah mana-mana kau suka I do not know. Bukan apa. Ada yang komplen-komplen belakang macam dah boring dah asyik baca cerita ini dalam beberapa entry berterusan (cakap depan-depan tengok, makan pelempang kiri kanan kang) Eh macam aku suruh kau baca saja. Takda hal lah kalau setakat 13 orang tak mahu baca. Tapi apsal macam muka kau mengendeng depan blog boring ini? HAHA suka nak tahu lah bukan? Tapi tak apa. Manusia memang macam itu.

Minggu ini sahaja saya benarkan orang cakap pasal kes plagiat yang ini dalam blog saya (yang kes akan datang kita cerita di masa akan datang. Don’t test me. I am ready for action) Lain-lain minggu I tak benarkan dah cakap lagi pasal ini. Siapa cakap siap dia. HAHA. Saya serius walaupon nampak macam tak.

Ada orang macam tak percaya saya dah CATCH orang berkenaan. Dia kata Chika main serkap jarang. Chika sengaja gebang. Gebang-gebang neh saya tak ada masa okek. Semua benda yang saya tulis dalam sini ialah cukup-cukup muat. Tak ada lebih, tapi kurang selalu ada.

Sebagai penutup kempen ini (bangga sebab ramai blogger menjayakan kempen ini walaupon saya tak suruh. Harap ramai yang mengambil iktibar) saya akan reveal yang saya betul-betul dah CATCH orang tersebut. Tak gebang okek tak gebang. Gebang, gebang, lempang kang.

Cerita dia macam ini.

Saya jumpa SUSPECT (ceh macam inspektor.Nyampah) secara usaha keras sikit. Takyah bagitahulah macam mana boleh jumpa suspect. Itu semua gara-gara kecuaian suspect sendiri sebab ‘pandai plagiat’ tapi ‘tak pandai camouflage’. Bila dah jumpa dia, saya terus hantar salam perkenalan. Sumpah ramah mesra aku macam angelic gila ayat. Di bawah ini saya sertakan surat salam perkenalan saya yang pertama. Harap membaca secara mesra. SECARA SANGAT MESRA sebab memang aku menghantarnya secara sangat mesra.

11bNice tak aku, nice tak? Susun ayat cantek tak boleh blah. Sungguh ramah dan penuh etika. Sebenarnya I am being SARCASTIC by the time. Habis takkan nak serang tak pakai helmet. Lagipon masa itu saya cuma buat tekaan saja yang dia MUNGKIN ada kene mengena dengan kes ni. Tapi tak baiklah tuduh tak bagi salam. Jadi sebelum menuduh, kita bagi salam dulu.

Salam Farrah :) (siap icon senyum sumpah nice aku ini)

Tunjuk dekat husband saya mesej mesra dari isterinya kepada suspect. Husband saya cakap ; Oooo this is good. Macam apa yang Windows selalu buat bila dia detect orang pakai software tipu. Windows tak kata yang you menipu, tapi Windows hantar mesej dia kata you ditipu.Lagipon tak elok you terus tuduh dia.

Nice one. Play sarcastic and dramatic. Not pathetic.

Beberapa minit selepas menghantar mesej pertama yang sangat mesra dan beretika itu, saya hantar lagi mesej kedua. Kali ini nak bagi sarcastic lebih lagi.

1c

Saya tunggu dia reply dengan hati yang tidak tertahan lagi. Macam tunggu email cinta dari suami saya suatu ketika dulu. Tunggu punyalah tunggu. Namun, tiada balasan yang kuterima.

Conclusion saya senang saja.

Saya hantar mesej panjang lebar itu beserta peluang untuk dia explain sesuatu (kalau dia ada sesuatu nak explain la) Saya juga berharap dia dapat buktikan yang dia tak bersalah dengan membalas mesej saya. Berserta bukti yang lengkap (sama macam saya bagi bukti sekarang ini) Tapi malangnya, tak reply juga.

Tiba-tiba, Sang Kancil pon menipu Sang Buaya. Heh Chika jangan gatal buat kelakar sekarang!

Tiba-tiba.

Saya check inbox lagi sekali. Tak reply. Saya try masuk profile dia. Wuttahush! Dia dah off profile dia. Even dia dah kick me out from her friendlist (waaaa kita berkawan ye sebelum ini saya tidak sedar pon T___T ruginya saya) Sedih tau saya sebab kena reject. Macam saya plagiat awak pulak T___T Tapi tak apalah.

11

By the time saya hantar mesej yang ketiga di atas, saya tahu dia tengah online. Slowly saya perhatikan. Dia ubah header blog dia. Kemudian dia buang entry-entry yang dia rasa nak buang. Pastu I sound dia suruh buang semua entry yang I punya. Ting! Magik sekali. Semuanya lesap. Dan dia telah mengosongkan blog tersebut seperti gambarajah di atas. Indahnya panorama header. Kan manis macam itu.

Jadi saya dah dapat bukti pertama ; Dia tak berani nak reply mesej saya padahal saya hantar mesej bukan sikit punya mesra. Siap bagi chance untukd ia explain anything bagi pihak dia. Dah lah tak reply, delete saya dari friendlist. Tukar prime photo on the spot. Dan lari bawa diri. Saya dah mula rasa, betullah dia terlibat. Tapi satu bukti mana best. Kita kena ada banyak bukti barulah INSPEKTOR nama dia.

2

Bukti kedua ; Dia memang ‘dekat’ sebenarnya dengan saya. Dia add saya as friend (entah sejak bila I tak pernah care) See. See. Saya boleh access profile dia suatu ketika dahulu (dua hari lepas) Tapi sekarang semuanya tinggal kenangan T___T (kah kah kah)

3

Kalau stalker tu, mestilah sentiasa dekat dengan kita. Jadi ini pon macam bukti juga yang dia memang follow saya. Ada 2 mutual friends lagi.

5Bukti ketiga ; Jeng je jeng. Dia salah seorang follower blog network saya omagad. Adek-adek yang lain, kalau nak follow, follow dengan sopan. Jangan sambil follow minum air. Tak baik, tahu!4

Dari profile dia (masa itu saya masih boleh masuk profile dia. Apalagi, I kutip semua laju-laju sebab dah tahu sangat dah. Mesti aku kena kick out punya kelak! HAHA) Saya dapat email dia. Jeng je jeng. Ini best.

9 - Copy

Dengan berbekalkan cogankata ; Young lady with brain, saya pon menggunakan brain yang selalu berguna ini. Saya simpan email dia. Saya pergi ke www.wordpress.com. Saya cuba mendaftar blog bersama wordpress menggunakan email beliau. Kalau email tersebut tidak lagi valid, bersaksilah beliau memang telah mendaftar di bawah wordpress. Jadi bersaksilah sangat dia ada sebuah blog bersama wordpress. Maka tidak hairan dan KEMUNGKINAN BESAR betul bahawa blog plagiat tersebut miliknya.

Ting!

Bukti keempat pon wujud ; Email address dia (yang saya dapat dari info dia di FB) tidak valid untuk registration. The email is already used (rujuk gambar di atas). Makin galak dan seronok pulak aku buat kerja yang belum tentu bermanfaat ini. HAHAHAHA.

7

Di atas ialah salah satu entry beliau (yang original tulisan dia sebab aku tak pernah tulis tentang kura-kura dalam blog aku). Untuk memastikan entry ini ada kaitan dengan hidupnya atau tidak, saya semak lagi profile FB dia. Dang!

8 - CopySalah satu album. Memang benar sekali. Dia mempunyai sepasang kura-kura bernama Busyuk dan Sayang.

Bukti kelima ; Benarlah bahawa dia terlibat dengan penghasilan blog tidak bermoral tersebut. Lain kali nak plagiat biar plagiat habis satu blog. Jangan selang seli dengan entry sendiri, nanti kebarangkalian nak kantoi adalah besar. (ini nasihat HAHAHAH)

Kalau nak cakap pasal bukti melalui tulisan dia di blog, memang ada beberapa lagi tapi tak apalah. Saya dah lenguh.

10

Dan akhirnya … bukti keenam ; saya ditendang keluar dari profile beliau. Macam sedih bukan? Tapi kesedihan diatasi sebab dah bertindak awal-awal kutip mana yang patut. Sekarang dah tak nak tahu apa-apa dah pasal profile dia. KAH KAH KAH. Kalau awak tak ada masalah dengan saya, kenapa nak lari pulak? Apsal nak delete saya? Apsal?

12

Gaaaaaaaaah! Apakah ni? Sanggup engkau curi gambar bunga mawar pemberian suami kepadaku? Sanggup engkau? Over sangat engkau ni. Punyalah indah dan sentimentalnya bunga mawar ini bagi kami berdua. Boleh engkau cakap ini bunga mawar dari BAKAL SUAMI buat engkau? Oh aku sungguh sedih bila sampai bahagian ini. Nak pergi menangis bawah bantal sekarang!

Baiklah.

Sudah baca bukti? Suspect pon sudah lari dan diam. Saya pon sikit lagi dah nak maafkan dia dah. Sebab dia dah kosongkan salah satu blog dia. Dan kemaafan akan complete sebaik saja dia remove blog yang lagi satu. Pastu dah. Dah maafkan dah.

Saya nampak over react kali ini? Memang. Sebab dah banyak kali kena plagiat. Biasanya saya buat diam-diam saja.Ooooo mentang-mentang aku selalu cakap aku malas layan kes macam neh, kau ingat boleh main-main heh. Saya juga berbesar hati dengan tindakan ini. Sebab ada dua blog yang kerja dia copy entry random aku secara sikit-sikit lama-lama jadi bukit pon dah tiba-tiba hilang semalam. Aku perhati dah lama dah tapi malas nak kecoh. Nanti engkau cakap aku bajet diva.

Tolong heh. Saya bukan selebriti. Jadi takyah admire sangat sampai nak copycat lifestyle saya. Saya surirumah saja T___T Dah banyak bersabar dah ni dengan harapan akan menjadi perempuan sporting. Orang ciplak entry bukan sekali dua. Rezeki pulak saya dapat readers yang tahu saja benda-benda macam ni. Padahal saya sendiri tak pernah pulak jumpa sendiri. Itu belum lagi cakap pasal sebuah forum yang membuka topik kehidupan Chika. Whoaaaa kau ingat aku superstar? Kalau saya tak ‘garang’ macam ni, makin kencanglah forum tersebut.

Terima kasih kepada semua yang telah mengambil iktibar. Ada beberapa blogger dah terasa pedasnya pulak. Tiba-tiba dah pandai nak remove semua entry yang mereka pernah ambil dari saya. Sebenarnya saya malas nak cakap hal ini dulu. Sebab saya rasa macam, halalkan je lah. Bukan ke mana pon dia boleh pergi. Tapi rasanya pendidikan tentang BAHAYA PLAGIAT ini semua blogger (dan pembaca) kena tahu. Ini bukan benda main-main.

Sudah.

Saya tak dapat bagi profil penuh suspect sebab saya tak mahu anda tahu siapa dia. Kalau anda pon menyibuk nak investigate juga terpulang anda tapi janganlah dibesar-besarkan tentang SIAPA DIA. Saya dah maafkan dah. Saya buat ini bukan untuk dia seorang, tapi sebagai WARNING dekat semua orang. Selepas ini jangan main-main dengan entry aku lagi. Bukan macam nak bajet bagus. Engkau bolehlah nak link ke blog saya, nak link ke entry saya, nak pakai mana-mana bahagian yang berkejadah ke apa. Tapi untuk tujuan tidak sehat macam ini, NO WAY.

Semua orang, please eh. Jangan hantar komen ganas-ganas. Bad words diharamkan. Komen manis-manis sahaja. Dan kalau boleh, titipkan komen yang membina dan bertauladan kepada semua orang supaya kejadian macam ini tidak dianggap remeh.

Siapa maki hamun SUSPECT, siap dia. I tak benarkan. HAHA dapat pembelaan. Semua manusia berhak mendapat pembelaan atas kesalahannya.

Kepada Saudari Berkenaan,
Saya rasa awak patut hargai lifestyle awak. Tak ada banyak gunanya awak cuba buat-buat hidup dalam kehidupan saya. Sebab awak ada pekerjaan yang menarik (barangkali) Awak banyak mengikuti event yang menarik (menurut apa yang saya nampak). Awak kenal dan bergaul dengan orang-orang yang menarik. Life awak dah cukup menarik dah untuk awak abadikan dalam blog peribadi awak. Saya
tak rasa hidup awak bosan sangat. Jadi saya tak faham kenapa awak seronok nak ‘live’ my life =)

Aku dah bosan dah.Sekarang nak sambung main Wii. Kereta lumba saya dah makin power dah huyeayyy.

Recent Entries

50 Responses to “BAGAIMANA INSPEKTOR BEKERJA.”

  1. ~senyap membaca~ Says:

    saya first ke ni?…

  2. yonnaism Says:

    saudari farrah,
    kau bernasib baik sebab chika dah maafkan kau.
    kalau aku… (fill in the blanks)

    hope semua blogger ambil benda2 plagiat ni jadi pengajaran. takde kepuasan lah plagiat entry org. dulu time kecik2 taknak plagiat T__T dah besar2 pandai pulak hahha

    marilah tamatkan minggu plagiat.

    *potong riben sendiri2 ye semua cik2 seri*

  3. Kak NZ Says:

    Bravo Chika!
    U jangan resign jd blogger ye…I like your conteng2 ni very much..

  4. cik ara Says:

    huhuh begini akhir nye cite si plagiat.. hohohohoh.. i lambat masuk cite… yolah busy keje….
    semoga lepas nie dia boleh tulis ayat berdasarkan kehidupan dia.. toksahlah ciplak life orang lain.. ehehehheh

  5. kiera Says:

    salam chika..
    pendek cite “org” tu tak der life sebenar2nyew tu..
    btw..kasut nine west still jual ke tak?hehehe..

  6. minmim Says:

    Kepada Saudari Berkenaan,
    Saya rasa awak patut hargai lifestyle awak. Tak ada banyak gunanya awak cuba buat-buat hidup dalam kehidupan saya. Sebab awak ada pekerjaan yang menarik (barangkali) Awak banyak mengikuti event yang menarik (menurut apa yang saya nampak). Awak kenal dan bergaul dengan orang-orang yang menarik. Life awak dah cukup menarik dah untuk awak abadikan dalam blog peribadi awak. Saya tak rasa hidup awak bosan sangat. Jadi saya tak faham kenapa awak seronok nak ‘live’ my life =)

    ni aku paste je bukan plagiat :P
    dalam entry chika yg panjang lebar ni,
    aku senyum baca part ni je.
    tang ni baru nampak chika yg cool and
    go to he**- lah dgn org2 yg pelik nak amik life org lain kat luar tuh!
    yg penting kite buat2 baik sudahla.

    sudahla chika ko nak marah ke tak aku mcm tak support je entry ko yg ‘mensound’ pada pompuan si farah tuh.
    aku serius lagi minat dgr entry2 ko yg cool2 dan baca kisah idup ko yg hapy2 tuh.

    aku pening bila baca isu plagiat ni panjang2.
    dan aku pening jugak kenapa ada org mcm tuh
    dan org mcm tuh jugak buat aku pening baca entry ko berhari-hari mcm ni.

    aku nak sound sikit pompn mcm tuh ataupun ada jugak followers blog ko yg nak ada hati plagiat2 lagi ke apa ke.

    tolonglah hargai takdir dan kisah hidup masing2.

    Tuhan da tetapkan takdir yang ada hikmah untuk diri kite masing2, jadik tak payah obsess sgt dgn kisah idup chika ni!( Chika si surirumah? - tu aku pelik kenapa ada orang2 yg nak jadik mcm ko jugak)

    aku rasa kalau si farah tuh buat kisah kura-kura sayang busuk apa bendalah tuh, ada lagi ramai luar sana nak tahu kisah hidup blogger dan kura-kura ( agaknya la, aku tak garenti neh)

    ni sahaja buat masa ni.

    yonnaism Reply:

    itu lah masalahnya.chika housewife je pun.
    bukan artis mcm chika ahmad tu! err i mean fahrin ahmad versi perempuan :p

    fara d Reply:

    alaa….jangan la sebut si farah, nanti i plak yg terasa…budak tu faRRah…

    huhu….

    tetiba…. :P

  7. cinoi Says:

    awww that was a long entry.
    u sgt baik maafkan dia.
    mana dia x dtg minta maaf?
    mana?mana?minta maaf senyap2 pun xpa.

  8. nihas Says:

    salam…
    w/pun bizi tahap tahhapahapa, tapi masih meluangkan masa ikuti kisah detektif chika ne. huhuhu…bab ambik entri bunga tu mmg ketagori MELAMPAU. horror betul. tapi biasalah kot lumrah
    cm kata pepatah “rumput seberang sungai slalu nampak lebih hijau”.
    heh ada ker proverb ne, layan kan ajer la… take care chika.

  9. an2blur Says:

    Encik Chika, mintak sign.
    Ahaks.

  10. adeqq Says:

    alhamdulillah da selesai. takyah la nak havoc2 lagi pasal mende ni kan.

    and chika, good for you dah maafkan dia.. :)

  11. aNoi Says:

    Chika,

    Wowww…..sampai ke lubang cacing ko mencarik dia ye…

    Tahniahhhhhhhhhhhh!!!!!

    EXCO boleh letak jawatan dengan aman lepas ni…

    hehehehhe

  12. Alamfanacinta Says:

    Chika..serious minggu ni mmg minggu plagiat..~
    My blog entry yg x seberapa ni pn kena jgk..tp si plagiat nye org lain laa..~ n die jenis copy from many different blogger punya entri..satu entri die copy from blogger A, next entry from si B..Hah, mcm tu lah..
    Haisshh..~

    ok2..sbnrnye komen ni nk ckp ‘good job inspektor!!’

    p/s: kpd si plagiat: entri ni ko x nak plagiat ke? hahahahaha~

  13. haziqah Says:

    yeh that’s the attitude dr seorg blogger
    x ske blogger yg x matang pas tu mncarut2 dlm blog bila marah..
    kn budi bahasa budaya kita kn chika..:)
    yeh..sume org nye life msin2 differnt tp itu la unik nye..even kite down satu masa satu masa..but itu la life nama nye..

    owh..i pun ske siasat through tenet haha sgt cool :D
    tp mcm msih x phm dgn org2 yg plagiat ni..apa tjuan dia sbnar..nk bg blog femes? isy2..

  14. lyana si permaisuri Says:

    Ok POTONG RIBEN tanda bersurai

  15. mira zin Says:

    pathetic.mesti life si-peng-plagiat ni bosan sangat sampai kena tiru storylife orang lain.

  16. syakirah Says:

    good job
    kak chika!

    =)~

  17. Noi Says:

    HAHA.. tengok lah Noi ni.. takde life selain dari kehidupanku bersama hamster-hamsterku. Citer je lah pasal hamster, siap buat blog untuk hamster (T_T) better lah dari copy paste entry orang cam takde keje.
    (ni nasihat, bukan kutukan)

    Well.. no use to pretend to be somebody else…
    Tak seronok…

    Chika,
    sonok citer ni dah habis. Now boleh baca kehidupan happy plak :P:P

  18. Rara Says:

    nak jugak potong ribbon :((

  19. megat Says:

    mantap! dalam satu catatan tersembul keluar semua urat saraf (ha3).

    semoga menjadi tauladan kepada plagiat-plagiat lain pula.

  20. nana Says:

    bagus chika. nice one!!!…

  21. ciketon Says:

    camana terpikir nak plagiat..si polanah ini sgt minat dgn chika sampai berupaya mengasimilasikan kehidupan sehariannya dengan kehidupan chika..

    plagiarizer tahap dewa neh…

  22. Yot Says:

    tahnye..ape sedap tah masuk hidup kat dunia orang lain. ngehehe. hargailah hidup sendiri kan lagi nikmat. esok da tua baca balik blog ni baru feel. ha hambik..kan dah keluar semua bukti2 tak caye sangat dia chika akan bertindak. dah terkena baru kelam kabut nk lari.

    well chika..syabas kerana berjaya menjejaki makhluk berkaki dua tersebut.

  23. joegrimjow Says:

    susah la jadi glamer ni
    mungkin dia ANGAU nak ur hubby kot

  24. ciare Says:

    phewww i baru balek tgk filem pisau cukur u taip entri pjg2 eh chika =p tercungap2 nak membaca sebijik2 word tersebut :)

    btw, u’re such a good detective (detective conan bleh jalan skrg! hihi) dan mmg perlu buat camni. sbb mcm apekessss org lain nk copy kisah kehidupan sebenar kite kan. sbb masing2 ada life sendiri dan pasti ada pahit manisnya. standard lah kan. manusia x perfect dan ada jatuh naiknya.

    hmm ape pon, moga dia bertaubat dan x mencari mangsa baru. hehe ^___~

  25. wanida Says:

    hahaha…menarik..menarik…menarik!
    bru first time singgah blog ni dh ade kisah menarik…. klu dpt follow kes “inspektor” chika ni dr awal mesti lg superb best (drama betol!), anyway, kes dh selesai… congrats!

    psssttttt….wujud jgk org mcm tu kt dunia ni eh….

  26. lalalita Says:

    tabik springgg! kat inspektor chika

  27. chics Says:

    I think blog is personal, macam luahan hati [wahh haha] dan ada sentimental values so bila orang tiru, plagiat rasa sakit hati sangat.

    Bukanla rasa diri best tapi kau jangan nak meniru kehidupan aku boleh takkkk? Pergila cari life sendiri.

    Ok dah emo. Hehe

    Tata

  28. izi Says:

    chika, bila aku baca blog dia haritu kan
    aku rasa dia neh frust menonggeng pasal ex bf dia dulu kot
    memula aku rasa ntah apa2 la dia ni
    tp as i browse byk2 post dia
    i rasa dia tertekan pasal ex dia kot
    then when she read ur blog yg lovey dovey
    somehow she wishes her life ada org akan syg dia mcm husband u syg u kot
    kesian pon ada dekat dia
    tp mcm u ckp ah, life dia sbnrnya mcm interesting gak kn
    she should make something out of it
    haihhhh

  29. erin Says:

    akak mau entry baru dari chika… freshh..
    tak mo dah citer ini.
    anyway bravo girl~
    mg enspector gadget la awak charyurk.
    hak kita kita punya (^_^)

  30. Lady Qeen Says:

    hmmm… sekarang ni data personal memang mudah dikutip di mana-mana. Asal pandai godek-godek je. Password orang pun boleh hack.

    Memang brainless la sape yg buat bodo mcm tu. Online ni, jangan main2… Memang nampak remeh. Once screwed up, abeh ar nak sembunyi muka katne. Ni untung ar Chika baik hati masih mahu menjaga air muka makcik Farrah ni. Kalau tak, meraung kau satu Malaysia cop ko perangai buruk?

  31. nadia Says:

    taknak komen pasal si plagiat. Just nak cakap, good job inspektor chika! :D

  32. ummi adibah Says:

    HAHAHA, sangat gud!!well done chika.
    aku sangat tak bersalah mempilih chika sebagai idola di arena perblogan T__T over suda.

    bijak!!kagum aku macam tak reti nak habis dah neh dekat chika.T_T tolong kasihan sket.haha.

    to farah,
    bye-bye.

    p/s:aku suka bila chika hangin,naik ayat-ayat power.pehhh.best.macam khayal okeh.dadah betol.hehe.

  33. TeeNy TaRa Says:

    good job.. baru bace semua entry pasal plagiat haha terbaek… lol… btw im new here… and dont worry wont copy and paste ur life.. hahah… love the words ur using… sempoyy and slumber… most important thing of all… its u!! hehe takde nak copy paste life org laen kan.. lol..cheers!!

  34. anot Says:

    geli je kau izi.
    hahahahahahha.

    ko sebok plak bace cite pasal gadisterdesak buat apekah. bek kau pegi mengembala kambeng. aku ske makan kambeng. haha nurulhaizum, aku cam lari topik tapi takpe ah kan, aku malas nak cite pasal entry kau ni membosankan je gadis terbabit.

    skang musim ujan. aku basuh baju pn asek lembap tanak kering. anda bagaimana?

  35. ijat Says:

    so, end of the story ke kak chika??
    maka jadikan sbg tauladanlah kepada mr and ms plagiat terutama miss yang sorang tuh kan..baru terbuka mata ada ramai jenis manusia kat muka bumi ni…memacam hal tul..buat kak chika teruskan kisah2 extravagan akak..kalau ada orang plagiat lagi kita bagi beliau pelempang smpai tergeliat..yeah! ^_^

  36. yati Says:

    jadikan yang dah jadi sebagai pengajaran di masa depan. Bergembira & hargailah kehidupan sendiri.. tak kira di dalam blog atau di luar blog. Hormati orang lain & anda pun akan di hormati

    =) peace

  37. cik ian emo[?] Says:

    suke kamu berbahasa.
    menegur dalam lembut
    walau ada sinisnya.

    penat sabar dgn plagiat neh kan?

  38. kak liza (ex. nk@ngai) Says:

    akak nak suruh bdk TUUU belajar guna scoreA program laa… dari darjah 1 smpi tingkatan 5. ha ha ha. mungkin ada bab yg dia t’tinggal atau selalu ponteng kelas. sbb tu dia suka tiru org.

  39. Mel Says:

    Bravo..Puan Chika…Bravo!!

    To Farah, ketaq lutut & kecut perut ko bila Puan Chika jadi CSI eh…tu lah jgn sembarangan dengan Puan Chika. Just be yourself Farah!

  40. kdee Says:

    hai..farrah, farrah…get a life la

  41. mas Says:

    kihkihkih….
    rajin tol chika jd inspektor gadjet….
    tepuk2!!

  42. kau kecoh Says:

    aiseh tak payah la kecoh sangat, sebenanye banyak je lagi blogger2 laen yang diplagiat mcm neh..tp rilek je…kau ni keco tak hengat la

    chika Reply:

    Kau ada masalah?
    Kalau takde, blah.

  43. eenasuzira Says:

    nurul cane nak copy (frm fb or mane web) cam nurul wat tu? akak tak reti la..hehe..tlg email to akak caranya.

  44. sara Says:

    hello. first time sampai sini. belog unik..lawa2.geheee.. knp isu plagiat ni semakin banyak eh.. hairan. best ke tiru orang. or maybe.. macam mama saya kata.. “sebab anda terbaik..sebab tu la orang nak tiru kamu” kalau xbest..mmg takde orang tiru pun..

  45. fifie Says:

    oh my akak chika, tragicnya, kenapa maafkan dia? kenpa? HEHH

  46. Brella Mentarii Says:

    I’m so in love with this entry :) Good job . Tk salah rasanya nk buat entry panjang lebar about ppl y suka sgt semak or copy life kita as if life dy dull sgt :)

  47. vivi Says:

    funny la u.hee

    i baca ni pun terus i feeling macam inspektor polis yg menyiasat kes plagiat.haha

Leave a Reply