Menyelami Kehidupan Kaki Plagiat

LATIH TUBI I

Dearest abang bilik,

Abang makin meng-annoyingkan saya dari hari ke hari. Abang sangat buat saya rasa nak batuk kering depan muka abang.Abang sangat suka buat saya rasa nak tembak ke kepala abang dengan jarak dekat  (sedekat antara Brisbane dengan Payrak), abang selalu buat saya tambahkan dosa2 saya yang tak bersedia nak banyak ini. Abang mmg jahanam, abang patut ditikam (pantun satu kerat)!  Aku harap (eh aku pulak kantoi plagiat kejap aku kejap saya) sebelum saya blah dari Springwood ni, saya boleh buat banner besar2 dan saya akan tulis aku bencikan kau dengan dakwat warna merah! (dakwat Artline disarankan oleh pensyarah senibina)

Dearest kakak (eh kakak pulak) abang bilik lagi,

Abang ni mmg tak sedar diri lah. Hari tu dah kena bom dengan Kak Ziana (Bukan Zain) dan saya pun, abang tak faham bahasa. Heh, abang ni mmg manusia tak sedar diri! Abang tak willing nak berubah. Setakat abang buat bilik bau wangi ja, saya tak anggap sebagai satu improvement! Kalau lah boleh buat tembok dalam bilik tu, sumpah dah lama saya akan buat tapi tak tahu harga simen di pasaran sekarang. Dan yang paling penting, kalau saya boleh sihir abang keluar dari rumah tu, serius saya akan buat lahhhh! Nasib baik hati saya tak hitam lagi macam ahli sihir abang tau tak??? Saya pon tak tahu warna hati ahli sihir benarkah hitam bagai dikata.

Dearest abang bilik,

Tolonglah hentikan sifat2 annoying abang dalam rumah tu. Saya dengan Kak Angelina (ayok ayok kantoi lagi, tadi cakap Kak Ziana sekarang jadi Kak Angelina pula. Ayyok) tahan ni pun sebab abang tu dua sepupu Kak Gayah! Kalau abang bukan dua sepupu dia, mmg saya dah tauk semua baju2 almari abang kat luar rumah!!! Tak payah tunggu abang blah sendiri. Tak payah dah saya hadap perangai abang yang terlalu menyakitkan hati. Last week, lagi abang menyakitkan hati saya! Saya tak tegur perangai abang sebab saya menyampah lah nak cakap dengan abang! Heh, jangankan cakap, lalu depan abang pun saya paling muka. Abang sedar tak????



Karangan ini diplagiat dengan beraninya dari;

www.iidiarikuii.blogspot.com

.

LATIH TUBI II

Semalam, harimau bintang jiran sebelah naik atas kereta kuda abang dan kereta kawan dia. Pastu dorang keluar naik lori. Nasib tak baik  harimau bintang itu T____T Time dorang smpai rumah, terus dorang kejar harimau bintang tersebut. Sampai lembik harimau bintang tu dorang kejar. Ada ENAM PULUH EKOR (over gila plagiat). Semua dorang sembelih (terror tak sembelih harimau bintang?)  Pastu diorang bawak pergi kedai abang. Beli sos BBQ. Diorang buat BBQ. Pastu ajak aku join sama tapi aku tak join sebab harimau bintang tu harimau bintang jiran sebelah. Dahla tak mintak izin. Sengal betul.

Hari ni sekor harimau bintang pon tak muncul kat dalam kawasan rumah aku.Perasaan aku? BAHAGIA! Takdela taik harimau bintang tepek2 kat atas kaki lima. Takde calar balar kat kereta lagi. Tapi sampai bila???

p/s:- semoga tuan punya harimau bintang amik iktibar daripada kejadian semalam. Kurungla harimau bintang anda dalam sangkar burung jangan bagi merayau-rayau.


Karangan ini pula diplagiat dengan beraninya dari;

www.rozalizda.com

LATIH TUBI III

Tapi bukan tulisan Siam. Hah..? Tak paham. Meh I translate. Maksud dia : Minyak Cap Kapak ~ Tadi I duk tertonggeng-tonggeng kat Garden City tengok-tengok produk apa yang boleh menghabiskan duit I (eh, duit husband I bagi) hari ni. Pastu tertengok yang nih. Kat sebelah dia ada Mr Simpson Oh Mr Simpson punya minyak angin. I cium dan kiss-kiss dua-dua. Pastu I rasa yang ni lagi best. Macam soft jew bau dia, pastu botol dia kecik lagi comel, I pon grab lah apa lagi nak tunggu. 390 Dolar SAHAJA. Murah kan murah kan?

Dia ada bagi Warning :
Do not stay too long in the sun, even while using a product with sunscreen

Husband saya pun pernah bagi Warning :
Jangan pakai benda mengarut kat kulit, kang kulit rosak dah tak beauty and the beast

Saya akan kata :
Err… tak cuba macam mana nak tahu dia mengarut ke tak mengarut (tapi dia tak mengorat)
(Haiss, isteri-isteri zaman sekarang memang like that)

Ada sebuah lagi pendedahan akibat cuba mencuba produk.
Later lah I plagiat lagi.


Karangan ini juga diplagiat dengan beraninya dari;

www.queenlyana.com

.

_____________________________________________

Jangan pelik. Entry ini sengaja dibuat-buat bukannya terbuat-buat. Chika pon teringin juga merasa perasaan membuat plagiat. Jadi saya dengan berani matinya telah memplagiat entry rakan-rakan blog sewenang-wenangnya. Dan saya telah berusaha mengubahnya mengikut ragam dan tabiat saya sendiri T_______T

Engkau ingat senang nak plagiat? Dah lah tak feeling. Tak pasal-pasal saya ada roomate (rujuk latih tubi I) Lelaki pulak tu roomate aku sungguh Allah murka masuk neraka. KAH KAH KAH. Selepas itu kena adjust diri jadi jiran kepada pemilik harimau bintang (macam latih tubi II). Kemudiannya nak plagiat kehidupan Lyana pula (rujuk latih tubi III) saya kena bercerita tentang Minyak Cap Kapak. Engkau ingat ini kerja mudah? Sekarang macam admire dengan kaki plagiat. Sungguh strong jiwa dia boleh adjust diri dalam kehidupan yang bukan dia punya. Macam terror gila.

Naik juling mata aku nak ubah satu per satu perkataan. Sumpah orang yang buat plagiat ini tak ada kehidupan yang hakiki. Namun. Pengalaman ini sungguh fun.

Dengan itu, saya melancarkan
MINGGU MENYELAMI KEHIDUPAN KAKI PLAGIAT.

*potong ribbon*

Dengan slogan ;
MEMPLAGIATLAH BERSAMA KAMI.

Turut mengambil  bahagian :
Seri Lyana.
Seri Yonna.
Seri Rozalizda.
(HAHA semua sekali SERI)

Tapi ada satu lagi pembaca yang mengambil bahagian. Kelakar gila dan cool sekali.

HAHA.
Harap semua terhibur dengan hiburan kali ini.
Ini bukan hiburan semata-mata.
Ni warning neh.

Recent Entries

21 Responses to “Menyelami Kehidupan Kaki Plagiat”

  1. nana Says:

    chika….terbaik la.. hahahhahahahaaa ;D

  2. astrie dari venus Says:

    oh, ini tidak boleh jadik. name saye sudah astERI.
    hahahahahahahhaa.
    saya akan memplagiat staus fb saje. kuang kuang

  3. Darling Says:

    waahhhh macam best laks plagiat ni kan.. nak practise gaks le hehehhe

  4. Munirah Abd Says:

    perhh kes plagiat kian menjadi2x

  5. Munirah Abd Says:

    oo ini latih tubi..

    haha cacat xpaham entry

  6. eina Says:

    hoyeeeee!!! hoyeeeeee!!!! terbaik la chika… errr.. u tak nak try plagiat entry orang yang plagiat u ke..?? :p

  7. Dieyla Says:

    i yg tukang bace ni pun tak feel langsung! haha~
    yg entry yonna tu punye lah berapi rapi tapi bile u plagiat jadi mcm bukan entry marah pun. hahahahaha~ sumpah tak feel!

    harimau bintang mmg terbaek! hahaha~:P

    adeh. lawak! conclusion die, kaki plagiat mmg hebat!

  8. aini noraini Says:

    adeyyy…xde feel…lari sume emosi..tak macam baca entry asli u…berpeluh nak abiskn entri nie….pheww…-_-”

    mmg gigih btol la kaki plagiat itu…
    macamane die buat eh?
    tak paham…

  9. lumut Says:

    hahaha…
    memang makan dalam lah sape yg terlibat yerk..
    kengkadang ku x paham ape kejadah nye nak main plagiat neh..

    mcm xde life..
    x pon chika die mmg admire u gile2..
    xpon die buat blog semata2 nak dpt duit..
    so nak naikkan traffic..
    adesss…

  10. Lala Says:

    Okey ini memang klakar! ;p

  11. kdee Says:

    hahahhaha..nice!

  12. kdee Says:

    ingtkn nak buat assignment je ada plagiat.kat blog pon ada jugak?apa jadahnya.nasib baik kat blog bkn mcm university.xde lecturer nk bagi markah & check budak plagiat ke apa.kalu x, semua dapat ZERO je.hahaha

  13. seri lyana Says:

    heh, apsal sume pon jadi seri neh..? Meh singgit bayar royalti. hahahahaha

    giler berpeluh aku buat projek nih.. HAHAHAHA

    aini noraini Reply:

    yang bace pon berpeluh jugak nak abeskn…
    -_-”"

  14. bella razib Says:

    kakak chikaaaaa!!
    KAHKAHKAHKAH tak sangka betul bella razib masuk nurulism.
    okay ini bella razib yang ori eh. jangan nanti sume orang nak mengaku die bella razib sebab mentang2 chika cakap status aku cool sumeorang nak plagiat bella razib pulak. hahaha macambagus lah kau bella. :P

  15. ummi adibah Says:

    ehem.
    pestime komen, agak gelabah setelah sekian lama mengintip blog chika secara senyap.HAHA.

    baru lepas tengok blog si TUT itu.sebijik sekata seirama dia plagiat.adoiiii mengucap panjang jugalah.

    ‘kemaluan’ letak mana pon tak tahulah.macam sangat kasihan.

    sori chika.
    baru sanggup conteng.
    takpa, aku ttp silent reader engkau paling tegar.kagum tahap takblehblah dah aku neh.dadah dadah dadah bak kata sinchan.HAHA.

    hidop sabah.tetiba.saja hendak bagitau chika punya pencinta dari bawah bayu.haha.

    semoga dirahmati Allah selalu bersama suami :)
    salam.

  16. chah Says:

    hahaha.. gelak sorang2. mmg kaki plagiat btol la. terbaik punyer plagiat. teringat kt lecturer ku.. siap ade software ‘plagiarism checker’.. check esemen student copy dri mane. ahaha..

  17. liz Says:

    kalo jiran i bela harimau bintang, i jual harimau die kat zoo…takleh buat bbq..harimau bintang haram dimakan..hahahaha…

    i pening copy entry org buat mcm entry sendri..pensan la kalo hari2 nak buat camtu..org gila je sanggup buat rasenye

  18. fara-d Says:

    woahhH!terbaek lah! mari latih tubi lagiiI!

  19. sYaRa GreeNev0 Says:

    salam..
    akak!! saye x paham entry ini..!! hahah
    (oke2 saya kluar dr blog ini sekarang..hehe =p)

  20. abdfatah Says:

    serius aku tak faham… minggu plagiat ke apa?

    aku nak plagiat jugak laaa…

Leave a Reply