Tak Manislah Macam Ini
Saya anggap saja ini hiburan. Sebab nak anggap ini kemurkaan, macam tidak murka sangat. Nak anggap ini kebanggaan, kadang-kadang macam bengang sikit. Sikit saja. Tak apalah. Anggap saja ini hiburan. Harap terhibur.


Baiklah. Nasib baik dia macam realistik walaupon dah pinjam life saya secara tak bagi salam. Nasib baik dia tak anggap suami saya macam suami imaginary dia. Phew. Dia ini waras juga. Sebab masih sedar belum berkahwin jadi dia ubah semua perkataan HUSBAND kepada BAKAL SUAMI. Saya harap dia betul-betul ada BAKAL SUAMI T_________T Tangisan hati yang derita (lagu Khatijah ibrahim berkumandang)

Tak sangka ada orang sama-sama stress sebab kitchen dia bersemut. Hidup ini memang aneh. Lebih tak sangka, bila saya stress, dia pon stress juga. Tapi tak apa. Saya anggap ini kelakar.

Fuuuuu nasib baik dia tidak tergamak nak berangan nasik goreng cantik itu dia yang masak. Dah lah sedap nasik goreng itu. Nasik goreng terpaling berjaya pernah saya hasilkan kalau dia cakap itu dia masak, kecik hati aku. KAH KAH KAH. Atau barangkali, nasik goreng tersebut takda menarik minat dia untuk mentiru. Tak apalah. Suami aku sikit-sikit lagi dia nak tiru, tapi nasik goreng tanak pulak tiru. Nak tiru entry pon pandai memilih juga rupanya T_____T


Saya cakap saya nak pergi airport, dia cakap dia nak pergi PAYRAK (gediknya awak sebab eja macam ini. Orang Perak mesti kecik hati) Whoaaat? Memeluk bakal suami dalam dakapan? Tak manislah awak ni peluk-peluk bakal suami. Saya tahulah saya pon main peluk-peluk juga dalam entry awak janganlah tiru sampai macam itu sekali. Tapi saya pakai ayat proper ; Saya peluk suami saya. Tuhan tak marah. Tak manislah awak ni.
Baiklah baiklah. Saya balik Brisbane, awak balik Damansara Damai. Macam kelakar. Walaupon awak ni perangai tak manis, tapi awak kelakar. Kami semua suka orang-orang kelakar macam ini.
Kejap aku kena gelak lagi sekali. Hari ini banyak gas gelak. Esok aku jadi clown barangkali.
Tengok tu. Saya cakap keluarga emak saya ramai dekat Batu Gajah, dia cakap keluarga Baba (dan Nyonya) dia banyak dekat Payrak (I berasa gedik sekali mengeja seperti ini tapi tak apa. Dah janji nak anggap ini hiburan sahaja) Banyaknya persamaan kita. Semakin hari semakin serasi. Memetik kata-kata Nurul dan Ajai.


Ya Allah. Meniru entry ini memang perbuatan makhluk asing. Sumpah kelakar weh siapa tak gelak memang ah dia.
Chika jadi Farrah. Baiklah baiklah T______T Nama suami nasib baik dia tidak nyatakan. Phew, kalaulah dia plagiat sekaligus package dengan nama suami saya sekali, memang bulan ini saya sumpah dia sakit gigi berpanjangan. Comel kan sumpah macam ini?
Suami aku Doctor, BAKAL SUAMI dia Pakar IT. Aku berangan nak kahwen dengan ahli perniagaan, dia berangan nak kahwen dengan Doctor. Whoooo whoooo. Siapa? Doctor? Kejap I nak pergi simpan suami molek-molek takut dia plagiat suami I dalam angan-angan dia. HAHAHAHAHLAWAKBUKAN?

Dan yang ini adalah bahagian yang paling sukar untuk dimaafkan. Macam tidak kelakar langsung. Curi ayat romantis yang suami saya cipta saya memang tidak manis langsung. Tak senonoh la engkau ni. Menangis sebanyak satu sungai kami suami isteri. Pilu sebab kenangan romantis kami diplagiat T____T
Cukuplah itu.
Kalau ikutkan, dia plagiat terlalu banyak entry saya. Saya letakkan entry baru-baru sahaja supaya anda masih ingat jadi takyah nak selak-selak balik entry saya pastu keluar keringat mulus apa semua.
Aneh sangat. Tak tahu apa best perbuatan seperti ini. Kalau admire dekat I (eceh. Chika diam!)Lebih baik baca saja blog saya takyah ah transfer masuk blog engkau pastu kasi adjust bagi ngam dengan gaya hidup engkau. Tidak manislah macam ini.
Saya tidak tahu di bawah ini gambar miliknya yang sebenar atau pon wajah rompakan juga. Chika, apsal blur? Hep biasa tu suka nak tengok benda kontroversi! HAHA. Sengaja blur. Sebab belum tahu ini wajah dia kah atau bukan. Kalau siapa-siapa macam terkenal atau pon wajah ini milik anda sendiri kah, mengaku cepat.


Merakam kenangan bersama MAMA beliau.
Kononnya pada hari pertunangannya.
Oh memang takyah cakap banyak. Entry pertunangan saya pon dirompaknya bulat-bulat. Habis cerita kenangan romantis I dicabul T___T
Namun demikian.
Walaupon saya menganggap ini jenaka.
Satu bahagian saya tak boleh maafkan.
Bila entry LOVE STORY saya pon diambilnya.
Macam nak siku je muka dia sekali dua.
Macam saya dah cakap. Saya tak marah sangat sebab ini kelakar. Tapi orang yang buat perbuatan macam ini kena sedar akibat daripada perbuatan sia-sia yang tidak membawa ke mana ini. Dahlah tak akan glamour dengan cara ini. Puas pon tidak. Malah anda boleh didakwa. Tapi sekarang aku sebok nak lipat baju dengan nak iron baju. Selain mengemas kitchen. Jadi lain kalilah aku dakwa. Pada lain-lain kes.
Bukan sekali dua. Dah biasa dah. Tapi dia ini nampak macam tegar sangat ‘berangan’ nak jadi saya. Ada orang ambik satu dua entry. Ada orang ambik datu dua perenggan. Ada orang ciplak tak nampak sangat. Lepas saya ‘tegur’ dia sikit, selepas itu mereka pon akan menghilang tutup blog apa semua. tapi dia ini. Dah dua hari dah bagi chance. Macam degil saja.
KAH KAH KAH.
Memang kelakar. Tapi aku serius. Plagiat itu tidak manis. Tengoklah nanti kalau dia degil, kita ajar dia cara lain pula.
Hari ini saya dah pandai main twitter dah. HAHAHA anggap ini kata-kata penutup.




November 3rd, 2009 at 6:22 pm
xbaca abis lagi ni..
yang pasti beliau kejam
sungguh kejam
November 3rd, 2009 at 6:23 pm
Again orang Damansara kan Chika..? HAHAHAHAA Lawak weh, apsal asyik Damansara je dikaitkan dengan you..!
astrie dari venus Reply:
November 3rd, 2009 at 6:46 pm
YANA!!!
I BARU PERASAN!!
ahhahaha..
damansara ngan chika mmg x ngam.
mcm mana niiii?
AHHAHAHAHA
lyana si permaisuri Reply:
November 3rd, 2009 at 6:57 pm
tulah. I baru perasan bila Chika tulis balik. hahaha
lyana si permaisuri Reply:
November 3rd, 2009 at 6:58 pm
chika balik Malaysia nanti, jangan duduk Damansara. Bahaya ramai jiran nanti sebab sume nak tiru you..
November 3rd, 2009 at 6:26 pm
ku linkkan entry kamo yg pnjang berjela2 tu
xpe ek
lalala~
November 3rd, 2009 at 6:26 pm
berusaha gigih dia memplagiat.haha.
November 3rd, 2009 at 6:28 pm
Pergh! Some people are so weird! The Pink Stilettos pun kena same thing. These people lah, kalau tak ada benda nak blog, senyap sudah!
Tanya lagi sekali. A form of flattery, no? Hehehe.
November 3rd, 2009 at 6:28 pm
salam…1st time komen!
org sebegitu sprt xde life lah..
xsempat abes bce..blog copycat tuh
focus xm dulu…tp takut dia ttp blog dia…
November 3rd, 2009 at 6:29 pm
adeh..
lawak la weh!
sumpah lawak!
rase nak berguling guling skang jugak!
manusia mane la yg gigih sgt plagiat entry u ni?
pastu siap nak kene tukar tukar nama tempat nama orang.
tak ke penat?
haha~
pastu siap ade yang tertinggal pulak tu.
adeh. pecah perot.
tahniah sbb dah pandai bertwitter!
twitter mmg fun habes! hehe~
November 3rd, 2009 at 6:31 pm
salam.. haha sumpah kelakar.. adush tak sangka la plak.. ada larh juga manusia yg tiru entry bulat2 macam ni?? daa laa daily life entry hahaha…. hadesh..
btww… salam kak chika huuu..
November 3rd, 2009 at 6:32 pm
in my opinion
1st, orang ni dah bosan dengan pakwe dia sebab tak hensem macam saya. eh, saya tak hensem. ok, tak hensem macam husband chika.
2nd, orang ni dah bosan dengan life dia sebab mungkin dia seorang penganggur yang dah 2 tahun apply keje x dapat2 sebab masa kat kelas dulu suka main imaginasi. tu yang kantoi pointer tu.
3rd, orang ni ade blog tapi tak tau nak tulis ape. berkemungkinan BESAR.
4th, orang ni bodoh. for sure bebeh!
kepada yang terasa, jangan ambik hati. nak ambik hati jugak? padan muka. saya tak kesah.
well chika, bolayan je orang macam tu..
atie Reply:
November 4th, 2009 at 1:26 am
D 4th point suits her well…BODOH!
titanbullet Reply:
November 4th, 2009 at 8:32 pm
Tapi tak apa ke cakap orang gila tu bodoh?
November 3rd, 2009 at 6:33 pm
i dah lame follow blog u and dis is first time i nk comment sbb rasa entri ni sgt funni.haha..nk gelak la..ada jugak org buat blog then copy org lain.LIKE ah mcm tu..
November 3rd, 2009 at 6:33 pm
chika idola dia kot. muahaha.
November 3rd, 2009 at 6:35 pm
kagum la ngan dia nih.. bersungguh “menulis” (tulis ke copy paste aje dek… ) blog…
ini worang juga kalu… suda terlepas itu mental pnya hospital la chika… dia tara makan ubat itu doktor kasi… meh ni ko “farrah” meh akak kasi makan keropok lekor smpai muntah… dush2…
ops… ter”emo” plak akak.. sory chika :) twit..twit..
November 3rd, 2009 at 6:35 pm
tahniah! pada pendapat aku, jika dah ada orang mula memplagiat hasil karya anda, itu bermakna, anda sudah ada pengagum tegar. bukan mudah mau buat orang mengkagumi kita. maka, imitation is a form of flattery, sangat sesuai diaplikasikan di sini,
sekian, fievelski al-gediks.
November 3rd, 2009 at 6:36 pm
haiyohh org mcm ini pun ade kew?
adehh laa…
sebijik2 dye amek.
November 3rd, 2009 at 6:41 pm
Salam chika,
saya juga silent reader blog chika yang ta pernah mengomen di ruangan conteng ni.
Tapi bila baca blog yg palagiat blog chika, hati saya maikin panas sampai ayat husbnad chika pon diciplaknya..
Rasa kelakar plak penciplak tu. Mesti dh biasa tiru hasil kerja org masa di universiti..hahaha..atau mmg ta sempat nk masuk universiti sbb kena gantung result spm sbb meniru..
apa2 pon chika, teruskan berkarya..kita tgk plak apa yg dia nk ciplak..=)
pastu kita boilot ramai2 komen byk2 kat blog dia..hentam abis2an..(kan dh emo ni..huhu)
November 3rd, 2009 at 6:46 pm
omaigod chika.. banyak gilerrr entry u yang dia copy & paste… cuma ubah sikit-sikit je.. ada jugak orang macam ni… kelakar sehhh..
November 3rd, 2009 at 6:50 pm
Kepada pemplagiat: Get a life, bitch!
November 3rd, 2009 at 6:52 pm
alamak so envy lahh.. haha. at least ada jugak yang admire sampai mcm tu sekali. bila baca dan banding2kan entry, some part is so hilarious i can’t help it. haha lawak of the day betul :p teringat benda yang sama berlaku dekat Hanis Zalikha. i bet lepas ni dia tutup blog (- -”)
November 3rd, 2009 at 6:54 pm
wahhh.. ini baru btol² terlebih sudah. naik le rating blog ‘deer’ pasni.. followers nurulism nk g membaca posting² ‘deer’ plak. huhuhuh.
bertabahlah.. benda best mmg org suka! tapi ‘deer’ suka tak berpada² :)
November 3rd, 2009 at 6:59 pm
hahaha..awak..nice oneee….kantoy habisss….~ =P
November 3rd, 2009 at 7:00 pm
salam.
chika, aku slalu rompak ayat2 ko gak.. tp x la bulat2 mcm org berkenaan. aku rompak secara sedikit2, n kdg2 bg sedikit credit jgk la kat kau.
sumpah penulis berkenaan memalukan blogger2 sedunia. mcm penulis berkenaan sudah tak ada life sendiri utk diceritakan langsung kepada umum.
apekata bagi hukuman sket kpd penulis berkenaan? plagiat pun agak2 laa… smpai sume pun nk same sebijik mcm life ko. mungkin la dia obses sangat nk jd mcm ko kot?
hahahaha~
November 3rd, 2009 at 7:02 pm
adik. kak ween rasa gambar tuh macam bukan si ‘pentiru wanita’ nih. Sbb dulu kak ween ada jumpa satu blog yg the fake adela termizi tuh kacau jugak. Dia kacau husband kakak tuh mcm dia kacau urs. Tp kak ween x ingat lak urlnya..Tapi rasanya gambar perempuan dlm blog si ‘pentiru wanita’ nih macam gambar kakak tuh jek. Nanti kak ween try carik balik kot jumpa. Tapi kalau betui laa keje si fake Adela tuh, mmg pathetic betui dia nih.
November 3rd, 2009 at 7:04 pm
olololoooo…semangat org tuh…tak agak-agak..
mana u jmpa blog dia chika?
meh nak g intai sikit…
adehhh…xpaham la…
lawak…*gelak guling-guling*
aini noraini Reply:
November 3rd, 2009 at 7:12 pm
chika..xpe..i dah jmpe..link from lyana..huhu…i dah tgk..mmg sejibik!!
adoiii..i yg baca ni pulak rasa geli…mmg sebijik-sebijik….tak agak-agak..u tulis ‘dakap suami’…dan-dan pulak die pon nak ‘dakap bakal suami’..adehhhh….
huh…1st time komen dgn penuh perasaan..sorry… -_-”
*xyah approve yg ni pon xpe..huhu… (”,)
cinoi Reply:
November 4th, 2009 at 8:58 am
nak link!!!hehehehe
November 3rd, 2009 at 7:29 pm
Sangat pelik ini orang. Life chika sangat buat dia teruja sampai berangan2 mahu punya life yang sama. huhu
pening pening. ade lagi orang sebegini
November 3rd, 2009 at 7:31 pm
gila fake la..
plagiat sejibik2..
sabar je la eh chika..
dia terlalu anggap u as her idol..
tu yg copy sume u nye entry..
xmalu sungguh..
tak ber-agak!
hanis zalikha pon kne gak..
November 3rd, 2009 at 7:32 pm
salam chika..
mmg ramai pon org main rompak2..
aku pon pernah rse tempiasnye.
ohh ramai dah bukak isu plagiat neh..
tu lah..
org menulis die nak menulis gak.
tp dungu xde jari nak menaip.
ckup sekadar tekan copy and paste..
cehh..
jage laki hang chika.
kang die copy and paste pulak.
May Allah bless u and ur life too chika.
aku suke love story kamu.
suke gile..
addicted da kat blog neh..
mmg ade dadah..
ko tunggu chika..
aku abes exam nnt..
aku katam blog hang neh.haha
November 3rd, 2009 at 7:35 pm
Aihh Chika.. ini sungguh tidak kelakar ..kalo kelakar pon sebab Chika kata kelakar maka ikut kata Chikala (wahh membodek he he ).. erm.. perbuatan ini sangat tidak patut..sungguhla pelik ada orang camni ..rajin sungguh nak plagiat2 bagai..sabar keyh..orang tau membezakan kaca n permata..keep on blogging :)
November 3rd, 2009 at 7:45 pm
benda macam ni da banyak kali kot berlaku dalam dunia pem’blog’an haha lawak2 kerana meniru bulat2
tapi kalau diri sendiri kena panas jugak..kasihan la orang macam tu kan chika sebab hidupnya penuh fantasi..tak pun sebab dia tiru chika so that blog dia pun femes..haha tak malu
November 3rd, 2009 at 7:48 pm
tak sangka ada org mcm ni kat alam pembloggan neh.suka suki je meniru,bulat2 pulak tuh~!
November 3rd, 2009 at 8:04 pm
OMG. hamba Allah tersebut menang lah “tere” gila menulis ya. bagus betul. memang takde “original” dalam penulisan blog sendiri. OMG.sgt memalukan. memalukan memalukan.
November 3rd, 2009 at 8:10 pm
ermm kelakar bila dia plagiat blog yg ramai readers,of course la orang senang nak spot..hihi..
November 3rd, 2009 at 8:13 pm
manghaikkkk sejibik2 dia tiru pastu tukar satu dua word jer??? aduhai…ade jugak org mcm ni…
November 3rd, 2009 at 8:14 pm
salam chika,
selama ni jadi silent reader je…
tapi bile bace mende paling kelaka ni memang nak komen la…
terbahak2 bile blog awak dicopy sebijik sebijan..
aiyyo!! ade gak orang camni ek?
November 3rd, 2009 at 8:22 pm
hahahha.. kelakar okey. yati & roomate tak blh berhenti ketawa.. mcm2 ada dlm dunia blog ini sebenarnya. =)
apa pun chika.. kami readers ranger akan terus menyiasat..kot-kot ada lagi blog mcm si plagiat tegar ini ..hohoho
November 3rd, 2009 at 8:24 pm
tetibe teringat entry chika yg ade org dengki senaraikan blog ni top 5 terburuk.
mintak sign meh chika. popular kalahkan siti nurhaliza ni siap plagiat sungguh2.
rase nak bom org itu.
November 3rd, 2009 at 8:25 pm
hai chika (”,)
HAHAHAHAHAHAHA..kelakar habis. loya pun ada. “dakap bakal suami”? memang perempuan tak malu, thick-skinned dan sewaktu dengannya.
patut by tomorrow dia bungkus je blog dia, bawak blog dia jd kain lap hidung nangis senyap-senyap bawah selimut. nangis bising-bising kang sendiri gak malu orang tanya taktau pulak kang nak jawap ape.
hishhh!
aini noraini Reply:
November 4th, 2009 at 9:53 am
hehe..sokong…!!!
November 3rd, 2009 at 8:30 pm
wow kak chika! great gile u ni, sampai begitu sekali orang plagiat nurulism. haha. sumpah kelakar la dia.
but kak chika, remind u ni..
takut nanti esok2 tibe2 dia cakap, kak chika plagiat entri dia pulak. sebijik2 dia buat entri ‘tak manislah macam ini’ hohoh
November 3rd, 2009 at 8:51 pm
adoiyai….. sy pn…erk..rs cam gedikz okeh… hmm… aku pn mmg layan blog ko ni secara tegar..
tp… perbuatan plagiat amat tidak boleh di beri secebis belas… erk..kejam sgt x ayat tu??
ape2 pn… wat la ayat sniri…stori sniri… mgkin bley kot nk cilok gaya penulisan.. tp..skali dengan evri word maw cilok… lemak lak ai.. ~
November 3rd, 2009 at 8:53 pm
erk..sume pun nak tiru.. baik tak payah buat blog sendiri.. kongsi bersama dengan awak je.. haha.. nak gelak gila-gila punya.. sakit perut.. nasib betol bakal husband dia bukan doktor jugak.. hahaha..
sabar-sabar
November 3rd, 2009 at 8:55 pm
benda ni dah banyak berlaku dalam dunia blog sebab tu rasa macam kelakar abis.Dulu hanis zalikha kene, sekarang chika pulak. Haish, blog orang popular memang macam ni kot ;P
p/s: macam tak ada life sendiri kan orang berkenaan, entah2 gambar tu pun hasil plagiat kot. Kesian orang yg menjadi mangsa
November 3rd, 2009 at 8:59 pm
dia adore u kot. maklum la..ur life amazing sangat. habis study tak payah keje..kawin dengan doc..duduk oversea dapat suami yang sumpah sayang u gile2. semua perempuan akan obses nak yang terbaik macam tu tp takde la sampai terberangan macam tu sekali. hee.da tgk blog perempuan tu. sayang..muka lawa. bila pakai tudung lawa gile.tak pakai tudung pun lawa tapi tak tau la mana satu imej dia yang sebenarnya. teruskan memberi inspirasi kepada orang2 sedemikian ya dear. haha. tapi sebagai orang yang pernah duduk damansara damai ai sakit jiwa betul la ngan minah ni. sangat memalukan.
November 3rd, 2009 at 9:48 pm
should copy the link n post it here…… let us go n have a look there..
November 3rd, 2009 at 9:54 pm
huhu
im ur silent reader..
itula,smalam i view dienye blog,i ngat die kawan u..
urm,i rase die full of silicon kot..pelesu sume itu..
mari kite cocok bg pecah…agaggagga
tp,,jgnla privatekan blog u ek?
sian kat o tade sumber bacaan..
cayala chika!
November 3rd, 2009 at 10:07 pm
slm nurul… sebelum ni akak ada baca blog hanis zalikha yang mana ada org buat keje macam ni…pun pakai tudung…
bukan nak menuduh atau apa (istighfar dulu) macam sm la pulak mukanya…maaf kalau salah org.
takde keje la tu agaknya…bosan2 tu pasal copy+paste bulat entri org…haha.
November 3rd, 2009 at 10:18 pm
heh, sebelum die tutup belog, i dh baca dh KAH KAH KAH sumpah weird perempuan macam itu. pegi lah mintak izin nak copy paste dlu cuma bagi lah pujuk rayu skit dkt chika yang aneh juga KAH KAH KAH T_______________________T
heh, i tabik spring ah dengan peminat mcm dia. heee
November 3rd, 2009 at 10:20 pm
hanis zalikha punye blog pn prnh kne kes2 cenggini!haha
November 3rd, 2009 at 10:34 pm
sangatlah kelakar.
dah xde idea dah kut.
xpun life die x best cm yours. XD
pathetic giler.
November 3rd, 2009 at 10:41 pm
Entry airport tu terkantoi sudah. Atas tulis suami. Bawah tulis bakal suami. Betul la. Memang kelakar. Rakus sangat. Sampai terlupa nak buat proof reading ;)
November 3rd, 2009 at 10:50 pm
askum chika, saya ini silent reader blog chika. memang terkejutla bila tgk ada org yg buat keje gini. kesian betul..
tak ada life kot… ntah2 dia mengharapkan ada DR bg bunga ros kat dia gak?????? hahahaha > bagi si peniru ni panazzzzzzz sket!
November 3rd, 2009 at 10:52 pm
heheheheheh… see,dah cakap chika tak payah contohi sape2… ramai yg nak contohi chika…
November 3rd, 2009 at 10:53 pm
Sorry..conteng lagi…
agak2nya dia tgh menghafal apa yg chika tulis kot……dgn menaip semula segalanya…. hehehehehe3x chaiyok!
November 3rd, 2009 at 11:07 pm
orang damansara lagi. dulu pun ada orang damansara tapi kampung kat payrak juga HAHAH [sebelum adela tarmizi] dah lama. tahun 2006 plagiat entri chika.
kemudian setelah beberapa tahun menjadi silent reader. beliau cuba berbaik-baik dengan chika. chika memang rapat dengan beliau. maybe?
blog lama beliau telah didelete. ada blog baru. 2 blog. satu blog diprivate satu open untuk awam.
jika beliau terbaca ini, wajib terasa hati =)
kesian pada mereka ini. no life. curi life orang untuk hiburkan diri sendiri..
November 3rd, 2009 at 11:11 pm
itulah, org lain mahu buat blog…dia pon mahu jugak. org lain letak 100% effort utk karang2 ayat, dia cilok saja. senangnya hidup macam neh T_T
eh tp mesti dia TERlepas pandang kat entry eid mubarak tu…dia tak tukar ayat “esok husband akan pulang ke kuala lumpur” sepatutnya ukar “encik tunang” tau”bakal husband” keh keh keh apa daaa ;p
November 3rd, 2009 at 11:27 pm
aih.. orang ni macam tak betul je.. tak de faedah sungguh laaa buat gini. penyakit jiwa kot macam ni chika..
November 4th, 2009 at 12:10 am
plagiat itu memang tidak manis tapi kalau mengidolkan tulisan macam mana ye haizum? (ecehh…suka hati panggil macam bestfriend forever)
I love your writing. After first time baca dulu terus jadi addicted macam terkena dadah. Tapi more towards virus or cancer. Ni dah metastases. Dah tak reti menulis macam orang tak reti berlucu. Dah tak reti nak tulis tanpa merepek. :D
Tapi sumpah dah mintak izin. ;)
Go Chika Go!
Plagiat jangan busuk sangat. Nak tulis belog belajar ah berjenaka dengan Chika. Chika tak ajar copy paste dan berangan in dream. :P
November 4th, 2009 at 12:11 am
obses sgt la tu chika.i org perak ni..leh saman malu tulis nama perak camtu…haha
November 4th, 2009 at 12:30 am
wahhh hahahahaha
cam bangang je la orang yg tiru2 hidop orang lain ni
bulat2 tiru pulak tu, serius sakit jiwa ke ape ntah suke berangan kot orang2 cmtu
sabor jela ek
chika selama ni i jadik silent reader je coz xnak menyerabutkan hidup u ngan org2 xpenting, i bc pon juz for fun je tapi entri kali ni kene komen jugak sebab memang kelakar..kelakar nak mampus lah
boleh plak u terjumpe blog2 dorg ni ek
padan muke dorg =D
November 4th, 2009 at 12:32 am
sy sudah gelak berdekah2 bersama as3..memang very the funny..
November 4th, 2009 at 12:37 am
i’m a silent readers of nurulism blog n i am so shocked to see the same posting used by ur blog juz bcoz of ur higher imigination of chika’s life. well this is not the great idea to be i guess.. coz it look so similar n photocopying!!! hehe.. but it is nice to be laughed anyway… ( the comment that i wrote on “juzmehoneyamr” blog)
-Salam kak chika.. well i am so sorry coz getting too emo ble dpt taw ade jg makhluk Allah yg mcm ni pya perasan n xbersyukur ngan ape die ade! org mcm ni mmg agk layak dtonjolkan n dperkenalkan kpd umum so that die taw/sedar dgn life die yg sebenarnye.. btw, juz ignore org yg mcm ni n teruskan ur life dgn bahagie n gembira skali k!!! =)
November 4th, 2009 at 1:01 am
kak chika orang ni macam saja ja.tiba2 dia nak letak entry kebajikan blogger harus dijaga, tpi tgk mcm xde sape bce pon.hee dia mmg nak kasi kak chika melatah ni.nasib dia xpkai nuffnang kang dpt hit bnyk lak org google dia=P
November 4th, 2009 at 1:03 am
ouch. kenapa benda2 camni selalu terjadi kat my faveret bloggers? hari tu hanis zalikha, hari ini chika pula (cehhh.boleh buat pantun dua kerat pulak hanis zalikha dengan chika.) anyway sabar aje la. esok lusa tutup la blog tuh. hehehe ^_^
November 4th, 2009 at 1:05 am
euuuu… so memalukan…~~~ sumpah memalukan amek ayat2 org… memg deperate giler~ kalu sket tulih credit ke ape okkay gak… ni the whole article… WTH?!!! ;)
ops, abaikan carutan ye chika…~
November 4th, 2009 at 1:23 am
mcm x caye je ade org cam tu…ish…die nak ape ek wat cam tu…
November 4th, 2009 at 1:28 am
salam kak chika…
wahh…sungguh teruja citer kak chika.
even sye blogger bru, tp sgt ske bce blog akak…
memg ade claz…terutamanya love story akak…
hurmm…cmne la org blh terpikir nk plagiat cmtu skali…sungguh x bermoral…ciplak!! boleh kne hukuman ni..!! sye x sbr nk follow entry sterusnya kak. bongkar kak, bongkar…biar sume org tau ape tu hak org…watever, sybs blog akak ni…
very successfull….skian..
November 4th, 2009 at 1:29 am
hohoho berjaya menggoogle.. nampak dia start from 2008 hohoh dari 2008 tu ke dia start plagiat gak?
November 4th, 2009 at 2:12 am
Hahahhahahahahaa!!! Nak gelak jerr sebab kelakar!! betul la chika, sangat kelakar. Hahahaa gelak lagi. I terus google id die tuh, nak balek2 sikit. Ade jugak orang jenis2 cam gitu ekk.. Ishkkk..Ishkk…
November 4th, 2009 at 3:24 am
hahahahhaha!!
sian….~
November 4th, 2009 at 3:39 am
aiyayaaa chika!! scary nyer cra die ciplak u pny entry!!! uhuuu..T______T
tgk muka die pon mcm ’semacam’ jerk!! errkk!!! haiippphhh!!! shhhh..ahahaha!!! nyampah gler bca entry2 yg die tiru tuh..cam xseswai lgsg..cett!!!!
November 4th, 2009 at 8:07 am
tak tahu nak kata apa la…cam nak bagi penampar pun ada…hahah…baca sudah la…pasal nak jadi kopi cat lak…tak dak life langsung la nak curi life org…hahaha…
November 4th, 2009 at 8:18 am
Waah..melampau nye oRg tue..
isk..yup..lebih2 your sweet memOry n swEEt words pn dia nk plagiat..over tau!!
Chika..hope u jge diri la ye..tkut r dgn org xbtl mCm tu..isk..isk..
TakiG Care dear ^_^
November 4th, 2009 at 8:26 am
lompat dr blog lyana…..
huhu lucu la crita ini dik…
mcam nak ktawa smpai bguling
November 4th, 2009 at 8:32 am
ade gak orang macam ni ek….dia ni macam peminat tegar u je….copycat giler.sabar ek chika.be extra careful.macam org yg pelik dia neh.
November 4th, 2009 at 8:36 am
salam,
chika, napa muka dia nmpk mcm king farah jer. biar betul….. siapa pun dia tapi dia mmg G**A dan menakutkan. cam psycho jer. huish. take care eh sis.
November 4th, 2009 at 8:40 am
Aku tak rasa klakar langsung. Bg aku org mcm ni xreti nk berblog tp nk jugak. Lebih baik tulis ayat dari hati sendiri walaupun sebaris dua daripada copy paste org punya. Kalau kita followers atau silent reader skalipun mmg normal tertiru satu dua perkataan atau ayat blogger tersebut, tp bukanlah satu entry kan? kalo btl2 plagiat, tulis plagiat. Semak betul org mcm ni. Dunia blogger ni bukan besar mana pun. KAlau tak hari ni, esok lusa kantoi jugak. Dh la muka terpampang jelas. Kalau aku dh malu dh nk tonjol muka dlm dunia siber ni!
hahaha! gila emo komen aku..;p
November 4th, 2009 at 8:44 am
Chika,
Tak tau nak cakap apa lagi dah (T__T)
Orang itu memang LOSER!!!!!!!!!!!!
November 4th, 2009 at 9:03 am
Mengambil inspirasi itu tidak salah rasanya, tetapi copycat memang dilarang sama sekali. Sungguh tidak boleh diterima akal.
Tak pasal-pasal menimbulkan kemarahan si Chika. Alih-alih nanti jadi private blog. Tidak suka!huhu..hentikan pada mereka yg berkenaan membuat gejala ini.
November 4th, 2009 at 9:05 am
Salam Chika aka Haizum,
Da lama (nak kata lama tak la lama) jadi silent reader nurulism.com ni. Mmg best hari-hari mesti buka tgk ade update pape ke tak. Tapi kali ni terasa nak mengomen. HUH! Apakah sume ini? Takkan nak cari publisiti dengan menciplak kot…Tak bagus, tak bagus…Not nice not nice…Teringin gak nak nengok blog minah tu…Ape link dia ek? Pe pun i totap support nurulism.com. Besh3….
November 4th, 2009 at 9:08 am
Alaaaa….
Bila ko buat entry nie chika oiiii!!!!
Melepasa nk jadik komentar pertama! hahahha…
Takpe, aku masih exco kan kan kan?
November 4th, 2009 at 9:27 am
Fuhh… laju gile komen berjalan.
Mendapat tarikan tu.
Dah pernah baca da blog yang sis “blur”kan gambar dia tu.
Dah tergelak banyak2 kali bila sis buat entry ni.
Siap ketuk2 meja.
Tak payah bagi warning, memang ramai yang da ketawa habis2an…
well done sis… memang tunggu respon dari sis pasal isu ni :P
November 4th, 2009 at 9:39 am
Erm.., mungkin minah tu nak jadi cam Chika…tu yg sampai memplagiat bagai tu..huhuhuhu…sungguh tak bagus.
November 4th, 2009 at 9:52 am
adeh top100 plak komen arini :P erm anyway memang sakit hatii wo0o0 baca blog minah tu…pastu yg kelakonye ade words suami yg dia lupa nak tambal BAKAL kat depan nye. kahkah. so mcm entri org gila dah jadinye. kejap suami kejap bakal suami….gedikkkkk itu pempuan.
lepas tu memperkotakkatikkan negeri tanah air ku PERAK DARUL RIDZUAN. excuse me!! hanye org mereng je spell perak gitu. which i dont like to spell her version of perak here. guwee marahh.
ee chika kira co0l la sbb tak marah2 sgt. huhu. kalo i xtau ape jadik. hoho.
plus, sgt kesian kalo gamba tu pon adalah plagiat jgk. ntah2 kat manaaa lah dia cilok gamba tu.
and again, damansara! ade fanclub chika kot kat damansara =D ngeeeheee
November 4th, 2009 at 10:09 am
pelik..die copy sebijik2..tukar sket2 je..pelikk..chika, awk ade peminat fanatik…jage2, ade org follow…
November 4th, 2009 at 10:29 am
hai Chika…lama tak ngomen…asyik baca je…ari ni rasa mcm nak mengomen lak…
Sabar je lah…org mcm ni pn ada gak ek…akak semalam dh baca entry dia…tetiba je rasa geli…tah apa2 kan…kot ye pun best ngan life orang lain, tak yah lah nak copy paste life org jd life sendiri….malu kat org je lah…kalau takde modal nk ber’blog’ baik takyah memblog…
November 4th, 2009 at 10:40 am
chika,dia memang kurang ajar?apa motif dia nak copy entry u smpai cmtu skali?mmg takde life, no shame at all!kurang ajar, biadab. dah la tak tahu malu pulak tu.ei, marahnya i!!!
November 4th, 2009 at 10:43 am
oh yes,i Google dia tadi.manada org comment kat blog dia pon! bajet glamour je lebih.come on la.get a life la stupid!marah gila ni…ei,benci!
November 4th, 2009 at 11:52 am
Wuh, mantap ar kerja dia! Kesian giler.. pathetic giler copy chika bulat2. Hadoihhh… Tak rasa mcm saiko ke??
Saya menunggu respon beliau (dan entry chika yg akan datang!). Nak tengok, nak tengok! hehehehe
November 4th, 2009 at 12:43 pm
menakutkannye klu hampir semua yang chika tulis dia tiru!! isk!!
rasa cam ade org rompak ur identity pulak…
selamat berkenalan ye… ^_^
November 4th, 2009 at 1:38 pm
adeh kak chika…
ade gak yg spesies cmnie…
huhuhu..
tp sengal la jgk smpai entry love story akak kne tiru 1000%..hakdoi laa…
peg la msk skolah blik ke blajar proper bhs melayu..
hahaha..
November 4th, 2009 at 3:06 pm
found it.. plagiat nya kaki..
http://justmehoneyamr.wordpress.com/
November 4th, 2009 at 3:41 pm
Ha haha.. Kalau blog information diplagiat takpe la juga ni blog personal di plagiatnya…..
kelako dok ada la ..
November 4th, 2009 at 3:51 pm
gile teruk… tak edit ape lgsg… palotak die laaa
November 4th, 2009 at 5:27 pm
Sis,
I’ve Already Sent A Reminder To Her Blog Heheh..So MEAN! But She Needs A Lesson :)
Keep Writing!
November 4th, 2009 at 5:50 pm
blogger yg xde identiti betul la org ni…….
November 4th, 2009 at 7:18 pm
Social comments and analytics for this post…
This post was mentioned on Twitter by chikadior: New blog post: Tak Manislah Macam Ini http://bit.ly/4a8Fje...
November 4th, 2009 at 7:33 pm
hehe.
you should thank her sis.
everything happens for a good reason.
she adores you gila2!
rajin sungguh.
tapi kadang2.. bukannya perempuan yang buat keje tu. tah2 gambar2 tu pun mangsa jugak. hehe. sebab itu, berhati2 dalam memblogging. gambar jangan publish sebarangan. sesungguhnya dunia ini dipenuhi dengan hati2 yang busuk.
semoga chika n encik hasben diberkati Allah selalu.
November 5th, 2009 at 11:36 am
terkejutt..pelrulah meniru untuk sehebat chika..x patot..berusaha la sendiri..punya identiti..argh..tumpang geram kak chika!!!
November 5th, 2009 at 3:29 pm
Woww.. Chika, mmg tahap blogger dewata raya aje yang akan diplagiat.. salute salute.. ehehehe
-first time komen, selama ni malu nak komen..
November 5th, 2009 at 8:55 pm
okeh!! now baru faham sangat2!! diz is too much!!grrrr!! eh aku pulak emosi..
hai kak chika..
have a great weekend! =p
November 5th, 2009 at 11:50 pm
ish teruknye manusia nih.. mcm ni py org pon ade kt dunia nih.. xde life ke die ni? klo jumpe nk disiku2 kn aje..
November 6th, 2009 at 1:12 am
ntah ape keje pompuan tuh..kalo pun nak jadi chika wanna be jangan la copy paste…mcm la takde life sendri….hidup chika…huhuhuh….leh wat filem nehhhh
November 6th, 2009 at 3:27 pm
kelakar weh…eh ade ke org cam ne..mak aii..b4 ni aku de bace kt blog ceeramoon x sangka chika pon kena..agak² la kn copy paste abis hahaha..
November 7th, 2009 at 7:14 pm
haha…abis kantoi! relax chika…i pun pernah kena ngan satu minah kat s’pore…lagi best bila muka i pun dia ckp muka dia…btw nice blog gal ;)
November 10th, 2009 at 7:03 pm
chika sudah agak lama x menjengah ke sini. ada di malaysia ye skang? btw, rs klakar plak org2 yg plagiat2 ni. macam kesian sangat diorang cam xde life sendiri. huhu.
November 11th, 2009 at 12:40 pm
Terkejut sbb tak sangka pula benda mcm ni pun boleh terjadi.
November 14th, 2009 at 2:45 pm
Hohohoho..tak sangka boleh buat camtu~
Nnt I pun copy and paste la…senang, takyah pikir byk byk waktu update blog~
U masak nasi lemak, I masak nasi ayam? :P
February 7th, 2010 at 9:07 pm
tertinggal kapal selam daaa…. syok gile baca entry nieh… kelakar weh… life akak pon bosan gak tp tak sanggup ler nk copycat life org len… part semut tuh laa yg paling Bombplastic..