Garden City

My husband said kan ; I rasa badan you dah takde Vitamin D langsung dah.

Vitamin D memang tak ada. Tapi Vitamin Dating selalu ada HAR HAR HAR macam tak kelakar. Diam. Dekat sebulan dah balik Brisbane. Saya tak keluar-keluar rumah langsung. Kalau keluar pon setakat menjemur jemuran dan mengangkat jemuran hujan sudah turun. Itu pon di kala sunshine sudah tak ada lagi. Jadi macam boleh dianggap seperti tidak terdedah kepada sunshine pagi yang sehat. Tapi anehnya, aku tak bimbang pula. HAHA.

Nafsu serakah nak keluar berjalan langsung tak ada. Kalau diberi pilihan samada keluar membeli-belah atau duduk rumah macam tak boleh blah, saya akan mempilih untuk duduk rumah macam tak boleh blah. Dah ah sekarang saya dalam fasa selekeh malas bergaya malas bersiap bersolek muka semedang saja tidak siap itupon suami nak kata comel juga. Bertuah gila dah kahwin sekarang. Muka terbengkalai pon ada orang kata comel. Bukankah ini indah?

Namun.

Sejak minggu lepas, saya sudah sikit-sikit bertolak ansur. Dah mula dah ada rasa untuk berjalan keluar. Itupon pada waktu malam. Untuk mengutip Vitamin D Songsang. Whoaat?

Khamis malam Jumaat ialah malamĀ  bersosial sampai late night. Tak tak patutnya Khamis malam Jumaat memperbanyakkan ibadah. Tapi keluar mengutip Vitamin Dating pon ibadah juga. Pergi Garden City. Iaitu shopping mall terdekat dengan area kami. Kami pergi dengan menaiki kenderaan dan perjalanan ini memakan masa selama blerghhhh kenangan darjah enam format UPSR (tidak lebih dari 120 patah perkataan)

Sekarang ini bukan apalah. Saya memang malas hendak menunjukkan muka yang semedang tidak siap ini. Sebab itulah makin lama makin kurang jumlah muka penulis yang disidai dalam entry. Album dekat Facebook pon takda update baru sebab i malulah nak tunjuk muka pelik neh. Bukan apa. Nanti makin dipandang semakin pelik. Dahlah muka pucat lesi dah pakai lipstick warna bersemangat pon masih tidak berseri bibir aku. Dah sapu blusher pon masih macam itu juga. Dah pakai bedak baby johnson pon masih tidak mulus secomel bayi mandian susu. Semua ini membuatkan saya jadi malas merakam foto. Tapi tak apalah. Pisang tak berbuah dua kali (tetiba)

DSC04965

Tak apa tak apa. Kening maintain bersepah. HAHA. Itu hari ada rakan tak percaya saya tak pernah cukur/trim/cabut kening saya. Pastu dia tanya ; Habis bukan kau dah kawen ke? Jadi? Ooooo bila dah kawen je dah pernah cukur kening la? Saya haramkan makeup artist saya cabut bulu kening saya dulu. Dia nak juga buat siap pujuk-pujuk cakap kalau tak cukur nanti tak naik seri. Nanti susah nak mekap blerghh. I said ; No no no. I tak benarkan. Sumpah dah tekad tak akan benarkan kalau tak nanti bapa tak mahu nikahkan saya macam mana? T___T Cry me a river. Hoooraa dia tak berjaya mencabut sehelai kening pon. Aku pedulik apa tak naik seri. Asalkan tak buat benda yang bapa saya dah warning ; Cukur kening, abah tak redha. Sumpah ngeri. Tapi saya memang tak pernah ada impian nak membentuk kening bagi cantik ke apa. Biarlah sejuta orang tegur kening i bersepah pon tak apa T_____T Malah semasa kecil, kening saya bercantum-cantum macam memiliki sebarisan kening. Nasib baik bila dah dewasa, dia macam dah cantik sikit walaupon tak secantik kening yang dibentuk-bentuk. Percaya sekarang. Saya tak pernah membentuk kening walaupon sudah berkahwin (tetiba)

Hoh cerita kening pulak dia. Nak kena ni.

DSC04968

Semasa masuk foodcourt, saya nampak kedai makan ini. Chinese foods. Nyum nyum. Malangnya tak halal T___T Tapi kan tapi kan. Makanan dia semuanya wallaaa. Merembes saliva. Nampak sedap-sedap belaka. Ada nasi goreng, bihun goreng singapore, mixed vege, sup dan sebagainya. Berasap-asap pulak tu. Dalam banyak-banyak kedai saya rasa macam terdorong sangat dengan kedai tersebut malangnya tidak halal. Pastu hampa terus makan kebab. Boring ah. Dalam foodcourt shopping mall mesti ada kebab sahaja yang halal. Borrrink. Dah ah I don’t like kebab. Kebab depan Masjidil Haram tak apa jugak. Sedap. Tiga riyal je. HAHA tetiba sangat.

DSC04970

Kening bersepah makan kebab bersepah. Pastu muka pelik. Macam biasa lah. Eh kau ni macam tak biasa pulak tengok muka pelik aku.DSC04971

Tak pernah faham kenapa selalu buat muka macam ini ketika mengambil gambar. Macam tunggu nak kena pelempang ke apatah.

DSC04967

Err. Bila dah sampai part nak bubuh caption gambar suami, mesti macam panic kejap. macam tak tahu nak kena bubuh caption apa. Macam kena fikir kuat nak bagi caption manis-manis. So end up, saya tak nak cakap apa-apa pada kali ini. HAHA playsafe.

DSC04972

Disebabkan boring sangat nak gigit pita bread, saya pilih roti biasa sahaja. Nampak macam boring? Memang boring.DSC04973

Tak jadi ah nak pelempang. Macam kesian muka ini.

Pusing keliling Garden City sambil berzikir. Eh taklah tipu saja. Aneh gila. Sebab langsung tak ada keinginan perempuan. Maksud dia, tak ada terkinja-kinja pon nak beli apa-apa. Semua butik pon tak masuk. Stop jenguk ikut pintu depan saja. Pastu cakap ; Boring. Pastu jalan lagi. Suami dah lah baik macam angel dengan sayapnya. Asyik offer saja nak apa-apa Yang? nak apa-apa Yang? Kepala geleng. Tentu suami ucap Alhamdulillah. Murninya isteri macam ini. HAHAHAHA.

Dewasa ini saya dah bosan dah dengan benda-benda duniawi. (?) Eceh terror tak, terror tak cakap macam ini? Macam dah lama hidup bukan? Tak tak. Tapi sekarang ni saya malas betul nak telek-telek baju. Nak duduk bersidai dekat counter mekap ke apa. Apatah lagi nak masuk kedai kasut gedik-gedik depan cermin. Macam dah boring sangat. Setiap kali keluar, saya tak sabar nak balik rumah. Saya nak duduk saja dalam rumah. Pastu emo-emo main Mario Cart. Bila ada racer lain potong kereta saya, saya teriak-teriak. Pastu bengang cakap tak akan main dah. Tapi lima belas minit pastu, terhegeh-hegeh main lagi. Macam itu baru best.

Saya harap perubahan pelik saya ini tak akan lama. Atau saya akan menjadi manusia weirdo tidak lama lagi. KAH KAH KAH. Eh sudahlah itu. Banyak sangat huruf.

Entry habis. Baca balik kalau nak. HAHAHAHAHAHA

Recent Entries

12 Responses to “Garden City”

  1. curX Says:

    xtau nak boh caption utk suami? sonang jo, sonyum dio maneh. musti kombang idong dio, hihihih

    chika Reply:

    LOL.
    Pastu tetiba caption loghat nogoghi.
    HAHA.

  2. farhana Says:

    entry chika ni da mcm entry isteri mihali sgt @ mcm entry ustazah. i like!

    pertukaran hormon yang lebih syurgawi dan da tak ada shoping2 duniawi lagi.

    sekurang-kurangnya telah menyuntik semangat untuk tidak cukur kening.
    tq!

  3. jaja si ayza Says:

    huhuhu..olololo..sweetnye..

    ape??ape??tak caya….tak caya??cewah..aku dah caya dah..perubahan hormon tuh..takpe2..kite tgk perubahan pelik tu lama ke tak..hehehe..

    owh..sy rindu kwn sy lagik..

  4. kak moon Says:

    salam chika..

    mood swing ye…
    atau ada apa2 special yg bakal muncul mcm…
    jeng…jeng..jeng…

    take care sis…

  5. .i.b. Says:

    hehe… hrtu pegi makan ali baba kebab… hehe… n kebab plate kat southbank tu… best gak… rutin makan ketika itu adelah kebab sgt! haha… kebab dan kebab… takpun pizza murah yg jual seslice2 tu kat surfers paradise… hehe~~~!

  6. adeqq Says:

    chika, u nampak sangat pucat. agaknye betol kot kurang vitamin D.

  7. ejalz Says:

    salam chika,

    i have a question yang lari dari tajuk entri sket…
    if i’m not mistaken, one of your entri ada cerita pasal u took a vaccination.. was it for H1N1?
    can you please email me… I needv to ask you about this in person and need more details. pleaseeee…
    thank you for your kindness…

  8. she Says:

    hi,

  9. ciare Says:

    okay harap masih top 10 comment0r..kihkih

    anyway chika u btol2 nmpk kurg vitamin D..hehe jokes. tp pipi tu serius da slim bebeno..pegi tambah berat cpt! hihi

    ehh best ape kening bsepah tebal sket cmtu. i bercita2 nak bersuamikan lelaki berkening bersepah dan tebal tapi tak dapat. i redha (tetiba je mcm xde kena mngena :P)

    ok papepon, mari kite sama2 menten kan kening bersepah ini. lawa ape :) hihi

  10. Mieyra Says:

    Hai chika. Macam ada tanda2 berbadan dua jer. Hehe

  11. zaida Says:

    Comel sumernyer….!!

Leave a Reply