Archive for November, 2009

Just-Rambang

Posted by chika under Uncategorized
  • Brisbane masih sizzling. Anehnya, boleh turun hujan batu secara tiba-tiba. Ya Rabbi.
  • Husband off this week. Saya sangat happy. Berkepit saja. Sebab itu macam lupa ada blog. Did I have one? HAHA lame gila.
  • Masih tak sabar nak pergi our first vacation (read : Real Vacation) Or … I name it HOLLYMOON. Macam another term for HOLLYWOOD. Okay tak, tipu saja. Macam another term for HONEYMOON lah. Habis apsal tak cakap saja HONEYMOON? Sebab I gedik.
  • I miss my family very much. Last time menangis keluar hingus. Saya tak tahu kenapa susah sangat nak menangis tanpa keluar hingus. Menyusahkan.
  • I love my man so much. Dia macam anugerah terindah (Fine, it’s a song)
  • Saya berangan banyak lately. BANYAK gila.
  • Jantung saya berdetak dengan lebih kencang (fine, again it’s a song) tadi dalam Westfield. Excited macam Elmo.
  • Hari ini saya makan banyak. Saya rasa bila husband saya cuti, saya berselera nyum nyum.
  • Sekarang ini, dan pada masa-masa akan datang yang terdekat ini saya kurang ‘berkenan’ untuk membuat kerja sosial. Macam malas nak reply mesej. Malas nak reply email. Malas nak jawap soalan-soalan. Malas nak berbincang apa-apa. Malas nak dengar masalah siapa-siapa. Sebab saya tak berapa larat. Someday okay, someday. Saya self-centered these days.

Afterall, saya rasa glowing everyday. Sebab saya menghitung hari nak pergi vacation. Rasa glowing gila macam tulip_glowing (?) HAHAHA. Anyway, husband saya mow the lawn last few days. Bukan rumput saja dia mow. Saya punya pokok bunga daisy pon dia mow sekali. Nasib baik I love you. Nasib baik.

Oh macam kena buat lagi satu point rambang;

  • Saya pupuk minat membaca kembali. Blergh. Another reason untuk lupa blog.

Zone Bebas Conteng

Posted by chika under Uncategorized

Picture googled.

Hopefully.
Insyaallah kalau ada rezeki.

Yahoooooooooooo dot com!

Thanks Sayang sebab mengkhabarkan berita gembira kepada I pagi ini. Tak sabar dah tak sabar dah. Sangat seronok rasa tak mahu makan sampai hujung bulan ini! HAHA tak tak I gurau saja. I dah makan dah. Sekarang tengah menggelupur pedas. Sekiranya you balik kelak I tidak kelihatan lagi berlegar-legar dalam rumah macam semut, cariklah I dalam fridge. Mungkin I ada dalam situ sedang menyembuhkan lidah yang terbakar ini. Sangat pedas mee goreng tersebut. I menyesal sebab bubuh dua sudu cili tanpa ragu T_____T

Semalam saya masak mee goreng. Dia punya pedas tu boleh membawa ke ICU. HAHAHAHA. Jangan gelak jangan gelak. Kalau engkau rasa mee goreng saya semalam, memang seminggulah kau lupa macam mana nak gelak. menggelupur kami malam semalam. Tapi husband saya makan juga lagi dan lagi. Dia cakap sedap. I dah tumpas dah.

Pagi ni saya adjust dia. Dari mee goreng menjadi mee jawa. Heh tipu la tu, tipu la tu. Err mee jawa mana tahu buatlah. Saya adjust dia nak kasi kurang pedas. Daripada 100% pedas, pagi ini telah reduce menjadi 98.6% pedas. Ceh. Tak bermanfaat langsung. Sudahnya dah boring dah nak layan mee goreng tersebut. Biarlah dia mempedas kalau itu yang dia mahu T______T

Baiklah.

Anda akan berjumpa entry makanan lagi pada 3 tahun akan datang. Saya dah bosan dah tengok blog ini macam blog makanan. Padahal blog ini adalah sebuah blog takda genre. Kalau asyik cakap pasal makanan beserta gambarajah makanan, dikuatiri akan mewujudkan genre khas kepada blog ini. KAH KAH KAH.

Macam biasa.
Blog ini bukan blog makanan. Bukan blog kucing. Bukan blog lirik lagu. Dan bukan blog tips menaikkan earning nuffnang.
Blog ini tak ada genre. Dan mewujudkan genre adalah sangat TAK NAK.

HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA.

Ini zone bebas conteng.

Err. Penulis yang bebas conteng. Bukan pembaca. Pembaca banyak songeh, kita kasi conteng muka dia sekali. HAHA comel bukan?

KL When It Sizzles

Posted by chika under K to the L

Kesian kat dia. Jarang dapat balik KL. Jarang menikmati Malaysia. Jarang makan KFC. Tak tahulah apa nak jadi dah dengan dia itu nasib baik ada orang sayang. HAHAHAHA. Husband saya lah. Saya pon tak tahu berapa percent kah dalam usianya selama ini berada di tanah air. Sangat sikit barangkali. Tahun lepas dia berada di Malaysia untuk mengorat I (lebih kurang macam itulah HAHA). Awal tahun ini, dia di Malaysia untuk tujuan bernikah. Kemudiannya bagai camar terbang pulang, pulang semula ke Ostolia (sengaja puitis) Hujung tahun (bulan september lalu) dia pulang untuk majlis kahwin. Hep bukan dia berkahwin! Dia sudah ku kahwini. Abangnya yang berkahwin. Untuk urusan sengaja nak pulang-pulang, macam tak ada. Sebab dia busy bekerja. I pon (ceh nak jugak)

Bila ada peluang balik Malaysia, suami saya akan pasang niat untuk mengerjakan benda-benda yang tak dapat dikerjakannya di sini. Dan benda yang nak dikerjakan tersebut semuanya wujud dalam bentuk makanan HAHAHA.

Last time, saya berada di Malaysia selama sebulan. Tapi suami saya cuma dua minggu saja. Dalam dua minggu itu, berteriaklah kami suami isteri carik makan. Alhamdulillah. Semua yang ada dalam senarai, kami dapat buat semuanya. Ceh, siap senarai.

1. KFC

Suami saya ni faham-faham sajalah. Duduk Ireland dulu, KFC tak halal. Pastu duduk London, pon KFC tak halal masa itu (tak tahulah kalau sekarang halal). Duduk Australia pon tidak halal juga di Brisbane ini. Jadi bila dia dapat balik Malaysia, sekali dalam bulan biru (?) mesti kena makan KFC. Lagipon macam yang semua maklum, KFC Malaysia adalah yang macam tersedap dibandingkan dengan kebanyakkan negara lain. Menurut fakta yang macam boleh dipercayai. Yang saya pasti, KFC Arab Saudi memang tak best. KFC Indonesia adalah pelik. Dan rakan saya cakap, KFC Australia pon tidak best juga. Malaysia cemerlang. #@!#%$#

DSC01282

Ini dekat Ipoh.
Husband saya cakap, KFC dia tak cukup juicy ke apatah.
Dia kata, failed.

2. KOREAN BBQ

DSC01274

Husband saya suka sangat makan dekat Korean BBQ. Teringat masa kami dating dulu. Pon dia pernah bawa saya dan adek saya makan dekat restaurant tersebut. Selepas kahwin pon ada sekali makan dengan ibu mertua.

3. BASKIN ROBBINS CHOCOLATE FONDUE

Dekat sini tak ada T___T Bukan tak ada BR, tapi tak ada chocolate fondue. Haagen Daaz pon tak ada. Apalah Ostolia ni. Maka pada satu petang  di musim bunga (musim bunga dalam hati), kami pon ke Pavilion carik Chocolate Fondue ini. Dah lama sangat dah nak try tapi asyik ada aral melintang saja. HAHA. Nak makan ais krim pon ada aral melintang macamlah penting sangat.

DSC01329

Ya Allah antara setitik daripada jutaan nikmat dunia.
Comelnya si bulat semua. Okay saliva merembes.

DSC01334

Apa akallah BR dekat sini tak ada yang macam ini, kalau tak ______ (isi slogan lagi)DSC01332DSC01335 DSC01336

Licin. Makan laju-laju sebab takut tak sempat solat.
Kalau tak agaknya, dah pergi cuba Haagen Daaz pulak.
HAHA.

4. ROJAK
DSC01338

Rojak pon masuk dalam senarai juga.

5. CENDOL

DSC01341

Cendol tepi jalan dekat Bangi.DSC01340

Rindunya dengan Cendol.

DSC01342

Seronok tahu makan cendol tengah hari buta, tepi jalan macam ini.

7. WILLIAM
DSC01346 DSC01348

DSC01350

William ini takyah cakap lebih-lebih lah. Ramai blogger semua kenal William. Saya terpengaruh dengan Farah dan Ib. Asyik cerita nak pergi William saja. Jadi satu malam tu, masa saya dekat rumah Mertua, saya call Farah ajak pergi William.

Makanan dia memang best. Daging yang dia provide memang berkualiti no wonder harga dia boleh tahan juga. Saya bukan tahu sangat nak tengok kualiti makanan ni. Tapi husband saya cakap, daging dia memang bukan jenis murah. Sebab itu makanan dia mahal. Mahal tak mahal, harga satu plate dia sebenarnya jauh lagi murah kalau dibandingkan dengan makanan dekat Ostolia ini. Macam yang saya pernah cakap, dekat sini makan agak mahal. Jadi secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan William. Entah bila akan pergi lagi. Atau mungkin tak akan pergi lagi sob sob sob. Sudahlah jangan menangis. Pergi basuh pinggan sekarang.

Sebenarnya banyak lagi aktiviti menghiburkan selera yang kami buat. Seperti pergi pasar malam. Sumpah saya tak rajin pergi pasar malam sebenarnya. Tapi sekarang bila dah tak boleh jumpa pasar malam dekat Wishart ni, saya dah jakun dah dengan pasar malam. Kami berdua pon jalan-jalan pasar malam carik keropok lekor lah, carik air asam jawalah, air kelapalah. Pathetic gila.

Rindu Malaysia.

Dekat Malaysia ada keluarga. Dekat Malaysia ada masakan emak dan makyang. Dekat Malaysia ada kawan-kawan kesayangan. Itu saja. Selebihnya, Ostolia macam memang best.

Segmen Selera Muda

Posted by chika under Uncategorized

Matlamat sekarang nak gain weight. Nak gain weight nak gain weight. Tak banyak pon, sikit. Macam takyahlah gain macam dolphin punya berat. Tapi nak gain. Nak gain juga. Banyak gila cakap ‘nak gain‘. HAHA semua dah faham dah takyah ulang lagi.

Hari itu berjumpa pakar kesihatan. Saya disahkan mengalami kehilangan berat badan yang sangat WOW. Sumpah WOW sangat. Dia punya WOW tu, sampai boleh main WAU semasa musim angin dekat padang sekolah okay merepek dah. Dia punya WOW tu, sampaikan saya disarankan untuk consult dietitian. Erk? Macam itukah? My husband tak setuju. Sebab dia dah tahu dah, dietitian tak akan membantu. Sebab husband saya sendiri dah layak dah jadik my personal dietition. Dah lah dia punya pujuk tu bukan main sayu lagi, siap tolong masak, pantang mintak makan semua dia nak sediakan. Itu pon masih tak membantu. Nampak sangat kalau consult dietitian pon akan jadi perkara yang sama. Sebabnya, saya malas makan. Bukan sebab macam BERAT TULANG. Tapi berat bebanku … meninggalkanmu …. (Baiklah lagu Glenn tetiba) Sebenarnya saya macam memang malas makan. Saya hanya makan sehari sekali dan itu macam dah cukup sangat.I think uh, my stomach dah mengecik. HAHA sebuah lagenda.

Walaubagaimanapon, saya mengamalkan pemakanan sehat. Saya makan sayur. Saya makan buah. Saya minum jus setiap hari. Saya minum susu sekali-sekala (HAHA ) dan saya adalah antara manusia yang paling kurang makan junk food. Just  because I do not like junk food. Sumpah tak suka.Dan saya juga mengambil nasi secara purata 3 kali seminggu. See. Bukankah sehat? Dah mungkin sebab itulah saya berasa cepat kenyang. I teka saja. HAHA tapi doctor kata hilang weight mendadak macam ini bukan pencapaian yang boleh diraikan.

Sebut pasal DIRAIKAN, tak lama lagi Aidiladha. Sniff sniff. Rindu keluarga di Kuala Lumpur. Okay nak keluar hingus dah punya sedihnya. Kejap lagi nak call ibubapa. Nak minta hadiah. Eh tak, nak minta ampun. Ibubapa kesayangan, rindu sangat T_T.

Daaaaa. Sebelum keyboard ini basah dengan airmata masin, kita hentikan cerita sedih macam ini.

DSC05124

Sekarang ini gemarkan crunchy vegies with thousand island sauce.
Inilah menu breakfast terpaling ________ (isi slogan)
HAHA gedik gila tetiba suruh isi slogan.

Pagi ini saya makan Chunky Beef & Mushroom Pie dengan Teh O panas.
Selesa. Kenyang.

Sekarang saya kena tulis saya punya intake sebab nanti husband saya tuduh saya tak makan padahal saya makan. HAHA. Jadi bila dia di hospital dan akses ke blog saya, dia gembira dan senang hati sebab isteri dia dah makan dah :P

Masih dalam segmen SELERA MUDA. Sekarang saya akan menceritakan tentang aktiviti makan malam kami yang lalu. Yang tidak berapa lama dulu iaitu malam semalam. Husband balik rumah sahaja, terus tanya kat dia; Boleh tak nak pergi Little Malaysia? Pastu husband cakap BOLEH. Okay terus tango depan pintu. HAHA tipu saja. Kami pon pergi West End selepas solat Maghrib. Demi 4 keping roti canai. Bagi saya, macam boleh blah rasa dia. Tapi husband saya cakap, tak boleh blah langsung. Baiklah kalau macam itu. Dan overall, husband saya tak berpuas hati dengan semua menu yang kami pilih malam semalam. Dia cakap pening kepala makan banyak minyak. Saya natural saja. HAHA sebab dapat roti canai dan tomyam, saya rasa macam dah puas dah. Tapi sebenarnya memang tak sedap mana pon. Dekat sini, tomyam dia semua style Tomyam Goong. Mana best lah bukan?

Sudah puas makan roti canai, makan tomyam, makan pie, makan pinggan, makan angin semua, sekarang kita ke segmen MAKAN SELIPAR pula. Heh tak kelakar langsung cakap macam ni.

Akhirnya. Dah beli dah Ipanema Gisele Bündchen. Sekarang tak nak gedik sangat asyik pakai high heels. Sebab husband saya kuat berjalan dan husband saya cakap tak baik asyik pakai high heels. Kalau ikut dia berjalan, pastu pakai high heels, memang sengsara kaki dibuatnya. Jadi saya dah pandai dah berjalan pakai selipar saja. Selekeh pon selekeh lah. Yang penting takda jumpa rakan taulan di sini. KAH KAH KAH. Jadi tak ada siapa akan buat bising ; Nurul apsal kau macam ni? Apsal kau pakai baju besar macam ni? Apsal kau pakai jeans straight cut? Apsal kau pakai tudung macam ni? Pergi tiup tudung sekarang.

HAHA. Itu kenangan zaman remaja belia (sekarang remaja juga) Biasalah tu. Dikritik oleh rakan-rakan. Saya pon sama juga. Bila terserempak ada rakan wanita pergi dinner pakai T-Shirt tidur dengan seluar  tidur lusuh dulu-dulu, mesti nak ejek. Paling tak boleh tahan tu, budak boys tudio saya dulu semua mulut laser. Kadang-kadang bila ada budak girls pergi studio kurang bergaya daripada biasa, dia bagi mutiara kata puaka gila seperti ; Eiii selekehnya kau hari ni. Saya dah pernah kena dah. Nasib baik aku duduk sini, dan rakan-rakan gedik semua tak ada dekat sini. HAHAHAHAHAHAH selesa.

DSC05125 DSC05126 DSC05127

Satu, yang wedge.

DSC05128 DSC05129 DSC05131

Satu lagi yang flat.

Saya recommend kepada anda yang gemar flip flop ke sana ke mari, belilah Ipanema ini. Sebab dia sangat lembut dan kalau jalan banyak-banyak pon tak sakit tumit. Sebab saya tahu sangat, teenagers nowadays suka sangat pakai flip flop pergi sana sini. Saya tak berapa suka sebenarnya sebab macam selekeh sikit. Lagipon emak saya memang selalu tak bagi pakai selipar pergi berjalan. Emak cakap, menyampah tengok. Dari saya kecik sampai ke besar, emak memang tak pernah bagi pakai selipar. Tapi dah terfikir dah nanti nak balik Malaysia nak pakai flip flop saja naik flight. Tengok apa reaksi emak. HAHA comel. Emak saya lebih mendorongkan saya pakai pumps.

Oyya. Apa yang menarik lagi tentang flip flop ini,

  • Ia boleh dibasuh. HAHA macamlah selama ini selipar sepuluh ringgit tak boleh dibasuh kan? Tak tak. Yang ini boleh dibasuh di dalam washing machine. Saya belum cuba lagi. Tapi akan cuba kelak. Kalau hasil dia memang BEST, saya akan canangkan kelak. Kalau selepas dibasuh dalam machine selipar ini pon dah tak macam selipar lagi, saya akan diam-diam saja. HAHA.
  • Comfortable. Yang ini memang sangat sangat benar. Lembut sangat.
  • 100% recyclable. Bukankah kita semua pencinta alam? Tetiba.
  • Dia cakap tak akan fade bila kena panas.

Percaya saja semua ini. Sebab saya pernah memiliki Ipanema dulu. Tapi bukan series Gisele Bundchen ini. Flop Flop biasa. tapi memang mabeles.

Okay dah puas hati.

Pink Funhouse

Posted by chika under Uncategorized

This used to be a Funhouse
But now it’s full of evil clowns
It’s time to start the countdown
I’m gonna burn it down, down, down

(Lirik tak ada sebab)

Tak main-main tahu! Keyboard ini memang power. Nampak saja macam keyboard plastik tiga belas ringgit. Tapi yang ini bukan sahaja ‘boleh tahan’ harga dia, malah yang lebih penting function dia sangat supersaiya. DSC05107

Saiz agak besar. Dia cakap untuk kanak-kanak 3 plus. 23 tahun pon dikira 3 plus juga. (3 plus 20) HAHA masih boleh. Dan agak berat. Yang lagi penting, original punya Barbie bukan Barbie cap Barber ke apa. Saya suka simpan mainan macam ini. Yang berkualiti walaupon sekadar nasik ayam. Baiklah merepek macam selalu jugak.DSC05108

Apakan kata, kalau dia berwarna hijau?
Macam boleh blah kah atau macam tidak boleh blah?
DSC05109

Memang best main taram picit picit dia. Sebab keyboard dia macam real saja.DSC05111 DSC05112

Function lain yang boleh anda terokai.

DSC05114

Function selainnya lagi.

Blergh. Apsal bosan sangat nak buat entry ini?
Macam tak sabar nak habiskan entry ini dan pergi makan sayur sekarang.

DSC05115DSC05116

Saya juga terjumpa Lunch Tin The Simpsons ini. Terus beli. Sebab sekarang macam suka sangat dengan The Simpsons. Lagi-lagi si Maggie dengan Lisa Simpsons tu. Apsal kau comel sangat sampai tempoh hari tengok Maggie menari gedik macam Britney Spears. Pastu rasa macam Lisa Simpsons lagi hot dari Lisa Surihani. Eh tak tak. Lagi hot dari Britney Spears. Tumpang lalu, Lisa Surihani. Just in case she happens to read my blog (ceh, konon sangat) Okay move move.

Semalam petang sangat gulas-gulas kapas (HAHA gulas-gulas) Apabila suami pulang ke rumah, dan menghadiahkan dua buah banglo pink kepada saya. HAHA kaya tak kaya tak? Tak tak. Husband saya comel sekali semalam (eh tak setiap hari pon comel) Pulang dari kerja singgah mall. Pastu balik rumah, bawa sebuah Hello Kitty Dollhouse untuk saya. Yeay! Saya suka.

DSC05119

Sumpah comel rasa malas nak layan. HAHA. Rasa tak mahu bukak dia. Nak biar saja dia macam ini sampai ke akhir hayat saya. HAHA over.

DSC05120

Sekarang nak sing a song.

“This used to be a funhouse!”

Ta da ta da ta da. Pink best gila. Bukan warna pink maksud saya. Tapi penyanyi PINK. Walaupon muka dia macam tak siap pastu macam selalu saja kelihatan pelik dan aneh sikit, tapi lagu dia semua best. Heh dah tak tahu dah entry ini apakah matlamat dia. Pink, Britney Spears, Lisa Simpson, Lisa Surihani pon semua dah masuk dalam sini. Nampak sangat sekarang kena pergi makan sayur dulu.

Terima kasih Darling Husband sebab sanggup tu dia balik kerja beli Hello Kitty bagi isteri. I love you banyak.

Little Black Box

Posted by chika under Uncategorized

Fine. Kali ini tak akan bagi alasan TAK SEHAT sebab tak mentulis blog. HAHA. Sebenarnya semalam pergi Sydney menyaksikan Australian Idol final di Opera House. Waaaaaa best nya Chika!

Tidak best sama sekali.

Sebab tipu saja. HAHAOKAYBALINGTEPUNG sekarang.

Ada hati nak mentipu orang cakap pergi Sydney. Padahal semalam terserempak dengan seorang reader dekat surau Harbour Town. Macam berani sangat nak mentipu lagi. HAHA.

Semalam turun Harbour Town. Bukan Pearl Harbour walaupon macam ada berharap banyak sekarang saya bukan di Aussie tapi di US. Brisbane panas sangat sekarang ni macam Sizzling Mee. Macam saja. Bukan nak cakap Brisbane itu Sizzling Mee. I tak suka sizzling mee. Okay dah emo dah macam Elmo saja. Pagi-pagi menonton Elmo dan ikan emas peliharaannya Dorothy. Apa kau cakap ni Chika?

Bagi saya inhale kejap.

Lama tak turun Gold Coast. Semalam pergi juga membawa muka yang macam inilah. Yang kurang berkualiti ini tapi manis ada. Okay Chika, kami nak blah sekarang. HAHAHA tak tak tak manis. Bergurau saja. Pergi Harbour Town semata-mata sebab nak makan seafood. Harbour Seafood kan is the best berapa kali nak cakap? Okay tak pernah cakap lagi. Simpan dalam hati sekarang. Harbour Seafood is the best.Favorite husband saya. Saya? Kalau husband saya suka, saya pon suka juga. Eceh, isteri baik.

Err. Apakah dibuat lagi selain makan seafood? Kami juga membeli-belah toys. HAHA comel sekali. Bukan untuk siapa-siapa tapi untuk saya sendiri. Bukan dibuat main pon. Sengaja beli sebab memang suka toys. Selepas itu ditonton semasa gloomy. 23 tahun saja. Forgive me about that. Dan terpaling menseronokkan, semalam terjumpa Barbie’s Electronic Keyboard. Sumpah hebat sampai kami tak sabar-sabar dah nak try. Function dia sangat hebat sampai kami pon terbosan-bosan. Habis, kami berdua ini mana pandai note keyboard. Susah nak cakap betapa hebatnya Barbie’s Keyboard tersebut. Disebabkan susah nak cakap, macam biasalah kita takyah cakap dah.

Dalam surau dekat Harbour Town Shopping Centre, ditegur oleh seorang gadis Melayu.

Akak, akak ada tulis blog ke?

Err. Ada.

Saya ada baca. Akak la kan yang kawen dengan Naruto tu kan? (Okay tak tak. Dia tak sebut Naruto. I sengaja gedik)

Ha ah. (senyum)

Ramai baca. Saya dapat link akak pon dari kawan-kawan. Pass link dari New Zealand ke Australia.(lebih kurang itulah dia cakap)

Baiklah. Terharu gila. Pastu husband saya cakap ; You ni macam celebrity pulak pergi mana-mana pon ada orang kenal.

Urght. Jangan cakap macam itu, Sayang. Saya tukang goreng blog saja. Selebriti-selebriti ini saya tidak gemarlah. TIDAK GEMAR. Tapi bila ada readers tegur, saya appreciate. Kalau nampak saya, bawak-bawaklah berteguran. Jangan jadi macam ini ;

Chika, tadi kau ke kat KLCC? Pakai baju hijau. Dalam Parkson pilih bantal.Aku usha dari jauh je.

Ya Allah. Tak berapa comellah macam ni. Lain kali pergilah dekat saya. Pastu tolong sekali pilih bantal. HAHAHA gila comel. Baiklah. Sampai sini sahaja cerita macam comel ini.

.

Little Black Box itu lagu Stan. Pemenang Australian Idol. A catchy song.