Archive for October, 2009

Tinggalkan kasut di luar, please.

Posted by chika under Uncategorized

Pagi-pagi lagi kami berdua dah kena bersiap dah. Bukan sebab nak pergi holiday ke apa. Tapi sebab Si Michael tu nak datang membawa Pest Control lah, Draughtsman lah, pakcik MOISTURE lah. What the hell men, what the hell?

Heh kau sedang cakap apa ni apsal kami tak faham?

Purfft.

Dia macam cerita yang macam tak interesting sangat. Macam kalau diceritakan sebanyak sebelas perenggan beserta tatabahasa pon anda macam tak nak baca. Sumpah ini tidak interesting sangat. Tapi saya akan crop the stories kepada bahagian yang paling interesting.

Pagi ini jam 8.30 pagi rumah kami didatangi oleh pendatang. Pendatang yang dah siap hantar fomal letter dan buat appoinment dengan my husabnd tapi bagi saya macam tak dialu-alukan pon. Pukul 8.30 pagi, man! Orang nak hantar anak pergi kindergarten, nak cuci lantai, nak rebus ayam. Heh tipu gila berkata macam ini. HAHA mana anak kau Chika, mana? HAHAHAHA.

Budaya masuk rumah dengan kasut memang budaya orang barat. Atau budaya orang bukan Islam. Sebagai muslim, membuka kasut bukan sahaja untuk kepentingan kebersihan domestik, malah untuk kepentingan ibadah juga. Sesungguhnya najis itu menjejaskan ibadah kita. Dan atas faktor lain, saya rasa semua kena hormat budaya tuan rumah.

Semua yang datang pagi tadi steady saja buka kasut. Malah ada yang meninggalkan kasut jauh di atas rumput. Sebagai tanda menghormati kehendak tuan rumah. Tiba-tiba ada pulak seorang pakcik ini yang macam degil.

Michael cakap suruh dia bukak kasut sebelum masuk. Macam yang orang lain buat. Dia kata ‘tak boleh’. Dia insist nak pakai kasut juga walaupon saya yang tercegat tepi pintu tu dah cakap ; Please leave your shoes outside. Muka aku dah jerk gila dah. Dah ah saya memang tak ikhlas sambut kedatangan semua orang-orang ini. Lepas tu dia tanya ; Why should I? What’s wrong if I am wearing my shoes? Its clean. Keras kepala okay. Biadab sangat.

Eh dia boleh buat pekak saja. Berkeras nak pakai kasut. Terus masuk dan terus menapak menaiki anak tangga. Aku hangin okay, hangin! Habislah lepas ni aku kena cuci satu rumah!

Tiba-tiba!

Kena jerkah dengan my husband yang masa tu ada dekat tingkat atas. Gila hebat woh kena sound. Kalau saya jadi dia, lama dah balik. Sumpah malu kena sound tajam macam tu.

Suami saya cakap : Awak kena bukak kasut awak sekarang! I insist! Kalau tak saya tak akan benarkan awak masuk dalam rumah saya! (alihbahasa :P)

Tinggi suara suami saya. Memang berbaur kemarahan. Kelam kabut kau pakcik tu keluar balik bukak kasut.

Hero gila my husband. HAHAHA. Saya tengok orang-orang yang dekat luar dah kelat-kelat tawar dah muka masing-masing. Sekarang semua tahu jangan main-main dengan suami saya okay. Beliau memang tegas dan straight to the point. Dia romantik dengan I je. KAH KAH KAH. Chika diam kau!

Sebenarnya saya suka sikap suami saya yang macam ini. Suami saya jenis baik dengan orang. Macam sanggup tolong orang itu ini. Dan sporting juga. Tapi jangan buat benda yang dia tak suka. Dan jangan cabar dia. At least itu yang saya nampak dari sikap suami saya. Bukan kali pertama saya menyaksikan suami saya jerkah orang in public. Kau buat salah, memang kau kena. Habis kalau Chika buat salah? HAHAHAHA KENA JUGA! Tapi suami saya tak pernahlah jerkah saya. Tapi saya suka bila suami saya jerkah orang saya rasa dia hebat. Saya tak suka orang yang senang bagi muka dekat orang lain. Dengan ini, saya sentiasa yakin dengan tindakan suami saya. Sebab saya tahu dia bukan jenis senang-senang kena main dengan orang.

Tak percaya, try him. Try him.

Saya girang di dalam hati pagi tadi bila pakcik tersebut kena sound dengan suami saya. Aku dah cakap kau tak nak dengar. Ingat kami foreigner kau boleh nak buat suka-suka engkau? Never okay, never. Suami saya tak pernah bagi-bagi muka dengan mat saleh-mat saleh ni semua.

Saya pulak macam a little kid yang bersorak suka sangat. Pergi naik atas, pastu gelak-gelak dan cakap kuat-kuat dalam bahasa ibunda ; HAHAHAHA Padan muka dia Sayang! You hebatlah marah dia! Padan muka dia, padan muka dia! Banyak kali okay I cakap padan muka. Sebenarnya saya geram sangat sebab pakcik tu tak pandai nak hormat tuan rumah.

Sekali lagi, jangan cabar suami saya. Dia mungkin nampak lemah lembut. Tapi …. kalau berani cubalah.

Jatuh Cinta Lagi

Posted by chika under LOVE STORY

Touching pulak waktu-waktu Maghrib macam ni. Rasa nak menitik airmata pon ada. Demi suami.

Lately beliau habis kerja lambat. Dulu pukul 4 petang dah habis kerja. Sekarang patient banyak kerja pon banyak. Pukul 5.30 baru sampai rumah. Petang ni pulak, habis saja berkhidmat dengan masyarakat terus pergi farmasi cari Vitamin untuk isteri yang sudah terkulai lembek tidak bermaya (kedengaran over tapi ini serius percaya sekarang)

Saya demam panas. Dah jumpa doctor dah. Baiklah takyah ulang lagi entry lalu tentang kesan cuaca. Pitam bukan main disebabkan panas dari dalam. Masak jangan tanya heh. Sejak sebulan di Malaysia dan bersambung dengan seminggu lebih pulang ke Brisbane ini, memang saya tidak menyentuh kuali dah. Selain tidak larat, saya juga tidak lazat. HAHAHA AKU SENGAJA NAK BUAT AYAT BERIRAMA. Heh annoying gila walaupon sakit. Baiklah baiklah. Selain tidak larat, saya juga berasa malas untuk makan secara solo kerna itu macam perbuatan gadis jomblo padahal I bukan jomblo! Tanda seru. Emo. HAHAHA.

Sudut info : Jomblo* Bujang.

Yang hendak saya touching-kan ketika ini ialah suamiku punya sifat yang sangat melengkapi hidup yang fana ini. Dahlah baru pulang dari  kerja, habis kerja bergegas ke farmasi dan sering hubungi saya sebelum pulang ke rumah ; Yang nak pesan apa-apa? On the way balik i belikan. Dan biasanya saya hanya akan kata ; I nak you balik. (Eh bukan like I nak you balik! Sekarang! Tak tak) It’s like … I nak you balik, Sayang. Nada sangat mithali suara lembut merdu berpurdah. HAHAHA macam takyah explain.

Baiklah.

Sekarang. Jam 6.30 petang. Belum sampai satu jam kepulangannya ke rumah. Tapi beliau sibuk di dapur. Memasak. Ya Allah baiknya lelaki yang Engkau berikan pada aku ini. Nak cry now. Nak cry now T_____T Saya dah defrost ayam sejak pagi tadi. Cadangnya saya yang nak masak sebab dah lama tak menggoncang kitchen kononnya. Tiba-tiba tengah hari tadi saya migrain terus memasak di dalam hati sahaja. Suami saya balik tadi, terus dia offer nak tolong masak untuk dinner malam ini.

Ya Allah.
Engkau balaslah kebaikkannya padaku dengan sebaik-baik balasan.
Amin.

Saya jatuh cinta lagi.

Bukan sebab dia masak ayam malam ini. Bukan sebab dia beli Vitamin petang ini. Bukan juga sebab dia selalu nampak handsome pagi-pagi nak pergi hospital. Tapi sebab dia suami saya. Saya cintakan semua kelebihan malah kekurangannya. Walaupon terkadang saya menilai kekurangannya secara tidak waras, tapi kewarasan dia dalam kekurangan itu akhirnya buat saya insaf dan bertaubat.

Saya jatuh cinta lagi.

8 months ago.

What’s wrong with you, Brisbane?

Posted by chika under Uncategorized

Tiga minggu lebih dah. Mana boleh tahan %$#@$!

Hidunglah berdarah setiap pagi. Sudah masuk minggu keempat. Lemas dibuatnya. Ini semua pasti gara-gara Gaaaraaa (heh gatal kau Chika cakap macam ini) Semua ini pasti gara-gara cuaca setempat yang tidak menentu *sigh

Semasa kami pulang berhari raya teng teng teng teng weh takyah bunyi weh. Berlaku serangan ribut pasir yang dahsyat sekali di Sydney. Ngeri betul. Dilaporkan dalam televisyen, Opera House macam dah hilang dah dari pandangan. Saya ingatkan ia berlaku di Sydney dan sekitaranya. Malangnya terlupa yang Sydney dengan Brisbane macam taklah jauh sangat. Dengan kuasa angin ribut, heh mampu sangat kesannya untuk sampai ke Brisbane.

Malam kami sampai Brisbane tu, heart attack I! Masuk-masuk bathroom tengok lantai dah covered dengan dust very brown. Lawn kami yang sepatutnya segar menghijau pon dah kering kontang berwarna coklat kecoklat-coklatan. Baiklah, baru tahu yang sandstorm punya kesan tu sampai ke Brisbane. Sampaikan my husabnd cakap waktu tersebut, ramai sangat orang sakit. Kesan ribut pasir. Ini menakutkan. Nasib baik kami balik Kuala Lumpur. Heh Kuala Lumpur bandar jerebu. Dari Loke Yew pon dah tak boleh nampak KLCC. Heh. Pathetic gila.

Itu kes sandstorm.

Last few days pula berlaku hujan batu di negeri orang lebih baik hujan emas di negeri sendiri. KAH KAH KAH. I cipta. Ini cerita betul heh bukan pepatah. Tapi disebabkan saya berkurung diri dalam rumah bermain Colorlinez (game weh game), hujan batu hentam bumbung rumah pon saya tak sedar. Rugi rugi. Kalau tidak boleh simpan dalam freezer minum bersama Ice T. Heh tak kelakar langsung cakap macam ini.

Gambar ihsan dari FB Abang Badri.
Terima kasih
(heh pandai-pandai je aku padahal orang belum izinkan boleh ke tak)

Syok eh kalau dapat kumpul icebaby tersebut. Eceh, Icebaby. Nama timangan. Kumpul-kumpul minum bersama Ice T. Heh tak habis-habis nak minum dengan Ice T. Malas ah cakap dah.

Laporan kajicuacamarba. Seterusnya.

Kejap-kejap hujan. Kejap-kejap petir berdentum sikit. Pastu tak hujan. Tetiba hujan panas. Tetiba panas terik. Tetiba aku pon pening kepala tak tahu nak sidai bajukah atau jangan. Malam semalam dingin bukan main. Malam-malam sebelumnya panas menggelupur. What’s wrong with you, Brisbane?

I think ah … I think. Dia pon confuse dengan season. Atau Spring memang sebuah musim yang Spinning. Well I don’t know why should I give a damn about it why weh I don’t care I don’t mind Don’t speak I know just what you’re saying so please stop explaining  don’t tell me cause it hurts &^%$@#$%. Biasalah. 23 tahun. Emo.

Kejap. Menguruskan hidung sebelah kanan sekejap.

I got vaccinated!

Posted by chika under Pesanan Khidmat Sejagat

Virus influenza paling sensasi 2009 ; H1N1. Takutkan takutkan? Saya tahu dekat Malaysia kes dia agak berat. Di sini pon sama juga walaupon Dr.Husband selalu macam selambayaya sahaja. Bila saya tanya pasal H1N1 dekat hospital dia, dia cakap ; Ada 6 kes dekat sini. 3 daripadanya mati dekat QEII. Heh tak romantik langsung cakap begitu dengan bertenang. Bukankah kena cakap macam ; Huuuuiiii takut Yang takut Yang. Dah 3 kes mati kat hospital I. Takut Yang! Heh boring.

Husband saya cakap for certain cases dia actually tak bahaya sangat. Jadi semasa virus tersebut dengan memuncak beberapa bulan lalu, saya antara warga yang steady sahaja. Takut sebenarnya tapi yakin dengan keterangan suami. Amalkan gaya hidup sihat dan berdoa pada Allah SWT yang menurunkan penyakit dan yang berkuasa juga menghindarkannya.

Tadi petang selepas solat Asar kami pergi jumpa GP (General Practitioners) Dan alhamdulillah. Saya telah mendapatkan suntikan vaccine Panvax (H1N1). Mula-mula saya kena ambil masa sikit untuk berfikir sebanyak dua tiga kali sebab ini melibatkan jarum, man! HAHAHAHA. Aik takut jarum? Habis dah laki aku cakap ; Sakit tau Yang. I percaya okek cakap doctor. Sampailah akhirnya Dr.Conrad kata; Okay, kita gunakan baby needle (selekeh gila doctor ni cakap Bahasa Melayu HAHA. Tak tak. Alihbahasa)

Sayang dia cucuk dekat urat? Habislah I.

Bisik-bisik kami berdua. Anda tahulahkan. Saya ni urat halus kalau kena suntik dekat urat memang keluar keringatlah doctor tersebut kelak.

Tak tak. Dia cucuk dekat sini (lengan) masukkan ke muscle.

Ceh my husband ah, dia buat aksi macam kena tikam dengan jarum. Ada kah macam ini punya orang. Buat saya berdebaran saja.

Tiba-tiba….

Okay done.

Huk oloh. Tak rasa apa.

Maka dengan itu, saya seru pembaca sekelian segeralah mendapatkan vaccine ini dari pusat kesihatan anda. Pusat Sumber takyah ah cakap. Nak kena engkau ni.

Picture googled.

Sumpah seriau pada mulanya bila Dr.Conrad mengeluarkan botol kecil ini. Pitam sikit kepala.

Vaccine ini mungkin berbeza antara saya dengan anda. Tapi secara asasnya, vaccine ini akan mula bertindak melindungi anda dari serangan virus setelah 2 minggu anda disuntik. Atau dalam kata lain, saya belum dilindungi lagi. KAH KAH KAH. Dan once you’ve got vaccinated, dia akan bertahan dalam tubuh anda dalam tempoh satu tahun.

Setakat ini tiada kesan dahsyat lagi selain kebas sikit dekat lengan. Kesan lainnya, tiba-tibha I berasa sehat macam tidak terancam lagi. Eceh. Tapi tak apa. Kita berusaha mencegah. Selebihnya kita serahkan pada ketentuan Ilahi. Tazkirah Khamis malam Jumaat. HAHA.

Disebabkan saya berasa termalas secara tiba-tiba (mungkin kesan vaccine. Ceh alasan tak boleh pakai) saya paste pemberitahuan penting ini sebagai pesanan khidmat sejagat. Harap terhibur.

People who should get immediate vaccination

All people can get vaccinated but some people are more at risk of severe outcomes if they catch this flu. Vaccination is strongly recommended for:

  • Pregnant women
  • Parents and guardians of infants up to six months old
  • People with underlying chronic conditions, including:
    • heart disease;
    • asthma and other lung diseases;
    • cancer;
    • diabetes;
    • kidney disease;
    • neurological disease;
    • other chronic conditions (talk to your GP)
  • People who are severely obese
  • Indigenous Australians
  • Frontline health workers
  • Community care workers

Anda salah seorang yang berkenaan?

Bertindak sekarang!

Buat Keluarga Kesayangan, CINTA.

Posted by chika under Uncategorized

Kami sampai Gold Coast Airport pukul 8 malam (local time) 4 October. Saya boleh menangis tersedu-sedu terhingus-hingus dari dekat airport sampailah naik flight. Husband saya dah tak reti nak pujuk apa dah. Sudahnya dia dakap sahaja. Heh payah betul ada isteri kuat menangis seperti dia ini.

Sampai rumah saja, sambung lagi menangis macam guruh kau. Mula-mula saya dah macam okay dah. Tiba-tiba bila naik tingkat atas, terdetik nak jenguk bilik yang Ijat duduk selama tiga bulan dia dekat Brisbane ni. Apalagi, cry me a river. Macam kakak terbaik dalam universe dah aku. Menangis bengkak-bengkak mata atas katil Ijat. Sumpah sedih tak boleh blah. Memang rasa tak nak blah dari bilik tersebut. Lagi-lagi bila melihatkan pakaian dia yang tertinggal. Dengan towel yang tersidai lagi belakang pintu. Sob sob sob.

Husband suruh saya call emak. Saya pon call emak.Heh. Cakap tak berapa patah. Nangis saja lebih sampai emak pon dah sebak dah. Tak tahu kenapa berasa tersentuh sampai macam itu. Selama ini ulang alik okay saja. Sedih memang sedih melambai ibubapa dan adik beradek di airport. Tapi bila dah sampai Brisbane biasanya akan berasa baik sahaja. Tapi kali ini macam separuh nyawa dibuatnya.

Mungkin sebab dah terbiasa ada Ijat dalam rumah ini menemani saya. TIGA BULAN tahu dia di sini. Masak, mengemas, berjalan apa semua pon dengan dia. Tiba-tiba bila husband pergi kerja, terkontang kanting sendirian macam tak ada orang nak kawan dengan kita very sad T___T

Selain itu, sebulan lamanya di Malaysia. Dimanja dengan mandian susu. heh gila kau! Tak tak. Dimanja-manjakan oleh ibubapa. Nak apa semua dapat. Semua main order saja. Takyah berusaha bagaikan magik semua makanan yang teringin sampai depan mata. Bagaikan sakti. Terbiasa mengekor ibubapa ke sana sini. Berbual dengan emak. Menonton Astro sambil kutuk Fasha Sandha (heh tak habis-habis nak sakit hati dengan perempuan itu macam tak ada keja lain HAHAHAHA) sama-sama. Tiba-tiba dah balik Brisbane tak ada emak. Tak ada bapa. Tak ada Dek Ekal, Ijat dengan Adek. Sungguh mendalam kesannya. Gunakan FAB TOTAL. Heh gila kau Chika!

Bapa pula pandai sekali membentuk wajah-wajah duka menjelang hari kepulangan kami. Makin touching I. Abah memang. Kalau Ma sedih satu kali, abah boleh sedih 3 kali. Dan setiap kali saya nak pergi jauh sikit dari keluarga, waktu tersebutlah abah akan bagi mutiara kata ; Abah anak perempuan ada satu je. Bila waktu macam ni abah memang terasa. Haaaaaaih. Baiklah abah, baiklah T____T

Dan setelah semuanya, dihujung cerita saya akan berasa sangat penuh dengan kasih sayang. Bayangkan macam mana berasa penuh kecintaan bila ada bapa caring macam itu. Dahlah gembira sakan pada setiap hari saya berada di rumah. Emak pula sangat penyayang dan suka manja-manjakan anak. Adek-beradek lelaki yang caring dan boleh sama-sama tayang muka sedih bila kakak kena fly balik Brisbane ikut suami. Seronoknya ada keluarga macam ini. Semoga Allah peliharakan keluarga saya di tanah air.

Turut juga dihantar pulang oleh ibu mertua, abang mertua dan isteri abang mertua. Heh semua sekali mertua. HAHAHA. Ibu mertua tak pernah tak hantar saya di airport. Walaupon beliau bukan jenis yang mushy mushy seperti ; Eh anak menantu  nak pulang sob sob sob. Tapi hakikatnya ibu mertua seorang yang sporting. Itu memadai. Macam yang saya pernah cakap. Hubungan dengan mertua sentiasa ada batasnya demi menjamin rasa hormat berterusan.

Sekarang saya malas masak. Sebab tak larat. Selain itu, sebab tak ada teman diajak makan bersama T___T Ijat, Ayong misses you so much. Bila nak datang sini lagi? Aku rindu kau tahu!

Baiklah macam ada benda hendak tergugur dari mata turun ke keyboard. Sebelum keyboard ini basah untuk kali yang kebanyak kali, get out now Chika!.

Surat Tunjuk Sebab

Posted by chika under Uncategorized

Hi blog.

Baiklah baiklah. Lagi sikit hari saja, sebulanlah saya tak kemaskini blog (KEMASKINI). Macam terlupa ada blog HAHA. Ia bermula dengan perbuatan sengaja-sengaja tak mahu mentulis blog. Atau dalam kata lain, macam bagus sangat mahu tengok orang menunggu Chika update! Chika update! Heh macam bagus saja. Selepas itu ia dilanjutkan dengan masalah kesihatan yang tak berkesudahan. Sampai kini pon masih tidak sihat sampai dapur tidak berasap. Heh DAPUR TIDAK BERASAP. Ayat makcik-makcik.

Kemudiannya DNS setting meragam. Blog tidak dapat access dari kejauhan. Gatal kau Chika berkata demikian. Cakap ah tak boleh access dari rumah di Brisbane ini. Sungguh murka. Tapi malas nak histeria lebih hanya disebabkan sebuah blog yang macam tak berapa nak best. Tapi akhirnya semalam mendapat bantuan dari Mr.Manager (dah nak menikah dah dia ececececeh)

Err. Sebenarnya macam takyah bagitahu anda semua alasan di atas.

Baiklah anggap saja entry ini seperti entry suam-suam kasi anda tahu bahawa penulis masih hidup untuk menulis. Dan macam ada chance untuk kembali menulis lagi banyak dan lebih mensakitkan mata siapa-siapa yang sakit mata. KAH KAH KAH. Heh berasa bodoh gila buat gelak seperti ini.

Lain-lain cerita kita cerita pada lain-lain cerita HAHA. Bukankah anda telah menunggu entry selama hampir sebulan? Apa salahkah kalau menunggu lagi sikit waktu? HAHAHAHA. I lazy. Macam biasa. I lazy.

MALAYSIA BEST!