Archive for October, 2009
Posted by chika under
Uncategorized

Dan jangan bimbang. Ini bukan sahaja tas tangan murah bercitarasa matang (dalam kata lain bercitarasa makcik), malah ia hanyalah sejenis fridge magnet koleksi musim matang. Saya pon minat mengumpul fridge magnet juga. Tetapi ini semacam hobi baru nak jadi. Ajak-ajak ayam (tetiba)

This entry was inspired by her entry.
Heh nampak sangat saya lazy melebih-lebih dewasa ini. Sampaikan boleh bagi entry gambarajah macam ini sahaja. Dahlah 6 keping gambar tanpa caption. Ambil modal entry orang lain pulak tu. Baby listen to me when I said, I will love you more than that (tetiba) Tak tak. I memang lazy sangat dewasa ini. Dalam draft saya ada banyak sekali entry tak keluar-keluar. Baiklah sekarang apakata anda bagitahu saya anda nak saya tulis cerita apa? Cadangan yang interesting gila sampai boleh buat Si Lazy ini menjadi rajin mentulis entry buatnya. Yang sumpah interesting punya cadangan. Supaya saya tetiba ting! Tulis entry laju-laju.
Biarkan Si labu-Labu dengan luncainya. Apatah ini selalu dengar belahan jiwa (soulmate) saya cakap.
Posted by chika under
Uncategorized Lepas Maghrib tadi tiba-tiba ting! Rasa macam bertenaga lebih tetapi tidak melebih-lebih. Maka ke kitchen lah macam terror. Berasa heartburn sangat petang tadi. Hubungi suami di hospital. Minta nasihat kesihatan. Pastu suami cakap ini perkara biasa. Heh tak membantu langsung. Pastu dia dodoikan I. Bukan macam dodoi-dodoi lullaby ke apa. Heh tidak waras sama sekali dekat hospital depan patient pergi bagi lullaby on the phone. Dodoi-dodoi macam cakap itu ini kasi pujuk. Pastu tetiba ting! Baiklah. Heartburn hilang dah. Sungguh gedik isteri dia.
Disebabkan selain bertenaga lebih, perasaan pon sangat baik. Bersedia ke dapur mentanak nasik (sumpah tak pernah cakap mentanak nasik sebelum ini tetiba dalam blog pandai pulak pakai perkataan macam ini) Dipendekkan cerita untuk kepentingan sendiri, nasik pon menjadi nasik goreng. Tersenyum sampai telinga (baiklah tipu mana mungkin boleh senyum sampai telinga heh buruk gila kalau senyum sampai telinga hoi apa kau membebel ni diam sekarang)

Eh come on lah babe. Ini sumpah gambar sendiri punya bukan google punya.
Ceh bajet best betul berkata macam ini.
Nampak sedap?
Nampak macam sedap?
Nampak saja sedap, sebenarnya ia memang sangat sedap PERCAYALAH SEKARANG.
*dan pembaca pon laju-laju blah dari blog ini. Malas nak layan penulis macam ini*
HAHAHA. Sekarang tengah tunggu husband balik. Hari ni beliau on call lagi sampai jam 10 malam. Sungguh mensakitkan hati isteri tapi tak apa. Redha. Bukankah lagi banyak on call lagi banyak habuan? Jeng jeng jeng *keluar lagu Saloma* Heh apsal macam annoying gila pakai lagu Saloma. Nampak sangat aku kena berhenti sekarang atau aku akan diberhentikan.
Pulanglah Sayang. Nasik goreng tunggu you.
Posted by chika under
Uncategorized 
Phewwwwwwit. Tweeet tweeeeet. Twitter.com
&^%$#@
Eh betul-betullah. Okay macam ini. Saya akan membawa anda ke kelong. Kelong heh. Bukan saya macam tersilap eja Kelang jadi Kelong ke apa. memang kelong nama dia. Saya pon tak pandai sangat nak explain dia macam mana. Sebab baru saja pada aidilfitri yang lalu saya tahu perkataan Kelong.
Dia macam sebuah binaan berkaki tinggi (maksud Puan macam hantu galah?) dan terbina di atas struktur kayu yang macam mentakutkan tapi sumpah kuat. Dibina di tengah-tengah laut untuk tujuan aktiviti menangkap ikan. Pastu anak bini gadis perawan jelitawan chef wan apa semua yang macam tak nak memancing boleh sewa bilik di atas kelong tersebut. Tidur saja. Biar lelaki gagah yang pergi menangkap ikan tak tidur-tidur semalam.
Boleh bayangkan?
Habis apa kaitan dengan gambar pertama di atas? HAHA. Gambar bukan sekadar nasik ayam heh. Itu gambar dirakamkan semasa dalam perjalanan ke Kelong ini. Oh lupa cakap satu benda yang macam tak penting tapi kena cakap. Kelong ini terletak di Pontian. Tak jauh dari rumah atuk saya. Kami pergi memancing sekeluarga pada hari raya kedua. Habis apa nak buat. Dah terbosan-bosan di rumah. Balik-balik on TV tengok ceritera Melayu yang macam tak kelakar. Pastu rasa tak berguna betul hidup semacam itu. Dahlah husband saya asyik kutuk drama melayu saja T___T Terasa I. HAHAHA gedik gila nak terasa pulak dia :P Ada baiknya pergi menggangu ikan di laut. Bukankah sumber protein? Ceh, tetiba.
Bukan senang tahu nak sampai ke kelong ini. Berhujan beribut berangin kami tunggu boat sampai. Dahlah boat kecil. Pukul 8 malam baru boat sampai pulak tu. Naik beramai-ramai. Omaigod aku ingat neh memang ada chance karam jugak neh. Nasib baik dah kawen. HAHA celupar bukan berkata begitu?
Baiklah tak akan naik lagi boat kecik macam ini. Sayang nyawa weh. Emak pon kata tidak akan naik lagi boat semacam ini. Scary weh. Dah lah brother bawak boat tu hampir-hampir nak terlanggar pancang. Kalau langgar kau bayangkan sekarang. Final Destination 5.

Kami bermalam satu hari dekat sana. Tapi yang tidur cuma saya dengan emak asalnya. Orang lain semua pergi memancing sepanjang malam. 
Husband saya kan kaki pancing lately. Lalalala.

Tengok budak-budak neh pasang umpan dalam bentuk umpun-umpun dah cukup dah buat saya menggeleman. Jijik tahu, jijik.
Okay. Ini pemancing terror. Pantang campak joran, ada saja ikan yang sangkut. Dia seorang saja dapat catch almost 50 ekor ikan. Terror gila engkau. Sini kau!

Baiklah. Anak-anak disuruh memancing.
Ibubapa pula di sini berdua lebih baik.
Sambil makan nenas dalam tin.
Nenas kebanggan Johor.
Bangga weh bangga.
Heh tiba-tiba mengaku anak jati Johor padahal macam tak saja.

Ini bukan najis. Ini bukan najis. Diulangi. Ini bukan … okay fine Chika, fine.
Ini umpun-umpun. Sungguh disgusting.

Hasil.
Hoooooooray.com
Err. Anggaplah karangan tamat.
Posted by chika under
Uncategorized Chocolate ada dekat mana-mana saja! Urght. Saya berperasaan macam duduk dalam kedai coklat now T___T
Setiap hari balik kerja, suami saya buka food storage. Pastu cakap ; Yang bila chocolate ni semua nak habis?
Aku dah fed up dah.
Posted by chika under
raya Nak tengok gambar raya Chika dengan suamilah. Nak tengok Chika punya baju rayalah. Nak tengok Chika melaram high heels pagi rayalah. Nak tengok kampung Chika lah. Nak tengok keluarga Chika berayalah. Nak tengok ayam itik lembu atok nak tengok semua benda nak tengok. Sekarang, nah tengok.
Tapi sebelum tengok, kena tahu dulu. Baju raya recycle tahun lepas punya very sad T_________T Tidak melaram high heels langsung asyik-asyik sarung selipar nenek sebab kampung lecak. Heh setakat beraya rumah nenek saudara yang tinggal lima belas tapak ke hadapan, over sangat nak pakai high heels bagai. Make-up pon tidak. Setakat pakai lipgloss itupon sebab bibir mengelupas. Kalau tidak, nude saja. Heh bukan pergi rumah orang secara NUDE tapi wajah NUDE. Okay takyah explain yang ini anda faham dah aku je over anggap orang tak faham T___T
Sebenarnya memang macam ini budaya kami beraya. Tak pernah over di pagi raya. Tak pernah langsung walaupon dah 23 tahun hidup. Setiap tahun pon macam ini. Pakai baju kurung. Pakai tudung yang biasanya dipakai pergi pasaraya. Sambutan sederhana (Tiba-tiba macam nak cakap ZUHUD tapi tak baik riak HAHA) Pukul 2 petang like that masing-masing dah sarung T-Shirt lusuh dah. Baring berkumpulan depan TV. Pastu kanak-kanak datang bagi salam nak beraya eh nak duit raya, kami buat pekak saja. Pastu nenek datang marah. HAHAHA. Setiap tahun pon macam ini.
Habis kalau ada baju labuci dengan tudung labuci beserta kasut labuci bila nak pakai? Itu pakai masa dekat KL. Semassa sambutan syawal yang ke 10 barangkali. Semasa beraya dengan rakan-rakan. Waktu itu barulah berguna sikit hendak show off pakaian. HAHAHA. oh engkau gelak. Tapi macam benarlah bukan?
Baiklah. Sekarang dah boleh tengok gambar dah.

Yahooooooo tahun ini ada gambar memeluk lelaki. Gedik gila berkata begini. 22 tahun lamanya beraya tanpa memeluk lelaki seperti cara ini T______T Err. Muka macam biasalah. Muka tak siap-siap. Dan tahun ini membawa muka perayaan paling hodoh dalam tempoh 23 tahun. Harap tahun depan tidak membawa muka yang hodoh ini lagi. Itulah dia bila tidak sehat. Hodoh tapi tak apa.
Seterusnya himpunan gambar yang macam anda tak peduli sangat nak tengok . Optional. Nak tengok, tengok. Taknak tengok ok tak apa. Heh sombong gila engkau neh pandai memilih pulak sekarang. Tengok sekarang. I suruh.

Datuk bersama nenek kami berkucupan.
Pastu touching gila bila Mak Tok bagi dialog ; Saya sebenarnya sayang dekat abang ni.
Sob sob sob.
I want to spen my lifetime loving youuuuuu.
Tina Arena Ft. Marc Anthony.
(tetiba saja kau ni)

Ibubapa meminta ampun daripada ibubapa mereka
Duhai bonda…. duhai ayahanda…
Ceh diam kau Chika.
Dah macam entry musical.

Oh sayang, engkaulah jejaka idaman.
First time tahu. First time. Suami saya beraya dalam keadaan seperti ini. Dua tahun lepas, suami saya cakap dia beraya di Gold Coast main surfing. Terror.

Haizdel.

Mungkin macam pelik tahun ini Hj. Jamian tidak bagi duit raya T___T

Haikal.

Haizat.

Yours truly.
Ini babak paling dramatik dalam jiwa.
Takyah cerita dekat anda. Heh sombong kan cakap macam ini.
Saya sayang atuk saya banyak sekali.

Saya juga sayang emak saya banyak sekali.
Tapi emak mungkin sayang saya berkali-kali.
Selamat hari lahir yang ke 45 tahun!
Ceh tetiba padahal hari lahir emak bulan september yang lalu :P

Bapa juga menjadi kesayangan saya.
Selain handsome (sumpah handsome masa muda dulu digilai oleh Anita Rafar kakak Linda Rafar tu heh siap bagi surat cinta dekat bapa pastu emak cakap nak humban surat tersebut. HAHA comel) bapa juga seorang lelaki yang perfect yang buat hidup kami semua pon perfect. Awesome sangat.
Sekarang koleksi foto benci tapi mahu pula. Di mana orang yang benci-benci I pon mahu tengok juga. HAHAHA kan dah kata, perangai manusia ni walaupon sampah tapi macam comel juga. HAHAHAHA.

Nampak tak nampak tak? Muka tak siap tadi dah jadi muka hujan. Sumpah baru menangis ketika ini. Sebab terkenang banyak dosa pada suami. Mohon redha suami untuk kebahagian dunia akhirat T___T

Bangga ada gambar ini dalam simpanan.
Bangga gila.

Bangga weh bangga.
Err. Disebabkan sudah mempunyai Abang Ipar bekerjaya dan kakak yang sudah berumahtangga walaupon tanpa kerjaya, adik-adik mendapat habuan saku.



Ijat apsal muka engkau macam ini? 
Shoot percubaan. Silau.

Cuba lagi.
Silau
Heh makin silau. 
Silau juga.
Tapi sebab Kakak dengan Abang dah ada dalam gambar, tak boleh resist.

Silau lagi.
Dan juga muka hodoh.
Okay dah kita tukar tempat lain pula. Memang tak ada cara menghalang silau kalau setakat pakai digicam kuasa rendah T___T
Kualiti gambar semua tidak berkualiti. Harap terhibur.
Tempat kejadian ; Pontian Johor.
Ada yang sekampung?
Posted by chika under
Uncategorized Macam little kid saja aku. Telefon abah menangis-nangis. Memberontak suruh abah datang Aussie sekarang jugak. Puas abah explain benda yang takyah explain ; Abah busy. Adek sekolah. Mana boleh Ma dengan Abah tinggalkan adek-adek. Pastu aku memberontak lagi. Menangis macam tak ada kesudahan on the phone. Abah kept on explaining the same thing and I kept on saying the same thing in return. Sampai akhirnya abah terdiam panjang. Pause.
Abah bagi suggestion yang tak sempurna. Seperti ;
1. Nak abah hantar Mak Yang duduk sana tolong jaga tolong masak tolong teman? Tapi Mak Yang tak pandai naik flight sorang-sorang. Dia mesti takut.
2. Atau nak abah hantar Uda pergi sana balik? (Whoawow Ijat datang sini balik? Yeayyyy fun gila weh fun gila! Aku dah excited tapi tangisan harus diteruskan) Tapi abah kan nak masukkan dia Navy. Nanti susah pulak program dia.
Purffffft. Apatah cadangan semua bertapi T_________T
Baiklah sekarang.
Apahal kau ni Chika? Aphal ha kau?
Tak ada apa. Saya sebenarnya dah 2 minggu tak boleh bangun. Terbengkalai on bed. Bila malam tak lena tidur. Hidung bleeding sudah sebulan. Makin lama makin menjadi-jadi. Heh derma darah ikut hidung acceptional tak? (Bodoh kau cakap macam ini. Tak kelakar Chika. Tak kelakar) Bila tak sehat ni, saya jadi tak larat. Knowing me, tahulah kan aku ni jenis lembek. Saya nak masak pon tak larat. Kalau ikutkan hati macam nak makan macam-macam. Nak goreng nasik goreng bodoh pon tak larat T______T
Kesian kau Chika.
Bila fikir-fikir balik. Saya macam boleh agak kenapa saya demam. Suhu badan saya naik turun. Saya rasa mesti kesan vaccine yang saya ambik minggu lepas. Saya teka. Lagipon Dr.Conrad ada cakap dulu sebelum dia mensuntik saya. Dia kata kena faham dulu kesan vaccine ni. Akan buat lengan kebas dan mungkin sakit beberapa hari. Dan boleh juga menyebabkan demam. Baiklah T___T Dan masalah hidung berhingus meleleh berlendir (ha describe lah dengan lebih jijik lagi. Describe lah HEHE) suami saya kata memang biasa berlaku bagi kebanyakkan orang sempena Spring. Macam biasa. Akukan percaya cakap doctor.
Dalam tersedu-sedu tersebut, sempat juga saya ingatkan pada bapa ; Abah ambiklah Panvax Vaccine.
HAHA.
Saya rasa mood saya swing sangat. Saya menangis dan bergembira secukup rasa. Kalau rasa nak menangis, saya akan cari peluang yang ada untuk menangis. Malah ketika tiada peluang juga, saya akan cuba menangis. Bila waktu berasa nak gembira, saya boleh bergembira. Mood saya swing sangat. Tapi ini tidak aneh bagi wanita. Ini tidak aneh.
Tapi saya akan bergembira banyak bila suami saya romantik dan perihatin. Saya macam dalam fasa memerlukan kasih sayang dan attention. Baiklah. Attention seeker memang macam ini. Sebenarnya suami saya tak buat salah. Tapi mungkin dengan menonton Naruto pada waktu saya memerlukan attention akan membuatkan saya berasa tersingkir dan berkecil hati. Padahal bukankah Naruto memang dah lama dah jadi orang ketiga dalam hubungan kita? Dah lama dah. Tapi sekarang ini sebab macam tengah gila nak attention, saya rasa macam semua attention suami saya kena pergi dekat saya seorang. Macam kalau boleh dia takyah pergi kerja. Duduk rumah saja rawat saya. HAHAHAHA LAWAK TAK LAWAK TAK?
Sebenarnya saya taknak apa-apa. Saya nak suami saya entertain saya walaupon pada perkara yang tidak waras. Pastu I dah okey dah.
Aku rasa setiap kali aku tak sehat pon aku perangai seperti ini. Kalau dulu, saya boleh menangis berhingus-hingus kalau emak macam tak entertain saya semasa saya sakit. Sekarang dah ada sasaran baru dah. Saya harap suami saya bertahan dengan lebih lama. Atau bertahanlah selamanya. HAHAHAH MACAM COMEL.
Kembali kepada topik menghubungi bapa di tanah air.
Sekarang aku dah buat keluarga susah hati dah. Confirm bapa akan memikirkan jalan nak entertain kehendak saya. Err. Sebenarnya saya pon tak tahu kalau saya betul-betul memerlukan siapa-siapa untuk jaga saya. Sebab macam tak payah pon ada. Tadi itu macam sandiwara ketika kepala swing. Sandiwara semasa ada pelung untuk menangis. Macam memang berniat untuk menghubungi ibubapa dan menangis. Kan aku dah cakap. Kalau aku terdetik nak menangis, aku akan cari peluang untuk melakukannya.
Sekarang?
Aku okay dah.