Kan Comel Kalau Macam Ini Saja

Aku biasanya tulis benda yang aku nak tulis, bukan benda yang orang nak baca sangat. Samalah macam orang juga. Dia baca benda yang dia nak baca. Kadang-kadang orang terbaca benda yang dia tak nak baca. Tapi sebab aku dah tulis, dia pon macam terbaca. Wujudlah situasi macam sama-sama tak rasa senang.

Macam entry lepas. (atau dalam kebanyakkan entry garang-garang aku)

Readers mesti kata ; Kami tak nak bacaan macam ini, Chika. Kami nak cerita seronok-seronok saja. Baiklah. Aku provide cerita seronok-seronok untuk entertain readers. Tapi sekali-sekala bila aku provide entertainment untuk puaskan emosi aku, aku harap semua orang boleh bertimbangrasa dan faham (atau pon macam faham) Aku pon macam tak pernah cakap yang blog ini blog entertainment ke apa. Yang aku macam tahu, blog ini kalau ikut history dia, dia sebuah blog diktator. Di mana aku sangat berkuasa ke atas tulisan aku. Namun kebelakangan ini,  kedewasaan membuatkan aku jadi macam baik hati sikit. Eh bukan. Aku macam sering baik hati dewasa ini. Asyik-asyik tulis benda harmoni sejagat.

Aku rasa fair bila aku ambik sikit slot untuk tulis entry garang. Dan aku rasa lebih fair lagi, bila aku tak pernah marah pon kalau engkau tak mahu baca bila aku garang. Tapi aku ada sikit marah bila engkau cakap ; Entry garang macam itu bosanlah Chika, kami tak nak dengar. Iyalah. Siapa suka perempuan garang. Tapi engkau macam tak memahamilah T___T Tak fair lah macam itu. Aku rasa fair sangat untuk aku ambik sikit bahagian nak emo-emo dalam blog sendiri. Habis tak kan nak emo-emo tulis surat layang hebahkan di kawasan kejiranan.

Nampak macam aku membesarkan benda kecil bukan? Engkau tak pernah tahu sebalik tabir blog aku (heh macam drama ada sebalik tabir) Boleh kata, setiap kali aku check new comment pon, aku dapat comment jahat. Tak habis-habis lagi nak dengkikan perempuan tak berkerjaya dan tak ada salary ini T___T Tapi itu isu basi. Aku tak cakap dah dalam entry. Aku maafkan saja comment macam itu. Mungkin selain mencari hiburan dari blog aku ini, ada orang menganggap blog aku sebagai terapi jiwa. Maka bila dia nak curse aku ke apa, aku dah boring dah nak suruh dia mengucap ke apa. Aku maafkan saja sebab kan aku dah cakap ; dewasa ini aku sering baik hati.

Tapi isu ; Chika pergi contohi blogger ini atau blogger itu merupakan isu baru. Memang aku nak membesarkan isu ini. Memang. Sebab aku rasa perkara ini perlu diperbetulkan untuk memuaskan hati aku sendiri. Selagi aku tak bagitahu bahawa isu ini memarahkan aku, aku tak akan duduk lega. Aku tak suka jadi mangsa. Bila aku rasa macam aku cuba dimangsakan, aku akan buat apa-apa yang aku boleh fikir untuk bagi attack balik. Atau dalam kata lain, aku memang kuat melawan.

Masa dekat sekolah dulu ada ustazah cakap aku tak akan lulus ujian Al-Quran (sebenarnya dia cakap macam ini sebab dia ada masalah peribadi dengan aku) Lepas aku dapat tahu yang ujian Al-Quran aku bertahap MUMTAZ (ambik engkau) aku berusaha giat carik ustazah tu balik. Semata-mata aku nak show off dekat dia yang sumpahan dia tak jadi. Nampak macam tindakan biasa. Sebenarnya aku tengah melawan dia. Itulah yang aku cakap sebagai sikap melawan untuk memuaskan hati dan mendapatkan semula kedudukan aku yang betul. Itu contoh.

Sekarang cakap pasal entry lepas lagi sekali.(walaupon engkau tak nak tahu, tapi nak explain juga untuk mendapatkan kedudukan aku semula)

Aku rasa, ramai orang tak berapa faham apa penyampaian aku. Mungkin faham, tapi tak faham sangat. Pertama, tiada siapa-siapa yang hentam aku. Orang yang bercakap itu sebenarnya tak hentam aku. Dia puji lagi adalah. Tengok balik. Dia kata aku ada potensi untuk pergi lagi jauh. Itu compliment weh. Niat dia bukan nak hentam aku. Sebab mereka sebenarnya antara pembaca aku yang bolehlah dikatakan follow habis entry aku. Dan mungkin jenis pembaca taksub (bukan taksub dengan aku barangkali) Tapi taksub dengan blog-blog hebat (heh macam hebat) yang dia baca. Lepas itu, minat membuak-buak dia membuatkan dia rasa macam aku pon kena jadi macam blogger idola dia.

Habis kau marah apa Chika?

Aku macam tak marah sangat. Aku cuma rasa underestimated. Aku tak suka orang cakap pasal isu blog dengan aku. Lagi-lagi yang tak ada kaitan dengan aku. Perkara lainnya, aku tak suka dikritik tentang gaya blog aku. Engkau boleh kritik entry aku (itupon kena ikut topik apa aku tengah cakap) Tapi engkau tak boleh kritik gaya penulisan aku, humor aku, layout aku apsal ada tiga column apsal gambar tengah kaku apsal kombinasi warna panas ke apa. Yang itu semua aku tak bagi siapa-siapa kritik. Sebab aku tak rasa ada orang diberikan hak sampai tahap itu. Sebab itu bila ada blogger yang suka suki dia tulis entry komplen blog orang itu ini, aku rasa blogger tersebut boring ah.Err… engkau ada hak nak menyatakan ciri-ciri blog yang engkau tak suka. Tapi engkau tak ada hak nak bajet macam juri. Contoh ; Nurulism.com. Blog ini tak patut ada tiga column. Tak patut pakai font 11 kecik sangat. Tak patut tulis gaya selamaba macam itu. Lain kali tulis banyak short form sikit baru rockers. Dan kalau buat entry takyah panjang-panjang. Biar sikit-sikit asalkan ada. Kena selalu update jangan malas. What the F (aku tak mencarut. F itu Fun) Macam bagus.

Come on sikit. Ini blog saja. Bukan apa sangat.

Baiklah. Anggap saja aku kuat emo (dan ego juga) Aku tak suka dibanding-bandingkan dengan apa-apa. Lagi-lagi dengan perbandingan yang bagi aku, aku tak kagumi langsung. Nanti aku rasa macam maruah tercabar. Heh ego gila bukan? Sekarang tanam dalam hati masing-masing ; Aku memang ada ego aku. Samalah macam engkau.

Ada emo. Ada ego.  Barulah manusia nama dia.

*sekejap. Husband aku tengah buat lawak*

Baiklah. Aku emo saja kebelakangan ini. Tapi aku tak rasa bersalah. Sebab aku tahu kenapa aku emo. Dan aku akan berkelakuan macam ini mungkin untuk tempoh lebih panjang. Harap-harap tidak.

.

.

.

Sebenarnya aku tulis ini bukan dalam keadaan marah. Jadi aku harap engkau baca dalam intonasi baik. Sebab aku menulis pon dalam keadaan baik. Aku tak marah. Aku bagitahu saja. Supaya engkau lebih kenal penulis yang engkau follow ini. Dia emo secara berkala dan ego secara konsisten.

Sekarang aku nak tidur. Esok aku provide entry seronok-seronok kalau aku mahu. Sebab aku tak masukkan TULIS BLOG dalam daily routine aku. Aku tulis bila aku mahu sahaja. Dan aku tak menghabiskan waktu berkualiti aku dengan memikirkan cara-cara meningkatkan kehebatan blog dan sewaktu dengannya. Biarkan dia macam ini. Dah 7 tahun dah aku berblog. Kalau pisang, dah tak berbuah dah.

Recent Entries

32 Responses to “Kan Comel Kalau Macam Ini Saja”

  1. lyana si permaisuri Says:

    Saya suka baca entri Chika dalam keadaan apa pun. Sekian terima kasih.

    lyana si permaisuri Reply:

    pencapaian pertama menjadi pengkomen pertama. Tahniah untuk diri sendiri.

    chika Reply:

    aik? baru pencapaian pertama ke? lerrr… ingatkan dah pencapaian ke seratus. HAHAHA :P

  2. meen Says:

    betol chika.. aku sokong la.. kdg2 agak menyakitkan bila org bandingkan blog kt ngn blog orang lain.. kdg2 aku jwb ” blog aku ikot ske aku la nk wat pe pon”..haha. ayat agak kurang ajar tp aku puas.

  3. siputih Says:

    saya suka baca entri yang hapy-hapy
    baru saya hapy :)

    entry emo emo,
    baca pun emo
    tapi tak tahu nak marah sape :P

  4. farah aminuddin Says:

    manusia ni kan. pandai komplennn je. tsk tsk tsk.

  5. chime Says:

    saya kadang2 terasa senak juga mata terutama bila tgh2 mlm bila baca stori-stori chika… tulisannya bersize halus halus… Errr, ini bukan nak komen ok..
    tapi saya tetap baca jugak tanpa mempedulikan benda2 tu semua. nak komen buat apa padahal blog saya pun tak adalah bagus mana, tak adalah cantik mana sgt… so! nak komen2 pasal blog org ni rasa mcm tak berapa nak bijaklah – apatah lagi blog popular mcm nurulism.com…

    teruskan menjadi chika… org suka baca nurulism.com sebab chika adalah chika… kalau dah tiru gaya tulisan org, atau gaya blog org, ataua gaya layout org, rasanya chika dah tak chika lagi… dan jadi org lain pulak…

    betul kata chika tu… ini blog saje.. bukan apa-apa pun…

  6. farhana Says:

    xtau nak conteng pe..hehehhe..anyway..u r the best chika…

  7. .i.b. Says:

    yeap, fair enuf to at least emo2 di dalam blog sendiri… i sokong sbb itu pun tujuannye kan… lgpun blog tu kan blog chika, lantak dielah… taknak bace diam kau… hehe kan chika… chill~~!!

  8. syarq Says:

    hurmm… blog sendiri… biar lah tuan belog sendiri yg tentukan mcm mane yg dye nak….

    melain kan kalau tuan belog nak blog jadi glamer.. :D

  9. muezza Says:

    Salam. kak chika xperlu sedih-sedih or emo dgn ape yg org cakap sebab pd sy inilah blog petame yg sy bace dan mampu buatkan sy tergelak utk setiap kebanyakkan entry kak chika. sy mmg kagum dgn akak yg ade sense of humour yg sgt tinggi n mampu buat org tersenyum n gelak xhenti2 smp la sy rase sgt kekurangan hari sy klu xberpeluang bukak blog akak n tgk the latest update dr akak.

    Saya doakan yg terbaik utk akak n family. kekalkan ape yg akak ade n xperlu ikut sesiape but juz follow what ur heart says.. =) Love Chika!!!

  10. salwanabila Says:

    salam…
    betul kak chika, sye sokong akak…
    blog name kite, yg daftar kite, yg wt nye kite, so kite berhak pada blog kite la…
    tue namenye kreativiti…dorg nk bce tue dorg pnye hal…kalau byk sgt compain, xyah la bce kn…
    pape pn, syabas wt akak…sye slalu follow akak, n sye ske blog akak. teruskan usaha akak….

  11. atikah Says:

    chika. one word chika. “bagus”.
    orang garang biasanya ada prinsip hidup sendiri. jgn sesiapa berani mengubahnya. the originality of urself yang menghidupkan blog u. well done.

  12. kak moon Says:

    “what ever you post i read”
    slogan tu… hehehe…
    emo skali skale apa salahnye kan?
    kita kan manusia biasa… tak gitu?

    apa2 pon… be happy chika.. this blog is yours.. do what ever you want to dear..

    take care…

  13. eireen Says:

    pehhh, 7years alredy? tabik siyull..

  14. saya Says:

    xtau nak kata apa..
    tapi benci betol dgn orang yg macam nak decide apa yg kita nk tulis…

    sgt benci..kalau nk best2 jer, tulis r sendiri..

    ish…ter’emo’ lark kat sini..

    again,saya benci org yg nak sumer bnda jd mcm apa yg dier nk..

  15. hurin Says:

    salam.. silaa baca dengan senyum okay.
    saya rasa diorang cuma bagi pendapat saja, kalau sekali takpe, tapi kalau berkali2 mungkin tak patut.

    blog ni macam rumah kita, kita sendiri yang mencorakkannya bukan orang lain. kita sendiri tahu apa yang kita selesa.

    kalau kita taknak terima pendapat orang-orang lain yang care dengan rumah kita, xpelah. buat tak tahu saja. tapi at least kita appreciate yang dia ada hati juga nak ambik tau pasal rumah kita, yang pada dia mungkin kita akan selesa dengn pendapat dia tu.

    dah nasib badan punya kejiranan yang begitu caring okeyh

  16. Rara Says:

    hihi. rara dah baca entri ni semalam tiba² takut nak comment. rara macam setuju dengan kakak bila kakak menulis tentang “tak ada hak nak bajet macam juri”. berblog bukan memuaskan hati orang, tapi memuaskan hati kita sendiri. buat apa nak fikir cara berblog dengan baik, buat apa nak elakkan berblog secara annoying? kan? T_________T

  17. pphoenix Says:

    yep you are good as you are
    slalu remind myself that the most important things is NOT to lose myself

    er dan setuju buat ape struggle nak pergi jauh dalam arena blog
    bukan macam dapat gaji ke ape

    write whatever you want to write
    i love it even if it’s an emo post
    coz it tells me that you are a real person

  18. izi Says:

    dah lali dah dgn emo kau
    tp itu la gunanya blog

  19. nana Says:

    rasanya..yang datang ke mari menerima dan mengikuti tulisan chika seadanya..dari dlu sampai skarang..
    orang yg mahu chika mengubah gaya penulisan..sepatutnya sedar…setiap org ada gaya penulisan sendiri..ini blog chika..so…chika’s rulez..:)

  20. Atieshu Says:

    Faham… bukan tak faham.
    Pasal orang tu pon bukannya saya tak nak faham,
    cuma bila dia katekan ayat yang sis tulis tu,
    saya fikir, kenapa perlu begitu.
    Huh, confirm sis pon tak faham apa yang saya tulis, kan ?? :)

  21. syima Says:

    kak chik..ignore je org yf manyak komplen tue..diorg tu ebtl2 gle fanatik blog la tue..cm blog tue satu khidupan jiwa raga die..biarla kte jd dri sndri kan..buat pe nk tru org lain..klu sume sme xunik la kan mnusia kt bumi nie..sume plain je..just be urself kak chika..i love the way you are.. :)

  22. atinne Says:

    lama tak singgah..hihi..
    hope u are happy,chilly,merry with ur life :)
    this is ur blog, or course u hv the full right to ur OWN blog,rite?
    u nak tulis anything,it’s ur power.
    org lain,kalau nak baca,buatla cara nak baca.
    tanak baca,jangan baca.
    igt senang ke nak menulis ni kan.
    btw,hv a blissful life^^

  23. ciare Says:

    ehh camnee bleh terlepas pulak komen entri ni..hehe

    anyway, mule2 baca dalam intonasi garang atau marah…pastu baca smula dlm intonasi comel…dan…..

    mmg comel lah entri ni :) huhu

    chika Reply:

    Apa ni Ciare. Nombor corot. HAHAHAHA

    ciare Reply:

    KAHKAH..slalunye top 10,at least…tetiba corot ke top 20 T___T tak comel lgsg…xpe pasni score semula..puffffhhhh =p

  24. farhana Says:

    apa apa je la
    aku baca je

    chika yg emo dan pembaca yg emo tu yg sakit hati mereka sendiri

    nanti ok la tuh( gedik sikit) ‘–’

  25. aiza89 Says:

    siapa yang jadi juri tidak diundang tu memang menjengkelkan. macam bagus. tidak suka la masyarakat mcm ni.just stick inside ur own mind, nobody’s perfect.

  26. chupachups Says:

    tulis saja apa kamu mau…kalo mereka mau baca, biarkan..kalo tak mau baca, skip aje..

  27. yonnaism Says:

    haha.keluar jugak explanation. i dah agak dah :p we need to explain to them even diorang tak mintak,tp utk kepuasan hati kita sendiri :p hahaha

    i rasa kalau u buat font terbalik pon, i akan ttp jadi reader paling setia T__T

  28. hairuza Says:

    dear adik chika… akak your silent reader… sian chika, jd mangsa org ‘desperado’ nak buat buat blog sdiri tp x reti nak tulis apa. akak dah tgk blog dia… dia keje kat media prima ke hapa?sian media prima dpt staf cenggitu… plus, akak rasa, bukan blog chika je dia tiru, may be from other blogs coz dlm entry dia yg lps2, ada sebut my hubby… ish biar betul budak ni…

Leave a Reply