Earthquake Fund Raising
Fund Raising untuk mangsa gempa bumi dan Tsunami di Indonesia dan Samoa. Diadakan di Islamic College of Brisbane (Husband cakap nak hantar anak belajar dekat sini. Dari dulu dia cakap HAHA baiklah semoga dikurniakan anak bestari pastu hantar masuk Al-Azhar bila dewasa. Janji okek janji didik anak sampai Al-Azhar) Huh tetiba sangat berkata demikian. Move on sekarang.
Menghantar salah seorang anak (atau mungkin salah tiga orang atau salah enam orang Huh kantoi sekarang plan anak up to SIX ceh berguraulah) ke University Al-Azhar memang menjadi impian kami suami isteri. Semoga Allah berkenankan doa ibubapa :P
Heh move on lah. Cerita tentang fund rasing event sekarang.
Dijemput oleh Arya (one of my Indonesian friend here in Brisbane. Arya sangat nice saya suka dapat mengenali dia) Remember the fact. Bila duduk di perantauan macam ini, tak ada masa nak fikir tarian Pendet what the hah dan sebagainya. Sebab bila jumpa rakan seagama dah happy sangat dah. Boleh berbual tentang Halal Butcher terbaik in town atau pasal upacara keagamaan ke apa. Sumpah tak ada masa nak cakap Weh tarian pendet tu apsal kau ambik pastu fight balik apsal banyak jenayah dalam Malaysia melibatkan pelarian Indonesia. Heh tak ada masa hendak membincangkan itu. Saya rasa, hidup ini baiklah Islamic-oriented daripada PendetBatik-Oriented ke apa. Namun, sebagai Malaysian aku akan menderhakai prinsip KEDAMAIAN ini bila negaraku dicabar. Fuuuu terror gila aku.
Ramai tahu yang menghadiri event ini. Gembira sebab aktiviti amal macam ini mendapat sambutan. Suami saya paling bersungguh-sungguh nak pergi. Kami sangat bersimpati dengan kejadian yang menimpa Indonesia dan Samoa. Tapi itulah dia yang dikatakan ; Ujian Allah SWT. Semoga dengan bencana ini terujilah iman manusia. Insyaallah.
Apa yang ada di sini :


Persembahan dari Indonesia, dan Punjab (tak tahu kenapa ada Punjab tapi sumpah catchy) First time tahu saya mendengarkan lagu kebangsaan Australia. HAHAHA tidak menarik (derhaka bukan?) Negaraku tanah tumpahnya darahku lebih patriotik. Memanglah kau cakap macam ini sebab engkau dibesarkan dengan melodi itu. 
Terdapat juga tapak permainan untuk kanak-kanak dan ibubapa. Di mana kanak-kanak bermain dan ibubapa dipermainkan. Contoh ; Macam kena tunggu anak bergembira atas bouncy castle pastu ibubapa pon berketawa macam best sangat. HAHA mengata dulang paku serpih. I pon berasa excited melihat bouncy castle. 
Di sini juga boleh menunggang unta. Suami saya sekali lagi beriya-iya nak sangat. Suami saya memang suka tahu benda-benda macam ini. Benda yang macam dia tak pernah buat, dia mesti nak buat. Isteri pon terkedek-kedeklah mengekor dalam panas terik itu. Demimu Sayang, demimu. Romantis sekali. KAH KAH KAH.
Heh kenapa wanita ini jeling suami I? Kenapa? Tapi tak apa. Malaysian memang cool tak akan lah sebab Arab pandang suami kau pastu kau nak cakap ; kempen menentang Arab. (aik? double meaning)
5 Dolar untuk menunggang unta.
KAH KAH KAH. Pelik betul muka unta yang begitu. 


Saya tumpang seronok dari jauh :P Nak ride sama-sama tidak berkesempatan. Saya tak boleh tahan cuaca dia terik sangat. Takut pitam pulak.
Saya berpayung sahaja. Stroller sebelah kanan bukan I punya, tolong sikit. Siapa buat jenaka cakap Chika apsal ada stroller eh dah beranak ke? When when? Siap dia.
Yaaaaaa little pony. Saya suka little pony sebab dia cute. Biasanya dia diwarna-warnikan. Kemudiannya hanya untuk ditunggang oleh kanak-kanak. Kanak-kanak 23 tahun tak boleh T_______T
Cuba merakam kenangan bersama namun …. (isi slogan)
Sesekali macam nak buktikan pandai mengambil gambar. Harap terbukti sekarang.
We had so much fun yesterday. Harapnya event tersebut dapat mengumpul banyak dana untuk disalurkan kepada mangsa kejadian. Selain yang terdapat di dalam gambar, event ini juga ada menjual makanan-makanan halal tanpa ragu (takyah pergi tanya Is this halal is this halal pastu terkial-kial carik Halal cert dia) Banyak food berciri Arabic dan dari Indonesia yang dijual. Macam butterchicken rice (best gila tapi I tak lalu makan benda-benda yang creamy lately), ada Indonesian sate dan rendang ayam, burger and sosej, teh botol (very famous in Indonesia), kuih-muih, biryani dan sebagainya. Boleh kata, kami beli semua food. Dan semalam adalah hari makan banyak-banyak. Harap sudah gain weight 5 kilo (HAHA mana mungkin)
Lagi menseronokkan, semalam berjumpa rakan dan juga mendapat kenalan baru. Arya kenalkan kami dengan Kak Wan and husband. Dewasa ini (ceh DEWASA INI haha ayat kedewasaan) saya sangat friendly. Saya suka berjumpa rakan baru. Saya lebih cenderung bergaul dengan ibu-ibu dan makcik-makcik sebab saya rasa topik perbualan dia kena dengan apa yang saya perlukan. Bukanlah macam TAK REMAJA dah. Tapi sometimes kita memerlukan rakan yang lebih pandai untuk membantu kita menguruskan rumahtangga dan masa depan (financial, family, anak etc)
Most of them student PHD. Very educated with attitude. Senang bergaul dengan golongan macam ini. Bercakap secara polite. Nasihat yang baik-baik. Dan wise. Paling penting tak ada golongan pelik-pelik hasad dengki ke apa yang saya jumpa so far. Dah bosan dah dengan golongan pelik hasad dengki T____T
Semalam juga dapat juga Nanna Zaina. Alhamdulillah she looked good. Healthy and energetic betul that 68 y.o lady. Bila saya tengok dia, saya terasa macam ada seorang nenek penyayang di sini. Nanna lemah lembut sangat. Baik pulak tu.
Next to Nanna, was Umi Asmah (Wardina Safiyyah’s mother) Rasanya semua yang ada dekat Brisbane kenal sangat dan biasa dengan Umi Asmah. Saya je baru jumpa Umi. Ya Allah. Pon seorang yang lemah lembut. Baik sangat. Muka very sweet. Pastu Umi Asmah ajak join Usrah dekat rumah dia this Wednesday. Oh I loooooooooove to. Tapi tak ada rakan. Saya pon tak sure sangat area kediaman dia. Tengoklah kalau ada rakan, saya akan pergi. Dah lama dah terfikir nak join usrah. Saya kan duduk goyang kaki saja di rumah. Apalah salahnya melibatkan diri dengan aktiviti kerohanian sehari seminggu. Insyaallah kalau ada chance saya join usrah tu.
Alhamdulillah semalam saya berasa sedikit energetic. Dan happy :)




October 26th, 2009 at 2:53 pm
educatednye aktiviti, tetibe kakak merasa spt seorang yg tidak educated pulak.
*berfikir panjang* hehe
October 26th, 2009 at 5:28 pm
adoi…….keras perutku gelak tgk muka unta tu.
sgt lucu&gojes(part bulu mata)…
October 26th, 2009 at 5:39 pm
chika..
akak prefer madinah or jordan. sure mantop anak chika ;)
October 26th, 2009 at 7:39 pm
sumpah i tak perasan muka unta tu pelik smpi la baca u punya caption….rs mcm nk gelak guling2 atas lantai tgk muka unta tu!
percubaan mengambil gmbr sndr juga adalah belum berjaya sepenuhnya ;p kesian Dr.Ahmad Naruto takdek mata dlm pic
Ehhh, syukur u dh sihat =D
October 26th, 2009 at 11:42 pm
huhu gamba last sgt chantek~~~!!!!
October 27th, 2009 at 1:37 am
sy nak teman anda gi usrah tu boleh x??bawaklah saya..bawaklah saya..niat suci murni ni,takde niat lain*kalo niat lain pon,niat baik ni..ko igt kan dlu aku ckp apa??ni yg best semangat waja ni nak gi sana..nak pegi..nak pegi*
kirim salam yer kat umi asmah=P*ade gak kene sekeh ni*
October 27th, 2009 at 8:53 am
jeliternyerr akak tewww.. ehehe
October 27th, 2009 at 12:23 pm
[...] satu program semasa Fund raising event semalam ialah AUCTION. Macam-macam barang baik (dengan tak baik sekali HAHA seperti …. fine [...]
October 27th, 2009 at 4:41 pm
Salam chika, nice to know you and silently follow ur blog. Hope u really enjoy ur life. semoga bahagia and diberkati :)