Aidilfitri 2009; Raya Sama Sama
Nak tengok gambar raya Chika dengan suamilah. Nak tengok Chika punya baju rayalah. Nak tengok Chika melaram high heels pagi rayalah. Nak tengok kampung Chika lah. Nak tengok keluarga Chika berayalah. Nak tengok ayam itik lembu atok nak tengok semua benda nak tengok. Sekarang, nah tengok.
Tapi sebelum tengok, kena tahu dulu. Baju raya recycle tahun lepas punya very sad T_________T Tidak melaram high heels langsung asyik-asyik sarung selipar nenek sebab kampung lecak. Heh setakat beraya rumah nenek saudara yang tinggal lima belas tapak ke hadapan, over sangat nak pakai high heels bagai. Make-up pon tidak. Setakat pakai lipgloss itupon sebab bibir mengelupas. Kalau tidak, nude saja. Heh bukan pergi rumah orang secara NUDE tapi wajah NUDE. Okay takyah explain yang ini anda faham dah aku je over anggap orang tak faham T___T
Sebenarnya memang macam ini budaya kami beraya. Tak pernah over di pagi raya. Tak pernah langsung walaupon dah 23 tahun hidup. Setiap tahun pon macam ini. Pakai baju kurung. Pakai tudung yang biasanya dipakai pergi pasaraya. Sambutan sederhana (Tiba-tiba macam nak cakap ZUHUD tapi tak baik riak HAHA) Pukul 2 petang like that masing-masing dah sarung T-Shirt lusuh dah. Baring berkumpulan depan TV. Pastu kanak-kanak datang bagi salam nak beraya eh nak duit raya, kami buat pekak saja. Pastu nenek datang marah. HAHAHA. Setiap tahun pon macam ini.
Habis kalau ada baju labuci dengan tudung labuci beserta kasut labuci bila nak pakai? Itu pakai masa dekat KL. Semassa sambutan syawal yang ke 10 barangkali. Semasa beraya dengan rakan-rakan. Waktu itu barulah berguna sikit hendak show off pakaian. HAHAHA. oh engkau gelak. Tapi macam benarlah bukan?
Baiklah. Sekarang dah boleh tengok gambar dah.
Yahooooooo tahun ini ada gambar memeluk lelaki. Gedik gila berkata begini. 22 tahun lamanya beraya tanpa memeluk lelaki seperti cara ini T______T Err. Muka macam biasalah. Muka tak siap-siap. Dan tahun ini membawa muka perayaan paling hodoh dalam tempoh 23 tahun. Harap tahun depan tidak membawa muka yang hodoh ini lagi. Itulah dia bila tidak sehat. Hodoh tapi tak apa.
Seterusnya himpunan gambar yang macam anda tak peduli sangat nak tengok . Optional. Nak tengok, tengok. Taknak tengok ok tak apa. Heh sombong gila engkau neh pandai memilih pulak sekarang. Tengok sekarang. I suruh.
Datuk bersama nenek kami berkucupan.
Pastu touching gila bila Mak Tok bagi dialog ; Saya sebenarnya sayang dekat abang ni.
Sob sob sob.
I want to spen my lifetime loving youuuuuu.
Tina Arena Ft. Marc Anthony.
(tetiba saja kau ni)
Ibubapa meminta ampun daripada ibubapa mereka
Duhai bonda…. duhai ayahanda…
Ceh diam kau Chika.
Dah macam entry musical.
Oh sayang, engkaulah jejaka idaman.
First time tahu. First time. Suami saya beraya dalam keadaan seperti ini. Dua tahun lepas, suami saya cakap dia beraya di Gold Coast main surfing. Terror.
Haizdel.
Mungkin macam pelik tahun ini Hj. Jamian tidak bagi duit raya T___T
Haikal.
Haizat.
Yours truly.
Ini babak paling dramatik dalam jiwa.
Takyah cerita dekat anda. Heh sombong kan cakap macam ini.
Saya sayang atuk saya banyak sekali.
Saya juga sayang emak saya banyak sekali.
Tapi emak mungkin sayang saya berkali-kali.
Selamat hari lahir yang ke 45 tahun!
Ceh tetiba padahal hari lahir emak bulan september yang lalu :P
Bapa juga menjadi kesayangan saya.
Selain handsome (sumpah handsome masa muda dulu digilai oleh Anita Rafar kakak Linda Rafar tu heh siap bagi surat cinta dekat bapa pastu emak cakap nak humban surat tersebut. HAHA comel) bapa juga seorang lelaki yang perfect yang buat hidup kami semua pon perfect. Awesome sangat.
Sekarang koleksi foto benci tapi mahu pula. Di mana orang yang benci-benci I pon mahu tengok juga. HAHAHA kan dah kata, perangai manusia ni walaupon sampah tapi macam comel juga. HAHAHAHA.
Nampak tak nampak tak? Muka tak siap tadi dah jadi muka hujan. Sumpah baru menangis ketika ini. Sebab terkenang banyak dosa pada suami. Mohon redha suami untuk kebahagian dunia akhirat T___T
Bangga ada gambar ini dalam simpanan.
Bangga gila.
Bangga weh bangga.
Err. Disebabkan sudah mempunyai Abang Ipar bekerjaya dan kakak yang sudah berumahtangga walaupon tanpa kerjaya, adik-adik mendapat habuan saku.
Ijat apsal muka engkau macam ini? ![]()
Shoot percubaan. Silau.
Silau juga.
Tapi sebab Kakak dengan Abang dah ada dalam gambar, tak boleh resist.
![]()
Silau lagi.
Dan juga muka hodoh.![]()
Okay dah kita tukar tempat lain pula. Memang tak ada cara menghalang silau kalau setakat pakai digicam kuasa rendah T___T
Kualiti gambar semua tidak berkualiti. Harap terhibur.
Tempat kejadian ; Pontian Johor.
Ada yang sekampung?




October 19th, 2009 at 12:12 pm
seronok tgk chika sekrg…harap berbahagia selalu… cantik baju si suami gitew..putih suci gitew…
p/s- plan tahun depan nk warne putih gak…leh wat baju nikah terus he..23x (pasang angan2 dulu je)
chika Reply:
October 19th, 2009 at 12:37 pm
tu memang baju nikah dia pon. HAHAHAHHAAH. Kami masing2 tak sempat nak tempah baju. My husabnd lagilah. Sampai malaysia sehari sebelum raya. HAHA tu yang boleh dia pakai baju nikah tu :P
October 19th, 2009 at 12:18 pm
huwaaa sweetttttttttt gambar u minta maaf dengan suami! waa tiba2 i mcm terharu. rasa nak menangis lak hahaha..
eh Haikal! haa.rambut pjg. serius i x penah tgk muka dia laaaa!! u x penah letak gambar dia ka? heee. tinggi eh?
tp serius muka u pucat.pucat gilaaa!
chika Reply:
October 20th, 2009 at 1:46 pm
Haikal tu mmg jarang enterprem :P Dia tak tinggi sgt. Tak macam Si Ijat tu. Makin menggalah takut I
October 19th, 2009 at 12:23 pm
pontian?
rmh pakcik saye kt pontian la..
pontian kechil..
kat lorong bakti..
chika Reply:
October 20th, 2009 at 1:47 pm
kampung saya pon kat pontian kechil.
kat Kg. Dalam :)
Atiqah Sahmah Reply:
March 14th, 2011 at 8:58 pm
eh eh sama kampung lah…! excitednye sekampung ngn kak chika..! haha. from arwah haji supa’at’s family.
chika Reply:
March 17th, 2011 at 9:00 am
Pontian?
Kat mana>
Atiqah sahmah Reply:
October 16th, 2011 at 4:27 am
Kat kg. dalam jugak. =)
October 19th, 2009 at 12:36 pm
ekekeek..samelaa kak haizum..
pontian kat ne tu??
kwang2…da abes rayee pn ;p
xdptlaaa g braye utk dis yr~~
chika Reply:
October 20th, 2009 at 1:48 pm
tahun depan ada lagi kalau umur panjang :)
October 19th, 2009 at 12:39 pm
salam aidilfitri buat adik chika yang chomel15x.. hehehe.. tgk gmbr chika bersalaman dgn suami terchenta buat akak menggelupur nak kawen…
alahai omak.. kawen kan aku… ahaks…
pontian x pernah smpai lg, tp insyaAllah hujung tahun ni ke sana.. dgn rombongan keluarga..
take care ye chika.. jgn cedey2 tau..
chika Reply:
October 20th, 2009 at 1:48 pm
Haha. Menggelupur nak kawen tuuuu :p Cepat bagitahu emak. Hehe
Waaa rombongan keluarga ke pontian? Buat apa? Ada apa je kat Pontian tu? haha
kak moon Reply:
October 21st, 2009 at 11:26 am
hahaha.. seb baik tak guling2 atas tanah lagi.. hehehe.. insyaAllah 26 Disember ni.. hntar rombongan kawen sepupu akak.. tp kt pontian tu rumah belah laki.. sepupu akak ppuan.. lupa lak nama kampung apa.. T_T
October 19th, 2009 at 12:43 pm
huu….slamat hari last raya. ceh.
aku tahun ni tiba2 berdrama air mata plak…jangkit abis ngan kaklin apa semua…
menghitung hari raya ngan prince charming…haha. doa2 sama utk saya ye chika (oh. tetiba plak bersaya kannn…:P )
chika Reply:
October 20th, 2009 at 1:49 pm
selamat hari raya (dah abes weh raya) :(
eh apsal pulak ko nak main air mata? Ko touching apa? Haha.
Insyaallah. Aku doakan tahun depan ko beraya salam suami. Amin
October 19th, 2009 at 12:45 pm
Wah, sangat seronok tengok gambar-gambar ni.
Gambar yang Sis kata macam tak siap pon still nampak ok.
Ceria-ceria la selalu, ok.
Taktau kenapa kena tulis macam ni.
Tapi ceriakanlah hari-harimu.
chika Reply:
October 20th, 2009 at 1:50 pm
Ceria memang ceriaaaaaa :D
October 19th, 2009 at 12:47 pm
takde. kakak org melaka. (menjawab soklan terakhir) hehehe
chika Reply:
October 20th, 2009 at 1:50 pm
Melaka-Johor.
Jiran la tu
October 19th, 2009 at 1:01 pm
wah…what a big happy family..smoga bbahagia dunia akhirat chika!
chika Reply:
October 20th, 2009 at 1:51 pm
amin.
doakan :)
October 19th, 2009 at 1:50 pm
sgt membahagiakan ^___^
chika Reply:
October 20th, 2009 at 1:51 pm
you pon kaaannnnn
October 19th, 2009 at 2:21 pm
cute n heppy je tgok kak chika n her husband dr.Hizwani….mga bhagia slalu
chika Reply:
October 20th, 2009 at 1:51 pm
terima kasih :)
hari raya mesti happy….
October 19th, 2009 at 2:32 pm
chika muka nmpk tak sihat..
err..touching la pic mntak maaf ngn hubby tue..
chika Reply:
October 20th, 2009 at 1:52 pm
sebak sob sob sob.
October 19th, 2009 at 2:53 pm
salam.
cika awak Pontian belah mana?
ada unsur bugis ke family?
haritu pun raya ke Pontian.
tah2 bertembung kereta kat sebelah (konon2 je.. hahaha)
chika Reply:
October 20th, 2009 at 1:53 pm
salam.
Pontian Kechil. Air Baloi.
Ha ah. Bugis sangat.
Awak beraya umah siapa?
Ummul Reply:
October 21st, 2009 at 10:49 pm
saya sekolah di MRSM Pontian… =)
sgt dekat dgn air baloi..
October 19th, 2009 at 4:15 pm
selamat hari raya aidilifitri chika!
walaupun da nak abis. :P
chika Reply:
October 20th, 2009 at 1:54 pm
selamat hari raya!
sob sob sob.
habis dah raya.
skang kita count down raya tahun depan pulak :p
October 19th, 2009 at 6:14 pm
yahooooooooooooooo!
(oke over)
gambar chika raya. gambar chika raya. tomei!~ :)
chika Reply:
October 20th, 2009 at 1:54 pm
hahahahaa teruja pulak dia :p
October 19th, 2009 at 8:55 pm
hehe boleh tak i pun bru siapkan entry raye… tp takdeklah org request kan… hehe sendiri request… kalu rajen tgklah….
http://hatiberbungabunga.blogspot.com/2009/10/hari-raya-aidilfitri-2009-kuantan.html
chika Reply:
October 20th, 2009 at 1:55 pm
dah tengok dah. raya sakan. Wui tak tahan tengok masakan raya keluarga Ib. Sungguh mencabar anak perantauan like me T___T
October 22nd, 2009 at 4:34 pm
la rupanya kita sekampung..punyalah dah follow lama…ish2…
October 22nd, 2009 at 8:06 pm
Chika! Hensemnya Haikal! How old is he? I nakkkkk