Niat Aku Nak Menangis Saja.
Macam little kid saja aku. Telefon abah menangis-nangis. Memberontak suruh abah datang Aussie sekarang jugak. Puas abah explain benda yang takyah explain ; Abah busy. Adek sekolah. Mana boleh Ma dengan Abah tinggalkan adek-adek. Pastu aku memberontak lagi. Menangis macam tak ada kesudahan on the phone. Abah kept on explaining the same thing and I kept on saying the same thing in return. Sampai akhirnya abah terdiam panjang. Pause.
Abah bagi suggestion yang tak sempurna. Seperti ;
1. Nak abah hantar Mak Yang duduk sana tolong jaga tolong masak tolong teman? Tapi Mak Yang tak pandai naik flight sorang-sorang. Dia mesti takut.
2. Atau nak abah hantar Uda pergi sana balik? (Whoawow Ijat datang sini balik? Yeayyyy fun gila weh fun gila! Aku dah excited tapi tangisan harus diteruskan) Tapi abah kan nak masukkan dia Navy. Nanti susah pulak program dia.
Purffffft. Apatah cadangan semua bertapi T_________T
Baiklah sekarang.
Apahal kau ni Chika? Aphal ha kau?
Tak ada apa. Saya sebenarnya dah 2 minggu tak boleh bangun. Terbengkalai on bed. Bila malam tak lena tidur. Hidung bleeding sudah sebulan. Makin lama makin menjadi-jadi. Heh derma darah ikut hidung acceptional tak? (Bodoh kau cakap macam ini. Tak kelakar Chika. Tak kelakar) Bila tak sehat ni, saya jadi tak larat. Knowing me, tahulah kan aku ni jenis lembek. Saya nak masak pon tak larat. Kalau ikutkan hati macam nak makan macam-macam. Nak goreng nasik goreng bodoh pon tak larat T______T
Kesian kau Chika.
Bila fikir-fikir balik. Saya macam boleh agak kenapa saya demam. Suhu badan saya naik turun. Saya rasa mesti kesan vaccine yang saya ambik minggu lepas. Saya teka. Lagipon Dr.Conrad ada cakap dulu sebelum dia mensuntik saya. Dia kata kena faham dulu kesan vaccine ni. Akan buat lengan kebas dan mungkin sakit beberapa hari. Dan boleh juga menyebabkan demam. Baiklah T___T Dan masalah hidung berhingus meleleh berlendir (ha describe lah dengan lebih jijik lagi. Describe lah HEHE) suami saya kata memang biasa berlaku bagi kebanyakkan orang sempena Spring. Macam biasa. Akukan percaya cakap doctor.
Dalam tersedu-sedu tersebut, sempat juga saya ingatkan pada bapa ; Abah ambiklah Panvax Vaccine.
HAHA.
Saya rasa mood saya swing sangat. Saya menangis dan bergembira secukup rasa. Kalau rasa nak menangis, saya akan cari peluang yang ada untuk menangis. Malah ketika tiada peluang juga, saya akan cuba menangis. Bila waktu berasa nak gembira, saya boleh bergembira. Mood saya swing sangat. Tapi ini tidak aneh bagi wanita. Ini tidak aneh.
Tapi saya akan bergembira banyak bila suami saya romantik dan perihatin. Saya macam dalam fasa memerlukan kasih sayang dan attention. Baiklah. Attention seeker memang macam ini. Sebenarnya suami saya tak buat salah. Tapi mungkin dengan menonton Naruto pada waktu saya memerlukan attention akan membuatkan saya berasa tersingkir dan berkecil hati. Padahal bukankah Naruto memang dah lama dah jadi orang ketiga dalam hubungan kita? Dah lama dah. Tapi sekarang ini sebab macam tengah gila nak attention, saya rasa macam semua attention suami saya kena pergi dekat saya seorang. Macam kalau boleh dia takyah pergi kerja. Duduk rumah saja rawat saya. HAHAHAHA LAWAK TAK LAWAK TAK?
Sebenarnya saya taknak apa-apa. Saya nak suami saya entertain saya walaupon pada perkara yang tidak waras. Pastu I dah okey dah.
Aku rasa setiap kali aku tak sehat pon aku perangai seperti ini. Kalau dulu, saya boleh menangis berhingus-hingus kalau emak macam tak entertain saya semasa saya sakit. Sekarang dah ada sasaran baru dah. Saya harap suami saya bertahan dengan lebih lama. Atau bertahanlah selamanya. HAHAHAH MACAM COMEL.
Kembali kepada topik menghubungi bapa di tanah air.
Sekarang aku dah buat keluarga susah hati dah. Confirm bapa akan memikirkan jalan nak entertain kehendak saya. Err. Sebenarnya saya pon tak tahu kalau saya betul-betul memerlukan siapa-siapa untuk jaga saya. Sebab macam tak payah pon ada. Tadi itu macam sandiwara ketika kepala swing. Sandiwara semasa ada pelung untuk menangis. Macam memang berniat untuk menghubungi ibubapa dan menangis. Kan aku dah cakap. Kalau aku terdetik nak menangis, aku akan cari peluang untuk melakukannya.
Sekarang?
Aku okay dah.




October 16th, 2009 at 3:14 pm
huhuhu..best lah kehidupan awak ni..kite rase mcm diawangan jer bile bace kisah awak..sonok sangat…
chika Reply:
October 20th, 2009 at 1:57 pm
cerita biasa saja.
:)
October 16th, 2009 at 3:51 pm
alhamdulilah chika da ok…
tp mmg lah klu jenis lembek (sama juga seperti saya) mesti nak ada somebody close jaga or bersama sekiranya en hubby sibuk…
anyway…semoga cepat cepat sembuh dik…
chika Reply:
October 20th, 2009 at 1:57 pm
susah kan jadi lembek-lembek ni T__T
October 16th, 2009 at 3:55 pm
chika jgn sedey2 okkay. xpe lah, biasa lah ada org ke-3 dlm perhubungan tu. kalo chika org ke-3 naruto, kalo i org ke-3 adalah kereta. tp kereta bkn org =p
jgn sedey2 kay. kami kat sini ramai2 bleh cheer up chika ^__^
October 16th, 2009 at 4:17 pm
hemm..kalau tak sihat memang sangat mahukan attention..tapi kadang2 kalau sihat pun still nak attention jugak..nice blog. i like.:)
October 16th, 2009 at 5:17 pm
Take of urself okay!
haiyaa..wt readers pun risau je dgr byk sgt skt nyee..
Pape pun,pe salahnye jd attention seeker ye tak,best woo…huhu
October 16th, 2009 at 7:33 pm
Ok, kalau semua orang nak pujuk Chika, ni akak nak marah Chika.
Wake-up Chika! You’re surrounded by loves and attention, so apa lagi yang tak cukup. Makan minum juga ok, kan…Sudah punya suami, jangan sampai ibu bapa susah hati. Nanti diorang rasa bersalah lepaskan Chika tempoh hari.
Be strong ok. Maaf, comment ini sedikit keras. Tapi cuma ingatan dari akak juga di perantauan.
Senyum sikit? :D
yonnaism Reply:
October 19th, 2009 at 7:59 am
ya chika! agree. hidup u dah penuh dengan kasih syg dari encik suami juga dari family u.. jangan bagi parents u susah hati kat sana ok. ehh sini..sini.
u kan dah besar. hehe. malah i percaya makin hari makin byk kasih syg kat sekeliling u :D
October 16th, 2009 at 8:38 pm
chika!!!!
jgn sedey k
October 16th, 2009 at 9:25 pm
meh i temankan u kat sana lah chika..sedih pulak i baca entry u ni walaupun ade selit selit kelakarnya juga…take care friend!
October 16th, 2009 at 9:52 pm
haa~ tidak anehhh fenomena ini.. i baru je semalam dengan tak pasal pasal aje nak menangis, tiba tiba je rasa semua orang are against me, padahal semua orang tu tak buat apa2 pun.. lepas tu nak sentap benda bukan bukan semua..
tapi lepas nangis tanpa sebab tu, terus okay je.. haha.. pelik..
i hope ur emotional getting better sekarang :)
October 17th, 2009 at 12:28 am
klu berjauhan ngn family mcm tu lah ye chika….sabar la yang…kuat kan hati tu..
October 17th, 2009 at 12:41 am
.e.m.o. hehe… nurul still tak sehat ke?
October 17th, 2009 at 1:07 am
Comel je kena marah.. Hehehe.. marah-marah caring gitu.
But yeah Chika.. you’re lucky!!
Best sangat..
Hope you get well soon ye…
October 18th, 2009 at 6:02 am
salam.
hehe. comel. best btol dapat abah camtu.
get well soon chika.
bile mood swing, jgn plak tangan ngan kaki pun swing. :P
bismillah~
October 18th, 2009 at 7:29 pm
cian chika…tp kn ade mmbr baru chika kt sne..
nnt diorg bole teman chika…btol x?..
take care…
October 19th, 2009 at 9:17 am
chika,
kitorang pun ada kan… carilah kawan untuk bersembang. sibukkan diri… buat kek, pergi jenjalan… hehehe
meh la akak jadi maid chika kat sana… hehehe