Jatuh Cinta Lagi
Touching pulak waktu-waktu Maghrib macam ni. Rasa nak menitik airmata pon ada. Demi suami.
Lately beliau habis kerja lambat. Dulu pukul 4 petang dah habis kerja. Sekarang patient banyak kerja pon banyak. Pukul 5.30 baru sampai rumah. Petang ni pulak, habis saja berkhidmat dengan masyarakat terus pergi farmasi cari Vitamin untuk isteri yang sudah terkulai lembek tidak bermaya (kedengaran over tapi ini serius percaya sekarang)
Saya demam panas. Dah jumpa doctor dah. Baiklah takyah ulang lagi entry lalu tentang kesan cuaca. Pitam bukan main disebabkan panas dari dalam. Masak jangan tanya heh. Sejak sebulan di Malaysia dan bersambung dengan seminggu lebih pulang ke Brisbane ini, memang saya tidak menyentuh kuali dah. Selain tidak larat, saya juga tidak lazat. HAHAHA AKU SENGAJA NAK BUAT AYAT BERIRAMA. Heh annoying gila walaupon sakit. Baiklah baiklah. Selain tidak larat, saya juga berasa malas untuk makan secara solo kerna itu macam perbuatan gadis jomblo padahal I bukan jomblo! Tanda seru. Emo. HAHAHA.
Sudut info : Jomblo* Bujang.
Yang hendak saya touching-kan ketika ini ialah suamiku punya sifat yang sangat melengkapi hidup yang fana ini. Dahlah baru pulang dariĀ kerja, habis kerja bergegas ke farmasi dan sering hubungi saya sebelum pulang ke rumah ; Yang nak pesan apa-apa? On the way balik i belikan. Dan biasanya saya hanya akan kata ; I nak you balik. (Eh bukan like I nak you balik! Sekarang! Tak tak) It’s like … I nak you balik, Sayang. Nada sangat mithali suara lembut merdu berpurdah. HAHAHA macam takyah explain.
Baiklah.
Sekarang. Jam 6.30 petang. Belum sampai satu jam kepulangannya ke rumah. Tapi beliau sibuk di dapur. Memasak. Ya Allah baiknya lelaki yang Engkau berikan pada aku ini. Nak cry now. Nak cry now T_____T Saya dah defrost ayam sejak pagi tadi. Cadangnya saya yang nak masak sebab dah lama tak menggoncang kitchen kononnya. Tiba-tiba tengah hari tadi saya migrain terus memasak di dalam hati sahaja. Suami saya balik tadi, terus dia offer nak tolong masak untuk dinner malam ini.
Ya Allah.
Engkau balaslah kebaikkannya padaku dengan sebaik-baik balasan.
Amin.
Saya jatuh cinta lagi.
Bukan sebab dia masak ayam malam ini. Bukan sebab dia beli Vitamin petang ini. Bukan juga sebab dia selalu nampak handsome pagi-pagi nak pergi hospital. Tapi sebab dia suami saya. Saya cintakan semua kelebihan malah kekurangannya. Walaupon terkadang saya menilai kekurangannya secara tidak waras, tapi kewarasan dia dalam kekurangan itu akhirnya buat saya insaf dan bertaubat.
Saya jatuh cinta lagi.

8 months ago.




October 13th, 2009 at 4:54 pm
saya plak akan jatuh cinta setiap kali baca kisah cinta uols.. hahahhahaha
chika Reply:
October 14th, 2009 at 6:20 am
amboiiiii
cikja Reply:
October 14th, 2009 at 8:36 am
hahahahaha…
aini aziz Reply:
October 14th, 2009 at 5:18 pm
bestla bc blog u..sy aini..slm perkenalan..brape lm kne dok aus?pas2 chika wtpe kt sn?dh sht k?
aini aziz Reply:
October 14th, 2009 at 5:19 pm
bestla bc blog u..sy aini..slm perkenalan..brape lm kne dok aus?pas2 chika wtpe kt sn?dh cht k?
October 13th, 2009 at 4:54 pm
setiap kekurangan, ade kelebihan yg mencover kekurangan tue…
terima la seadanya jika telah termaktub si dia adalah jodoh mu
p/s- lame dah xkomen or dtg blog nie
http://www.broframestone.com
chika Reply:
October 14th, 2009 at 6:20 am
insyaalllah :)
October 13th, 2009 at 4:56 pm
soooo sweet (^_^) get well soon ya!
chika Reply:
October 14th, 2009 at 6:21 am
terima kasih. mmg tak sabar nak sehat ni. rumah dah tak berapa nak kemas sejak balik sini :)
October 13th, 2009 at 4:56 pm
sweetnye pix 2..
i suke sgt tengok.
ur husband mmg baek,untung lah u.
chika Reply:
October 14th, 2009 at 6:22 am
mudah mudahan sikap dan sifat yang baik macam ni sampai bila-bila :)
October 13th, 2009 at 4:58 pm
ala sweetnye…
chika Reply:
October 14th, 2009 at 6:22 am
haha terima kasih :P
October 13th, 2009 at 5:04 pm
dah lama lori gula tak tumpah ;)
chika Reply:
October 14th, 2009 at 6:22 am
hahahahahahaa :P
sbb pemandu lori sakit :P
October 13th, 2009 at 5:08 pm
masa kak lyn sakit that day, my big bro pun ke hulu ke hilir macam nak bergoncang dunia pergi cari doktor, siap tak tidur malam, tak lalu makan sume.. Masa tu I rasa, perghhh sayang giler dia kat bini dia. Mungkin sebab dia tahu.. bini dia ada sorang je, bukan dua bukan tiga.
chika Reply:
October 14th, 2009 at 6:23 am
tu la kan. pelik bila ada orang boleh tak sayang tak peduli suami/isteri sendiri.
October 13th, 2009 at 5:09 pm
so suwit u.
smoga cepat baik dr migrain mu <3
chika Reply:
October 14th, 2009 at 6:23 am
terima kasih achi.
October 13th, 2009 at 5:18 pm
sweetnye~
b’tuah sungguh kamu wahai puan Chika. =D
Jage kesihatan okay. Ikut nasihat doc yg b’tauliah a.k.a laki sendrik!
chika Reply:
October 14th, 2009 at 6:24 am
Rezeki Allah nk bagi sekarang.
Berkekallah hendaknya rezeki macam ini :)
October 13th, 2009 at 5:25 pm
Alhamdulillah… i am ur silent reader… sownok tahu u hepi dan bahagia. semoga kebahagiaan berpanjangan.i doakan. selamat menjadi isteri solehah yang salu diredhai suami dan dirahmati Ilahi Puan Chika…
chika Reply:
October 14th, 2009 at 6:26 am
terima kasih atas doanya :)
amin
October 13th, 2009 at 5:26 pm
sweet sgt2..^^
chika Reply:
October 14th, 2009 at 6:27 am
thank you :)
October 13th, 2009 at 5:40 pm
salam chika,
entry chika kali ni buat akak makin jatuh cinta ngan hubby akak… hehehe… chika dah makin dah ke… homesick eh…
p/s : thanks chika sbb sudi belikan pumpkin patch untuk akak hari tu, cuma tak dpt jumpa chika je… :)
chika Reply:
October 14th, 2009 at 6:28 am
salam kak suzi :)
Jatuh cinta dengan suami sendirilah paling nikma. Dahlah tak berdosa, ibadah pulak tu :)
Akak, chika baru tau je akak ni kakak rara. Kenapalah tak bitau. HEHEHEHE. Muat ke anak akak baju tu?
October 13th, 2009 at 6:00 pm
WooWW!!!so tacing la..
semoga kebahagiaan & kejatuh cintaan tu itu akan berkekalan hingga ke akhir hayat..amiinn..
chika Reply:
October 14th, 2009 at 6:29 am
terima kasih :)
harap pon macam tu :)
October 13th, 2009 at 6:13 pm
huhu besnya nak jatuh cinta hari2 jugak. nak jugak nak jugak. HAHA>
chika, nanti i kawen u balik malaysia tau. ceh ober suruh chika balik dari brisbane semata2 i kawen. HA HA. balik balik
chika Reply:
October 14th, 2009 at 6:30 am
bila you kawen?
nawal Reply:
October 14th, 2009 at 8:07 am
tahun depan. :)
nawal Reply:
October 14th, 2009 at 8:09 am
tahun depan maybe september
October 13th, 2009 at 6:30 pm
lori tebu tergolek hehe..
semoga keberkatan sentiasa milik korang berdua
;)
chika Reply:
October 14th, 2009 at 6:30 am
amin.
terima kasih banyak :)
October 13th, 2009 at 7:51 pm
awak,
smlm kita mimpi awk dtg raya rumah kita ngan family awak sume tapi kali ni bawak husband.. hehe, part yg paling menarik awak bawak baby girl.. cute sgt.. mata besar n putih.. huhu.. comel2.. haha,teringat mimpi tu lagi..
hehe, get well soon ya..
chika Reply:
October 14th, 2009 at 6:31 am
ala touching nya mimpi macam tu. Ala, lama tak pergi rumah awak. Mak awak sehat ke?
Eiiiii bestnya ada baby comel. Doaka. Doakan :)
ain Reply:
October 14th, 2009 at 7:43 pm
hehe.. touching ke? huhu.. insya-allah hari2 kita doakan.. mak kite sehat.. sehat belaka..makin berisi da skrg nih.. hehe
October 13th, 2009 at 7:56 pm
hapi2!!! bagus2… hehe… ;)
chika Reply:
October 14th, 2009 at 6:31 am
yeay :P
October 13th, 2009 at 8:10 pm
get well soon puan chika!memang tak larat abis bila baca kisah cinta pn chika dan dr naruto!jelous jelous! tapi happy untuk anda! :)
chika Reply:
October 14th, 2009 at 6:32 am
hahaha terima kasih banyak-banyak :)
October 13th, 2009 at 10:42 pm
wahh dah 8 bulan dah..rasa mcm baru lagi kawen kan chika? :)
chika Reply:
October 14th, 2009 at 6:33 am
tu la.
Bukan setakat baru rasa kawen, tapi rasa macam baru sgt kenal doctor. Aih, very touching. T___T
ciare Reply:
October 14th, 2009 at 11:03 am
manis betolkan saat2 lepas kawen ni. kalo tau sgt manis mcm ni, baek kawen dari umur 18thn lepas SPM. hihii :p
October 14th, 2009 at 12:26 am
chika, nape aset lemah2 nie, ade isi kot dalam perut.. hihi.
chika Reply:
October 14th, 2009 at 6:33 am
Ya Allah. Sekarang ni Brisbane ni wild weather. Memang teruk sgt. I kan jenis cepat lembek. Cmnila jadinya
October 14th, 2009 at 2:54 am
nurul, you are very lucky!:)
salam to hizwani alright.
p/s: russia is getting colder.into its winter!*gulp*
chika Reply:
October 14th, 2009 at 6:34 am
Ala, rezeki Allah bagi :)
sure sure akan sampaikan salam to him :)
Waaa nak winter. Sejukkkkkkkk takuttt. HAHA
October 14th, 2009 at 9:07 am
chika. T___T kenapa u very the lucky? ajaib betul anugerah Allah kan?
sungguh2 i doa u akan bahagia sampai akhir hayat mcm ni. semoga suami u takkan berubah sampai bila2. even dah tua,still akan sanggup buat segala benda utk u :)
October 14th, 2009 at 10:35 am
chika, sweetnya… (itu saja yang dapat cakap T_T sebenarnya sangat bahagia dengar kisah pasangan bahagia. macam motivasi untuk jadi bahagia juga :)
October 14th, 2009 at 12:14 pm
Salam Chika…Hope sihat2 la selalu ye…tak elok gak selalu demam2…kuat ok??hehehe…agaknye ada “isi” didalam tak kot???ok la…semoga cepat sembuh…wassalam
October 14th, 2009 at 12:19 pm
Salam,
Artikel yang menarik..
Jika tak keberatan layari Neutral Daily sekarang dan linkkan blog kami di blog anda.
Terima Kasih..
“Informasi Neutral Tanpa Kepentingan”
http://neutraldaily.blogspot.com/
October 14th, 2009 at 2:24 pm
Waaaa…..bace nih, rasa teringin plak nak kawin……bestnye klu ada istri yg menyayangi. Tapi, isaymaaaaaan…kene abih belajooo dulu ahhh…tak klu, nak bagi bini makan ape? Pasir?
Sweet article!!
October 14th, 2009 at 5:04 pm
chika.. i akan tersenyum bila baca kisah2 u. sebab u mmg akan selitkan nasihat dalam u menaip post. i pun harap i akan sentiasa redha dengan apa yang berlaku dalam hidup i. tanks coz kongsi nasihat2 dengan pembaca semua.
:)
October 14th, 2009 at 6:16 pm
we all suke sgt bace blog u. rase mcm u ni kawan dah lame kenal. kalo lame tak bace mesti we all tertanye2 each other ape perkembangan u. ” eh, ape citer chika skang”. punyelah obses dengan blog u ( sebenarnye obses kat u n husband u). so lovely both of u. sampaikan kami pun duk berangan nak ade love story mcm u olls. itu aje nak ckp. semoga berbahagia. bile nak balik malaysia. nak tempah kasut,…bubye chika..
October 15th, 2009 at 7:53 am
tiap2 hari jatuh chinta!! semuga bhgia selamanya!!!
October 16th, 2009 at 5:07 pm
wahhhhh smoge bhgiaa yaa =)