Archive for October, 2009

Kan Comel Kalau Macam Ini Saja

Posted by chika under Uncategorized

Aku biasanya tulis benda yang aku nak tulis, bukan benda yang orang nak baca sangat. Samalah macam orang juga. Dia baca benda yang dia nak baca. Kadang-kadang orang terbaca benda yang dia tak nak baca. Tapi sebab aku dah tulis, dia pon macam terbaca. Wujudlah situasi macam sama-sama tak rasa senang.

Macam entry lepas. (atau dalam kebanyakkan entry garang-garang aku)

Readers mesti kata ; Kami tak nak bacaan macam ini, Chika. Kami nak cerita seronok-seronok saja. Baiklah. Aku provide cerita seronok-seronok untuk entertain readers. Tapi sekali-sekala bila aku provide entertainment untuk puaskan emosi aku, aku harap semua orang boleh bertimbangrasa dan faham (atau pon macam faham) Aku pon macam tak pernah cakap yang blog ini blog entertainment ke apa. Yang aku macam tahu, blog ini kalau ikut history dia, dia sebuah blog diktator. Di mana aku sangat berkuasa ke atas tulisan aku. Namun kebelakangan ini,  kedewasaan membuatkan aku jadi macam baik hati sikit. Eh bukan. Aku macam sering baik hati dewasa ini. Asyik-asyik tulis benda harmoni sejagat.

Aku rasa fair bila aku ambik sikit slot untuk tulis entry garang. Dan aku rasa lebih fair lagi, bila aku tak pernah marah pon kalau engkau tak mahu baca bila aku garang. Tapi aku ada sikit marah bila engkau cakap ; Entry garang macam itu bosanlah Chika, kami tak nak dengar. Iyalah. Siapa suka perempuan garang. Tapi engkau macam tak memahamilah T___T Tak fair lah macam itu. Aku rasa fair sangat untuk aku ambik sikit bahagian nak emo-emo dalam blog sendiri. Habis tak kan nak emo-emo tulis surat layang hebahkan di kawasan kejiranan.

Nampak macam aku membesarkan benda kecil bukan? Engkau tak pernah tahu sebalik tabir blog aku (heh macam drama ada sebalik tabir) Boleh kata, setiap kali aku check new comment pon, aku dapat comment jahat. Tak habis-habis lagi nak dengkikan perempuan tak berkerjaya dan tak ada salary ini T___T Tapi itu isu basi. Aku tak cakap dah dalam entry. Aku maafkan saja comment macam itu. Mungkin selain mencari hiburan dari blog aku ini, ada orang menganggap blog aku sebagai terapi jiwa. Maka bila dia nak curse aku ke apa, aku dah boring dah nak suruh dia mengucap ke apa. Aku maafkan saja sebab kan aku dah cakap ; dewasa ini aku sering baik hati.

Tapi isu ; Chika pergi contohi blogger ini atau blogger itu merupakan isu baru. Memang aku nak membesarkan isu ini. Memang. Sebab aku rasa perkara ini perlu diperbetulkan untuk memuaskan hati aku sendiri. Selagi aku tak bagitahu bahawa isu ini memarahkan aku, aku tak akan duduk lega. Aku tak suka jadi mangsa. Bila aku rasa macam aku cuba dimangsakan, aku akan buat apa-apa yang aku boleh fikir untuk bagi attack balik. Atau dalam kata lain, aku memang kuat melawan.

Masa dekat sekolah dulu ada ustazah cakap aku tak akan lulus ujian Al-Quran (sebenarnya dia cakap macam ini sebab dia ada masalah peribadi dengan aku) Lepas aku dapat tahu yang ujian Al-Quran aku bertahap MUMTAZ (ambik engkau) aku berusaha giat carik ustazah tu balik. Semata-mata aku nak show off dekat dia yang sumpahan dia tak jadi. Nampak macam tindakan biasa. Sebenarnya aku tengah melawan dia. Itulah yang aku cakap sebagai sikap melawan untuk memuaskan hati dan mendapatkan semula kedudukan aku yang betul. Itu contoh.

Sekarang cakap pasal entry lepas lagi sekali.(walaupon engkau tak nak tahu, tapi nak explain juga untuk mendapatkan kedudukan aku semula)

Aku rasa, ramai orang tak berapa faham apa penyampaian aku. Mungkin faham, tapi tak faham sangat. Pertama, tiada siapa-siapa yang hentam aku. Orang yang bercakap itu sebenarnya tak hentam aku. Dia puji lagi adalah. Tengok balik. Dia kata aku ada potensi untuk pergi lagi jauh. Itu compliment weh. Niat dia bukan nak hentam aku. Sebab mereka sebenarnya antara pembaca aku yang bolehlah dikatakan follow habis entry aku. Dan mungkin jenis pembaca taksub (bukan taksub dengan aku barangkali) Tapi taksub dengan blog-blog hebat (heh macam hebat) yang dia baca. Lepas itu, minat membuak-buak dia membuatkan dia rasa macam aku pon kena jadi macam blogger idola dia.

Habis kau marah apa Chika?

Aku macam tak marah sangat. Aku cuma rasa underestimated. Aku tak suka orang cakap pasal isu blog dengan aku. Lagi-lagi yang tak ada kaitan dengan aku. Perkara lainnya, aku tak suka dikritik tentang gaya blog aku. Engkau boleh kritik entry aku (itupon kena ikut topik apa aku tengah cakap) Tapi engkau tak boleh kritik gaya penulisan aku, humor aku, layout aku apsal ada tiga column apsal gambar tengah kaku apsal kombinasi warna panas ke apa. Yang itu semua aku tak bagi siapa-siapa kritik. Sebab aku tak rasa ada orang diberikan hak sampai tahap itu. Sebab itu bila ada blogger yang suka suki dia tulis entry komplen blog orang itu ini, aku rasa blogger tersebut boring ah.Err… engkau ada hak nak menyatakan ciri-ciri blog yang engkau tak suka. Tapi engkau tak ada hak nak bajet macam juri. Contoh ; Nurulism.com. Blog ini tak patut ada tiga column. Tak patut pakai font 11 kecik sangat. Tak patut tulis gaya selamaba macam itu. Lain kali tulis banyak short form sikit baru rockers. Dan kalau buat entry takyah panjang-panjang. Biar sikit-sikit asalkan ada. Kena selalu update jangan malas. What the F (aku tak mencarut. F itu Fun) Macam bagus.

Come on sikit. Ini blog saja. Bukan apa sangat.

Baiklah. Anggap saja aku kuat emo (dan ego juga) Aku tak suka dibanding-bandingkan dengan apa-apa. Lagi-lagi dengan perbandingan yang bagi aku, aku tak kagumi langsung. Nanti aku rasa macam maruah tercabar. Heh ego gila bukan? Sekarang tanam dalam hati masing-masing ; Aku memang ada ego aku. Samalah macam engkau.

Ada emo. Ada ego.  Barulah manusia nama dia.

*sekejap. Husband aku tengah buat lawak*

Baiklah. Aku emo saja kebelakangan ini. Tapi aku tak rasa bersalah. Sebab aku tahu kenapa aku emo. Dan aku akan berkelakuan macam ini mungkin untuk tempoh lebih panjang. Harap-harap tidak.

.

.

.

Sebenarnya aku tulis ini bukan dalam keadaan marah. Jadi aku harap engkau baca dalam intonasi baik. Sebab aku menulis pon dalam keadaan baik. Aku tak marah. Aku bagitahu saja. Supaya engkau lebih kenal penulis yang engkau follow ini. Dia emo secara berkala dan ego secara konsisten.

Sekarang aku nak tidur. Esok aku provide entry seronok-seronok kalau aku mahu. Sebab aku tak masukkan TULIS BLOG dalam daily routine aku. Aku tulis bila aku mahu sahaja. Dan aku tak menghabiskan waktu berkualiti aku dengan memikirkan cara-cara meningkatkan kehebatan blog dan sewaktu dengannya. Biarkan dia macam ini. Dah 7 tahun dah aku berblog. Kalau pisang, dah tak berbuah dah.

Bukan Superstar

Posted by chika under Uncategorized

Chika belajarlah tips menulis blog dari blogger-blogger hebat. Nanti you boleh pergi jauh. You ada potensi.

Please jangan ulang cakap. Sumpah I tak berkenan. Siapa pernah cakap macam itu dengan saya, insaf sekarang. Saya tidak perlukan kelas belajar blogging. Malah I tak akan pakai tips siapa-siapa untuk blogging. Blog bukan apa-apa. Dan saya tak fancy celebrity bloggers. Saya suka blog biasa-biasa sahaja yang tidak point diri dia sebagai celebritry. Telinga aku dah nipis dah setiap hari ada sahaja yang mengasuh saya suruh mengikut DIA ITU atau DIA INI.

Bosan dengan provokasi yang sama.Aku percaya dengan kualiti aku sendiri. Jerk.

.

.

Jangan kipas saya selalu. Sesekali tak apa betulkan saya. Asalkan beradab. Macam yang kebanyakkan anda selalu buat. Saya cukup hormatinya. Gembira ada blogger pandai menegur bila perlu dan kipas kita bila kita panas.Yang rude kita masukkan dalam tong sampah. Sekarang senang.

upsidedown

Posted by chika under Uncategorized

Stress sangat to manage my daily routine sekarang ni. Semuanya nampak tak organized dan saya tak suka. Saya memang mudah rasa stress. Malah pada benda-benda tak bermanfaat pon nak stress. Contohnya hari ini. Seharian berasa stress hanya disebabkan pagi tadi, bangun tidur turun ke kitchen and we found out satu kitchen bersemut. I stress. Sangat. Saya macam tak sanggup langsung nak menguruskan masalah yang macam itu. Tapi itulah. Nampak macam benda remah. Tapi tak, guys! Taaaak. Cuba fikir lagi sekali. Ini kejadian serius. Dan end up, saya kena spend berjam-jam dekat kitchen hanya untuk memusnahkan those creatures (semut maksud saya. SEMUT)

Gaaaaah. Semut tu masuk ikut lubang kecik pada kekisi tingkap. Sekarang musim hujan. To be funny, dia macam migrate masuk rumah orang bila hujan. Very rude kan?

Two. Stress juga bila saya tak dapat catch up my daily routine secara lancar. Macam dah tiga hari skip basuh baju (selain sebab hujan, saya juga macam tak motivated langsung these days) Itu pon stress juga. I hate tahu I hate to see mountain of baju kotor dalam bakul like kaki pemalas. Padahal sebelum ini I got everything organized. Everynow and then saya akan buat semua sekali. Termasuk mengelap lantai. LAP LANTAI TAHU PAKAI KAIN LAP LAP MACAM CINDERELLA TU SUMPAH RAJIN ANAK SAPA LAH NI. Gaaaah. I just hate it now that my daily routine turn out to be …. bad.

Baiklah saya tak akan buat list perkara stress dalam entry ini. Engkau tahukan, sometimes bila engkau nak semuanya perfect secara pukal, dan semuanya engkau nak menjadi macam yang engkau hendak, engkau macam dah create satu weak point dekat mind set engkau. Macam saya.

Saya ada banyak benda running in my head. Tapi end up menjadi benda yang stuck sahaja dalam kepala. Dan ini membuahkan stress berbunga emosi dan sekarang I nak watch movie bye bye aku stress. I am going to call my husband now nak suruh on laptop nak watch movie sama-sama pastu tertido dan terbang masuk dreamland. Pastu esok sambung stress lagi.

KAH KAH KAH
Diakhiri dengan ketawa nak bagi kau semua pon stress :P

1/3 Done, Honey.

Posted by chika under My Baby You, My Fancy Pregnancy

3 September lalu, saya dan suami mendapat hadiah percintaan kami sekali lagi. Buat kali kedua. Setelah hadiah percintaan kami yang pertama gagal. Tak payah rasanya bercerita tentang miscarriage saya yang lalu pada entry ini. Sebab saya sangat excited and l am looking forward pada pregnancy saya yang kedua ini. Harapan saya dan suami tak ada lain, untuk melihat pregnancy ini berjaya :) Insyaallah. Dengan izin Allah. DSC04944

Ya Allah seronoknya malam itu. Bila HCG Test saya positive. And it was expected. Sebab dah dua kali agaknya. Saya dah ada sikit experience tentang early symptom of pregnancy. Beberapa minggu sebelum buat test ni, saya demam. Saya sakit kepala. Saya kuat tidur, kuat makan, kuat emo dan paling tak boleh tahan tu, depress sewenang-wenangnya. Sigh.

Tapi alhamdulillah. Very happy bila dapat tengok ujian urine saya positive hamil. Kami tak tunggu lama sebenarnya untuk cuba again. One month after the miscarriage, we tried again dan berjaya hooooooray! HAHA. Doctor kata everything pon sudah okay. I can try for another pregnancy if I want. Of course, honey. We can’t wait to have kid(s). Plural. Eceh :P

This pregnancy, in term of mabuk-mabuk taklah banyak beza dengan yang dulu. Jadinya saya dah tahu dah yang saya memang jenis MABUK KUAT bila pregnant. Tapi disebabkan kali ini pregnancy saya sudah mencapai tempoh tiga bulan, morning sickness dia memang lain macam. Kalau dulu tu, saya morning sickness tak lama sangat. Sebab baby tak develop since my 7 weeks. Tapi saya cuma alami the complete miscarriage bila saya 11 weeks. Pengalaman sedih yang tak bersedia nak ingat rasanya at the moment. Sangat menyakitkan tubuh, minda dan emosi.Tapi anak itu rezeki Allah. Tak ada lain, redha.

Kali pertama saya jumpa doctor ialah masa saya balik Malaysia last September. Itupon sebab saya demam teruk langsung tak boleh bangun. Muntah muntah muntah. Tak lalu makan dan bloating. Jumpa doctor, doctor ketawa saja. He said ha ; Itu normal! Tak ada yang pelik. At least you know that your baby bagi respon kat you. That’s a very good sign. Heh –_-“ Masa itu saya 6 weeks.

During my 5th and the 6th weeks tu (during aidilfitri) saya mengalami vaginal discharge. Tak heavy tapi cukup mencemaskan. Trauma saya. Sebabnya masa saya miscarry dulu tu, early sign dia ialah bleeding. Tak heavy juga pada mulanya. Masa tu saya dah mula fikir negative. Tapi saya macam banyak redha this time. Saya serah bulat-bulat pada Allah just the way I should do at my best.

Memang helpless. Kita tak ada kuasa nak buat apa pon. Rezeki ni hak Allah. Kami memang redha waktu tu.

Tapi saya jumpa jugak doctor. Berbeza dengan kebanyakkan kes yang biasa saya baca. Bila berlakunya vaginal bleeding/discharge/spotting ada doctor yang bagi suntikan hormon. Atau bagi medication care untuk ibu. Untuk kuatkan uteruslah. Untuk kuatkan janinlah. Berbezaaaaa sangat sangat dengan semua doctor yang saya pernah jumpa. Tak kira di Malaysia atau dekat Aussie. Tak ada doctor yang nasihatkan saya untuk rawatan ke apa. Semua doctor yang saya jumpa cakap benda yang sama ;

Nothing is wrong with me. Miscarriage perkara biasa pada early pregnancy. Dia bukan petanda petanda tak baik lagi-lagi bagi ibu yang baru hamil like me. Dan miscarriage sebenarnya bukan benda yang salah. Dia berlaku secara natural. Sometimes dia jadi pada kandungan yang tidak sehat. Yang lebih baik gugur sebelum dia dilahirkan. Dan sometimes ianya chromosome abnormality sahaja.

Jadi doctor banyak nasihatkan saya, kalau kandungan tidak menjadi pada awalnya, biarkan saja. Only after the first trimester (bila kandungan dah besar) barulah doctor akan ambil tindakan bila berlaku kes-kes pelik macam vaginal bleeding ke apa. So saya rasa terpujuk.

Dan kali ini pon bila saya tengok ada light brownish discharge keluar selang beberapa hari selama dua minggu, saya betul-betul redha. Ada hikmahnya setiap yang menajdi dan tidak menjadi itu.

Bila balik Brisbane, saya rasa keadaan saya makin teruk. Badan weak sangat. Saya tak lalu makan. I lost weight dari hari ke hari. I was 57kg or 56kg before. Saya turun berat sehinggalah 50kg. Ya Tuhanku. Cukup mencemaskan. Saya pitam. Saya terbaring langsung tak bangun sampai saya rasa macam tubuh tak bernyawa. Sumpah dahsyat. Sukar untuk diceritakan.

Tapi dalam pada tak sehat tak sehat tu, saya enjoy betul perasaan yang saya alami. Saya rasa mungkin itu petanda baik. Petanda yang HCG Level saya makin meningkat. Sebab itulah saya terus mengalami morning sickness dan nausea yang makin teruk.

Jumaat lepas. 23 October 2009.

Appoinment pertama saya dengan O&G. I had my very first ultrasound evah! Finally. Dah lama sangat rasanya saya tunggu. Sebab saya nak tahu sangat keadaan baby saya. Sehat ke tak. Ada ke tak. All those things lah. Tapi suami saya, samalah macam doktor-doktor lain yang saya pernah jumpa. Tak bagi buat ultrasound awal-awal. Pertama, bukan saja tak banyak info boleh dapat. Tapi terlalu banyak ultrasound during pregnancy is not good for your baby (doctor kata) One of the doctor (KL) pernah nasihatkan saya kalau boleh jangan buat lebih 3 kali.  Saya ada jumpa GP masa saya 9 weeks pregnant. Dr. Conrad. Dia pon tak suggest saya buat ultrasound masa saya 9 weeks. Nak dengar heartbeat pon dia tak recommend. Hoh saya sungguh kecewa. Tapi macam biasa. Redha. For you baby. For you.

Dr.Conrad refer saya ke Australis Specialist Centre dekat Sunnybank Hill. Kami buat appoinment dengan O&G Specialist, DrJenny Ho hari Jumaat lepas. Alhamdulillah. Semua dia check. Sebab saya dah 11 weeks. Waktu yang sesuai untuk buat first ultrasound.

Ya Allah excitednya aku. Macam tak pernah rasa lebih excited dari ini. Saya kongsikan dengan anda (dear friends) gambar pertama baby kami! HAHAHA.

baby us 11 weeks

See see. Very small. But bigger than peanut so now I dah tak panggil my baby Peanut dah :P Waktu ultrasound ni, baby was 11 weeks and 3 days. Mudanya anak aku. HAHA. Dan panjang dia is 46.6mm (just about the size of a fig!) Kecil saja. Tapi dah banyak anggota dan sifat yang dia dah ada. Ya Allah. Perasaan apakah ini very sentimental sob sob sob.

Mummy and Daddy dah boleh nampak :

Kepala baby (be my little precious with brain okey baby)
Tangan
Kaki
Heartbeat (beating very good)
Bentuk yang hampir lengkap

Baby sangat hyper masa doctor nak snap picture dia. Terpusing-pusing. Baby shuffle woooo. HAHA. Saya dah tak tahu nak kata apa. Dalam hati memang tak henti-henti bersyukur pada Allah SWT. Husband saya pon dah senyum saja. Sempat pulak cuit-cuit kaki saya. I know dear I know. You pon excited kan? Tengok baby nampak active dan sehat. Cukup melegakan.

Ingat lagi pengalaman pertama buat ultrasound masa preganancy yang lepas. Bila doctor scan, tak nampak apa. Kosong saja uterus saya sebab baby tak develop. yang ada cumalah dia punya sac yang tak menjadi. Saya punyalah menangis masa sesi ultrasound tu.

Alhamdulillah. Harap baby sehat. Dan semoga kami dapat peluang membesarkan baby yang ini.

Banyaknya nak cerita about pregnancy. Fun betul pengalaman nak menjadi ibu. Walaupon tak sehat dan sengsara sangat pada kebanyakkan masa, tapi perasaan bila teringat ada yang hidup in my womb, yang bakal lahir sebagai khalifah, yang bakal bernafas satu hari nanti …. ianya priceless.

:)

Hari ini. Saya sudah 12 weeks! Yeay. Dah selesai dah my first trimester. Dah masuk SECOND TRIMESTER. Dan morning sickness pon dah berkurang. Alhamdulillah.

Sudah 1/3 perjalanan kita, baby.

Baby dah 3 bulan today.And guess what, I am only 47kg left T________T Tapi tak apa. Mummy is going to gain more and more kilos after this. Hati-hati saja lah =D

150 Dolar, Sold!

Posted by chika under An evening in Brisbane

Salah satu program semasa Fund raising event semalam ialah AUCTION. Macam-macam barang baik (dengan tak baik sekali HAHA seperti …. fine takyah bagitahu) yang dilelong. Syok wo. Tak pernah pulak join upacara lelong. Laju betul orang lawan bidding. Husband saya pon join sekali atas supervision err… yours truly.

Dalam banyak-banyak barang, saya excited lebih bila dia keluarkan Royal Doulton set. Dahlah set yang memang saya nak sangat. Bila turn untuk bid Royal Doulton Set, terus husband saya bangun berdiri depan-depan. Gaaaaaaaah. Minah-minah Arab ni pon sebok jugak berpusu nak bid for the same item. Baiklah T___T

Dia open AUD200. And then husband saya bid AUD300. Tetiba ada orang bid lagi tinggi. Dan sold dengan harga AUD500000000000000. Baiklah saya gebang lebih. Akhirnya sold dengan harga AUD370 kalau tak silap. Bila dah kalah bid, husband saya cakap ; Alaaaaa… patut I bid lagi sampai AUD400. No use, sayang. No use. Arab tu kaya sampai dua puluh libu linggit pon dia sanggop tu. HAHA fun gila. Tak kesahlah. Sengaja main-main sambil beramal.

Lagi sekali.

Lawan lagi lawan lagi. Untuk teleskop pulak. Heh dipendekkan kesah yang sebenarnya memang pendek pon. Kami beli teleskop dengan harga AUD1500000000 (Wow kayanya aku!). Tengok tu tengok tu buat kelakar lagi. Tak tak. Kami beli dengan harga AUD150. Motif nak mengendap siapa neh? HAHA sengajalah. Kata kerja amal.

Balik rumah terus mengendap ayok ayok mata buta.

DSC05036 DSC05038

Dari balcony ini boleh mengintai rumah Lisa dengan rumah orang depan sahaja. Sumpah tak fun. Tapi tak apalah. Kita pon bukan  faham sangat kenapa kita beli. Kita macam sengaja nak join auction sahaja dan ingin merasakan perasaan menang auction. Pathetic gila. Tapi tak apa. Kita simpan teleskop ini untuk masa depan. DSC05039

Ececeh. Gaya lebih neh. DSC05041 DSC05042

Selepas itu tak tahu apa nak dimanfaatkan pada waktu petang tersebut. Tinggalkan teleskop dan solat Maghrib. Tapi tak apa. Sekurang-kurangnya sekarang dah boleh cakap dekat blog I ada teleskop engkau ada? Siapa ada, diam sekarang. HAHAHAHA.

Jadilah. Dibuat kenangan apabila meninggalkan Brisbane kelak. Ceh when when? Empat atau lima tahun lagi. Heh macam lama lagi. Masih banyak waktu untuk berpoya-poya. Astaghfirullahala’zim.

Live update (tiru twitter)

  • Kitchen pagi ini disaster sekali. Dipenuhi semut hitam. Gara-gara hujan lebat malam tadi pastu tak tutup tingkap T____T Stress.
  • Memang stress sekarang ini. Fikir banyak benda sampai semuanya tak berjalan. My bad T___T

Earthquake Fund Raising

Posted by chika under An evening in Brisbane

Fund Raising untuk mangsa gempa bumi dan Tsunami di Indonesia dan Samoa. Diadakan di Islamic College of Brisbane (Husband cakap nak hantar anak belajar dekat sini. Dari dulu dia cakap HAHA baiklah semoga dikurniakan anak bestari pastu hantar masuk Al-Azhar bila dewasa. Janji okek janji didik anak sampai Al-Azhar) Huh tetiba sangat berkata demikian. Move on sekarang.

Menghantar salah seorang anak (atau mungkin salah tiga orang atau salah enam orang Huh kantoi sekarang plan anak up to SIX  ceh berguraulah) ke University Al-Azhar memang menjadi impian kami suami isteri. Semoga Allah berkenankan doa ibubapa :P

Heh move on lah. Cerita tentang fund rasing event sekarang.DSC04989

Dijemput oleh Arya (one of my Indonesian friend here in Brisbane. Arya sangat nice saya suka dapat mengenali dia) Remember the fact. Bila duduk di perantauan macam ini, tak ada masa nak fikir tarian Pendet what the hah dan sebagainya. Sebab bila jumpa rakan seagama dah happy sangat dah. Boleh berbual tentang Halal Butcher terbaik in town atau pasal upacara keagamaan ke apa. Sumpah tak ada masa nak cakap Weh tarian pendet tu apsal kau ambik pastu fight balik apsal banyak jenayah dalam Malaysia melibatkan pelarian Indonesia. Heh tak ada masa hendak membincangkan itu. Saya rasa, hidup ini baiklah Islamic-oriented daripada PendetBatik-Oriented ke apa. Namun, sebagai Malaysian aku akan menderhakai prinsip KEDAMAIAN ini bila negaraku dicabar. Fuuuu terror gila aku.

Ramai tahu yang menghadiri event ini. Gembira sebab aktiviti amal macam ini mendapat sambutan. Suami saya paling bersungguh-sungguh nak pergi. Kami sangat bersimpati dengan kejadian yang menimpa Indonesia dan Samoa. Tapi itulah dia yang dikatakan ; Ujian Allah SWT. Semoga dengan bencana ini terujilah iman manusia. Insyaallah.

Apa yang ada di sini :DSC04991

DSC05033DSC05029

Persembahan dari Indonesia, dan Punjab (tak tahu kenapa ada Punjab tapi sumpah catchy) First time tahu saya mendengarkan lagu kebangsaan Australia. HAHAHA tidak menarik (derhaka bukan?) Negaraku tanah tumpahnya darahku lebih patriotik. Memanglah kau cakap macam ini sebab engkau dibesarkan dengan melodi itu. DSC04993

Terdapat juga tapak permainan untuk kanak-kanak dan ibubapa. Di mana kanak-kanak bermain dan ibubapa dipermainkan. Contoh ; Macam kena tunggu anak bergembira atas bouncy castle pastu ibubapa pon berketawa macam best sangat. HAHA mengata dulang paku serpih. I pon  berasa excited melihat bouncy castle. DSC04994

Di sini juga boleh menunggang unta. Suami saya sekali lagi beriya-iya nak sangat. Suami saya memang suka tahu benda-benda macam ini. Benda yang macam dia tak pernah buat, dia mesti nak buat. Isteri pon terkedek-kedeklah mengekor dalam panas terik itu. Demimu Sayang, demimu. Romantis sekali. KAH KAH KAH.

DSC04995 DSC04996Heh kenapa wanita ini jeling suami I? Kenapa? Tapi tak apa. Malaysian memang cool tak akan lah sebab Arab pandang suami kau pastu kau nak cakap ; kempen menentang Arab. (aik? double meaning)DSC04998 5 Dolar untuk menunggang unta. DSC05003 DSC05006 KAH KAH KAH. Pelik betul muka unta yang begitu. DSC05009DSC05010DSC05013

Saya tumpang seronok dari jauh :P Nak ride sama-sama tidak berkesempatan. Saya tak boleh tahan cuaca dia terik sangat. Takut pitam pulak. DSC04997Saya berpayung sahaja. Stroller sebelah kanan bukan I punya, tolong sikit. Siapa buat jenaka cakap Chika apsal ada stroller eh dah beranak ke? When when? Siap dia. DSC05015Yaaaaaa little pony. Saya suka little pony sebab dia cute. Biasanya dia diwarna-warnikan. Kemudiannya hanya untuk ditunggang oleh kanak-kanak. Kanak-kanak 23 tahun tak boleh T_______TDSC05007 Cuba merakam kenangan bersama namun …. (isi slogan)DSC05014Sesekali macam nak buktikan pandai mengambil gambar. Harap terbukti sekarang.

We had so much fun yesterday. Harapnya event tersebut dapat mengumpul banyak dana untuk disalurkan kepada mangsa kejadian. Selain yang terdapat di dalam gambar, event ini juga ada menjual makanan-makanan halal tanpa ragu (takyah pergi tanya Is this halal is this halal pastu terkial-kial carik Halal cert dia) Banyak food berciri Arabic dan dari Indonesia yang dijual. Macam butterchicken rice (best gila tapi I tak lalu makan benda-benda yang creamy lately), ada Indonesian sate dan rendang ayam, burger and sosej, teh botol (very famous in Indonesia), kuih-muih, biryani dan sebagainya. Boleh kata, kami beli semua food. Dan semalam adalah hari makan banyak-banyak. Harap sudah gain weight 5 kilo (HAHA mana mungkin)

Lagi menseronokkan, semalam berjumpa rakan dan juga mendapat kenalan baru. Arya kenalkan kami dengan Kak Wan and husband. Dewasa ini (ceh DEWASA INI haha ayat kedewasaan) saya sangat friendly. Saya suka berjumpa rakan baru. Saya lebih cenderung bergaul dengan ibu-ibu dan makcik-makcik sebab saya rasa topik perbualan dia kena dengan apa yang saya perlukan. Bukanlah macam TAK REMAJA dah. Tapi sometimes kita memerlukan rakan yang lebih pandai untuk membantu kita menguruskan rumahtangga dan masa depan (financial, family,  anak etc)

Most of them student PHD. Very educated with attitude. Senang bergaul dengan golongan macam ini. Bercakap secara polite. Nasihat yang baik-baik. Dan wise. Paling penting tak ada golongan pelik-pelik hasad dengki ke apa yang saya jumpa so far. Dah bosan dah dengan golongan pelik hasad dengki T____T

Semalam juga dapat juga Nanna Zaina. Alhamdulillah she looked good. Healthy and energetic betul that 68 y.o lady. Bila saya tengok dia, saya terasa macam ada seorang nenek penyayang di sini. Nanna lemah lembut sangat. Baik pulak tu.

Next to Nanna, was Umi Asmah (Wardina Safiyyah’s mother) Rasanya semua yang ada dekat Brisbane kenal sangat dan biasa dengan Umi Asmah. Saya je baru jumpa Umi. Ya Allah. Pon seorang yang lemah lembut. Baik sangat. Muka very sweet. Pastu Umi Asmah ajak join Usrah dekat rumah dia this Wednesday. Oh I loooooooooove to. Tapi tak ada rakan. Saya pon tak sure sangat area kediaman dia. Tengoklah kalau ada rakan, saya akan pergi. Dah lama dah terfikir nak join usrah. Saya kan duduk goyang kaki saja di rumah. Apalah salahnya melibatkan diri dengan aktiviti kerohanian sehari seminggu. Insyaallah kalau ada chance saya join usrah tu.

Alhamdulillah semalam saya berasa sedikit energetic. Dan happy :)