Archive for September, 2009

Nyonya Datang Lagi

Posted by chika under Uncategorized

Okay nak berlagak sekarang. KAH KAH KAH. Okaylah tak baik cakap nak berlagak. Nak bangga dengan kejayaan diri sekarang. Saya dah siap dah masak kesemuanya yang perlu. Hoooooraaaaaa. Dah siap call husband dah.

Nyonya : Assalamualaikum, Sayang. Busy ke? (macam biasa bila call mesti laju-laju tanya busy ke tak. Sebab kalau husband cakap saja busy, terus nak letak phone laju-laju. Understanding gila aku neh KAH KAH KAH)

Pak Doctor : Waalaikumsalam. Errr… busy. Tapi kalau you nak cakap, cakaplah.

Nyonya : Takde I nak bagitau je. I dah siap masak dah. (Mensengkelkan gila perangai Nyonya ini sanggup tu dia hubungi suami semata-mata nak cakap macam ini)

Pak Doctor : Yeay. (Yeay pendek saja. Heh. Nampak sangat tengah busy tak boleh nak buat yeay panjang-panjang)


Nyonya pon yang dikatakan understanding tadi terus tak mahu mengganggu suaminya lebih banyak. Nanti kalau dibiarkan memang Nyonya tersebut boleh berlagak menu apa semua sampai nipislah cuping telinga Pak Doctor.

HAHAHAHHA.

Sekarang kena mandi mencucikan diri. Bau sambal, bau ayam, bau belacan apa semua bau pon ada pada tubuhku. Enak gila bau dia (Baulah bau. Rasa dia kita akan tahu dalam 3 jam lagi).

Sudah jam 2.15 petang. Belum solat neh.

Jam 3.30 - Masukkan ayam dalam oven. Bake garlic bread. Bake nugget. Bake apa semua yang patut di-bake. Bake ah diri sekali kalau nak.

Jam 4.00 – Jemput Pak Doctor  pulang dari rumah sakit (baiklah guna bahasa asing annoying gila)

Jam 4.30 – Jemput Nana (seorang wanita berusia 68 tahun yang dianggap nenek bagi kami) dari rumahnya di Mt. Gravatt. I nak jemput dia join iftar malam ini sebab dia very nice. I suka. Selepas itu ambil kek yang ditempah dari The Cheesecake Shop. Again Chika? Yes again. Kek sedap tak boleh katakan tidak pada kek tersebut.

Jam 5.00 - Tetamu sampai.

Jam 5.30++ – Berbuka puasa.

Baiklah sejak jadi Nyonya neh tiba-tiba saya baik hati pemurah generous kind hearted (ok we get it Chika) Bagi entry pon detail macamlah anda nak tahu bukan?

Heh. Tak sabar nak mandi I rasa macam seorang belacan di sini. Papai (sumpah Nyonya aku ini)

Nyonya has to cook very hard today

Posted by chika under Uncategorized

Today ah, I have to cook very hard (and very smart)  because again ah, we gonna have iftar at our place. Looking forward to have muslim friends here with us. Hayyyyyoh, I am very gelabah oredi. Baiklah, high blood pressure now. And today ah, will be my very first time ever cooking food in large portion hayyoooh I am very gelabah. High blood pressure now. Baiklah Nyonya, baiklah. Dah cakap ayat berulang dah. Get out now, Nyonya. Get out!

Nyonya ini agak tertekan today.

Mampukah saya menyediakan makanan untuk lebih kurang 12 orang? APA? DUA BELAS ORANG? KAH KAH KAH. Nyonya neh kecoh ah. 12 orang pon nak kecoh. Dah ah, malas layan Chika. Kena masak untuk 12 orang pon nak high blood pressure bagai. Gedik kau Chika, gedik kau.

Baiklah Nyonya-Nyonya semua.
(HAHA engkau pon semua Nyonya juga wtfun).

Saya akan menghabiskan siang 11 Ramadhan ini di kitchen. Dengan harapan suci sesuci lebaran untuk memberi makan kepada rakan muslim yang lain. Semoga masakan saya hari ini tidak terkurang masin, terlebih apatah lagi. Dan semoga ayam yang bakal dimasak akan kelihatan seperti ayam menjelang iftar kelak. Semoga tetamu dapat makan masakan yang mensenangkan perut. Ceh nervous gila ah. Ini barulah dinamakan Adrenalin Rush! HAHAHAH. Over kau.

Sedapkanlah masakanku today. Jadikanlah masakanku today adalah yang tersedap. Kalau esok masak tak sedap pon tak apa, asalkan hari ini sedap. Tapi kalau boleh biarlah sentiasa tersedap-sedap. Amin.

Nyonya signed out.