Archive for September, 2009
Posted by chika under
Uncategorized ANNOUNCEMENT ANNOUNCEMENT.
Kepada semua wanita manis yang telah purchase barang dari saya dan yang telah membuat pembayaran sewajarnya mengikut persetujuan kita bersama. Bagi perhatian anda yang tidak berbelah bagi sekarang.
Saya sudah pon berada di Kuala Lumpur Kota Keriangan (tiru Genting Highlands) selama 3 hari. Dan selama 2 hari daripadanya telah mengalami gangguan kesihatan termasuk Love Flu yang dah disebut dalam previous entry tapi takyah bimbang bukan Swine Flu weh. Hari ini hari ketiga dan saya akan membuat kerja-kerja menyusun kasut-kasut anda, packing dan memberikannya semburan pertahanan. Wah apakah tu bukan main lagi bunyi dia. Heh. Fabric protection. Bermakna kesemua kasut yang berciri fabrik (satin etc) akan disembur dengan Nine West Waterproofing Spray. Dibuat secara percuma. Heh tengoklah sini. Apalagi anda nak. Dahlah dibawa secara free all the way from Australia. Lengkap beserta kotak dan Nine West paper bag. Siap bagi waterproof lagi. Heh masa untuk slogan ; Membeli-belahlah bersama Chika. Pasti tak boleh blah. HAHAHA
Wanita manis yang terlibat, saya akan available untuk membuat kerja despatch (HAHAHAHA) mulai esok. Jadi kepada semua, bolehlah menghantar email kepada saya untuk menyusun pertemuan kita. Dan kalau boleh, adalah lebih cantik dan sehat sekali kalau boleh diadakan pertemuan secara sekaligus untuk beberapa orang. Kerana saya mempunyai terlalu banyak kasut, handbag, toaster, Hello Kitty lah tah apa lagi yang harus dihantar. Dikhuatiri tidak dapat melakukannya dalam 2 minggu.Oleh kerana itu, saya mempunyai idea yang macam nak bernas.
Apakata, anda email kepada saya di manakah anda boleh ditemui dan bila? Selepas itu saya akan susunkan perjumpaan. Dan satu perkara heh. Ingat heh. I tak boleh keluar malam sebab itu prohibited dalam undang-undang rumah ibubapa T___T HAHA. Dan saya prefer perjumpaan di shopping-shopping kompleks seperti KLCC terutamanya sebab I memang berlegar dalam situ everytime balik KL. Atau shopping mall lain yang well-known. Jangan ah cakap ; Chika jumpa dekat Pasaraya Chong Meng Meng Taman Pedang Setiawan (pon I cipta). Sumpah I tak tahu kang kasut tak sampai kang. HAHAHA.
Email saya cepat-cepat heh. Kalau boleh tinggalkan sekali nombor untuk dihubungi. Nombor bomba ke polis ke apa jangan gatal heh bagi kat I siap dia. HAHA.
Ingat heh ingat heh. Dalam T & C dah pernah cakap kasut tidak boleh refund. Tidak boleh change sebab i tak simpan stok with me. Once sold, consider sold. Masih ingatkah? Harap ingat. Dan tidak dilupakan. Jangan hesitate ; Chika ini takda pig skin kah? Saya nyatakan di sini, tiada pig skin for Nine West. Mostly dia guna calf skin. Kebiasaannya kasut kulit khinzirun (comelnya pig dalam bahasa Arab) adalah pada kasut-kasut murah seperti kasut jenama Xiang Sue (I cipta) Penat tahu I call Nine West, I email Nine West, dan I sampai tanya dekat manager dia pasal kulit khinzir. Sampai akhirnya manager dia dah pandang serong dah kat I. Dia macam rasa terhina ke apatah sebab I cakap kasut dia kulit khinzir. KAH KAH KAH. Harap semua lega dengan kenyataan ini. Tapi hati-hati tau kalau beli NOSE banyak kasut kulit ba alif bi. Eh tak tak. Bukan nak sabotaj Nose. Apahal? Kau ingat I tali barut Nine West pastu nak musnahkan jenama kasut lain? Tidak sama sekali heh. KAH KAH KAH.
Tak sabar nak jumpa wanita manis semua.
Posted by chika under
Uncategorized Dear Kekanda Buah Hati Pengarang Jantung Intan Payung Umbrella Ela Ela Ela.
Semalam I tersedih sekali sampai menangis dalam diam di belakang ibu mertuamu. Semalam I tersedih sekali malah sempat menangis kecil semasa menonton rancangan Astro sehinggalah pada malam harinya I dilanda selsema kasih. Atau dalam istilah kedoktorannya disebut Love Flu. Sungguh romantis.
Semalam pada mulanya I sukar untuk beradu (baiklah bukan beradu, tetapi tidur) Sebab asyik terkenangkan lelaki kesayangan yang keseorangan di rumah kita yang penuh kecintaan. Tapi akhirnya, I terlena juga itupon setelah berangan macam berada disampingmu. Baiklah macam tidak harus menulis ayat seperti ini tapi apakan daya, I perlu express perasaan ini untuk kepentingan sendiri.
Demam yang I warwarkan lewat malam semalam sudah kebah nampaknya. Namun Love Flu makin menjadi-jadi menyebabkan suara I kedengaran lain dari biasa. Tadi pagi I sempat menyanyi lagu Retro (tajuk dirahsiakan untuk kepentingan sendiri) dan alangkah terkejutnya I kerna memiliki suara aneh seperti itu harap you faham T____T
I miss you banyak sekali. Tidak sabar-sabar menunggu kepulangan lelaki kesayangan ke tanah air. 2 minggu mungkin bersamaan 14 hari. Tapi bagi wanita Love Flu ini, 2 minggu bagaikaan 14 tahun. Sungguh lama tak sabar-sabar dah. Tapi tak apalah. Moga kejauhan ini mendekatkan hati kita yang sebenarnya memang dah dekat.
Di manakah Kekanda berbuka puasa pada petang ini? Minta sorry kerana I terpaksa meninggalkan you beberapa ketika. Berat gila dalam hati oh man! Dan seperti biasalah. Melalui hari-hari yang kurang motivasi. Asyik bermuram durja mengenangkan wajahmu yang comel sekali. Malah asyik terkenangkan bau tubuhmu baiklah baiklah ini takyah cerita dekat blog. Errr.
I nak cry lebih banyak sekarang.
Sebab I miss you very much.
Posted by chika under
Uncategorized Semalam TENGAH HARI BUTA kami berdua pergi tanning.
Ceh berlagak gila cakap pergi tanning.
Tak lain tak bukan di Surfers Paradise. Husband pergi kerja isteri pergi tanning memang cool gila bunyi dia walaupon sebenarnya tak ada apa pon. Kami pergi SP semata-mata sebab nak buat last minute shopping. Tiba-tiba tengok parking ada lagi one hour. Sumpah kedekut gila aku. Sejam satu dolar. Heh satu dolar pon nak berkira. Habis tu engkau ingat senang nak dapat parking dekat area situ? Sekali dah dapat mestilah saya nak tamak lama-lama. Pastu spend masa di tepi pantai menyaksikan manusia kulit putih berjemur. Heh tak ada kerja ke ha kau Chika? I kan suri rumahtangga yang bahagia memang goyang kaki saja kerja I bukan macam orang yang hebat bekerja juga berdegree dan menghendap. Aik? Tengah cakap apa neh? Baiklah baiklah.
Sekarang masanya untuk pameran foto benci tapi sayang.









Gambar sekadar nasik ayam.
Posted by chika under
Uncategorized Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur saya adalah pada pagi esok. Pulang bersama Ijat.
Sejak seminggu ini hati saya sebak dan sesak sekali. Sindrom setiap kali hendak meninggalkan yang tersayang. Bila saya kena pulang ke Kuala Lumpur, saya akan bersedih hiba untuk meninggalkan suami. Bila saya kena pulang semula ke Brisbane, saya akan bersedih sakan untuk meninggalkan keluarga. Baiklah. Nantikan sebuah lagi drama korea episod 8. Lokasi pengambaran di Coolangatta Airport, Gold Coast. Nantikan T____T
Sepanjang minggu ini juga saya sudah melalui fasa pra-kesedihan. Iaitu macam bersedih-sedih dahulu, menangis- nangis kemudian. Asyik asyik terkenangkan kesedihan untuk meninggalkan suami selama dua minggu. Dan bertambah sedih lagi bila memikirkan bahawa Ijat akan pulang ke Kuala Lumpur setelah 3 bulan menemani saya di sini. Sangat sedih semalam I cry padahal belum patut cry. Saya pasti terasa ketiadaan dia kelak bila saya pulang semula ke Brisbane next month. Seronok betul ada Ijat. Macam-macam dia tolong saya buat dalam rumah ini. Bila keluar berjalan ada dia, memang gamat juga suasana sebab dia memang kaya dengan humor. Bila berjalan makan angin, dialah yang drive. Dialah yang pandai arah tuju jalan. Baiklah Chika baiklah. Belum-belum lagi dah sedih dah. Heh.
Saya memang ada perangai macam ini. Saya memang emotional banyak bila sesuatu itu mengaitkan orang-orang kesayangan saya. Saya selalu takut dan tidak selesa bila berjauhan dengan orang-orang kesayangan saya. Sebab itu saya suka lagu Pencinta Wanita pada rangkap ; Ku tak mahu menjanjikannya, pasti bahagia bila denganku. Biar dia rasakan sendiri betapa gilanya cintaku.
Heh tetiba sangat.
Baiklah malas nak explain panjang dekat anda. Anda bukan faham pon. HAHA tetiba menyalahkan anda. Orang sedih memang macam ini tidak keruan hatinya. @#!?&%$#
Namun, I got sunshine again in a bag =)
Err kejap. Siapa nak lap papan kekunci basah ini?
Posted by chika under
Uncategorized Semasa usia kecil, saya selalu begging dekat emak ; Cotton Candy boleh? T___T (disertakan dengan wajah paling suci dalam universe ini) Kadang-kadang emak cakap OK BOLEH. Pada waktu yang lebih tegang, emak cakap TAK BOLEH. Dahlah tak boleh, selepas itu digantikan dengan sejenis keropok berbentuk roda basikal (harap anda faham keropok apa I tengah cakap ini) Grrr. Rasa nak hentak kaki kiri kanan kiri kanan. Emak banyak rules. Masa saya kecik saya hidup dalam undang-undang emak. Di mana tak boleh makan cotton candy selalu sebab manis not good for kids. Tak boleh makan buah cherry petik dari pokok cherry macam anak jiran selalu buat nanti sakit perut. Tak boleh makan organ haiwan seperti hati, limpa, paru dan sebagainya (tapi dah besar ini I tak peduli I love hati so much. Ma, please forgive me because I love to eat hati)
Sekarang sudah usia besar (19 tahun ehem) Emak dah tak peduli sangat dengan undang-undang pemakanan dia (agaknyalah). Tapi bila berkahwin dengan seorang pegawai perubatan, sekali lagi kena preach soal pemakanan. Tapi tak apa. Goda punya goda, akhirnya tergoda. Cuma goda suruh ponteng kerja sahaja tak pernah berjaya. HAHAHAPEENTAH.
Sudah beberapa bulan inginkan sebuah Cotton Candy Maker. Sebuah sahaja taknak dua atau tiga atau empat buah. Nak sebuah sahaja. Heh. Tapi husband saya cakap, tak elok makan cotton candy sebab ia diibaratkan meratah gula. Sometimes I said BAIKLAH. Macam isteri yang akur. Tapi sometimes I menggelupur nak juga. HAHAHA. Anggaplah ini sikap comel bukan sikap degil.
Saya mahukannya kerana …

… ianya RETRO.
Juga sebab saya suka Cotton Candy.

Berwarna merah.
Design dia sangat RETRO.
Sekali pandang nampak macam RETRO.
Dua kali pandang nampak macam RETRO juga.
Baiklah tak membantu langsung kata-kata ini.

Tapi tiga kali pandang nampak macam …
RETRO juga.
Hoi Chika, nak fight?
HAHAHAHA.

Pembuatannya sangat mudah. Tiba-tiba saya tak puas hati rasa nak ajak penjual cotton candy pergi fight sekarang. Heh. Dahlah pembuatan dia senang. Bahan pon murah. Pastu jual mahal. Pastu tidak healthy. Pastu aku suka sangat.
Hanya perlu mencurahkan gula seperti dalam rajah di atas (your usual home sugar also can) beserta powdered coloring untuk kesan warna dan sedikit rasa enak. Tapi last time kami tak jumpa powdered food coloring jadi kami bantai gula semata-mata.

Switch the Cotton Candy Maker on.
Biarkan dia panas dan piring hitam itu akan spin laju-laju.

Dalam 3 to 4 minutes, cotton candy akan terbentuk. Berusaha keraslah mengejarnya menggunakan stick yang disediakan. Bahagian ini memang exciting pada mulanya tapi setelah beberapa minute engkau menghadapnya sampai tangan lenguh, engkau akan rasa bosan dan bercakap fghjklkjhgffd di dalam hati.

Tapi bila melihatkan gula yang telah menjadi kapas, excited dari mata turun ke hati. Rasa nak peluk erat Si Merah ini dalam dakapan. Heh over gila.

Tada.

Tada Tada.
Sejak mempunyai pengalaman sebanyak dua kali membuat cotton candy di rumah, saya dah sedar dah betapa tidak sehatnya makanan ini kepada kanak-kanak. Kepada remaja dan orang dewasa pon tidak sehat. Ianya tidak lebih dari sekadar meratah gula sambil menonton televisyen. Eh kejap. Sebenarnya kenyataan ini memang dah tahu dah sejak usia 5 tahun lagi dah tahu dah. HAHAHA. Tapi apa nak. Cotton Candy adalah sesuatu yang sukar ditolak.
Kalaulah saya dapat beli semua koleksi RETRO yang ada. Seperti Popcorn Popper, Chocolate Fountain, Snow-Cone Machine, dan Hot-Dog Roller. Kalaulah. I nak buat collection je. HAHAHA.





To those in Australia, boleh dapatkannya dari Homeart berdekatan atau berjauhan anda. Siapa berminat juga boleh mendapatkannya dari Amazon.com
Posted by chika under
Uncategorized Oooo semua pakat mintak gambar masakan saya semalam. Heh. Nampak sangat anda tak percaya dengan apa yang saya warwarkan. Baiklah baiklah. Sekarang dah tahu dah I ada readers yang pandang serong bila I cakap I memasak untuk 12 orang makan. Baiklah baiklah.
Heh touching pula Nyonya neh.
KAH KAH KAH. Tak tak. Sengaja menghabiskan satu jam sebelum berbuka puasa ini mentulis yang bukan-bukan. (Ada orang dah sound dah aku dia cakap apsal salah guna tatabahasa HAHAHAHA apsallah hidup atas muka ini kalau takda sense of humor sumpah bosan) Disebabkan I suka rebel lagi orang menyampah lagi I nak buat, sekarang jugak aku nak buat kesalahan tatabahasa banyak banya ; Mentulis. Mentulis. Mentulis, Mentulis. Mentulis. Mentulis. Mentulis. Fine Chika, annoying weh.
Semalam takda membuat rakaman gambar. Sebab Nyonya very busy. Yang ada hanyalah ini :


Apakah neh?
Suka hati andalah mahu dikasi nama apa. I malu nak mengaku I masak apa
Semalam buat julung-julung kalinya, saya dengan Ijat terlintas idea nak buat nasik lemak. KAH KAH KAH KAH KAH. Heh apsal anda ketawa? Macam funny lah bukan Nyonya neh ada idea pelik nak buat nasik lemak.
Kami jemput family Kak Hafizah dengan Nana Zaina datang rumah. (Cik Hairianah tak dapat join sebab husband dia balik lewat) Tapi Nana tu saya pergi jemput dia di rumahnya yang tak berapa nak jauh dari kediaman kami. Lagipon beliau tak ada kenderaan dan tinggal sendirian. Imagine lah, a 68 years old lady tinggal sendirian. Kalau saya fikir mesti rasa bimbang.
Seronok weh masak-masak bagi orang makan. Lagi-lagi orang yang belum pernah datang ke rumah kami yang comel sekali ini. Ya ya. Rumah comel. Habis duduk berdua tak akanlah mahu rumah tersergam. Dahlah duduk tempat orang nanti sat balik tanah air I harap tak duduk rumah comel dah. Duduk rumah comel neh memang susah sikit. Lagi-lagi bila dikunjungi kenalan-kenalan yang ramai. Kids pon tak boleh bebas buat gimnastik ke apa. KAH KAH KAH. Macam kalau rumah parents dekat Cheras. Bila hari raya je, kids datang siap bawak bola main bola apa semua dalam rumah kami. Cousin saya yang kecik-kecik siap boleh pasang tiang goal dalam rumah my parents astaghfirullah. Pastu histerialah aku takut terpelanting kena kristal emak. Nanti emak stress aku juga nipis telinga. Eh saya rindu betul kanak-kanak hyper tersebut. Fine Chika, engkau sudah jauh terpesong.
Tetamu cakap sedap. Heh mestilah kena cakap sedap tak akan nak komplen cakap kurang halia kurang santan kurang masin ke apa. HAHAHA. Tapi bila saya tengok mereka makan bertambah, baiklah I percaya sahaja I masak macam sedap jugak. HAHAHAHA. Terima kasih tidak terperi buat Ijat sebab banyak tolong. Kalau harapkan saya secara solo memang tujuh belas tahun akan datang pon belum tentu akan diadakan majlis keramaian macam ini. Heh gedik gila nak cakap ini sebagai majlis keramaian.
Err. Tahukah semalam hari lahir saya yang ke 19 tahun? KAH KAH KAH. Not funny Chika, not funny.Neh bukan I cakap heh. Anak Kak Fiza yang cakap. Sumpah adorable sekali. Dia teka umur my husband 20 tahun dan umur saya 19 tahun. Hayyoh, Nyonya ini dikatanya 19 tahun. Baiklah T____T Terima kasih Hadi sebab cakap Kakak Nurul usia 19 tahun. Awak seorang saja yang pernah bagi pujian manis macam ini T___T Tak pasal-pasal juga Pak Doctor reduce usia secara mendadak. Kami suami isteri sangat gembira bila dituduh sebagai muda belia (heh I muda belia apa) HAHAHA.
Hari ini terus tumpas. Tapi semua dah siap kemas dah. Saya kalau rumah tak berkemas saya stress. Mulalah nak angin yang bukan-bukan. Dan paling penting bagi saya, kitchen kena sentiasa bersih licin. Sink kena kosong. Atas dining table pon tak boleh ada makhluk asing bertengkek nanti I stress.
Err. Satu benda tentang saya. Saya rasa saya istimewa kerana _____________ (tetiba keluar slogan) Tak tak. Saya rasa saya ada kelebihan di dapur. Iaitu bila saya memasak, saya tak membuat kecah satu dapur. Semuanya dalam keadaan teratur. Kalau I keluarkan salt misalnya nak guna, lepas guna terus simpan balik. Sambil masak, sambil cuci pinggan. Sambil masak sambil lap lantai. Sambil buang sampah. Bila saya siap saja memasak, dapur pon dah siap kemas. Itu cara saya. Kalau tak…. ok Chika ok kami faham dah. Kalau tak kau stress. HAHAHAHA.
Dah pukul 5 petang. Waktu untuk menyiapkan meja untuk berbuka puasa. Hari ini berbuka berdua dengan Ijat. My huband kerja petang T___T Setiap hari I goda dia suruh ponteng. Setiap hari I gagal. KAH KAH KAH KAH.