Eid Mubarak

Esok kepulangan suami ke Kuala Lumpur. Saya sungguh excited rasa taknak tidur malam ini. Tapi tak apalah. I tidur malam ini, I tidur. HAHA. Tak boleh bersabar lagi untuk ke airport esok hari. Kemudiannya akan mempunyai suami dalam dakapan. Pulang ke Johor bersama keluarga. Yeaayy. Itu definitely the true happiness.

Tahun ini balik Johor seperti setiap tahun pon. Cuma kali ini membawa suami menjejaki kampung halaman bapa saya buat kali pertamanya. Heh dah kahwin lebih 7 bulan baru inilah ada chance untuk balik kampung isteri. Saya pon tidak pernah bertemu atuk dan nenek saya sejak berkahwin lebih kurang 7 bulan lalu.

Destinasi raya tahun ini :

KL – Johor – Cheras – Kajang – Ipoh – Kajang -Putrajaya – Cheras – Brisbane.

Merasa aku pergi Ipoh tahun ni. Nak tengok kakak ini naik pelamin :P Heh macam excited juga nak pergi Ipoh. Tak boleh ingat dah kali terakhir berjalan ke Ipoh. Saudara mara emak saya banyak dekat sana barangkali. Tapi takyah tanya emak. Tak akan membantu. HAHAHAHA.  Tapi dengar cerita adek-beradek emak termasuk emak sendiri macam nak berjalan ke Perak juga tahun ini kalau ada chance. Sebab dah lama tak menziarah relatives dekat Baju Gajah. Emak cakap. Well, I macam tak ada chance nak join rombongan tersebut. HAHA mesti emak tak suka kalau cakap emak pergi rombongan. Tahu dah tahu dah. Perkataan rombongan itself pon emak saya dah tak suka dah. HAHAHA.

Tiba-tiba, saya mempunyai semangat membakar sejak satu jam yang lalu. Pathetic bukan? Baru satu jam merasai bahang syawal itupon setelah berasa bertenaga sedikit hari ini. Akan mengemas bilik tidur sendiri dan mengemas pakaian untuk pulang ke kampung. Baiklah apsal kau tulis seperti ini Chika, kami tak biasa!

Tak tahu kenapa sejak ada mood raya sejam yang lalu, tulisan saya jadi formal gila macam tak fun langsung.

Saya seperti berbesar hati secara mendadak apabila terkenangkan persiapan raya tahun ini yang very humble. Tidak belanja berlebihan untuk pakaian baru. Sedangkan saya membeli pakaian baru sepanjang tahun tak kira raya atau tidak. Maka berasa tidak kesal langsung tahun ini. Malah berasa cukup secukup-cukupnya apa yang ada. Sedikit pon tak ada keinginan untuk membuat shopping besar-besaran. Membazir sangat rasa. Heh bangganya cakap macam ini. Baiklah, akan cakap lagi seperti ini pada masa akan datang.

Tahun ini saya dah dapat define dah kesempurnaan raya yang baru. Iaitu mempunyai orang-orang kesayangan di sisi. Suami terutamanya. Sebab dah dua minggu tunggu suami pulang maka kepulangannya esok hari macam suatu pencapaian tertinggi. Apa kau sedang cakap ini Chika?

Tanpa mempedulikan apa Si Chika ini sedang cakap, saya harap anda semua juga mempunyai pengertiaan kesempurnaan raya yang baru. Kalau kesempurnaan raya adalah sebab mempunyai kasut baru, itu dari kita usia satu bulan pon emak dah belikan kita kasut baru menjelang aidilfitri. Kalau kesempurnaan raya adalah sebab mempunyai shawl baru yang dibeli online setelah bidding sampai ke detik terakhir, err… bulan lain pon boleh beli. Harap anda dapat menjumpai erti kesempurnaan raya tahun ini yang betul-betul lain dan precious.

Macam saya. Tahun ini saya berasa sempurna sebab ada suami. Saya berasa sempurna sebab ingatkan tak dapat dah nak beraya di Johor tapi beraya di Malaysian Hall Brisbane ke apatah. Fuh, Allah selamatkan kami. HAHA. Syukur tahun ini akan menyambut lebaran dengan suasana dalam hati yang paling baru.

Oyya lagi satu perkara kena sebut. Tahun ini akan pakai baju raya tahun lalu. Sekali lagi berasa gembira sebab dapat cakap seperti ini. Tahun ini akan memakai pakaian raya tahun lalu. Bukankah itu juga sesuatu pengertian yang baru? Yang macam tak pernah dibuat-buat tapi telah terbuat tahun ini? I anggap itu sebagai satu perbuatan bersahsiah tinggi.

Eh baru sedar. Buat apakah mentulis karangan panjang-panjang seperti ini pada hari menjelang Syawal? Bukankah semua orang takda excitement untuk membaca blog lagi? HAHA.

Ucapan raya.

Selamat Menyambut Aidilfitri.
Dari Puan Nurul dan Dr.Ahmad Hizwani kepada semua kenalan dan pembaca yang bertahan dengan naik turun emosi penulis.
Maaf atas keterlanjuran penulisan saya.

Terkata, terhina, terkeji semua harap dimaafi.

Terima kasih sebab mengikuti Nurulism.com.
Yang baik datang dari ALLAH SWT.
Yang buruk datang dari saya sendiri.

Eid Mubarak.

Pembaca di Brisbane, jemput datang ke rumah kami di Wishart.

Recent Entries

38 Responses to “Eid Mubarak”

  1. liz Says:

    selamat hari raya..maaf zahir batin!

    chika Reply:

    selamat hari raya Liz.
    Maaf terlebih kata, lerlajak tulis.
    have a wonderful raya!

  2. As Says:

    Selamat Hari Raya Aidilfitri utk Nurul sekeluarga.

    chika Reply:

    Selamat Aidilfitri Kak As :)

  3. Verde Says:

    salam…

    hey babe…

    Mr.Doc & I would like to wish YOU & FAMILY peace, happiness & prosperity on EID-UL-FITR!!!

    May the divine blessings of ALLAH be with you & family on EID & Always!!!
    :D

    chika Reply:

    Salam Verde.
    Selamat hari raya. And same goes to you. May Allah grant us barakah :)

  4. izzi Says:

    salam aidilfitri chika..your love story is so inspirational

    chika Reply:

    Salam aidilfitri Izzi :)
    Thanks for reading the story :)

  5. chime Says:

    Selamat hari raya chika -dgn doa semoga raya tahun ini benar2 membawa erti yg sgt beerti berbading raya-raya tahun lalu dalam hidup chika dan dalm hidup kita semua..
    Mohon maaf atas ketelanjuran kata… kot2 ada tulisan saya, komen-komen saya membuat ada yg terasa… harap-harap tak ada lah ya??

    Selamat Hari raya…selamat berbahagia… salam utk Dr Hizwani dan keluarga…

    chika Reply:

    Selamat hari raya aidilfitri Chime. Samalah. Minta maaf terlebih tulis, terlebih gurau dan terlajak bahasa ke apa.

    :)

  6. inah Says:

    aiseh..pembaca di adelaide juga mau ke rumah cik puan chika :D

    selamat hari raya chika dan keluarga :)

    chika Reply:

    Amboi jauhnya Adelaide-Brisbane :P
    Meh la datang beraya meh.
    Tapi tunggu I balik sana lah hehe.

    Raya kat adelaide ke?

    Wherever you are, selamat menyambut aidilfitri :)

  7. megat Says:

    wahaha. ko mmg sdg excited! aku yg baca pun terasa bahangnya, rasa cam nak kawen satu lagi kahkahkah. gurau je :p

    apa pun ucapkan selamat hari raya. ampun dan maaf jika ada salah silap dalam penulisan di blog, twitter dan facebook.

    semoga berbahagia disamping suami dan menjadikan raya pertama bersama suami perkara yang memgembirakan ;)

    chika Reply:

    wooooo berani tu dia dah dah nak raya ni sebut nak kawen lagi satu. HAHAHA

    Samalah. Minta maaf juga salah silap terlajak kata , terlebih tulis dan mana-mana bahagian yang mengecikkan hati pembaca. Minta maaf banyak-banyak.

    Semoga kamu pon berbahagia menyambut lebaran dengan keluarga insyaallah.

  8. farah aminuddin Says:

    tidur awal ok mlm ni. :D

    selamat hari raya chika.
    maaf zahir dan batin

    chika Reply:

    Nak teman emak shopping dulu :P

    Selamat Hari Raya Farah!
    Maaf zahir batin.
    Minta maaf terkasar bahasa, terkecilkan hati.

  9. schult Says:

    selamat hari raya chika!~ ;)

    chika Reply:

    selamat hari raya!
    maaf zahir batin :)

  10. imahmomo Says:

    haizum slmt ari raye!!~kem slm kat husband ko ye!!~

  11. aini noraini Says:

    salam aidilfitri jugak nurul…
    maaf zahir batin…
    penulisan kamu menjadi inspirasiku..:)
    tah bile la kite bleh jmpe..
    hari tu mse lyana pegi amek shoes 9west kwn dia..
    i sudah balik kg….
    huhu..
    lgpun u kurang sihat..
    so..takpe lah…
    belum ade jodoh…
    nnt bile2 balik tnh air lg..
    kot-kot la terjumpe kan..
    ^_^

    semoga syawal ini membawa seribu rahmat dan barakah…aminnn….

  12. ili Says:

    selamat hari raye Puan Nurul~ maaf zahir batin jika ada terlanjur kata selama perkenalan ini yer….0-0 yer

  13. k.chii Says:

    salam chika n insan2 tersayg..

    salam aidilfitri…ampun dan maaf di pinta andai ada salah silap sepanjang perkenalan..[ rasa mcm tade je kan]..

  14. nieja Says:

    chika, slamat ari raya!!

  15. nadia Says:

    selamat hari raya chika. Dan semoga ur hubby selamat sampai Malaysia. Maaf zahir dan batin =)

  16. oshinz Says:

    eh boleh jumpe chika di johorla camni..
    have a safe journey back home ya..

  17. yonnaism Says:

    chika yang sentiasa bom bom pow HAHHAHAHA,
    selamat hari raya! i mintak maaf kalau ada tergurau kasar dengan u ke ok? :)

    this is ur first raya sebagai isteri,harus teruja lebih kan? hehe. kirim salam sama Dr Naruto :)

    eh pembaca di Penang ni mau dijemput ke rumah mana? T__T

  18. Si Panda Bear Says:

    Selamat Hari Raya Chika boom boom~
    salam.

  19. Penduga Arus Says:

    Selamat menyambut ‘Eidul Fitri buat Puan Nurul & suami.. Moga sentiasa di bwh lembayung rahmat-Nya.

  20. IMCurtain.com Says:

    Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Bercuti dari IMCurtain.com

    p/s: Join our blogging community and spread your words there! Social Blogger Community

  21. astrie dari venus Says:

    ohmai. mak dikau dr area batu gajahkah? atok daku di kampong gajah. depannnnn skit dr batu gajah. keh keh. tah2 kite sedare (saje bersifat poyos di sini)
    xpe2. still sedare seislam.
    anyway, selamat hari raya juga bebeh <3

  22. Ummul Says:

    Kak chika dan suami..jemput datang ke kampus kami di segamat,johor! ramai reader kat sini…

  23. nora Says:

    selamat hari raya chika…seronok bace blog nih..tergelak jerk….harap2 raya tahun ni beri kesempuraan n bermakna tuk smua… :)

  24. ainK Says:

    awk, Slmt Hari Raya Maaf Zahir & Batin..
    Halalkan makan minum kita ye, salah silap secara sengaja atau tak minta diampunkan..

    Minal Aidil walfaizin..
    =)

  25. kdee Says:

    slamat hari raya juga chika..maaf zahir & batin..

  26. sara Says:

    selamat hari raya puan chika,

    ceria2 selalu seperti mana blog mu…huhu

  27. ciare Says:

    Assalamualaikum

    wuahh rasa rindu nak baca entri2 chika..yg lama2 dah khatam dah..entri baru bila mau terbit? :P

  28. izwan7 Says:

    selamat hari raya..
    x lewat lg kot

  29. riena Says:

    chika..bila nk update nih..dah gian nk baca chika merepek ni…

Leave a Reply