Impian Nak Makan Mee Hailam
Happening gila KLCC berkumbangan lagu raya. Heh bukan kumbang ah. Berkumandang lagu raya. Selepas itu I excited senyum sendiri terbayang macam indah gila jiwa dari dalam. Heh. Tunggu suami pulang untuk menikmati lebaran pertama bersama. Sempat tu dia layan perasaan dalam KLCC. Pathetic sekali.
Hari ini kan dah cakap akan mula buat kerja despatch. Pergi jumpa customer depan entrance Suria. HAHAHA macam kelakar sangat cakap jumpa customer. Tidak sangka surirumah kesayangan dan kebencian ramai ini berakhir menjadi penjual kasut. Sekarang siapa cakap I tak buat apa-apa memang nak kena baling mercun dalam mulut dia. Biasa tu cakap yang bukan-bukan. HAHAHAHA. Oh lupa dibagi tahu. Ini adalah lawak. Ini adalah lawak. Ini adalah lawak. Annoying gila setiap kali buat lawak kena bagitahu ini adalah lawak. Itulah natijahnya bila ada orang tak faham lawak suka nak baca blog lawak ini. Okay Chika, stop it sekarang.
Sebenarnya blog ini tak kelakar langsung. Sebenarnya blog ini sebuah blog serius.
Serius sekarang.
Kasut pertama telah diserahkan kepada wanita cemerlang yang pertama. Selepas itu, penjual kasut cemerlang mendapat kad raya yang pertama. Hoooooraaaah I suka. Ingatkan tak ada dapat kad raya tahun ini T____T Sebab sudah sampai ke 10 malam terakhir Ramadhan pon masih belum dapat walau secebis. Macam loser saja tak ada orang nak bagi dia kad raya kesian kesian.
Terima kasih Hanum sebab bagi kad raya. Terima kasih juga sebab dah bagi kad raya. Tak dilupakan rasa terharu sebab bagi I kad raya. Heh sumpah kesian kau Chika. Macam desperate gila kad raya sampai bertalu-talu cakap pasal kad raya. HAHAHAHA. Ini adalah lawak.
Bercakap tentang kad raya (heh sudahlah Chika!) beberapa orang asyik tanya Chika tak bagi kad raya kepada readers ke tahun ini? Jawapan dia memang niat nak bagi tapi tak berkesempatan tahun ini. Moga tahun hadapan masih ada buat kita. HAHA sopan betul jawapan ini. Sebenarnya tahun ini saya tidak ada banyak peluang untuk buat benda riang ria remaja. Seperti buat kad raya misalnya. Sebab life dah occupied dengan benda lain seperti menunggu kepulangan suami. Selepas itu berfikir macam nak buat biskut cornflake tapi asyik berfikir saja sampai dah nak habis ramadhan pon masih berfikir. tak buat-buat juga HEHE. Dan juga perkara-perkara lain yang macam tak nak bagitahu anda sebab malas. Heh sombong gila cakap macam ini.
Eh I pelik sebab diri macam energetic. Pelik dan sesekali berasa alien. Apasal macam energetic sangat sampai boleh bangun jam 6.30 pagi selepas itu langsung berjaga sampai jam 2 pagi. Aik? Ini perkara pelik kah? Ya pelik benar kerana I dah bayangkan diri akan demam berterusan. Apatah aku neh siap dah merancang untuk demam. Cuma bila jam 3 atau 4 petang like that, saya dah mula mengelupur kelaparan dah. Sebab perut sudah terdidik untuk berpuasa sehingga jam 5.30 petang ikut waktu Brisbane. Pastu balik sini kena tunggu jam 7.20 petang berasa tak larat.
Tahun ini saya mengalami ramadhan paling mencabar. Dah lama tak rasa pengalaman berpuasa sampai lembek lemah lembut sopan santun dan sesekali merengek gedik cakap lapar lapar lapar dalam hati. Sumpah tahun ini sungguh luar biasa dugaannya. Rasa macam baru belajar puasa ke apatah.
Customer lagi satu bernama Shida pon sudah mengambil kasutnya. Tiba-tiba muncul depan rumah saya tidak berapa lama tadi. Sesiapa yang nak datang rumah saya untuk mengambil kasut, saya izinkan. CEH saya izinkan. Macam hebat gila cakap macam itu. Tapi tak digalakkan datang siang sebab siang-siang I macam tak ada di rumah barangkali. Kalau ada pon, I macam tengah terkulai layu justeru bersikap garang macam tak ada mood ke apatah. Baiklah anggap ini lawak yang kelakar.
Terima kasih both Shida and Hanum :)
Eh apsal I update blog panjang-panjang padahal belum bersemuka dengan suami di waktu malam. I kena carik suami dalam Yahoo Messenger sekarang.Kalau tak jumpa suami di sana, I main blog semula.
HAHEHIHOHU.




September 8th, 2009 at 10:31 pm
jmpe tak?? hihi
September 8th, 2009 at 11:00 pm
aha.
kau memang baek sebab datang menjenguk aku wahai kakak chika.
walaweh aku panggil kau kakak!!
rasa mcm nak buat kenduri bila kau datang menyapa aku dengan ayat2 satu perenggan itu kalau kau tak sedar mau satu entry habes kau sapu kat cbox aku kan. HAHAHAHA.
wei da jadi tauke kasut bleh kau belanje aku makan megi kari campo ikan tuna.
Sekian, terima kasih.
Selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat hari raya.
September 8th, 2009 at 11:15 pm
aiks? mana cite mee hailam ni? *moskel* ahaha..
September 8th, 2009 at 11:56 pm
mengapakah tajuk entry tiada connection dengan citer entry?? tak jumpa pon kesah mee hailam.. HIKHIKHIK
September 9th, 2009 at 12:09 am
eh.. mana citer mi hailam nyer *konpius*
sengaja yer chika menterjerumuskan cerita kuarai tajuk.. keh keh keh ;p
mrs e Reply:
September 9th, 2009 at 12:10 am
aiseh;
betulkan ayat..
“menterjerumuskan cerita kuar dari tajuk..”
September 9th, 2009 at 6:09 am
i pun curious case of Benjamin Button nih, apsal takde jumpa walau 1 perkataan MEE HAILAM pun?
September 9th, 2009 at 9:02 am
yelah..mane tah citer pasal mee hailam..
September 9th, 2009 at 12:45 pm
ehh dlm entri xde cerita psl mee hailam pon. huhu. eh ke tak pasan eh? teehee. mls nk baca smula..
ehh chika ni blk tanahair jee ngidam macam2. dulu ngidam yongtaufuuuu. ehem ehem ^__-
September 9th, 2009 at 1:31 pm
salam kak chika. ^^
selamat berpuasa~
erm, betullah.. mana mee hailam dalma entry? ke tengah buat entry time lapar nih? haha..
September 10th, 2009 at 1:57 am
biasa la..bulan ramadhan macam2 yang kita teringin..
September 10th, 2009 at 6:32 am
chika amnesialah tu. ke dia bercerita mee hailam dengan tuan doktor? ;))
September 10th, 2009 at 10:58 am
masih teringat kad raya chika yg penuh warna warni thn lps :)