Nyonya Datang Lagi
Okay nak berlagak sekarang. KAH KAH KAH. Okaylah tak baik cakap nak berlagak. Nak bangga dengan kejayaan diri sekarang. Saya dah siap dah masak kesemuanya yang perlu. Hoooooraaaaaa. Dah siap call husband dah.
Nyonya : Assalamualaikum, Sayang. Busy ke? (macam biasa bila call mesti laju-laju tanya busy ke tak. Sebab kalau husband cakap saja busy, terus nak letak phone laju-laju. Understanding gila aku neh KAH KAH KAH)
Pak Doctor : Waalaikumsalam. Errr… busy. Tapi kalau you nak cakap, cakaplah.
Nyonya : Takde I nak bagitau je. I dah siap masak dah. (Mensengkelkan gila perangai Nyonya ini sanggup tu dia hubungi suami semata-mata nak cakap macam ini)
Pak Doctor : Yeay. (Yeay pendek saja. Heh. Nampak sangat tengah busy tak boleh nak buat yeay panjang-panjang)
Nyonya pon yang dikatakan understanding tadi terus tak mahu mengganggu suaminya lebih banyak. Nanti kalau dibiarkan memang Nyonya tersebut boleh berlagak menu apa semua sampai nipislah cuping telinga Pak Doctor.
HAHAHAHHA.
Sekarang kena mandi mencucikan diri. Bau sambal, bau ayam, bau belacan apa semua bau pon ada pada tubuhku. Enak gila bau dia (Baulah bau. Rasa dia kita akan tahu dalam 3 jam lagi).
Sudah jam 2.15 petang. Belum solat neh.
Jam 3.30 - Masukkan ayam dalam oven. Bake garlic bread. Bake nugget. Bake apa semua yang patut di-bake. Bake ah diri sekali kalau nak.
Jam 4.00 – Jemput Pak Doctor pulang dari rumah sakit (baiklah guna bahasa asing annoying gila)
Jam 4.30 – Jemput Nana (seorang wanita berusia 68 tahun yang dianggap nenek bagi kami) dari rumahnya di Mt. Gravatt. I nak jemput dia join iftar malam ini sebab dia very nice. I suka. Selepas itu ambil kek yang ditempah dari The Cheesecake Shop. Again Chika? Yes again. Kek sedap tak boleh katakan tidak pada kek tersebut.
Jam 5.00 - Tetamu sampai.
Jam 5.30++ – Berbuka puasa.
Baiklah sejak jadi Nyonya neh tiba-tiba saya baik hati pemurah generous kind hearted (ok we get it Chika) Bagi entry pon detail macamlah anda nak tahu bukan?
Heh. Tak sabar nak mandi I rasa macam seorang belacan di sini. Papai (sumpah Nyonya aku ini)




September 1st, 2009 at 1:21 pm
canggih manggih la nyonya chika nih..
September 1st, 2009 at 1:28 pm
haha..nyonya xnk ajak sy dtg iftar skali ke?hehehe
September 1st, 2009 at 1:29 pm
nyonya chika!??
kmu udah tau tumbuk sambal blacan blum?? =p
September 1st, 2009 at 2:26 pm
nyonya sempat snap pic mknan tu sume x?
September 1st, 2009 at 3:26 pm
Semoga masakan Nyonya ini sedap-sedap belaka.
Tak sabar nak tunggu respon :P
September 1st, 2009 at 3:27 pm
nyonya jangan lupa share gambar hasil masakan!
September 1st, 2009 at 6:31 pm
skrg mesti nyonya tgh sibuk layan amoi2 makan..hihiii
September 1st, 2009 at 9:46 pm
salam..bloghopping here. wahhh apa yang dimasaknya, awal sungguh siap masak.
btw nice blog!
September 1st, 2009 at 11:16 pm
slamat berbuke!!!
September 1st, 2009 at 11:20 pm
hahah..same la kite..if mr.doc kate bz…kene trus letak takmo kaco…klo kaco gak mmg makan hati la pertanyaan tidak dijawab ;p
September 2nd, 2009 at 3:54 am
heee..
nyonya chika bau belacannn…
September 2nd, 2009 at 11:28 am
woah.
tayang sikit gambar masakan tuh.
berbuka dlm laptop pun jadilah.
:D