Archive for September, 2009
Posted by chika under
Uncategorized Esok kepulangan suami ke Kuala Lumpur. Saya sungguh excited rasa taknak tidur malam ini. Tapi tak apalah. I tidur malam ini, I tidur. HAHA. Tak boleh bersabar lagi untuk ke airport esok hari. Kemudiannya akan mempunyai suami dalam dakapan. Pulang ke Johor bersama keluarga. Yeaayy. Itu definitely the true happiness.
Tahun ini balik Johor seperti setiap tahun pon. Cuma kali ini membawa suami menjejaki kampung halaman bapa saya buat kali pertamanya. Heh dah kahwin lebih 7 bulan baru inilah ada chance untuk balik kampung isteri. Saya pon tidak pernah bertemu atuk dan nenek saya sejak berkahwin lebih kurang 7 bulan lalu.
Destinasi raya tahun ini :
KL - Johor - Cheras - Kajang - Ipoh - Kajang -Putrajaya - Cheras - Brisbane.
Merasa aku pergi Ipoh tahun ni. Nak tengok kakak ini naik pelamin :P Heh macam excited juga nak pergi Ipoh. Tak boleh ingat dah kali terakhir berjalan ke Ipoh. Saudara mara emak saya banyak dekat sana barangkali. Tapi takyah tanya emak. Tak akan membantu. HAHAHAHA. Tapi dengar cerita adek-beradek emak termasuk emak sendiri macam nak berjalan ke Perak juga tahun ini kalau ada chance. Sebab dah lama tak menziarah relatives dekat Baju Gajah. Emak cakap. Well, I macam tak ada chance nak join rombongan tersebut. HAHA mesti emak tak suka kalau cakap emak pergi rombongan. Tahu dah tahu dah. Perkataan rombongan itself pon emak saya dah tak suka dah. HAHAHA.
Tiba-tiba, saya mempunyai semangat membakar sejak satu jam yang lalu. Pathetic bukan? Baru satu jam merasai bahang syawal itupon setelah berasa bertenaga sedikit hari ini. Akan mengemas bilik tidur sendiri dan mengemas pakaian untuk pulang ke kampung. Baiklah apsal kau tulis seperti ini Chika, kami tak biasa!
Tak tahu kenapa sejak ada mood raya sejam yang lalu, tulisan saya jadi formal gila macam tak fun langsung.
Saya seperti berbesar hati secara mendadak apabila terkenangkan persiapan raya tahun ini yang very humble. Tidak belanja berlebihan untuk pakaian baru. Sedangkan saya membeli pakaian baru sepanjang tahun tak kira raya atau tidak. Maka berasa tidak kesal langsung tahun ini. Malah berasa cukup secukup-cukupnya apa yang ada. Sedikit pon tak ada keinginan untuk membuat shopping besar-besaran. Membazir sangat rasa. Heh bangganya cakap macam ini. Baiklah, akan cakap lagi seperti ini pada masa akan datang.
Tahun ini saya dah dapat define dah kesempurnaan raya yang baru. Iaitu mempunyai orang-orang kesayangan di sisi. Suami terutamanya. Sebab dah dua minggu tunggu suami pulang maka kepulangannya esok hari macam suatu pencapaian tertinggi. Apa kau sedang cakap ini Chika?
Tanpa mempedulikan apa Si Chika ini sedang cakap, saya harap anda semua juga mempunyai pengertiaan kesempurnaan raya yang baru. Kalau kesempurnaan raya adalah sebab mempunyai kasut baru, itu dari kita usia satu bulan pon emak dah belikan kita kasut baru menjelang aidilfitri. Kalau kesempurnaan raya adalah sebab mempunyai shawl baru yang dibeli online setelah bidding sampai ke detik terakhir, err… bulan lain pon boleh beli. Harap anda dapat menjumpai erti kesempurnaan raya tahun ini yang betul-betul lain dan precious.
Macam saya. Tahun ini saya berasa sempurna sebab ada suami. Saya berasa sempurna sebab ingatkan tak dapat dah nak beraya di Johor tapi beraya di Malaysian Hall Brisbane ke apatah. Fuh, Allah selamatkan kami. HAHA. Syukur tahun ini akan menyambut lebaran dengan suasana dalam hati yang paling baru.
Oyya lagi satu perkara kena sebut. Tahun ini akan pakai baju raya tahun lalu. Sekali lagi berasa gembira sebab dapat cakap seperti ini. Tahun ini akan memakai pakaian raya tahun lalu. Bukankah itu juga sesuatu pengertian yang baru? Yang macam tak pernah dibuat-buat tapi telah terbuat tahun ini? I anggap itu sebagai satu perbuatan bersahsiah tinggi.
Eh baru sedar. Buat apakah mentulis karangan panjang-panjang seperti ini pada hari menjelang Syawal? Bukankah semua orang takda excitement untuk membaca blog lagi? HAHA.
Ucapan raya.
Selamat Menyambut Aidilfitri.
Dari Puan Nurul dan Dr.Ahmad Hizwani kepada semua kenalan dan pembaca yang bertahan dengan naik turun emosi penulis.
Maaf atas keterlanjuran penulisan saya.
Terkata, terhina, terkeji semua harap dimaafi.
Terima kasih sebab mengikuti Nurulism.com.
Yang baik datang dari ALLAH SWT.
Yang buruk datang dari saya sendiri.
Eid Mubarak.
Pembaca di Brisbane, jemput datang ke rumah kami di Wishart.
Posted by chika under
Uncategorized Cantek ah.
Heh bukan wajahku. Muka belum cantek lagi masih tak siap-siap. Sudah dua minggu muka saya tak siap-siap. Muka under construction sumpah tak boleh blah cakap macam ini. Emak berkata lagi ; Kenapa Ma tengok anak Ma ni tak terurus je.
Heh susah betul macam ini. Susah betul bila selalu jadi anak gadis gedik rajin make up dalam rumah. Susah betul jadi anak gadis gedik suka apply vitamin bagi rambut makan setiap jam dekat rumah. Susah betul bila jadi anak gadis rajin melaram dalam rumah.
Bila dua minggu ini berubah menjadi Hokage. Heh annoying nya nak jadi Hokage. Baiklah Hokage itu ketua kampung menurut kitab Naruto. Emak ajar. Proud gila suamiku barangkali sebab ada ibu mertua pandai sebut Hokage. Heh Chika Chika! Jangan mulakan.
Dua minggu ini bila saya malas make up malas bersiap malas bertumit tinggi malas membekalkan vitamin kepada rambut dan sebagainya emak kelihatan runsing. Tapi tak apa emak. Jangan worry berlebihan ini tidak akan lama. Menjelang 4 hari akan datang, saya akan kembali menjadi anak gadis (heh gadis dalam kenangan T___T) seperti yang emak mahukan. Heh emak I. Kalau saya pakai high heels dulu dia marah cakap tak eloklah, bahaya untuk tulanglah apa sekarang haaa kan. Kan. Kan. Kalau saya make up dia cakap; Ma tak fahamlah kenapa kena mekap mekap ni macam semak lah mata tu. Sekarang dah rindu dah nak ada anak gadis seperti itu.
Aku bagi alasan kang ; berhias untuk suami. KAH KAH KAH. Heh apsal kau gelak bukankah ini benar?
Tak adalah. Sebenarnya tak ada mood sebab tak berapa sehat. Tapi macam dah nak sehat. Heh gedik gila bila suami dah nak pulang terus nak sehat. Mengada tu dia.
Sebenarnya beberapa hari yang selekeh ini, I malas nak usik blog. Tapi pada malam ini I update demi sesuap nasik. Eh tak tak. Demi menghantar sekapur sirih kepada pembaca budiman.
Dua minggu ini saya dapat banyak pendapatan. Err. Pendapatanlah bukan berciri wang.Semuanya dari readers.
- Kad raya dari ; Hanum (Baiklah Hanum, dah dua kali credit bagi kat you harap terhibur), Lyana dan Ummu (girlfriend rakan matrikulasi I. Heh tengoklah. Awek rakan pon membaca blog ini sangat terharu I T__T)
- Kek buatan orang. Huu takut gila nama dia. Buatan orang. Habis tak akan buatan Naruto. Lyana buat bagi dekat saya. Saya dah makan dah. Sedap. Terima kasih Lyana. Siapa nak order kek raya boleh email dia sekarang. Tempahan dia open sampai raya ke 15. KAH KAH KAH. Pandai-pandai aku je naya kawan. Tak tak. Dia bukan tokey kuih. Tokey kuih tu Aizar nama dia. Dia open tempahan kuih sampai raya ke 16. Fine fine! Aku tipu.
- Chocolate Patchi dari Diana. Takyah cakap banyak mesti ah I suka. Thanks Diana. Siapa nak tempah chocolate Patchi boleh hubungi Diana. Tempahan dibuka sepanjang tahun. HAHAHAKUTIPULAGI.
- Tempat hang accessories dari Kak Yana. Nak gantung jiwa pon boleh di situ. Baiklah tak tahu kenapa kena sebut benda seram seperti kek buatan orang dan tempat gantung jiwa. Menjengkelkan sangat aku neh. Anyway thanks Kak Yana.
- Cinta dan kasih sayang dari okay okay Chika okay okay. Yang ini kami takda peduli. KAH KAH KAH
Lega selepas membuat ucapan tahniah secara pukal ini. Macam tak sopan selagi tidak membuat sekapur sirih di dalam blog.
Kasut semua dah selesai dah hantar. Harap berpuas hati.
Posted by chika under
Darah Muda Sengaja tak mahu mensemarakkan suasana kehidupan anda dengan tulisan I yang sumpah best sampai ada orang separuh mati dah aku tengok dia. Hari-hari tak putus asa menaburkan kata-kata tahyul. Tapi tak apalah. Jumpa nanti di akhirat kelak aku tuntut.
Sebenarnya lagi sengaja tak mahu blog sebab berasa sangat bosan dan tidak terurus.Apatah keadaanku lewat beberapa ketika ini macam teruk sangat. Iaitu :
- Tidak sehat secara berlarutan.
- Malas. Semua benda aku malas. Termasuklah malas makan.
- Selekeh. Dahlah malas bergaya, malas make up. Malas pakai tudung. Semalam emak dah perasan dah. Dia cakap ; Apsal Ma tengok anak Ma ni tak bergaya je sejak balik Malaysia ni. Baiklah Ma, baiklah. Selepas itu Ijat berani berani sound I sebelum bertolak ke KLCC pada minggu lalu ; Heh apsal kau macam ni. Tahulah kau tak sehat tapi takkanlah kau dah tak pakai high heels tajam kau setajam mata kail. HAHAHA. Heh benci gila ada adek macam ini.
- Perasaan macam nak marah je. Sampaikan setiap kali orang pergi main application tag photo dekat Facebook (macam jahanam) setiap kalilah mulut aku celupar. Sumpah memarahkan. Lagi satu, aku online sebab nak chatting dengan suami aku. Kau penah tahukah apsal Yahoo Messenger ada tanda BUSY? Harap semua orang ambil iktibar.Kalau dah aku bagi sign BUSY maksud dia NO ENTRY.
- Tak ada hati langsung hendak keluar ke mana-mana. Kalau boleh hendak duduk di rumah menonton Astro sehinggalah pada tarikh penerbangan pulang ke Australia. Bila sampai Aussie I nak sambung duduk dalam rumah bermain Wii sahaja. ( Sayang, I dah beli dua game Wii HAHAHAHAHAHAHAHA) Kalau boleh tak mahu jumpa muka siapa-siapa. Sebab dalam dunia ini lebih banyak penyibuk daripada orang yang claim kononnya dia ambil berat. Heh ambil berat konon. Padahal suka nak ambil tahu urusan kehidupan aku. Macam hina gila perangai.
- Dalam fikiran hanya menunggu kepulangan suami sahaja. Tak ada menunggu raya. Apatah lagi keinginan untuk hang out langsung tak ada.
Persediaan raya takyah tanya. Sebab jawapan dia, tak ada persediaan langsung. Macam yang saya dah katakan, fikiran hanya menanti kepulangan suami. Hati hanya ada dalam rumah. Apa akallah dah rindu dendam dengan atuk dan nenek di kampung. Kalau tidak, memang aku duduk saja dekat KL ni menjelang syawal ashaari. Eiii gedik gila nak sebut nama awal ashaari macam itu. HAHA emak saya panggil Awal Ashaari sebagai Syawal Ashaari. Pastu dia panggil Upin dan Ipin as Upin dan Udin. Baiklah emak T____T
Err. Ramai orang tengah giat menceritakan helaian-helaian pakaian rayanya sebanyak enam tujuh lapan sembilan pasang. Baiklah memang canggih gila. I tak ada walau sepasang pon. Baju untuk ke wedding brother in law juga tak ada. I dah malas fikir dah. Daripada saya fikir benda-benda tersebut lebih baik saya dudud berbaring dalam rumah melayan kepala yang sakit melarat-larat ini. Heh tapi I macam ada satu keinginan sahaja. SATU sahaja. Sumpah I am craving for a floral pattern legging from Topshop. Hari tu dah pegang dah, Tiba-tiba kepala aku berpinar terus aku campak dia. Tiba-tiba teringat sampai hari ini. Heh pathetic gila.
Eh sekarang tiba-tiba macam ada keinginan kedua. I tak mahu baju kurung atau baju kebaya atau baju gemerlapan dipakai pada pagi raya. Itu aku macam tak kesah langsung tahun ini. I nak dua atau tiga pasang Levi’s. Jadilah. Kalau dapat satu legging dengan dua levi’s dah cukup dah. Sebabnya I don’t have jeans here in Malaysia. Hari itu balik Malaysia sehelai sepinggang. Sehelai jeans pon takda dibawa sama. Sudahnya I tak ada jeans nak dipakai. Habis takkan nak pakai tight jeans zaman I gadisan. Marah husband aku kang. Jeans yang tinggal di Malaysia ini semuanya jenis ranggi ranggi kalau aku belek balik pon, mengucap panjang aku dibuatnya. Dahlah low cut. Astaghfirullah. Taubat taubat.
Emak cakap (asyik asyik emak cakap. Asyik asyik emak cakap) ; Apsal Ma tengok anak Ma ni susut je badan.
Heh. Tak pon. Tak pon T____T
Pastu macam terpengaruh dengan ucapan emak, I terus menimbang badan. Baiklah, I dah lost 3 kilo. Baiklah!!!!!! Heh kau gembira ke kau stress ni huh? Err. Stress. Ini bukan masanya untuk menjadi susut ke apa. I tak peduli! Heh apatah kena dengan aku macam tak terurus langsung.
Macam biasa, entry tamat sekarang.
Posted by chika under
Uncategorized Apsal aku rasa annoying gila application yang menjadi kegilaan orang ramai dekat Facebook sekarang ini? Sumpah annoying macam tak fun langsung. Buat semak notification aku je. Siapa tahu cara-cara untuk tidak terlibat dengan application tersebut? Sebab setiap kali nama aku jadi macam bertuah sangat kena tag, setiap kali itulah aku rasa jengkel namampos.
Kalau taknak takyah main facebook, Chika.
Heh I main facebook bukan sebab nak main application semacam itu, mind you. Err. Dah lah I cepat get annoyed. Buruk gila wall aku jadinya sebab bersepah gambar-gambar apatah. Macam &^%$%#$$&.
Baiklah. Benda ini memang buat aku marah sangat.
Harap faham sekarang.
Posted by chika under
ramadhan Happening gila KLCC berkumbangan lagu raya. Heh bukan kumbang ah. Berkumandang lagu raya. Selepas itu I excited senyum sendiri terbayang macam indah gila jiwa dari dalam. Heh. Tunggu suami pulang untuk menikmati lebaran pertama bersama. Sempat tu dia layan perasaan dalam KLCC. Pathetic sekali.
Hari ini kan dah cakap akan mula buat kerja despatch. Pergi jumpa customer depan entrance Suria. HAHAHA macam kelakar sangat cakap jumpa customer. Tidak sangka surirumah kesayangan dan kebencian ramai ini berakhir menjadi penjual kasut. Sekarang siapa cakap I tak buat apa-apa memang nak kena baling mercun dalam mulut dia. Biasa tu cakap yang bukan-bukan. HAHAHAHA. Oh lupa dibagi tahu. Ini adalah lawak. Ini adalah lawak. Ini adalah lawak. Annoying gila setiap kali buat lawak kena bagitahu ini adalah lawak. Itulah natijahnya bila ada orang tak faham lawak suka nak baca blog lawak ini. Okay Chika, stop it sekarang.
Sebenarnya blog ini tak kelakar langsung. Sebenarnya blog ini sebuah blog serius.
Serius sekarang.
Kasut pertama telah diserahkan kepada wanita cemerlang yang pertama. Selepas itu, penjual kasut cemerlang mendapat kad raya yang pertama. Hoooooraaaah I suka. Ingatkan tak ada dapat kad raya tahun ini T____T Sebab sudah sampai ke 10 malam terakhir Ramadhan pon masih belum dapat walau secebis. Macam loser saja tak ada orang nak bagi dia kad raya kesian kesian.
Terima kasih Hanum sebab bagi kad raya. Terima kasih juga sebab dah bagi kad raya. Tak dilupakan rasa terharu sebab bagi I kad raya. Heh sumpah kesian kau Chika. Macam desperate gila kad raya sampai bertalu-talu cakap pasal kad raya. HAHAHAHA. Ini adalah lawak.
Bercakap tentang kad raya (heh sudahlah Chika!) beberapa orang asyik tanya Chika tak bagi kad raya kepada readers ke tahun ini? Jawapan dia memang niat nak bagi tapi tak berkesempatan tahun ini. Moga tahun hadapan masih ada buat kita. HAHA sopan betul jawapan ini. Sebenarnya tahun ini saya tidak ada banyak peluang untuk buat benda riang ria remaja. Seperti buat kad raya misalnya. Sebab life dah occupied dengan benda lain seperti menunggu kepulangan suami. Selepas itu berfikir macam nak buat biskut cornflake tapi asyik berfikir saja sampai dah nak habis ramadhan pon masih berfikir. tak buat-buat juga HEHE. Dan juga perkara-perkara lain yang macam tak nak bagitahu anda sebab malas. Heh sombong gila cakap macam ini.
Eh I pelik sebab diri macam energetic. Pelik dan sesekali berasa alien. Apasal macam energetic sangat sampai boleh bangun jam 6.30 pagi selepas itu langsung berjaga sampai jam 2 pagi. Aik? Ini perkara pelik kah? Ya pelik benar kerana I dah bayangkan diri akan demam berterusan. Apatah aku neh siap dah merancang untuk demam. Cuma bila jam 3 atau 4 petang like that, saya dah mula mengelupur kelaparan dah. Sebab perut sudah terdidik untuk berpuasa sehingga jam 5.30 petang ikut waktu Brisbane. Pastu balik sini kena tunggu jam 7.20 petang berasa tak larat.
Tahun ini saya mengalami ramadhan paling mencabar. Dah lama tak rasa pengalaman berpuasa sampai lembek lemah lembut sopan santun dan sesekali merengek gedik cakap lapar lapar lapar dalam hati. Sumpah tahun ini sungguh luar biasa dugaannya. Rasa macam baru belajar puasa ke apatah.
Customer lagi satu bernama Shida pon sudah mengambil kasutnya. Tiba-tiba muncul depan rumah saya tidak berapa lama tadi. Sesiapa yang nak datang rumah saya untuk mengambil kasut, saya izinkan. CEH saya izinkan. Macam hebat gila cakap macam itu. Tapi tak digalakkan datang siang sebab siang-siang I macam tak ada di rumah barangkali. Kalau ada pon, I macam tengah terkulai layu justeru bersikap garang macam tak ada mood ke apatah. Baiklah anggap ini lawak yang kelakar.
Terima kasih both Shida and Hanum :)
Eh apsal I update blog panjang-panjang padahal belum bersemuka dengan suami di waktu malam. I kena carik suami dalam Yahoo Messenger sekarang.Kalau tak jumpa suami di sana, I main blog semula.
HAHEHIHOHU.
Posted by chika under
Uncategorized Sampai saya dah pijak Tanah Melayu, sampai saya dah kembali ke pangkuan keluarga, sampai saya dah positive Love Flu, sampai saya dah berhari-hari jadi monumen dalam rumah di Malaysia pon, masih ada pesanan-pesanan kasut yang diterima. Heh T_________T cry me a river.
I think ah, next time I tak akan bawak kasut balik Malaysia lagi dah. Sebab itu hari saya pulang ke Malaysia sehelai sepinggan (HAHA bawak balik sehelai pinggan poyo gila belasah kang kau Chika) Baju semua tak bawak dah habis asyik nak bawak kasut je kerja. Pastu nasib baik tak overweight. Sikit lagi saja kalau tak, memang I keluarkan surat layang dekat semua pemilik kasut suruh bantu bayar cukai. KAH KAHKAH. Baiklah ini macam jenaka sebenarnya. heh susah gila hidup kalau buat jenaka kena bagitahu ; Ini sebenarnya jenaka. Susah gila hidup.
Anyway. Saya ada DUA buah lagi kasut dalam simpanan. Kira macam kasut simpanan. Yang saya sengaja simpankan bawa pulang secara bebas tidak berpunya. Memang sengaja berbuat demikian. Jadi pada hari yang malulia ini (gedik gila nak cakap malulia sebenarnya mulia) saya akan open kasut ini kepada wanita bertuah yang berciri siapa cepat dia dapat. Siapa lambat dia wombat. Heh tak kelakar langsung cakap macam ini T____T
.
JENICCA IN GREEN
Yang warna coklat jangan tanya heh. Siapa pergi email-email merisik yang coklat memang I tak akan reply. Sebab sekarang dah cakap dah yang coklat tak ada dalam simpanan. Even memang sudah tak available in store.

Available in : GREEN
Heel measures : Approximately 4 inches.
Materials : Synthetic. Man-made sole.
Item Code : NWJENICCA/G
Size : 7 ONLY
Price :
RM170
Ingat heh.
SAIZ 7 SAHAJA.
Purchase Terms & Conditions
- Place your order quickly (siapa cepat dia dapat)
- Only one available.
- Please be serious. I am not giving you free entertainment here.
- Buyer will get their items by hand. I do not do postage to your place.
- Size 7 only.
- No refund. No warranty. Once sold, consider sold (KAH KAH KAH)
- The hukum on purchasing the item is NOT WAJIB. Mind you.
- Any enquiries, please email to me by this week before you make confirmation to pay.
- Payment method and to state purchase confirmation, do email me at nurulism[at]gmail[dot]com
.
To place your order :
Email to nurulism[at]gmail[dot]com this form ;
Your Name :_____________________________
Your Address :___________________________
Item Code : _____________________________
Size :____7 ____
Yang tengah tunggu kasut sampai ke pangkuan anda, bawa-bawalah membaca previous post.
SOLD OUT!
Order closed.
Heh. 50 minutes lepas publish entry dah ada orang reserve dah. Sorry semuaaaaaaaa :P