Archive for August, 2009
Posted by chika under
FOR SALE NEW ARRIVAL!

MY BIODATA
Full name : Nine West Carerra Ankle Strap Platform
Available in : PINK and BLACK
Heel measures : Approximately 4 inches.
Platform measures : Approximatel 3/4 inches.
Materials : Satin and leather. Manmade sole.
Item Code : NWCASTING/PINK (for pink)
NWCASTING/BLK (for black)

I have two straps.
I will definitely wrap your ankle with love.

I said, TWO STRAPS!
Yes, two straps.
Should I say it again?
Heh. Straps dia agak nipis. Menjadikan kaki anda kelihatan seksi. Anda juga seksi sekali. Tak percaya? Baiklah. Kena beli baru percaya. I recommend. I am currently in love with this shoes. Setiap malam I pakai dan bergaya di depan cermin T_T Tak sabar hendak menggayakannya pada Aidilfitri kelak.

Omaigad. Kalau anda gadis penggaya kasut tumit tinggi, anda harus memiliki ini! Tinggi heels adalah 4 inci. Manakala mempunyai platform setinggi 3/4 inci. Ada tips dua kupang I nak kongsikan dengan anda :
Sekiranya anda tidak biasa menggayakan kasut tumit tinggi. Atau sekiranya anda baru hendak belajar memaki heels killer (4 inci misalnya dan agak runcing) Atau sekiranya anda memang gadis yang mesti nak kena pakai high heels tak kira masa, pemilihan high heels yang mempunyai platform tebal adalah paling ideal. Pertama, ia mengurangkan force pada tapak kaki sebab anda tak perlu menjinkit tinggi sangat. Keduanya, ia selesa untuk dibawa berjalan-jalan keliling kota metropolitan. Malah sometimes, heels 4 inci pon rasa macam 2 inci sahaja kalau platform dia betul-betul tebal. Tapi pastikan design dia tepat.

I am sexy and I make you sexy too.
I can help you to boost your confidence (eceh)

I have Satin skin.
That is why I look shiny and sexier
Please look at me more!



I love the black stripe on my body!

Sumpah in love dengan dia ini.


Macam biasa. I only sell authentic items.
Tanpa ragu.
Komen saya selaku pengguna : I baru saja beli kasut ini dua hari lepas. Design ini agak baru juga. Available in Pink and Black. Both are awesome! Tapi I pilih PINK untuk tampak seksi dan funky. Hitam kelihatan lebih formal dan pastinya sesuai digayakan dengan apa-apa pakaian. KASUT INI SESUAI DIJADIKAN HANTARAN! Bakal pengantin, apalagi. Serulah kekasih anda ke nurulism.com untuk membuat tayangan bakal kasut hantaran anda kelak. I try banyak kali dah kasut ini sebab tak sabar nak pakai. Tapi dah promise akan pakai untuk wedding my in-law kelak. Ianya setinggi 4 inci. Tapi bila dah pakai kan, rasa sumpah flat! Macam selesa sangat ah. Tak hurt langsung. Kasut ini memang dibuat untuk wanita bersosial keliling kota nampaknya.
Retail price is around RM480
(No kidding. Used to get Nine West’s around this range of price in One Utama. As you know, the price for Nine West shoes are pricey. No kidding)
But I am selling this for
RM295 only!
Purchase Terms & Conditions
- Place your order by this week.
- I can only take limited orders.
- Please be serious. I am not giving you free entertainment here.
- Once I am in Malaysia (early of September), buyers will get their items by hand. I do not do postage to your place.
- Limited size. I will check the size for you only if you are serious to purchase the shoes from me.
- No refund. No warranty. Once sold, consider sold (KAH KAH KAH)
- The hukum on purchasing the item is NOT WAJIB. Mind you.
- Any enquiries, please email to me by this week before you make confirmation to pay.
- Payment method and to state purchase confirmation, do email me at nurulism[at]gmail[dot]com
.
To place your order :
Email to nurulism[at]gmail[dot]com this form ;
Your Name :_____________________________
Your Address :___________________________
Item Code : _____________________________
Size :__________________________________
Quantity :______________________________
More shoes and more items coming up soon.
Posted by chika under
FOR SALE High heels for Aidilfitri this year, why not?
My name is CASTING.
I am available in BLACK, GREEN and YELLOW.
But Chika said, I look best in BLACK.
Thus, I am not recommended in jerky green and yellow (also jerky)

And … this is me. Heh :)
I was born to make you ladies, gorgeous.
Ask Chika. She knows best.
Baiklah.
Tiba-tiba nak jadi salesgirl terus speak English
T______T

Look at my heel. Look at my heel!
Isn’t it adorable?
Tidakkah ia adorable?
Tidakkah?
I am a wooden heel, by the way.

I have platform.
That is why, Chika loves me.
Because I have platform.
And Chika loves me.
Fine, we get it.
Heh. Kasut ini pon annoying juga.
Baiklah baiklah.
Dengan adanya platform ini, ia dapat mengurangkan kadar ketinggian kasut. Dalam kata lain, anda tak perlu berjinkit banyak sangat. Jadi, anda boleh bertahan lebih lama dengan tahap keselesaan yang sungguh tinggi. Tak percaya? Baiklah. Harus beli, baru percaya. HEH. HAHAHA.
In the other hand, I would like to expose my another attractive adorable figure. Look at my platform. My platform sole is made of that rope from raffia (maybe or something like that) materials. You can clean me easily.

I will wrap around your ankle if you buy me!
Stylish and comfortable, I must say.
Sesuai sangat untuk wanita kaki macam saya T_T Memerlukan adjustable ankle straps untuk membuatkan kasut betul-betul fit and perfect.

Tapak.
No worries, I am authentic.
I am comfortable.
I am chic and cute.
Ehem
.
Get your eyes on me.


I may look simple, but I can cast you a vote!
Just because … I am stunning.
MY BIODATA
Full name : Nine West Women’s Casting.
Heel measures : Approximately 4 3/4 inches.
Platform measures : Approximately 1 1/4 inches.
Materials : Fabric and leather. Manmade sole.
Item Code : NWCASTING/BLK
Price :
RM170 only.
Purchase Terms & Conditions
- Place your order by this week.
- I can only take limited orders.
- Please be serious. I am not giving you free entertainment here.
- Once I am in Malaysia (early of September), buyers will get their items by hand. I do not do postage to your place.
- Limited size. I will check the size for you only if you are serious to purchase the shoes from me.
- No refund. No warranty. Once sold, consider sold (KAH KAH KAH)
- The hukum on purchasing the item is NOT WAJIB. Mind you.
- Any enquiries, please email to me by this week before you make confirmation to pay.
- Payment method and to state purchase confirmation, do email me at nurulism[at]gmail[dot]com
To place your order
Email to nurulism[at]gmail[dot]com this form ;
Your Name :_____________________________
Your Address :___________________________
Item Code : _____________________________
Size :__________________________________
Quantity :______________________________
Baca baik-baik syarat-syarat membuat order ini. Pastikan membaca from line to line. But you don’t have to read between the line lah. HAHA. Dan pastikan anda membuat keputusan penuh iltizam dan tekun (wuttaaa huh?) Baiklah. Untuk menjalankan urusan jual beli ini dengan lebih senang hati, adalah dimaklumkan bahawa harga jualan saya memang murah dibandingkan dengan retail price. Namun, diakui bahawa saya mengambil keuntungan daripadanya untuk menampung kos ulang-alik Brisbane-Gold Coast. Kos penerbangan. Kos mengangkat luggage beban berat (HAHAHA) dan juga berdasarkan prinsip perdagangan. Di mana semua perdagangan harus mempunyai keuntungan walau sedikitpun. Harap maklum dan terhibur.
.
.
Komen saya selaku pengguna : Kasut ini sumpah mempesonakan. Kalau anda pernah berangan nak pakai high heels tinggi bukan kepalang, tapi tidak mempunyai keyakinan pada kebolehan imbangan badan ke apatah lagi, this shoes were made for you! Sebab, dengan mempunyai platform yang tebal, dia mengurangkan ketinggian heels. Jadi anda akan berjalan dengan stabil. Percayalah saya. I kalau kasut tak comfortable dekat tumit, I tak pakai. Sebab saya suka berjalan-jalan pakai high heels. Jadi saya memerlukan kasut yang selesa dan boleh menahan kesakitan. Kasut ini memanglah mengancam sekali. Sesuai digayakan dengan skinny jeans untuk tampak seksi. Malah bagi yang tak ada chance nak pakai skinny jeans (like me T__T) boleh juga digayakan dengan boot-cut. I pakai size 5 (the smallest size) untuk yang ini. Perfect and comfortable.
More shoes and more items coming up soon.
Eh. Kejap lagi.
Posted by chika under
moment percuma,
Uncategorized Ramadhan 3
Baiklah. Sekarang saya update laju-laju sebab :
- Suami saya cakap ; Tak apalah. Wife aku sayang laptop dari sayang aku. Nasib baik ada kau bantal. Fine baby fine.
- Saya tak sabar nak continue tidur.
Satu. Sorry semalam tak dapat update tentang barang-barang baik. Siang kejap lagi insyaallah. Lagi pon hari ini suami kerja, jadi saya pon akan masuk pejabat juga. Eceh. Tulis blog pon nak cakap masuk pejabat.
Dua. Saya sudah mula berpuasa untuk ramadhan ketiga ini, Anda bila lagi? HAHAAHA gedik kau Chika. Tak tak. Sekarang sudah selesai pon bersahur dan sudah subuh pon. Jam 4.55 like that, sudah subuh.
Tiga. Cuaca di sini sangat panas Subhanallah. Saya dah mula tak sehat.
Eh sumpah tak sabar nak hentikan entry ini. KAH KAH KAH. I lazy.
Posted by chika under
Uncategorized ✿ Ramadhan 1 ✿
Rindu ibubapa T______T Kesian emak tak ada teman wanita ini accompany dia berbuka puasa. Kesian emak. Baiklah Chika, baiklah. Emak engkau bahagia saja disamping bapa engkau langsung tidak terjejas ibadah puasanya tanpa engkau. HAHA. Harap begitulah. Semalam sudah hubungi ibubapa untuk memohan keampunan dan keredhaan. Pertama kali tidak berpuasa bersama. Nanti anakanda download lagu Dendang Perantau dengar banyak-banyak kali sampai suami anakanda halang baru anakanda berhenti T____T
Baiklah.
Di Malaysia gemilang terbilang sana, ada ibubapa, adek-beradek dan juga Mak Yang buah hati kami yang mungkin baru sahaja selesai berbuka puasa dengan ikan terubuk bakar (saya teka) Rakan-rakan dan pembaca di tanah air juga. Baru selesai menjamu selera. Tetapi di sini, saya dah standby nak naik cloud nine dah. Sudah lama pon selesai solat Isyaq beserta terawikh. Makan apatah lagi. Sudah lama sangat dah selesai. HAHAHA.
Baiklah.
Sukacinta saya nak tarik balik statement tak bagi salam yang saya buat pada previous entry. Point nombor 2. Yang menyebut ramadhan di bumi kangaroo melintas ini adalah tak meriah. Baiklah saya tarik balik. Tiba-tiba hari ini berasa meriah. Malah menyerlah.
Baiklah (banyak gila BAIKLAH)
Petang tadi kami keluar membeli-belah. Fine, Chika. First day puasa kau dah shopping dah. Fine. Sengajalah membunuh waktu alang-alang memang hendak keluar. Kemudiannya kami terus ke West End Mosque untuk solat Asar. Alang-alang dah pukul 4.30pm waktu itu, kami tunggu saja dekat West End Mosque untuk Maghrib. Hooooraaaaaa. Meriah meriah. Orang-orang Arab berkumpul menyediakan juadah berbuka puasa. Bubur lambuk yahoooo. Heh kau ni. Mana Arab kenal bubur lambuk. Takda takda. Takda bubur lambuk.
Kami pon termasuklah dalam komuniti Arab tersebut. Heh. Lagi meriah rasa dia. Lagi-lagi bila tibanya kumpulan wanita Arab masuk masjid dan baca Al-Quran bersama-sama. Sumpah seronok. Pastu ada a little girl comel gila ah datang telek muka saya masa saya tengah telek Al-Quran. Gila ah comel. Engkau sini engkau. Aku culik anak Arab pada 1 ramadhan nanti tahulah engkau. Habis terganggu fokus saya sebab memperhati budak-budak Arab. Baiklah takyah cakap pasal itu.
Pabila Maghrib, kami pon menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan oleh masjid. Alhamdulillah. Ramai muslimin di situ yang kebanyakkannya Arablah. Muslimah tak berapa banyak tapi cantik-cantik. Okay Chika takyah bagitau itu. Heh memang cantik semua Arab ini I malas nak makan sebab duduk depan awek Arab cantik I tak keruan. Fine weh hina gila cakap macam ini. Tak tak. I nak puji saja T___T
Just seated in front of me, adalah anak Imam masjid tersebut. Budak perempuan. Kecik. Badan bulat. Mata bulat bercahaya macam bulan (baiklah, bulan bercahaya) Ah malas aku nak describe. Percaya saja sekarang yang budak tersebut comel sangat you can imagine.
On the way balik dari masjid, husband saya cakap ; Yang, I ternampak ada sorang budak perempuan yang putih-putih, mata bulat tu cute gila ah. Peh, cantik. Yang bagi anak kita cantik macam tu Yang. I nak satu cantik macam tu Yang.
Fine baby, fine. *rolling eyes.
Dekat masjid, saya jumpa seorang perempuan Melayu. Ema nama dia. Baiklah. Giat bersembang kami sampai tak sedar I makan dhal sampai habis. KAH KAH KAH KAH KAH. My husband pon sampai terkesima. Mana taknya. Dia serve biryani lauk lamb curry dengan dhal. Husband saya siap dah berkira-kira yang mesti I tak lalu makan. SALAH. Saya makan habis licin. Itulah dia. Makan sambil giat bercakap sampai tak sedar main pakai suap saja. Tapi masakan dia memang best. Lagi-lagi dihidang oleh lelaki Arab. Omagad engkau gila Chika cakap macam ini. Hush hush. Anda memang. Maksud saya, perempuan kan kena sopan-sopan tak boleh berkumpul sekali dengan lelaki. Jadi lelakilah ambikkan lauk hidangkan dekat ruang perempuan. Sekali lagi takyah cakap pasal ini.
Selesai makan biryani dan lamb curry.
Terus pergi rumah Dr.Mohan (I guess nama dia Dr.Mohan kalau tak silap). Rumah rakan husband saya untuk dapatkan nota medical. Sumpah banyak. I tengok pon pitam. Baiklah. Student medic memang hebat now I know T_______T
Selepas itu, anda teka apa kami buat? Kami terus pergi Nandos untuk makan ayam pula. Very berselera bukan? HAHAHAHA.
Yang menariknya. Hari ini mendapat beberapa ucapan Ramadhan Mubarak dari muslimin muslimah yang ada di sini. I ingatkan tak ada siapa nak ucapkan kepada saya tahun ini T____T Terharu. Sumpah saya suka nak dapatkan ucapan selamat berpuasa macam kalau pergi KFC dekat Cheras, kakak KFC ucapkan. Kalau pergi Tesco, kakak counter ucapkan. I ingatkan tak merasa kali ini nasib baik merasa walaupon very Arabic punya style. Desperate sangat kedengarannya aku neh.
Baiklah.
Detail sangat entry ini. Dengan itu saya akan menamakan entry ini sebagai catatan satu ramadhan HAHAHA. Sudah sudah. Esok lusa jangan harap I bagi catatan detail macam ini. Heh. Berkira gila.
Esok atau Isnin, I publish barang-barang untuk pesanan. Kalau anda berminatlah. Ada beberapa barang baik nak dijual. CEH macam jual dadah cakap macam ini.
Colud nine.
Wassalam
:D
Posted by chika under
Uncategorized Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah. Seronok sekali perasaannya menjelang ramadhan. Apatah lagi ramadhan kali ini bukan main istimewa bagi saya. Eh semua ramadhan pon istimewa (ayyokkkk) Baiklah baiklah. Maksud saya, ramadhan kali ini dalam suasana baru.
- Pertama kali berpuasa sebagai seorang isteri kepada seorang suami. No reasons untuk menganggapnya tidak istimewa. Apatah lagi berpeluang memuliakan ramadhan al mubarak ini bersama lelaki kesayangan ramai hep hep! Kesayangan ramai engkau cakap? Ah tak boleh tak boleh. Kesayangan saya seorang sumpah tamak T___T
- Pengalaman pertama menikmati ramadhan di perantauan (hooooraaa tunggu mukaku dalam ruang Salam Perantau tahun ini di dada akhbar. Ceh ada niat rupanya) Err. Suasana ramadhan di tanah bukan islam semacam ini memang tidak dinafikan, adalah tidak meriah macam yang anda semua alami di tanah air kesayangan kita itu. Cemburu dengan anda semua.
- Tahun ini tiada bazaar ramadhan T______T Tiada pergi pasar juadah beli air tebu dengan Murtabak Hafiz (murtabak glamour dekat Pasar Juadah Shell Bangi. Heh kalau anda student UKM, mesti anda cantik. Eh bukan. Kalau anda student UKM, mesti anda tahu pasar juadah shell bangi) Tiada lagi chance naik motor dengan Ainul beli makanan banyak-banyak. Kenangan abadi T___T
- Tahun ini akan berbuka puasa jam 5.30 petang. Hooooor…. okey Chika, okey. Jangan buat hoooray tak baik. Niat berpuasa bukan kerana berbuka. Kita berpuasa kerana kewajipan mukmin. *suara gadis lembut
- Insyaallah kali ini ramadhan julung-julung kalinya Cik Puan Chika (gatal mesti nak letak Cik jugak tanak mengaku Puan gatal kau Chika) akan memasak juadah berbuka puasa untuk keluarga. Memasak untuk suami berbuka puasa. Wowwweee…. junior juice (heh iklan minuman teddy bear semasa kecik) Eh excited mendadak I sebab macam tersedar tahun ini akan hidang hidang suami makan berbuka puasa. Suap-suap kurma. Ceduk-cedukkan lauk. Baca doa sama-sama. I anggap ini romantis. Cemburu sekarang dengan I. Na. Na Na Na. Na.
- Berpeluang meningkatkan kualiti ibadah dengan adanya pasukan duet. HEHE. Insyaallah dapat lebih beramal dan beribadah dengan suami. Bukankah nikmat dan ganjarannya lebih besar? Semoga Allah memberkati kami dan anda semua.
Baiklah. Entry suci ini kalau dipanjang lebih panjang lagi, ada chance jadi kurang suci. Dengan itu,
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAH.
May Allah grant us barakah.
Amin.
Posted by chika under
Little Sunshine In A Bag 
This is Athiah Ilyana.
(Eceh nama nak macam Elyana kalis rindu kalis pilu kalis peluru blabla.)

Saya gembira berjumpa dengan dia.
4 months ago.
Saya anggap dia sebagai rakan bersesuaian. Err. Rakan yang sesuai dibuat rakan. Dan dengan itu, saya menganggapnya sebagai teman wanita (semua rakan wanita kesayangan, saya akan panggil sebagai teman wanita. Sengaja berlagak macam homo. Heh nak ramadhan ini jangan pakai perkataan tidak suci boleh?) Baiklah. Saya main-main sahaja. Sekarang siapa yang pernah saya bagi dia nama manja teman wanita, dah boleh dah nak bangga diri sebab disayangi. Jangan mintak rewards. HAHA.

Sebab kenapa saya anggap Datin Tya sebagai teman wanita :
- Sebab dia DATIN. Heh annoying gila cakap orang datin. Fine fine weh fine! Kita batalkan point nombor satu ini.
- Sebab dia warm. Dahlah senang mesra (masuk-masuk rumah I sahaja, terus cakap meja makan rumah I cantik. Heh pandai ambik hati tuan rumah. Mentang-mentang aku bubuh table mats bunga-bunga terus nak puji cantek walaupon macam tak saja. HAHA)
- Tidak menyebabkan gejala radang hati. Gadis ini tidak menjengkelkan walaupon dia cakap ; Heh Chika, I ingat you ni tinggi rupanya you ni kecik je. Ayat yang dia bagi semasa malam hang out di tepian pantai 4 bulan lalu. I take it as a compliment T_____T
- Dia vogue aku suka. Heh. Siapa tak suka wanita vogue. Seronok ditonton. Kaki melaram shades (like me), kaki branded atas sampai bawah (not like me T_T)
- Architecture student weh! Baiklah, pantang jumpa architecture student memang aku suka sebab selalu vogue (baiklah baiklah, aku tak T_T) Architecture student selalu ada persamaan yang sama. Macam suka emo dan tension tak bertempat. HAHAHAHA. Dan ini dianggap bertamadun.
- Kaya dengan humor. Atau dalam kata lain, boleh memberi humor dan menerima humor. Setiap kali berada di dining table, kami (termasuk Hanis Hamizan. Eceh I bagi nama panjang :P) setiap kali itulah bukak jenaka yang sama berulang kali tapi akan geli hati bagaikan kali pertama mendengar jenaka tersebut. Contoh ; Nasi goreng black bean dan Boot Prada. Ini lawak teman wanita nama dia. Dan dikira sebagai kod rahsia. HAHA annoying weh!
- Tidak over. Jalan keliling Brisbane pakai LV, tapi asyik cakap nak beli baju 10 dolar. Yay. Best best. Selepas itu kami hunting baju 10 dolar. Ini serius. Dia ini memang tidak berlagak orangnya sebab itu bila ada orang pergi blog dia (dulu) dan cakap dia berlagak I rasa emo. Dia tak berlagak weh.
- Mempunyai hungan cinta dengan atlet terkenal jadi I tumpang sekaki dua boleh cerita dekat rakan lain ; Lelaki ini boyfriend kawan aku. Waaaaa sekali lagi aku menjengkelkan. HAHA. Tak tak. Gurauan sahaja. Tapi memang benar hubungan cintanya dengan Jojo (nah nah ambik kau Jojo nama kau terabadi dalam blog ini) memang sedap didengar. I dengar cerita dan pengakuan live okey dari Tya macam mana mereka berkenalan. Interesting story. Pastu Tya ugut (eceh pandai-pandai je I pakai perkataan ugut) nak suruh reporter buat liputan pasal love story I. How dare you jangan tambahkan populariti I nanti makin banyak orang benci tapi sayang dekat I.
- Dia rajin menjalin hubungan komunikasi dengan saya. Sesekali sms saya dengan mesej hiburan sensasi. Eceh. Seboleh-boleh taknak guna perkataan gosip. Baiklah. Gosip. Selalu gosip sama-sama T_T Selalu ingat nak keep in touch dengan saya. Terharu I.
- Seronok sekali dibuat sebagai girlfriend forever. Eceh. Sebab boleh cakap pasal semua girl stuff. Macam pasal fashion. Pasal make-up. Pasal cinta dan air mata. Pasal kehidupan gadis senibina. Pasal topik kesihatan (yang ini dia obsess bercakap dengan Mr.Doctor. Tak habis-habis collect info kesihatan dan gaya hidup langsing HAHA) Pasal kedai baju murah pon boleh (walaupon dia sebenarnya kaki Gucci you) Pasal rakan yang menyampahkan. Semua pasal ah. Carik pasal sekali. HAHA. Tak tak.
10 sebab I bagi dan mengharapkan 10 ganjaran dari you kelak. HAHAHA. Tak tak. It was nice knowing you in real life, Tya.

Chika. Hanis. Tya.
Eh Hanis pon best juga.
Tapi Hanis selalu tak aci.
Tumpang gelak lawak orang tapi dia jarang menyumbang lawak.
HAHAHAHAHA.
Comel sekali.



Gambar-gambar ini semua dirakamkan semasa sesi solat. SESI SOLAT ye kawan-kawan. Nak tumpang solat dalam fitting room, kena ada tektiknya. Kenalah drama sikit macam nak cuba baju. Pastu masuk fitting room yang hebat-hebat. Yang luas beserta cermin berkualiti dan mempunyai sebuah sofa di dalamnya. Itu menjadi lambang sebagai ruang solat yang nyaman. HAHA. Kemudiannya boleh memuatkan tiga orang sekaligus. Sampailah tiba-tiba kena panggil dengan sales assistant. Girls, what are you doing in there? I can see too many legs. Fine, kantoi. Huduh sangat fitting room punya pintu semua senteng T____T
Tya, I miss you.
Entry ini memang dibuat penuh dedikasi untuk Athiah Ilyana dengan harapan dapat berjumpa lagi. All the best in architecture.
Dengan besar hati, jemputlah ke;
.
.
Sengaja provide anda dengan bahan bacaan ringan pada pagi ini.