Archive for August, 2009
Posted by chika under
Hiburan Gratis 
HAHA.
Gambar terkecik pernah wujud dalam blog ini.
Nah, tengok ini dulu.
Sementara saya menyiapkan entry yang lebih serius.
Heh. Kau pernah ada entry serius ye Chika?
Penat ah hari ini.
Sampai terpaksa masak Kari Sardin sahaja.
Sampai terpaksa masak Bayam Tumis Air sahaja.
Sampai terpaksa makan coklat satu kotak.
SampaiĀ brain damage.
T_______T
Hush penat sangat.
Baiklah.

Gambar besar.
Habis semua heart attack.
KAH KAH KAH
Gila kau Chika.
Gila! Gila!
Tak tahu apa yang mendorong perbuatan bodoh ini.
Kejap tunggu I provide hiburan lain.
Posted by chika under
Uncategorized Saya ada banyak shoes untuk anda. Giat sekali hari ini saya bekerja di kedai Nine West. Dah macam employee pon ada. Sumpah tak boleh blah rasa tak percaya buat kerja macam itu hari ini. Kalau anda menganjungi Nine West tersebut pada hari ini, confirm anda datang dekat saya dan cakap ; Kakak, kasut yang ini ada size 6? Warna purple eh. Sekarang! Sekarang pergi carik! Heh sumpah sangat muka aku macam muka penjual kasut. Phew. I see number 9 writen all over my face T___T
Lama gila menziarahi Nine West hari ini. Nasib baik ada Ijat Si Manis 17 (yucky gila cakap macam ini) Dia menemani kakaknya sebagai tukang tulis size dan details kasut. Very kesian my brother datang Brisbane kena jadi Setiausaha Nine West. HAHA. Saya pula menggeledah satu kedai punyalah lama. The pregnant lady yang jaga kedai tersebut sangat nice. Dahlah bagi permission untuk saya geledah kedai dia, siap cakap kalau I nak ambil gambar pon boleh. Tak cukup itu dia siap ajar ; Kalau nak picture cantik, boleh gunakan counter dia untuk snap pictures so that I dapat background putih. Much more better then. Tapi tak akan dah bagi betis nak peha. Dah dapat peha nak wing (Eh teringat KFC T_T)
Macam cucu Imelda Marcos saja I rasa. Sebab duduk dalam kedai kasut penuh ghairah. Rakam foto sana sini. Tulis-tulis detailing kasut. Fuuuu. Ini kalau Nine West tak tahu bagi reward juga memang tak tahu ah nak cakap apa. HAHAHAHA. I rasa I layak sangat dah mintak dia taja kasut I kontrak 2 tahun ke apa. Baiklah baiklah. Perasan selebriti kau Chika.
Namun demikian, hari ini saya diganggu dengan masalah kesihatan yang agak menyukarkan aktiviti. Balik dari bekerja kedai kasut (HAHAHA) saya terus collapse. Terus lembek selembek-lembeknya. Kepala punyalah berat. Hidung tersumbat, batuk dan cramp. Allah knows best. Memang tak sihat sangat.
Heh dah buat ayat seperti itu tak ada lain dah, mesti nak cakap tak dapat update catalog malam ini bukan? HAHA anda memang understanding buat saya makin sayang. Eceh.
Dengan itu saya announce ; CATALOG BARU KELUAR ESOK. INSYAALLAH.
Untuk melihat kesemua catalog, boleh klik;
Baiklah. Tiba-tiba ada nama catalog musim luruh. Whatever Chika, whatever.
Shopping update, done.
Diari ramadhan pula.
Alhamdulillah. Saya ingatkan malam ini tidak berupaya untuk melaksanakan ibadah tarawikh. Nasib baik bila dipaksa-paksa badan, agak power jugak semangat dalaman saya like Power Rangers only.
Hari ini berbuka puasa di Buranda Mosque. Keseronokkan yang menseronokkan. Semua lelaki kulit gelap di sana. Kira kalau sekali saya toleh saja, dalam keramaian pon dah boleh nampak dah my husband. HAHAHAHA. Memang mosque ini dikuasai oleh orang kulit hitam seperti Sudan ke apatah.
Saya dapat rakan muslimah baru. Dua wanita Iran (yang excited gila tanya pasal bahasa melayu dan macam mana malay belajar arabic lah apatah lagi) Yang menseronokkan, dua-dua wanita Iran ini bersungguh-sungguh doakan saya mendapat zuriat yang baik. Amin. Terharu weh jumpa muslimah macam ini.
Selepas Maghrib, dalam dining hall yang sama saya berkenalan dengan seorang Malaysian (Kak Kasih) dengan seorang lagi wanita Polish (Azizah) Err. Saya rasa this is my first time ever I met a Polish. Tak pernah ada rakan Polish. She lives not too far from our place pulak tu. Ijat cakap ; dia mesti hebat sebab dia POLIS. Heh annoying gila adek aku. HAHAHAHA.
Dan kesemua mereka ini ibu-ibu. Datang masjid dukung baby la apa. HAHA. Mudanya I. Tetiba
Baiklah. Tak sabar dah nak tidur.
Tidur sekarang. Tidur.
Posted by chika under
FOR SALE 
Ice Cream Cone Clock Radio.
CLOCK RADIO
(heh memang tabiat suka cakap banyak kali)
Masih baru. Tak pernah bukak pon walaupon terkadang macam tak tahan nak koyak rabakkan kotak dia. Keluarkan Si Comel dari kotaknya. Tapi nasib baik tak buat begitu. Nasib baik.

Dahlah muncul dalam bentuk ice cream cone. Atas kepala ada bintang pula. Memang mengancam. Peminat killer Hello Kitty pasti tidak senang duduk (saya teka)

This is not a toy.
Ini bukan permainan.
Jadi kalau dah beli takyah bawak main dia. Simpan saja dalam kotak letak pada rak antik ibumu untuk tayang dekat tetamu. Heh. Lambat laun, akan ada tetamumu yang menegur riang ; Mana beli? Dari Chika. Oh cantiknya Chika.
Baiklah. Merepek engkau pukul 12 tengah malam ini ye.

Bila promote barang kena tunjuk keaslian dia.
SANRIO.
Bukan SANDWICH mahupon SANDAL.
SANDRA BULLOCK pon bukan.
Hanya SANRIO.
Semangat gila aku explain keaslian dia. Ini kalau ada yang ragu-ragu lagi memang ah dia.

Sengaja rakamkan foto bahagian ini untuk berjimat. Takyah saya susah payah pergi salin balik taip masuk blog penerangan ini. Baca saja dari kotak. Macam menseronokkanlah bukan? Err. Tapi bukankah peminat Hello Kitty membeli Hello Kitty kerana minat? Function ke apa dah takda peduli sangat dah. Asalkan dia Hello Kitty, okey beli beli. HAHA. Saya anggap ini sebagai keunikan peminat Hello Kitty. Selalu tekun dan teguh pendirian. Kira kalau dah Hello Kitty tu, apa jadi pon kena dapatkan juga. Fuh. Nasib baik saya bukan kaki Hello Kitty.
Sebelum mengakhiri zaman bujang CEH kau ni makin tengah malam makin merepek. Anyway. Sebelum mengakhiri entry Hello Kitty Kota Damansara ini (tak guna betul. Setiap kali sebut Hello Kitty aku dah sedap nak sambung nama dia dengan Kota Damansara.) Sekali lagi kita tengok benda menggiurkan ini.

Menggiurkan.
Takyah cakap banyak lagi.
‘Menggiurkan‘ memang perkataan yang kita carik.
Heh macam Roda Impian (Itu yang kita carik! Kata Halim Othman)
Benda menggiurkan kadang-kala menyakitkan hati.
Demikianlah dengan benda yang kita bincangkan ini.
Kerana ianya ;
RESERVED!
NOT AVAILABLE ANYMORE.
SORRY NAIK LORRY, GUYS
Ada pembeli dalam bentuk wanita telah chop dari dulu-dulu kala lagi. Sekejap. Chop bukan macam pergi tetak pakai parang ke apa. Chop tu macam… CHOP! Okay you get me. Aku je menggelabah lebih nak explain bagai. HAHAHA.
Saya rasa ini antara pembelian yang saya sayang. Tapi terpaksa lepaskan sebab ada orang lain yang lebih memerlukan Hello Kitty ini. Dah lama sangat dah saya simpan. Dah lama jugalah kakak seorang itu mintak simpankan untuk dia. Sudah time untuk melepaskan Hello Kitty ini kepada pembeli bertuah.
Habis apsal kau tayang sini, Chika? Err. Sebab sengaja. KAH KAH KAH. Memandangkan tengah seronok buat catalog dalam blog, saya rasa item ini tidak harus terlepas dari masuk catalog sekali.
Harga.
Retail Price : RM112
I am selling it for :
RM75 only!
Huh. Seronok rupanya buat catalog dalam blog.
Posted by chika under
Uncategorized Ramadhan 4.
Sekarang jual apa pulak Chika? Baiklah baiklah. Saya lupakan sebentar urusan perdagangan dalam blog. Asyik menjamu mata dengan sepatu tajam beserta pakaian bayi comel sahaja. Sekarang masa untuk diari ramadhan. Sengajalah kasi break sekejap.
Dah ramadhan empat dah. Ada orang dah siap buat countdown dah. Heh cepat sangat kau buat countdown sabarlah sikit.
Hari ini merupakan hari tersengsara setelah hampir tiga bulan tidak tersengsara. Heh apa maksudmu? Hari ini merupakan hari yang terik sekali. Satu rumah berbahang. Akibatnya, hari ini saya tumpas. Langsung tak boleh bangun. Baring sahaja macam nenek tua. Bukan kakak tua itu burung ah burung. Parrot. Dulu masa dekat kampong semasa kecil, pernah sekali jumpa Parrot dekat kedai runcit. Heh maju gila orang kampung dekat kedai runcit pon bela parrot. Saya anti betul dengan parrot dia masa itu. Sebab pada suatu hari, saya pergi kedai runcit tersebut ikut Pak Ngah saya. Saya lintas depan sangkar burung tersebut. I tak cakap apa-apa pon. I cuba tengok-tengok saja. Sumpah tak cakap apa. Tengok saja. Tiba-tiba burung tu cakap STUPID. Terpanah aku dekat situ. Terus saya gegar dia punya sangkar hambik kau hambik kau burung.
Sejak hari tersebut saya dah paranoid dah. Selalu takut nak tegur Parrot. Sebab saya fikir semua parrot mulut celupar. Ataupon tuan dia yang tak ada moral ajar burung cakap macam itu. Sumpah bengang sampai sekarang. Tapi parrot tersebut cantik. Kuning hitam lambang kegedikan (tetiba sangat)
Baiklah. Ini bukan diari ramadhan. Ini diari kakak tua T_T
Back to business. Heh asyik ingat business saja sekarang. Tak tak. Maksud saya, cakap pasal diari ramadhan semula. Last Sunday kami berbuka puasa di Gold Coast Mosque. Fuuuuuuuuuuuu. Malas nak cakap banyak. Inilah kemeriahan iftar yang sebenar. KAH KAH KAH. Err. Arab area Gold Coast memang kelihatan elit. Depan masjid bersusun kenderaan hebat semua taknak kalah. Yang wanitanya bertudung Bvlgary bagai I cuma pakai shawl RM30 itupon I anggap shawl hebat yang I miliki. RM30 dah dikira hebat. Pastu sambil baca Al-Quran sambil tayang handbag Versace. Cis kau Arab! Dah lah kaya, muka cantek pulak tu memang kalau dimengorat itu harus jual mahal sebab cantik dan ada handbag Versace. KAH KAH KAH. Sengajalah saya cakap macam ini padahal nak cakap benda lain.
Anyway.
Raaaaaamainya muslimin dan muslimah membanjiri pekarangan masjid. Bagi saya itu ramai. Eh memang ramai. MEMANG (annoying gila aku neh suka cakap banyak kali macam pembaca tak faham faham sangat je) HAHA.
Makanan dia memang best. Biar saya senaraikan menu dia :
- Buah kurma (Hey Shida engkau baca ini. Apa kau ingat Aussie tak ada kurma? Jangan hina negara permai ini heh.HAHAHA)
- Safron rice (baiklah ini tak istimewa)
- Chicken biryani
- Lebanese bread.
- Chicken curry
- Salad
- NANDOS CHICKEN!
Baiklah baiklah. Dia serve beratus-ratus orang makan Nandos (dan boleh tambah sesuka hati but not for me sebab I jemu Nandos. Tapi kalau KFC sumpah tak tolak). Mewahnya menu iftar dia. Tapi bila kenang balik wanita Arab pergi masjid pakai baju Tommy Hilfiger, tudung Bvlgary, handbag Versace dan entah apalagi, no wonder masjid tersebut mampu cater makanan mewah-mewah macam itu. Disebabkan menu dia memang best, akhirnya saya batalkan plan nak makan biryani depan Harbour Town. HAHAHAHA. Sayang, this Friday kita pergi Gold Coast Mosque again okek.
Alhamdulillah. Bersyukur dapat menikmati kemeriahan ramadhan bersama saudara islam yang lainnya.
Lagi menggembirakan, ramadhan tahun ini banyak sangat bagi impak besar buat saya. Banyak sangat. Dari segi ibadah, yang itu takyah diceritakan. Urusan masing-masing yang tidak perlu dicanang banyak. Saya nak bercakap tentang social dan persaudaraan.
Dekat sini saya banyak belajar bersosial. Saya dah pandai dah pergi bermesra berlaga pipi dengan mana-mana muslimah yang saya jumpa (tapi kalau jumpa Malay sumpah tak buat macam ini sebab Malay mempunyai perangai yang aneh. Baiklah, takyah perincikan hal ini) Macam tadi. Kami pergi Kuraby Mosque. Alahai. Ada dua sahaja wanita di situ. Saya dengan seorang wanita Indonesia. Bersama dua anak perempuannya. I bermesra, bersosial malah berbual macam-macam okey dengan wanita tersebut. Woh.
Lagi mengterharukan, I dah pandai panggil kanak-kanak dengan panggilan ‘darling’. Macam tadi. Hurry up, darling. Saya panggil anak wanita indonesia tersebut ikut sama masuk saf. Hoh adakah I berperangai aneh? Pastu siap mengaku diri sebagai aunty aunty dekat kids. Dengan ikhlasnya mengaku aunty T___T Err. Anggap saja I macam matang. KAH KAH KAH.
Bila berada dalam komuniti islam pelbagai budaya macam ini, barulah kau tahu apa ertinya silaturrahim. Kalau dekat KL pergi masjid berlaga bahu pon boleh buat muka stone. Sebab memang perangai aku. Bila orang bagi muka stone. I bagi dia muka stone stone stone. Tapi dekat sini. Bila lalu sebelah muslimah, mesti dia bagi salam pastu senyum-senyum manis. Heh kau ni tahulah muka manis lagi senyum lagi manis dengki I tengok wanita cantek macam mereka ini T_T Bila nampak saya seorang diri, ada sahaja muslimah yang datang menegur. Siap peluk cium bagai. Siap tarik ajak pergi dining hall sama-sama. Siap ajak stop kejap depan pintu wudu’ nak bersembang panjang lebar sampai I letih nak layan cakap dah. HAHAHA.
Fine weh. Sumpah saya happy di sini. Pengalaman ramadhan yang sungguh menakjubkan. Heh betullah. Ramadhan kali ini banyak membawa perubahan yang baik-baik. Saya pon jadi ringan tulang. Malah berasa lebih dekat dengan Allah. Satu benda yang sukar diungkapkan.
Lebih-lebih lagi bersama suami. Buat apa pon asalkan bersama, dah rasa ibadah dah.
Sampai di sini sahaja diari ramadhan kali ini. Semoga esok lusa saya mempunyai diari ramadhan yang lebih baik :)
Posted by chika under
FOR SALE Pumpkin Patch terkenal sebagai jenama yang menjual pakaian kanak-kanak. Pakaian maternity pon ada juga. Saya selalu geram bila masuk Pumpkin Patch. Sebab baju-baju dia very cute, stylish and too gorgeous for kids. Harap jadi kid balik boleh pakai Pumpkin Patch. Masa kecik dulu kenapalah emak tak pakaikan Pumpkin Patch. Hush Hush! Nasib baik ada Kiki Lala dengan Kiko T____T
Pumpkin Patch dekat sini is affordable. Sebab banyak SALES yang memberangsangkan. Jadi saya akan memberangsangkan anda pula. Tengok-tengok dulu kalau minat boleh beli boleh beli boleh beli. Heh gatal kau cakap banyak kali. Dan kalau tidak berpuas hati dengan tawaran harga … Yeay, Chika bagi reduction up to 80%! Heh sabarlah. Saya bukan nak cakap yang itu. Kalau tidak berpuas hati dengan tawaran, macam kalau terasa boleh dapat harga sumpah seranah punya murah dekat KL, simpan dalam hati. I tak recommend pesan dekat saya barang yang dianggap mahal. Yang kalau dekat KL pon boleh dapat murah. Hentikanlah takyah berbelanja dengan nurulism.com. HAHAHA. Saya cuma nak share SALES yang ada sempena Spring ini. Okay baiklah berhenti pandang serong dekat I sekarang. HAHAHAHA
#1 / BABY GIRL

Sizes : 0-3 mths , 3-6 mths, 6-12 mths.
Item code : 530077
Was : RM75
Sale : RM45
.
#2 / 2 BIRD BODYSUITS

Sizes : newborn , 0-3 mths, 3-6 mths, 6-12 mths, 24 mths
Item code : 531029
Was : RM60
Sale : RM45
..
#3 / COTTON HOUSE

Sizes : 0-3 mths, 3-6 mths
Item code : 530063
Was : RM69
Sale : RM40
.
#4 / SLEEP TOP

Sizes : 3-6 mths
Item code : 530069
Was : RM69
Sale : RM45
.
#5 / TEDDY RASPBERRY

Sizes : Newborn – 4 years
Item code : 440384
Was : RM30
Sale : RM25
.
#6 / LITTLE GIRL

Sizes : 6-12 mths, 12-18mths, 2yr, 3yr, 4yr
Item code : 130950
Was : RM75
Sale : RM55
.
#6 / COTTON JACKET

Sizes : 5
Item code : 154138
Materials : 100% cotton
Was : RM120
Sale : RM60
.
#6 / BUTTERFLY VELOUR BOOTIES

Sizes : XS to M
Item code : 539010
Materials : 100% cotton
Was : RM36
Sale : RM23
.
.
Purchase Terms & Conditions
- Place your order by this week.
- I can only take limited orders.
- Please be serious. I am not giving you free entertainment here.
- Once I am in Malaysia (early of September), buyers will get their items by hand. I do not do postage to your place.
- Limited size. I will check the size for you only if you are serious to purchaseĀ the item from me.
- No refund. No warranty. Once sold, consider sold (KAH KAH KAH)
- The hukum on purchasing the item is NOT WAJIB. Mind you.
- Any enquiries, please email to me by this week before you make confirmation to pay.
- Payment method and to state purchase confirmation, do email me at nurulism[at]gmail[dot]com
.
To place your order :
Email to nurulism[at]gmail[dot]com this form ;
Your Name :_____________________________
Your Address :___________________________
Item Code : _____________________________
Size :__________________________________
Quantity :______________________________
Posted by chika under
FOR SALE 
This Nine West Get It Girl.
MY BIODATA
Available in : TWO COLOURS
Heel measures : Approximately 3 1/2 inches.
Materials : Satin. Man-made sole.
Item Code : NWGETITGIRL/RY (for reddish and yellowish as seen above)
NWCASTING/BP (for bluish and pinkish as seen below)

I am selling this shoes for :
RM160 only!
____________________________________________________

This is Nine West Jenicca
MY BIODATA
Available in : TWO COLOURS
Heel measures : Approximately 4 inches.
Materials : Synthetic. Man-made sole.
Item Code : NWJENICCA/G (for green as seen above)
NWCASTING/B (for brown as seen below)

Kasut kasut ini adalah lightweight
I am selling this shoes for :
RM170 only!
Purchase Terms & Conditions
- Place your order by this week.
- I can only take limited orders.
- Please be serious. I am not giving you free entertainment here.
- Once I am in Malaysia (early of September), buyers will get their items by hand. I do not do postage to your place.
- Limited size. I will check the size for you only if you are serious to purchase the shoes from me.
- No refund. No warranty. Once sold, consider sold (KAH KAH KAH)
- The hukum on purchasing the item is NOT WAJIB. Mind you.
- Any enquiries, please email to me by this week before you make confirmation to pay.
- Payment method and to state purchase confirmation, do email me at nurulism[at]gmail[dot]com
.
To place your order :
Email to nurulism[at]gmail[dot]com this form ;
Your Name :_____________________________
Your Address :___________________________
Item Code : _____________________________
Size :__________________________________
Quantity :______________________________
More shoes and more items coming up soon