Malaysiaku Terpuji

Selamat Hari Kemerdekaan ke-52!
Dengan harapan,
membesarlah Malaysia bersama usia.
Sempena Hari Lahir Malaysia ini, saya akan memupukkan semangat patriotik dalam diri sendiri. Iaitu dengan memuji-muji negara dengan perkara yang terpuji.
Mulakan sekarang.
- Malaysia itu cantik. Dahlah ada banyak fountain di tengah-tengah bandar. Semasa kecik saya selalu panas hati saja bila lalu lalang depan fountain area Dataran Merdeka. Sebab dalam hati terdetik, kalaulah aku dapat terjun dalam air ini. Heh. Memang berkenan air semasa kecil.
- Tak dilupakan juga dengan Periuk Kera terbesar di tengah-tengah Dataran Merdeka. Adakah engkau sedar atau adakah engkau tidak? Siapa tak tahu ada Periuk Kera besar dekat situ memang ah dia tak pernah turun KL. (Baiklah teringat minggu lalu my husband teriak teriak cakap jiran sebelah ada tanam periuk kera. Heh susah nak percaya) Oh lupa explain. Periuk Kera bukan periuk tempat emak kera memanaskan gulai untuk keluarga kera. Baiklah dah faham dah.
- Terdapat banyak ayam kampung di Malaysia yang kalau kita gulai dia memang lazat tidak terperi (padahal aku cukup tak berkenan ayam kampung) Baiklah. Ayam kampung di tanah air kesayangan kita semuanya nampak cerdik dan cergas. Ayam di Australia ini semuanya berperwatakan aneh. Macam boleh jalan seiringan dengan manusia pastu tak mahu lari. Kau sergah dia pon, dia tak mahu lari. Pastu muka dia cantik sangat macam kesian kalau nak gulaikan dia. Heh point ini langsung tak best tapi tak apa. Ayam pon ayamlah.
- Di pasar malam kejiranan kita terdapat aneka kuih muih dan juadah enak lagi enak untuk dinikmati. Seperti badak berendam, anak dara dua sebilik, dan juga nasik berwarna biru yang kena pikir sepuluh kali sebelum makan. Sumpah unik. Dekat sini tak ada semua itu. Apa tadi kau cakap? Anak dara dua sebilik? Boleh makankah yang itu? Itu kuihlah weh.
- Uniform sekolah kita di tanah air kesayangan adalah kelihatan cantik macam boleh tahan. Bayangkan kalau pelajar lelaki tingkatan 6 atas kena pakai seluar pendek warna hijau pastu kena pakai bag kotak pon warna hijau pergi sekolah. Bukankah tak ada lelaki handsome dalam sekolah nanti? Err. Macam di sini. Selalu berduet dengan Ijat mentertawakan pelajar sekolah lelaki kulit putih pakai seluar pendek hijau dengan bag kotak warna hijau sama jenis antara satu sama lain. Nampak sangat bag tersebut sekolah bagi wajib pakai tak ada pilihan lain T___T
- Santan di Malaysia jauh lebih sedap dibandingkan dengan Coconut Cream dengan Imulsifier yang dijual di Coles. Sumpah menjengkelkan setiap kali nak masak gulai bersantan akan kutuk coconut cream dia kaw-kaw. Pastu barulah redha tak ada pilihan lain dah.
- Di Malaysia terdapat sejenis aktiviti yang tidak terdapat langsung di negara lain. Iaitu aktiviti lepak kedai mamak. Heh anggap ini satu kelebihan. Sebab di kedai mamak sahajalah pelajar universiti yang tak ada wang pon boleh berlagak boss arah-arahkan mamak suruh ambik tisu ambik sudu ambik itu ambik ini semua pon kau suruh dia. Pastu tak ada service tax. Mamak is the best. Baiklah sekarang dah tak sabar dah nak jumpa mamak-mamak kedai mamak.
- Perkara penting kena puji Malaysia adalah sebab ada KFC halal. Huuuuuuuuuuuuu aku tak tahan dah setiap hari lalu depan KFC berbau harum mencabar iman. Nasib baik bila fikir kepingan bacon aku rasa nak muntah. Tapi bila terfikir ayam goreng yang dimasak dengan tekanan terus sakit kepala dibuatnya macam merana sangat dalam jiwa.

Heh. Suami saya buat hari itu demi memusnahkan ketagihan.
Boleh tahan weh.
Eh apsal laki kau ni pandai buat macam-macam weh Chika apsal?
HAHAHAHAHAHAHAHAH.
Sampai Malaysia nanti, I tekad akan berbuka makan KFC tak kira tak kira aku tekad membawa berkat.
Baiklah takyah puji lebih-lebih nanti berlagak sangat dia. Sekarang saya mahu anda pula fikirkan kenapa anda rasa Malaysia layak dipuji.
.
Bilakah kali terakhir anda menyanyikan lagu Negaraku?
Baiklah saya nyanyi sekarang T___T




August 31st, 2009 at 11:03 am
negaraku!tanah tumpahnya darahku..nak duet ngn chika leh ke??hahahah..jgn lupa bdiri tegak time nyanyi ok!
August 31st, 2009 at 11:22 am
Chika Chika.
omaigoat,saya gila Chika. (dun wori I’m stret.HAHA)
Selamat Hari Berdikari Malaysia!
August 31st, 2009 at 12:19 pm
Aiza HEART Malaysia so much! cepatlah 17hb! mahu pulang! nak tepung pelita! tolong!! teringin tepung pelita sampai emotional outburst. nak buat sendiri garu-garu pala cari tepung beras tiada.nak balikkkkk!! Malaysia best!
August 31st, 2009 at 3:26 pm
balik. KITA BUKA SAMA2!!!
chika Reply:
August 31st, 2009 at 7:23 pm
baiklah.
baiklah.
ayza Reply:
September 1st, 2009 at 12:49 am
woi..woi..
jgn dilupekan yg lagi sorg kat sini..
tolong igt kwn yg lagi sorg nih..
August 31st, 2009 at 4:54 pm
serius ke ada kuih anak dara dua sebilik? i memang tak pernah dengar lah chika. i love kedai mamak also!!
chika Reply:
August 31st, 2009 at 7:22 pm
ada apaaaa. HAHAH. I kenal kuih tu masa usia 8 tahun terus tercengang. HAHHAHA
August 31st, 2009 at 9:25 pm
Oleh sebab merdeka jatuh pada hari berpuasa, maka ada kecelaruan perayaan di situ. Dan oleh sebab tgh puasa, maka kurang patriotik saya hari ni. Heh.
Tapi takpe, saya masih chenta negara. Saya tak kacau-bilaukan negara. Hoho.
Salam Ramadhan and Merdeka, Puan Chika Naruto. Er??
:)
August 31st, 2009 at 9:47 pm
nyanyi mse konvo aritu!!~
August 31st, 2009 at 10:10 pm
tak semua negeri di malaysia ada kedai mamak..kat trenganu ni macam tak de je kot..sudah lah tak de shopping kompleks,, mamak pun tarak, jadi lepak di bilik asrama sahaja hoho
August 31st, 2009 at 10:25 pm
merdayka!!!
September 1st, 2009 at 12:53 am
ade eh nama kuih anak dara 2 sebilik??apesal aku xtau ada nama camni??
sile la balik malaysia..huhuhu
p.s: aku xhanta kat ma lg sample kuih perayaan di aidilfitri..nnt ko balik,aku hanta la..huhuh..nnt kalo gi umah ko,takde anda..sy rase sebak didada puler..
September 1st, 2009 at 8:40 am
salam… chika tambah point… 31st ogos yang patriotiknya adalah my birthday oso… hahaha.. btw dear, i dah dapat dah new handbag. gagaga b’day present. so next sale, chika tulun survey watch ngn set pinggan mangkuk la eh… hihihi….
May 22nd, 2010 at 11:12 pm
Maaf.sekadar info.kfc xhalal.
Memang ayam yg mungkin sembelih.Tapi punca kewangan dan hasil kewangannya diragui.
Maaf myibuk.sekadar info :)