The Blessful Iftar
Semalam, kami organise jamuan buka puasa at our place. Alhamdulillah. Such a wonderful iftar HAHAHAHA. Eh apsal gelak pulak. HAHAHA. Well my dearest readers, Aunty Chika menganjurkan majlis buka puasa di rumahnya ini kedengaran aneh! Baiklah T__T
Saya nak juga panggil hari semalam dengan nama timangan ; Super Saturday. Baiklah Chika we don’t care. HAHA. Memang SUPER gila ah hari semalam macam tiada hari yang lebih Super lagi berbanding hari semalam. Eh hari ini pon Super juga. Baiklah tiba-tiba semua haripon kau cakap Super.
The night before semalam, saya menemani buah hati pengarang jantung memasak hingga ke pagi. Baiklah sekarang dah tahu dah bukan Chika masak. My husband yang masak. Baiklah Chika baiklah! HAHAHA emo kejap. Dahlah tak masak, dalam blog nak emo. Habis solat tarawikh baru nak mula memasak. Sebab my husband on call that night. Isteri manis bagai madu lebah Royal Jelly ini konon ah nak teman husband dia cooking. Tiba-tiba I tertidur dekat hall sampai waktu sahur. Allah selamatkan kami jeng jeng jeng tada tada tada (lagu hari lahir) Menyampah gila kat kau Chika.
Ye lah ye lah.
Sekarang anda dah nampak dah kes tak cukup tidur. Sumpah tak cukup cukup sampai hari ini pon masih tak cukup rasa nak tidur sekarang. Okay bye. Weh nak kena ni weh. HAHAHA.
Pagi-pagi semalam, keluar terhegeh-hegeh membawa wajah pagi berseri dengan pencuci wajah ProActive (beli weh beli memang best) terus drive mencari Nine West untuk anda. Nampak betapa penuh determinationnya penulis kesayangan anda ini. Sayang? Heh siapa sayang sayang ni apsal geli sangat neh? Baiklah tak sayang T_T Pagi-pagi saya dengan Ijat dah bergerak dah membuat kerja beli-belah. Sebab sehari sebelum tu saya dah call Nine West. Banyak pula yang tinggal satu saiz la apa. Saya mintak dia reserve for me dia kata tak boleh sebab ramai orang pon craving for that shoes. Heh engkau ingat aku main-main ke I bet akulah pembeli terbanyak Nine West bulan ini. KAH KAH KAH. Anda punya angkara :P
Mengangkutlah 5 paper bag sampai tersenget-senget. Pastu on the way balik, damn! Macet deh macet! Aku tu stress bangat langsung ketiduran. Baiklah tiba-tiba speaking Indonesia. Phew. Sepatutnya boleh sampai rumah in less than 30 minutes. Macet (eh apsal kau speaking jakarta ha today?) Disebabkan jalan jam more than one hour barulah dapat menjejak kaki ke rumah dan mempeluk suami kecintaan pastu emo dekat kitchen. Sampai my husband suruh bertenang ke apatah. HAHAHAHANTUBETUL.
Kejap. Kita tadi bercakap tentang majlis Iftar kebanggaan ramai bukan? Habis macam mana kita sekarang berada di tengah jalan yang macet ke apatah? HAHAHAH. Err. Itulah kelebihan blog ini di mana anda akan dibawa ke pengembaraan mengejut secara mendadak pastu dah tak sedar dah. Penulis memang excited bila dapat menyentuh papan kekunci (boring gila panggil papan kekunci siapatah cipta nama ini apsal tak ada kunci pada papan ini apsal?) Heh sumpah mengantuk ni asyik nak emo saja T_T

Baik saya letak gambar ini cepat-cepat supaya anda tidak dibawa ke dunia lain secara mendadak lagi. Err. Tak tahu apa natijah dia mentunjukkan pinggan mangkuk merah putih ini (CEH warna UMNO eh please eh please I tak ada kaitan heh) Habis tak ada hijau putih, merah putih pon tak apalah T___T *tak ada double meaning okek diam kau.
Tetamu terdiri daripada dua family. Arya and bersama tiga anak gadisnya. Arya ni ialah rakan Indonesian yang saya jumpa minggu lalu di Kuraby Mosque. Sumpah ramah Chika ini orangnya. Tengok. Baru jumpa sekali sudah di bawa iftar di rumah. Allah selamatkan kamu (enough Chika enough) Dan satu lagi ialah Dr. Tahir (anak dia panggil dia Taitai sumpah comel tak boleh blah anak dia panggil dia Tahir tapi jadi Taitai) dan isterinya Dr. Saadiah (Betul ka neh) dan baby boy mereka. Mereka ini rakan sekerja saya. CEH perasan gila kau. Rakan sekerja my husband. Mereka ini pula keluarga berbangsa Pakistan.
Habis penuh rumah tangga kami yang comel ini. Tapi tak apa. Meriah. Macam open house hari raya ke 30. KAH KAH KAH.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan sekalung terima kasih dan tahniah kepada lelaki kesayangan saya sebab menyediakan menu yang sedap-sedap buat tetamu. Sampai keletihan tapi tetap determine demi tetamu muslimin dan muslimah kita. Juga jutaan terima kasih kepada Saudara Izzul Haizat sebab tolong kakak dan abang buat macam-macam dalam menjayakan jamuan mubarak ini. Memang bertuah ada adek sebegini yang ringan tulang. Baiklah. Sampai sini sahaja perenggan sekapur sirih harap takyah buat lagi perenggan seperti ini.
Menu semua dimasak oleh Dr.Ahmad. Berbesar hati betul ada suami macam ini. I tak masak sebab kurang motivasi. Dahlah bulan puasa. Tak confident I nak masak main campak-campak. Kang termasin tertawar kang, where to put my face? Where? HAHAHA.
Menu :
- Chicken curry with chickpeas.
- Roasted chicken with gravy
- Steamed vege (wajib ada okek just because my husband loves it)
- Marinated Fried Beef (Ijat buat)
- Garlic bread.
- Chicken nugget
- Fruits
- and DOUBLE CHOC STRAWBERRY CAKE! (maigad)

From The Cheesecake Shop.
Hooooraaa! Akhirnya dapat juga saya merasa kek from The Cheesecake Shop. Menselerakan. Heh siapa-siapa berada di sini, pergi ah rasa pergi ah pergi. Bagi saya kek dia memang sedap. Kek dia very light. Makan banyak banyak pon tak muak. Rasa …. err… very light ah. Berasa ringan. Baiklah tak tahu bagaimana to explain. Jadi saya mengambil keputusan untuk takyah explain. Sumpah sedap dan …. harga bepatutan. Tak sabar nak geledah semua kek yang ada di kedai tersebut T_____T
grrrrrr.
Macam mengantuk sangat neh. Terpaksa minta diri terburu-buru. Heh sopan gila ayat. Dengan itu saya sudahi entry ini dengan sekalung penghargaan dan sekapur sirih. Annoying gila kau chika pergi tidur sekarang.
-_- zzzz




August 30th, 2009 at 6:49 pm
yummy2 lah kek tu.nanti kak chika update lah pics time mjlis tu.
chika Reply:
August 30th, 2009 at 10:39 pm
tak ada pictures lain dah. sebab tu la bubuh gambar pinggan mangkuk :(
HAHAHAHA
August 30th, 2009 at 8:05 pm
chicka, cantek ar pinggan mangkuk tu..sgt cute mcm orgnye jgk..hehehe
chika Reply:
August 30th, 2009 at 10:40 pm
huuuu mukaku macam pinggan T___T
HAHAHAHAHA
August 30th, 2009 at 8:36 pm
aik.
kate ade sorg dr. yang single itu.
dimanakah beliau.
ahahaha.
chika Reply:
August 30th, 2009 at 10:40 pm
ooooo ingat heh.
kalau pasal teruna memang ingat je eh.
HUAHUHAUYHAU
adeqq Reply:
August 31st, 2009 at 2:25 am
itu sudah pasti.
ahahaha.
mane tau ade terselit la muke die kat sini.
ish ish. buruk je perangai camnih.
hehehe.
August 30th, 2009 at 10:23 pm
aaaaa.tibe2 brasa kagom terhadap suami anda,lantaran kebolehan beliau memasak pelbagai menu tersebut! =)
time kaseh chika,mentunjuk pic kek stoberi tuh.and all of sudden,i teringat stoberi i beli last few days!!ok nk g mkn skrg!! :D
chika Reply:
August 30th, 2009 at 10:41 pm
I pon kagum terkelip-kelip.
I pon teringat stroberi dalam fridge. dah berzaman tak luak luak. HAHAHAHA
August 30th, 2009 at 10:52 pm
Wah Chika! Sangat hebat lah Dr Naruto kamu itu! Apesal tak upload gambar makanan? Mahu tengok!! Dan suka juga set pinggan mangkuk merah putih itu!
chika Reply:
August 31st, 2009 at 6:19 am
Takde gambar. Busy sangat tetiba rumah kena serbu. Terus tak ingat nak bawak keluar camera.
August 30th, 2009 at 10:52 pm
Mula-mula dah terbeliak, terlopong tengok kek tu ingatkan Husband chika yang buat jugak..fuhh, suspen betul I taw =)
chika Reply:
August 31st, 2009 at 6:19 am
HAHAHAHA.
Kalaulah…
Kalaulah…
Huuu seronoknya kalau my husband terror buat kek macam itu. I nak suggest kat my husband now suruh cuba. hehehe
August 31st, 2009 at 11:09 am
sedapnye kek….nak jugak!!
September 1st, 2009 at 11:29 am
salam, chika…set pinggan tu cantik.. tolong survey dear… hihihi. thanx in advance la yer
chika Reply:
September 1st, 2009 at 12:01 pm
set pinggan memang i takleh tolongla. susah nak bawak balik T_T