ORDER CLOSED

SORRY TO INFORM THAT ALL ORDERS ARE CLOSED NOW.

T__________________T

Memang sedih tidak dapat bantu lagi banyak orang. Lagi sedih bila adek saya cakap saya business tidak balik modal. Heh tak apalah. Anggap saja saya tolong-tolong anda. Tapi tak apa. Walaupon dia asyik ulang cakap macam radio rosak ; Ayong business apa ni tak untung pon HAHAHAHA. Tapi dia tetap tukang teman saya pergi keluar masuk butik. Jadi driver. Jadi penasihat. Jadi tukang bawak shopping bags. Sumpah shopper gila I minggu ini.

Pekerja-pekerja Nine West pon dah naik kagum tengok muka saya. Datang dan beli laju-laju. Sebab busy sangat banyak benda nak buat. Tak ada banyak masa nak makan angin dalam kedai kasut lama-lama. Pastu keluar, hambik kau mengangkut shopping bags sampai senget-senget. Bukan saya je senget, suami senget, adek pon senget juga. Kasut anda punya angkara. HAHAHAHA

Baiklah. Mana yang saya dah email menyatakan bahawa kasut saya dah beli, bolehlah kiranya membuat pembayaran secepat mungkin :) Jangan nak cancel heh kasut yang I dah beli T______T HAHA. Yang dah selesai buat payment, oh thank you very much. See ya soon. Kepada semua yang dah dapat confirmation email pon,jumpa nanti untuk collect kasut masing-masing. Bilik tidur saya dah jadi gudang dah tak sabar nak pass kepada tuan kasut masing-masing. I dah sampai berangan macam semua shoes tu I punya dah. KAH KAH KAH.

Sumpah penat like … like … like only-god-knows. Shopping barang yang orang pesan. Selepas itu esok malam insyaallah kami nak organise Iftar dekat rumah kami. Jemput dua family dan seorang lagi kawan my husband yang single (heh tak tahu kenapa kena cakap ini. Mungkin nak bagitahu Aizar ada doctor teruna kalau nak. KAH KAH KAH) Malam ini apa jadi pon kena kemaskan rumah kasi bersinar. Kalau tak sinar banyak, sinar sikit. Kalau tak sinar-sinar jugak, tak apalah I tabur serbur glitter glitter dalam rumah. Heh merepek kau Chika.

Semua pembeli bertuah (eceh) kalau tak percaya apa saya cakap, nah nah tengok ini. Salah satu MUNGKIN kasut anda. MUNGKIN. Sebab ini sebahagian sahaja. Ini shopping pagi tadi tahu. Belum tunjuk semua. Baiklah, harap terhibur tengok kasut masing-masing yang dah nak hampir sampai ke pangkuan anda. HAHAHAHA.

Baiklah I histeria tengok kasut banyak-banyak macam ini. Tapi jangan bimbang. Kaki anda semua membesar sehat. Kaki saya tak layak nak sarung saiz anda T_T

Dengan itu, kita tutup perdagangan kita sekarang juga.

*potong ribbon*

Recent Entries

10 Responses to “ORDER CLOSED”

  1. Diana Sidek Says:

    Oppss…i terlambat! Baru ingat nak order another one. Rezeki for one pair je nampaknya. See u soon Chika!!

  2. schult Says:

    oh takpe.buat kerja amal di bulan puasa.moga dimurahkan pahala dan rezeki :)

    psstt..macam cun kan kasut. sebab tu gila jadi shopper.ah,saya kaki gajah jadi tak ada hati :P

  3. kdee Says:

    fuiyooo..byk btul kasut..huhu…sedih budget dah lari…kasut dah bli last month…isk

  4. adeqq Says:

    chika chika.
    pasni boleh ah chika memberi duet raya kepada rakan blog hasil keuntungan berniaga.
    ahaha.

  5. As Says:

    Oh kasut saya tiada hu hu hu

  6. astrie dari venus Says:

    “(heh tak tahu kenapa kena cakap ini. Mungkin nak bagitahu Aizar ada doctor teruna kalau nak. KAH KAH KAH) ”

    KENAPA AYZAAA!!!! die da ade calon. HAHAHAHAHA.. xpelah. saye kem salam je..

  7. Ummul Says:

    wah! kak chika dah jd pemborong la skang…?
    part time ea?

  8. Cik Manja Says:

    hehe… sukanya i…
    10q bebanyak ye chika…

  9. nihas Says:

    chika mmg best la…

  10. asha Says:

    alaaaaaaa..chika…dah terlambat kah saya?
    owh well..in case kalau ada ur buyer yg cancel (gilaaaaaa) last minute,,mungkin u buley email me yeahh??
    mana tahu muat utk saya,,saiz 5

    terima kasih and selamat berpuasaaaa =)

Leave a Reply