HELLO KITTY ICE CREAM CONE

Ice Cream Cone Clock Radio.
CLOCK RADIO
(heh memang tabiat suka cakap banyak kali)
Masih baru. Tak pernah bukak pon walaupon terkadang macam tak tahan nak koyak rabakkan kotak dia. Keluarkan Si Comel dari kotaknya. Tapi nasib baik tak buat begitu. Nasib baik.

Dahlah muncul dalam bentuk ice cream cone. Atas kepala ada bintang pula. Memang mengancam. Peminat killer Hello Kitty pasti tidak senang duduk (saya teka)

This is not a toy.
Ini bukan permainan.
Jadi kalau dah beli takyah bawak main dia. Simpan saja dalam kotak letak pada rak antik ibumu untuk tayang dekat tetamu. Heh. Lambat laun, akan ada tetamumu yang menegur riang ; Mana beli? Dari Chika. Oh cantiknya Chika.
Baiklah. Merepek engkau pukul 12 tengah malam ini ye.

Bila promote barang kena tunjuk keaslian dia.
SANRIO.
Bukan SANDWICH mahupon SANDAL.
SANDRA BULLOCK pon bukan.
Hanya SANRIO.
Semangat gila aku explain keaslian dia. Ini kalau ada yang ragu-ragu lagi memang ah dia.

Sengaja rakamkan foto bahagian ini untuk berjimat. Takyah saya susah payah pergi salin balik taip masuk blog penerangan ini. Baca saja dari kotak. Macam menseronokkanlah bukan? Err. Tapi bukankah peminat Hello Kitty membeli Hello Kitty kerana minat? Function ke apa dah takda peduli sangat dah. Asalkan dia Hello Kitty, okey beli beli. HAHA. Saya anggap ini sebagai keunikan peminat Hello Kitty. Selalu tekun dan teguh pendirian. Kira kalau dah Hello Kitty tu, apa jadi pon kena dapatkan juga. Fuh. Nasib baik saya bukan kaki Hello Kitty.
Sebelum mengakhiri zaman bujang CEH kau ni makin tengah malam makin merepek. Anyway. Sebelum mengakhiri entry Hello Kitty Kota Damansara ini (tak guna betul. Setiap kali sebut Hello Kitty aku dah sedap nak sambung nama dia dengan Kota Damansara.) Sekali lagi kita tengok benda menggiurkan ini.

Menggiurkan.
Takyah cakap banyak lagi.
‘Menggiurkan‘ memang perkataan yang kita carik.
Heh macam Roda Impian (Itu yang kita carik! Kata Halim Othman)
Benda menggiurkan kadang-kala menyakitkan hati.
Demikianlah dengan benda yang kita bincangkan ini.
Kerana ianya ;
RESERVED!
NOT AVAILABLE ANYMORE.
SORRY NAIK LORRY, GUYS
Ada pembeli dalam bentuk wanita telah chop dari dulu-dulu kala lagi. Sekejap. Chop bukan macam pergi tetak pakai parang ke apa. Chop tu macam… CHOP! Okay you get me. Aku je menggelabah lebih nak explain bagai. HAHAHA.
Saya rasa ini antara pembelian yang saya sayang. Tapi terpaksa lepaskan sebab ada orang lain yang lebih memerlukan Hello Kitty ini. Dah lama sangat dah saya simpan. Dah lama jugalah kakak seorang itu mintak simpankan untuk dia. Sudah time untuk melepaskan Hello Kitty ini kepada pembeli bertuah.
Habis apsal kau tayang sini, Chika? Err. Sebab sengaja. KAH KAH KAH. Memandangkan tengah seronok buat catalog dalam blog, saya rasa item ini tidak harus terlepas dari masuk catalog sekali.
Harga.
Retail Price : RM112
I am selling it for :
RM75 only!
Huh. Seronok rupanya buat catalog dalam blog.




August 25th, 2009 at 10:57 pm
cutenyaa!!!!!!
August 25th, 2009 at 11:03 pm
mesti ida glazsliper yang suruh simpan nihh… kan kan kan ? hardcore hello kitty tu. =)
August 26th, 2009 at 12:40 am
chika… i baru nak tempah!!!
alaaaaaaaa…
August 26th, 2009 at 12:44 am
wah,pembace pertama yang mengepost comment.
camne na order?
August 26th, 2009 at 4:09 am
Salam Ramadhan, Chika.
Kalau mahu dikirimkan wang untuk Chika membeli Hello Kitty yg sangat3 comel ini, bolehkah?
Masih ingat toaster Hello Kitty yang pernah Chika ‘advert’kan di sini?
Sakan saya suruh kawan saya di sana pergi cari dan belikan. Tidak cukup 1, saya minta 2 toaster. Hehe…
August 26th, 2009 at 10:31 am
arghhhhhhh canteknya. tapi syg, da reserved
T_________________T
August 26th, 2009 at 1:01 pm
da la x conteng2 kat cnie..huhuhuhuhuh..promote shinchan la plak
August 26th, 2009 at 1:55 pm
comelnye!!!
January 2nd, 2010 at 2:41 pm
weh, i nk bli sgt. bole x? pos cmne?