Mee Pertama Inspirasi Abadi

Kau kalau bab letak tajuk syahdu memang pandai, Chika.

Pagi Jumaat ini kami bertolak ke Sunshine Coast untuk bercuti. Heh bercuti. Bercuti semedang kami ini. Untung dapat suami macam lelaki ini. Pantang cuti pergi bercuti (?) Cuti hujung minggu pon pergi bercuti. Tapi kalau dia bekerja, kau jangan ganggu memang tak layan. SMS pon kau takyah harap dia reply. Kecuali bila dia ada masa lapang di hospital, bagaikan bintang jatuh ke riba ah dapat sms ; I love you Sayang. Tapi jarang. Sebab bila dekat hospital, patient adalah segala-galanya. Memang ah habis tak akan demi sms cinta kepada isteri, nyawa pesakit dipertaruhkan. Fine fine weh jangan teruskan perenggan ini. Enough sekarang.

Sewaktu saya berseronok di Sunshine Coast ini, saya akan tinggalkan anda bersama bakat kewanitaan saya untuk dijadikan pencetus inspirasi kepada anda. Terutama kepada rakan-rakan wanita usia muda dengan jiwa muda. Macam terror sangat je kau Chika.

Tengok gambar bakat dulu sebelum mencetus inspirasi. Tengok sekarang.

Mee goreng perdana. PERDANA sebab ini mee goreng pertama saya masak in my life. Sudah 23 tahun baru kali pertama masak mee goreng T_T Tak apalah belum terlambat. At least pernah masakĀ  bunga raya sampai keluar lendir masa usia tujuh tahun dalam lesung batu emak semasa main masak-masak lepastu dimarahi emak. Pernah masak nasik pasir juga dalam rice cooker plastic warna kuning. Pon semasa bermain masak-masak dengan anak jiran bernama Nurul. Ceh, nama nak sama.

Senang sangat ah masak mee goreng nei langsung tak thrill. Malas ah buat lagi. Takbur sangat kan. HAHA. Tak tak. Tapi memang senang. Dulu saya ingat mencabar sangat. Tapi bahagian menggaul mee bersama perencah tu ada sedikit mencabar ah. Kena bekerja keras sikit menggaul. Kira kalau dibuat penuh iltizam, boleh naik muscle.

Nasi goreng putih cincai. Sesuai dimasak semasa tak tahan nak masak sangat dah. Terlalu kacang sampai malu nak bagi orang makan. Kalau nak bagi orang makan, kena ah masak hebat-hebat sikit. Seperti kari ikan pancing sendiri. Atau gulai lemak ayam tangkap sendiri, sembelih sendiri. fghjkklmnbghj malas layan kau chika.

Don’t judge a book by its cover. Bahasa melayu, jangan adili daging berdasarkan rupa daging. Ijat masak. My all time favorite, daging goreng kunyit. Makan ratah-ratah lagi seronok.

Terima kasih sebab dah tengok gambar dan membaca caption. Sekarang kita buka laman inspirasi pula. Ini serius, kata Ming Ming (wonderpets wonderpets kami datang wth) Baiklah.

Inspirasi 1.

Nikmati sahaja keremaajan anda.

18 years old, dan tak tahu memasak? 19 years old, masih tak tahu memasak? 20 years old, belum tahu-tahu jugak? 21, 22, 23 years old pon belum ada hati lagi nak memasak. Something wrong with me? Naaaaah.

Nikmati saja hari-hari keremajaan dan kegadisan anda. Takyah tergopoh-gapah masuk kelas memasak. Spend RM300 untuk buku masakan dari chef terkemuka. Paksa emak suruh ajar masak. Nak stress malah dengki tengok rakan pandai memasak. Take a break, sweetheart. Hidup ini lebih dari sekadar memasak. Kalau kau tak reti memasak dalam usia muda, kau releks saja. Semua hakikat memasak ini tak pernah ada dalam sejarah silam hidup saya. I tak pernah worry pon dulu yang saya tak pandai masak. Kalau cakap dekat emak tentang ini, emak bagi kata perangsang : Takyah pikir ah. Nanti kang pandai-pandai ah sendiri. Belajar-belajar masak buat apa.Boring.

Ma steady ah.

Usia muda dan tidak tahu memasak. Malah tak ada hati langsung nak memasak. Pastu sampai kata-kata menjengkelkan berbunyi ; Perempuan kena pandai memasak sebab itu senjata memikat lelaki. Naaaaaah. Kau releks kejap dekat situ. Baca inspirasi nombor 2.

Inspirasi 2.

Perempuan tetap perempuan.

Once you’ve got married, engkau akan develop kewanitaan engkau. Tak kira sikit atau banyak. Cepat atau lambat. Sedar atau tidak. Engkau akan. Dipendekkan cerita (sebab kang saya merepak kang, susah) engkau akan pandai-pandai nak hidup. Termasuklah pandai-pandai nak memasak. Pastu kau akan usaha dan pakai kuasa intelek kau sendiri untuk menggerakkan dapur. Like me.

Macam yang engkau tahu. Saya bukan jenis buat kerja rumah (dahulu). Jangan kata nak masak, tolong potong sayur pon tak boleh harap. Kemas rumah cuci lantai sapu sampah apa semua saya tak buat. Sebab saya tak minat. Tapi emak tak pernah bimbang. Sebab emak cakap, emak pon macam itu dulu. Atau dalam kata lain, I banyak salin sikap emak semasa muda. (eh sekarang pon emak macam muda belia juga. Seronok ada emak muda dan sensasi. Selalu berfikiran muda dan tidak berciri makcik-makcik. Phew. Best gila hidup ini ada emak macam itu)

Perempuan tetap perempuanlah. Kang kau pandai kang. Kalau tak cepat, perlahan-lahan. Sekali lagi, macam saya.

Inspirasi 3.

Kesedaran

Nurul aku tak minat ah masak. Kang dah kawen dah padan muka laki aku. Aku tak nak masak.

Phew. Keluar keringat mulus -_-” ada rakan cakap macam ini. Kalau tak ada kesedaran memang macam tak boleh dibantu. Tapi saya yang tidak seberapa ini tetap nak bagi inspirasi sikit-sikit.

Rugi kalau tak nak memasak bagi suami makan. Rugi banyak. Walaupon ada lelaki jenis boleh makan di luar. Ada jenis lelaki memang sumpah tak kesah kalau dah dua tahun tak duduk makan dekat dining table dalam rumah. Tapi hakikat dia, semua lelaki mesti ada sedikit atau sekelumit rasa besar hati bila isteri hidang dia makan air tangan isteri. Mesti lelaki rasa macam King sikit-sikit. Lagi seronok, ada lelaki rasa macam King sangat sangat dah.

Saya ingat suami saya pernah hantar email manis dekat saya tidak lama dulu.

”Kalau ada pilihan, I prefer makan dekat rumah you masak. Sebab masakan isteri adalah yang terbaik bagi I. I bukan suka makan dekat luar. Tapi I tak boleh tipu. I enjoy our dinner outside. Bukan tak enjoy. Cuma kalau ada pilihan, I prefer masakan you”

Sejak detik itulah, I masak masak masak masak makin menjadi-jadi. I tak hebat memasak. Apa sahaja kau boleh harapkan dari perempuan yang 22 tahun hidup tak sentuh housework. Baru 6 bulan out of 23 years of her life sahaja dia baru nak menggoncang kitchen (CEH ayat power ; menggoncang) Tapi saya sentiasa bersedia untuk memasak walaupon sebenarnya saya tak pandai. Saya lakukan dengan gembiral. I enjoy dekat kitchen. Tapi I emo sikit sekali-sekala sebab masak nasik goreng selalu sikit lagi nak fail HAHAHAHA.

Inspirasi 4.

Jangan bangga cakap tak nak masak, nanti rugi. Ini bukan perkara kebanggaan.

Inspirasi 5.

Saya masak ikut kefahaman dan ikut tahap yang saya boleh capai. Saya mendapati diri, selalu degil tak nak ikut resipi bulat-bulat. For some reasons that I could not elaborate. Saya selalu baca-baca resipi secara pukal. Selepas itu saya tutup semua resipi. Saya masuk kitchen. Keluarkan semua bahan. Dan saya masak ikut kefahaman secara pukal. Tak tahu apa kelebihan buat macam ini. Tapi inilah yang saya buat.

Inspirasi 6.

Sesekali malas memang boleh pakai. Macam sehari dalam 7 hari engkau rasa tak nak masak. Jangan rasa bersalah. Jangan hesitate untuk ambik cuti sendiri. HAHAHA. Kadang-kadang saya ambik cuti 2 hari out of 7. Kadang-kadang saya ambik cuti 5 hari out of 7. Kadang-kadang saya ambik cuti 14 hari KAH KAH KAH.

.

.

.

Inspirasi ini sesuai untuk beginner. Dah terror masak dan memang kaki masak, baiklah engkau gelakkan aku. Baiklah T_T

Yahooooo Sunshine Coast!

Recent Entries

23 Responses to “Mee Pertama Inspirasi Abadi”

  1. nadia Says:

    1 st? Dah lama tak jadi 1st =D

  2. nadia Says:

    owh, saya rasa saya pun akan menjadi seperti chika juga. Seriusly. Kadang2, kepuasan orang tersayang memberi semangat kepada kita untuk mencuba yang terbaik walaupun pengetahuan kita zero tentang itu at the first. Learning never end :D

  3. kdee Says:

    xsuka masak..tp org slalu ckp pmpuan kna pndai msk..bosan la…

  4. Yot Says:

    umo 24 masih tak reti masak ok ke? oh takpe..chika cakap ok. heheh

  5. viruspadu Says:

    akak pun memang tak reti masak juga pada awalnya

    tapi takpe, pelan2 kayuh chika, walaupun sekarang akak pun takde pandai sangat, akak tetap masak sikit2, dan selalu jugak amik cuti memasak, kadang2 sampai 9 bulan cuti hahahahaha (peknen)

  6. megat Says:

    wah tetiba ianya memberi inspirasi kepada dan sangat teruja.

    setuju. lama-lama pandai sendiri. fikir sama macam buat benda lain. contoh macam mana nak buat blog ha3.

  7. yonnaism Says:

    i rasa kan kalau kita memasak dengan ikhlas dan penuh kasih syg,sure menjadi kan? :)

    babe,untung ah bini ijat nnt. ijat ja masak utk isteri hahahha

  8. dhilla_adell Says:

    chika…
    bak kater upin ipin lah kan…
    BETUL BETUL BETUL
    nnti dah kawen jgn kate bab masak
    sumer msti tau pnyer…

  9. Nadya Says:

    Suka dengan inspirasi nombor 2..Perempuan memang akan reti memasak..Nak pandai,kena take time ;)

  10. haziqah Says:

    he mmg kalu msak utk org yg tersyg akan rasa sgt sronok n terjua..lagi2 kalu dia ska masakan kita

    ahha insiprasi ini mmg inspirasi..i pun bkn nye pndai msak tp rasanya mcm chika ckp la..pas kawen bru teror kot huhu

  11. zarin Says:

    inspirasi yg sgt menginspirasikan. setuju sgt dgn point chika. psstt.. mee goreng tu cam menggiurkan la. mintak resepi bole? ;p

  12. anis diyana Says:

    chika,i suke entry u kali ni n i’m totally agree with u..i langsung tak reti masak tapi i tak heran pun sbb i tau benda tu kite akan build after marriage.now,i still stay wt my parents n memakan masakan mak setiap hari adalah perkara yang terbaik dlm hidup n mak i pun cakap, nanti i akan belaja pelan2..no worries!..love our life!

  13. adeqq Says:

    waah..
    betul2 memberi inspirasi.

  14. chupachups Says:

    sangat suka dengan inspirasi no 6 tu….hahaha. memang selalu buat pun..

    norhaizan Reply:

    sma le kite… tapi sebab saya masak sedap, adik-adik tak kisah kena basuh pinggan! dulu le… zaman remaja!

  15. sitifatimah Says:

    sy tak kisah masak. tp yg sy kisah ialah – basuh pinggan!!!! wakakakakak………

  16. AM Says:

    daging kunyit nampak lazat!

  17. mai Says:

    hehe..comel2 inspirasi=p

  18. norhaizan Says:

    saya suka betul tengok cara blog ni garab. macamana u ada trafik yang boleh lah tahan macam ni?

  19. norhaizan Says:

    suami saya tentera tukang masak,.. pelik lah pulak dia tak kisah nak makan kat mana!

    tapi saya setuju sangatlah.. apa yang awak kata tu.

  20. atinne Says:

    sy suka bila x prlu nk bkk buku resipi..entam saja..hahaha..masak just guna inspirasi je..huhu

  21. Motivasi Kerja Says:

    Perempuan akhirnya kena pandai masak jugak. Jadi boleh pilihlah sama ada nak pandai sekarang atau dah kawin. Yang penting jangan sebut malas nak masak. Sebab tu tanggungjawab perempuan sebagai ibu.

  22. didi Says:

    chika, thanx for all those inspirations :)) terpujuk hati teman yang dah 23 thn tapi tak cekap memasak nih. i’ll learn insyaallah..

Leave a Reply