Earth Warrior

I am not an environmentalist (at least tak sangat) Saya ingat lagi tabiat buruk yang boleh dikecam penduduk bumi. Dulu saya suka buang sampah merata-rata. Tabiat ini saya develop sejak sekolah rendah. Macam bila masa rehat kan, saya pegang plastik bekas keropok lekor. Lepastu dah habis makan, saya buat-buat macam plastik tu terjatuh. Siap cakap ; Opps terjatuh pulak. Okay sekarang kau dah tahu dah perangai aku annoying tak annoying la kan. Siapa lepas ini berani ambik saya jadi tauladan memang ah dia T_T

Untuk membuktikan lagi sikap buruk ini, saya akan menceritakan perbuatan terkutuk yang saya pernah buat semasa di Pulau Pinang. Di tepi pantai. Tak tak bukan curi telur penyu jual lelong dekat ebay. Semasa itu saya minum minuman dalam tin. Dah habis minum, saya sengaja tinggalkan dekat celah batu. SENGAJA, TAHU. Pastu Farah macam bengang ke apatah. Dia jerkah I, sumpah I rasa dia macam annoying masa itu. Padahal I yang annoying. Dia cakap ; Nurul, kau ambik tin kau ni! I hate your attitude yang macam ni. Heh. Sumpah annoying. Bila dah kena jerkah, lagilah I macam nak keras kepala kan. Saya buat tak tahu. Perbuatan kejam yang patut direjam. Farah diam sepanjang jalan pulang ke bas. Macam nak protes I la. Comel sekali. HAHAHAH. Langsung tak nak cakap dengan saya. I tahu I tahu. Dia marah. Tapi I buat macam selamba yaya. Ya Allah, annoyingnya aku sepak kang.

Tiba-tiba dah sampai dekat bas ke apatah, saya nampak tin tu ada dalam tangan Farah. Omagad! Sumpah malu saya rasa malas nak hidup dah rasa nak tidur je sampai esok pagi baru bangun balik pastu buat-buat macam dah lupa dah perbuatan terkutuk I. Malu sangat dah dekat Farah waktu tersebut.

Sorry Farah. I said.

Eiiii.Nasib baiklah kau kawan aku Nurul! Hangin je aku.

KAH KAH KAH. Sepanjang jalan rupanya Farah pegang tin tersebut sebab nak buang dalam tong sampah. Nasib baik Farah neh lembut hati. Kira macam bengang bengang sayanglah. Omagad, so sweet WAHAHAHA. Saya tak tahulah kenapa saya ada sikap macam ini. Mungkin rasa fun kalau rebel. Mungkin sengaja nak buat benda yang rakan cakap jangan buat. Atau pon memang zahir batin tak sayang bumi.

Sejak kejadian dekat Penang itu, I macam malu dalam diam. Siap tanam azam dalam hati tak mahu buat lagi. Dan sejak itu I dah jadi perempuan manis yang membanteras kegiatan buang sampah merata-rata. Macam kalau ada orang buat, I pulak rasa angin. Terima kasih Farah. You might not know about this before. But … here it is.

Heh macam comel pulak buat pengakuan jujur setelah hampir dua tahun berlalu. Harap Farah bertambah sayang dekat saya. Fine sekarang nak tunggu Farah hantar komen cakap ; Nurul kau rakan tersayang sampai bila-bila nanti balik KL kita jumpa aku nak buat kad ucapan friend forever. Enough Chika enough.

Phew. Siap dah intro.

Sekarang saya akan menyampaikan mesej pesanan khidmat bumi kepada anda semua. Ceh baru masuk isi penting rupanya apsal macam dah tiga jam aku baca entry neh. Baru intro rupanya. HAHA. Sabarlah sikit. Kalau tidak bersabar macam mana hendak menjadi Earth Warrior.

Dulu saya tidak berapa environmentalist. Macam cakap saja sayang bumi sayang bumi tapi sebenarnya tak macam sayang pon. Selitkan tin minuman celah-celah batu tepi pantai. Buang plastik kopor lekor secara dramatik. Petik bunga dekar Fraser Hill secara senyap-senyap pastu kena jerkah dengan guard. Sekarang tidak lagi.

Dah pandai dah buang sampah dalam tong sampah. Sampaikan komen yang berciri tahyul pon I buang dalam tong sampah HAHAHA. Saya juga menyokong semua program berciri Bumi Hijau.

Saya suka gardening. Cuma sekarang tinggal di kediaman yang belum pasti. Eceh. Maksud dia akan berpindah pindah mengikut suka hati suami. Jadi macam kurang motivasi nak membina taman di lawn. Namun demikian, ada juga bercucuk tanam secara sikit-sikit.

Ijat neh jenis tangan sejuk. Bukan macam tangan sejuk kalau pegang air jadik ais. Bila pegang kucing, kucing jadi monumen. Atau bila pegang embun, jadi salji. Tangan sejuk tu macam kalau bercucuk tanam, mesti menjadi. I ingat lagi masa dia kecik. Dia suka tanam macam-macam benda termasuklah kaktus yang cikgu dia bagi. Semua benda yang dia tanam pon menjadi sakan. Oleh itu, I ambik kesempatan menggunakan khasiat tangan sejuk dia untuk tolong I menyokong aktiviti bumi hijau. Eceh.

Petang ini, dia menanam …

…. kucing. Weh manusia ke hantu neh menanam kucing. Sumpah jahat terkutuk hina terhina kejam rejam gila sewel dan sebagainya kalau sanggup menanam kucing hidup-hidup. Kejap I emo kejap.

Kita berhenti untuk iklan.

Memperkenalkan, Bellina Jacob (perasan macam ada blood relative dengan Marcs Jacob ah tu padahal kau kucing. Heh. Kau pon sama jugak annoying, Bell) Nama pendek, Bell. Tapi nama sebenar dia yang tuan dia letak kami takda tahulah. Yang kami tahu, kami secara suka hatinya bagi dia nama Bell. Kalau tuan dia tahu kami kongsi sikit kucing dia pastu dah siap bagi nama baru, memang ada chance makan Friskies agaknya kami bertiga. HAHAHAHAHA.

Bell ini kesayangan suami saya. Setiap petang suami saya akan menunggu kedatangan Bell. Pastu husband saya akan tergopoh gapah ambik dried fish kasi Bell makan. Melampau kau Bell nak makan dried fish. Kau ingat murah? Heh. Buruk gila perangai aku selalu kedekut dengan kucing. HAHAHA. Tak lah tak lah. I tak pernah main dengan Bell sebab I phobia dengan kucing. Tapi I sayang dia. Kira macam kalau sehari tak nampak muka dia, I rindu. Bila dia datang, I dah tak rindu dah HAHA.

Bila owner dia keluar saja, kami pon akan nampak dari celah-celah kayu. Apalagi, terus kami berlari masuk dalam rumah, kunci pintu apa semua. HAHAHAHA tahu kau takut. Itulah risiko dia bila kau kongsi kucing dengan jiran kau secara tanpa izin. Heh. Habis kalau mintak izin kau fikir tuan dia setuju? Tapi tuan dia macam patut bersyukur sebab takyah bagi makan dah. Kami provide product halal untuk Bell. Buat kata Ijat ; Bell ni pandai neh. Dekat rumah dia makan benda non-halal. Petang-petang dia datang sini carik benda halal pulak.

Husband saya pulak cakap ; You don’t own the cat. Because the cat owns you. Sebab cat bukan binatang yang tahu setia sangat. Siapa dapat tarik hati dia, dia pergi kat orang tu. Kalau tak pandai jaga hati dia, dia blah. Tak macam anjing. Anjing setia. Woh benarkah?

Kembali dalam rancangan Earth Warrior.

Lama gila iklan. Heh. Anyway.  Ijat bukan tanam kucing. Dia tanam pokok. OLIVE TREE. Err. Nak hebat sajalah bukan? Tanam pokok pon nak tanam olive tree. Bukan nak tanam bunga kertas ke, pokok rambutan ke apa. Nak olive tree sahaja. HAHA.

Dah tanam dah. Olive tree. Pokok zaitun. Daun nampak macam dah layu-layu sikit. Memanglah. Dah berapa hari beli, baru hari ini tanam. Pokok ini jenis pokok besar kalau tidak silap saya. Tapi mungkin tak ada peluang nak tengok dia membesar T_T Sebab takpasti berapa lama akan tinggal di sini T_T Kecuali kalau dia membesar dengan diameter 1m setiap jam, barulah ada chance nak tengok dia besar T_T Gila kau chika suruh pokok membesar laju-laju T_T Ceh banyak gila muka sedih aku bagi.

Olive ini banyak khasiatnya. Begitu juga dengan olive oil. Dia mengurangkan risiko diserang heart attack dan membantu mengurangkan level kolestrol yang tidak baik untuk kesihatan. Memandangkan I tinggal serumah dengan seorang pakar kesihatan, suami saya tersebut merupakan pencinta olive oil. Sampaikan nak goreng ikan masin pon pakai olive oil T_T Nak masak apa semua pon pakai olive oil. Terasa perbezaannya. Olive oil adalah sejenis FRUIT JUICE! Dan disarankan oleh persatuan-persatuan kesihatan untuk digunakan dalam masakan. Sebab dia baik untuk diet. Heh ambik serius eh sekali-sekala apa saya cakap ini. Kami di rumah pon menyokong penggunaan olive oil. Giliran anda pula. Eceh.

Wah saya cerita pasal khasiat olive oil. Padahal baru tanam pokok tinggi betis dah ada hati nak cakap pasal minyak dia.Daun pon belum tentu lebat, buah pon belum tentu nak keluar dah sampai ke minyak aku canangkan. Over. Tapi tak apa. Cerita bermanfaat. Sengaja nak bagi blog ini nampak macam educational blog. Heh. Aku pon nak jugak ada blog educational macam engkau T___T

Ni apa pulak neh apsal gambar kabur kau ingat dah seni sangat ah neh gambar kabur macam ini bawak masuk blog? Malu sikit ah. HAHA. Well, saya kan tak pandai capture photo. Anyway. Ini pulak pokok carrot. Ditanam oleh Ijat juga. Dah agak besar dan kelihatan segar. Macam ada masa depan untuk menghasilkan lobak manis cececeh. Kan dah cakap tangan Ijat sejuk.

Selain itu, dia juga telah membantu menanam bulb tulip sebanyak tiga bulb. Dua macam ada chance nak jadi. Lagi satu macam dah menjadi kubur sahaja saya tengok. Tapi kami tanam pada lewat winter. Patutnya ditanam early winter. Tak tahulah apakah nasib dengan tulip tersebut. Adakah akan glowing atau tidak, kita tunggu saja. Kalau tak jadi, tak apalah. Tulip sentiasa glowing di sini (HAHAHAHA kalau kau faham, kau fahamlah apa maksud dia. Kalau tak faham, nampak sangat kita tidak pernah ada hubungan secara YM) Dah dah. Cakap pasal Earth Warrior balik jangan lari topik.

Ijat macam ada masa depan untuk menjadi Earth Warrior. Saya pon harap akan menjadi seorang Earth Warrior kelak. Yang mempunyai sebidang tanah menghijau. Dengan rimbunan bunga cantik setaman. Heh percaya sekarang yang I suka gardening.

Selain itu, saya juga pengamal KITAR SEMULA yang makin tegar di sini. Kalau suami saya atau adek saya tersilap masukkan tin atau botol atau apa sahaja barang yang boleh recycle ke dalam tong yang salah, I rasa macam sakit hati. Sokong kitar semula! Sokonglah sikit. Demi masa depan bumi yang satu ini. Dah ah bumi ada satu sahaja. Kalau yang satu ini rosak, macam mana dengan kita semua? Nak tinggal kat mana dah? I tak mahu migrate keluar dari bumi. I tak mahu. Dah lah Chika takyah drama. Memang kau tak ada pilihan pon.

Marilah kita semua menjadi Earth Warrior. Amalkan budaya bercucuk tanam. Jaga kebersihan. Sokong kempen kitar semula. Dan banteras kegiatan membunuh kucing (tetiba) Habis kalau kongsi kucing jiran secara tak minta izin, tak apa? Yang tu … HEHE. Apa salahnya weh kami bagi kasih sayang dekat kucing jiran. Bukannya kami apa-apakan dia pon. Kami bagi makan sahaja dan sesekali ajar dia Bahasa Melayu.

Sekali lagi, jadilah Earth Warrior!

Entry ini sengaja dibuat untuk mencapai piawaian sebagai an educational blog. Biarlah sesekali bagi entry yang macam boleh pakai. Asyik bagi hiburan gratis sahaja bukan ada manfaat pon. KAH KAH KAH.

Salam sayang,

Recent Entries

15 Responses to “Earth Warrior”

  1. Farah oklen Says:

    Hahahahahaha lawak gilaaa. xsangka chika Ada attitude cmtu dulu2

  2. lyana si permaisuri Says:

    Chika,

    I pernah tanam pokok Nangka. Tapi ayah tolong gali lubang, I tukang letak je benih tu dalam lubang. Tapi secara rasminya, pokok tu I punya. HEHE

    Now, dah besar dah pokok tu.

  3. Y n n Says:

    aci tak kalau i menjadi pencinta tanaman dalam barn buddy facebook? aci lah kan. earth warrior jugak tu HAHAHA

  4. cik ara Says:

    uhuk… takpernah tanam pokok…
    paling lemah kalu suh berkebun… hmmm

  5. ~JviperS2~ Says:

    Eh, tanam la hydroponik.. Then when u move, juz move it along~ :P Nice to see that Aussieland managed to kick out your dirty Malaysian habbit.. :D

    P/S: Juz a word of caution, pls don’t go near a dirty cat..

  6. adeqq Says:

    eh, i pon gile farming gak. i got two farm. FARMTOWN and FARMPALS. err, farming gak kan?

  7. uHuHu Says:

    hey chika, entri u mmg sure confirm best meletop keboom keboom! i’m so addicted to ur blog. now, u jadi pencinta bumi pulak. best best! mmg i support! :)

  8. kdee Says:

    hahaha..tanam kucing..mcm best je…

  9. Masy Says:

    hihihiih. dah itu je komen kakak. heheh

  10. fara-d Says:

    oh. saya igt dengan jelas peristiwa di penang itu. haha. bengang sikit je (ko tau kan aku bengang sekejap je, tambah kat org yg aku sayang. ceh ceh. riak la tu aku ungkapkan jugak sayang kat ko.ceh ceh)
    well, ok la…permintaan anda akan cuba saya tunaikan (kad ucapan friends forever), tambah siap gambar bumi dan earth yang comel menghiasi muka depan kad itu ye.
    haha!

    and oh, mintak maaf sbb terbuat ko malu dalam diam. huhu. tak berniat pun nak malukan anda. tp, syukur la sbb dah jadi perempuan manis membanteras gelaja buang sampah merata-rata. sumpah comel!! tahniah!! :P

  11. yonnaism Says:

    tulip glowing! HAHAHHA
    mmg saja ah kalau i tak kenal apakah tulip glowing.

    kalau tulip dah jadi,tolong suruh PHOTOGRAPHER snap the tulips ok. bukan PHOTOCHIKA okeh T__T hahaha.

    well,kredit to farah sebab dah buat u malu secara berjemaah selama 2 thn :) err i pon ada attitude buruk cmtu lagi2 bila takde tong sampah yg berhampiran! tp kalau i tgk org lain buang sampah,i pandai nak mrh pulak! huh

  12. Nadya Says:

    Macam bila masa rehat kan, saya pegang plastik bekas keropok lekor. Lepastu dah habis makan, saya buat-buat macam plastik tu terjatuh. Siap cakap ; Opps terjatuh pulak.

    Opps..macam biasa buat dulu2..sekarang insaf sudah..betul cakap chika,bumi kita ni ada 1 jek..huhuhu

  13. kui Says:

    siap ada signature tuuuuuuuuuuuuu

  14. ✿ nurulism.com ✿ » Blog Archive » Earth Warrior 2 Says:

    [...] berbakti kepada tanah. Eceh. As in musim-musim lain menjadi ignorant la kan HAHA. Macam tahun lalu. Kisah Earth Warrior menanam pokok zaitun. Masih ingat? Tahun ini,semangat pahlawan datang lagi. Err. Setahun sekali saja? Hey hey. Semangat [...]

  15. sham Says:

    Kat mana nak daptakan pokok zaitun nie?, sy amat berminat nak tanamnya di laman rmh….

Leave a Reply