Kalaulah Dimengorat Sejak Kecil

Kalau masa kecil-kecil I dah tahu yang I akan kahwen dengan you, dah lama dah I malas dimengorat oleh lelaki lain (ceh dimengorat) Kalau dari kecil lagi dah dapat signal CHIKA KAU KAHWEN DENGAN DR.HIZWANI NANTI, KAU INGAT SEKARANG, mesti I dah carik you pada tahun 1992. Masa itu I tadika. Eceh ada hati nak cari soulmate masa usia enam tahun. I pilih tahun 1992 sebab sewaktu itu I berusia enam tahun dan sudah pandai mempunyai perasaan untuk dirasa. I pasti dah paksa ibubapa bawak I carik you untuk dijadikan kenalan baik sebelum berkahwin pada tahun 2009 akan datang. Eh macam susah nak faham cerita ini. Faham-fahamkan.

Kalau I tahu dari kecil yang I akan mengahwini seorang doctor, tak payah I pasang angan-angan nak kahwen dengan seorang ahli perniagaan. Memang melampau kau Chika masa kecik dah pandai buat target nak kahwen dengan ahli perniagaan. HAHA. Kalau I tahu ada budak lelaki bakal menjadi doctor dan handsome apabila dewasa lalu mengorat I pula, dah lama I simpan cita-cita nak jadi nurse sahaja. Supaya sekarang I boleh apply kerja dekat Queen Elizabeth II Hospital sebagai nurse. Selepas itu boleh berkepit dengan you macam tidak belajar pendidikan islam topik MALU.

Dan kalaulah I jumpa budak lelaki ini pada tahun 1990, I akan panggil dia abang dan bagitahu dekat budak lelaki ini : Abang comel. Mari kita berkenalan sampai ke akhir hayat kita. Begitu romantis.

Budak lelaki itu kulit dia putih suci bagaikan mandian susu. Budak perempuan itu berambut hitam pekat dan lebat bagai mendapat rawatan minyak panas padahal guna jari pon boleh. Budak lelaki itu mata tak berapa nak bulat, tapi cukup wide untuk dijadikan special feature. Budak perempuan itu pula bermata bulat sebulat bola yang bulat. Tengok kembali kepada budak lelaki itu. Wajah begitu soft dan innocent. Betul-betul seperti budak yang baru belajar hendak hidup. Lain pula dengan budak perempuan itu. Muka nak ketat sahaja. Pegang makanan dalam tangan patutlah gemuk pada usia sweet 23 T___T

Bayangkan sekarang. Kalau kedua-dua budak ini digabungkan akan membentuk apa? Tidak akan membentuk Naruto sama sekali. Tapi macam ada chance untuk membentuk satu lagi muka yang sumpah comel tak boleh blah. HAHAHAHAHA. Biarkan aku hanyut seketika. Lantak kau Chika, lantak kau.

Aih. Macam speechless bila I tengok gambar kita kecik ini lama-lama. Macam kalau fikir balik, budak lelaki pakai topi besar muka innocent itu pergi mengorat budak perempuan kecik tapi baju dah macam datin tersebut. Tak sangka budak lelaki kulit putih bagaikan mandian susu itu tercipta untuk budak perempuan rambut hitam pekat rawatan minyak panas.

Tugasan pembaca. (over kau chika bagi tugasan dekat pembaca)

Fikirkan situasi bayangan budak lelaki kecik itu mengorat budak perempuan kecik itu. Cuba bayangkan budak lelaki itu propose ajak kahwen selepas itu budak perempuan itu malu terus ketawa tersedu-sedu (ini babak berdasarkan kisah benar)

Okay dah. Harap anda semua terhibur walaupon macam tak faham sangat apatah aku buat ni.

.

.

Eh apsal comel sangat si topi bulat tu tak boleh blah I rasa dengki macam nak delete saja gambar dia dari laptop ini tapi tak apalah I tengah pakai laptop milik si topi bulat so jangan nak lebih-lebih behave sikit T___________T

Recent Entries

22 Responses to “Kalaulah Dimengorat Sejak Kecil”

  1. irma2203 Says:

    alahai..sweetnya gambar korang berdua..
    sweet sangat..

    akak rasa budak lelaki tu sure takut kalau tengok muka ketat semacam..
    dah besar pun still takut apa masa mula2 nak propose kan..hihii

    Kalau kedua-dua budak ini digabungkan akan membentuk apa? DORA THE EXPLORER..akakaa.

    adeqq Reply:

    hahaha.. dora the explorer? hahahahahahahahahahahaha.. lawak lah. nk gelak je ngan ayat niii

  2. liz Says:

    comel..dua2 pon comel..
    tp i takleh bygkan ape yg u suh bygkan tu..imaginasi tak ckop tinggi di malam hari.

  3. mOOn Says:

    wah..sangat dengki la dng u chika..haha.. nak jugak laki yang macam u tu, kulit dia putih suci bagaikan mandian susu.

  4. miszLuna Says:

    comel ah u neh..
    chika + dr.hizwan = koko crunch!

    hee..
    klu u ade baby..
    baby tu mst comel gile sbb muka innocent + mata bulat macam guli mst sgt adorable gile la..

    =p

  5. kak ween Says:

    Adik! Your eyes are gorgeous! Dari kecik mmg budak perempuan kat brisbane tuh da bermata bulat cantik rupanya. Pinjam boleh? hehehe

    Budak lelaki topi bulat dan budak perempuan mata bulat dua-dua nya comel! Serasi bersama ke akhir hayat. InsyaAllah. ;)

  6. azrie Says:

    haha.
    sumpah ape yg u suruh bayangkan tu xboleh blah!
    haha.
    ade ke patot dak umo 6taon nk ngorat2?
    haha.
    nyway imagination u8 tggi gilak ah.
    all hail CHIKA!
    :D

  7. .i.b. Says:

    haha… chanteklah baju u nurul!!! thts how fashion actually grown kan… skrg pun byk org buat design mcm tu balik… hehe ;)

  8. mrs k Says:

    hahahaaa..
    ok la tu
    si doctor kecik dressing dah macam bisnesman..
    hahaa..

  9. nawal Says:

    chika, tak bes ah ada laki lagi puteh dari kita. mana aci nanti dia lagi lawa dari kita. kita nak lawa jugak. HA HA HA. anak u puteh dan mata bulat. alahai.

    i love the kurung that ure wearing. ur mum rocks la, my mum kecik2 pakaikan i bib je. bib JER? ha ah haha

  10. kdee Says:

    alala..comelnye Chika & Mr Husband ms kecik2….

  11. yonnaism Says:

    chikaaaa,mata bulat mcm bola golf. i rasa time mak u pregnantkan u, ur dad suka main golf kot. :p hahahha.

    sumpah baju u mcm mak2 datin ah. org2 lain time sekecik u, pakai baju comot ja! u ada event apakah time ni? melawat ke rumah menteri? :p hahhaha.

    mmg terserlah lah u stylo dr kecik sampai dah jadi bini dr naruto ni :D

  12. chupachups Says:

    comelnye entri u kali ni chika..hahaha.

  13. lyana si permaisuri Says:

    Chika + Hizwani = Adorable + Charming

  14. ciare Says:

    sgt comel kamu berdua ^__-. pasti akan membentuk insan yg lagi comel kelak. insyaAllah.

  15. Lisa Farhana Says:

    wahhhhh. comeyyyyyy! ;D

    semoga dapat anak yg comeyy2 juga! hehe.

  16. Lady_Zera Says:

    kita tak penah jangka n tau jdoh kite kn..jdoh pertemuan d tgn tuhan..

  17. nadhirah Says:

    chika mata BUUULATTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!!!!!!!! comel.. ;)
    dr kat sblah pon comel..

  18. hiT-dYh- Says:

    Ya Allah.. chumel bgt nih.. haha.. d funny part is.. mule2, saya tgk gmbr si budak lelaki tuh.. ingtkan pmpn.. haha..:D

  19. ilyanie Says:

    First2 ai tgk gambar u, ai cakap,

    “Perghh Chika neh, kecik2 da vogue macam mak datin hehehe~”

    tapi takley blah muka ketat pgang kueh. Hihiks

    Tapi gambar Dr. Hazwani kat sebelah tuh, siyes macam inncocenet gilerr
    =)

  20. KL Darul Jerebu Says:

    Coming home for wedding in Oct? Unfortunately I’m not be able to come as I’m leaving during first week of raya. Dulu masa my bro-in-law’s wedding, ‘pangantin lama’ la kena jadi orang kuat di sebalik tabir. But that was a good time to have good ties with in-law family members. As for me, tahun ni first time raya rumah in-law coz dah bertahun dendang perantau. nampak gaya kena jadi orang kuat kat dapur jugak lah :)

  21. pattirmina Says:

    awwwww~
    u both sungguh comel!

Leave a Reply