✿ nurulism.com ✿

shift_nuruloveme ♥♥

Archive for August, 2009

Malaysiaku Terpuji

Posted by chika under Uncategorized

Selamat Hari Kemerdekaan ke-52!

Dengan harapan,
membesarlah Malaysia bersama usia
.

Sempena Hari Lahir Malaysia ini, saya akan memupukkan semangat patriotik dalam diri sendiri. Iaitu dengan memuji-muji negara dengan perkara yang terpuji.

Mulakan sekarang.

  1. Malaysia itu cantik. Dahlah ada banyak fountain di tengah-tengah bandar. Semasa kecik saya selalu panas hati saja bila lalu lalang depan fountain area Dataran Merdeka. Sebab dalam hati terdetik, kalaulah aku dapat terjun dalam air ini. Heh. Memang berkenan air semasa kecil.
  2. Tak dilupakan juga dengan Periuk Kera terbesar di tengah-tengah Dataran Merdeka. Adakah engkau sedar atau adakah engkau tidak? Siapa tak tahu ada Periuk Kera besar dekat situ memang ah dia tak pernah turun KL. (Baiklah teringat minggu lalu my husband teriak teriak cakap jiran sebelah ada tanam periuk kera. Heh susah nak percaya) Oh lupa explain. Periuk Kera bukan periuk tempat emak kera memanaskan gulai untuk keluarga kera. Baiklah dah faham dah.
  3. Terdapat banyak ayam kampung di Malaysia yang kalau kita gulai dia memang lazat tidak terperi (padahal aku cukup tak berkenan ayam kampung) Baiklah. Ayam kampung di tanah air kesayangan kita semuanya nampak cerdik dan cergas. Ayam di Australia ini semuanya berperwatakan aneh. Macam boleh jalan seiringan dengan manusia pastu tak mahu lari. Kau sergah dia pon, dia tak mahu lari. Pastu muka dia cantik sangat macam kesian kalau nak gulaikan dia. Heh point ini langsung tak best tapi tak apa. Ayam pon ayamlah.
  4. Di pasar malam kejiranan kita terdapat aneka kuih muih dan juadah enak lagi enak untuk dinikmati. Seperti badak berendam, anak dara dua sebilik, dan juga nasik berwarna biru yang kena pikir sepuluh kali sebelum makan. Sumpah unik. Dekat sini tak ada semua itu. Apa tadi kau cakap? Anak dara dua sebilik? Boleh makankah yang itu? Itu kuihlah weh.
  5. Uniform sekolah kita di tanah air kesayangan adalah kelihatan cantik macam boleh tahan. Bayangkan kalau pelajar lelaki tingkatan 6 atas kena pakai seluar pendek warna hijau pastu kena pakai bag kotak pon warna hijau pergi sekolah. Bukankah tak ada lelaki handsome dalam sekolah nanti? Err. Macam di sini. Selalu berduet dengan Ijat mentertawakan pelajar sekolah lelaki kulit putih pakai seluar pendek hijau dengan bag kotak warna hijau sama jenis antara satu sama lain. Nampak sangat bag tersebut sekolah bagi wajib pakai tak ada pilihan lain T___T
  6. Santan di Malaysia jauh lebih sedap dibandingkan dengan Coconut Cream dengan Imulsifier yang dijual di Coles. Sumpah menjengkelkan setiap kali nak masak gulai bersantan akan kutuk coconut cream dia kaw-kaw. Pastu barulah redha tak ada pilihan lain dah.
  7. Di Malaysia terdapat sejenis aktiviti yang tidak terdapat langsung di negara lain. Iaitu aktiviti lepak kedai mamak. Heh anggap ini satu kelebihan. Sebab di kedai mamak sahajalah pelajar universiti yang tak ada wang pon boleh berlagak boss arah-arahkan mamak suruh ambik tisu ambik sudu ambik itu ambik ini semua pon kau suruh dia. Pastu tak ada service tax. Mamak is the best. Baiklah sekarang dah tak sabar dah nak jumpa mamak-mamak kedai mamak.
  8. Perkara penting kena puji Malaysia adalah sebab ada KFC halal. Huuuuuuuuuuuuu aku tak tahan dah setiap hari lalu depan KFC berbau harum mencabar iman. Nasib baik bila fikir kepingan bacon aku rasa nak muntah. Tapi bila terfikir ayam goreng yang dimasak dengan tekanan terus sakit kepala dibuatnya macam merana sangat dalam jiwa.

Heh. Suami saya buat hari itu demi memusnahkan ketagihan.
Boleh tahan weh.
Eh apsal laki kau ni pandai buat macam-macam weh Chika apsal?
HAHAHAHAHAHAHAHAH.
Sampai Malaysia nanti, I tekad akan berbuka makan KFC tak kira tak kira aku tekad membawa berkat.

Baiklah takyah puji lebih-lebih nanti berlagak sangat dia. Sekarang saya mahu anda pula fikirkan kenapa anda rasa Malaysia layak dipuji.

.

Bilakah kali terakhir anda menyanyikan lagu Negaraku?
Baiklah saya nyanyi sekarang T___T

The Blessful Iftar

Posted by chika under Uncategorized

Semalam, kami organise jamuan buka puasa at our place. Alhamdulillah. Such a wonderful iftar HAHAHAHA. Eh apsal gelak pulak. HAHAHA. Well my dearest readers, Aunty Chika menganjurkan majlis buka puasa di rumahnya ini kedengaran aneh! Baiklah T__T

Saya nak juga panggil hari semalam dengan nama timangan ; Super Saturday. Baiklah Chika we don’t care. HAHA. Memang SUPER gila ah hari semalam macam tiada hari yang lebih Super lagi berbanding hari semalam. Eh hari ini pon Super juga. Baiklah tiba-tiba semua haripon kau cakap Super.

The night before semalam, saya menemani buah hati pengarang jantung memasak hingga ke pagi. Baiklah sekarang dah tahu dah bukan Chika masak. My husband yang masak. Baiklah Chika baiklah! HAHAHA emo kejap. Dahlah tak masak, dalam blog nak emo. Habis solat tarawikh baru nak mula memasak. Sebab my husband on call that night. Isteri manis bagai madu lebah Royal Jelly ini konon ah nak teman husband dia cooking. Tiba-tiba I tertidur dekat hall sampai waktu sahur. Allah selamatkan kami jeng jeng jeng tada tada tada (lagu hari lahir) Menyampah gila kat kau Chika.

Ye lah ye lah.

Sekarang anda dah nampak dah kes tak cukup tidur. Sumpah tak cukup cukup sampai hari ini pon masih tak cukup rasa nak tidur sekarang. Okay bye. Weh nak kena ni weh. HAHAHA.

Pagi-pagi semalam, keluar terhegeh-hegeh membawa wajah pagi berseri dengan pencuci wajah ProActive (beli weh beli memang best) terus drive mencari Nine West untuk anda. Nampak betapa penuh determinationnya penulis kesayangan anda ini. Sayang? Heh siapa sayang sayang ni apsal geli sangat neh? Baiklah tak sayang T_T Pagi-pagi saya dengan Ijat dah bergerak dah membuat kerja beli-belah. Sebab sehari sebelum tu saya dah call Nine West. Banyak pula yang tinggal satu saiz la apa. Saya mintak dia reserve for me dia kata tak boleh sebab ramai orang pon craving for that shoes. Heh engkau ingat aku main-main ke I bet akulah pembeli terbanyak Nine West bulan ini. KAH KAH KAH. Anda punya angkara :P

Mengangkutlah 5 paper bag sampai tersenget-senget. Pastu on the way balik, damn! Macet deh macet! Aku tu stress bangat langsung ketiduran. Baiklah tiba-tiba speaking Indonesia. Phew. Sepatutnya boleh sampai rumah in less than 30 minutes. Macet (eh apsal kau speaking jakarta ha today?) Disebabkan jalan jam more than one hour barulah dapat menjejak kaki ke rumah dan mempeluk suami kecintaan pastu emo dekat kitchen. Sampai my husband suruh bertenang ke apatah. HAHAHAHANTUBETUL.

Kejap. Kita tadi bercakap tentang majlis Iftar kebanggaan ramai bukan? Habis macam mana kita sekarang berada di tengah jalan yang macet ke apatah? HAHAHAH. Err. Itulah kelebihan blog ini di mana anda akan dibawa ke pengembaraan mengejut secara mendadak pastu dah tak sedar dah. Penulis memang excited bila dapat menyentuh papan kekunci (boring gila panggil papan kekunci siapatah cipta nama ini apsal tak ada kunci pada papan ini apsal?) Heh sumpah mengantuk ni asyik nak emo saja T_T

Baik saya letak gambar ini cepat-cepat supaya anda tidak dibawa ke dunia lain secara mendadak lagi. Err. Tak tahu apa natijah dia mentunjukkan pinggan mangkuk merah putih ini (CEH warna UMNO eh please eh please I tak ada kaitan heh) Habis tak ada hijau putih, merah putih pon tak apalah T___T *tak ada double meaning okek diam kau.

Tetamu terdiri daripada dua family. Arya and bersama tiga anak gadisnya. Arya ni ialah rakan Indonesian yang saya jumpa minggu lalu di Kuraby Mosque. Sumpah ramah Chika ini orangnya. Tengok. Baru jumpa sekali sudah di bawa iftar di rumah. Allah selamatkan kamu (enough Chika enough)  Dan satu lagi ialah Dr. Tahir (anak dia panggil dia Taitai sumpah comel tak boleh blah anak dia panggil dia Tahir tapi jadi Taitai) dan isterinya Dr. Saadiah (Betul ka neh) dan baby boy mereka. Mereka ini rakan sekerja saya. CEH perasan gila kau. Rakan sekerja my husband. Mereka ini pula keluarga berbangsa Pakistan.

Habis penuh rumah tangga kami yang comel ini. Tapi tak apa. Meriah. Macam open house hari raya ke 30. KAH KAH KAH.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan sekalung terima kasih dan tahniah kepada lelaki kesayangan saya sebab menyediakan menu yang sedap-sedap buat tetamu. Sampai keletihan tapi tetap determine demi tetamu muslimin dan muslimah kita. Juga jutaan terima kasih kepada Saudara Izzul Haizat sebab tolong kakak dan abang buat macam-macam dalam menjayakan jamuan mubarak ini. Memang bertuah ada adek sebegini yang ringan tulang. Baiklah. Sampai sini  sahaja perenggan sekapur sirih harap takyah buat lagi perenggan seperti ini.

Menu semua dimasak oleh Dr.Ahmad. Berbesar hati betul ada suami macam ini. I tak masak sebab kurang motivasi. Dahlah bulan puasa. Tak confident I nak masak main campak-campak. Kang termasin tertawar kang, where to put my face? Where? HAHAHA.

Menu :

  1. Chicken curry with chickpeas.
  2. Roasted chicken with gravy
  3. Steamed vege (wajib ada okek just because my husband loves it)
  4. Marinated Fried Beef (Ijat buat)
  5. Garlic bread.
  6. Chicken nugget
  7. Fruits
  8. and DOUBLE CHOC STRAWBERRY CAKE! (maigad)

From The Cheesecake Shop.

Hooooraaa! Akhirnya dapat juga saya merasa kek from The Cheesecake Shop. Menselerakan. Heh siapa-siapa berada di sini, pergi ah rasa pergi ah pergi. Bagi saya kek dia memang sedap. Kek dia very light. Makan banyak banyak pon tak muak. Rasa …. err… very light ah. Berasa ringan. Baiklah tak tahu bagaimana to explain. Jadi saya mengambil keputusan untuk takyah explain. Sumpah sedap dan …. harga bepatutan. Tak sabar nak geledah semua kek yang ada di kedai tersebut T_____T

grrrrrr.

Macam mengantuk sangat neh. Terpaksa minta diri terburu-buru. Heh sopan gila ayat. Dengan itu saya sudahi entry ini dengan sekalung penghargaan dan sekapur sirih. Annoying gila kau chika pergi tidur sekarang.

-_- zzzz

ORDER CLOSED

Posted by chika under Uncategorized

SORRY TO INFORM THAT ALL ORDERS ARE CLOSED NOW.

T__________________T

Memang sedih tidak dapat bantu lagi banyak orang. Lagi sedih bila adek saya cakap saya business tidak balik modal. Heh tak apalah. Anggap saja saya tolong-tolong anda. Tapi tak apa. Walaupon dia asyik ulang cakap macam radio rosak ; Ayong business apa ni tak untung pon HAHAHAHA. Tapi dia tetap tukang teman saya pergi keluar masuk butik. Jadi driver. Jadi penasihat. Jadi tukang bawak shopping bags. Sumpah shopper gila I minggu ini.

Pekerja-pekerja Nine West pon dah naik kagum tengok muka saya. Datang dan beli laju-laju. Sebab busy sangat banyak benda nak buat. Tak ada banyak masa nak makan angin dalam kedai kasut lama-lama. Pastu keluar, hambik kau mengangkut shopping bags sampai senget-senget. Bukan saya je senget, suami senget, adek pon senget juga. Kasut anda punya angkara. HAHAHAHA

Baiklah. Mana yang saya dah email menyatakan bahawa kasut saya dah beli, bolehlah kiranya membuat pembayaran secepat mungkin :) Jangan nak cancel heh kasut yang I dah beli T______T HAHA. Yang dah selesai buat payment, oh thank you very much. See ya soon. Kepada semua yang dah dapat confirmation email pon,jumpa nanti untuk collect kasut masing-masing. Bilik tidur saya dah jadi gudang dah tak sabar nak pass kepada tuan kasut masing-masing. I dah sampai berangan macam semua shoes tu I punya dah. KAH KAH KAH.

Sumpah penat like … like … like only-god-knows. Shopping barang yang orang pesan. Selepas itu esok malam insyaallah kami nak organise Iftar dekat rumah kami. Jemput dua family dan seorang lagi kawan my husband yang single (heh tak tahu kenapa kena cakap ini. Mungkin nak bagitahu Aizar ada doctor teruna kalau nak. KAH KAH KAH) Malam ini apa jadi pon kena kemaskan rumah kasi bersinar. Kalau tak sinar banyak, sinar sikit. Kalau tak sinar-sinar jugak, tak apalah I tabur serbur glitter glitter dalam rumah. Heh merepek kau Chika.

Semua pembeli bertuah (eceh) kalau tak percaya apa saya cakap, nah nah tengok ini. Salah satu MUNGKIN kasut anda. MUNGKIN. Sebab ini sebahagian sahaja. Ini shopping pagi tadi tahu. Belum tunjuk semua. Baiklah, harap terhibur tengok kasut masing-masing yang dah nak hampir sampai ke pangkuan anda. HAHAHAHA.

Baiklah I histeria tengok kasut banyak-banyak macam ini. Tapi jangan bimbang. Kaki anda semua membesar sehat. Kaki saya tak layak nak sarung saiz anda T_T

Dengan itu, kita tutup perdagangan kita sekarang juga.

*potong ribbon*

Nine West Black Book

Posted by chika under FOR SALE

1. Animal Print Faux Leather Handbags

Gambar blur harap terima dengan tenang.

BLACK.

Item code : Handbag/BLK
Was :RM477

I am selling for :

RM317 OLY!

.

BROWN.

Item code : Handbag/BWN
Was :RM477

I am selling for :

RM347 OLY!

Handbag ini memang stylo ah

2. Nine West Black Book Pumps

Black Book Peep Toe Pump.
Tinggi heels :approximately 3 inches.
Materials : Fabric or satin upper. Man-made sole.
Lightly padded insole

Was : RM417

I am selling for :

RM257

Owwwwww in love again.
Ini sesuai dijadikan set hantaran.

I am selling both handbag and shoes for :

RM550 ONLY!

Purchase Terms & Conditions

  1. Place your order by this week.
  2. I can only take limited orders.
  3. Please be serious. I am not giving you free entertainment here.
  4. Once I am in Malaysia (early of September), buyers will get their items by hand. I do not do postage to your place.
  5. Limited size. I will check the size for you only if you are serious to purchase the shoes from me.
  6. No refund. No warranty. Once sold, consider sold (KAH KAH KAH)
  7. The hukum on purchasing the item is NOT WAJIB. Mind you.
  8. Any enquiries, please email to me by this week before you make confirmation to pay.
  9. Payment method and to state purchase confirmation, do email me at nurulism[at]gmail[dot]com

.

To place your order :

Email to nurulism[at]gmail[dot]com this form ;

Your Name :_____________________________
Your Address :___________________________
Item Code : _____________________________
Size :__________________________________
Quantity :______________________________

*All shoes have limited size only. So hurry up!

MORE SHOES CLICK HERE.

Nine West Viscose Peep Toe Wedge

Posted by chika under FOR SALE

Viscose Peep Toe Wedge. Gila panjang nama dia tapi takpe. Takyah hafal takyah. Biar saya saja seorang yang hafal. Again to say, I can see number 9 and I can feel number 9 all over me. Awesome gila. KAH KAH KAH.

Tadi my friend mintak sms my home address kepada dia. Releks saja saya tulis macam ini ; 42/Ninewest st. Wishart. Baiklah sebenarnya waktu tersebut kepala tengah pikir mana nak cari saiz untuk last season punya kasut. Betul punya gila kepala ini dipenuhi kasut. Againlah again. I can feel number 9 all over me. Itulah dia saya. Kalau buat benda sampai obsess.

This is the Viscose.

Ianya sejenis peep toe. Oh I looooove peep toe (heh kau Chika semua pon kau love). Dan juga berciri wedges. Sangat trendy. And Fab (bukan sabun Fab) Fabulous.

.
Ada dua warna yang available. Dan mempunyai band yang elastik untuk membolehkan dia wrap your heels perfectly.
Sebenarnya ada lebih banyak pilihan warna seperti hijau dan merah malangnya semua dah tak available. Fuuu sebab itulah I cakap, hurry up. Nanti out of stock and running out of size. Habis patah hati.

HURRY UP!
(baiklah dah jenuh dah I cakap macam ini tak akan cakap lagi dah)

White and chocolate.

MY BIODATA
Available in : TWO COLOURS
Heel measures : Approximately 3 1/2 inches.
Materials : Fabric upper. Man-made sole.
Item Code : NWVISCOUS/MED (for chocolate)
NWHOTON/NAT (for white)

Retail price : RM 417.

I am selling for :

RM197 ONLY!


Purchase Terms & Conditions

  1. Place your order by this week.
  2. I can only take limited orders.
  3. Please be serious. I am not giving you free entertainment here.
  4. Once I am in Malaysia (early of September), buyers will get their items by hand. I do not do postage to your place.
  5. Limited size. I will check the size for you only if you are serious to purchase the shoes from me.
  6. No refund. No warranty. Once sold, consider sold (KAH KAH KAH)
  7. The hukum on purchasing the item is NOT WAJIB. Mind you.
  8. Any enquiries, please email to me by this week before you make confirmation to pay.
  9. Payment method and to state purchase confirmation, do email me at nurulism[at]gmail[dot]com

.

To place your order :

Email to nurulism[at]gmail[dot]com this form ;

Your Name :_____________________________
Your Address :___________________________
Item Code : _____________________________
Size :__________________________________
Quantity :______________________________

*All shoes have limited size only. So hurry up!

MORE SHOES CLICK HERE.

Nine West Hoton Pump

Posted by chika under FOR SALE

Saya minta maaf banyak-banyak kepada permintaan yang tidak dapat dipenuhi. Seperti permintaan kasut yang lebih rendah dan flat. Atas sebab tertentu, saya tidak dapat memenuhinya kali ini. Malah saya juga mempunyai batas waktu yang sangat suntuk. Insyaallah next time kalau ada peluang lagi T_T.

.

NINE WEST HOTON PUMP

Omagad!
Apa akal kaki saya ini macam aneh-aneh sikit kalau tak lama dah I beli yang ini. Unfortunately, saya tak ada beli jenis ini T___T

Hoton nama diberi.
Purple and pink, berwarna-warni,
Chika cakap ; Please buy me!
Kalau tak nanti rugi.

Baiklah. Poyo sangat buat pantun malam 7 Ramadhan.

Baiklah ada gadis tak suka pink tak suka purple. Atau macam tak mengaku suka pink padahal suka. (Heh macam aku je) Jangan gundah jangan gulana warna green pon ada juga. At least I identify this color (above) as green.

Kenapa harus ada : Ia berciri satin. Akan bersinar dari kaki naik ke hati. Ia manis sekali. Adek saya pon suka yang ini tapi dia lelaki tapi dia cakap yang ini kesukaannya tapi dia lelaki. Baiklah Chika, baiklah. Dan lagi satu hal, anda harus miliki ini sekiranya anda cantik. HAHAHAHAHA aku main provoke provoke!

Mari berkenalan lebih akrab dengan kasut in.

MY BIODATA
Available in : TWO COLOURS
Heel measures : Approximately 3 1/2 inches.
Materials : Satin. Man-made sole. Patent leather
Item Code : NWHOTON/PINK (for Pink yang manis)
NWHOTON/GREEN (for Green yang manis)

Baiklah semua pon kau cakap manis.
Heh. Strategi perdagangan.

Retail price : RM 387.

I am selling for :

RM227 ONLY!


Purchase Terms & Conditions

  1. Place your order by this week.
  2. I can only take limited orders.
  3. Please be serious. I am not giving you free entertainment here.
  4. Once I am in Malaysia (early of September), buyers will get their items by hand. I do not do postage to your place.
  5. Limited size. I will check the size for you only if you are serious to purchase the shoes from me.
  6. No refund. No warranty. Once sold, consider sold (KAH KAH KAH)
  7. The hukum on purchasing the item is NOT WAJIB. Mind you.
  8. Any enquiries, please email to me by this week before you make confirmation to pay.
  9. Payment method and to state purchase confirmation, do email me at nurulism[at]gmail[dot]com

.

To place your order :

Email to nurulism[at]gmail[dot]com this form ;

Your Name :_____________________________
Your Address :___________________________
Item Code : _____________________________
Size :__________________________________
Quantity :______________________________

*All shoes have limited size only. So hurry up!

MORE SHOES CLICK HERE.

Free Website Counters
Since 20may2005