Archive for July, 2009
Posted by chika under
Uncategorized Alhamdulillah sudah selamat bersahur. Ada heh bersahur yang tak selamat? HAHA. Kamu ingat senang nak bersahur pukul 4 pagi dalam keadaan sejuk dingin begini? Sumpah susah. Sebelum turun ke kitchen, berusaha I prepare diri dengan socks, sweater dan paling aneh siap cuci-cuci kaki tangan dengan air panas &%$£@% Perbuatan aneh! *teringat Hagemaru ceh Si Dungu tu.
I happy lah ada Ijat di sini. Selain boleh tolong saya potong bawang HAHA (ni benda paling azab nak dibuat semasa cooking heh), dia juga boleh tolong saya sidai pakaian malam-malam. Hoh? Jangan ah nak samakan saya dengan Aunty rumah sebelah. Okay ah okay ah. Sama. Err. Actually Chika pon dah macam Aunty sebelah kuat sidai baju heh. Sampai tak kira masa dah. Ini memang housewife gred A.Selain itu, Ijat juga boleh temankan saya malam-malam sepanjang Dr. Ahmad Naruto on call. Oh baik I cakap sekarang. Tak lama lagi mungkin husband saya pakai nama lain pulak. Mungkin tak pakai nama Naruto dah. Mungkin pakai nama Dr. Jack Sparrow. Okey back on track. Pastu Ijat very nice temankan kakak bersahur sambil menggigil di dining table macam dia sorang je sejuk. Kau neh memang nak kena neh. Kakak giat kejar masa nak bersahur, dia giat tanya ; bila nak naik neh? Sejuk neh. Dah ke belum? Dah ke belum? Nak naik neh. Sejuk neh. Tahu. Kakak kau pon sejuk juga.HAHA. Tapi menseronokkan ada dia di sini bersama Kakak Chika. CEH sejak bila tah adek I panggil I Kakak Chika.
MasterChef makin mengujakan. CEH tiba-tiba tukar topik. Sudah biasalah bukan? Tidak melampau sekiranya saya katakan bahawa MasterChef adalah reality show ter-best I have ever watched. I get annoyed sudah dengan Akademi Fantasia, Mentor, Sehati Berdansa and what so ever. Eh Sehati Berdansa tu macam should be forgiven. Teng Te Teng. Jangan ah prejudice dengan I. Bukan saya cakap pasal Fahrin Ahmad, tolong sikit. HAHAHAHAHAHAH. Tak tak. I gurau saja.
Gila ah pukul 5 pagi pon mampu deep fry pembaca di dalam blog. Nampak sangat Chika memang kaki fry T___T
Kami bertiga memang peminat MasterChef. Seingat saya, sepanjang saya berada di Aussie ini, hanya ada beberapa program TV yang saya ikut. Basically, saya memang tak berapa minat menonton televisyen (ejaan penuh, phewwwittt) Sekarang ini, saya hanya menonton TIGA rancangan sahaja. Betapa poor. Eh poor bukan miskin heh. CEH tak nak mengaku miskin. HAHAHAHAHA. Chika please move on T___T Rancangan tersebut pastilah MasterChef dan termasuk juga Hot Seat Millionaire (new version of Who Wants To Be A Millionaire) dan juga Deal Or No Deal. Kau tahu tempoh hari ada perempuan Arab masuk Deal Or No Deal dan menang AUD 100K Sumpah malu I tengok ada Muslim main benda alah konsep judi tersebut. Dah ah jadik best player dalam sejarah rancangan tersebut. $$$$$$$$$$ I love money. Eh tetiba pulak.
MasterChef banyak membantu saya dalam kerjaya saya di dapur. Ewah. Membantu saya mengenali rempah ratus, cara-cara memasak ikan daging dan sebagainya supaya well-cooked. Ewah ewah. Padahal tak pernah manfaatkan lagi ilmu tahap tinggi semacam ini. Juga memberi pengetahuan tentang international cuisine. Ewah makin lama makin tak boleh blah statement Si Chika neh. HAHA. Walaupon penulisan saya ini kedengaran seperti poyo sekali, percayalah yang saya tidak membuat jenaka di pagi hari. Ini serius! (suara Ming Ming Wonderpets tiba-tiba keluar) Haih, tak tahulah apa nak jadi dengan blog saya ini. Macam-macam karakter boleh interframe tiba-tiba T______T Saya harap saya takyah menggunakan suara Ming Ming atau sikap Hagemaru semasa membuat entry *sigh*
Baiklah. Minggu ini merupakan final week of MasterChef. Setiap hari akan ada elimination. Mendebarkan. Setiap hari saya tengok sambil pakai blanket dan mambawa muka serius macam bajet I pon tengah fight dalam rancangan tersebut. Feeling sangat dah sampai boleh bergegar jantung takut sangat peserta kesayangan terkeluar. Eh apsal feeling dia sama saja macam menonton Akademi Fntasi musim pertama wtheeels.
Yang menarik tentang MasterChef Australia. I nak semua orang pay attention bila I tengah becakap berkobar-kobar neh. Siapa skip perenggan ini, siap dia. KAH KAH KAH. Salah seorang contestant adalah MALAYSIAN! Yes, man she’s MALAYSIAN! Proud tak proud tak? Habis Chika over sendiri padahal reader tak excited pon T___T Tak apalah, anda memang :(

Ini Poh.
POH nama diberi. Anak kelahiran Malaysia. Bukan Melayu heh. Melayu tak patut masuk pertandingan ini sebab nanti kena masak kepala khinzirun. Pastu kena buat nasik goreng khinzirun ke apa. Ayam yang dia provide semua tak sembelih. HARAM. Allah murka nanti T____T Honestly, kami sekeluarga tidak berkenan langsung dengan this Poh. Aik? Tadi bukan proud sangatkah dengan this Malaysian contestant? Saya proud lah dia Malaysian. Tapi tidak proud sekali dengan sikap dia. Emotional, dengki dan suka menjatuhkan orang. Tapi strategi untuk menang memang like that. Kita kena mencantas orang untuk naik ke atas. Kalau tidak mencantas, manakan dapat yang tunas. Wah, I buat pantun dua kerat dalam perenggan ini yahooooo.
Dua hari lepas, Poh menang sebagai the best cooker bagi episod tersebut. Sebagai reward, dia berhak memilih theme untuk perlawanan hari esoknya. Bagai yang telah diramalkan oleh kami (lately kami suka main ramal-ramal kan? like bomoh only) Poh memilih theme yang sumpah killer!
MALAYSIAN FOOD!
Hambik kau. Dengan ini, terbunuhlah kesemua contestant yang lainnya. Menangis-nangis okey minah minah saleh yang lainnya. Semua stress. POH had put them all under pressure. Gila engkau. Celah mana pulak mereka ini tahu Malay Food. Semua mengaku yang mereka have no idea at all about Malaysian Food. The best part is, Si Poh neh boleh tersenyum lebar macam LCD wide screen omaigod. Dia betul-betul ah player!
Semalam memang episod paling tekanan. Sampai kami pon menonton penuh tekanan. Poh memasak dengan selambayaya. Dia buat nasik lemak dengan sambal ikan bilis siap dengan kuih koci ke apatah. Sumpah pandai okek. Minah minah saleh dengan mat saleh tu sengsara semasa memasak. Menangis sebanyak satu sungai masing-masing. Julia, antara peserta terbaik yang ada dalam MasterChef pon dah habis down dah. This is funnnnn. HAHAHA.
Takyah cakap banyak dah. Poh menang again episod semalam. Dan dia berjaya eliminate Julia, salah seorang saingan terhebat bagi dia. Pheww. Luckily, peserta kesayangan saya, Justine masih bertahan walaupon Poh cuba sedaya upaya nak jatuhkan Justine. I tak nak follow MasterChef dah kalau Justine kena eliminate. I boikot MasterChef. I hack dia punya website kalau dia eliminate Justine. KAH KAH KAH. Macam hebat.
My husband anti sangat dengan Poh. Just because she’s tooooo annoying, berlagak, dengki dan tidak supportive dengan rakan-rakan. Ketara sangat okek perangai busuk hati dia. Tapi tidak dinafikan, dia antara contestant yang bagus. Dan ada chance nak menjuarai program ini. Kalau dia menang, I tak kira. I nak tumpang bangga walaupon sekarang I cakap I tak sokong dia. HAHAHAHHA. Tapi kami sokong Justine. Justine forever like Batman forever and forever and ever Justine selamanya tiada lain dah hanya Justine forever. Pheww. Letih I buat ayat ini.

And this is Justine forever.
Kami sokong dia sebab : _____________________ (tidak lebih dari 15 patah perkataan) Eh tak tak. Takyah isi slogan. Kami suka dia sebab dia sangat berbakat. Pandai memasak dan banyak kali menang episod. Rasanya dia adalah peserta paling selalu menang episod. Masak je, gerenti juri suka. Semalam siap menangis bengkak mata ah sebab tak pandai masak Malay food. Tetiba judgers kata dia punya is the best selepas Poh. Bombastik okeh! Selain itu, performance dia sangat stabil. Berusia 23 tahun (rakan sebaya HAHAHA) dan cantik. I rasa dia terlalu cantik dan layak masuk So You Think You Can Dance. Eh tetiba sangat. Tak tak. Saya rasa dia cantik dan layak memasak di dapur yang cantik. Sob sob sob. Sedih I dengan ayat Chika yang tidak releven ini T___________T
Saya tidak mahu Justine disingkirkan.
Siapa singkirkan Justine, siap dia.
Untuk pengetahuan pembaca-pembaca manis semua, kesemua contestant tidak berjaya mencapai piawaian Malaysian Food semalam kecuali Poh. Justine kenalah juga dengan theme sipi-sipi. Yang lainnya memang masakan aneh. Saya yang Malaysian ini pon sampai terpelik-pelik. Masakan mereka itu, we never had them in Malaysia T__T Tapi judgers kata, masakan mereka memang taste very good. Cuma tidak memenuhi tema. Poh memang ah dia. Pandai cantas orang bukan?
Itulah kelebihan Poh sepanjang dia berada di MasterChef. She is Malaysian. She can cook simple Malaysian cuisine. Like roti jala. Lepastu kesemua juri dan chef professional rasa impressed. Roti jala okek. Menu pasar malam dia bawak masuk MasterChef. Orang lain masak Italian cuisine susah payah. Dia hanya masak roti jala. Pastu, bingo! Menang. Itulah kelebihan dia. Malaysian food yang sebegitu adalah suatu yang baru bagi juri asing. Mereka senang berasa impressed. Pastu tak boleh nak kritik banyak sebab menu itu tidak well-known di serata dunia. Cuba kalau kau masak lasagna misalnya. Matilah kau di situ kena kritik just because the food is well-known. Betulkan cakap saya?
Pesanan dari countrymate buat Poh.
Dear Poh,
So Poh, saya harap esok awak masak cekodok pisang atau kuih badak berendam. Nak lagi psycho peserta lain dan menambat hati juri, awak masaklah lontong. KAH KAH KAH. Poh pandai.
Sekian laporan MasterChef dari Chika Forever. Ceh nak jugak forever. Next season of MasterChef, husband saya suruh saya masuk. Pastu saya bolehlah bagi cekodok ikan bilis dengan sambal belacan semasa peserta lain sebok menyediakan masakan terbaik France. KAH KAH KAH.
Proud to be Malaysian (tetiba). Malaysian food memang terbaik. Sebab itulah Chika sanggup bertungkus lumus memasak di dapur demi memastikan keluarga tidak terlupa akan masakan melayu kebanggan kita. HAHA HUHU HEHE.
Yang benar,
Justine.
(bukan nama sebenar)
www.masterchef.com.au
Posted by chika under
Uncategorized … we kiss, we make up
(Katy Perry berkata)
2 hari lepas. Saya suruh Ijat keluar pergi tanam carrot yang sudah berdaun-daun di kitchen wtfun. HAHA. Pergilah dua orang petani ini ke lawn mentanam lobak. Aik? Siapa pulak petani neh? HAHA. Ewah, bukan main lagi mentanam lobak di lawn. Bunyi dia semacam interesting sekali bukan? Ye, bukan. HEHE.
Setelah mentanam lobak dengan keringat petani (exaggerate. Padahal tanam sebatang saja langsung tak keluar keringat), husband saya masuk ke dalam rumah dan menghulurkan sebakul lobak. Okay okay. I tipu kejap. Tak tak. Biar saya cerita secara serius.
Serius sekarang!
Suami saya menghulurkan satu SIM CARD Yes Optus (salah satu mobile line di Australia) Terpelik-peliklah Si Isteri di situ.
‘Yang, you try la sim card ni. Tah tah boleh guna lagi. You gi call Malaysia lama-lama gi. HAHA’
Tapi saya tak ada hati pula nak try sim card tersebut. Tak nak ah. Pasti sangat tak boleh pakai. Ada ke orang buang-buang sim card bertaburan dalam lawn rumah orang? Kalau ada pon dah mesti kategori mayat. Mayat tahu mayat? Macam kalau anda pakai handphone canggih wtfun, tapi kredit tak ada. Sumpah mayat ah tu handphone anda. KAH KAH KAH. Eh malu ah sikit pakai handphone canggih kredit sifar. Sumpah malu. Tapi jangan jadi macam Chika juga. Kredit sumpah banyak setiap bulan kerja top up sahaja tapi tak luak-luak. Rakan sms, takda reply punya. Guna handphone semata-mata untuk menghubungi ibubapa di tanah air. Tu pon kalau rakan tersebut memang mendapat hari bertuah barulah dia akan mendapat reply dari saya. Err. Rakan sepatutnya takyah nak kecik hati dah. Well, I memang lazy belek handphone. Handphone bukan apa-apa pada saya. CEH statement nak hangat sentiasa. Okay dah lari topik dah yahooo.
Tidak lama kemudian, Ijat pon masuk ke rumah. Dia cakap jumpa handphone LG canggih yang sudah hancur berderai lingkup jahanam &%@$%£ di hujung lawn kami. Terpelik-pelik lagi sekali. Neh perangai monkey kah atau perangai manusiakah. Apsal happy sangat boleh menjahanam dan membaling handphone di dalam laman rumah orang? Bukankah aneh? Anda pernah ke pergi baling handphone dekat halaman rumah jiran tetangga? Pernah? Kalau dah bengang jahanam ke apa, baik buang masuk tong sampah MPAJ atau celup ah dalam longkang. Membaling ke lawn rumah orang memang idea baru.
Kami pon hidup seperti biasa. Sikit takda terjejaslah dengan penemuan artifak tersebut KAH KAH KAH. Ceh baru jumpa tak sampai berapa jam dah dikira artifak. Over tau.
Malam tu, tiba-tiba Ijat masukkan sim card yes optus tersebut dalam mobile phone dia. Dia cakap nak try ah kalau-kalau boleh pakai. I fahamlah, my brother dah sengsara jiwa tak dapat berkomunikasi mobile phone dengan rakan-rakan atau dengan gadis-gadis mahupon dengan amoi cina yang gilakan dia siap bagi cincin tapi cincin dah hilang masa main gelongsor thrill di Gold Coast. Okay Chika, takyah explain kitorang tak nak tahu. HAHA
Tiba-tiba. Eh boleh pakai. Tiba-tiba. Eh ada sms masuk. Tiba-tiba. Eh banyaknya sms masuk. Tiba-tiba. Eh ada orang call. Sumpah menggelabah kami satu rumah. Sumpah tak mahu jawap call tersebut.
Kami pon bersepakat ah kejap buat ramalan. Mengikut Ijat, ni kes pergaduhan sama pacar neh. Macam kalau awek main sms dengan cowok lain. Tiba-tiba kantoi di tangan pacar. Pacar pon marah, rampas handphone dan jahanamkan handphone cewek. Kasi ranap macam pacar tu hero sangat ah terbayang macam Batman mempatahkan tulang musuh ke apatah. Pastu baling masuk lawn rumah kami. Eh apsal aku terbayang filem Indonesia neh? Menjengkelkan sangat ah ramalan neh. Tapi wtfunnnnn. Its true baby. Its true.
Apabila masuk satu sms, kami pon dah faham dah apa cerita dia.

Oooooo tu dia. Cerita dia macam ini :
- Matt and Ceci had a fight.
- This is Ceci’s phone.
- But the phone was with Matt before (takyah ah tanya saya pulak apsal phone Ceci dekat Matt. Mana saya tahu HAHA)
- Someone (maybe Ceci’s friend) is trying hard now to contact Matt to get the phone back.
- But bingo! No one can get the phone back because we had the phone with us (in my house omaigod.)
- Ceci’s friend or maybe Ceci’s herself didn’t know that the phone was broken because …
- Ceci’s friend keep on calling and texting
- Ijat sangat kesian in this case sebab
- Ijat pakai sim card itu ke dalam mobile phone nya dan tak henti-henti ringing.
- Kami sekeluarga busybody.
- Chika lagilah busy body nak tahu sangat masalah orang.
- Pasangan muda mudi bila fight memang funnnnnnnn. (I mean, memang damn sangat tak pakai otak. Please ah listen to Hey Ladies now. Please, sekarang!)
- Perangai Mat Saleh dengan Melayu bila bergadoh dengan pacar memang sama sahaja. Just because they are teenagers saya rasa. Sumpah perangai remaja memang macam ini. Selalu lupa bawak otak bila menangani masalah percintaan. Sekali lagi, please listen to Hey Ladies sekarang! Walaupon I actually tak suka ah perjuang lagu tersebut bajet perempuan hebat sangat je. I tak suka semangat kejantinaan.

Memang kesian ah ini cewek.

Lagi kesian sama ini hape.
(Hape : Handphone. Menurut kamus Christian Sugiono)

Kami coba sih mo pakei ni hape tapi keliatannya broken bangat.
Yang aku feeling Indon tu kenapa? Heh. Padahal ini kes pergaduhan pasangan orang kulit putih. HAHAHAH.
Dihujung entry ini, ternampaklah sikap busybody kami sekeluarga. Typical Malay. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAA.
Saya masih berasa aneh dengan tingkahlaku manusia yang membaling telefon bimbit ke dalam kawasan rumah orang ketika bergadoh dengan pacar. Dan rumah bertuah itu adalah rumah nombor 42 (Erindale) , Wishart Road. Tak nak pulak dia pilih rumah Lisa atau rumah Aunty sebelah yang kuat sidai baju tu. Sekarang, seronok sangat ah Si Ijat jaga tepi kain orang. Memperhati mesej keluar masuk dan ketawa terbahak-bahak bila dapat call. Tak berani jawap okek, tak berani. Kami ketawa berjemaah sahaja.
Itulah dia pasangan bercinta. Fight sikit, habis jahanam harta benda. Kang dah kiss balik, okay babeh lets go to the zoo. Eh tetiba. Tidak nice perbuatan tersebut. Fight pon fight ah. Takyah babitkan handphone. Common sangat ah perbautan baling handphone bila fight neh. Cuba ah kreatif sikit. Macam baling awek terus ke dekat lawn orang lain. Atau pon baling barang kemas ke apa. Seronok ah sikit bunyi dia. Baling handphone. Sumpah tak kreatif. Anda semua jangan buat okek. Tak cool. Sumpah tak cool.
Posted by chika under
shopping,
Uncategorized EiffelTowerreplica

Saya memang suka dengan building. Jadi no wonder saya sentiasa ada hasrat nak collect banyak replika-replika bangunan terkemuka dunia. One of them, Eiffel Tower. Memang nak sangat yang ini T_______T Kalau I jumpa ini, I akan beli tak kira I akan beli. Tapi I tak akan beli kalau tetiba harga dia serupa harga Jaguar heh. HAHAHA. Habis kalau harga dia serupa harga 10 gram emas? Pon I tak akan beli ah. Eh I nak collect saja bukan nak bangga simpan khazanah mahal. I akan beli kalau harga dia setakat RM5 (Over kau. Saya guraulah.) Heh siap buat bajet. Padahal ini angan-angan. Angan-angan pon nak berkira wt-fun. Sumpah I nak simpan replika ini.
.
Maka secara tidak langsung pada malam ini, saya akan mensenaraikan angan-angan sempena malam sedih tanpa suami ini. Okay okay takyah bukak cerita sedih setiap malam macam kesian sangat je kat dia.
.
Royalsomething
Senarai kedua. Yang pertama dah cakap dah tadi secara tak bagi salam. I nak replika Eiffel Tower harga murah taknak harga sama macam Jaguar %$£@!% Memandangkan sekarang tengah feeling MasterChef secara bersemarak, saya asyik mengimpik
an my perfect kitchen. Tapi sekarang tak apalah, takyah perfect kitchen sangat setakat nak masak Sambal Terung Bergelimpangan dengan Sensational Sardin (sumpah I pandai bagi nama dekat makanan). Sekarang saya impikan sangat set pinggan mangkuk atau tea set from Royal Doulton. Eh Royal Albert. Eh Royal Crown Derby. Habis dah tamak. Dalam angan-angan, selain boleh buat bajet, kita pon boleh tamak wt-fun. I tak kira ah Royal Doulton ke atau Royal Albert, memang itu yang I nak. Saya terpikat dengan Old Country Roses from Royal Albert. Eh actually I memang senang terpikat KAH KAH KAH. Mungkin bukan sekarang untuk saya berlagak pinggan mangkuk pakai any Royal. Someday baby, someday. Heart attack emak nanti kalau tahu anak dia yang baru bernikah 5 bulan spend RM10k beli one set pinggan mangkuk. Cannot cannot. Tunggu kejaplah sikit masa nanti, baru ah macam manusia mulia masuk Royal Doulton secara solo pilih pinggan. Wah berangan sangat neh chika, keluar kau!
.
AudreyHepburncharade

Saya kan admire Audrey Hepburn kan (as you know, kalau tak tahu memang ah dia) Kadang-kadang, saya habiskan masa yang tak habis-habis neh dengan menikmati koleksi foto beliau. Begitu stunning seperti tiada tandingannya. Saya menonton Breakfast At Tiffany sebab nak tengok baju dia. Saya menonton Charade, sebab nak tengok trench coat dia sumpah drooling sampai lupa badan solid sangat wt-fffffurf. Dan saya tak sabar-sabar nak menonton Paris When It Sizzles sebab err. Sebab yang sama. Bukan nak tahu sangat cerita dia macam mana, tapi nak tengok baju apakah lagi Kakak Hepburn saya ada. Ceh siap dah panggil kakak dah macam pernah adopt dia sebagai kakak saja. Eh kan tengah berangan-angan neh. Anything can be. HAHA. Loser sangat. Saya hendak everything yang dia ada dan dia pakai dalam filem Charade. Saya hendak kesemua koleksi trench coat beliau. Saya hendak vintage sofa yang ada dalam rumah dia yang bersepah tu tapi tak apa sebab rumah dia vintage sumpah I like. Saya hendak rambut dia yang macam rambut zaman nenek kita tapi sensasi dah &%$£@ tak boleh deny. Saya hendak rantai from Tiffany. Eh tetiba. Tak tak. I bersenda sahaja dengan pembaca.
.
Okay I dah malas nak dreaming dah. Sebab mood Sizzling Paris kena pintas dengan panggilan dari emak sebentar tadi. Tak tak. Bukan berada di Kuala Lumpur bersama emak. Tapi emak memanggil-manggil menerusi Yahoo Messenger. Emak canggih. Dah ah Ijat pasang speaker begitu kuat macam nak bagi seluruh Wishart ni dengar conversation anak-beranak bercakap pasal nasik lemak. Selepas berbual sikit sikit dengan emak, berasa macam malas nak berangan dah.
Err. Actually ini angan-angan ke atau wishlist neh? I wonder. HAHAHA.
Tukar topik.
Terima kasih sebab bagi peluang dekat saya untuk menang kategori BLOG LAYOUT CREATIVE. Tak sangka sebab semalam dah ramalkan kekalahan dengan begitu yakin. Terima kasih dekat Yoyooh dan pengundi manis semua. Tahniah kepada semua pemenang dan blog lain yang tercalon. Memang hebat ah, semoga tahun depan boleh bagi chance I bertanding kategori Chef Blogger Wannabe. Eceh. Tapi tak apalah. Dah tahu dah, memang tak ada kategori tu HAHA. Err. Bukankah pernah saya katakan dulu semasa berkempen undi? Kalah atau menang tidak menjadi hal. Chika tetap menjadi Chika. Anda pon tetap menjadi anda. Sekarang pon Chika masih menjadi Chika. Masih mentulis entry annoying. Masih pandai goreng entry. Masih suka main feeling feeling dalam blog. KAH KAH KAH.
Oh lupa. Semalam ada orang komplen; Chika dah jarang merayap blog rakan. Benarkah? Benar. Jawapan dia, benar. Masa sangat terhad. Kalau ada masa berlebihan, saya lebih suka spend untuk menyiapkan satu entry. Kemudiannya pergi google Audrey Hepburn. HAHAHA. I minta maaf. Jangan ingat I tak nak kawan dengan anda yang manis semua. Kawan. Memang nak kawan neh. Sumpah saya tak larat nak pergi ke semua blog anda dalam masa satu hari. Terlalu banyak blog. Kena pergi secara bergilir-gilir. Tapi percayalah. Semua blog yang pernah drop link dia di sini, I bet I memang pernah klik ke blog anda. Tolong percaya sebab saya paksa anda untuk percaya. HAHA. Okaylah. Saya cuba untuk buktikan kepada semua. Lepas neh tengok ah di blog masing-masing pasti nampak kehadiran muka tidak siap ini KAH KAH KAH. Lepas I buktikan, siap anda. HAHAHAHAHAHA :P Anda akan mengesan IP address saya from Kuala Lumpur, bukan Brisbane. Mind you. Aik? Pasal apa? Pasal I pandai.
Macam dah habis.
Posted by chika under
Uncategorized …you can organize your life
Begitu sedap santapan makan malam kami hari ini. Eh bukan setiap kali makan pon sedap ke? Menakjubkan betul minggu ini. Takjub bila suami cuti seminggu, seminggulah kami diam di rumah tak pergi ukur tanah keliling Queensland. HAHA. Takjub bila seminggu ini setiap hari dapur berasap kelentang-kelentung seperti ada aunty-aunty in the house. Eceh. Terpaling takjub ah bila Chika setiap pagi bangun tidur terus fikir menu nak masak. Omaigod wtf (berapa kali ah nak cakap neh bukan mencarut, ini what the fun mulai sekarang I wajibkan semua orang tahu dah ini what the fun bukan mencarut I tak nak ulang dah siapa cakap I mencarut dalam blog memang ah &%$£”@&% Suka tau buat I emosi tetiba) KAH KAH KAH.
Memang suka ah nak menunjuk masakan dalam blog T____T Macam tak ingat saja rupa masakan dia huduh tak ada hiasan hirisan cili, seni dalam pinggan ala MasterChef semua tak ada tapi tak tahu malu juga upload gambar kasi readers tengok (ayat senafas, letih saya buat ayat sebegini). Eh I bangga tahu setiap kali saya masak walaupon masak ikan tidak semacam muka ikan lagi akhirnya. KAH KAH KAH. Atau pon memasak ayam padahal akhirnya kelihatan seperti objek aneh di dalam periuk. Saya tidak terjejas dengan kejadian-kejadian aneh sebegitu sebab sumpah I proud sekali bila berjaya masak dah tengok suami makan secara seronok. Eh ada ke orang makan secara sedih?
Sekali lagi bagi ah chance dekat Si Chika neh menunjuk terror. I janji, esok I tak menunjuk-nunjuk dah (tapi the next day, I buat balik heh)

Mempertunjukkan, Sambal Terung Dolce Vita. Eh tak tak. I tipu saja. Padahal tadi tak ada nama pon tetiba bila nak menunjuk dekat blog dah ada nama T___T Sumpah tak ada nama tapi sekarang dah ada wtf (eh ingat apa I cakap tadi wtf bukan mencarut heh) You can see that the semi-artistic chef malas hias masakan dia.Dahlah tak susun terung cantik-cantik dalam barisan, dari kiri hentak kaki (chef dah merepek dah) Tak ada ornamentation bawang-bawang ke, sayur segar ke apa. HAHA. Eh masakan kalau dah sedap takyah hias lebih-lebih. The taste itself is beautiful enough ECEH. Dah ah semua, jom blah ah jangan baca ah blog Chika neh sampai dia berhenti feeling chef. HAHAHA.
Saya faham sambal terung saya nampak alien kalau dibandingkan dengan sambal terung kakak-kakak yang tengah duduk depan laptop gelakkan saya. Tapi rasa dia, I bet boleh bersaing dengan masakan kakak-kakak yang suka gelakkan adik-adik naive like me. HAHAHA. Saya selalu terkesima selepas siap memasak. Sebab rasa dia selalunya surprise. Sebab bila memasak, saya punya expectation rendah. Saya macam harap benda tersebut boleh dimakan. Tak harap dia menjadi-jadi sangat. Tapi tuah ayam nampak di kaki, tuah Chika nampak di kaki juga wtf. HAHAHAH. Bertuah betul ah tangan I sebab selalu masak dan sedap. Err. Mempuji diri macam perbuatan tidak bersalah sangatlah bukan?
Saya harap lain kali Chika Dolce Vita (eh ni bukan nama sambal terung ke tadi apsal Chef pon pakai nama neh juga?HAHAHA) lain kali tidak membiarkan terung bergelimpangan atas pinggan. Bawak-bawaklah menyusun terung dan sedikit dekorasi sebelum dipertunjukkan kepada pembaca yang manis sekelian.

Selepas memasak sambal terung dengan keringat dan pakai peluh petani (tipu sangat musim sejuk nak berpeluh petani bagai), saya seterusnya memasak ayam masak lemak pula. Wah, begitu terror. Sekarang kakak-kakak kaki gelak depan laptop dah boleh berhenti ketawa dan boleh kagum dengan I sekarang. I suruh. HAHAHAHA.
Err. Kejaplah. Bila husband membaca entry ini esok pagi, I macam ada chance nak kena cekik je. HAHAHAHA.
Err. Sebenarnya masak lemak ini suami saya masak. KAH KAH KAH. Sayang I Love You. Okay bye.

Sekarang cakap ah kurma neh pon kau masak jugak, Chika? HAHAHA. Selamat berbuka puasa. Belilah kurma berkualiti supaya tidak berat hati untuk berbuka puasa bersamanya. Kang kalau keras kang, habis malas nak makan. Habis tak dapat pahala sunat sebagaimana saranan Nabi SAW. Kurma kurma! *macam perempuan Arab pakai jubah berdebu-debu jual kurma bawah Jabbal Rahmah* HAHAHA. Ceh ada hati nak jual kurma di Mekah. Chika neh perangai dia makin lama makin menyedihkan I tengok T___T
Tukar topik.
Malam ini adalah malam Yoyooh Blogger Award di Dataran Titiwangsa, Kuala Lumpur. Memandangkan saya berada di Dataran Brisbane (bukan nama sebenar), maka tak dapatlah saya menghadirinya.Tiada pula dapat menghantar wakil sebagaimana yang diminta oleh pihak Yoyooh.com. Itulah dia bila dapat readers manis, sopan, ayu dan pemalu. Semua malu nak pergi pastu cakap ‘Chika, I nak sangat wakilkan you tapi I seganla,’ Tak apa. I bagi chance pergi makan free pon tak mahu. Anda memang. HAHAHA.
Terima kasih sebab menyertakan nurulism.com dalam pencalonan untuk 2 kategori. Itu pon dah kira terror dah. Dari kejauhan ini, saya mendoakan supaya majlis tersebut berjalan dengan lancar. Insyaallah. Tahniah kepada para pemenang. Yang tidak menang (macam I kahkahkah) please try again (suara mesin). Eh tak tak. Keputusan dia saya pon tak tahu lagi tapi saya dah ramalkan dah. Ewah. Bukan saja terror bermain bowling di Pusat Sukan Sendiri, malah pandai memasak Sambal Terung Bergelimpangan dan juga pandai membuat ramalan. KAH KAH KAH. Siapa mesej I lepasni suruh ramalkan nombor ekor, siap dia.
Tukar topik lagi.
Suami saya bekerja malam minggu ini. Tidak best tidak best. Tapi yang best dia, the next week akan cuti selama satu minggu hoooorayyyyy. Kita akan mengukur tanah keliling Queensland okek. Cukup-cukuplah kita bersukan di ruang tamu secara Wii. Kita perlu menikmati tiupan angin Queensland juga pastu kalau nak sangat, kita buat bunyi Wiiiii sepanjang highway Brisbane. Kita juga perlu menikmati masakan di restoran tempatan. HAHAHA.
I pilu lah malam-malam kena tidur sendirian macam tak ada orang nak kawan dengan dia. Tak sabar nak tunggu jam 8 pagi esok. Menanti kepulangan Dr. Ahmad Naruto dari kerjaan. Semoga malam ini tiada penduduk yang sakit-sakit so that my husband can catch up on his good sleep. Ewah. Neh hospital kah atau hotel neh? Apsal ada tidur-tidur pulak? HAHAHAH.
”Pulanglah kerna akulah…. kekasihmu”
-Fransisca Peter.
Tetiba ada soundtrack sikit. Atau dalam kata lain, patut menghentikan entry sekarang jugak sebelum buruk padahnya.
Posted by chika under
Uncategorized

I’ll blog about this tomorrow
T____T
Pilu malam ini suami bekerja.
Here without you.
Sengaja touching.
Posted by chika under
makan,
recipes Malam ini saya teringin berkongsi resipi dengan pembaca. Please terima entry ini dengan hati terbuka walaupon rasa macam I tak layak bagi resipi. Tapi I teringin. HAHA. Tapi I rasa semua patut buat muka ekspresi WOW sebab terkejut sebab saya ada hati nak buat entry memasak beserta resipi. Selama inikan I suka berlagak menunjuk masakan sahaja. Tapi kali ini saya teringin nak menunjuk cara-cara memasak sekali. Bagi ah chance.
Sebelum itu. Saya ingin kongsikan perasaan memasak saya. Saya suka memasak. Tapi dulu saya tak suka. Sebab saya rasa memasak adalah leceh dan tidak gerek. Macam perbuatan patut elak tapi tidak lagi kini. Ewah. Saya mendapati bahawa memasak adalah perbuatan hebat what the fun. Namun, apa yang diperlukan paling banyak sebelum memasak ialah keyakinan. Kalau tak yakin, sumpah berasa sedih nak memasak. Oleh itu, saya akan memberikan keyakinan kepada anda terlebih dahulu sebelum anda mengikuti rancangan memasak MasterChef ini. Eceh. Ada hati tu. Tak apa.
Eh lupa cakap. Entry ini sesuai untuk beginner atau gadis dan teruna belum pandai masak (like me) tapi ada hati nak masak. Juga untuk merangsang teruna dara malas atau takut masak untuk memasak. Bagi tukang masak hebat, okay ah jangan gelakkan I depan laptop tu. Support lah beginner macam I neh. HAHAHA. Eh kakak yang gelakkan I tu, memang ah dia.
Saya nak provide keyakinan untuk anda terlebih dahulu. Begini. Saya tak pandai langsung memasak sup. Masak sardin I memang hustler, Jamie Oliver punya sardin pon belum tentu hebat macam I punya. Yang ini I confirm betul. HAHA. Tapi tentang sup, seriously I have no idea at all. Ada rempah lah, kena rebuslah, pastu kena cuci ayam lah omaigod . Tapi saya kempunan nak makan sup ayam. Apalagi, hubungi emak di tanah air. Emak macam biasa. Begitu seronok bila anak call mintak resipi. Semangat betul huh. Sejujurnya, saya rasa boring betul ah bila mendengar ingredient dia yang tak sudah-sudah. Pastu I pening dengar pasal rempah. Tell you what, saya mana kenal rempah. Cari sup bunjut keliling kawasan ini tapi tak jumpa. Nak tak nak kena tingkatkan IQ main teka-teka rempah. Dah ah semua rempah kasi nama English. Makin fed up rasa. Tapi saya usaha. Akhirnya saya figure out juga kesemua rempah. Ditambah pula dengan pengetahuan yang dikumpul dari rancangan kegemaran kami ; MasterChef Australia. HAHAHA. Begitulah kisah motivasi ini. Tolong rasa termotivasi heh. Sekarang anda kena tahu, kalau Si Naif ini pon boleh, anda pasti boleh juga T_______T Sekali lagi, I bercakap kepada teruna dara yang tidak tahu memasak sup okek.
Kita mulakan rancangan MasterChef sekarang juga.
Menu : Sup Ayam Untuk Jiwa
Menu : Chicken Soup For The Soul
*Menu ini untuk persediaan setengah ekor ayam
Bahan-Bahan/ Ingredients :

Sebijik lengkuas (atau pinjam seinci dua dari jiran nanti kalau dah beli pulangkan balik tiga inci sebagai saguhati) Oh lupa buat dwibahasa. In English dipanggil galangal. Kalau tak kenal lengkuas tak apa. Takyah rasa jatuh maruah sebab chef pon baru kenal lengkuas semalam. Itu pon selepas diskusi panjang dengan emak di talian. Pastu yakinkan diri dengan bantuan Google Image.
2 bijik halia (Ni takyah pinjam jiran sebab nak pakai banyak sangat takkan nak pinjam, malu). Ginger.
3 bijik bawang besar / onion. Bawang kalau tak kenal, memang ah. Dah ah takyah masak ah kalau tak kenal bawang. Nak kena tu dia.
3 atau 4 ulas bawang putih / garlic
Pastilah ayam. Menu ini menggunakan setengah ekor ayam. Chicken. Bukan hot chick.

Rempah-ratus kebanggaan Melayu.
Kulit kayu manis. Cinnamon.
Bunga cengkih. Cloves. (Saya confuse antara cengkih dengan lawang)
Bunga lawang. Star Anise. (Saya confuse antara lawang dengan cengkih. Saya tenung dia sampai juling semalam akhirnya saya kenal dah. HAHA)
Buah pelaga. Cardamom (Semalam saya tak ada buah pelaga. Saya gantikan dengan buah tembikai. Eh tak tak. I tipu je. I biarkan dia tak ada. Tak menjejaskan pon. HAHA)
Dan juga pastinya bahan-bahan common yang lainnya seperti :
Minyak (oil), Garam (salt), Air (water) dan MSG (tak baik langsung untuk kesihatan, takyah pakai ah. I tak pakai pon sebab takut dengan husband HAHA)
Juga bahan-bahan penyelamat (eh ada juga? Ada. Kalau nak hidup kena pandai buat helah) :
Lada sulah (white pepper), Stok ayam (chicken stock) dan MSG (HAHAHAHA. Kalau dah terdesak sangat sampai tak boleh tolong dah, kau curah ah MSG sambil tutup mata macam dia tertumpah sikit ke apa)
Baiklah. Sekarang kita dah boleh mula memasak dah. Penat I membebel sebelum memasak tadi. Err. Chef memang like this. Cakap banyak sebelum buat. HEHE.
1.
Rebus ayam yang telah dicuci dengan air mutlak (atau air suci lagi menyucikan yang lain KAH KAH KAH)

Rebus bersama seketul halia dan seinci dua lengkuas. Nanti akan menghasilkan bau yang agak sedap. Bermakna, bukan bau hanyir ayam. Biarkan saja dia mendidih-didih sehingga masak kelak.
2.
Sementara merebus ayam, anda takyah ah pergi bermain Wii ke apa. Ada baiknya isi masa yang ada dengan memotong bawang besar, bawang putih, halia (sebanyak sebijik besar itu. Memang masak sup kena banyak halia barulah pekat dan lazat macam sup emak-emak)

Potonglah secara halus dan kalau boleh bagi nampak ada seni. Jangan potong dia main tikam-tikam, cannot. Memotong bawang memang akan menyiksakan biji mata. Mintalah bantuan suami atau adek-beradek secara membodek halus. Tapi lebih steady kalau potong sendiri. Pastu menangislah tersedu-sedan di dapur sampai berhingus. Eh jangan biarkan berhingus. Jaga sanitary di ruang memasak. Itu penting untuk kebersihan dan kesihatan.
3.
Keluarkan senjata memasak anda. Eceh. Mana ada senjata memasak. Keluarkan rempah-ratus kebanggaan kita semua. Ambil sebatang kulit kayu manis sahaja. Bersama 2 kuntum bunga lawang (star anise) dan 4 bijik bunga cengkih. Jangan sampai berlebihan. Nanti rasa dia terlalu kuat sampai anda tak sanggup nak makan sup anda kelak T___T

Kenapa rendam? Tak ada sebab. I rendam tanpa nasihat siapa-siapa. KAH KAH KAH.
4.
Setelah ayam yang direbus bersama halia dan lengkuas tadi kelihatan sudah mula masak dagingnya, anda bolehlah membuka kuali yang baru untuk kerja menumis. Ingat. Mulakan menumis semasa ayam rebusan mula masak.

Tumiskan bawang-bawang, halia dan rempah ratus yang telah disediakan tadi. Aroma akan mula menyelinap ke dalam deria bau anda. Sungguh sensasi dan menggoda. Suami tergoda phewwit phewwit. Maaf, Chef anda kali ini memang kuat melatah orangnya. Anyway, tumiskan sampai bawang betul-betul masak. Tumislah lama sikit dengan kesabaran yang jitu. Diingatkan juga, minyak yang digunakan perlulah secara berpatutan. Jangan terlalu banyak, nanti sup menjadi sangat oily. Not good for your health.
5.
Sesekali, jenguk-jenguklah apa khabar dengan ayam. Sudah masakkah isi dia? Atau sudah hidup balikkah ayam tersebut &%$@!&$@ Sekiranya ayam sudah kelihatan cantek sekali dagingnya dan kelihatan seperti sudah masak, masukkan garam secukup rasa. Kemudiannya, masukkan bahan-bahan yang ditumis tadi ke dalam air rebusan ayam.

Jangan teragak-agak. Masukkan sahaja bahan yang ditumis tadi dan kacau. Kacau dengan berhemah. Jangan samseng di dapur. Buat kerja dengan teliti sekali. Biarkan dia mendidih-didih. Jangan pedulikan dia.
Mulakan kerja mencuba-cuba rasa. Pada mulanya, anda mungkin kecewa dan berasa kecundang dengan sup ayam anda. Sebab rasa dia semacam cair what the heeeeels. Jangan panic. Jangan jadi seperti chef anda semalam. Belum-belum lagi dah nak crying a river disebabkan sup dia cair. Pastu frust sampai cakap tak nak masak dah. HAHA. Sikap ini adalah teladan yang buruk jadikan sempadan. Jangan cepat putus asa semasa memasak. HAHAHA.
Biarkan ayam dan bahan yang ditumis itu mendidih bersama-sama di dalam periuk. Gaul-gaul sikit. Biarkan agak lama untuk memberi masa kepada rempah ratus dan bahan-bahan lain bersatu dengan kuah rebusan ayam tadi. Banyakkan bersabar. Makin lama, rasa dia akan makin pekat. Dan pipi anda akan mula memerah. Wajah anda akan mula glowing dan hidung terkembang tanpa sedar. Sebab sup anda sudah menjadi seperti sup rasanya. Kekecewaan sebab sup cair tadi sudah diatasi. Kalau rasa tak yakin, boleh adjust dengan garam. Atau buatlah helah menggunakan bahan-bahan penyelamat yang I cakapkan tadi. Tapi kalau tak perlu bahan penyelamat, dah ah. Takyah pakai.

Tahniah! Sup anda telah berjaya. Anda boleh bangga dah sekarang. Boleh tukar status Facebook anda untuk berlagak sup ayam =D
6.

Hiasilah dengan daun sup dan bawang goreng. Kalau nak berlagak macam Jamie Oliver atau nak feeling feeling macam MasterChef, petiklah daun sup dari pokok yang anda beli di Coles (like me) HAHA. Sumpah taknak kalah pakai daun sup petik-petik dari pokok. Eh ini lebih fresh, tahu. Dan meningkatkan semangat di dapur.

Daun sup bersama baby spinach. Kita ulam dia.

Makan bersama nasik. Yummy.

Malah boleh makan untuk breakfast hari esok. Bersama secawan nescafe panas. HAHA. Teruja sangat dengan sup ayam sendiri sampai breakfast pon makan nasik T___T Kesian kat I.

Dan juga untuk dinner omaigod!
Lihat. Sup ayam telah diolah dan dikolaborasikan bersama garlic bread untuk makan malam. Begitu delicious I malas nak cakap lebih-lebih dah.
I paksa semua orang cuba.
HAHA.
Suka hati dia je.
Testimonial dari suami dan adek lelaki saya; mereka kata sup ini menjadi dan begitu sedap. Saya pon setuju. HAHAHA. Eh I tak menipu heh. Memang menjadi sampai I tak percaya. Terkesima I. Saya punya harapan, nak bagi dia ala-ala ada rasa sup pon bolehlah. Namun keajaiban di ditu bila rasa dia memang begitu sup ayam. Maka I namakan ini sebagai Chicken Soup For The Soul. Sorry, I memang tiru nama buku. HAHAHAHA. Saya gembira betul dengan kejayaan ini. I love cooking.
Chika, apsal macam senang je buat sup neh? KAH KAH KAH. Memang ah senang. Tapi saya dah putar belit entry neh dengan ayat-ayat membazir untuk menampakkan dia macam susah. So that anda lebih kagum dengan I. Padahal tak payah kagum sangat T____T Sengaja saya panjangkan pembuatan dia. Well, perfect.