Archive for July, 2009

KOTEX MEMAHAMI WANITA

Posted by chika under Advertorial

THIS IS A STICKY MODE ENTRY.

THIS ENTRY WILL BE ON TOP FOR 48 HOURS.
New entries? Please scroll down, sweetheart!

ENTRY TERPENTING BUAT WANITA.
TIDAK DIGALAKKAN SKIP SAMA SEKALI
KALAU TAK RUGI. I BET.

Bilakah kali pertama anda didatangi HAID? Please jangan mengaku anda tak ingat heh. Kalau tak ingat juga pergi tanya emak sebab emak pasti ingat. Kenangan ada anak kecil menjadi anak dara mestilah emak tak akan lupa HAHA. Mana mungkin tidak ingat. Hari itu sepatutnya menjadi nostalgia simpanan abadi anda! Bilakah pula kali pertama anda berasa diri anda benar-benar WANITA? Err… bagaimana pula dengan pengalaman kali pertama anda cuba-cuba mengenali VAGINA? Oooopss… Vagina? Eh boleh ke cakap pasal Vagina secara terbuka semacam ini? Bukankah ia perbuatan terlarang? Mana ada!

I akan buat kali ini. Bercakap tentang Vagina, Seks, Period dan kesemua anggota tubuh wanita tanpa segan silu. Malah akan mengajak anda semua menjadi lebih terbuka dan berbangga mengenainya. Ewah. I akan buat sekarang.

Saya didatangi TEMAN BAIK yang pertama ketika berusia 11 tahun. Eh comelnya panggil haid sebagai ‘teman baik’. Anda bayangkan (sekarang, bayangkan!) bagaimanakah kanak-kanak perempuan comel rambut hitam pekat itu mengalami menstruasi pertamanya pada usia sekecil itu. Menstruasi bukan setakat pendarahan yang keluar dari alat sulit (menakjubkan!) malah disertakan dengan senggugut, gangguan emosi dan juga masalah sampingan seperti kena pakai pad sedangkan nak pergi join rakan-rakan sebaya bermain teng-teng. Dahlah ada banyak jenis pad. Siang, malam, nipis, tebal, bersayap, tidak bersayap dan sebagainya. The one with ‘sayap’ can make girls fly huh? Semua ini aneh.

HOW?

Sebagai wanita yang cuba memahami wanita (eceh), I akan berkongsi detik-detik menerima kunjungan TEMAN BAIK serta belenggu jiwa yang I hadapi. HAHAHA. Eh takyah gelak heh. Saya dengan suka hatinya akan mensenaraikan belenggu jiwa yang dihadapai oleh saya, anda, anak anda, rakan anda, isteri atau teman wanita anda masa awal-awal menerima haid sehinggalah kini ;

  • Sering terbelenggu dengan persoalan ; Kenapa mesti haid? Kalau takyah haid , boleh? Ketika itu rasa macam menolak kenyataan sebab tak faham konsep menstruasi dalam diri wanita.
  • Senggugut. Sumpah sakit tak tahu nak cerita macam mana. Kalau lelaki terfikir senggugut itu adalah sakit macam tersepak bola tak masuk gol tapi terkena kepala rakan, oh itu salah! Sakit senggut itu sakit secara sangat (omaigod) sampai tak boleh nak explain dah. HAHA.
  • Mengalami konflik emosi secara mendadak. Macam boleh mengamuk menterbalikkan rumah dengan sebelah tangan sahaja (just like Superman, contoh) hanya disebabkan perkara kecil. Contoh ; mengamuk dahsyat bila rakan terpijak kasut sekolah yang baru dikapur putih-putih. Nak kena tu dia. Dan juga mudah berasa sedih atau hilang perhatian. Pastu menangis di hujung bucu tunggu simpati datang.
  • Perubahan aneh-aneh.Contohnya suara tiba-tiba lunak merdu. Tiba-tiba jadi pemalu padahal sebelum ini tidak berapa nak malu. Pinggang menjadi lebih langsing daripada biasa. Bahagian ini memang favourite I menjelang detik-detik keremajaan. Memiliki pinggang ramping, suara merdu dengan payudara idaman siapa yang tidak berasa cemerlang? HAHAHA. Eh jangan gelak. Kan I dah cakap tadi, ini topic penting tolong bagi perhatian heh.
  • Berasa semakin curious dengan bentuk tubuh, menjadi lebih ghairah untuk mengetahui isu-isu kewanitaan, seksual, malah menyimpan perasaan minat kepada ketua pengawas (contoh). Tapi simpan dalam hati kerana perkara ini dianggap sensitive, tak boleh kongsi atau meluahkan kepada siapa-siapa. Khuatir dengan penerimaan rakan mahupun keluarga sendiri.
  • Ingin tahu sangat tentang saudari V.Eh siapa pulak neh Saudari V? Memperkenalkan, Vagina. HAHAHA. Berasa aneh tentang bahagian sulit yang itu. Namun, oooopss… Ini macam perkara terlarang, tak boleh bercakap mengenainya!

Tidak lagi! Sekarang semua kita berhak mengetahui dan mempersoalkan tentang perkara-perkara ini secara terbuka. Tak percaya? Tengok ni I tengah cakap pasal Vagina dan Seks ni. Banyak kali dah I sebut Vagina dalam blog T______T Sebab sekarang, saya tahu bahawa bercakap mengenainya bukan satu kesalahan. Saya juga tahu, bahawa saya boleh menyoal apa sekalipon sebab dah tahu dah siapa yang akan menjawapnya. Jadi hari ini, saya nak anda semua pon memiliki sepenuhnya hak anda sebagai wanita dalam mengenali kewanitaan anda.

Kotex kini melancarkan WEBSITE dengan kandungan terbaru yang lebih infomatif bagi wanita. Hoooray! Kena Hooorayyy! sebab ini berita baik untuk wanita yang suka curious tapi selalu malang sebab soalan-soalan semua dianggap perkara terlarang T___T Kotex kali ini tampil lebih budiman (gentleman) sebab bukan sahaja kasi peluang kepada wanita untuk explore kewanitaan, malah boleh tumpangkan bahu buat anda mengenang nasib sebagai wanita yang curious.

Klik untuk paparan sebenar yang mengujakan!

I bet semua gadis (eh emak gadis sekali) mesti excited dengan gaya rupa website terbaru kotex ini. Begitu funky and splashing! Sesuai sangat untuk menambat hati gadis-gadis remaja untuk hang out lama-lama menimba ilmu kewanitaan bersama Kotex. Sumpah I tell you, the look of the website itself is interesting enough. Dah ah ada bunyi like chime ! chime! chime! everytime you browse your cursor over the website. Excited wanita ini dibuatnya. Kotex pandai tahu. Buat bunyi chime chime chime pon dah menambat hati wanita like me. Eceh.

Sumpah I teruja dengan kandungan baru KOTEX.COM.MY

Ceria. Sampai buat I spend masa berjam-jam menghadap website tersebut.Tidak bosan langsung.

Informative. Contoh : Boleh tahu bahawa fungsi pad bersayap memang memberi peluang kepada wanita untuk ‘terbang’ bebas melakukan apa sahaja aktiviti cergas di siang hari pada hari-hari menstruasi. Selain itu, I dah figure out beberapa perkara menakjubkan tentang tubuh badan I. Err. Maksudnya, tubuh badan kita semua sebagai wanita. Malah setelah mengunjungi kotex.com.my, semakin sayang I dengan tubuh badan ini. Untuk dikongsikan :

  • Didatangi HAID adalah suatu kebanggaan.Mengapa?Kotex boleh jawapkan.
  • Melakukan hubungan seksual dengan teman lelaki semasa didatangi Haid?Anda ingatkan ia selamat, tiba-tiba disahkan hamil pula. Opps.
  • Vagina itu lebih dari sekadar bahagian berbentuk V. Anda lebih menghargai kewanitaan anda, sekiranya anda mengenali bahagian V anda. Explore diri anda! Kenali Vagina anda. Ia bukan satu kesalahan. Ianya fun!
  • Bercakap soal seks secara terbuka satu perbuatan lucah? Eh mana ada. Jom jom cepat kita bercakap tentang seks. Cepat sikit, I tahu ini peluang yang sudah lama kita semua nantikan. Eh tidak excited ke diajak berbual tentang seks secara tidak bersalah? Takyah pura-pura lagi, I galakkan semua bercakap tentang seks. JOM CEPAT
  • Hilang dara? Padahal tidak pernah ditebuk tupai. Jangan rasa macam dunia ini sudah terbalik. Bertenang. Kotex kan ada, boleh tolong jawap dan tumpangkan bahu buat anda. Hayyoh, very gentleman.

Bahasa yang begitu funky dan dekat dengan wanita.Tidak seperti membaca kebanyakkan buku biology dengan barisan ayat kuasa tinggi yang akhirnya buat kita makin tak faham. Dengan kotex.com.my, semua info pon laju sahaja masuk dalam kepala. Personally, antara ayat yang I suka sangat wtfun ialah : Haid bukanlah terjadi kerana wanita banyak minum air sirap pada siang hari. Wutta Fun! HAHAHAHA. I suruh semua rakan gadis dan kewanitaan I mengunjungi kotex.com.my sekarang! Now, I cakap now!

Wanita kan, tak habis-habis bimbang tentang saiz badan dan ingin nampak cantik setiap masa. Mencalit lipgloss setiap 17 minit, menyapu bedak asas setiap beberapa jam sekali dan menyembur wangian ke badan untuk tampil sempurna. Tapi itu tidak cukup, girls! Tidak cukup kalau sebenarnya anda tidak mengenali tubuh badan anda dengan betul. Menyembur perfume setiap sepuluh minit untuk berbau harum, tapi hakikatnya tidak tahu tentang fakta BAU BADAN WANITA. Oh my god. Cannot cannot. Eh berapa dalamkah kau orang mengenali tubuh badan sendiri? Pernah terfikir tentang ini? Atau hanya tahu bahawa haid itu sejenis pendarahan yang keluar melalui vagina tapi vagina itu apa? Ataupon hanya tahu bahawa aktiviti seksual akan menyebabkan kehamilan. Habis kalau tak hamil, tak apa?

Apakata, kita menguji BODYLIFE IQ kita.

BODYLIFE IQ?

Sejenis pengetahuan tentang tubuh badan dan perkembangan emosi kewanitaan. Kebanyakkan kita membesar sebagai wanita tapi tak pasti pon apakah dia kewanitaan Sebab kita didatangi haid, maka kita wanita? Sebab kita mempunyai vagina dan saiz payudara yang membesar kita adalah wanita? Kita mengalami haid setiap bulan tetapi tidak peka tentang fenomena haid yang sebenar sedangkan ianya kejadian yang menarik. Kita juga sometimes tidak tahu macam mana nak kawal emosi. Berdepan dengan konflik dalam perhubungan lelaki dan wanita. Konflik rakan sebaya malah untuk berhadapan dengan boss. Wah, banyak betul perkara kewanitaan yang kita tidak ambil pusing.

Ujilah pengetahuan anda denga bermain game TENTANG GADIS! Ewah, habis kalau dah tak gadis? T___T Jangan bersedih, usia tidak pernah menentukan tahap pengetahuan anda. Yang menentukannya adalah persediaan anda untuk belajar.

Kan saya dah cakap. Website dia memang funky dan fun. Nampak gadis tidak berpakaian di atas? Tolonglah dia mendapatkan pakaian untuk menjadi perempuan cantik. Makin banyak pengetahuan anda tentang tubuh badan dan persoalan kewanitaan, makin cantik gadis itu nanti. I dah cantikkan gadis I. Macam ini :

I nak anda semua pula tayangkan gambar kewanitaan anda yang cantik sebagaimana yang I dah buat itu. Memang fun. Sambil anda melayari website tersebut, anda akan tidak henti-henti melafazkan : Ohhhh. Sekarang baru faham. Kasihan perempuan macam I ini. Sudah 23 tahun pon belum tahu banyak perkara tentang tubuh badan sendiri, tentang konflik wanita dan cara mengatasinya.

KENAPA KENA TAHU?

Selama ini saya tidak berapa tahu tentang tubuh badan pon, tapi saya masih mempunyai kitaran haid yang baik. Saya masih boleh hamil dan sekarang sudah beranak-pinak pon. Saya tidak pernah tahu tentang bahagian-bahagian vagina pon, saya tetap seorang wanita. Why should I know?

Mungkin anda bertanya seperti itulah bukan? Anda akan lebih menghargai kehidupan anda sekiranya anda memahami lebih banyak perkara. Anda akan lebih menghargai kehamilan, haid dan mungkin lebih bersyukur dengan bentuk tubuh anda sekiranya anda memahami tubuh badan dan emosi anda. Kekuatan IQ itu penting.

Budaya kita menjadikan persoalan-persoalan sebegini satu perkara terlarang. Remaja biasanya takut nak berbincang dengan emak tentang teman lelaki. Nak kena? Remaja juga dilarang bercakap mengenai seks sampaikan kebanyakkan kita membesar dalam keraguan. Mestilah. Dah la curious, tapi tak ada siapa nak bantu. Sengsara dibuatnya. Namun, dengan adanya pendidikan seks dan saluran maklumat yang terbuka sebegini secara berhemah, kita dapat membantu mewujudkan environment yang lagi baik. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta (eceh) Macam first time I bagi pepatah yang sesuai untuk pembaca T____T terharu.

Persoalan yang selalu membelenggu remaja:

  • Kalau teman lelaki ajak buat seks?Tolak kerana takut ataupon terima kerana cinta?
  • Buat seks semasa haid lah. Tidak akan hamil, jadi akan selamat dari pengetahuan siapa-siapa. Opppss. Hati-hati. Ini mungkin tidak benar sama sekali.
  • Banyaknya discharge pada alat sulit!Saya takut! Ini sehat ke?

  • Saya jatuh cinta dengan ketua kelas. Tapi saya malu. Kalau emak tahu, nahas!
  • Saya nak tahu sangat tentang rupa vagina. Tapi kalau saya mencari tentangnya, nanti dituduh sebagai lucah oleh rakan-rakan. How?

  • Saya tidak tahu hendak meluahkan ini pada siapa. Persoalan ini harus disimpan dalam hati T___T

Tidak sama sekali! Kini, kita juga boleh mendapatkan buku TENTANG GADIS menerusi kotex.com.my. Eh kena beli ke?

  • Takyah beli. Ianya percuma untuk wanita-wanita kesayangan semua. Boleh muat turun dengan senang hati tanpa ragu-ragu dari kotex.com.my Percuma percuma! Apa yang anda perlu lakukan, hanya klik ke kotex.com.my dan mendaftar sebagai ahli kotex. Perfect. Sekarang anda dah boleh muat turun. Boleh simpan sebagai koleksi buku rujukan tersayang. Peluk erat dakap dalam dada bagaikan anda mendakap tubuh badan anda sendiri. Ewah. Begitu dahsyat.
  • Berbahasa Melayu sepenuhnya! Hoooooray. Dan ingat apa I cakap tadi. Bahasa yang funky dan mudah sangat masuk dalam ingatan kita. Dijamin faham. Siapa tak faham, tak tahulah (-_-‘’)
  • Disertakan dengan gambarajah menarik yang pasti kita nak sangat saksikan setelah sekian lama T_____T I bergurau sahaja. Eh tak tak. Ianya benar. Tak peracya? Biar saya tunjukkan sikit snapshot hangat untuk anda.

Pengetahuan yang kita nak sangat tahu 1

Pengetahuan yang kita nak sangat tahu 2

Pengetahuan yang kita nak sangat tahu 3.

Eh kenapa gambar ditapis? Tadi cakap kita berhak mengenali tubuh kita. HAHAHA. Tak akanlah nak bagi I tunjukkan semua kandungan buku TENTANG GADIS kepada anda. Anda muat turun lah untuk diri anda sendiri! Dan meneroka tubuh dan emosi anda semahu-mahunya.

Sekali lagi, kunjungilah KOTEX.COM.MY.Macam-macam isu dan topik lain yang kita nak sangat tahu ada di sana. I bet, you will love the contents. It’ll help you a lot. Habis, bagaimana pula dengan pembaca lelaki? Kami patut masuk ke sana juga atau buat-buat tidak Nampak? HAHAHA. Tiada salahnya bagi lelaki untuk mempunyai pengatahuan tentang wanita. Kerana dengan kefahaman ini, lelaki dapat membantu wanita dan mewujudkan suasana kehidupan yang lebih harmoni. Eh I recommend untuk pembaca lelaki juga. I recommend. Lelaki kena tahu (wajib tahu!) bahawa konflik keremajaan di kalangan wanita ada kalanya dipengaruhi oleh sikap lelaki. Apalagi, menderulah ke KOTEX.COM.MY sekarang.

Jadilah wanita yang bahagia dengan mengenali tubuh badan dan emosi anda. Dunia ini akan menjadi satu tempat yang lebih baik sekiranya kita semua lebih memahami diri masing-masing. Langkah ke SINI untuk berbangga dengan kewanitaanmu.

Kerana kotex memahami wanita dan mahukan wanita juga turut memahaminya.

*credit pictures to kotex.com.my*

MANLY HARBOUR : SEASON FINALE

Posted by chika under makan

Tajuk SEASON FINALE tu saya terpengaruh dengan episod MERLIN tadi T___T. Macam biasa, tah apa-apa tah. Husband ajak accompany dia menonton MERLIN final episode tadi, saya turun bawah pergi tidur dalam dakapan suami. Nyaman betul ah I malas nak cakap lebih. KAH KAH KAH. Bila husband pergi kerja pukul 8.45 malam, terus malas nak tidur dah. Berdua lebih baik what the hell. Sumpa benci bila tulis BERDUA LEBIH BAIK ke apatah macam budak sekolah tingkatan 3 baru belajar main ayat. Apatah aku merepek neh.

Semalam bercerita tentang kejadian menangkap dua ekor ikan dengan perasaan penuh perasaan (ayat ini macam biasa dipengaruhi oleh cikgu Muthu) Balik saja rumah, tidak tunggu lama. Terus Ijat siang dia bersih-bersih. Kita goreng dia!

Cis sedap pulak kau neh. Err. Tak berapa nak tahulah kalau memang ikan tersebut dikenali ramai sebagai sedap ataupon terjadi sedap atas faktor nilai ke apa. Maklumlah ikan pancing sendiri dengan rezeki tidak berbelah bagi. Mana sanggup nak cakap tak sedap. Makanlah kami sekeluarga ini beserta air mata T______T Bukan sebab sedih ikan dua ketul makan bertiga macam kais pagi makan pagi, kais malam makan bayam (eh comel bila main-mainkan pepatah) Tapi menangis terharu sebab makan ikan tangkapan sendiri. Nikmat dia lain macam. Macam kalau kau makan laju-laju nanti kau tak feel pastu dah rugi dah. Sebab itu makan sikit-sikit. Cubit sikit-sikit sampai kadang-kadang tak rasa macam makan ikan. Macam tak makan apa-apa. KAH KAH KAH. Walaupon ayat ini disertakan dengan ketawa berdekah-dekah, percayalah yang ikan tersebut memang sedap. Tak larat nak cakap banyak dah. Kang habis bagi ulang ayat ikan sedap ikan sedap ikan sedap sampai anda rasa tertipu.

Ini tak boleh jadi. Harus ke Wynnum again untuk menangkap ikan itu lagi. Kalau dapat makan 4 ekor seorang baru dikira memakan ikan. Saya pilih angka 4 sebab itu nombor kegemaran walaupon orang cina cakap nombor tersebut sangat ah tak bertuah. Nanti kalau membeli Mercedes sendiri (ceh ada hati kau!) saya bagi dia lanyak nombor NRL 4444. Habis kasi pemandu cina takut nak follow dari depan mahupon belakang, I buat jalan raya macam I punya seorang. gagagagaga sumpah cerdik. Sejak bilakah kita tersampai cerita membeli Mercedes 4444 neh? *confuse*

Bolehkah I mentukar topik secara mendadak? Macam terbosan-bosan bercakap tentang fishing sahaja. Seminggu ini tak ada topik lain dah dalam rumah ini asyik fishing sahaja. Pagi tadi husband balik dari kerjaan pon membawa dua fishing rod. Next pula sudah plan nak buat deep sea fishing insyaallah. Okay kita jangan cakap pasal fishing lagi I larang siapa-siapa bercakap pasal fishing sekarang. KAH KAH KAH

Tukar topik.

Dua hari neh ketagih meminum ice cream blended. Sungguh thrill menikmati segelas ice cream blended pada musim sejuk. Efek dia sampai ke jantung dan terus ke otak. HAHAHAHA.

Ice cream vanila dengan strawberry. Memang kombinasi terbaik. Macam ketagih aku dibuatnya.

Cara nak buat senang sahaja. Even boleh dibuat semasa menutup mata. Tapi jangan menutup mata hati itu tak baik. Apa yang anda perlukan hanyalah ice cream vanila (beli ice cream murahan jenama Tesco pon boleh sebab hasil dia nanti tidak berciri Tesco sebaliknya setanding dengan Walls ececeh) Kemudiannya, buah-buahan yang bersesuaian. Seperti strawberry, banana, atau limau. Buah-buahan exotic macam durian, nangka atau cempedak errr…. I tak galakkan. Lepastu, anda memerlukan blender. Kalau tak ada blender boleh pinjam dari rumah sebelah lepas itu pulangkan sekali beserta segelas minuman sedap ini mesti jiran bagi pinjam lagi next time T___T sumpah aku memang pandai panjangkan entry padahal dah nak habis dah entry neh.

Okay okay. Blend sahaja icre cream vanila dengan buah-buahan pilihan anda. Strawberry adalah kombinasi terbaik. Selepas itu, nikmatilah dengan deria rasa yang dianugerahi Allah.

Eh sumpah gian nak buat macam ini selalu.

Secara tiba-tibanya, I tamatkan entry ini.

Manly Harbour : Fishing

Posted by chika under Travel : Australia

Semalam Friday (padahal takyah bagitahu semua orang tahu dah gagaga). Husband saya kan cuti one week kan. Husband saya tu ada perangai sedikit aneh. Dia kalau cuti tapi tak berjalan atau tak melakukan aktiviti bermanfaat dan produktif, dia akan depress. Aih, tak faham I T______T haha. Tapi sumpah comel bila dia ulang-ulang cakap yang dia depress macam orang depress sangat padahal I don’t think so. KAH KAH KAH.

I depress la Yang.

I depress la.

I depress la Yang.

I depress la.

Yup, suamiku depress KAH KAH KAH. Eh ini kelakar tahu. Paling tidak pon kena keluar pergi Coles shopping sayur ke apa. Pastu dia dah okey dah. Apsal tah perangai comel seperti ini I pon macam depress sekali ah wtfun T______T

Untuk tidak mengizinkan buah hati I (CEH gila sangat ah ayat nak halus saja sentiasa I rasa nak boxing muka Chika sekarang) Saya sambung ayat sekarang. Untuk tidak mengizinkan buah hati I mengulang-ulang perkataan I depress la banyak-banyak kali sampai isteri malas update blog (tak ada kaitan) maka semalam saya pon berbesar hati menggalakkan suami pergi fishing. Phewwww isteri ini terlalu baik gagagaga.

Tiba-tiba orang yang mendakwa depress itu excited berlebihan sebab isteri cakap jom fishing. Tiba-tiba ada orang lagi satu tumpang excited sekaki dua (dalam kata lain, my brother) Sumpah excited kedua-dua lelaki ini macam kejap lagi akan dapat ikan exotic dua tiga bakul. Tah apatah ikan exotic tu aku pon tak tahu aku cakap saja. HAHAHA. Eh ikan exotic bunyi dia macam cool ah I suka.

Australia memang cool tak menyesal migrate pergi sini bawak kain baju satu bagasi HEHE. Dulu ah satu bagasi. Nanti pulang ke tanah air dah jadi 11 bagasi I don’t know why T___T Aku merepek kejap. Mentulis entry kalau tak merepek kejap rasa macam tak boleh. Saya rasa ini sejenis penyakit. Never mind. Anyway tadi cakap Australia cool bukan? Sumpah cool I suka secara sangat. Sumpah neh bersumpah. Selain memiliki lifestyle yang releks (itupon ada orang nak depress HAHA) Australia memang indah Ya Tuhanku. Sekali lagi, tak menyesal hari itu migrate ke sini bawak baju satu bagasi. KAH KAH KAH.

Untuk menikmati syurga beli belah, takyah cakap banyak ah. Jalan dua tiga langkah pon dah boleh jumpa butik hebat-hebat. Nak mendapatkan bekalan Clinique Christian Dior ke apatah lagi cuma 10 minutes away. Kira macam kalau pukul 4 petang makeup base habis, kang pukul 6.10 petang dah dapat dah yang baru. Eh tadi cakap 10 minutes away apsal 2 jam 10 minit baru dapat yang baru? Okay ah kejap I explain.

Pukul 4 makeup base habis. Ketuk-ketuk bekas dia langsung liquid tanak keluar. Takyah menangis. Terus siap 1 jam nak keluar. HAHAHAH. SATU JAM itu minima lah bagi gadis untuk bersiap (eh gadis pulak. Bagi wanita maksud I) Pastu 10 minutes drive dah sampai dah. Lagi 1 jam pulak duduk depan counter makeup tu tadah muka bagi product consultant mengapa-apakan yang patut. Pukul 6.10 minit, bingo! Dah dapat dah barang baru. HAHAHAHAHA.

I don’t know what is the point of me explaining this to you
T__T

Crap sangat.

Saya rasa malam ini saya DEPRESS ah. Sudahhhh. Aku pulak mendakwa diri depress. Tah apa-apa ah pasangan suami isteri ini suka mendakwa depress saja. Tapi betul malam ini saya depress keterlaluan sebab husband dah back to work T__T Sebab itulah I mentulis entry kalau tak entry ini akan ditulis menjelang bulan purnama akan datang ke apatah. Lately malas goreng entry sebab sebuk goreng ikan gagagaga.

Kembali.

Selain boleh membeli-belah dengan syurga jayanya, kediaman kami juga tidak terlalu jauh dari lautan. Kira kalau nak pergi feeling feeling tepi laut setiap hari pon agak munasabah. Disebabkan hal tersebut, sudah dua hari ini kami mengulang ke laut berhampiran untuk memancing orang. Hoi hoi apa ni kau cakap memancing orang huh? HAHAHA.

Selamat datang ke MANLY HARBOUR.

Manly Harbour terletak di Wynnum. 20 minutes drive dari Brisbane City. Lautannya membiru lagi biru barangkali dari anak mata siapa-siapa yang biru (ayat loser) Dari kejauhan sudah tercium-cium bau laut yang nak kata macam bau prawn pon bukan, bau ketam apatah lagi. Tapi saya memang pening kepala ah cium bau laut terkadangnya mentusuk jantung OMG.

Terdapat jetty yang dibina untuk memancing ikan bukan memancing orang ,mind you. Sebenarnya, time kami sampai tu dalam pukul 11.30 pagi. Waktu yang agak berpatutan untuk fishing. Maka, ramailah juga pemancing-pemancing lain turun padang (tak tahu kenapa kena cakap turun padang padahal memancing turun ke laut) Macam-macam gaya dan kehebatan pon ada. Fishing rod mereka semua hebat wa cakap lu. Disertakan dengan umpan yang terbaik ah kalau ikan tengok pon pasti tak boleh tolak rezeki. Ikan sardin ah. Udang ah. Apatah lagi I don’t care.

Namun demikian, pasukan kami adalah terpaling humble. Datang membawa muka humble dengan akhlak yang baik. Fishing rod pon sedang-sedang saja. Maklumlah, beginner takyah nak angkuh kang Allah murka (eceh alasan bila belum ada fishing rod hebat) Umpan kami pon hanya mengharapkan ikan-ikan replica warna warni yang macam kalau ikan tengok pon ikan ingatkan toys dia bagi anak dia main. KAH KAH KAH. Sangat tidak complete tapi tak apa. Yang penting semangat dalam hati dah complete sangat dah.

Apalagi, hayun joran!

dsc00811

Nelayan tampan yang pernah mendakwa diri mengalami depress. Memang nak kena nelayan ini kalau dia mendakwa depress lagi menjelang hujung minggu semata-mata nak berjalan tak mahu duduk rumah tengok wife main Wii Mario Cart berpuluh-puluh round. HAHA. With love.

Izzul Haizat ini nelayan berpengalaman. Dah biasa fishing dah di tanah air. Cuma dia cakap, fishing dalam keadaan sejuk dan ditiup angin bayu kuat dingin membeku macam ini agak mensukarkan. Tapi dia nampak steady. Tapi dah tahu dah hebat. Orang steady selalu hebat. Orang tak steady dan aksi lebih (macam kakak) biasanya kurang hebat T___T

Gotchaaaaah!

Akhirnya sempurna. Eh tak tak. Belum sempurna. Akhirnya kami mendapatkan ikan pertama ever! Tahniah Ijat. Bangga ada adek lelaki seperti ini I akan hebahkan ke semua orang sekarang juga. Adek saya pandai pancing ikan saya pon nak mengaku sekarang ; I AM YOUR SISTER! Dah ah baru sampai masa itu. Tak sampai berapa minit dah dapat seekor ikan. Kau orang teka sekarang apa terjadi dengan persekitaran?

Semua orang mempandang kami (kami bangga tapi cover macam professional dah biasa dapat ikan macam dah tak heran pon dapat ikan macam itu) HAHA. Lagi menseronokkan keadaan, memancing pasukan lain dah mula panas hati.  Sebab semua mereka belum dapat-dapat lagi. Ye ah. Tengok laut bergelora ditiup angin bukan mudah untuk mempancing ikan. Ada yang dah pandang kami banyak kali. Dan paling syok tak boleh lupa, uncle yang memancing sebelah port kami. Muka sudah sentap. Eh eh.

Bila dah dapat yang pertama, kami gian nak lagi banyak ikan. Sekali lagi bangga dapat adek macam ini. Beberapa minit kemudiannya, dapat seekor lagi. Gembira sakan kami di situ. Tapi masih cover macam tak heran sangat dapat ikan padahal dalam hati jakun sangat dah.

Uncle muka sentap makin setap muka dia. Tak lama itu dia pon kemas barang dan bawak diri dari situ dengan muka yang sangat tak boleh blah. HAHAAHA. Apatah perangai orang yang fishing neh. Orang dapat ikan pon nak sentap. Anyway, dia seorang chineseman. Dia sudah lama agaknya di jetty tapi tak mendapat hasil. Tiba-tiba dapat ikan kecik yang tak dibenarkan oleh undang-undang Australia untuk dibawa pulang. Kena lepaskan semula ke laut. Sebab itu dia sentap agaknya. Dia baling ikan kecik masuk laut semula dan terus pergi dengan muka serius. HAHAHAHA. We had so much fun.

Itu hari anda semua tak puas hati bila entry Whale Watching tiada gambar whale. Untuk tidak bagi pisang berbuah dua kali, kali ini saya tayang muka ikan kasi anda tengok puas-puas sebagai bukti abadi. HAHA. Nama ikan kami tak tahu. Panjang betul ikan neh. Siapa tahu apa nama dia, bolehlah bagitahu saya. Kalau tak, I cadang nak bagi dia nama ALFA ROMEO. gagaga. Cepat sikit bagitahu I nama dia kalau tak habis. Sebelum I bagi dia nama Alfa Romeo tersebut.

Husband saya suruh Ijat dapatkan lagi banyak ikan. Depress tiba-tiba. Eceh. Tak habis-habis nak pakai modal depress.

Kakak pon cuba nasib. Dah kalau adek terror, kakak pon macam akan terror jugak lah bukan?

Oh tidak sama sekali. DNA tidak menentukan kebolehan memancing dalam adek-beradek T__T Kakak terror berlagak macam fishing saja. CEH. Tapi saya sudah cuba banyak kali okey menghayun fishing rod. Malangnya satu pon tak terkena. Tak ada rezeki betullah. Kalau saya dapat memancing ikan pertama dalam hidup saya, saya akan buat 5 entry mengenainya secara bersiri  KAH KAH KAH. Habis semua orang harap I tak akan dapat ikan T_____T

Tapi itulah dia ketentuan rezeki Allah. Dua ekor itu sahaja yang kami dapat dengan gemilangnya. Sampai ke pukul 12.30 pon, kami tak dapat-dapat ikan dah T_T Terpaksa beransur pulang sebab nak kejar solat Jumaat. Kecewa yang berterusan. Tapi dah cukup bahagia dalam dua ekor ikan. Bawa pulang ke rumah sebagai satu kebanggaan! Eceh.

Austrlia memang cool. Orang-orangnya pon cool juga. Sporting sangat. Sampaikan sanggup turun ke bawah nak selamatkan topi husband saya yang melayang kena tiup angin.

Tengok lelaki itu sangat baik hati. Sanggup dia berhenti fishing kejap bila tengok topi husband saya jatuh ke laut. Husband saya cakap tak apa. Takyah lelaki tu turun ke bawah sebab bahaya. Ini dah ke tengah laut lah juga okey. Bukan cetek. Tapi dia nak jugak ambikkan. Ijat dah standby nak ambik pakai pancing je.

Very nice guy.

Merancang untuk pergi deep sea fishing pulak. Tengoklah kalau ada rezeki. I love fishing (tetiba sangat)

Whale Watching

Posted by chika under Travel : Australia

Sepatutnya kami sudah menyaksikan ikan paus di laut semasa Astri di Aussie lagi. Tapi cuaca tidak baik ketika itu. Kami tunda ticket kami. Berasa terkilan sangat tak dapat bawa Astri menyertai pasukan kami. CEH perkataan pasukan di situ. Phew.

Last Monday kami menyempurnakan aktiviti whale watching yang kami idam-idamkan sekian lama sejak kecik. Nampak sangat menipu padahal masa kecik tak tahu pon boleh tengok whale migrate tengah laut secara live naik cruise ke apa. Dulu masa kecik impian paling tinggi pon nak tengok Spice Girls Live in Concert. Lagi tak boleh blah. Never mind.

Tak dapat tengok Spice Girls Live in Concert, tengok Chika Live in Concert pon jadilah. HAHA. Eh I terbayang macam I ada pasukan penyanyi wanita dengan lagu hit Nobody (I want nobody nobody but you) CEH feeling ah sambil menari gedik-gedik sumpah cantek. Apatah aku merepek ni.Baik skip pergi gambar kedua.

Suamiku bilang, depan camera saja terus I pandai menggedik. Walaupon kenyataan macam pahit, tapi I telan jugak. HAHAHAHA. Err. Macam benarlah bukan. Selalu sangat upload gambar gedik kasi pembaca tengok. Habis nak upload gambar tak gedik mana ada. KAH KAH KAH. I suka efek bayang-bayang cruise dalam air nampak tenang. Indahnya ciptaan Allah (sengaja tukar topik). Inilah dia cruise yang kami naiki. Spirit of the Gold Coast nama dia. Entahlah. Cruise dekat sini semua nama nak hebat saja. Contoh lain : Whale in Paradise. Sumpah nama nak hebat sikit taknak kalah. In the future bila saya ada cruise, I nak bagi nama dia CRUISE. Hambik engkau. Aku merepek lagi.

Eh Chika tu berada di Gold Coast kah atau di Kutub Utara kah? Aik apsal pakai sedemikian tebal like Michelin only. HAHAAHAHAHAHA. Sumpah sejuk. SUMPAH I cakap. Mula-mula saya takbur sekejap cakap tak apa takyah bawak baju sejuk. Biar tinggal dia dalam kereta. Tiba-tiba angin bertiup dingin. I terus patah balik ambik baju sejuk dan I tak menyesal pakai baju Michelin ini. Baik I kenalkan Michelin kepada anda semua sebelum anda tertanya-tanya siapa Michelin. INI MICHELIN (Klik sekarang kalau nak) Sebenarnya Michelin pon macam terror dan sedikit comel.

Tempat ini bersebelahan dengan Seaworld. Suka saya tengok kapal-kapal besar di lautan Syurga Surfers ini.Gambar dirakamkan pada sekitar jam 8 pagi. Cantek sekali.

Suka sangat capture gambar sendiri. Berasa macam gadis gadis remaja sangat bila buat macam itu. Sebab itulah I tak akan berhenti daripada berbuat demikian. Satu-satunya ciri keremajaan yang I boleh simpan dampai mati ; Snap gambar sendiri dengan muka sengih aneh-aneh. Entahlah. Saya pon runsing kadang-kadang sebab bila buka folder pictures laptop suami, bersepah muka sendiri. I malu sebenarnya bukan tak malu.KAH KAH KAH. Eh lupa nak perkenalkan. Orang sebelah itu anak ketiga dalam adek-beradek saya. Mempunyai seorang kakak, seorang abang dan seorang adik. Pernah mendapat jahitan di kepala akibat dipukul dengan besi oleh budak perempuan masa darjah empat (accident yang tak sengaja) Pandai memasak maggie goreng dan kebelakangan ini rajin membantu kakak memotong bawang jahat dan sesekali tolong abang mesen rumput. Phew. Macam takyah tulis biodata adek di dalam blog kakak T___T Umur dia 17 tahun sahaja. Hek eleh engkau masih kecil rupanya.

Yang ini pon nak kena bagi biodata jugak ke? Okay biar saya buatkan biodata untuk suami. Nama, takyah bagitahu dah. Habis yang engkau orang sebok google setiap hari belas-belas kali itu siapa? Jeng je jeng kantoi google nama suami aku ayyoook. HAHAHA. Anak ketiga dari tiga orang adek beradek (kan senang kalau tulis anak bongsu tadi) Mempunyai seorang abang dan seorang kakak. Selalu hilang cermin mata padahal tak hilang sebenarnya. Suka membaca tak kira masa. Pandai main game Naruto sampai malas dah nak lawan dengan dia sebab dia dah tahu semua teknik permainan. Dan juga sudah tidur ketika ini tapi kejap lagi I nak ganggu dia sikit KAH KAH KAH.

Tengoklah itu my husband. Naik cruise saja, terus baca buku tentang WHALE. Berbeza pula dnegan isterinya. Naik cruise saja terus cari secawan coffee dan kemudiannya bergambar sakan macam tiada esok baginya. Eceh.

Masa ini cruise belum berjalan. I dah excited sangat dah nak jumpa whale.

Like kakak like adek.
Okay takyah explain.

Takyah explain.

Recording.

Takyah explain.

Takyah explain.

Tengok itu dia baca buku lagi. Omaigodnes.

I sempatlah dapat ilmu tentang whale sikit dari buku Whale Watcher tersebut. Macam biasa. Saya suka berkongsi ilmu-ilmu aneh dan fun dengan pembaca KAH KAH KAH. Ini ada sikit info hangat tentang Whale yang mungkin anda semua tak tahu. Salin salin. Whale jantan biasanya nafsu berahi jahat sikit. Meraka suka melakukan group raping. Aik apakah tu? Kalau tak tahu maksud dia, anda memang murni jadi I taknak calarkan kemurniaan anda. Tapi kalau tahu, okay memang pandai. Whale jantan akan beramai-ramai datang secara berpasukan untuk rape seekor whale betina. Itu tak aneh sangat, Yang aneh dia, mereka akan bawa whale betina ke satu tempat yang sunyi dan terpencil. Whaaaat? Sumpah interesting info ini. Ikan paus pon pandai T____T

Cruise sudah bergerak hoooray! Menyusuri Surfers Paradise dan Broad Beach.

Bahagia betul perasaan ketika berasa di atas cruise.

Lelaki kesayangan ini masih membaca. Sampai I terpaksa keluarkan statement : Nak baca buku sila ke perpustakaan. HAHAHAHA. Inilah dia sikap husband saya. Dia suka collect info dan baca-baca apa yang dia sedang atau akan lakukan. Which is bertentangan la kan dengan sikap isteri dia. Isteri tersebut tahu buat hoooray sahaja. KAH KAH KAH.

Selamat datang ke Spice Girls Live in Concert.
CEH menyampah.

Saya sangat tidak menyesal malah bersyukur sangat ke hadrat Ilahi kerana membuka hati saya untuk membawa baju ini naik ke cruise. Tak tahu apa jadi dengan saya tanpa baju sejuk. Mungkin dah jadi Statue of Liberty dah.

Tengah excited excited tengok dolphine melompat tengah-tengah lautan dan teruja berlebihan menyaksikan kemunculan whale di permukaan air dengan menunjuk-nunjuk kecantikan ekor dia, tiba-tiab saya mabuk laut! Terus hilang mood. Terus masuk dalam cruise dan terpenyek di situ. Saya memang kaki mabuk (bukan pengaruh alchohol heh)

Dalam keadaan mabuk itu, saya dah tak ada hati nak bersorak join pasukan Arab di deck. Mereka bersorak gemilang ah setiap kali whale muncul. Bersemarak betul suasana. Saya bersama beberapa lagi perempuan Arab yang lainnya dah terkulai di dalam kemabukan. Mula-mula saya boleh tahan lagi. My husband bagi anti sickness pill. I telanlah. Tapi tak lama lepas tu saya terus muntah-muntah. Cannot tahan liao. Tapi ambik gambar sendiri posing kenyit mata sebelah larat pulak. HAHAHA

Tak lama itu, bila saya berasa kembali sehat dan bertenaga, kembalilah saya menunjukkan keterujaan di deck.

Whale watching ialah pengalaman yang berharga. Hampir 3 jam di atas cruise mengejar whale. Tengok whale di lautan secara live memang menakjubkan. Tapi malangnya tak dapat merakamkan satu gambar wale pon yang jelas. Sebab sebuk sangat nak kejar whale. Bukan lama pon dia timbul di permukaan. Tapi alhamdulillah. Cuasa elok. Whale pon keluar agak banyak cuma tak berapa dekat dengan cruise.

Thanks Sayang for everything.

Balik saja dari whale watching, terus singgah di err ( tidak tahu nama tempat). Dua orang mereka ini mau fishing. Bukan setakat dapat ikan, singa laut pon dapat sekali KAH KAH KAH. I joking saja. Umpan pon tak ada, ada hati nak fishing di lautan. Aih. Next time kita pergi fishing lagi okek.

Sebelum berundur, izinkan saya sidai sehelai saja lagi gambar kenangan abadi ini. Ewah.

Entry ini ditulis dengan separuh niat. I penat T__T

Kenapa Emak Bagi Emas Bukan Playdoh?

Posted by chika under Uncategorized

Dulukan, masa I kecik usia (kena cakap kecik usia sebab sekarang masih kecik tapi kecik saiz. Okay takyah explain) selalu tak faham kenapa emak suka belikan barang kemas (bukan barang kemas itu barangan untuk mengemas as in penyapu, penyedut hampagas ke apa. Okay again takyah explain macam orang tak ada barang kemas saja) Eh saya rasa lepas saya explain orang lagi tak faham. Padahal kalau tak explain orang dah faham dah. Macam sekarang. Makin tak faham fghjklmnbv

Sekarang juga nak blah dari blog ini. HAHAHAHA

Baiklah. I tak akan explain apa-apa T___T

Anyway. Barang kemas. Sikit-sikit bagi barang kemas. Sikit-sikit bawak pergi jumpa goldsmith ukur jari ah apa nak buat cincin. Sumpah saya tak faham pastu muka stone. Macam muka kalau stone kena sepak.

Dulu kalau belajar pandai, akan dapat ganjaran berupa barang kemas. Eh tak tak. Eh actually betul tapi bukanlah setiap kali pon nak bagi barang kemas. Banyak ah kau punya kaya ingat keluarga ini melombong emas?

Saya masih ingat pencapaian akademik saya di sekolah selalu memberangsangkan. Memang ah ingat. Benda manis macam ini mana boleh lupa. Tak akanlah nak lupakan kenangan manis menjadi pelajar pintar. Sedangkan kenangan tidak manis menjadi pelajar tak siap final projek di universiti pon I ingat, inikan pula kenangan manis menjadi pelajar pintar (sudah dua kali saya ulang ayat pelajar pintar ini. Nampak sangat nak tekankan kenyataan yang I ini pelajar pintar. Okay dah tulis tiga kali dah. Cukup)

Semasa saya berusia beberapa bulan, emak membelikan seutas rantai emas. Sekarang jangan pergi bayang I jadi bayi perempuan pakai rantai emas mami jarum heh. Ia rantai emas biasa-biasa sahaja standard bayi. Tapi I tak tahulah apa maksud dia rantai emas biasa sahaja standard bayi itu. Sebab tak ada memori bersama rantai tersebut. Kisah ngeri untuk dikongsikan.

Satu malam, saya didukung ke pasar malam oleh ibubapa. Tiba-tiba emak menyedari rantai emas sudah hilang dari leher molek bayi perempuan berambut lebat dan hitam pekat bersinar macam mendapat rawatan minyak panas ke apatah. Emak cemas dan membuat lagak ngeri. Terus peluk bayi perempuan rambut hitam pekat (okay I malas nak tulis pasal rawatan minyak panas dah sebab tak masuk akal) Kejadian ragut! Mujur bayi perempuan tidak cedera. Emak kata, saya ketika diragut itu adalah dalam keadan rela. Sebab saya sebagai bayi perempuan yang dah mula pandai bercakap, boleh bercerita dengan emak rentetan kisah ragut. Sesuatu yang macam ini cerita dia :

Saya tahu ada lelaki mengambil rantai dari leher saya. Tapi saya diam sebab saya lupa saya dah pandai cakap. Okay ah I saja je buat ayat poyo. Sebenarnya masa itu I kecik dan I tak hairan pon orang ambik rantai emas itu. Kau nak, kau ambik ah aku bukan seronok sangat pon pakai rantai itu di leher. Sebab main playdoh lagi best dari pakai rantai dekat leher. Lebih kurang macam itulah. Emak cakap, saya siap cerita dengan emak secara fun sekali. Nasib baik emak tak kesal ada bayi seperti itu T___T

Itu kenangan bayi perempuan. Sekarang saya nak anda semua lupuskan kisah itu. sekarang juga. Sekarang I kata.

Kisah emas seterusnya. Masa saya sekolah tadika, emak belikan dua gelang emas. Tak tahu kenapa kena beli dua sekaligus macam tak boleh beli satu gelang dan satu lagi playdoh. Entahlah, tak faham sikap orang dewasa. Lepas itu dipaksa pakai. Sebab taat dengan emak, pakailah gelang emas baru sebanyak dua utas itu kiri kanan. Sumpah susah nak main playdoh dengan rakan dibuatnya.

Tiba-tiba satu hari yang I tak ingat hari apa, gelang tersebut dah terkemek. Oh lupa explain. Yang ini saya kena explain, bukan suka-suka nak explain heh. Itu gelang jenis solid, bukan yang halus itu. Sebab itulah dia boleh kemek-kemek. Tapi sepatutnya dia tidak patut kemek. Hanya kalau dipakai oleh anak Batman barulah senang kemek. Tapi dipakai oleh anak bukan Batman pon boleh kemek. Emak sangat menyirap. Saya pikir emak akan menyesal sebab anak perempuan rambut hitam pekat dah kemekkan gelang emas.

Rupanya sangkaan saya silap. Emak makin giat. Tidak lama itu dia belikan saya seutas rantai siap dengan signature nama I. Terpahat nama  Haizum pada rantai. Yang ini, saya mengaku memang buat saya proud. Sebab nama terpahat pada kepingan logam siapa tak proud. Pergi jalan-jalan mesti gembira sebab bajet semua orang dah tahu dah my name. Siapa tanya what is your name memang nak kena ah dia. Ingat lagi. Pergi zoo lepastu macam nak menunjuk dekat siapatah yang I ada rantai terpahat nama sendiri. Gila annoying ah sikap budak itu. Patut masukkan dia dalam kandang harimau ketika di zoo T___T

Malang lagi sekali.

Rantai yang mulanya terpahat nama Haizum tiba-tiba terbelah dua membentuk Hai dan Zum. KAH KAH KAH. Kasi tahu emak. Emak tension tapi macam tak berapa nak marah. Emak panggil rakan dia yang bekerja di kedai emas suruh patri kembali. Sampai sekarang pon masih ada rantai tersebut. Bolehlah I guna pepatah kejap dalam blog. Yang patah bersambung kembali. Yang hilang berganti. CEH macam tak jadi saja pepatah ini. Tinggalkan tentang itu.

Ada beberapa peristiwa lagi yang mengaitkan saya dengan barangan kemas semasa saya berusia kecil. Tapi saya bukan nak cerita peristiwa-peristiwa itu sangat. Yang saya nak bagitahu ialah perasaan saya terhadap barangan kemas. Dari kecil sampai ke besar ini, minat terhadap barangan kemas macam tak ghairah langsung. Suka buat muka stone bila emak belikan emas. Suka bagi muka stone bila emak bawak pergi kedai emas. Tak excited langsung macam kalau dapat playdoh.

Namun, ada peristiwa yang sangat manis untuk dikenang. Tahun 1998 bila saya menduduki UPSR. Macam biasa, kalau cemerlang dapat ganjaran. Disebabkan selalu sangat cemerlang, maka emak pon confident yang anak ini pasti mendapat 5A. Oleh itu, belum selesai UPSR lagi emak dah siap belikan hadiah. (Sekali tak ada rezeki yang baik, dapat 3A sahaja tapi hadiah dah beli. emak kata tak apalah, sebab dia tahu anak dia memang pintar cuma rezeki tiada di situ ewah) Sumpah I tak sabar nak sambar hadiah. Kuat sangat dalam ingatan saya. Bila suatu malam itu emak panggil untuk sesi award night. Eceh.

Ha betul sangat. Memang dapat barang kemas lagi sekali. Again? Seutas charm bracelet dengan banyak love bergayutan. Sewaktu itu, saya tahu charm bracelet sangat in. Sangat digilai ramai sampai aunty aunty saya pon terkedu-kedu tengok budak 12 tahun ini pakai charm bracelet emas. Semua orang kagum dan terkesima.

Saya?

Sebenarnya saya memendam perasaan ketika itu. Saya kecewa sebenarnya sebab dapat charm bracelet. Bukan itu yang I nak lah. Saya harap dapat Barbie Doll latest edition berserta Kent (pacar Barbie) dan sebuah banglo untuk Barbie yang I idam-idamkan. Harga dia RM700 + sahaja. Saya masih ingat. Apa kau cakap? 700 Ringgit SAHAJA???!! Sewaktu itu saya fikir macam, apsal kena beli charm bracelet ribu-ribu itu padahal banglo Barbie itu RM700 sahaja. What the heeelssss kan I ini.

Mungkin anda pon rasa Chika ini macam makhluk aneh atau dalam kata lain, alien kepala hijau telinga hijau dengan lendir-lendir di badan. Perangai aneh sangat sebab tak menghargai gelang emas. Macam budak tidak pintar sahaja. HAHAHAHA. Mungkin anda rasa ini sangat pelik.

Tolong percaya sekarang. Memang saya sangat kesal waktu itu. Rasa macam menyampah sangat dengan charm bracelet berjuntai-juntai love kecil itu. Rasa macam tak mahu pakai. Kalau boleh nak bagi hadiah dekat rakan sebaya sempena hari lahir dia. HAHAHA. Eh tak tak. Cuba kalau saya buat begitu, mesti fun bukan? Sumpah fun sebab sekarang ada kenangan bagi hadiah gelang emas dekat rakan masa usia 12 tahun. HAHAHAHA. Macam hebat. Gilo.

Pada hari raya (tahun yang sama) saya pergi beraya secara berpasukan dengan rakan-rakan. Jalan kaki pergi rumah ke rumah CEH. Kalaulah umur 12 tahun pandai bawak kereta mesti stunning habis T___T Saya pakai charm bracelet itu sebab emak suruh. Emak cakap kalau taknak pakai, siap dia. Dulu perkataan ‘siap‘ itu memang killer ah. Takut sangat kalau emak cakap ‘siap kau‘. HAHAHA. Pakailah budak perempuan itu gelang emas baru dapat sempena UPSR.

Tiba-tiba ada rakan sebaya nampak gelang itu. Mereka excited. Mereka belek-belek. Mereka cakap kalau emak mereka bagi, merekalah kanak-kanak perempuan paling bertuah dalam dunia. Mereka cakap, kalau jadi saya mereka akan sangat berbahagia. Saya masih ingat juga seorang rakan sekolah agama (Farah ke apatah nama dia tapi I ingat muka dia sangat comel macam I juga CECECECEH) Dia kata charm bracelet adalah kegilaan ramai budak perempuan sebab selalu nampak dalam katalog barang kemas. Sudahhhh. Pandai pulak dia bukak katalog barang kemas. Apatah budak-budak era itu. Advance sangat. I selalu bukak katalog Avon emak sahaja dan pilih baju tidur kanak-kanak T__T Atau bukak katalog Amway rakan emak punya sebab nak order perfume Amway T___T Eh macam hebat jugak heh budak 12 tahun pakai perfume Amway. KAH KAH KAH.

Peristiwa hari raya itu banyak mengubah perasaan saya tentang hadiah gelang emas dari emak. Saya mula sayangkan gelang itu. Saya mula menghargai gelang itu. Saya mula bangga sebab pakai gelang itu dan bukan pakai playdoh dekat tangan T__T Saya juga sudah tahu betapa gemilangnya diri sebab ada gelang emas sempena hadiah UPSR. Lagi bangga, sebab tiba-tiba ada charm bracelet yang begitu selari dengan trend masakini. HAHAHA.

Sejak itu saya menyesal sangat sebab tidak bersyukur malah nak frust-frust bagai dengan pemberian emak. Dan pada saya, gelang itu adalah sesuatu. Macam antara pengalaman pertama saya mengenali kesyukuran.

Sampai kini, saya selalu tanya emak kenapa kena beli barang kemas untukl saya?Emak cakap :

Pertama. Sebab emak ada anak perempuan.
Kedua. Sebab emak hanya ada seorang anak perempuan.
Ketiga. Sebab itu naluri ibu.
Keempat. Sebab anak perempuan kena ada barang kemas.

Dan sebagai kesimpulan, emak cakap : saya akan faham soal ini bila saya ada anak perempuan kelak.

Hurm. Kita akan tengok.

Bila lalu depan Diva, emak akan tanya saya pulak : kenapa kena beli rantai manik-manik dengan cincin plastik harga lima belas ringgit ini?

Saya akan cakap : Sebab saya anak perempuan.

Honestly, saya tidak minat langsung barangan emas. Sampai kini pon berasa tidak enjoy memakainya tapi pakai juga seutas dua demi emak.

Kalau macam gambar ini saya sukalah. Memang suka sangat. Citarasa aneh.

RM50 termasuk package senang hati. Siapa berkenan, place your order.Eceh, tetiba. I cakap pasal the Anna-Suish Ring bukan pasal perempuan pakai eyeliner tebal itu beserta kening bersepahnya yang degil tak mahu trim sebab berdosa Allah marah.


Ibu memang ada naluri nak bagi anak perempuan dia pakai barang kemas heh? I wonder kalau anak I nanti I bagi dia pakai cincin bentuk bunga rose hitam atau necklace bentuk hati plastik warna warni harga RM7.90 ke apa. HAHAHA. Tidak mahu cakap. Kelak siapakan tahu. Entah-entah I mewarisi sikap emak. Tapi by the time, I nak bagi anak I baca entry ini supaya dia bersyukur dari mula.

Baiklah Forever

Posted by chika under Uncategorized

Baru semalam saya cakap :

  1. Kalau Justine eliminated, saya tak nak menonton MasterChef lagi.
  2. Kalau Justine eliminated, saya boikot MasterChef Australia.
  3. Kalau Justine eliminated, saya pergi hack official website MasterChef.
  4. Siapa eliminate Justine, siap dia.
  5. Saya akan frust secara sangat kalau itu terjadi.

Baiklah. Terjadi. Justine disingkirkan pada episod semalam sumpah I emotional mendalam. I menangis dalam hati, siapa yang tahu. Frust banyak sekali woh. Apa yang mensedihkan, penyingkiran ini kononnya di antara Poh and Justine. Anda bayangkan (sekarang bayangkan, I suruh ) betapa banyak saya tiup-tiup jampi supaya Poh yang akan disingkirkan. Unfortunately, I jampi tiup angin jah. HAHAHAHA. Eh jangan gelak jangan gelak. Ini serius! (tak tak. Kali neh sebab entry serius I tak akan pakai suara Ming Ming Wonderpets)

Semalam episod Pressure Test. Di mana contestant dikenakan tekanan untuk menyediakan Chocolate Mousse Cake. Tension aku tengok! Professional chef datang membawa sebijik kek. Pastu mereka kena buat kek tersebut sebijik dan sesedap kek yang dipamerkan. Dah ah banyak layer. Bila judges tanya kepada professional chef yang buat kek itu, berapakah tahap difficulties untuk membuat kek tersebut out of 10? The chef said, TEN. Omaigod lah apalagi.

Kesian Justine. Dia tertekan I rasa nak bantu tapi tak apalah. Actually semua orang pon buat kek tak menjadi kecuali Chris. Tapi nasib tidak memihakmu Justine. Tapi tak apa. Justine forever. I tak akan tarik balik title Forever yang I bagi tu, jangan worry Justine. Pakailah nama Forever tersebut sampai forever sob sob sob T____T We will miss you so much, friend. Ceh sejak bila tah menjalin persahabatan.

HAHA.
Saya rasa ini Julie punya cake.
Antara kek yang terpaling siap tapi tidak sedap.

Nampak mudah? Kau belum tengok lapisan-lapisan di dalamnya bagaikan kerak bumi. Tengok saja dah boleh buat manusia naive seperti kita ini  menangis sebanyak bersungai-sungai. Makin lama makin tekanan aku tengok rancangan neh. Tak lama lagi kalau saya dilaporkan termenung panjang, anda fahamlah kenapa T__T

Justine hebat.

Ceh. Tetap nak cakap Justine hebat. Eh memang betul heh I cakap dia hebat. Tahu atau tidak? (Okay anda tak tahu) Penyingkiran Saudari Justine semalam telah membuatkan ketiga-tiga judges menangis. Comel gila. I suka ah George Si Botak tu sumpah comel. Lepas menangis lagi ah comel. Hey, takyah cakap pasal George. Kita bercakap pasal Justine. Kesemua judges menangis dan saya berasa teruja melihat tangisan Gary. Nampak sangat semua orang sayang Justine sebab dia Forever. Eh tak tak. Sebab dia hebat dan ada peluang yang cerah dalam bidang ini.

Untuk tetap menyebelahi Justine, dan untuk menampakkan kepada anda bahawa pilihan saya memang tepat dan hebat, saya akan menceritakan kisah yang membanggakan. Supaya dengan ini, tiada siapa akan cakap ; Holoh Chika. Apa neh sokong orang tak terror. Boooo ya.

Semasa penyingkiran itu, judges mengumumkan sesuatu yang mampu buat sesiapa sahaja kagum. Malah mampu membuat Poh mahupon Chris berbulu-bulu. KAH KAH KAH. Judges kata, Justine telah dilamar oleh beberapa orang chef terkemuka di dunia yang pernah mengunjungi MasterChef untuk berkhidmat di restoran mereka. Omaigodnes. Justine memang hebat ah.

Semalam dia balik rumah dah. Dah surprisingly, salah seorang Chef datang ke rumah dia untuk membuat tawaran kerja bersama Chef tersebut. I malas nak cakap banyak dah (padahal dah cakap banyak pon). Nampak sangat Justine terpaling hebat cuma tiada tuah di situ.

Husband saya cakap nanti nak pergi melawat bistro yang akan dibuka oleh Justine. Pastu I nak mintak sign kat dia. Atau boleh ah kami bertukar-tukar signature. Wah, perlu eh dia simpan signature I? HAHAHAHA. Atau pon mungkin boleh bertukar-tukar resipi. Sumpah malu statement I ini. Resipi apatah yang aku ada untuk ditukarkan dengan Justine. KAH KAH KAH. Macam comellah bukan? Mentukarkan resipi French Cuisine dengan cekodok ikan bilis. Gila ah comel fghjkl.

Justine Forever. I tak kira. I nak sokong Justine jugak.

Habis tu Chika dah tak akan follow ah MasterChef lepas ini?
Err. Tidak. I akan follow juga. KAH KAH KAH.

Akan pergi hack official website dia?
Err. Engkau fikir aku hacker? I tak pandai pon. KAH KAH KAH

Kenyataan memang memedihkan. Baiklah. Justine disingkirkan.

Baiklah.

Asyik cakap pasal Justine Forever sahaja. Bila nak cakap pasal Chika forever pula? Chika Forever kena marathon entry beberapa hari ini. I kena update laju-laju. Ada entry kena disiapkan hari ini juga. Minggu depan macam ada chance saja untuk saya tidak melayan blog langsung. HAHA. Husband cuti next week. One week cuti yahooooo Isteri pon cuti sekali yahooooo. Untuk mengelakkan blog nampak macam terbiar, saya akan draft entry banyak-banyak. Err. Ada beberapa entry sudah dalam draft. Entry separuh jalan. I lazy kadang-kalanya. Tapi untuk pembaca manis punya pasal, saya sanggup berkerja keras. CEH. Ayat bodek macam kempen pilihanraya. Tapi I tak tipu heh bila I cakap pembaca I manis. HAHAHAHAHAHHA.

Baiklah. Waktu untuk tugasan lain pula. Habis takkan asyik nak lelong MasterChef sahaja.

Sekarang teka, kenapa siput babi jalan lambat?