Crikey, Australia Zoo!

13 June 2009.

Ingat tak masa kecik-kecik selalu sekolah nak buat lawatan sambil tak belajar (LAUGH HA-HA)  pergi zoo. Lepas itu bila mintak dekat emak boleh ikut lawatan ke tak, emak cakap tak boleh. Tahu sangat dah. Kira macam semua lawatan/rombongan sekolah semua tak boleh pergi. Parents saya anti sangat dengan benda-benda macam ini mereka kata bahaya nanti cikgu tak jaga. Which is true pon HAHA.

Hari itu suami anjurkan lawatan pergi zoo, tak tanya emak pon terus pergi. HAHA.  Sebab suami pandai jaga. Suka hati saja kan cakap suami anjurkan lawatan. HAHAHA. Saya rasa dah banyak sangat melawat haiwan dan menyaksikan pertunjukan haiwan pintar sejak di Aussie ini. Kalau dekat Malaysia kau jangan haraplah muka tak siap neh berkeliaran dalam zoo. Memang tak akan. Kecuali Aquaria itu pon sebab dia dalam KLCC pastu senang lepas tengok aksi ikan dalam kaca terus sendiri pulak jadi ikan dalam MNG ke apatah lagi @$%^%$£

Mempersembahkan, AUSTRALIA ZOO! Eh kan dah cakap dulu yang Aussie ni ala-ala Zoo. Zoo dia merata-rata. I tak larat dah nak layan. Kira kalau orang sebut-sebut macam Chika, nak kangaroo! Chika, nak koala! Sumpah memang dah get annoyed sangat dah I hope jangan ah buat lawak mintak kangaroo koala lagi dekat I. Ceh sound direct macam Ultraman. Chika nak kucing! Yang ini memang retard sangat ah mintak kucing dari I.

Lupa cakap. Kami dah ada kucing. Heh sebenarnya kami mendakwa yang kami dah ada kucing walaupon sebenarnya tak ada sangat. Itu kucing jiran (owner dia mak cik tua jiran kepada makcik lagi satu yang kuat menjemur kain tersebut, ingatkah kau?) Disebabkan husband saya terlampau ingin membela seekor kucing, dia pon mendakwa kucing tersebut dia punya sebab selalu datang dekat lawn kami carik husband saya ataupon Ijat. Siap dah bagi nama tu. Bell nama dia sebab dia pakai loceng. Kira macam teruk jugalah sikap kami ini sebab mendakwa kucing jiran sebagai kucing sendiri pastu dah bagi nama siap. Tak tahu apa jadi dengan kami bertiga kalau owner dia tahu. Mungkin kami pindah dah ke tempat lain. KAH KAH KAH.

Bell itu saya tengok perangai dia dah tak seperti kucing lagi. Ada sedikit berciri dog I do not know why. Kalau dibagi makan, dia takda sentuh sampailah dua tiga hari kemudian. Iaitu sehingga makanan (contoh : tuna) sudah menjadi keras sejuk baru dia makan. Chika pon mentuduh tabiat makan tersebut seperti berciri dog. Selain itu, dia gemar bermain permainan tangkap bola pon dianggap berciri dog. Suka mencium-cium persekitaran juga seperti dog. Ke aku yang tak tahu sifat kucing memang begitu lepastu aku pandai-pandai saja cakap itu sifat dog. Tapi tidak aneh sangat. Sebab Bell tinggal bersama seekor dog milik tuannya. Mungkin sebab itu dia pon ada perangai dog serba sedikit.

Ada sedikit kesukaran bila I nak menegur Si Bell ini. Saya selalu terfikir dia macam tak faham bahasa melayu yang saya cakap. Thats why I selalu kena cakap English sikit macam ‘Hi, Bell! How are you’ tapi kadang-kadang I buat dwibahasa sebab nak biasakan dia dengan bahasa melayu. Macam apatah perangai aku neh. Saya rasa, sebenarnya saya yang aneh, bukan Bell tersebut T_______________T

Disebabkan dah kasi intro Subhanallah punya panjangnya, saya akan terus kepada tajuk karangan hari ini, Lawatan Ke Zoo.

Australia Zoo terletak berhampiran Beerwah in Sunshine Coast. Sebab kenapa kena pergi : Zoo ini dikira legend bagi semua penduduk bumi sempena memperingati semangat Crocodile Hunter ; STEVE IRWIN! Cakap ah tak kenal. HAHAHAHA. Siapa tak kenal Steve Irwin memang ah dia. Memang tidak menonton televisyen orang tersebut. Atau dalam kata lain, tak suka menonton rancangan pendidikan tapi suka menonton Hannah Montana sahaja. Ceh, tetiba.

Kalau saya tulis semua info mengenai zoo ini, lari temalah blog saya nanti. Bukankah blog ini sepatutnya tak berapa nak educational? Kang buat entry educational kang, tahu sangat dah anda skip dengan rasa tak bersalah langsung. Oleh sebab tersebut, I pass tanggungjawap educational ini kepada WIKIPEDIA. Bawak-bawaklah belajar okek. KAH KAH KAH. Tanggungjawap Chika ialah mentulis rencana-rencana tidak berapa educational tapi ada sikit bermanfaat. Apatah I cakap neh.

Crikey!

Waktu kami pergi, Astri masih di Aussie untuk program cuti-cuti nyawa ikannya sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Phewwit. Sekarang rakan tersebut sudah pon kembali belajar. Cuma Chika sahaja belum lagi berbuat demikian. I think I dah malas dah sebab I ada tanggungjawap kepada Bell sekarang. OkayI tipu.

Jauh tahu nak drive ke Australia Zoo from Bisbane. Almost 2 hours atau lebih kalau tak silap saya. Tapi pergi berempat, rasa best. Jalan jauh sikit kalau ramai-ramai barulah berbaloi-baloi (bukan iklan Celcom. Celcom belum taja I okek. Sekarang harap Kotex sahaja KAH KAH KAH) Tapi kalau nak pergi New Zealand ke apa, I taknak lah beramai-ramai. I nak honeymoon secara merpati dua sejoli KAH KAH KAH. Ceh, tetiba. Macam ah Dr. Ahmad tu betul-betul Naruto ada banyak masa nak holiday suka hati. Oooo Naruto tu selalu pergi holiday heh? Tanya anda. Mana saya tahu. Jawap saya. Aih. Bila tah Hospital QEII neh nak cuti semester tah. HAHAHAHA.

Entry ini mengandungi gambarajah yang tidak putus-putus talinya. 31 keping semuanya saya harap pembaca tersayang redha akannya. Tapi jangan nak curse I heh. Sebagai memfahami pembaca punya tabiaat yang macam terbosan-bosan tengok huruf berjela-jela, saya akan kurangkan huruf. I janji (melayu) sekarang!

Gambarajah 1 : Steve Irwin, Crocodile Hunter.

Ini Steve Irwin kalau anda dah lupa muka dia. I bet anda belum lupa. Bukan yang pakai tudung lah. Itu buat apa. HAHAHAHA.

Baju merah itu Isaac Irwin. HA-HA-HA-HA.

Chika Irwin.

Steve Irwin ini sebagaimana yang satu dunia pon dah tahu, kematiannya disebabkan oleh tusukan maut oleh stingray pada bahagian dadanya. Aneh sekali. Pemain crocodile yang akhirnya maut di tangan seekor ikan pari (jangan tanya I ikan pari betul ke ada tangan heh, siap dia) Disahkan meninggal dunia pada 4 September 2006. 3 tahun dah berlalu.

Bindi pon dah besar. Bindi anda masih ingat? Budak perempuan kecil, anak kepada Steve Irwin dan isterinya Terri Irwin. Bindi dah besar dah. Husband saya cakap, dah tak berapa menyampahkan sangat. Tak tahulah apsal husband saya macam ada sedikit masalah dengan budak Bindi ni. Nampak gambar Bindi bersepah-sepah dalam Australia Zoo je, husband saya komplen. Nampak patung permainan muka Bindi, dia komplen. HAHAHA.

Chika, sumpah I tak kenal Steve Irwin.

Siapa dah sampai naik sumpah tak kenal Steve Irwin itu, I serahkan anda kepada WIKIPEDIA lagi sekali.

Gambarajah 4 : Crocoseum.

Disebabkan lawatan sambil belajar ini dianjurkan oleh Dr. Ahmad, haruslah menyaksikan kesemua animal show kan. Tak boleh skip okey. Semua educational show kena kejar. Kalau Dr. Chika yang anjurkan, I buat lawatan sambil belanja. KAH KAH KAH. Mula-mula sekali saya bawak peserta lawatan masuk semua souvenir shop yang ada dalam zoo. Lepastu baru pergi jenguk-jenguk kandang haiwan. Comel sekali.

Habis. Gajah beberapa ekor masuk gelanggang.

Kecenderungan zoo ini mestilah pada buaya. Nak kata interesting sangat show dia, I don’t think so. Dekat Zoo Melaka pon dah jemu tengok setakat show bagi crocodile makan. Tapi itulah. Husband saya cakap, show dia memang dah tak kick sangat compare to two years ago. Keadaan zoo pon dah kurang sensasi. Ye la ye la! Husband saya dah pergi dah zoo ni two years ago without me T____T

Neh dolphine show ke atau Chika show ke atau Astri show ke I do not know. Tapi dolphin ini comel sekali. Bulat dan gemuk. Kalau anda mensaksikan dia menari, pasti rasa nak terkam dia masuk guni bawak balik rumah kasi Bell main. HAHAHAHA.

Gambarajah 8 : Bermain haiwan.

Macam biasa, Chika mana bermain haiwan. Cukup cukup tak ada minat dengan haiwan. Tapi suami saya suka mempaksa juga. Kali ini I dipaksa memberi kambing makan daun. Buatlah si isteri tersebut. Dahlah daun itu saya kutip saja yang gugur-gugur kat kaki. Pastu sua dekat kambing. Menyerbu pulak dia. Tengoklah nanti bunga tulip saya dah maju, saya datang lagi bawak daun tulip okek. Kita tengok kambing sanggup telan kah atau tidak kah.

Dalam gambar : Astri, Chika, Ijat, Roo, Brad Pitt, Jason Mraz.

Disebabkan dah sering sangat berjumpa kangaroo bersepah-sepah di segenap pelosok Queensland ini, saya dah tak histeria dah nak pegang dia. Kalau dulu, boleh tersentap-sentap bagai bila husband suruh bergambar usap-usap jangaroo. Sekarang I dah tak takut dah. Kalau suruh saya tarik kaki dia ke atas kepala dia ke bawah saja saya tak berani. HEHEHE.

Astri, saya dan kangaroo menyimpan kenangan bersama. Tengoklah tangan Si Chika tu boleh dia mencuit sikit saja badan kangaroo. HAHA. Nampak sangat bukan pemain haiwan bukan?

Kangaroo boleh ditemui di mana-mana. Takyah nak bayar mahal-mahal masuk zoo ke apa. Kebanyakkan drive way di sini mempunyai isyarat untuk berhati-hati dengan kangaroo melintas. Sebab boleh menemui kangaroo anytime, anywhere. Stay tuned. Ceh. HAHA. Cuma koala melintas sahaja belum pernah nampak. Melintas apa. Si pemalas tu.

Ijat neh takyah cakap banyak ah. Dia kalau pasal bermain binatang memang nombor satu. Kau cakap sini, binatang apa dia tak main. Dulu masa kecik, siap simpan sumpah-sumpah dalam kaca pastu sorok celah-celah kain dalam beg baju. Sebabnya nak bawak baik sumpah-sumpah dari kampung ke KL. Bila bapa tahu, nahas. HAHAHAH.

Anda tak tahu macam mana dia pegang kangaroo di sini. Dah macam main kucing aku tengok.

Ketua lawatan :P

Tak tak. Gurau saja. Husband saya pon suka main haiwan. Saya saja yang tak suka. Setiap petang husband saya akan tunggu saja kehadiran Bell. Kalau Bell tak datang, dah bising dah husband saya cakap owner dia ikat dia lah apa takut kami ambik. HAHA.

Dah lah dibaginya kucing tersebut makan ikan bilis. Husband saya cakap, ikan bilis tu makanan kegemaran Bell. Eceh. Tahu-tahu je. I tak kasi okey dia bagi kucing tu ikan bilis banyak-banyak. Sebab I nak masak kang susah. Dah ah nak carik ikan bilis kena pergi Asian Market bagai. Harga pon boleh tahan. Up to 12 dolar satu packet tak berapa nak besar. Kira macam boleh kira berapa ekor. Sungguh gila.

Pernah satu petang ni saya dengar husband saya cakap dekat Bell, ”Sorry lah, wife I tak kasi I bagi you makan ikan bilis,” HAHAHAHA.

Aktiviti remaja. Tapi ini dah macam terlampau sikit. Dengan kangaroo pon jadi.

Tadaaa. Kangaroo senyum! KAH KAH KAH. Pandai dia. Mesti kangaroo remaja neh.

Takyah explain.

Gambarajah seterusnya adalah aktiviti memberi gajah makan.

I tak nak tapi kena paksa. I buatlah T____T Siap beratur punyalah ramai orang berminat nak feed gajah ni. Makanan dia sediakan dalam tong. Buah-buahan. Oh, gajah makan buah rupanya. Habis kalau nanti I bawak daun bunga tulip dia tak nak ke? Eceh. Ada hati tu nak bawak daun tulip.

Suami saya pulak. Steady saja suami saja bagi gajah makan. Saya siap dah gayat-gayat dah I rasa macam kang tangan I kena sedut sekali ke apa. Sebab itu dalam gambar saya tak pandang kamera macam suami saya buat. Sebab saya sibuk pandang tangan sendiri.

Tahukah kau yang air liur dia punyalah busuk. Yucks. Sumpah mensengkelkan. Menyesal betul ah. Habis basah pulak tu tangan dengan air liur gajah. Tetiba husband saya cakap ; Yang, bukan air liurlah. Tu kan you bagi makan kat hidung dia. Tu hingus dia. KAH KAH KAH KAH. Apalagi, menggeleman satu badan. Tapi dua kali jugaklah aku beratur bagi dia makan. HAHAHAHAHAH.

Takyah explain.

This is ECHIDNA.
Seakan-akan landak sahaja.
Very cute.

This is KANGAROO.
Takyah explain.
Gulai dia, sedap.

Teka cepat ini binatang apa.
Siapa betul dia betul.

HAHA.

Ini dia WOMBAT. Binatang yang bagi I adalah cute walaupon sekali dua kali tengok menyerupai khinzir. Hakikatnya, bukan keturunan khinzir. Dia spesis koala cuma tidak sepemalas koala.

Yang, sentuh dia Yang!
Tak nak I tengok dia macam khinzir je.
Takkkk. Bukan khinzir.
Tah-tah keturunan. Najis.
Takkk. Dia spesis koala.
You la pegang.

Husband saya suruh saya pegang Wombat pula tapi this time I tak nak langsung okey. Sebab I tengok dia like khinzir only I think like najis. HAHA. Kebetulan waktu tersebut adalah waktu pekerja membawa Wombat keluar berjalan-jalan. Merasalah kami mengekor dia dari jarak dekat.

Okay. Puas hati sangat. Memang husband saya neh teringin sangat nak usap-usap wombat. Punyalah excited sampai sanggup tu kami mengekor sahaja wombat neh.

Sangat takyah explain

Lagak tak ngeri 1

Lagak tak ngeri 2

CROCS RULE!

Err. Secara keseluruhannya, Australia Zoo tidaklah happening mana. Saya ingatkan macam happening gila ah sebab kontroversi dengan macam-macam hal. Selain terkenal kerana episod Crocodile Hunter, zoo ini juga sudah beberapa kali mendapat pantauan pihak berkuasa atas kesalahan undang-undang haiwan ke apatah.Tapi mestilah pihak zoo ada sebab tersendiri nak menjawap kepada penguatkuasa.

Binatang pon tak berapa nak banyak. Banyak kandang kosong pulak tu. Husband saya cakap, memang berbeza sangat dengan 2 years ago. Saya rasa, mungkin sebab waktu itu masih hangat tentang kematian Steve Irwin. Jadi Australia Zoo punya hit popularity pon mendadak naik. Sekarang memang nampak macam bosan sikit. Even tiger show dia pon tak berana nak best. Lagi best Dreamworld punya Bengal Tiger Show.

Oyya. Ada satu section tu, mereka sediakan khas untuk memperingati Steve Irwin. Penuh dengan bunga-bunga dah macam pusara saya tengok. Macam-macam mesej Rest In Peace yang dikirimkan oleh visitors. Sedikit sebak di situ. Ada koleksi pakaian Khakis yang selalu dipakai Steve, kasut dia, dan semua ah khazanah dia ada kat situ.

Next time nak pergi Currumbin Wildlife Sanctuary pulak kalau ada rezeki. Kasi ah chance saya melawat zoo dan mengunjungi haiwan selagi saya di Aussie ni. Kang dahbalik Malaysia, atau dah terpindah Dubai ke apa (Eceh, ada hati) I taknak dah main-main dalam zoo. Cukup okey, cukup. HAHAHAHA.

Australia memang sesuai untuk pencinta wanita. Eh pencinta haiwan.

.

Tadi bukan chika kau janji tanak bagi huruf banyak-banyak ke? Apsal macam banyak je neh? HAHAHA. Aik? Ada janji ke tadi?

Recent Entries

21 Responses to “Crikey, Australia Zoo!”

  1. cik ara Says:

    huhuh betul.. parent i pun tak benar kan pi.. ingat lagi masa darjah 1 pi zoo ikut rombongan tpi ade abg yang masa tu form 3 kot… hahahah lepas abng masuk u.. terus da tak dapt pi rombongan memane.. erkkk..

  2. irma2203 Says:

    “I tak kasi okey dia bagi kucing tu ikan bilis banyak-banyak. Sebab I nak masak kang susah.”

    dalam banyak2 ayat..akak suka la ayat ni..memang nampak sangat ayat bibik di dapur..
    wakakaaa..

    errr…jangan catu ikan bilis sudah..sekali masak kira 12 ekor saja..hahaa

  3. astrie Says:

    ala. baru nk jadik pengomentar pertama..sbb ade gamba sendrik..
    erkhrekherkhre..okela..nak gi baca.

  4. azie Says:

    haha. sekarang ni melawat blog chika umpama melawat australia. save bajet nak pegi sana dah,ahaha

  5. sue Says:

    chika terel menulis blog..apetah lagi mengupload gambo=p..semoge kucing tu pandai ckp melayu tak lame lagi…hehhehe

  6. finasafa Says:

    oh.wombat bukan babi eh..tq sbb mention.

  7. ijat Says:

    akak, nanti jgn lupa letak gambar Bell dalam entri akak yang akan2 dtg ek..huhuhu

  8. inn Says:

    wah..bestnye.tapi klaka lah bace ape kak chika tulis.siyes funny.

  9. astrie Says:

    tingat si bell.. dtg menjenguk kita aritu..alalalla..comel btol die..
    anyway..slamat ngaja bahse melayu.. XD

  10. nadia Says:

    comel la gmbr kanggaroo senyum dgn astrie tu. Serius comel! Macam tersengih je. Cute! Cute! Cute!

  11. mrozaidi Says:

    Wah..Berjalan Sakan Nyer Hampa ni..

  12. chime Says:

    gambar yg lagak tak ngeri 1 tu… rasanya yg kasi nampak agak ngeri ialah watak perempuan berbaju kuning yg muka dia ala-ala mcm nak histeria gituhh.. hah, yg tulah nampak ngeri sikit…

  13. aiza89 Says:

    kak chika! nak beritahu something out of the topic here! ntah bagaimanalah malam tadi mimpi bersama kak chika. HAHAHA. why-la.why-la. it’s like, dalam mimpi itu, kita merancang untuk menang dalam satu pertempuran antara blog. ok, aiza pn tak faham sebenarnya. but. memang kelakar.ahahaha

  14. kdee Says:

    hahaha..lawak la cite psl si Bell tu…nk jmpa Bell!!!

  15. aini st lucia Says:

    i dah g currumbin wildlife sanctuary tu..binatang sembunyi2 je,diorang banyak hibernate,kang musim sejuk nih..heheh..ape yg best ek kat currumbin sana?aaa,naik train pusing2 sanctuary tu..best gak,hehhe..australia zoo tak g lg..ingat nak pegi..

  16. ~ain Says:

    sikit punya panjang intro.. sampai lupa sebentar hal zoo tu.. hahha

  17. toxic waste Says:

    jgn bagi kucing makan ikan pari, nanti dia berkudis.

    my nephews yg kt UK cakap ngn kucing dorang cakap melayu. tapi ngan mummy, daddy, atok, maktok, pakcik, maksu segala cakap english.

    “Siti, masuk makan. Masuk, dah malam”

    Oh by the way kucing mereka nama siti

  18. viruspadu Says:

    ni kalau bawak laki den poi sana ni, mau dia bentang khemah terus ni, takmau balik kekdahnya

    betul2 mencintai binatang

    ada ke patut masa zaman deting2 dulu ajak deting kat zoo

    tak patut tak patut hahahaha

    tp chika, memang rugi kasik kucing makan ikan bilis, kang kita nak makan apa hiks

  19. en_me Says:

    romantiknyerrrr.. ammvoiii

  20. Ib Says:

    hehe… suke tol nurul ni pegang peoot steve erwin tu… haha… JK girl! well. takle bla ayat yg hasben anjur lawatan terus pegi tak tnye mak dolo…. haha… lawak2…. ;)

    p/s: sonok tgk binatang kan…

  21. ilyanie Says:

    I nk congrates diri sendiri sebab berjaya habiskan baca entry neh

    Best la u dapat pegang kangaroo
    =)

Leave a Reply