Chocolate Fountain, Sweetheart!

Ianya terlalu common bila baca dekat profile gadis-gadis, dia cakap chocolate will make her happy. Common sangat ah sampai macam malas nak baca dah HAHA. Anyway, I juga tapi I tak mengaku di dalam biodata. Sebab benda common I malas tulis. Well girls (eh guys jugak I selalu rasa macam guys tak ada dalam blog ini sebab blog ini GUGU GAGA malah bercakap tentang vagina pasti guys malu T_____T Padahal guys  zaman ini berdiri the first in line tentang topik gadis-gadis HAHA) Well girls and guys, chocolate is a common thing in Kota Damansara KAH KAH KAH KAH. Aik macam kenal je lawak neh. What the hell sumpah lawak ah ayat ini. Jenaka yang mungkin anda faham atau mungkin takda faham maka rasa nak curse dekat I. Okay okay saya tak suka ah nak mengungkit lawak Hello Kitty Kota Damansara ke apatah. Yang sudah itu ludah lah. Eh tak I mean, yang sudah itu, sudah lah. Phew. Penat aku membebel apatah.

Anyway, sweetheart!

Siapa tak suka chocolate meh sini aku tengok sikit muka dia. Sungguh rare manusia tersebut boleh bagi pingat. KAH KAH KAH. Oih ini serius. Menurut saya, manusia dengan citarasa rare dan mewujudkan ketidaksamaan dengan manusia yang lainnya memang COOL I suka. Macam orang yang tulis dekat profile : Aku benci chocolate sebab dia hitam. Aku benci pink sebab aku gadis warna kelabu. Aku rasa bila aku makan ice cream aku sedih. Pergi shopping memang aktiviti perempuan yang tak sehat membazir duit beli make up baik beli laksa. Sumpah rare macam ini sangat berkualiti. Malangnya I am one of the typical girls yang suka chocolate tapi nak buat-buat macam rare pastu selalu jelik taknak mengaku suka chocolate dalam biodata. Again, apatah aku merepek.

Anyway, sweetheart!

Di rumah ini saya dibekalkan dengan bekalan chocolate yang sangat banyak. Tidak pernah putus bagaikan layang-layang tidak terputus talinya WTH (H itu Haizum, yours truly)  I bangga nak mengaku yang I dah try semua (atau hampir nak semua) chocolate terbaru keluaran Cadbury. Creme Brulee, Peppermint, Panacotta, dan semualah. Semua aku cakap, smua! HAHAHA. Sumpah best macam comot sekali lepas makan chocolate habis sofa tompok-tompok coklat. Husband I dah bising dah.  KAH KAH KAH.

Pada malam yang penuh barakah ini (amin) bersamaan dengan 5 Shaaban 1430H (H bukan Haizum kali ini), kegiatan chocolate kami meningkat lagi sikit. Macam kalau emak tahu, nahas.

Mempersembahkan,

CHOCOLATE FOUNTAIN!

My husband sangat manis. Tempoh hari pulang dari kerja, dia bawa balik Chocolate Fountain so that the wife boleh menikmati the sexiness of the melted chocolate mencurah-curah. Very aphrodisiac (ceh, tetiba) Ada lah jugak beberapa kali saya sebut nak cholate fountain nak chocolate fountain. Maklumlah kan, kahwin dengan Pakar Kesihatan Queen Elizabeth mestilah dia tazkirah kau jangan makan chocolate lah, kalau ada choclate fountain dekat rumah nanti dangerous lah. Tiba-tiba beli juga. Sungguh manis. Bukan chocolate ah manis. Sekarang I cakap pasal husband I heh.

Inilah benda alahnya. Saiz S untuk keluarga saiz S. HA-HA. Comel sahaja dia ini. Pembuatannya tidak susah. Tapi messy takyah cakap ah. Depress I (sengaja nak guna perkataan depress) Habis banjir chocolate kitchen kami tadi. Sampai tumpah-tumpah ke carpet. Terpercik sana sini. Kau neh chocolate fountain ke atau chocolate volcano neh? Messy betul I depress (again, depress) Tak tak. Mana mungkin depress. Bila tengok chocolate panas yang dicurah mula meleleh secara fountain, sexy rasanya. Dah tak sabar dah nak makan. Kalau boleh nak berbuka puasa makan melted chocolate tersebut. Takyah pandang nasik dah.

Kau tengoklah itu meleleh-leleh penuh godaan. Melted chocolate memang sexy. Err. Kalau tak melted pon dah dikira sexy, inikan pulak melted, mana tahan! Temptation.

Si sexy.

Si sexy lagi.

Makin sexy.

Kami masukkan banana dalam freezer. Lepas itu makan banana sejuk bersama chocolate. Menghasilkan banana bersalut chocolate sesuai dijadikan hantaran semasa merisik, bertunang, berkahwin atau berkawan. Ceh kalau berkawan pon kena bagi hantaran, over!

Si sexy selanjutnya.
Omaigosh menggoda.

Nikmat dia I malas nak cakap dah. Kesan dia pada sistem badan ke apa lagilah I malas nak ingat. Yang saya tahu, dua bijik banana saya makan sampai termuak-muak. Pastu tercium bau chocolate pon saya dah pening dah. Berjanji tidak akan makan chocolate sampai satu hari KAH KAH KAH. Termuak-muak dibuatnya.

Siapatah pergi buat chips bersalut chocolate. HA-HA. Husband saya pergi geledah kitchen carik apa-apa yang boleh disalutnya dengan chocolate. Sampai chips pon dia try. Nasib baik takda buat request ; Wife Bersalut Chocolate. Cannot.

Sekejap lagi mesti ada ah orang nak komen ; Chika apsal tak pakai strawberry? Memandangkan sometimes saya ni macam get annoyed dengan persoalan yang berciri CHIKA APSAL TAK …. BLAH BLAH BLAH. Maka biar saya cakap dulu siang-siang. Chocolate dah tak ada. Dah selesai semua sekali kami blend dia dengan ice cream vanilla. Takutkan tengok cara pemakanan kami lewat kebelakangan ini. Tapi tak apa. We had so much fun.

And I will get annoyed juga nanti dengan fakta : You makan chocolate nanti obess. Pheww. I larang membincangkan kesan chocolate dan obesiti dalam entry ini. I LARANG. HAHAHAHAHA (dah lama tak bagi warning dalam ketawalah bukan?) Tak tak. I gurau saja. Anyway, untuk bertindak rare (eceh), kali ini kita akan memandang chocolate dari kesan kesihatan yang baik SAHAJA.

Tahukah kau bahawa dark chocolate yang mengandungi cocoa baik untuk circulatory system. Atau dalam kata lain, baik untuk sistem peredaran. Ini saya saksikan menerusi televisyen Queensland bukan main-main heh. Bukan fakta saya goreng heh. HAHA. Lagikan, dia berciri anticancer, merangsang brain (pastu dah boleh tulis entry dahsyat sebab brain dah stimulated; ini I yang cakap sendiri) dan juga bersifat aphrodisiac. Iaitu sejenis kejadian di mana merangsang secara sexual. Yahoooooooo. Gilo. Jangan nak suka heh. Ini unproven pon tapi macam ada chance saja fghjklmnbvc.

Siapa suka menambah ilmu di dada, keluar sekarang dari sini dan pergi belajar fakta ini. I galakkan. Source : Wikipedia.org.

Habis sekarang Chika tu nak cakap boleh makan chocolate banyak-banyak ah? Boleh. Makan ah makan. Habis sekarang Chika nak cakap makan chocolate tu baik sangat ah macam berkhasiat ah? Err. HEHEHE. Makan dan jangan lupa melakukan exercise. Makan apa pon kalau tanpa exercise bagai layang-layang terputus talinya (pepatah of the day) Makan banyak goyang kaki baju tak nak basuh tak nak jemur tak nak masak tak nak bersukan Wii, ada chance sangat ah mengalami obesiti.

Habis kalau bersukan sambil berchocolate?

KAH KAH KAH. Saya bersukan Wii sambil ber-chocolate. Kesan dia yang saya nampak ialah mengotorkan sofa. KAH KAH KAH.

Tiba-tiba entry ini yang sepatutnya ilmiah dah jadi tak ilmiah dah. Dah confuse dah. Habis apakah dia kesan chocolate neh?! Baik kah atau tidak kah? KAH KAH KAH. Apa susahlah bukan. Kita berbalik kepada biodata gadis masa kini. Chocolate will make me happy. Anggap ah itu macam benar walaupon macam takyah tulis dalam biodata. Apatah aku cakap neh.

BIODATA PENULIS.

Nama NurulH. Wii Mario Cart will make me happy, bukan chocolate.

Konon-konon nak rare. Anyway sweetheart. Wii Mario Cart memang antara game Wii terpower dan terberangsangkan. Sampai setiap kali main, I curse banyak kali dekat racer lain all over the world. Tak berhenti mulut saya cakap ; AKU SUMPAH ORANG YANG PETIR KERETA AKU MALAM INI DIA SAKIT GIGI. Ijat pon tiru. Dia pon sumpah orang malam ini sakit gigi. Saya harap memang orang yang suka petir kereta saya, pastu baling banana atau langgar kereta saya dengan rocket malam ini dia sakit gigi. Selama dua minggu saya racing ini, sekali saja pernah dapat nombor 1. Selebihnya nombor 6. Itupon kalau ada 7 racer. Kalau ada 12 racer, saya nombor 11. Betapa tak hebatnya aku padahal racing sehari tak kurang 5 jam. KAH KAH KAH. Bukan salah I heh. Salah racer lain yang suka bagi petir dekat I. Sakit ah gigi kau malam neh! Emosi mendadak setiap kali racing Mario Cart. Sumpah best macam kalau kau tak main kau rugi sangat dah. Dah ah lawan dengan real racer all over the world. Habis ah ramai pemain Mario Cart sakit gigi malam ini. I sumpah kau.

Cepat ah. Siapa ada Wii, add me as your friend nanti kita race! Kau petir aku, kau sakit gigi. Berani?

Recent Entries

21 Responses to “Chocolate Fountain, Sweetheart!”

  1. liz Says:

    bukanke cadbury pepermint sudah ada time kite skolah2 lg?

    my favourite tuuuu…smpai panggil cadburry hulk

    chika Reply:

    ala… yang packaging baru dalam kotak boleh simpan simpan balik tuuuuuu. Yang itulah. Yang sekarang cadbury dok keluarkan macam2 jenis dalam packaging best tu. Tahu kan tahu kan? Itulah yang I dok addict ni. Eh masa i sekolah i makan cadbury hazelnut saja T___T

    liz Reply:

    baru perasan..i yg 1st..yeahhh!! setahun sekali nk jadik yg 1st..horey horey

    i rase i tau..sbb nampak kt airport aritu..i rasela..

    i takbleh makan choc yg ade nut2 ni..jerawat mencemburui..T____T jugak

  2. irma2203 Says:

    Siapa ada Wii, add me as your friend nanti kita race!

    meh…anak2 akak pun suka..terjerit dia baca chka pun suka mario..hahahaa

    chika Reply:

    gaaaa iya ke? add kakak chika add kakak chika now!

    HAHHA

    irma2203 Reply:

    haha..anak2 akak baru nak warming up balik wii..semalam abah dorang baru pasang..

    dah nak dekat setahun tak main sejak kejadian abah dorang menghayun kepala anak sendiri..hohoo

    akak malas nak bg main..kang susah nak benti..tau aje lah kan bila dah pegang remote..ekekeke..

  3. .i.b. Says:

    haha… wish i cud get that too!!! with white cokoret!! musti best! ;)

  4. papaya Says:

    I dont like chocolate. And I dont shop. Well, I did I window shop at times, I drooled about the things I want on my way home and when I got home, everything disappeared into the thin air..

    I guess, some people are just plain lucky to have all the money in the world to shop like there’s no tomorrow.. And some people need to rethink of every penny she wanted to spend in order she’ll have enough money for herself and her future..

    And you’re so damn lucky dear..
    But remember, life is like a wheel..
    May God bless you always..

  5. una Says:

    i’m melting ~

  6. Nadya Says:

    Aduyaii chika..Tergodanya tgk chocolate² semua tu T____T

  7. adeqq Says:

    i x suke chocs!!!!~

  8. ieLah~ Says:

    confused ah baca paragraph last.
    chika ni,
    choc fountain sweetheart then tetiba penutup wii pulak.memang sangat chika ah.huhu

    chikaH,i tak suka pink sebab i gadis kelabu.well well…

  9. wani Says:

    Wow….mcm best je tengok Chocolate tu Chika….

  10. shepha Says:

    stroberi celup cokelat sangat tipikal.
    try anggur celop cokelat,begitu menawan kalbu betol~

    wii mario cart sangat mencabar ok.
    tambah2 kalau pakai power stereng huehuehue.
    kalau sentul ke brisbane leh add as friends jugak ke?

  11. kdee Says:

    bestnya chocolate fountain..nk jugak

  12. azira Says:

    alamak nurul…akak outdated ni..(kesian nyer saye..) tak pnah tgk fountain tuh secara live..besar ke ni?even nurul da ckp “saiz s” still tak bley imagine akan kebesaran nya takat mana..patut time tuh pegang di tgn..pegang cam menang piala thomas tuh…baru dpt imagine..hahhaa..dia punya melting…isk…mak aih..gugur jantung..ewwah

  13. aizar azman Says:

    adoi………..nak datang umah ko skang gak!!
    huwaaaaaaaaaa..nak choc fountain..sini mahal bende tu..xpe2..tunggu la..bestnyerr..
    terliur..terliur rase nak mintak kat ibu belikan sekarang jugak tapi takot pulak kene tazkirah tak pasal-pasal kang..

    huwaaaaaaaaaaaa..nak..nak..nak…

  14. ciare Says:

    chika, ciare tak suke coklat…serius ni..

    meh sini bg pingat…huhu..

    aritu pegi lngkawi org lain borong coklat mcm nak pecah beg bagasi tp diri ini tak teruja langsung nak beli…

    bila balek org tanya “nak coklat nak coklat”

    err..sedap sgt ke coklat??? luar biasa ke tak suke coklat? mmg dah biasa org akan pandang sinis sebab tak suke coklat T______T

    ouhh~~~~~

  15. Darling Says:

    i tak suka coklat.. kalo orang tak bagi pun memang takkan kecik hati.. mas abro study kat jerman & bawak balik coklat, coklat diagih2kan kepada tetamu yg datang my house… iskh iskh

  16. ilyanie Says:

    Arghh meroyan tgk cokolat neh.
    Mintak sikit, mintak
    :)

  17. wanie Says:

    salam nurul.boleh x email kn sy kat mne nk beli choc fountain ni…and brape harga.thanks =)

Leave a Reply