MANLY HARBOUR : SEASON FINALE
Tajuk SEASON FINALE tu saya terpengaruh dengan episod MERLIN tadi T___T. Macam biasa, tah apa-apa tah. Husband ajak accompany dia menonton MERLIN final episode tadi, saya turun bawah pergi tidur dalam dakapan suami. Nyaman betul ah I malas nak cakap lebih. KAH KAH KAH. Bila husband pergi kerja pukul 8.45 malam, terus malas nak tidur dah. Berdua lebih baik what the hell. Sumpa benci bila tulis BERDUA LEBIH BAIK ke apatah macam budak sekolah tingkatan 3 baru belajar main ayat. Apatah aku merepek neh.
Semalam bercerita tentang kejadian menangkap dua ekor ikan dengan perasaan penuh perasaan (ayat ini macam biasa dipengaruhi oleh cikgu Muthu) Balik saja rumah, tidak tunggu lama. Terus Ijat siang dia bersih-bersih. Kita goreng dia!

Cis sedap pulak kau neh. Err. Tak berapa nak tahulah kalau memang ikan tersebut dikenali ramai sebagai sedap ataupon terjadi sedap atas faktor nilai ke apa. Maklumlah ikan pancing sendiri dengan rezeki tidak berbelah bagi. Mana sanggup nak cakap tak sedap. Makanlah kami sekeluarga ini beserta air mata T______T Bukan sebab sedih ikan dua ketul makan bertiga macam kais pagi makan pagi, kais malam makan bayam (eh comel bila main-mainkan pepatah) Tapi menangis terharu sebab makan ikan tangkapan sendiri. Nikmat dia lain macam. Macam kalau kau makan laju-laju nanti kau tak feel pastu dah rugi dah. Sebab itu makan sikit-sikit. Cubit sikit-sikit sampai kadang-kadang tak rasa macam makan ikan. Macam tak makan apa-apa. KAH KAH KAH. Walaupon ayat ini disertakan dengan ketawa berdekah-dekah, percayalah yang ikan tersebut memang sedap. Tak larat nak cakap banyak dah. Kang habis bagi ulang ayat ikan sedap ikan sedap ikan sedap sampai anda rasa tertipu.
Ini tak boleh jadi. Harus ke Wynnum again untuk menangkap ikan itu lagi. Kalau dapat makan 4 ekor seorang baru dikira memakan ikan. Saya pilih angka 4 sebab itu nombor kegemaran walaupon orang cina cakap nombor tersebut sangat ah tak bertuah. Nanti kalau membeli Mercedes sendiri (ceh ada hati kau!) saya bagi dia lanyak nombor NRL 4444. Habis kasi pemandu cina takut nak follow dari depan mahupon belakang, I buat jalan raya macam I punya seorang. gagagagaga sumpah cerdik. Sejak bilakah kita tersampai cerita membeli Mercedes 4444 neh? *confuse*
Bolehkah I mentukar topik secara mendadak? Macam terbosan-bosan bercakap tentang fishing sahaja. Seminggu ini tak ada topik lain dah dalam rumah ini asyik fishing sahaja. Pagi tadi husband balik dari kerjaan pon membawa dua fishing rod. Next pula sudah plan nak buat deep sea fishing insyaallah. Okay kita jangan cakap pasal fishing lagi I larang siapa-siapa bercakap pasal fishing sekarang. KAH KAH KAH
Tukar topik.
Dua hari neh ketagih meminum ice cream blended. Sungguh thrill menikmati segelas ice cream blended pada musim sejuk. Efek dia sampai ke jantung dan terus ke otak. HAHAHAHA.

Ice cream vanila dengan strawberry. Memang kombinasi terbaik. Macam ketagih aku dibuatnya.

Cara nak buat senang sahaja. Even boleh dibuat semasa menutup mata. Tapi jangan menutup mata hati itu tak baik. Apa yang anda perlukan hanyalah ice cream vanila (beli ice cream murahan jenama Tesco pon boleh sebab hasil dia nanti tidak berciri Tesco sebaliknya setanding dengan Walls ececeh) Kemudiannya, buah-buahan yang bersesuaian. Seperti strawberry, banana, atau limau. Buah-buahan exotic macam durian, nangka atau cempedak errr…. I tak galakkan. Lepastu, anda memerlukan blender. Kalau tak ada blender boleh pinjam dari rumah sebelah lepas itu pulangkan sekali beserta segelas minuman sedap ini mesti jiran bagi pinjam lagi next time T___T sumpah aku memang pandai panjangkan entry padahal dah nak habis dah entry neh.
Okay okay. Blend sahaja icre cream vanila dengan buah-buahan pilihan anda. Strawberry adalah kombinasi terbaik. Selepas itu, nikmatilah dengan deria rasa yang dianugerahi Allah.
Eh sumpah gian nak buat macam ini selalu.
Secara tiba-tibanya, I tamatkan entry ini.




July 26th, 2009 at 8:25 pm
mcm mkn yogurt..tp ada rasa vanilla ngan buah2..bestnyaa
chika Reply:
July 26th, 2009 at 8:29 pm
dengan yogurt pon boleh buat. Kadang-kadang kalau ada yogurt, kami buat dengan yogurt. Kalau bab nak collect lemak dekat badan ni, memang pandai je kan. HAHAHAHAHA
July 26th, 2009 at 8:55 pm
Hahahaha kalau nak bwat guna ice cream coklat pun sedap… guna la strawberry ka apa ka… janji ice cream… sedap juga today… macam banana split… yummy yummy!!!! =P
chika Reply:
July 26th, 2009 at 9:05 pm
tak penah try sebab i tak suka ice cream coklat. Makan coklat i suka :D
July 26th, 2009 at 10:38 pm
hmmm, selalunya kalau vanilla ice cream saya suka peraha asam limau… best jugak… stoberi tu payah sikit nak dpat kat belah-belah pahang ni walaupun cameron helen kat negeri pahang…
July 26th, 2009 at 11:52 pm
oowh
kalori yg sungguh bnyak
July 27th, 2009 at 9:51 am
sdapnye..nk eskrem jugak..
July 27th, 2009 at 11:54 am
Erk terliur seyh.
Nanti nk prgi pinjam blender dekat rumah jiran lah
HEHEHE~
=)
July 27th, 2009 at 2:03 pm
sedap btol itu eskrem..isk..
* nurul..tau tak sutradara yasmin ahmad sudah menjadi arwah 25/07 tuh..al-fatihah
salam..
chika Reply:
July 27th, 2009 at 2:54 pm
Salam Azira.
tahu.
Itulah I terkejut betul. Sebab kes yang dia pengsan tak sedarkan diri 23 july tu apa semua langsung i tak tau. Tiba2 25 hb tu i terbaca kat satu blog yang dia warded dan coma. Terkejut gila. In the next 30 minutes lepas i baca tu, manager blog i ni bagitau dia dah meninggal dunia. Seriously terkejut sangattttt.
Mudah mudahan roh beliau ditempatkan di kalangan orang2 beriman dan dicucuri rahmat. Amin
July 27th, 2009 at 2:05 pm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0726&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm&arc=hive