Kenapa Emak Bagi Emas Bukan Playdoh?
Dulukan, masa I kecik usia (kena cakap kecik usia sebab sekarang masih kecik tapi kecik saiz. Okay takyah explain) selalu tak faham kenapa emak suka belikan barang kemas (bukan barang kemas itu barangan untuk mengemas as in penyapu, penyedut hampagas ke apa. Okay again takyah explain macam orang tak ada barang kemas saja) Eh saya rasa lepas saya explain orang lagi tak faham. Padahal kalau tak explain orang dah faham dah. Macam sekarang. Makin tak faham fghjklmnbv
Sekarang juga nak blah dari blog ini. HAHAHAHA
Baiklah. I tak akan explain apa-apa T___T
Anyway. Barang kemas. Sikit-sikit bagi barang kemas. Sikit-sikit bawak pergi jumpa goldsmith ukur jari ah apa nak buat cincin. Sumpah saya tak faham pastu muka stone. Macam muka kalau stone kena sepak.
Dulu kalau belajar pandai, akan dapat ganjaran berupa barang kemas. Eh tak tak. Eh actually betul tapi bukanlah setiap kali pon nak bagi barang kemas. Banyak ah kau punya kaya ingat keluarga ini melombong emas?
Saya masih ingat pencapaian akademik saya di sekolah selalu memberangsangkan. Memang ah ingat. Benda manis macam ini mana boleh lupa. Tak akanlah nak lupakan kenangan manis menjadi pelajar pintar. Sedangkan kenangan tidak manis menjadi pelajar tak siap final projek di universiti pon I ingat, inikan pula kenangan manis menjadi pelajar pintar (sudah dua kali saya ulang ayat pelajar pintar ini. Nampak sangat nak tekankan kenyataan yang I ini pelajar pintar. Okay dah tulis tiga kali dah. Cukup)
Semasa saya berusia beberapa bulan, emak membelikan seutas rantai emas. Sekarang jangan pergi bayang I jadi bayi perempuan pakai rantai emas mami jarum heh. Ia rantai emas biasa-biasa sahaja standard bayi. Tapi I tak tahulah apa maksud dia rantai emas biasa sahaja standard bayi itu. Sebab tak ada memori bersama rantai tersebut. Kisah ngeri untuk dikongsikan.
Satu malam, saya didukung ke pasar malam oleh ibubapa. Tiba-tiba emak menyedari rantai emas sudah hilang dari leher molek bayi perempuan berambut lebat dan hitam pekat bersinar macam mendapat rawatan minyak panas ke apatah. Emak cemas dan membuat lagak ngeri. Terus peluk bayi perempuan rambut hitam pekat (okay I malas nak tulis pasal rawatan minyak panas dah sebab tak masuk akal) Kejadian ragut! Mujur bayi perempuan tidak cedera. Emak kata, saya ketika diragut itu adalah dalam keadan rela. Sebab saya sebagai bayi perempuan yang dah mula pandai bercakap, boleh bercerita dengan emak rentetan kisah ragut. Sesuatu yang macam ini cerita dia :
Saya tahu ada lelaki mengambil rantai dari leher saya. Tapi saya diam sebab saya lupa saya dah pandai cakap. Okay ah I saja je buat ayat poyo. Sebenarnya masa itu I kecik dan I tak hairan pon orang ambik rantai emas itu. Kau nak, kau ambik ah aku bukan seronok sangat pon pakai rantai itu di leher. Sebab main playdoh lagi best dari pakai rantai dekat leher. Lebih kurang macam itulah. Emak cakap, saya siap cerita dengan emak secara fun sekali. Nasib baik emak tak kesal ada bayi seperti itu T___T
Itu kenangan bayi perempuan. Sekarang saya nak anda semua lupuskan kisah itu. sekarang juga. Sekarang I kata.
Kisah emas seterusnya. Masa saya sekolah tadika, emak belikan dua gelang emas. Tak tahu kenapa kena beli dua sekaligus macam tak boleh beli satu gelang dan satu lagi playdoh. Entahlah, tak faham sikap orang dewasa. Lepas itu dipaksa pakai. Sebab taat dengan emak, pakailah gelang emas baru sebanyak dua utas itu kiri kanan. Sumpah susah nak main playdoh dengan rakan dibuatnya.
Tiba-tiba satu hari yang I tak ingat hari apa, gelang tersebut dah terkemek. Oh lupa explain. Yang ini saya kena explain, bukan suka-suka nak explain heh. Itu gelang jenis solid, bukan yang halus itu. Sebab itulah dia boleh kemek-kemek. Tapi sepatutnya dia tidak patut kemek. Hanya kalau dipakai oleh anak Batman barulah senang kemek. Tapi dipakai oleh anak bukan Batman pon boleh kemek. Emak sangat menyirap. Saya pikir emak akan menyesal sebab anak perempuan rambut hitam pekat dah kemekkan gelang emas.
Rupanya sangkaan saya silap. Emak makin giat. Tidak lama itu dia belikan saya seutas rantai siap dengan signature nama I. Terpahat nama Haizum pada rantai. Yang ini, saya mengaku memang buat saya proud. Sebab nama terpahat pada kepingan logam siapa tak proud. Pergi jalan-jalan mesti gembira sebab bajet semua orang dah tahu dah my name. Siapa tanya what is your name memang nak kena ah dia. Ingat lagi. Pergi zoo lepastu macam nak menunjuk dekat siapatah yang I ada rantai terpahat nama sendiri. Gila annoying ah sikap budak itu. Patut masukkan dia dalam kandang harimau ketika di zoo T___T
Malang lagi sekali.
Rantai yang mulanya terpahat nama Haizum tiba-tiba terbelah dua membentuk Hai dan Zum. KAH KAH KAH. Kasi tahu emak. Emak tension tapi macam tak berapa nak marah. Emak panggil rakan dia yang bekerja di kedai emas suruh patri kembali. Sampai sekarang pon masih ada rantai tersebut. Bolehlah I guna pepatah kejap dalam blog. Yang patah bersambung kembali. Yang hilang berganti. CEH macam tak jadi saja pepatah ini. Tinggalkan tentang itu.
Ada beberapa peristiwa lagi yang mengaitkan saya dengan barangan kemas semasa saya berusia kecil. Tapi saya bukan nak cerita peristiwa-peristiwa itu sangat. Yang saya nak bagitahu ialah perasaan saya terhadap barangan kemas. Dari kecil sampai ke besar ini, minat terhadap barangan kemas macam tak ghairah langsung. Suka buat muka stone bila emak belikan emas. Suka bagi muka stone bila emak bawak pergi kedai emas. Tak excited langsung macam kalau dapat playdoh.
Namun, ada peristiwa yang sangat manis untuk dikenang. Tahun 1998 bila saya menduduki UPSR. Macam biasa, kalau cemerlang dapat ganjaran. Disebabkan selalu sangat cemerlang, maka emak pon confident yang anak ini pasti mendapat 5A. Oleh itu, belum selesai UPSR lagi emak dah siap belikan hadiah. (Sekali tak ada rezeki yang baik, dapat 3A sahaja tapi hadiah dah beli. emak kata tak apalah, sebab dia tahu anak dia memang pintar cuma rezeki tiada di situ ewah) Sumpah I tak sabar nak sambar hadiah. Kuat sangat dalam ingatan saya. Bila suatu malam itu emak panggil untuk sesi award night. Eceh.
Ha betul sangat. Memang dapat barang kemas lagi sekali. Again? Seutas charm bracelet dengan banyak love bergayutan. Sewaktu itu, saya tahu charm bracelet sangat in. Sangat digilai ramai sampai aunty aunty saya pon terkedu-kedu tengok budak 12 tahun ini pakai charm bracelet emas. Semua orang kagum dan terkesima.
Saya?
Sebenarnya saya memendam perasaan ketika itu. Saya kecewa sebenarnya sebab dapat charm bracelet. Bukan itu yang I nak lah. Saya harap dapat Barbie Doll latest edition berserta Kent (pacar Barbie) dan sebuah banglo untuk Barbie yang I idam-idamkan. Harga dia RM700 + sahaja. Saya masih ingat. Apa kau cakap? 700 Ringgit SAHAJA???!! Sewaktu itu saya fikir macam, apsal kena beli charm bracelet ribu-ribu itu padahal banglo Barbie itu RM700 sahaja. What the heeelssss kan I ini.
Mungkin anda pon rasa Chika ini macam makhluk aneh atau dalam kata lain, alien kepala hijau telinga hijau dengan lendir-lendir di badan. Perangai aneh sangat sebab tak menghargai gelang emas. Macam budak tidak pintar sahaja. HAHAHAHA. Mungkin anda rasa ini sangat pelik.
Tolong percaya sekarang. Memang saya sangat kesal waktu itu. Rasa macam menyampah sangat dengan charm bracelet berjuntai-juntai love kecil itu. Rasa macam tak mahu pakai. Kalau boleh nak bagi hadiah dekat rakan sebaya sempena hari lahir dia. HAHAHA. Eh tak tak. Cuba kalau saya buat begitu, mesti fun bukan? Sumpah fun sebab sekarang ada kenangan bagi hadiah gelang emas dekat rakan masa usia 12 tahun. HAHAHAHA. Macam hebat. Gilo.
Pada hari raya (tahun yang sama) saya pergi beraya secara berpasukan dengan rakan-rakan. Jalan kaki pergi rumah ke rumah CEH. Kalaulah umur 12 tahun pandai bawak kereta mesti stunning habis T___T Saya pakai charm bracelet itu sebab emak suruh. Emak cakap kalau taknak pakai, siap dia. Dulu perkataan ‘siap‘ itu memang killer ah. Takut sangat kalau emak cakap ‘siap kau‘. HAHAHA. Pakailah budak perempuan itu gelang emas baru dapat sempena UPSR.
Tiba-tiba ada rakan sebaya nampak gelang itu. Mereka excited. Mereka belek-belek. Mereka cakap kalau emak mereka bagi, merekalah kanak-kanak perempuan paling bertuah dalam dunia. Mereka cakap, kalau jadi saya mereka akan sangat berbahagia. Saya masih ingat juga seorang rakan sekolah agama (Farah ke apatah nama dia tapi I ingat muka dia sangat comel macam I juga CECECECEH) Dia kata charm bracelet adalah kegilaan ramai budak perempuan sebab selalu nampak dalam katalog barang kemas. Sudahhhh. Pandai pulak dia bukak katalog barang kemas. Apatah budak-budak era itu. Advance sangat. I selalu bukak katalog Avon emak sahaja dan pilih baju tidur kanak-kanak T__T Atau bukak katalog Amway rakan emak punya sebab nak order perfume Amway T___T Eh macam hebat jugak heh budak 12 tahun pakai perfume Amway. KAH KAH KAH.
Peristiwa hari raya itu banyak mengubah perasaan saya tentang hadiah gelang emas dari emak. Saya mula sayangkan gelang itu. Saya mula menghargai gelang itu. Saya mula bangga sebab pakai gelang itu dan bukan pakai playdoh dekat tangan T__T Saya juga sudah tahu betapa gemilangnya diri sebab ada gelang emas sempena hadiah UPSR. Lagi bangga, sebab tiba-tiba ada charm bracelet yang begitu selari dengan trend masakini. HAHAHA.
Sejak itu saya menyesal sangat sebab tidak bersyukur malah nak frust-frust bagai dengan pemberian emak. Dan pada saya, gelang itu adalah sesuatu. Macam antara pengalaman pertama saya mengenali kesyukuran.
Sampai kini, saya selalu tanya emak kenapa kena beli barang kemas untukl saya?Emak cakap :
Pertama. Sebab emak ada anak perempuan.
Kedua. Sebab emak hanya ada seorang anak perempuan.
Ketiga. Sebab itu naluri ibu.
Keempat. Sebab anak perempuan kena ada barang kemas.
Dan sebagai kesimpulan, emak cakap : saya akan faham soal ini bila saya ada anak perempuan kelak.
Hurm. Kita akan tengok.
Bila lalu depan Diva, emak akan tanya saya pulak : kenapa kena beli rantai manik-manik dengan cincin plastik harga lima belas ringgit ini?
Saya akan cakap : Sebab saya anak perempuan.
Honestly, saya tidak minat langsung barangan emas. Sampai kini pon berasa tidak enjoy memakainya tapi pakai juga seutas dua demi emak.
Kalau macam gambar ini saya sukalah. Memang suka sangat. Citarasa aneh.

RM50 termasuk package senang hati. Siapa berkenan, place your order.Eceh, tetiba. I cakap pasal the Anna-Suish Ring bukan pasal perempuan pakai eyeliner tebal itu beserta kening bersepahnya yang degil tak mahu trim sebab berdosa Allah marah.
Ibu memang ada naluri nak bagi anak perempuan dia pakai barang kemas heh? I wonder kalau anak I nanti I bagi dia pakai cincin bentuk bunga rose hitam atau necklace bentuk hati plastik warna warni harga RM7.90 ke apa. HAHAHA. Tidak mahu cakap. Kelak siapakan tahu. Entah-entah I mewarisi sikap emak. Tapi by the time, I nak bagi anak I baca entry ini supaya dia bersyukur dari mula.




July 16th, 2009 at 10:02 pm
ok jugak ya kalau nanti saya dpt isteri yg tak suka barang kemas… mcm ada ciri2 penjimatan pulak..
lagi pun wanita berpakaian kemas.. (berpakaian kemas??) ok, maksud saya yg berbarang kemas ni ada risiko sikit menjadi buruan peragut2 tak bermoral. baik jugak pakai cincin bunga ros hitam *apa ke benda ntah nama dia tu - kejap nak rujuk baca balik semula… haaaa, Anna-Suish Ring** ciri-ciri keselamatan jugak tu. walau pun comel (mcm sgt sesuai dgn tuannya yg comel jugak) memang tak menaikkan napsu nak merompak di kalangan peragut2 tersebut… dan tak adalah rugi byk mana sgt kalau tercicir kan…
oraitlah tu
chika Reply:
July 17th, 2009 at 8:14 am
bertuahkan mendampingi perempuan semacam ini.
HAHAHA
July 16th, 2009 at 10:30 pm
AHAHA. klaka la kak chika neyhh .
chika Reply:
July 17th, 2009 at 8:15 am
inikan sitkom :P
July 16th, 2009 at 10:42 pm
i feel u gerl. agaknye kaum ibu nih (temasuk la mak i) mmg ada naluri keterujaan mau membelikan anak2 perempuan brg kemas la. dan seperti puan sri chika, i pun tak minat emas. biasanye i pakai pun dlm keadaan tepaksarela sbb maleh nak denga mak tanye soklan yg sama (nape tak pakai?) berulang2 kali persis cd rosak. adei.. seriyes sgt mentensenkan.
chika Reply:
July 17th, 2009 at 8:16 am
naluri ibu ni ada macam-macam sangat jenis naluri sampai emas pon masuk sekali dalam naluri. Tapi i tak nak komplen banyak sangat takut nanti i pon ada naluri ibu yang macam itu pastu anak i pon buat entry semacam ini,
HAHA
July 16th, 2009 at 10:44 pm
chika..sama lah kite..dira tak suke sgt brg kemas lebeh2 lagi emas kuning tu..tp bile dah besar br faham betapa mak sayangkan kite dan belikan mcm2 brg kemas! brg2 kemas dira dr kecik smp sekarang klu yg mak blikan, mak yg simpan.bukan dira yg simpan..tunggu mak tanya “dira nak pkai cincin diamaond yg mak blikan hadiah pmr dulu?” barulah dira teringt dan trus pkai..
nanti chika ade anak pun agaknya chika bli mcm2 untuk anak chika..klu kecik kite tak tahu nilainye, bila dah besar barulah paham…selagi mak masih ade, mase tu lah kite boleh balas jasa mak..kan chika?
eiii, chika suka diva ek? kat sana mesti bnyk shop best2 mcm diva kan? kekadang bila tertengok shop diva, sekali pandang mcm dira plak..hahahhaha
chika Reply:
July 17th, 2009 at 8:18 am
setiap pagi raya mesti argue sikit sikit dengan emak pasal nak pakai barang kemas. Emak…emak…
HAHA
Itulah. mungkin chika pon sama kelak, siapalah tahukan. Nama lagi naluri ibu. Macam-macam benda aneh dalam naluri ibu.
Err. comelnya cakap Diva macam Dira. Harap Dira bukak kedai Dira macam Diva nanti. Eh faham tak ayat diva dira apa tah ini? HEHE
dira Reply:
July 17th, 2009 at 11:18 am
entry chika ni pun buat dira fikir, dulu dira tak penah bersyukur dgn dira ade..aduuuh sebak plak rase..chika trime kasih tulis entry yg bermakna untuk chika dan untuk perinigatan semua..hugs chika..
chika Reply:
July 26th, 2009 at 8:40 pm
alahai.
terharu pulak chika rasa :)
July 16th, 2009 at 10:45 pm
chika, sy pun kurang gemar dgn barang kemas. smp skrg.. hehehe~ :p
chika Reply:
July 17th, 2009 at 8:20 am
itulah.
mungkin bila kita dah jadi ibu nnati kita fahamlah kot kenapa kena bagi anak perempuan banyak emas. Dan kenapa macam tak puas hati bila anak perempuan suka pakai DIVA lima belas inggit.
HAHAHAHHA
July 16th, 2009 at 10:46 pm
emas eh??? hmmm, itulah bezanya perempuan, wanita dengan lelaki… tapi kalau lelaki pandai pilih emas untuk isteri itu best dan sweet!
teringat2 akak pasal mak tiba2 belek2 getah budak2 ppuan yg cute tu…warna warni tu n beli untuk….akak? terkejut jugak tapi nasib baik masa tu masih kecik (tak kecik sangat jugak)….
kata mak la, alasan dia bg tu sebab hal yang sama (seorang je anak ppuan dia ada) dan dia tak pernah belikan getah tu untuk akak…agak terharu jugak la…
chika Reply:
July 17th, 2009 at 8:22 am
Kalau lelaki bagi … eh jangan tolak heh. Menolak emas dari lelaki macam perbuatan tak pintar. HAHAHA. Kidding :P
Seronok sebenarnya jadi anak perempuan tunggal. Sebab bagi seluruh naluri keibuan dia dekat kita. Pastu nanti dah besar cepat jadi kaya sebab banyak emas. HAHAH. Eh tak tak. TAk ada kaitan :P
dee83 Reply:
July 17th, 2009 at 12:37 pm
betul2x, jadi anak perempuan tunggal memang seronok sebab bila kita dapat barang2 perempuan adik2 yg lelaki tak ada alasan nak argue dgn kita kan? haha…
tapi bila dorg dpt barang, akak la biasanya mesti nak jugak macam yg diorg dpt… nampak sgt tamak kan? huhu…
July 17th, 2009 at 12:31 am
hehe.. i pun tak suka barang kemas. sebab i rasa brg kemas tu sesuai untuk mak cik mak cik je.. hehe
chika Reply:
July 17th, 2009 at 8:23 am
mungkin jugak.
agaknya bila i dah jadi makcik sikit nanti, i suka kot. pasti bangga sebab dah ada banyak dlm koleksi. HAHAHA
July 17th, 2009 at 2:33 am
ini entry yang sangat comel okeh
chika Reply:
July 17th, 2009 at 8:23 am
terima kasih sebab buat komen yang comel ini okeh :)
July 17th, 2009 at 8:08 am
bestnya selalu dapat barang kemas.
chika suka kah pakai barang kemas?
dianna tak suka oh. rasa diri tuaaa :(
chika Reply:
July 17th, 2009 at 8:24 am
tidak berapa suka sebab lagi suka pakai aksesori silver. Tapi kalau white gold, anytime babeh! HAHA
zarin Reply:
July 17th, 2009 at 9:04 am
klu diamond lagi la dialu2kan. betol tak chika? hehe..
chika Reply:
July 26th, 2009 at 8:41 pm
betul.
10 markah!
July 17th, 2009 at 8:26 am
i pon pelik ah. dulu setiap kali raya, mak i pon paksa2 suruh pakai rantai emas (since i ada harta 1 tu je.skang dah tatau ke mana), i siap buat muka lagi bila kena pakai.. i pon tak pernah rasa proud. (matilah kita kalau mak kita baca entry n komen2 readers. pasti menangis darah mereka hahah)
bila dah besar panjang ni, lagilah pudar perasaan nak pakai emas. warna emas tak pernah menarik hati remaja utk ber-fun with it. kita surely lagi tertarik dekat benda2 yang trendy and silver2 thingy. mmg tu sifat remaja. kenapa remaja zaman sekarang mcm ni nihh?
but,still kat Penang ada trend org menunjuk2 pakai emas. dah dasar mami jarum kan :p
tapi, org pompuan mmg patut ada barang2 emas. tu adalah harta kita. hee.tp nnt kalau anak u, i rasa u akan menitik beratkan facial di muka dari barang2 emas ni :p hahahha
chika Reply:
July 26th, 2009 at 8:42 pm
itulah.
itulah dia harta wanita.
July 17th, 2009 at 9:01 am
hiks..saye pon x suke pakai brg kemas…
rase mcm acik2 mcm dalam cite mami jarum jerk….
lebey prefer kristal…heheheh..
chika Reply:
July 26th, 2009 at 8:43 pm
I preer anything silver or white. ngeehehe
July 17th, 2009 at 9:36 am
hehehe..samala kita..
chika Reply:
July 26th, 2009 at 8:45 pm
:D
gadis masa kini.
hahah
July 17th, 2009 at 10:14 am
dulu2 pun selalu dapat hadiah barang kemas bila cemerlang dalam pelajaran.. yang paling sayang sebenonya rantai yang dapat masa umur 1 tahun siap ada loket nama lagi..
dan pernah gaks kemekkan gelang tangan.. iskh apa daaa.. ganas sungguh..
tapi kalau tanya now, lagi suka pakai perhiasan fancy2 tu dr emas. koman2 tak ada orang nak rompak. lagipun designnya lagi meriah dan pelbagai hehehe..
chika Reply:
July 26th, 2009 at 8:45 pm
itulah dia. Kalau ada orang nak rompak cincin plastik lima enam inggit I, memang bodoh ah perompak tersebut. haha
July 17th, 2009 at 10:40 am
i pun tak rela bila kena pakai barang kemas..
bila tgk mak beli barang kemas.. i bley terpikir.. kalu gadai bley tak dapat beli hp canggih.. ahhahaha..
kalu mak tahu mati kena bunuh.. syyyhhhh jgn kasi tahu mak..
chika Reply:
July 26th, 2009 at 8:46 pm
eh tapi i tak penah fikir nak gadai wooooo.
HAHAHAAHHA
July 17th, 2009 at 10:58 am
hehe…iva pon lebih rela sarungkan silver or white gold dari emas..aduh sangat xberkenan…hehe..kawen sarung silver adekah sangat terlampau..??
chika Reply:
July 26th, 2009 at 8:47 pm
kawen sarung silver, errr… rugi! KAH KAH KAH. Kawen kena ada diamond berbatu-batu. HARUS ADA! gagagag
July 17th, 2009 at 11:00 am
memang automatik kot ibu2 sume msti nak kasik anak perempuan sulong/tunggal pakai barang kemas.
fortunately,i jenis suka pakai pulak.haha.
selalu pakai masa raya,then lepas form5 (konon dah besar) pakai terus je la sampai sekarang.
kalau mak pergi kedai emas mau beli barang die,mesti i dapat jugak tempias sikit2.paling kurang gelang emas haha.
nanti anak i pon kena bg pakai gak ke?haha
chika Reply:
July 26th, 2009 at 8:48 pm
i rasa dah anak nanti kita pon sama. pastu anak pon tulis entry macam ini balik. haha
July 17th, 2009 at 11:34 am
entry utk anak sudah ade, anak sudah ada? eh ape punye soklan ni. hukhuk
chika Reply:
July 26th, 2009 at 8:49 pm
tak apa.
rezeki tu janji Allah.
I do not worry about anything
July 17th, 2009 at 1:03 pm
Salam,
Just wanted to promote my barang untuk dijual, one of ur fav reader silently…..
looking thru ur blog, seems you like to dress up as well….
maybe you’re interested to buy our tudung collection, we have current trend tudung ala ariani, but at a cheaper price…..
feel free to browse ;)
chika Reply:
July 26th, 2009 at 8:50 pm
ohhh.
okay okay. I pergi masuk blog you sekarang :)
thank you very much.
July 17th, 2009 at 1:21 pm
aku pn rase ape y ko rase kpelikan waktu kcik dhulu……arwah nenek aku ciap blikan utk aku mase aku umr 9 thn n sampai skrg tetap pakai….that mean,,,rantai nie silap ari bulan leh mmbuat aku tcekek sbb saiznye y mngecil setelah aku beumur 23 skrg (pdahal aku y mkin mmbesar)…mak aku nak tmbah bia pnjg ckit tp aku x nak..sbb “nilai’ nye x same……walaupn nilainya akn btambah cantek bile org pndg rantai n ownernye……..:-)
chika Reply:
July 26th, 2009 at 8:54 pm
i rasa semua perempuan memang banyak pengalaman dengan emas.
eh 9 tahun pakai sampai sekarang pastu tak besarka dia? HAHAHA bahayaaaaa :P
July 17th, 2009 at 1:51 pm
akan merindui nurulism.com dan akak chika..dah nk balik Malaysia, selama 2 bulan mesti jarang surf tnet.. mesti rindu nk baca akak chika merapu ntah apa2.. (T__________T)
btw, saya suka barang kemas…suka pakai dan suka hilangkan..haahahaha…dah banyak mana dah gelang dan rantai emas jadi mangsa buang anak..hahaha…
chika Reply:
July 26th, 2009 at 8:55 pm
selamat pulang ke malaysia!!! jaga diri dan enjoy holiday!
July 17th, 2009 at 2:26 pm
Hik3
Ai pon tak suke pakai emas. Tapi setiap kali raya jek, mesti kena pakai. kenapa ntah.
bak kata u chika, naluri ibu.
Kalau ai cakap tanak pakai, mesti muka mak ai sedih. Tak kira. suruh pakai jugak. HAHAHA~
tapi mak ai takdalah cakap siap dia
HEHEHE~
Maybe satu hari nanti, ai akan paham la kenapa kot.
July 17th, 2009 at 3:57 pm
bukan mostly, anak2 gadis zaman skrang x suke pakai emas ke?? (termasuk saya)…lain kalo dia mmg mami jarum ke apa..huhuhu
July 18th, 2009 at 12:16 pm
i tak suka pkai brg kmas mcm girls lain kot..
but my lil sis berebut nk brg kmas mak i..hoho
tp hadiah emas plg i syg dr arwah atok i bli kn rntai ada loket initial my name
tp i x leh pkai pun sbb kcik so bg adek lg huh
July 18th, 2009 at 7:22 pm
Gua nak ajak lu dtg mkn kenduri kat blog gua.Folo baca doa skali pun takpa..
July 19th, 2009 at 3:33 pm
salam..chika & family tersayang..
semoga kalian sentiasa dirahmati dibawah keredhaan-Nya yg maha pengasih lagi maha penyayang..
ok..hehehe..akak ni pembaca senyap je..bace sambil menyengih je..mcm meng-read novel..sgt sweet steady & mmg rock n roll & mr loba2..yeahh..yeahh (ecececece)
sebenarnya tujuan “conteng” nih..nk bg tau yg bahawasanya akak telah berjaya menghabiskan “novel” awk hari ni (19/07/2009)..hahaha..
membaca tak smpai sebulan post from 2005 till emas playdoh nyer citer..membaca secara membahagi masa secara sama n rata kepada setiap komitment
ok..tuh je..mmg ur life ni so so colourfull lah..n u mmg sgt2 beruntung..semoga Nurul (eh…eh..atas panggil chika…bwh panggil lain..takesa lah..hahah) tidak lupe untuk bersyukur sentiasa ye.. :)
tata & take care
salam
* u punye ayat mmg really good la..try la menulis2 novel ke pe ke..mmg sgt talent..
chika Reply:
July 26th, 2009 at 9:00 pm
uuyyyooo dah tamatkan blog saya???
gulp.
tak tercakap dah i.
terima kasih banyak atas komen yang memberangsangkan :)
July 20th, 2009 at 9:54 am
tak suke emas jugak. walopon emak ciare tak segenerous mak chika slalu bg barang kemas ;), tp tak penah pulak mintak2 brg kemas. sumpah tak penah. sbb rasa tak fun langsung pakai objek bwarna emas dekat leher kaki tangan. haishh rasa macam makcik2 =P
my 1st barang kemas adalah cincin tunang & risik. since then, rasa dah nak jatuh cinta pulak dgn barang kemas. hehe. abes arr suamiku nti kena beli. keh3.
owh terasa dah masuk ke alam makcik2 T_____T nanti nak belikan emas utk anak perempuan mcm emak chika ^__-
July 20th, 2009 at 10:18 am
such a long post… kekeke same here…. now I wondering about that too… since I was small… my parents always bagi me barang kemas, instead of something cheaper, as in games…. but love the your story here… funny though about your first time kena ragut secara suka rela… thans God you’re fine!!
July 21st, 2009 at 2:33 pm
sangat2 kelakar:)
chika Reply:
July 26th, 2009 at 8:52 pm
gagagaga
July 21st, 2009 at 7:38 pm
Hye Chika, Lama I tak bagi komen kat page you.
EMAS ???
Yang kat atas tu semua, pasti tak kan menolak kalau ada orang bagi emas FREE.. Ngeeee
chika Reply:
July 26th, 2009 at 8:52 pm
kalau ada orang nak bagi free, i nak demand dia diamond dengan white gold. HAHA
July 22nd, 2009 at 9:22 pm
mak saya beli Playdoh untuk saya masa saya kecik
wahahaa
chika Reply:
July 26th, 2009 at 8:51 pm
tak akan emak awak nak belikan emas untuk lelaki :P
Hamdi Reply:
July 26th, 2009 at 11:47 pm
ye lar
kang kalo mintak emas kang, mak kata giler lak
wahaha
ish Chika nih
December 1st, 2009 at 4:03 pm
Salam. B’knn sgt kat Anna-Suish Ring tu. Kt mne ade jual yee?
chika Reply:
December 1st, 2009 at 5:05 pm
Saya beli Kat Diva.
Cuba carik :)