Baiklah Forever
Baru semalam saya cakap :
- Kalau Justine eliminated, saya tak nak menonton MasterChef lagi.
- Kalau Justine eliminated, saya boikot MasterChef Australia.
- Kalau Justine eliminated, saya pergi hack official website MasterChef.
- Siapa eliminate Justine, siap dia.
- Saya akan frust secara sangat kalau itu terjadi.
Baiklah. Terjadi. Justine disingkirkan pada episod semalam sumpah I emotional mendalam. I menangis dalam hati, siapa yang tahu. Frust banyak sekali woh. Apa yang mensedihkan, penyingkiran ini kononnya di antara Poh and Justine. Anda bayangkan (sekarang bayangkan, I suruh ) betapa banyak saya tiup-tiup jampi supaya Poh yang akan disingkirkan. Unfortunately, I jampi tiup angin jah. HAHAHAHA. Eh jangan gelak jangan gelak. Ini serius! (tak tak. Kali neh sebab entry serius I tak akan pakai suara Ming Ming Wonderpets)
Semalam episod Pressure Test. Di mana contestant dikenakan tekanan untuk menyediakan Chocolate Mousse Cake. Tension aku tengok! Professional chef datang membawa sebijik kek. Pastu mereka kena buat kek tersebut sebijik dan sesedap kek yang dipamerkan. Dah ah banyak layer. Bila judges tanya kepada professional chef yang buat kek itu, berapakah tahap difficulties untuk membuat kek tersebut out of 10? The chef said, TEN. Omaigod lah apalagi.
Kesian Justine. Dia tertekan I rasa nak bantu tapi tak apalah. Actually semua orang pon buat kek tak menjadi kecuali Chris. Tapi nasib tidak memihakmu Justine. Tapi tak apa. Justine forever. I tak akan tarik balik title Forever yang I bagi tu, jangan worry Justine. Pakailah nama Forever tersebut sampai forever sob sob sob T____T We will miss you so much, friend. Ceh sejak bila tah menjalin persahabatan.

HAHA.
Saya rasa ini Julie punya cake.
Antara kek yang terpaling siap tapi tidak sedap.
Nampak mudah? Kau belum tengok lapisan-lapisan di dalamnya bagaikan kerak bumi. Tengok saja dah boleh buat manusia naive seperti kita iniĀ menangis sebanyak bersungai-sungai. Makin lama makin tekanan aku tengok rancangan neh. Tak lama lagi kalau saya dilaporkan termenung panjang, anda fahamlah kenapa T__T
Justine hebat.
Ceh. Tetap nak cakap Justine hebat. Eh memang betul heh I cakap dia hebat. Tahu atau tidak? (Okay anda tak tahu) Penyingkiran Saudari Justine semalam telah membuatkan ketiga-tiga judges menangis. Comel gila. I suka ah George Si Botak tu sumpah comel. Lepas menangis lagi ah comel. Hey, takyah cakap pasal George. Kita bercakap pasal Justine. Kesemua judges menangis dan saya berasa teruja melihat tangisan Gary. Nampak sangat semua orang sayang Justine sebab dia Forever. Eh tak tak. Sebab dia hebat dan ada peluang yang cerah dalam bidang ini.
Untuk tetap menyebelahi Justine, dan untuk menampakkan kepada anda bahawa pilihan saya memang tepat dan hebat, saya akan menceritakan kisah yang membanggakan. Supaya dengan ini, tiada siapa akan cakap ; Holoh Chika. Apa neh sokong orang tak terror. Boooo ya.
Semasa penyingkiran itu, judges mengumumkan sesuatu yang mampu buat sesiapa sahaja kagum. Malah mampu membuat Poh mahupon Chris berbulu-bulu. KAH KAH KAH. Judges kata, Justine telah dilamar oleh beberapa orang chef terkemuka di dunia yang pernah mengunjungi MasterChef untuk berkhidmat di restoran mereka. Omaigodnes. Justine memang hebat ah.
Semalam dia balik rumah dah. Dah surprisingly, salah seorang Chef datang ke rumah dia untuk membuat tawaran kerja bersama Chef tersebut. I malas nak cakap banyak dah (padahal dah cakap banyak pon). Nampak sangat Justine terpaling hebat cuma tiada tuah di situ.
Husband saya cakap nanti nak pergi melawat bistro yang akan dibuka oleh Justine. Pastu I nak mintak sign kat dia. Atau boleh ah kami bertukar-tukar signature. Wah, perlu eh dia simpan signature I? HAHAHAHA. Atau pon mungkin boleh bertukar-tukar resipi. Sumpah malu statement I ini. Resipi apatah yang aku ada untuk ditukarkan dengan Justine. KAH KAH KAH. Macam comellah bukan? Mentukarkan resipi French Cuisine dengan cekodok ikan bilis. Gila ah comel fghjkl.
Justine Forever. I tak kira. I nak sokong Justine jugak.
Habis tu Chika dah tak akan follow ah MasterChef lepas ini?
Err. Tidak. I akan follow juga. KAH KAH KAH.
Akan pergi hack official website dia?
Err. Engkau fikir aku hacker? I tak pandai pon. KAH KAH KAH
Kenyataan memang memedihkan. Baiklah. Justine disingkirkan.
Baiklah.
Asyik cakap pasal Justine Forever sahaja. Bila nak cakap pasal Chika forever pula? Chika Forever kena marathon entry beberapa hari ini. I kena update laju-laju. Ada entry kena disiapkan hari ini juga. Minggu depan macam ada chance saja untuk saya tidak melayan blog langsung. HAHA. Husband cuti next week. One week cuti yahooooo Isteri pon cuti sekali yahooooo. Untuk mengelakkan blog nampak macam terbiar, saya akan draft entry banyak-banyak. Err. Ada beberapa entry sudah dalam draft. Entry separuh jalan. I lazy kadang-kalanya. Tapi untuk pembaca manis punya pasal, saya sanggup berkerja keras. CEH. Ayat bodek macam kempen pilihanraya. Tapi I tak tipu heh bila I cakap pembaca I manis. HAHAHAHAHAHHA.
Baiklah. Waktu untuk tugasan lain pula. Habis takkan asyik nak lelong MasterChef sahaja.
Sekarang teka, kenapa siput babi jalan lambat?




July 16th, 2009 at 4:18 am
Poh and Justine?? sape tuh? tak paham??? nape tak letak link :(
chika Reply:
July 16th, 2009 at 4:47 am
Read the previous entry :)
July 16th, 2009 at 5:01 am
owh, hebatkah Poh punya kek?
chika, ur resipi sup ayam (untuk jiwa) pun boleh ditukarkan dengan Justine jugak =)
July 16th, 2009 at 5:33 am
cheh…tercicir la plakkan…jgnkan Masterchef ausie, Buletin utama pown x sempat tgok..hahahhaa
July 16th, 2009 at 6:46 am
kenapa siput babi jalan lambat?
nak jawab..nak jawap..ahahahaha..
sbb dia tgh pk..dia siput ke..dia babi..ahahahaha..dia kompius tuh..:P
July 16th, 2009 at 8:09 am
haha..comel..baru je sebut terus kena singkir..lps ni sebut la pasal poh byk2 klau nk dia kluar..hahaha…
July 16th, 2009 at 8:20 am
sebab siput tu kena H1N1..
July 16th, 2009 at 8:33 am
xpe2 justine dh dpt keje kt tmpt best..
sbbb siput tu konfius giler..
die xtau asal usul die siput ke babi..
rupe xde mcm ba alif ba ya tu..
tp still org pggl die siput babi
July 16th, 2009 at 8:42 am
hahha..siput babi confused – aku ni siput ke babi?babi kot..eh tak2,siput la..eh bukan, babi la…hahaha..teka teki ni famous kat office i.haha
July 16th, 2009 at 8:52 am
sibut babi takde kaki.. hahahaha
July 16th, 2009 at 9:46 am
siput babi berjalan ke?
heheheh
July 16th, 2009 at 9:48 am
Mana gambar cake yg Justin Forever buat?
Nak tgk. nk tgk
=)
Oleyh kerana u rajen buat entry sokong Justin,
Ai pon jadik penyokong Justin jugaklah.
July 16th, 2009 at 11:48 am
aku bg cdngan..ko tukar2 la resepi malaysia ngn justine forever tu..nnt die bleh msk mskn mlysia kat kedai die..hee
July 16th, 2009 at 1:11 pm
tuka2 resepi ya? ape kata tuka kan masakan m’sia yg chika tau..mana tau..pasni dia leh kenal ngn masakan2 org m’sia ke =)
July 16th, 2009 at 4:54 pm
i nk jwb teka tekuk chika.
sbb dia jln pakai air liur..muakakakakaa…
July 16th, 2009 at 7:45 pm
siput babi lembab sbb die konpius.hehe
July 17th, 2009 at 7:48 am
hahahah part bertukar2 resepi tu aku tgelak sorang2 pagi2 ni (kat m’sia jam 7.47 pg).. terus tbayang sup jiwa ayam tu.. bleh la tuko ngan dia.. rasa sedap lak tgk gambo sup tu.. haha.. (err ke chika cilok gambo kat mesra.net..hahahahah)
chika Reply:
July 17th, 2009 at 8:13 am
sedih I you cakap I cilok gambar kat mesra.net T____T
I masak dengan semangat juang yang tinggi. Pastu amek gambar dengan keterujaan tau. Originally I punya tau.
HAHAHAHA :P
July 17th, 2009 at 8:10 am
nape ah justine kuar kan. hehe
biasa ah orang kate, orang baik kuar awal. (tibe2)
best ah kan rancangan ni ( even xpernah tgk),
mesti same cam kitchen hell kan?kan?