Dream.baby.Dream.
EiffelTowerreplica

Saya memang suka dengan building. Jadi no wonder saya sentiasa ada hasrat nak collect banyak replika-replika bangunan terkemuka dunia. One of them, Eiffel Tower. Memang nak sangat yang ini T_______T Kalau I jumpa ini, I akan beli tak kira I akan beli. Tapi I tak akan beli kalau tetiba harga dia serupa harga Jaguar heh. HAHAHA. Habis kalau harga dia serupa harga 10 gram emas? Pon I tak akan beli ah. Eh I nak collect saja bukan nak bangga simpan khazanah mahal. I akan beli kalau harga dia setakat RM5 (Over kau. Saya guraulah.) Heh siap buat bajet. Padahal ini angan-angan. Angan-angan pon nak berkira wt-fun. Sumpah I nak simpan replika ini.
.
Maka secara tidak langsung pada malam ini, saya akan mensenaraikan angan-angan sempena malam sedih tanpa suami ini. Okay okay takyah bukak cerita sedih setiap malam macam kesian sangat je kat dia.
.
Royalsomething
Senarai kedua. Yang pertama dah cakap dah tadi secara tak bagi salam. I nak replika Eiffel Tower harga murah taknak harga sama macam Jaguar %$£@!% Memandangkan sekarang tengah feeling MasterChef secara bersemarak, saya asyik mengimpik
an my perfect kitchen. Tapi sekarang tak apalah, takyah perfect kitchen sangat setakat nak masak Sambal Terung Bergelimpangan dengan Sensational Sardin (sumpah I pandai bagi nama dekat makanan). Sekarang saya impikan sangat set pinggan mangkuk atau tea set from Royal Doulton. Eh Royal Albert. Eh Royal Crown Derby. Habis dah tamak. Dalam angan-angan, selain boleh buat bajet, kita pon boleh tamak wt-fun. I tak kira ah Royal Doulton ke atau Royal Albert, memang itu yang I nak. Saya terpikat dengan Old Country Roses from Royal Albert. Eh actually I memang senang terpikat KAH KAH KAH. Mungkin bukan sekarang untuk saya berlagak pinggan mangkuk pakai any Royal. Someday baby, someday. Heart attack emak nanti kalau tahu anak dia yang baru bernikah 5 bulan spend RM10k beli one set pinggan mangkuk. Cannot cannot. Tunggu kejaplah sikit masa nanti, baru ah macam manusia mulia masuk Royal Doulton secara solo pilih pinggan. Wah berangan sangat neh chika, keluar kau!
.
AudreyHepburncharade

Saya kan admire Audrey Hepburn kan (as you know, kalau tak tahu memang ah dia) Kadang-kadang, saya habiskan masa yang tak habis-habis neh dengan menikmati koleksi foto beliau. Begitu stunning seperti tiada tandingannya. Saya menonton Breakfast At Tiffany sebab nak tengok baju dia. Saya menonton Charade, sebab nak tengok trench coat dia sumpah drooling sampai lupa badan solid sangat wt-fffffurf. Dan saya tak sabar-sabar nak menonton Paris When It Sizzles sebab err. Sebab yang sama. Bukan nak tahu sangat cerita dia macam mana, tapi nak tengok baju apakah lagi Kakak Hepburn saya ada. Ceh siap dah panggil kakak dah macam pernah adopt dia sebagai kakak saja. Eh kan tengah berangan-angan neh. Anything can be. HAHA. Loser sangat. Saya hendak everything yang dia ada dan dia pakai dalam filem Charade. Saya hendak kesemua koleksi trench coat beliau. Saya hendak vintage sofa yang ada dalam rumah dia yang bersepah tu tapi tak apa sebab rumah dia vintage sumpah I like. Saya hendak rambut dia yang macam rambut zaman nenek kita tapi sensasi dah &%$£@ tak boleh deny. Saya hendak rantai from Tiffany. Eh tetiba. Tak tak. I bersenda sahaja dengan pembaca.
.
Okay I dah malas nak dreaming dah. Sebab mood Sizzling Paris kena pintas dengan panggilan dari emak sebentar tadi. Tak tak. Bukan berada di Kuala Lumpur bersama emak. Tapi emak memanggil-manggil menerusi Yahoo Messenger. Emak canggih. Dah ah Ijat pasang speaker begitu kuat macam nak bagi seluruh Wishart ni dengar conversation anak-beranak bercakap pasal nasik lemak. Selepas berbual sikit sikit dengan emak, berasa macam malas nak berangan dah.
Err. Actually ini angan-angan ke atau wishlist neh? I wonder. HAHAHA.
Tukar topik.
Terima kasih sebab bagi peluang dekat saya untuk menang kategori BLOG LAYOUT CREATIVE. Tak sangka sebab semalam dah ramalkan kekalahan dengan begitu yakin. Terima kasih dekat Yoyooh dan pengundi manis semua. Tahniah kepada semua pemenang dan blog lain yang tercalon. Memang hebat ah, semoga tahun depan boleh bagi chance I bertanding kategori Chef Blogger Wannabe. Eceh. Tapi tak apalah. Dah tahu dah, memang tak ada kategori tu HAHA. Err. Bukankah pernah saya katakan dulu semasa berkempen undi? Kalah atau menang tidak menjadi hal. Chika tetap menjadi Chika. Anda pon tetap menjadi anda. Sekarang pon Chika masih menjadi Chika. Masih mentulis entry annoying. Masih pandai goreng entry. Masih suka main feeling feeling dalam blog. KAH KAH KAH.
Oh lupa. Semalam ada orang komplen; Chika dah jarang merayap blog rakan. Benarkah? Benar. Jawapan dia, benar. Masa sangat terhad. Kalau ada masa berlebihan, saya lebih suka spend untuk menyiapkan satu entry. Kemudiannya pergi google Audrey Hepburn. HAHAHA. I minta maaf. Jangan ingat I tak nak kawan dengan anda yang manis semua. Kawan. Memang nak kawan neh. Sumpah saya tak larat nak pergi ke semua blog anda dalam masa satu hari. Terlalu banyak blog. Kena pergi secara bergilir-gilir. Tapi percayalah. Semua blog yang pernah drop link dia di sini, I bet I memang pernah klik ke blog anda. Tolong percaya sebab saya paksa anda untuk percaya. HAHA. Okaylah. Saya cuba untuk buktikan kepada semua. Lepas neh tengok ah di blog masing-masing pasti nampak kehadiran muka tidak siap ini KAH KAH KAH. Lepas I buktikan, siap anda. HAHAHAHAHAHA :P Anda akan mengesan IP address saya from Kuala Lumpur, bukan Brisbane. Mind you. Aik? Pasal apa? Pasal I pandai.
Macam dah habis.




July 12th, 2009 at 9:42 pm
keep on dreaming!!!
i hoe all ur dreams will come true…
insyaAllah!
chika Reply:
July 12th, 2009 at 10:42 pm
i hope my dream will come true esok jugak. HAHAHAHAHAHAHA. Tak sabar sabar.
:P
July 12th, 2009 at 10:09 pm
i hv a dream….. a song to sing…. how bout tht? sanggup dgrkah? huahau!
chika Reply:
July 12th, 2009 at 10:43 pm
i lagi rela dengar I have a Dream … daripada UpTown Girl. Wa, tetiba pulak.
July 12th, 2009 at 10:10 pm
congrats for the BLOG LAYOUT CREATIVE..
i rase mcm pnah tgk rumah org yg ade replika tu..siape yee
chika Reply:
July 12th, 2009 at 10:44 pm
thanks Liz :)
I pernah tengok kat banyak orang ada. I saja belum ada T______T I pernah jumpa kat mall tapi dia jual thousands ringgit. Damn sangat.
July 12th, 2009 at 10:27 pm
woah chika, i love royal doulton. design sangat cantik dan vintage. tp harga wow. uhuk >.<
chika Reply:
July 12th, 2009 at 10:45 pm
kalau harga dia tak wow, i takyah nak dreaming bagai. Dah beli dah semua sekali royal doulton. hahahah :P
eh u datang brisbane tak botau i T____T kalau tak boleh i belanja taro milk tea.
farah oklen Reply:
July 12th, 2009 at 10:54 pm
haha. sorry chika, i tak pegi brisbane. i singgah je. hahaha. mmg nk jenguk chika tp chika mcm tak sihat ms tu, taknak ganggu ;)
chika Reply:
July 12th, 2009 at 10:57 pm
datangla lagi :D
kalau turun Gold Coast/ Brisbane, jangan hesitate carik I okek :)
July 12th, 2009 at 10:35 pm
wah.congrats chika..
chika Reply:
July 12th, 2009 at 10:45 pm
terima kasih :)
July 12th, 2009 at 10:39 pm
k.chika! yang first n sec tu ada kat rumah i.
tapi 2-2 makcik punya.haha. so xjadi la hadiah kan kat k.chika.hehee.
chika Reply:
July 12th, 2009 at 10:41 pm
mintak la izin dari makcik. tanya dia, boleh tak bagi kat kakak chika? kesian dia, nak sangat.
entah2 makcik kata: okey, boleh.
HAHAHA :P
July 12th, 2009 at 10:44 pm
amboi chika. mahal sungguh royal2 tu
meh beli royal jelly je. murah cket. hehe
chika, kne dtg blog saya ye. pasti ade sesuatu yg u notice nnt
klau x mmg kantoi tahu x dtg la. haha
chika Reply:
July 12th, 2009 at 10:47 pm
Royal Jelly tu apa?
eh kalau dia tak mahal, takdelah i kena dreaming bagai T___T I beli je terus. Sebab mahal, kenalah dreaming dreaming dulu kan sampailah ada rezeki ke apa. Oh my my my…
okey I datang sekarang jugak!
poyaty Reply:
July 12th, 2009 at 10:54 pm
royal jelly mcm yg ade dlm lebah tu kot. x sure sgt..
dah perasan kah chika.
saya sgt terpengaruh dgn you.
mmg addicted abes.
haha
chika Reply:
July 12th, 2009 at 10:59 pm
Oooooooo. Tahu tahu. I baru teringat. Ada Royal Jelly Honey ke apatah. Dekat Cameron Highland kot I tengok dia punya proses. Ke salah? HAHA
Allah hai. Addicted eh? Terima kasih banyak-banyak. Sekarang dah malu dah I.
July 12th, 2009 at 10:45 pm
tahniah cik cika!! woot woot!
chika Reply:
July 12th, 2009 at 10:46 pm
thanks nawal.
weet weet
July 12th, 2009 at 11:02 pm
C0ngrate atas kemenangan u chika..
Nanti i da kaya,i belikan set pinggan mangkuk tu utk u as a birthday gift ea..
Tapi kena tunggu i kaya dulu lah..Entah taun bila kan..Berangan je lebey..Hahaha
July 12th, 2009 at 11:11 pm
congrats buat kat chika sbb dapat award..huhuhuu
July 12th, 2009 at 11:12 pm
royal albert ngan royal doulton memang cantik! ibu kte ske sgt. dkt harrods punya la byk smpi rambang mata.
jom p shopping~ :D
July 12th, 2009 at 11:13 pm
btw, congratulations ya! ;)
July 12th, 2009 at 11:25 pm
eceh..kak chika menang??unbelievable..hahaha…congratez kak chika..thanx sbb jenguk2 blog yg xde ruper blog ni..dari brisbane queensland..saper lagi kn?? hahaha…
saya suka set pinggan mangkuk..nak beli sumer yg ada kalau boleh..hahaha..tipu jer..xmuat dapur..
anyway,congratez yerk..
July 12th, 2009 at 11:43 pm
wish all you dream will come true ;)
chika pandai mendetect link walaupun masa first time datang sini, nadia tak letak link (sebab segan.haha). Terkejut giler masa nampak kehadiran chika di blog nadia dulu.
Ok, chika memang pandai (dah lama nak ckp ni sebenarnya =) )
July 13th, 2009 at 1:19 am
woho0.. taniah kak chika..
agak dah.. mesti ada menang punye..
w0wwii… suka list n0 1 tuh, kalau jumpa belikan satu jugak.. tu p0n kalo harga dia 5ringgit la.. hikhik..
July 13th, 2009 at 6:07 am
Hye chika! Kat UK sini Royal Doulton’s price is actually still reasonable. Last time i bought the 20 pieces set - old country roses for my mum, it was only 80pounds - RM500, but now they have increased the price to at least 150pounds - RM900. But worth buying as i heard kat Malaysia, they were selling it at RM5k - banyak sangat beza. It will be useful to visit the website:
http://www.royaldoulton.com/GB/Home
If you need help, just let me know :)
chika Reply:
July 13th, 2009 at 7:03 am
T_______________T
Husband I pon cakap, kat UK dia murah saja. Yup, kat Msia dah ribu riban dah even some of my friends said, kat Aussie pon harga dia tak tinggi macam kat Msia. Tapi kat UK I percayalah mesti reasonable. (originally from UK kan)
you kat UK heh?
July 13th, 2009 at 9:19 am
congrats chika. Tak sesia i voted for u..
=kak epel= x-silent reader
July 13th, 2009 at 11:52 am
tahniah sbb menang!
1. sape yg jadi wakil mlm tu?
2. dpt adiah ape?
3. masuk paper tak?
4. klu masuk paper, jgn lupe sebut ’saye ade sorg kawan yg cantek, kakak Mas nama diberi ehem’
saje nk soh iklan. wakakaakakkaak~
July 13th, 2009 at 11:56 am
adek i penah beli replika eifel tuh
yg kena pasng siap tuh..
cunnnnnnn….
siap glow in d dark lgik..
hehehe
July 13th, 2009 at 2:20 pm
Chika, congrates memang blog layout paling kreatif!
Suruh husband belanja beli Royal Albert hall. Eyh tetiba Hiks
=)
July 13th, 2009 at 7:54 pm
emak sungguh canggih boleh ber-YM!
July 13th, 2009 at 9:38 pm
Haha. Bukti di terima! Walaupun tak nampak muka, tapi nampak nama jer kat shoutbox… :P
Congrat dekat chika jugak. Layout blog chika memang unik dan creative =)
July 19th, 2009 at 12:36 am
i’m in France. Replika Eiffel tower tu yang besar mana sampai ribu2 ringgit tu? Coz yang selalu tengok kat kedai kalo convert from Euro to RM pon tak sampai ribu kot. Datangla jalan sini :D
chika Reply:
July 19th, 2009 at 8:46 am
HAHA.
Actually yang i tengok tu dia peuter (peuter ke apatah yang macam untuk orang2 kaya buat collection tu and of course la im not lokking for it T___T). HAHA. Tak tak. I bukan nak yang peuter ke apa. My friend cakap ada yang RM80 je. Thats why I tulis nak yang murah. Murah lagi dari RM80 ada? Tapi nak yang tinggi. Tanak kecik. HAHA.
November 17th, 2009 at 2:50 pm
Hi,
I am selling new set of Royal Albert, Old Country Rose (Red / Blue) for 12 persons. Set of 95 pieces for only RM7000. Anybody interested?