Sup Ayam Untuk Jiwa

Malam ini saya teringin berkongsi resipi dengan pembaca. Please terima entry ini dengan hati terbuka walaupon rasa macam I tak layak bagi resipi. Tapi I teringin. HAHA. Tapi I rasa semua patut buat muka ekspresi WOW sebab terkejut sebab saya ada hati nak buat entry memasak beserta resipi. Selama inikan I suka berlagak menunjuk masakan sahaja. Tapi kali ini saya teringin nak menunjuk cara-cara memasak sekali. Bagi ah chance.

Sebelum itu. Saya ingin kongsikan perasaan memasak saya. Saya suka memasak. Tapi dulu saya tak suka. Sebab saya rasa memasak adalah leceh dan tidak gerek. Macam perbuatan patut elak tapi tidak lagi kini. Ewah. Saya mendapati bahawa memasak adalah perbuatan hebat what the fun. Namun, apa yang diperlukan paling banyak sebelum memasak ialah keyakinan. Kalau tak yakin, sumpah berasa sedih nak memasak. Oleh itu, saya akan memberikan keyakinan kepada anda terlebih dahulu sebelum anda mengikuti rancangan memasak MasterChef ini. Eceh. Ada hati tu. Tak apa.

Eh lupa cakap. Entry ini sesuai untuk beginner atau gadis dan teruna belum pandai masak (like me) tapi ada hati nak masak. Juga untuk merangsang teruna dara malas atau takut masak untuk memasak. Bagi tukang masak hebat, okay ah jangan gelakkan I depan laptop tu. Support lah beginner macam I neh. HAHAHA. Eh kakak yang gelakkan I tu, memang ah dia.

Saya nak provide keyakinan untuk anda terlebih dahulu. Begini. Saya tak pandai langsung memasak sup. Masak sardin I memang hustler, Jamie Oliver punya sardin pon belum tentu hebat macam I punya. Yang ini I confirm betul. HAHA. Tapi tentang sup, seriously I have no idea at all. Ada rempah lah, kena rebuslah, pastu kena cuci ayam lah omaigod . Tapi saya kempunan nak makan sup ayam. Apalagi, hubungi emak di tanah air. Emak macam biasa. Begitu seronok bila anak call mintak resipi. Semangat betul huh. Sejujurnya, saya rasa boring betul ah bila mendengar ingredient dia yang tak sudah-sudah. Pastu I pening dengar pasal rempah. Tell you what, saya mana kenal rempah. Cari sup bunjut keliling kawasan ini tapi tak jumpa. Nak tak nak kena tingkatkan IQ main teka-teka rempah. Dah ah semua rempah kasi nama English. Makin fed up rasa. Tapi saya usaha. Akhirnya saya figure out juga kesemua rempah. Ditambah pula dengan pengetahuan yang dikumpul dari rancangan kegemaran kami ; MasterChef Australia. HAHAHA. Begitulah kisah motivasi ini. Tolong rasa termotivasi heh. Sekarang anda kena tahu, kalau Si Naif ini pon boleh, anda pasti boleh juga T_______T Sekali lagi, I bercakap kepada teruna dara yang tidak tahu memasak sup okek.

Kita mulakan rancangan MasterChef sekarang juga.

Menu : Sup Ayam Untuk Jiwa
Menu : Chicken Soup For The Soul

*Menu ini untuk persediaan setengah ekor ayam

Bahan-Bahan/ Ingredients :

Sebijik lengkuas (atau pinjam seinci dua dari jiran nanti kalau dah beli pulangkan balik tiga inci sebagai saguhati) Oh lupa buat dwibahasa. In English dipanggil galangal. Kalau tak kenal lengkuas tak apa. Takyah rasa jatuh maruah sebab chef pon baru kenal lengkuas semalam. Itu pon selepas diskusi panjang dengan emak di talian. Pastu yakinkan diri dengan bantuan Google Image.

2 bijik halia (Ni takyah pinjam jiran sebab nak pakai banyak sangat takkan nak pinjam, malu). Ginger.

3 bijik bawang besar / onion. Bawang kalau tak kenal, memang ah. Dah ah takyah masak ah kalau tak kenal bawang. Nak kena tu dia.

3 atau 4 ulas bawang putih / garlic

Pastilah ayam. Menu ini menggunakan setengah ekor ayam. Chicken. Bukan hot chick.

Rempah-ratus kebanggaan Melayu.

Kulit kayu manis. Cinnamon.

Bunga cengkih. Cloves. (Saya confuse antara cengkih dengan lawang)

Bunga lawang. Star Anise. (Saya confuse antara lawang dengan cengkih. Saya tenung dia sampai juling semalam akhirnya saya kenal dah. HAHA)

Buah pelaga. Cardamom (Semalam saya tak ada buah pelaga. Saya gantikan dengan buah tembikai. Eh tak tak. I tipu je. I biarkan dia tak ada. Tak menjejaskan pon. HAHA)

Dan juga pastinya bahan-bahan common yang lainnya seperti :

Minyak (oil), Garam (salt), Air (water) dan MSG (tak baik langsung untuk kesihatan, takyah pakai ah. I tak pakai pon sebab takut dengan husband HAHA)

Juga bahan-bahan penyelamat (eh ada juga? Ada. Kalau nak hidup kena pandai buat helah) :

Lada sulah (white pepper), Stok ayam (chicken stock) dan MSG (HAHAHAHA. Kalau dah terdesak sangat sampai tak boleh tolong dah, kau curah ah MSG sambil tutup mata macam dia tertumpah sikit ke apa)

Baiklah. Sekarang kita dah boleh mula memasak dah. Penat I membebel sebelum memasak tadi. Err. Chef memang like this. Cakap banyak sebelum buat. HEHE.

1.

Rebus ayam yang telah dicuci dengan air mutlak (atau air suci lagi menyucikan yang lain KAH KAH KAH)

Rebus bersama seketul halia dan seinci dua lengkuas. Nanti akan menghasilkan bau yang agak sedap. Bermakna, bukan bau hanyir ayam. Biarkan saja dia mendidih-didih sehingga masak kelak.

2.

Sementara merebus ayam, anda takyah ah pergi bermain Wii ke apa. Ada baiknya isi masa yang ada dengan memotong bawang besar, bawang putih, halia (sebanyak sebijik besar itu. Memang masak sup kena banyak halia barulah pekat dan lazat macam sup emak-emak)

Potonglah secara halus dan kalau boleh  bagi nampak ada seni. Jangan potong dia main tikam-tikam, cannot. Memotong bawang memang akan menyiksakan biji mata. Mintalah bantuan suami atau adek-beradek secara membodek halus. Tapi lebih steady kalau potong sendiri. Pastu menangislah tersedu-sedan di dapur sampai berhingus. Eh jangan biarkan berhingus. Jaga sanitary di ruang memasak. Itu penting untuk kebersihan dan kesihatan.

3.

Keluarkan senjata memasak anda. Eceh. Mana ada senjata memasak. Keluarkan rempah-ratus kebanggaan kita semua. Ambil sebatang kulit kayu manis sahaja. Bersama 2 kuntum bunga lawang (star anise) dan 4 bijik bunga cengkih. Jangan sampai berlebihan. Nanti rasa dia terlalu kuat sampai anda tak sanggup nak makan sup anda kelak T___T

Kenapa rendam? Tak ada sebab. I rendam tanpa nasihat siapa-siapa. KAH KAH KAH.

4.

Setelah ayam yang direbus bersama halia dan lengkuas tadi kelihatan sudah mula masak dagingnya, anda bolehlah membuka kuali yang baru untuk kerja menumis. Ingat. Mulakan menumis semasa ayam rebusan  mula masak.

Tumiskan bawang-bawang, halia dan rempah ratus yang telah disediakan tadi. Aroma akan mula menyelinap ke dalam deria bau anda. Sungguh sensasi dan menggoda. Suami tergoda phewwit phewwit. Maaf, Chef anda kali ini memang kuat melatah orangnya. Anyway, tumiskan sampai bawang betul-betul masak. Tumislah lama sikit dengan kesabaran yang jitu. Diingatkan juga, minyak yang digunakan perlulah secara berpatutan. Jangan terlalu banyak, nanti sup menjadi sangat oily. Not good for your health.

5.

Sesekali, jenguk-jenguklah apa khabar dengan ayam. Sudah masakkah isi dia? Atau sudah hidup balikkah ayam tersebut &%$@!&$@ Sekiranya ayam sudah kelihatan cantek sekali dagingnya dan kelihatan seperti sudah masak, masukkan garam secukup rasa. Kemudiannya, masukkan bahan-bahan yang ditumis tadi ke dalam air rebusan ayam.

Jangan teragak-agak. Masukkan sahaja bahan yang ditumis tadi dan kacau. Kacau dengan berhemah. Jangan samseng di dapur. Buat kerja dengan teliti sekali. Biarkan dia mendidih-didih. Jangan pedulikan dia.

Mulakan kerja mencuba-cuba rasa. Pada mulanya, anda mungkin kecewa dan berasa kecundang dengan sup ayam anda. Sebab rasa dia semacam cair what the heeeeels. Jangan panic. Jangan jadi seperti chef anda semalam. Belum-belum lagi dah nak crying a river disebabkan sup dia cair. Pastu frust sampai cakap tak nak masak dah. HAHA. Sikap ini adalah teladan yang buruk jadikan sempadan. Jangan cepat putus asa semasa memasak. HAHAHA.

Biarkan ayam dan bahan yang ditumis itu mendidih bersama-sama di dalam periuk. Gaul-gaul sikit. Biarkan agak lama untuk memberi masa kepada rempah ratus dan bahan-bahan lain bersatu dengan kuah rebusan ayam tadi. Banyakkan bersabar. Makin lama, rasa dia akan makin pekat. Dan pipi anda akan mula memerah. Wajah anda akan mula glowing dan hidung terkembang tanpa sedar. Sebab sup anda sudah menjadi seperti sup rasanya. Kekecewaan sebab sup cair tadi sudah diatasi. Kalau rasa tak yakin, boleh adjust dengan garam. Atau buatlah helah menggunakan bahan-bahan penyelamat yang I cakapkan tadi. Tapi kalau tak perlu bahan penyelamat, dah ah. Takyah pakai.

Tahniah! Sup anda telah berjaya. Anda boleh bangga dah sekarang. Boleh tukar status Facebook anda untuk berlagak sup ayam =D

6.

Hiasilah dengan daun sup dan bawang goreng. Kalau nak berlagak macam Jamie Oliver atau nak feeling feeling macam MasterChef, petiklah daun sup dari pokok yang anda beli di Coles (like me) HAHA. Sumpah taknak kalah pakai daun sup petik-petik dari pokok. Eh ini lebih fresh, tahu. Dan meningkatkan semangat di dapur.

Daun sup bersama baby spinach. Kita ulam dia.

Makan bersama nasik. Yummy.

Malah boleh makan untuk breakfast hari esok. Bersama secawan nescafe panas. HAHA. Teruja sangat dengan sup ayam sendiri sampai breakfast pon makan nasik T___T Kesian kat I.

Dan juga untuk dinner omaigod!
Lihat. Sup ayam telah diolah dan dikolaborasikan bersama garlic bread untuk makan malam. Begitu delicious I malas nak cakap lebih-lebih dah.

I paksa semua orang cuba.
HAHA.
Suka hati dia je.

Testimonial dari suami dan adek lelaki saya; mereka kata sup ini menjadi dan begitu sedap. Saya pon setuju. HAHAHA. Eh I tak menipu heh. Memang menjadi sampai I tak percaya. Terkesima I. Saya punya harapan, nak bagi dia ala-ala ada rasa sup pon bolehlah. Namun keajaiban di ditu bila rasa dia memang begitu sup ayam. Maka I namakan ini sebagai Chicken Soup For The Soul. Sorry, I memang tiru nama buku. HAHAHAHA. Saya gembira betul dengan kejayaan ini. I love cooking.

Chika, apsal macam senang je buat sup neh? KAH KAH KAH. Memang ah senang. Tapi saya dah putar belit entry neh dengan ayat-ayat membazir untuk menampakkan dia macam susah. So that anda lebih kagum dengan I. Padahal tak payah kagum sangat T____T Sengaja saya panjangkan pembuatan dia. Well, perfect.

Recent Entries

56 Responses to “Sup Ayam Untuk Jiwa”

  1. aiza89 Says:

    kak chika, terima kasih kerana mengajar si ‘aiza’ yang tidak pandai di dapor ni.lagi-lagi bila dah duk jauh. ahahaha. lagilah kalau tengah busy 24/7 lagi la tak jejak dapur. terima kasih ;) resepi ini sangat comel =D

    chika Reply:

    sila cuba resipi ini supaya kakak chika rasa bertuah. hahaha

  2. irma2203 Says:

    Eh kakak yang gelakkan I tu, memang ah dia.

    HAHAHAHA. Gelak tak hengat dunia dah ni..

    kalau mcm ni la kan, buku resepi chika ada la dalam 100m/s utk 10 resepi..hihiiii

    chika Reply:

    sebab itu chika malas publish buku masakan sendiri. Kang tebal kang, orang ingat buku medic. HAHAHAHAH

  3. zarin Says:

    puan sri chika.. sekalung tahniah di atas kejayaan anda memasak sup ayam dgn sgt cemerlangnye. next time share la resepi2 lain pulak, ok? ;p

    chika Reply:

    terima kasih sebab kalungkan i dengan tahniah. HAHA. Lain kali? errr… kah kah kah. kita tengok ah kalau pembaca bertuah, pasti dpt tengok resipi lagik dlm blog neh. macam tak akan ada jek lagi. agagagaga

  4. adeqq Says:

    panjang betul entry sup chika ni.. kalu resipi asam pedas agaknye cemane la panjangnye kan.. ahahaha..

    btw, congratz da masak sup. kalu nak resipi lain, bgtau laa.. i leh bg.. (oh sumpah poyo) huhuhu

    chika Reply:

    kalau resipi asam pedas, I buat entry 4 episod. HAHA

  5. Yot Says:

    wah…cam best neh. part petik daun sup dari pokok milik sendiri tu yang best tak tahan ah. hehe. eh..si ijat terus melepak sana sampai bila? ape je aktiviti harian dia? ceh sebok nk tau.

    chika Reply:

    eh petik sendiri ah baru nampak masak chef hebat. Kono jamie oliver ah neh. kahkahkah. Dia dok sini 3 bulan. Saja makan angin di rumah kakak. Nanti balik Msia bersama kakak. Dia ada sini, rasa senang sket I. Boleh tolong2 kakak dia potong bawang, angkat kain dan temankan husband i main naruto. HAHAHHAHA

  6. tijah Says:

    kahkahkahhh! kau mmg klaka dik…

    chika Reply:

    chef kenalah kelakar.
    haha

  7. Jojol Says:

    salam~

    wow. two entries in one day. hehehe.

    best nye makan nasi berkuah kan sup di hari yang sejuk~..

    chika Reply:

    wsalam :)
    oh memang best sangat. tapi disebabkan sejuk sgt cuaca neh, sup i takde chance nak panas. kejap je dah sejuk T_T

  8. chime Says:

    hahahaha..
    hari ni perasaan saya mcm down sikit… tapi bila baca rancangan masakan chika hari ni, boleh pulak buat saya ketawa terbahak-bahak sorang-sorang… hahahaha… takut je org dengar pastu org kata ’sawan ke budak chime tu dok gelak sorang2′… hahahah

    rasanya kalau ada rancangan tv chika jadi chef, org bukan nak tgk apa chika masak… tapi nak tgk chika membebel hehehe…

    ha. apa-apa pun, tahniah… atas kejayaan memasak sup tersebut…

    chika Reply:

    saya berbesar hati sekali dapat menggembirakan orang yang down hanya dengan sebuah resipi sup ayam. Saya bangga dnegan sup ayam untuk jiwa saya. HAHAHAHAHHA

  9. ~ain Says:

    best laaa .. walaupun apa yang nak diceritakan hanyalah resepi sup ayam. tapi, olahan chika yang buat i baca berkali-kali.. bravo chika!!

    chika Reply:

    nak jadi chef kenalah pandai membebel. hahaha

  10. saya Says:

    salam akak chika tomey..

    thanx ya..akhirnya jumpa gak camner nk wat sup ayam WITHOUT perencah..
    walaupun rasa nk fire jer kak chika ni..org duk syok n serius baca resepi, dia pi mengarut n merapu ntah pe2..hahaha…

    lain kali ajar lark camne nk wat asam pedas power rangers pink tu..mesti power nyer..hek3..

    chika Reply:

    kakak chika akan sangat bangga kalau awak tiru resipi ni dan tolong harumkan nama chef chika ini. hahahahaha.

    :P

    akak tengah belajar nak buat asam pedas neh. tunggu okek :p

  11. nieja Says:

    laparrrrrrrrrrrrrrrrr..
    kirim sket sup tu..

    chika Reply:

    tak main ah kirim2 sup. Penat i bagi resipi neh, tolonglah manfaatkan. HAHAHA

  12. CikChelsea Says:

    welcome to the club chika =p (i mean club memasak..haha)

    another way nk msk sup kn, tumis kayu kayan tu dl then bwg2…then masuk kn ayam plak. sbb ayam yg direbus dgn ayam yg ditumis, rs dia lain =). kalau tumis flavor ayam tu tak hilang mcm kita rebus dia. next time boleee try =p

    i tumpang bangga dgn u nih, kehkehkehhh…bak kata pepatah siapalah sup tanpa bawang goreng

    chika Reply:

    ya ya. Actually saya pon tahu la sikit2 jugak pasal cara lain yang kena tumis ayam tu. Next time bolehla try cara tu pulak :)

    i pon bangga dengan i. HAHAHAHAHAHAHA :P

  13. nawal Says:

    chica, pagi2 dok baca entree u pasal sup ni wat i terliur. leh aa cube stail baru memasak sup untuk berbuka. haha. selalu i campak je semua sekali dalam kuali pastu tunggula dia mereneh (eh betul ke ni?). pastu leh makan. haha. sumpah cair.

    chika Reply:

    kalau you try, tolong let me know sebab i akan proud, pasti. HAHAHA :P

    nawal Reply:

    wahhh.makcik! hehe.pas ni rajin2 ah wat recipe dan share2 ek. sharing is caring. laggggiiii u bangga. haha

    chika Reply:

    i malu laaaa. ni nak publish sup ayam pon bertafakur13 jam. ekekeke. ala, i masak benda tah apa2 je. benda yang orang lain berzaman dah tahu masak. I je nak jakun lebih. HAHAHAHAHAHAHAHA. you terror masak kannnnnn. you buatla resipi2 best nanti i try pastu i jaja kan nama you. okek?

  14. yonnaism Says:

    chikaaaaa! wiiiii kat dapur pulak ke? HAHAHHAA. omg,u mmg sumpah comel ah hahaa.
    bertambah sedap sup tu mungkin sebab u ikhlas memasak dengan oenuh kasih syg jugak :) nak bagi suami dan adik mkn kan hehe

    chika Reply:

    yeh rite. I masak memang niat nak bagi suami makan. Pastu akan nikmat sgt bila kena puji. HAHAHA

  15. Finie Says:

    Chika, kena pakai 2 bijik halia ke? satu utk merebus ayam dan satu lagi utk dicincang dan digoreng bersama bawang dan rempah ratus?

    chika Reply:

    ye benar.
    pakai dua.
    sebijik tu titik dia dalam air rebusan ayam.
    sebijik lagi hiris untuk tumis:)

  16. wani Says:

    wow…sedap dan menyelerakan…
    nak makan sup gak la ari ni….huhuhu…

    chika Reply:

    pastikan makan sup sedap sahaja. eceh

  17. kdee Says:

    wah,bleh try ni.haha

    chika Reply:

    try try. Kalau betul sedap jangan lupa jaja nama I sekali okek. Kalau tak sedap atau tak berapa jadik, takyah ah petik nama I. HAHAHA :P

  18. Masy Says:

    oooo mcm tu skalik eh jumlah bawangnye? akak nyaris2 ingatkan chika menumis kobis tadi. baru nk angkat tgn dan bertanya ‘mengapakah ade kobis di dalam sup jiwa datok K ini?’

    kensel soklan tu. heheh

    chika Reply:

    aih kak mas ni. Ada2 je benda yang dia nampak. gagagagaga.

  19. ciare Says:

    tahniahhh :) ciare pon aritu masak sup ayam stgh ekor..utk dinner, pastu besoknye paksa suami bwk bekal (heh), balek keje ade lagi, makan lagi skali. hehehe. jimat tnaga bleh tahan lama rupanya sup ayam for the soul ni kan? :) nampak sedap sup chika buat i tell you. yummyyyy :>

    chika Reply:

    i rasa kita kena masak dan carik menu yang boleh tahan 4 hari. Supaya seminggu kita perlu masak 2 kali jek. haha.

  20. azmamusa Says:

    chicken soup for the soul…. hebat2x. nanti tolong buatkan vocab melayu bi utk ramuan-ramuan masakan ek… senang nak baca recipe bi…

    chika Reply:

    insyaallah. Saya usahakan kelak. Nanti saya tiru semua resipi chef hebat, saya translate dia dwi bahasa. Pastu i jual. HAHA. Kakak beli tau beli tau.

  21. imcepe Says:

    chicago…ko da lupe 1 syarat tau…..lau wat sambal kicap cili api…peh…jgn kan jiwa…roh pn mnusuk!!!!!!

    chika Reply:

    T___T jangan diungkit pasal sambal kicap T______T

    hehehe

    takde ah. emak saya dah ajar dah. Tapi saya malas nak buat sbb dah tak sabar dah nak makan sup ayam sendiri yang macam sedap tu. gegegegegge.

    huyyoooo sampai ke roh. Takut i

  22. ayza Says:

    perghhhhhhh..kawan aku da hebat nih..masuk sup ayam tuu..bila ko nak balik mesia masak nih( mcm takde harapan je die nak masak utk aku..wahah)
    siap ade translate tuuu…tepok..tepok..

    chika Reply:

    kawan ko ni bukan macam dulu lagi. dah maju sikit di dapur. hahahahahahahah. hurm, aku pon tak tahu bila agaknya ko ada chnace nak makan masakan aku. tunggu ah beberapa tahun akan datang. ekekeke :D

  23. ilyanie Says:

    Memula baca tajuk entry, eyh kenapa Sup ayam untuk Jiwa.
    Lepas u translate ke BI, baru paham.
    Chumel Ockey tajuk tuh.
    U buat ai terkecur ailio ockey tgk sup tuh.
    Macams edap di hirup begitu sahaja, takpon cicah ngan roti kan?

    =)

    chika Reply:

    ilyanie, u rugi tak dapat rasa sup i. kalau tak, mesti u tidur mimpi indah. HAHAHAHAH nyampahnyerrrrrr kat chikaaaa.

    :P

    i suka makan begitu saja. cicah roti dengan sup i tak minat sgt. Cicah roti dalam nescafe i suka. eh ni dah benda lain dah. ok bye :P

  24. nadia Says:

    wow! gambar2 memang menyelerakan especially gambar yang last tu. Nanti nak try la wat garlic bread+sup ayam. Mesti sodaapppp!Selama ni tak terfikir pun nak combine dua tu wpun nadia minat grlic bread+sup ayam..

    wonder kenapa sup chika nampak macam pekat+creamy sikit ea? Adakah sebab chika rebus ayam tu dulu? Sebab nadia selalu tumis bawang, masuk air, masuk ayam then kuah dia tak pekat pun. Ke kene tunggu lama2 skit macam chika cakap tu?

    motif komen: err sebenarnya mahu buat cremay sup macam chika. haha..Jgn gelak. Saya pun beginner gak :p

  25. miszLuna Says:

    lapa dh tetibe ni..

    chika..
    nak…..

    hukhuk

  26. p-ja Says:

    nampak sedap sesngat sup yg chika buat tu…
    nk try la bile pja free nanti…
    nk bagi family rase…tp kena tuka la nama resepi tu cikit…sebab ayah pja just bole makan ayam kampung…..heheh

  27. trex Says:

    wah, nmpk sedap!!!!! nnti wat utk kite satu k!

  28. amieyalen Says:

    the way you post this, really interesting… bukan sja you make it sedap, but the way you wrote this, buat I lagi tak sabar nak baut sup ayam… good job!!!! admire cara penulisan you… :)

  29. antradika Says:

    sis, sungguh styloo caramu menulis resipi. tergelak2 terguling2 aku membacanya.. ni aku nak buek sup ayam utk sahur, try google-google tetiba keluar u punya stie pulok.. ingatkan tak sempoi, lepas baca sikit, ternyata gaya penulisan ko mmg otai dan mmg mampu menarik minat org membacanya.. keh3x.. ganazz.. mesti jadik punya sup bujang aku mlm nih.. thanks

    chika Reply:

    HAHAHAHHA.
    Gud luck okek untuk sup bujang sahur kamu.
    Kalau jadi jangan lupa kasi tahu saya.
    HAHAHAHHA

  30. cOokieaGgy Says:

    salam chika… :D ..kte da try resepi ni n kte bjaye juge~!..yahoo~!..thanx 4 d recipe of sup-ayam-untuk-jiwa..

Leave a Reply