Loser : Entry Enigma Sikit

Seseorang pernah berkata. Kalau baca entry sendiri secara taksub, pastu ketawa depan laptop menikmati lawak sendiri buat, sampai hati feeling sangat, itu loser. Seseorang yang lain pon pernah berkata. Lebih loser kalau pinggan belum cuci, kedai dobi belum bukak tapi dah bersantai layan entry sendiri tahun 2007. Tapi paling loser ialah orang yang tak mengaku dia cipta kata-kata sendiri. KAH KAH. Yang benar, Seseorang Chika.

Pagi ini sejuk seperti biasa.
Tidur yang tak lena, terhenti di sana.

Eh rompak lagu Hujan. Tak cool tak cool. Pagi ini tak lain tak bukan, me-loser. Buat malu jah pagi-pagi buta layan entry sendiri pastu ketawa kegembiraan. Kembang kempis dada bermegah dengan prosa kata sendiri. Macam hebat ah pulak aku neh sesekali. Boleh tahan jugak. Pandai bermain bahasa. Patut ah orang berbulu je baca blog neh. Lawak dah ah annoying. Pastu pantang buat lawak, pandai-pandai bubuh KAH KAH KAH di hujung ayat. Sengaja nak buat orang tahu yang itu adalah lawak. Suruh semua orang gelak. Annoyingnyaaaa I.

Eh perbuatan loser neh macam best ah. Saya tak pernah berjam-jam layan feeling baca entry sendiri. Pagi ini membuktikan, entry I memang ada yang menarik hati sendiri. HAHAHAHAHAHAHAMALUSIKIT. Membaca entry tahun-tahun yang lalu, bagaikan menggamit kenangan silam. CEH tak ada pon. Kadang-kadang rasa tak percaya pernah jadi genius buat ayat terbaik seperti itu. Kadang-kadang tak sangka apsal kepala otak yang ala-ala ini boleh membuat metafora hebat dalam blog. Kadang-kadang macam tak pernah ingat langsung ada menghasilkan entry sedemikian rupa. Eh I nak bagi anak I bacalah kelak. Biarlah mereka (MEREKA HUH. Plural) tahu bahawa emak pandai dan berminda cerdas. Pandai buat humor dalam blog walaupon selalu garang masa kemas kitchen. Biar mereka tahu emak tembak kepala orang pakai ayat je. Err. Biar mereka tahu juga. Emak dicemburui ramai sampai seringkali blog emak dicemuh-cemuh tapi emak steady. Kemudiannya anak-anak admire dekat emak. Isk T_____T Sedih bila pagi-pagi dah merepek sebegini. Sedih anak-anak I nanti.

Malam tadi sebenarnya saya tidak mendapat tidur yang mencukupi. Atau dalam kata lain, langsung tidak mendapat tidur. Perasaan jiwa yang terlalu halus ada kalanya mensusah payahkan sistem badan. Siang ini kalau ikut plan A, memang nak mentiduri diri KAH KAH KAH. Kalau ikut plan B, nak bersosial atas katil. Oh sebenarnya plan A dengan plan B tak banyak beza. Tapi biarlah nampak macam banyak pilihan dalam hidup.

Jiwa sentimental sangat. Sumpah mental. Sensitivity sangat high. Hati fragile. Diperbuat daripada kaca murah made in China. Apsal kalau benda murah je made in China? Dah dah. Takyah panjangkan isu made in China. Ni jiwa I ni. Serba tak kena. Padahal tak ada apa masalah pon sangat yang mengecam kehidupan. Kehidupan sangat baik. Makan cukup. Tak ada tersalah makan. Tapi berasa diri kurang sempurna semalam. Ada yang kurang tapi tak jumpa di bahagian manakah yang terkurang-kurang tersebut. Bloody hellooo. Eh jangan mencarut ah tak nice. Saya rasa ni gangguan factor F (sejenis trait dalam DNA female. I ciptak sendiri takyah selak buku bio)

Alang-alang entry neh ialah entry loser. Teringin kejap mentulis perkara loser.

Isteri seronok sangat kalau suami balik bawak muka gembira. Macam sebenarnya suami tu tak sabar-sabar nak balik rumah mendakap isteri. HAHAHA. Kalau macam balik, pastu membagikan muka tak siap, isteri ajak bersenda pon muka dia masih belum siap, isteri makan hati sekali-sekala HAHAHAHA.

Isteri juga berasa damai bila tidur dalam keadaan kasih sayang. Confirm 3 saat selepas dapat haba-haba panas sikit dari pelukan suami, terus tidur lena. Takyah nak lullaby dah. Over sangat ah tidur nak lullaby. Tak tak. Saya tak. Saya nak haba badan suami je. Lagi-lagi dalam musim sejuk ini di mana suhu malamnya mencecah 10 degree. Electric blanket semua saya menyampah. Nak suhu badan suami saja. Chika, can I have this paragraph erased? No you can’t. HAHAHHA.

Saya dah faham dah kenapa emak dulu boleh mengamuk bila bapa menonton World Cup jam 2 pagi. Eh perempuan ni memang golongan tipikal eh. Tak variasi langsung. Saya rasa ada factor F dalam DNA kita sebab tu kita semua sama je perangai. Boring ah. Kan cool kalau manusia factor M pergi menonton World Cup (atau apa-apa Cup) pada jam 2 pagi, pastu kita yang berfaktor F neh cakap : Pergi lah Sayang. Lapang sikit dreamland I. HAHAHAHAHAHAHAHA. Tapi dalam factor F DNA kita, tak ada trait tersebut. Well, hukum biology.

Saya senang hati malah berlapang dada bila suami bermood cantek sepanjang hari. Dan friendly tak bertempat dengan isteri (tapi takyah nak friendly berleluasa dengan sembarangan orang, I rasa annoyed kang) HUAHUAHUA. Itu cukup dah untuk menceriakan hari saya.

Tapi saya rasa, expression ketika balik dari kerja itu paling penting dalam perkembangan hati isteri. Lagi istimewa bila suami cakap ; Penatnya hari ni, Sayang. Pastu dia buat lawak dan menghiburkan hati isteri macam sebenarnya dia tak penat pon. Oh itu memang priceless.

Nah. Dah bagi tips kepada lelaki. Salin salin.

Ya Allah. Tak ada dalam plan A atau plan B langsung untuk tulis entry berkaitan tips suami menceiakan isteri. Okay ah. Kita namakan ini plan C. Genius.

Macam biasa. Tak sabar tunggu suami balik. Bawalah muka yang gembira seperti tak sabar-sabar nak balik rumah sebab dalam rumah ada isteri menunggu dengan tangan kosong. Tangan kosong? Sengaja panjangkan ayat. HEHEHE. Perfect.

Recent Entries

9 Responses to “Loser : Entry Enigma Sikit”

  1. ieLah~ Says:

    ilmu bio i bertambah selak nurulism hari ni.wah

    =P

  2. ilyanie Says:

    semoga mr. husband membawa muka yang ceria pabila pulang kelak.
    Aminnn

    =)

  3. Noi Says:

    hehe.. baca entry dulu-dulu memang best =D.
    mengimbau kenangan lama. Yang baik je la. Yang buruk tu takyah ingat sangat

  4. imcepe Says:

    emmm…..x sampai seru lg nk mnikmati perihal y berukiu…hhuhuuhuuhu

  5. wani Says:

    Chika dah kembali mem’blog’. Maka bersedialah dengan gula-gula yang akan bertaburan…hehehe…

  6. malaysia web design Says:

    nanti say kutip gula2 tu

  7. malaysia web design Says:

    x sampai jodoh lagi kod

  8. nuri Says:

    faktor F 2 ape???
    nk thu jgak…
    sya bru je bca blog ni…
    hehehee

    chika Reply:

    factor FEMALE.
    Faktor kewanitaan.
    HEHE

Leave a Reply