Angin Kennnnchang
Laporan kaji cuaca. HUH -_-”
Hari ini Brisbane tidak hujan. Yeayyyy. Eh jangan yeay dulu. Kejap. Pagi tadi kelihatan mentari begitu cantek memercik cahaya cantek yang begitu cantek ah. Atau dalam kata lain, cantek gila. Yeaayyy. Eh jangan yeay dulu. Kejap kejap.Menurut laporan kaji cuaca (Heh, saya paksa anda semua untuk tahu bahawa saya sekarang setia mengikuti kaji cuaca. Sumpah loser bunyi dia. Habis, keje kedai dobi memang kena ah ikuti berita cuaca T____T Harap bapa saya tidak bimbang dengan perubahan pelik-pelik anak dara (eh bukan anak dara) yang baru berumahtangga neh). Menurut laporan kaji cuaca, hari ini tidak hujan. Saya happy sekali. Atau mungkin manusia terpaling happy. Boleh cuci baju banyak-banyak. Ngeri kawan saya kalau tahu rakan yang ini dah jadi macam ini. Asyik pikir kain baju je. House wife memang begini heh? Tolong jawap sikit.
Okay okay. Kaji cuaca topik kita tadi jangan menggelabah masuk cerita lain. Kang readers bosan kang habis sapa nak baca tulisan saya neh? Sedih kang. Bila tidak hujan, saya happy. Bila nampak matahari keluar begitu maskulin di pagi hari, saya bertambah happy. Terus rasa nak cuci baju takda henti. Kalau boleh nak tolong jiran sebelah kiri (Bukan Lisa) basuhkan baju dia. Sebab dia macam lonely je tak ada isteri. Kesian dia. Tapi tak apa. Itu hari baju I melayang masuk lawn dia, dia campak balik kat lawn I. HAHA. Perbuatan comel.Padahal takyah cerita kat anda.
Eh macam dah lari topik. Anda semua cantek ah.Tolong jangan taknak baca entry saya *merayu*
Sebenarnya saya nak bagitahu anda benda yang kalau anda tak tahu pon tak apa. KAH KAH KAH. Chika keluar! HAHA. Hari ini angin bertiup ganas. Saya banyak kali terkejut-kejut. Bunyi dia macam Transformers jatuh ke riba. Atau pon nak metafora lembut sikit, bunyi dia macam suara angin menyanyi lagu rakyat. Sumpah seram. Bukan saya saja berperasaan begitu. Isaac pon sama.
Eh siapa pulak Isaac neh? Ayyok, apsal macam tak pernah dengar ja kehadiran lelaki bernama Isaac dalam hidup saya? HAHAHHA. My brother. Sejak duduk Aussie dah tukar nama jadi Isaac. Nama Melayu Haizat. Macam sayalah. Dulu dekat Malaysia pakai nama Nurul. Sekarang pakai nama New-Rule. Sumpah annoying tapi dah maafkan dah mereka.
Saya rasa, motif entry ni tak akan tercapai. Sebab asyik terlari topik je. Saya nak cerita pasal angin kuat hari ini yang luarbiasa. Yang kalau anda alaminya, anda dah fikir yang negatif-negatif dah. Macam kalau rumah anda ditiup angin sampai tiba-tiba dah ada dekat Sydney. Atau pon kalau ampaian baju anda tercabut ditiup angin. Habis ah jeans Levis I kena angkut entah ke mana T____T. Paling teruk, saya dah terfikir dah kalau tiba-tiba lelaki yang jadi Shaggy (character Scooby Doo) tiba-tiba terdampar masuk dalam lawn rumah saya ke sebab ditiup angin kencang tadi. Apsal kena sebut Shaggy %$”!@&^$ Oh imaginasi I teruk ah.
Tapi sebab dah banyak sangat terlari topik. Saya dah bosan dah nak teruskan. Bersurai.
HAHAHAHAHA.
Ni aku meluat ni kat Chika neh.




July 3rd, 2009 at 3:54 pm
hahaha. takpe. tetap menghiburkan.
surirumah sepenuh masa memang camtu lah. lebih-lebih lagi kalau cuaca selalu tak mengizinkan untuk menjemur baju.
kalau surirumah part time macam saya ni, malam-malam baru membasuh. takda peduli matahari ada ke takda.
July 3rd, 2009 at 4:26 pm
walaupun karangan byk terpesong.. readers setia melayan entry chika.. =)
selama ni jd stalker, skrg br terasa nk komen..hahah.
July 3rd, 2009 at 5:40 pm
Entry banyak terpesong. objektif utama tak capai
Tapi i tetap baca. Ai kan pembaca tegar.
Selamat men-dobi ea
=)
July 3rd, 2009 at 5:49 pm
HAHAHA.. transformer jatuh ke riba?
Tu lah tajuk entry Noi hari ni, patutnya.. sebab.. tiket menonton wayang citer Transformer leh dapat free malam ni,company sponsor
tapi Noi tanak pegi lah
coz.. tak minat nak tengok robot.
July 3rd, 2009 at 8:53 pm
kerana banyak lari tu lah yang buat post ini seronok dibaca..hehe btw first time disini salam.
July 3rd, 2009 at 9:04 pm
hadoiiii… sebenarnya entri kali ni bermotifkan apa??… tapi sebab ditulis oleh chika, pasrah jelah baca dgn penuh perasaan… hahaha…
tapi bab nama new rule tu memang buat saya gelak besar… hahahahaha…
July 3rd, 2009 at 10:35 pm
haha..biase la tu housewife pk psl bju je..klo bju x bsuh 1 ari mst x sng duduk..heh..
oh winter kat aussie men ribut2 mcm ribut mlysia ke?dasat2~
July 4th, 2009 at 3:56 am
saya bagi 73 markah..walaopon agak terpesong dr tajuk yang dikehendaki.. anda masih menyentuh sikit lah.. hahahahahahahahhahahahaah
eh.. saya rindu shaggy..ape khabar pakwe saye tuh?
July 4th, 2009 at 9:45 am
hausewaif memglah pknye mcm tu, kalu tak nanti basuhbaju tak kering, siap ditambah bau pulak.. hehe ;)
July 4th, 2009 at 12:09 pm
hi awk,igt kite ag x, ijat keje sane ke?
July 4th, 2009 at 4:11 pm
err puan chika.. r u ok?
sgt bekecamuk & tepesong2 entry anda lately nih.
tp jgn risau.. camne pun, ai tetap memfokuskan diri utk membaca sampai abes. hiks ;p
July 4th, 2009 at 10:05 pm
chika, kamu banyak sangat melalut dlm entry kali ini…kenapa? tapi cerita2 kamu tetap menghiburkan hati…mungkin pembawakan budak kot….kekekekeke…
July 4th, 2009 at 10:53 pm
salam kak chika.
selama ni silent reader jek, tp rini rasa nk komen. hehe. suke entry kak chika walaupun selalu melalut. hehe.. keep it up! :)
July 7th, 2009 at 8:29 pm
kak bole tlg tulis lirik lagu tak
saya ada melodi tapi dah tak reti
nak kuarkan lirik dia.
lagu raya yang hepi2