by JLo
Burrp. Lazat sekali. Eh lazat berkali-kali. I am talking about nasik goreng cing cing buatan sendiri. Eh memang betul nama dia Nasik Goreng Cing Cing. Nama tu I tak register pon so kalau nak ciplak, ciplak lah. I tak pernah peduli pon orang ciplak karya I. CEH. Habis ah perenggan pertama je dah berlagak best dah T______T Yang benar, Chika.
Bukan nak cerita pasal Nasik Goreng Cing Cing tau. Yang tu takyah cakap pon dah tahu dah sedap. Tunggu masa je nak dapat pujian suami neh. Oh tak sabar betul nak tunggu suami balik pastu cakap ; Yang, sedapnya nasik goreng youuuuuuuu. Pastu I cakap ah ayat poyo gedik-gedik sikit seperti ; Eleh, you tipu. Takyah ah puji takyah ah. I tau tak sedap. Perempuan memang demikianlah sikapnya. Bila suami puji lagi mengada-ngada nak condemn diri. Sebenarnya nak harap puji-pujian lagi tinggi. Ih hina ah. HAHAHAHAHHAAHAHAHA. Tak sangka I pon ada sisa-sisa serpihan perangai gedik sedemikian rupa. Malas ah camni KAH KAH KAH. Tapi tapi! Saya tak pernah pon pergi tanya soalan bunuh diri dekat suami seperti yang kebanyakkan isteri suka buat. Contoh ; Sayang I cantek tak? Ih takyah ah tanya soalan begitu kang suami salah jawap kang habis.
Oh entry neh nak cerita pasal topik isteri dan persoalan gedik ye? Salah. Entry ni nak bercerita tentang keseronokkan musim sejuk. HAHAHAHAHA. Habis, semalam dah cakap pasal keburukan musim sejuk. Yang buruk itu, mesti ada baiknya. Justeru, kita bincangkan pula posisi menarik musim sejuk. Melanconglah ke New Zealand. Eh tetiba pulak. Tak tak. I terpengaruh dengan televisyen sebenarnya. Lately asyik promote New Zealand je. Bergegar sel kegembiraan I T_____T
Takyah tunggu lagi!
Kita akan melihat perkara-perkara menarik sempena musim sejuk. Wah, tak sabar saya nak puji-puji musim sejuk. Erk.
I . KEINDAHAN ALAM
Ewah. Begitu indah nampaknya dunia yang indah ini menjelang musim sejuk. Pagi yang berkabus dengan efek syahdu-syahdu seakan-akan drama Stairway To Heaven (ceh Chika pandai-pandai je padahal tak pernah tengok pon cerita neh wuttaaaaa. Main goreng ja) Dan musim sejuk ini juga menjadikan lawn kediaman kami kelihatan segar dan cantek. Lalang pon tak berani tumbuh kang sejuk kang siapa nak bagi lalang pakai winter coat.

Gambar credit buat Astri Fadhilah.
Mushroom liar yang tumbuh secara tak bagi salam. Eh I tak tanam mushroom liar tau. Mushroom jinak pon I tak pernah tanam, mind you. HAHA. Tapi dah tak ada dah cendawan neh T______T Muncul menjelang awal winter sahaja. Sumpah I terharu-biru mengetahui kewujudan cendawan ini di lawn. Mencantekkan lawn yang selama ini dihiasi rumput sahaja. Mana ah tahu esok lusa tumbuh tulip liar pulak ka, kita boleh bukak entry baru membawa tajuk : Tulip Glowing. Eh apsal macam kenallah bukan spesis tulip tersebut. KAH KAH KAH. Jangan google. Siap kang.
Eh ini pon keindahan winter juga.

Saya gurau lah. Gurau lah. Eh jangan ah ambik serius. Tak tak. Ini tak indah. Langsung tak indah. Mana ada mana ada. Tak indah pon tak pon tak pon. Budak kecik tutup sebelah mata skang! Habis sebelah mata lagi macam mana? Sebelah mata lagi takpe, bukak! HAHAHAHAHA.
Oh lupa. Gambar credit to … err… yours truly. KAH KAH KAH. Yang benar, Chika. Sumpah I yang snap gambar neh menggunakan kamera Astri. Okaylah Astri, takyah sentap. Kita kongsi credit sama-sama. Retard betul ah. Cukup cukup. Kita pergi ke perkara kedua tentang keseronokkan musim sejuk.
II. NAFSU GEMILANG
Kejap kejap lapar. Kejap kejap lapar. Kenyang pon kejap-kejap HAHAHA. Eh neh bukan dikira tidak best kah? Oh ini best sekali. Dah lapar, makan ah. Sungguh menseronokkan. Kebelakangan ini, saya sungguh gembira bila diri digelumangi nafsu. CEH apakah neh kau cakap Chika? Maksud I, nafsu makanlah. Chika neh terkadangnya berkelakuan aneh. Bila saya menyedari diri kesusutan berat badan, saya mula cemas. Seperti yang anda tahu (eh tak. Anda tak tahu) Saya adalah kegelintir perempuan yang takut kepada kekurusan. Sumpah I takut. Gemuk pon saya takut juga. Tapi saya lagi trauma kalau menjadi kurus tidak menentu. Nanti emak marah T____T Nanti kelihatan tidak voluptuous, apalah ertinya hidup. Wah, over.

Punyalah takut menderita kelaparan, jalan-jalan pon bawak bekal. Habis, tak akan nak meleleh air liur tengok Mat Saleh kunyah kepingan-kepingan bacon beserta cheese yang cair dan menggiurkan.
III. MELARAM HEPBURN.
Eceh. Nak Hepburn saja. Well, saya admire sangat Audrey Hepburn. Dia merupakan fashion inspiration lebih-lebih lagi dalam filem Charade. Pakaian winternya yang begitu mengancam. I cannot tahan liao. Everytime tengok pon saya mendadak gedik nak mentiru gaya retro beliau. Dialah tercantek semua kalah. Chika memang dah lama dah kalah. HAHAHAHA. Loser gila ah ayat neh. Tapi tak apa. Musim sejuk adalah satu-satunya musim di mana penggayaan coat, muffler, high boot, pakaian berlapis-lapis dan berfabrik tebal sesuai dipakai. Lagi menarik, tak boleh buat dekat Malaysia nanti dipandang serong.


Oleh itu, shopping ah apalagi. Eh tak tak. Baju neh dibeli secara tidak sengaja. Belum pernah pakai walau sekalipon. Tak sabar nak pakai. Selain disebabkan faktor musim, saya juga membeli baju ini mengikut nafsu kerana jenama Jennifer Lopez nya. Kalau bubuh jenama Siti Nurhaliza atau Britney Spears ke, sumpah I tak beli walaupon dia nak jual lelong 18 Dolar kat saya. HAHAHAHA. Bias, memang bias. Mr. Doctor cakap, JLo tak apa. Kalau Sarah Jessica Parker, confirm husband saya tidak tergamak izinkan. Well, masalah peribadi antara husband saya dengan Sarah Jessica Parker. Tah apatah dorang neh pernah bergadoh masa sekolah ke apatah. KAH KAH KAH.
Melaram. Contoh sikit.



Ini baru betul winter beb. Bukan lagi dinamakan bergaya dah. Malah telah menjadi beruang merah. HAHAHAHAHAHAHA. Habis Chika nak ajar apa neh kepada kita semua? Hehe. Musim sejuk, kita main beruang-beruang ah. Di mana yang kecik menjadi anak beruang. Yang besar menjadi bapak beruang. Yang kerja kedai dobi menjadi pengusaha kedai Dobi Bear. Manakala yang memasak lunch di dapur dipanggil emak beruang. Crap. Beruang beruang saya pon, masih civilised.
Keseronokkan-keseronokkan musim sejuk yang lainnya kita sambung pada entry lain kali. Atau dalam kata lain, macam tak akan disambung-sambung lagi. HAHAHAHA. Siapa suka mentunggu, ha mentunggulah di situ. Tapi jangan percaya Chika. Bukankah itu antara pengetahuan am yang patutnya pembaca sudah tahu? HAHAHA. Bila Chika kata dia akan mensambung entry, maksud dia memang tak akan mensambung lagi. But well, itu kebiasaannyalah. Manalah tahu kang rajin kang, tersambung-sambung pulak. Biar masa menentukan. HAHAHAHABIS.




July 2nd, 2009 at 2:44 pm
sukaaaa pic number 2. eh tak tak. yang second last.
chika Reply:
July 2nd, 2009 at 3:02 pm
eh u cakap bebetul. Suka yang number 2 ke yang second last. Ayooookkkk. Biasa tuh dia. HAHAHA :P
CikChelsea Reply:
July 2nd, 2009 at 6:31 pm
iya iyaaaa..pic second last..i sukaaaa gile. vogue okeh!!!
dgn jacket yg begitu kelas + boots yg vogue..wu wu wu…i jeles kat mesia xleh pakai boots =p
chika Reply:
July 2nd, 2009 at 8:03 pm
kat msia kena pakai boots biasa je. Yang kulit tu.
hihi.
tq :)
July 2nd, 2009 at 2:48 pm
abeh la traffic naik mendadak. dah la bubuh tajuk jlo. nnt org google carik jlo, terjumpa chi-lo pulak (chika + jlo) HAHAHHHAHHAHHA..
ohh husband u tak suka sarah Jessica Parker eh? aaa ai like her hehe. ade krisis la kot dulu :p
eh,u dah kurus ke? T___T dalam gambar err nampak mcm gain weight je? pastu nampak x bermaya. sakit lagi kahh chikaa??
cendawan tak yah pakai winter coat. u curah je ngan air panas menggelegak tuh, nnt dia dah tak sejuk la :p
chika Reply:
July 2nd, 2009 at 3:03 pm
Tidak. I tidak gain weight langsung. I dah lost 2 kilo. Tapi muka i memang bulat, takleh tolong dah. hahahha.
I harap pon ada orang google JLo pon sampai kat ChiLo. Baru padan muak orang tersebut. Frust. HAHAHA :P
July 2nd, 2009 at 2:54 pm
klupun winter kat mesia, kakak kene kuruskan sket badan baru leh bgaya cam chika huhuhu
lari2 sambil berpuasa sebulan~
chika Reply:
July 2nd, 2009 at 3:04 pm
Chika tetap bulat :(
July 2nd, 2009 at 2:59 pm
ada style lah chika
sgt suka tgk gamba kedua dari bawah
hehehe
dgn gambar mushroom liar. boleh buat cendawan goreng jual kat pasar
chika Reply:
July 2nd, 2009 at 3:06 pm
Suka gambar kedua dari bawah ke atau kedua dari atas? Ha cakap bebetul. HAHAHAHA :P
Eh cendawan tu kalau I jual kat pasar, habis mati kena racun semua orang. Habis I kena tangkap. Tak dapat menikmati keindahan musim sejuk dah :(
July 2nd, 2009 at 3:21 pm
Sukeee jugak gamba chika yg 2nd last tuu.. comel vogue i tell you ^_-
teruskan bergaya di musim winter ehh :)
chika Reply:
July 2nd, 2009 at 5:14 pm
terima kasih :P
July 2nd, 2009 at 3:22 pm
suka..suka.. pic yg tgh2 tu.. suka…suuukkaaaa la chika awk dress cmtu.. nak jugak laaa!! tp kalo melaram cmtu kt msia ni, hmmmmmmm….
;p
chika Reply:
July 2nd, 2009 at 5:19 pm
tapikan, actually kat sg wang banyak je budak2 dan amoi melaram sedemikian rupa. LOL.
thanks Karen :)
Karen Reply:
July 2nd, 2009 at 9:29 pm
tapikan chika, bila amoi2 n muslimah b’tudung yg b’gaya macam ni, nampak lain tau.. nampak bezanya..
hihihih ;p
July 2nd, 2009 at 3:27 pm
chika memang nampak kurus dan kurus itu buat u nampak sick.tp gamba pakai kot tu sgt vogue la.kiup jep
chika Reply:
July 2nd, 2009 at 5:20 pm
eceh. terima kasih. ni la kelebihan orang kecik. mesti kena puji cute walaupon kadang2 tak cute. HAHAHAH :P
July 2nd, 2009 at 3:32 pm
chika neh apasal lawa sgt? hahahahaha bole tak tanya macm tu? er err sgt iri hati dgn koleksi perfume di entry lepas
*apa kene mengene dgn entry neh? hahahahahai chika ;)
chika Reply:
July 2nd, 2009 at 5:24 pm
kisah perfume tu dah jadi sejarah. Yang berlalu, biarkan berlalu. ihihihi
July 2nd, 2009 at 3:36 pm
An Invitation -
Yoyooh.com Blogger Awards Night
Salam
Anda telah dijemput ke Majlis yoyoo.com Awards Night .
Utk makluman lanjut sila ke
yoyooh.com.
Terima Kasih
yonnaism Reply:
July 2nd, 2009 at 4:42 pm
majlis yoyooh ada cawangan kat aussie tak? HAHAHAHHA
chika Reply:
July 2nd, 2009 at 5:26 pm
terima kasih atas jemputan. Berbesar hati kerana tercalon. Malah lebih berbesar hati kerana di jemput. Malangnya, saya berada terlalu jauh untuk ke destinasi kejadian. Boleh hantar wakil? hehe.
Terima kasih again :)
July 2nd, 2009 at 3:37 pm
nurul! im home.home.home.hahaha.excited je.
anywayssssssss…your pic with that brownish trench coat is nice!
:)
chika Reply:
July 2nd, 2009 at 5:27 pm
eh ni saja je tau nak gugat hati I. Sebut home sekali je laaaa T_____T
:P
Thanks Ileena. Tolong jaga negara baik-baik sementara I kat sini. HAHAHA
July 2nd, 2009 at 3:41 pm
Wahhhh, jelesnya tengok kak chika berfoya-foya! Grrr..bila la boleh pi overseas ni, hm. ;)
chika Reply:
July 2nd, 2009 at 5:28 pm
Dah weekdays keje kedai dobi, jadi masterchef semua. Weekends kita poya poya la :P
July 2nd, 2009 at 3:43 pm
haha..jangan gelak tapi aku jua ada baju JLo kecik..hooh..
chika Reply:
July 2nd, 2009 at 5:29 pm
baju JLo kecik?
maksud lho tu apa?
July 2nd, 2009 at 3:55 pm
posted by jLo..
menyampah ah chika ni.haha
chika Reply:
July 2nd, 2009 at 5:30 pm
tah. nyampah ah chika neh.
hahaha
July 2nd, 2009 at 3:59 pm
abis terlupa nak komen apa tadi sbb terkejut dgn komen gedik. baju JLo kecik hapanya gedik???
chika Reply:
July 2nd, 2009 at 5:30 pm
itulah.
aku pon nak tau apa dia baju JLo kecik tu.
July 2nd, 2009 at 4:42 pm
Lwa gilerr ockey pic ke-2 dari bawah. Bukan dari atas. Dari bawah. Di ulangi lagi sekali, pic dari atas. Eh Eh hahaha~
=)
chika Reply:
July 2nd, 2009 at 5:31 pm
Ilyanie ni gatallah suka tengok orang pakai bikiniiiiiiii.
hahahahaha. tuduhan meluluuu :P
July 2nd, 2009 at 5:19 pm
cantiklah gambar chika yg tgh posing tuhh… - persoalannya, mana satukah gambar chika yg tak posing???
tapi, gambar ‘jemuran’ kat tepi laut tu memanglah indah… hmmmm…
chika Reply:
July 2nd, 2009 at 5:31 pm
gambar chika tak posing lagi cantek. Macam tiang telekom. HAHA
Indah kan. Tu ah tadi saya cakap indah semua nak marah. lalalalaaa
July 2nd, 2009 at 5:38 pm
okeh..setelah menimbulkan sedikit keributan, maka ingin gwe clarify di sini bahawa..hoho..baju kecik saiz baby la..bukannya baju kecik itu..hoho
chika Reply:
July 2nd, 2009 at 8:05 pm
hahahahahaha.
mana? tak penah nampak pon baju JLo ko. Warna pink eh? hehehe
July 2nd, 2009 at 6:11 pm
yeahh..chika apdet blog sudah..
eh2..baju JLo tu nampak mcm besar plak..
nnti u apdet bile da pakai baju tu yer..
tp u mmg styleee laaa
chika Reply:
July 2nd, 2009 at 8:06 pm
baju saiz M :P
ha ah. Agak besar. Memang beli besar sket sbb nak pakai mestilah berlapis-lapis dengan baju lain. gegegege
July 2nd, 2009 at 6:35 pm
suka tengok gambar chika… cantik ja akak tengok…
chika Reply:
July 2nd, 2009 at 8:07 pm
hehehehe.
terima kasih
July 2nd, 2009 at 6:44 pm
rsnya i said this already, but i wanna say it again.
i LOVE your boots!
ok. fullstop.
chika Reply:
July 2nd, 2009 at 8:09 pm
haha. tq.
eh Pat, I tengok u asyik keluar makan sana sini je. Masuk ur blog mesti cerita restaurant. Nanti I balik Msia u suggest I restaurant best :P
July 2nd, 2009 at 8:12 pm
bukan pink…tapi dresss cumil utk budak2 kecik..motif?
July 2nd, 2009 at 11:09 pm
huhu sgt jeles melihat anda melaram! kt mesia pakai camtu masaklah!
July 3rd, 2009 at 12:49 am
salam. oke, sejak dari gune blogdrive dulu jd ur silent reader. sampai la da beralih ke blogger. ni my first hello to u.. hehe..
i luv ur stories, ur entry n ur site..
keep it up yeah!
July 3rd, 2009 at 1:37 am
cun nye boots..hugs chika..semuge happy slalu di sana yek!!!
July 3rd, 2009 at 7:57 am
fesyen apakah gambar pertama itu??
July 3rd, 2009 at 9:44 am
cendawan tu sudah terkulai layu bape hari lps tangkap gambo die..
eeee.. sape suh pos gamba org half naked tu? hahahhaha
haih.. bile dok bersame ko..rase mcm bdak2 asrama plak. haha..kat kolej ke apeke. haha.. best lagik kalo ayza ade..
ah
kehidupan saya sgt tidak terurus skang
July 10th, 2009 at 8:28 pm
suke pja tgk fashion chika…jeles tau (jeles yg baik)..hihih nk jugak dress cm 2..huhu
tp entah la sebab pja ni more to guy fasion.
tp kadang2 tu nk gak dress up cm gurl..tp
not to gurlly la..hehe