Archive for July, 2009

Hang Gliders d’ Tamborine

Posted by chika under Travel : Australia

13 June pergi Zoo, 14 June pergi naik gunung pulak menikmati bumi itu bulat. Lagipon 3 minggu tertabit, Astri ada di Aussie habis tak akan nak simpan dia dalam rumah. Habis tak akan balik-balik ajak dia pergi lawn tengok cendawan mabuk. Mestilah kena bawa dia jalan-jalan barulah holiday dia terhibur. Eceh.

Again, saya naik Tamborine Mountain. Disebabkan dah pernah HUHA HUHA dekat tempat ini dan dah buat karangan mengenainya dalam blog, takyah I tulis banyak pasal Tamborine Mountain nei. Alhamdulillah jimat waktu aku. CEH tetiba appreciate masa. O why? Sebab hari ini Friday, family day. I tak nak ah lelong masa dalam blog macam tak ada masa depan padahal masih bercahaya di hujung terowong. Anda ingat nei lawak ke? Ini pepatah English. Apa tu dia cakap ; Light at the end of the tunnel. Anda memang. Pantang saya cakap aneh sikit, ingat jenaka. Padahal I bagi pepatah. Salin sekarang. HUAHUAHUA.

Ada beberapa aktiviti kami buat di Tamborine Mountain ini. Seperti memandu naik bukit terpusing pusing secara thrill sumpah mengucap tasbih istighfar semua keluar dah. Kami juga belajar menyumpit dan bermain pedang setiawan. Okay fine I tahu ayat tipu-tipu dah macam modal lama. Dah Chika, jangan pakai modal kelentong kejap dalam ayat dah bosan dah. I musnahkan modal tersebut sekarang. Err. Tulis blog kalau balik-balik pakai modal sama macam otak gred B tak maju-maju. Okay sambung.

Kejap saya senaraikan aktiviti yang kami lakukan di atas gunung terbabit selama satu hari kosong malam. Selain pergi solat tepi jalan pastu kena usya dengan sepasukan mat saleh yang macam aneh-aneh tengok kami solat ingat Allah tak kira tempat, kami juga:

  1. Menyaksikan glow worm (ulat bercahaya) dalam gua beserta suasana Autumn In My Heart padahal tengah Winter Sonata. (Chika tu kalau bab belit ayat memang nombor satu)
  2. Melawat Sunday Market pastu makan jagung bakar yang sedap. Betul-betul ho liao (I tiru iklan kopi apatah)
  3. Singgah Thunder Egg untuk membuat cari gali thunder egg tapi tak ada rezeki pulak. Patah hati husband I.
  4. Menyaksikan orang bermain hang gliders di udara dari Rotary Lookout area. Sambil menikmati adrenaline rush dengan kecuraman tanahnya yang macam  I imagine kalau excited lebih sangat ada chance tergolek jatuh gaung. Padahal imaginasi saja. Budak-budak siap bergolek sakan di situ langsung tak tercabar. I je sampai nak adrenaline rush la apa. Over.

Saya akan mulakan dengan aktiviti nombor 4. Aik apsal bukan yag pertama? Sebab saya suka 4. Dan sebab saya suka hati. KAH KAH KAH.

This is hang glider.

Dan kami menyaksikannya dari suasana seperti foto ini.
Bukit sebenarnya boleh tahan curam.

I tergayat-gayat tapi Men Are From Mars ini konon boleh lompat-lompat excited langsung tak ada imaginasi ‘kalau jatuh gaungT___T Terus saya jadi garang macam paranoid asyik menjerit suruh Men are from mars dua orang ini jangan berani melampau sangat. Macam foto bawah ini :

Men Are From Mars (konon) 1

Men Are From Mars (konon) 2

Boleh la Yang kitorang nak lompat kat bawah bukit sikit.
No way!
Kitorang lompat sikit je.
Bahaya.

Tapi mereka buat juga. Teka ah sapa ambik gambar mereka lompat. Err. Sayalah. Cakap je tak bagi tapi aku jugak over pergi ambikkan gambar banyak-banyak shot. Well, I kan sometimes poyo memang macam ini. HAHAHAHA.

Lompat dekat tempat selamat pulak, I said.

Mereke gembira dapat lompat.

Astri Fadhilah.
Nasib baik engkau tak cakap ; Haizum kita pon patut lompat.
Nasib baik.
Kalau tidak, jaga engkau.

… and women are from venus.
Ciri orang Venus nampak sangat tak sama macam orang Mars. Orang Mars boleh ada excitement nak lompat dekat cerun bukit. Orang Venus cenderung rakam foto sendiri (vainnnn HAHA) Macam foto di atas. Tengok yang Astri buat.

Orang Venus ambik gambar style tunjuk-tunjuk. Macam zaman Uji Rashid T____T masih tak berubah. Itu bukan burung heh. Itu hang glider tadi.

Men are from Mars and Women are from Venus. Sumpah saya tak tulis dah ayat ini macam annoying je. KAH KAH KAH. Sejak bila tah aku ada modal neh.

Takyah explain.

Hi.
I tengah tunggu you pulang ke rumah kita yang manis sambil update blog.

Ku gembira disampingmu
Tiap waktu disayangi
Kudibelai dan dimanja
Dengan kasih mu yang murni

Kau membuat ku terharu
Cintamu setulus hati
Bukan pujuk dan rayuan
Kata kata mu yang suci

Pabila di sisimu
Terlena bagai mimpi
Hanya kau dihatiku
Lirikmu yang abadi

Ku gembira disampingmu
Yang memberi kepastian
Hari esok kan kunanti
Kita akan bersama

Ececececececeh. Tempat ini I bet, sesuai dijadikan lokasi MTV lagu lama zaman emak-emak. Seperti lagu Ku Gembira Di Sampingmu. HAHAHAHA. Feeling feeling 80-an. Eh saya suka tahu lagu semacam ini. Apatah jiwa oldies pulak aku nei lately.

Astri pon is from Venus.

Remaja-remaja Venus.
Chika apsal muka engkau begitu?

Chika, apsal muka engkau begitu lagi sekali?


Tadi dah feeling lagu oldies Khatijah Ibrahim (dia manis saya suka suara dia very soft) sekarang kena ah buat satu gambar oldies baru ah Khatijah Ibrahim setuju ajak high tea ke apa. Mintak-mintaklah Khatijah Ibrahim baca blog I T____T KAH KAH KAH over.

Okay foto-foto selanjutnya I malas nak explain. Malas malas malas pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas $%^£@!&% Kalau tak faham boleh tanya nanti saya jawap. KAH KAH KAH. Eh tengok gambar pon boleh tak faham heh?

Bila suami dah balik, I pon nak kena bye sekarang.

Bersurai.

Fashion Raya, Anyone?

Posted by chika under Uncategorized

Okay fine saya tak tahu kenapa produce entry ini beserta gambar-gambar ini. Tolong bersyukur sekarang kalau tak banyak, sikit. Sebab Chika macam ringan tulang asyik ada mood nak update blog setiap malam. CEH. Padahal sebab depress setiap malam kena tinggal tapi esok takyah depress dah. Bermula esok, husband saya cuti semester seminggu. Macam comel heh cakap husband cuti semester. HAHAHA. Lepas ini husband I bolehlah mengimbau kenangan bercuti semester semasa di VI. Apatah VI tu I malas ah sebut KAH KAH KAH. Err. Macam dengki ke apatah aku ni sebab husband selalu cakap VI is the best VI is the best macam lah sekolah I tak is the best. HAHAHHA. Okay fine nanti make sure my kids pergi sekolah is the best jugak terbaik di Brisbane. I suruh. High School Wishart tak nak tau (tetiba).

Eh Wishart pon is the best. Saya suka tinggal di sini sebab bukan area foreigner. Sini white area very selamat dan tidak teracam tapi I masih mengancam wtfun. Melayu pon tak ada area sini I suka. Banyak Melayu banyak cerita. I rimas. Bukan stereotype, tapi anda pon tahulah hakikat bila orang suka nak ambik tahu aktiviti kita. I tak boleh tolerate okay dengan perkara seperti itu. Saya pula jenis privacy kalau boleh semua benda yang I tak sudi nak kongsi, I tak nak kongsi. Thats me. Eh macam waktu yang sesuai untuk keluarkan warning mendadak : Sebab itu kena ingat, apa yang saya tulis, itulah yang saya sudi kongsikan. Yang I tak tulis, diam jangan tanya. Dan jangan nak argue kenapa saya tulis itu, tulis ini. Jawapan dia, sebab itu yang saya nak kongsi. I tulis dengan niat. Bukan I tertulis. Jangan tell me that I shouldn’t tell those and these.

Okay sambung

Saya bersyukur sebab terpilih untuk menjadi penduduk Wishart. Walaupon sebenarnya tak ada siapa yang pilih sebab nak duduk sini bukan berdasarkan pemilihan KAH KAH KAH. Macam biasa, merepek apatah.

Anyway.

Sesekali saya suka berbaju kurung tidak mengira tempat dan lagi terror, pakai jubah pergi membeli-belah wtfun. Everytime saya pakai jubah made in Madinah dengan hijab made in Madinah membawa muka ke hulu ke hilir di Garden City, ada saja wanita Arab pandang-pandang. Ke aku yang perasan I do not know. LAUGH! Selepas itu mulalah nak rasa macam mensengkelkan sikit-sikit. Ini personaliti yang saya discover sejak kecik. Bila rasa macam orang pandang-pandang, automatically I buat muka snobbish. Bila I tak selesa, memang I buat muka dulu.

Bila pakai baju kurung semasa makan angin di Brisbane City misalnya, saya rasa macam boleh blah. Tapi kalau pakai baju kurung pergi jalan-jalan dengan rakan di KL I rasa macam tak boleh blah. Teringat kenangan pergi tuisyen di Pusat Tuisyen Martin is the best (terkenal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur siapa tak tahu memang ah dia HAHAHA) Pakai baju kurung naik LRT. Tiba-tiba kena mengorat ; Lawa baju kurung tempah kat mana. Dahlah annoying tapi bila balik rumah macam boleh pakai ah ayat ‘tempah kat mana’ tersebut.

Anyway. Kalau nak tahu, waktu tersebut saya pakai baju kurung cotton Hello Kitty warna hijau. KAH KAH KAH. Kau ada? Ada? Yang dakwa diri fanatik Hello Kitty pernah ada baju kurung Hello Kitty? Ada? Tak ada kan. Okay sekarang respect sikit kat Kakak Chika okek walaupon I bukan fanatik Hello Kitty. HAHAHAHA. Sumpah comel bila ingat ada baju kurung Hello Kitty. Balik Malaysia nanti I nak baling atas bumbung baju tersebut. Dahlah aneh, pelik, weird, abnormal, lain macam, okay we get it Chika. I wonder kalau nanti anak lelaki mintak baju melayu Naruto. Emak cubit dia.

Tiba-tiba berasa berat tulang. Tengok gambarajahlah saya malas cakap banyak dah.

Sejak bergelar wanita bersuami, saya dah tak pakai banyak jenis baju yang saya suka pakai masa saya remaja. Walhal sekarang pon remaja juga T___T Baiklah, keluar beriadah pakai baju kurung macam cikgu sekolah pergi mengajar. Cikgu? KAH KAH KAH. Bayangkan I jadi cikgu. Ok ok takyah bayangkan. Kesal.

Beli Taro milk Tea is the best.

Baru sedar dah lama tak minum Taro Milk Tea is the best.

Taro Milk Tea memang is the best.
Habis. Dah macam menderita malam ini sebab teringat Taro Milk Tea. Damn betul ah ingat benda macam ini tengah-tengah malam. %$£@!

Dalam hati ada raya. CEh tetiba sangat. Raya hampir tiba. Baju raya hampir nak beli nei. KAH KAH KAH. Bila dah mula berpuasa macam nei, excitement nak raya tu mulalah datang. Padahal Ramadhan pon belum. Over. Saya dah mula menggelabah fikir fashion raya dah.

Anyway.

Saya tak tahu lagi beraya di mana tahun ini, sungguh sedih tapi best. Raya dengan suami, best best. Saya harap kami dapat pulang beraya di Malaysia bersama keluarga rakan taulan dan juga bersama kereta kesayangan yang lama ditinggalkan. Tak tahu kenapa bila nak raya mesti kena fikir kereta. Sebab setiap kali nak raya selain prepare baju 60 helai KAHKAHKAHGILAKEHA? Kereta pon kena prepare juga. Nostalgia betul ah. Tetiba saya rindu 1266 saya yang ada kepala Cookie Monster. Selamat hari raya, kereta.

Anyway lagi.

READERS DI BRISBANE/BERHAMPIRAN.

Saya tahu ada beberapa readers saya yang stay here in Brisbane. Atau kawasan berhampirannya (yang stay dekat Alice Spring, diam kau! HAHAHA) Boleh tak bantu saya?

Kat mana nak dapat kain ela dekat sini? Saya carik-carik tak jumpa pon. I nak kedai yang jual kain secara besar-besaran seperti Gulatis. Eceh. Ada hati nak ala-ala Gulatis. Okaylah fine. Kurang besar dari Gulatis pon acceptional juga T__T Saya rasa kalau tunggu balik Malaysia baru nak terhegeh-hegeh memang kirim salam ah dekat taylor kan.

Saya ada kain hantaran yang belum sentuh pon lagi. Tapi yang itu bukan kain biasa okek I tak nak lanyak dia. Kena fikir design gemilang-gemilang sikit dan hantar kepada taylor berkelayakan sahaja. Itu memang kain is the best ah in my life bukan sahaja sebab dia bertaraf hantaran, bukan juga hanya sebab dia very stunning, tapi sebab kain tersebut dibeli semasa dalam tempoh pertunangan. Masa kami belum terbiasa bersama lagi. Masa kami jalan jauh-jauh cakap pon tak pandang-pandang. Pastu dating kena bawak emak atau bawak adek. Woh. Kenangan indah I taknak lupakan. Err. Sampai ke hari nikah, dah sanding, dah seminggu kawen pon kami masih malu-malu okek. Sebab itu berasa macam bercinta sangat ketika ini. Sebab baru ada chance nak mengendeng-ngendeng ke apa. Apatah dah masuk cerita ini.

Anyway lagi sekali.

Ada yang nak propose fashion-fashion menarik dan sensasi ketika ini dekat saya?
Please, anyone?

Crikey, Australia Zoo!

Posted by chika under Travel : Australia

13 June 2009.

Ingat tak masa kecik-kecik selalu sekolah nak buat lawatan sambil tak belajar (LAUGH HA-HA)  pergi zoo. Lepas itu bila mintak dekat emak boleh ikut lawatan ke tak, emak cakap tak boleh. Tahu sangat dah. Kira macam semua lawatan/rombongan sekolah semua tak boleh pergi. Parents saya anti sangat dengan benda-benda macam ini mereka kata bahaya nanti cikgu tak jaga. Which is true pon HAHA.

Hari itu suami anjurkan lawatan pergi zoo, tak tanya emak pon terus pergi. HAHA.  Sebab suami pandai jaga. Suka hati saja kan cakap suami anjurkan lawatan. HAHAHA. Saya rasa dah banyak sangat melawat haiwan dan menyaksikan pertunjukan haiwan pintar sejak di Aussie ini. Kalau dekat Malaysia kau jangan haraplah muka tak siap neh berkeliaran dalam zoo. Memang tak akan. Kecuali Aquaria itu pon sebab dia dalam KLCC pastu senang lepas tengok aksi ikan dalam kaca terus sendiri pulak jadi ikan dalam MNG ke apatah lagi @$%^%$£

Mempersembahkan, AUSTRALIA ZOO! Eh kan dah cakap dulu yang Aussie ni ala-ala Zoo. Zoo dia merata-rata. I tak larat dah nak layan. Kira kalau orang sebut-sebut macam Chika, nak kangaroo! Chika, nak koala! Sumpah memang dah get annoyed sangat dah I hope jangan ah buat lawak mintak kangaroo koala lagi dekat I. Ceh sound direct macam Ultraman. Chika nak kucing! Yang ini memang retard sangat ah mintak kucing dari I.

Lupa cakap. Kami dah ada kucing. Heh sebenarnya kami mendakwa yang kami dah ada kucing walaupon sebenarnya tak ada sangat. Itu kucing jiran (owner dia mak cik tua jiran kepada makcik lagi satu yang kuat menjemur kain tersebut, ingatkah kau?) Disebabkan husband saya terlampau ingin membela seekor kucing, dia pon mendakwa kucing tersebut dia punya sebab selalu datang dekat lawn kami carik husband saya ataupon Ijat. Siap dah bagi nama tu. Bell nama dia sebab dia pakai loceng. Kira macam teruk jugalah sikap kami ini sebab mendakwa kucing jiran sebagai kucing sendiri pastu dah bagi nama siap. Tak tahu apa jadi dengan kami bertiga kalau owner dia tahu. Mungkin kami pindah dah ke tempat lain. KAH KAH KAH.

Bell itu saya tengok perangai dia dah tak seperti kucing lagi. Ada sedikit berciri dog I do not know why. Kalau dibagi makan, dia takda sentuh sampailah dua tiga hari kemudian. Iaitu sehingga makanan (contoh : tuna) sudah menjadi keras sejuk baru dia makan. Chika pon mentuduh tabiat makan tersebut seperti berciri dog. Selain itu, dia gemar bermain permainan tangkap bola pon dianggap berciri dog. Suka mencium-cium persekitaran juga seperti dog. Ke aku yang tak tahu sifat kucing memang begitu lepastu aku pandai-pandai saja cakap itu sifat dog. Tapi tidak aneh sangat. Sebab Bell tinggal bersama seekor dog milik tuannya. Mungkin sebab itu dia pon ada perangai dog serba sedikit.

Ada sedikit kesukaran bila I nak menegur Si Bell ini. Saya selalu terfikir dia macam tak faham bahasa melayu yang saya cakap. Thats why I selalu kena cakap English sikit macam ‘Hi, Bell! How are you’ tapi kadang-kadang I buat dwibahasa sebab nak biasakan dia dengan bahasa melayu. Macam apatah perangai aku neh. Saya rasa, sebenarnya saya yang aneh, bukan Bell tersebut T_______________T

Disebabkan dah kasi intro Subhanallah punya panjangnya, saya akan terus kepada tajuk karangan hari ini, Lawatan Ke Zoo.

Australia Zoo terletak berhampiran Beerwah in Sunshine Coast. Sebab kenapa kena pergi : Zoo ini dikira legend bagi semua penduduk bumi sempena memperingati semangat Crocodile Hunter ; STEVE IRWIN! Cakap ah tak kenal. HAHAHAHA. Siapa tak kenal Steve Irwin memang ah dia. Memang tidak menonton televisyen orang tersebut. Atau dalam kata lain, tak suka menonton rancangan pendidikan tapi suka menonton Hannah Montana sahaja. Ceh, tetiba.

Kalau saya tulis semua info mengenai zoo ini, lari temalah blog saya nanti. Bukankah blog ini sepatutnya tak berapa nak educational? Kang buat entry educational kang, tahu sangat dah anda skip dengan rasa tak bersalah langsung. Oleh sebab tersebut, I pass tanggungjawap educational ini kepada WIKIPEDIA. Bawak-bawaklah belajar okek. KAH KAH KAH. Tanggungjawap Chika ialah mentulis rencana-rencana tidak berapa educational tapi ada sikit bermanfaat. Apatah I cakap neh.

Crikey!

Waktu kami pergi, Astri masih di Aussie untuk program cuti-cuti nyawa ikannya sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Phewwit. Sekarang rakan tersebut sudah pon kembali belajar. Cuma Chika sahaja belum lagi berbuat demikian. I think I dah malas dah sebab I ada tanggungjawap kepada Bell sekarang. OkayI tipu.

Jauh tahu nak drive ke Australia Zoo from Bisbane. Almost 2 hours atau lebih kalau tak silap saya. Tapi pergi berempat, rasa best. Jalan jauh sikit kalau ramai-ramai barulah berbaloi-baloi (bukan iklan Celcom. Celcom belum taja I okek. Sekarang harap Kotex sahaja KAH KAH KAH) Tapi kalau nak pergi New Zealand ke apa, I taknak lah beramai-ramai. I nak honeymoon secara merpati dua sejoli KAH KAH KAH. Ceh, tetiba. Macam ah Dr. Ahmad tu betul-betul Naruto ada banyak masa nak holiday suka hati. Oooo Naruto tu selalu pergi holiday heh? Tanya anda. Mana saya tahu. Jawap saya. Aih. Bila tah Hospital QEII neh nak cuti semester tah. HAHAHAHA.

Entry ini mengandungi gambarajah yang tidak putus-putus talinya. 31 keping semuanya saya harap pembaca tersayang redha akannya. Tapi jangan nak curse I heh. Sebagai memfahami pembaca punya tabiaat yang macam terbosan-bosan tengok huruf berjela-jela, saya akan kurangkan huruf. I janji (melayu) sekarang!

Read the rest of this entry »

SEBENARNYA INI APATAH

Posted by chika under Uncategorized

Sebenarnya I terfikir nak cabar diri buat 24 entry satu hari. LAUGH LAUGH LAUGH. Eh sebenarnya I terfikir nak BERAZAM buat 24 entry satu hari. Terfikir nak berazam tak sama dengan BERAZAM heh. LAUGH PEOPLE LAUGH.

Sebenarnya aku berbulu saja tengok beberapa orang yang makin lama makin mensengkelkan. I sengaja tulis menSENGKELkan sebab perjuangan nak buat benda rare konon macam nak kena curse saja.

Sebenarnya potato mengandungi kandungan water yang sumpah banyak (manfaat yang I dapat dari MasterChef). Potato sumpah keras kepala. Rebus lama-lama baru lembut. Tapi ingat dalam dia banyak air. Sekejap. Aku nak cakap apatah dengan potato ni. Sekejap I recall.

Sebenarnya I pandai cooking sebab itu I suka pepatah : BAKAT TERPENDAM.

Sebenarnya BAKAT TERPENDAM bukan sejenis pepatah.

Sebenarnya I tak enjoy langsung lagu Dan Sebenarnya. Tapi Adek Dell asyik ulang-ulang sampai kakak pon dah hafal sikit sumpah mensengkelkan.

Sebenarnya MENSENGKELKAN sejenis ubahsuai dari MENJENGKELKAN entah kenapa buat macam ini entah I do not know.

Sebenarnya orang yang ada dalam Yahoo Messenger I 94% bukan penting pon jadi kalau nak blah pergi BLAH BLAH BLAH. Eh rasa Ultraman bila cakap macam ini kejap lagi nak buat lagi ayat berlagak macam ini.

Sebenarnya I dah ingat pasal potato banyak air tadi. I nak ibaratkan diri macam potato. Keras tapi banyak air. Okay macam tak faham tak apalah T___T

Sebenarnya I tengah tunggu bunga tulip berbunga sebagai tulip sebab dengan itu I akan melompat lebih tinggi.

Sebenarnya tadi I dengar lagu zaman emak-emak selepas itu I rasa nak masuk Bintang RTM. I nak bawa lagu Wajahmu Di Mana Mana. Ceh sumpah oldies macam kena pakai wig rambut kembang kembang. Mensengkelkan.

Sebenarnya I cinta Dr. Ahmad lagi banyak dari lemon walaupon tak tahu kenapa kena bandingkan banyak dengan lemon.

Sebenarnya ada ramai orang yang tak penting dalam hidup saya tapi tak faham kenapa belum eliminate dia. Tapi tak apalah simpan sikit sikit dibuat pekasam.

Sebenarnya SEMUA INI BENAR walaupon rambang dan karut.

Bila Saya Sudah Tiada.

Posted by chika under Uncategorized

Masa saya dekat airport nak balik Brisbane last June, saya sempat berselisih dengan Allahyarham Yasmin Ahmad. Masa nak check in, I agak excited lah tunjuk-tunjuk dekat Ijat dengan Astri. Tu tu. Yasmin Ahmad kan? Allahyarham nampak happy sangat dengan muka tersenyum-senyum ke sana ke mari very nice. I tak sure destinasi mana beliau nak fly. Tapi macam check in nak ke Bangkok (I teka)

Saya happy at least pernah bertemu Allahyarham Yasmin Ahmad once in a lifetime. Tiada peluang lagi pada masa akan datang dalam hidup ini T___T

Beliau memang seorang yang nice. Haikal (my brother) pernah bekerja dengan beliau sebagai crew for Talentime. Beliau bekerja baik dengan crew filem seperti family. Haikal cakap.

Kami (saya dan bapa) kenal dengan Uncle Ahmad and Aunty Inom (Yasmin’s parents) Mereka tinggal di Subang Jaya. Me and family pernahlah ke rumah beliau untuk makan pisang goreng yang macam tak cukup-cukup ke apatah. Apsal tah masa itu pisang goreng bibik dia masak sedap sangat. Ke memang perangai suka makan dekat rumah orang tah (I do not know)

Uncle Ahmad dengan Aunty Inom ada cucu nama Shana. Very kecik saiz 4 tahun walaupon semasa itu darjah 4. HAHA. Anyway budak Shana ini pernah bisik dekat telinga Kakak Nurul (yours truly Chika) ; Adek Kakak Nurul tu macam handsome je. Well, I malas nak cakap adek yang mana satu tapi tak apa. IJAT ah very lucky tetiba terpilih WTFun. Masih ingat muka Shana sebab pernah bergambar bersama semasa di Brunei (ni apakes pulak sampai ke Brunei neh cerita Yasmin Ahmad aku?) Shamihah Mardhiah, if you read this you must remember Uncle Ahmad, Aunty Inom and Shana. Mereke relatives kepada Yasmin Ahmad. Eh I don’t see any points of me mentioning this HAHA.

Satu perkara saya tak akan lupa tentang Uncle Ahmad dan Aunty Inom. Mereka pernah bagi I duit masa dekat Brunei. Sebab semasa itu kami kehilangan wang dekat Saudi Arabia. HAHAHA. Heh hilang wang pon nak HAHAHA. Masih segar sangat kenangan berbual-bual depan Hotel Al-Ansar Diamond (kalau tak silap, nama hotel ini tepat sekali). Saya dengan bapa berbual dengan Uncle and Aunty.

Uncle Ahmad tanya saya, lepas SPM nak belajar apa. Waktu itu I sweet 16 sumpah sweet macam sekarang pon sweet jugak malah lebih sweet sebab sweet 23. Phew I penat ah kalau baca entry macam ini. HAHAHA. Okay sambung.  Saya cakap nak buat architecture. Wo woh. Depan Masjid Nabawi gadis sweet 16 bagi statement nak buat architecture. Sungguh mendapat keberkatan. I dapatlah kan buat architecture dan sekarang berkhidmat untuk Dr. Ahmad sebagai Architect Rumahtangga LAUGH LAUGH LAUGH!

Bapa pula memintas. Bapa cakap dekat Uncle Ahmad ; Nurul pandai menulis. Dia boleh buat novel. Bapa memang memberangsangkan everytime. Selalu proud dengan diri I sebab pandai menulis. Dulu bapa selalu teman saya berjaga sampai jam 2 pagi (masa saya darjah 6 atau dalam kata lain, sweet 12. Ceh semua sekali nak sweet payah ah) Bapa menghadap saya menaip cerpen menggunakan microsoft word 95 (microsoft antik) sampai ke pagi dan selalu berkongsi idea jalan cerita dengan bapa. Ah malas ingat ah apa dah jadi dengan semua karya sweet 12 saya itu. Kena rembat dengan orang pastu I tak dapat apa sumpah makan hati I sampai sekarang tertutup hati nak tulis novel T_______T Dah emo dah sekarang.

Anyway. Uncle Ahmad pon cakap sesuatu yang macam ini ; Oh very good. Anak Uncle buat iklan. Very artistic. Very creative. Kerja bidang-bidang creative ni memang challenging

Unluckily, semasa itu tidak tahu bahawa Anak Uncle yang dimaksudkan itu ialah Allayarham Yasmin Ahmad. Kalau tak dah lama mintak sign dari dulu T___T

I tak tahu arah tuju entry ini apa. Tapi macam nak tulis pasal kehilangan Yasmin Ahmad. Dulu masa MJ meninggal dunia, saya tak buat entry jadi macam manusia stone tak ada perasaan pula. Kali ini nak buktikan yang I bukan stone, I akan katakan ;

Pemergian Yasmin Ahmad memang mengejutkan. Hiba. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita dikembalikan. Mati itu pasti. Bila terputusnya roh dari jasad, apa lagi yang boleh membantu manusia? Kemahsyuran? Kehebatan? Kita semua dah tahu dah hakikat 3 perkara yang membantu manusia apabila terputus hubungannya dari manusia-manusia yang masih hidup.

Tak tahu bila pula giliran kita. Tapi saya harap bila Aku Sudah Tiada (sengaja nak buat macam tajuk lagu), saya mahu pergi dengan meninggalkan suami yang redha dan anak-anak yang soleh. Bukan bila aku sudah tiada, simpan semua laguku jangan ditangis selalu blah blah blah merepek.

My writings may sound funny and comedy to you. Read between the lines, I am serious.

Yang benar, Chikah
(Hanis Hamizan panggil I Chikah I feel like Shugah)

Chocolate Fountain, Sweetheart!

Posted by chika under makan

Ianya terlalu common bila baca dekat profile gadis-gadis, dia cakap chocolate will make her happy. Common sangat ah sampai macam malas nak baca dah HAHA. Anyway, I juga tapi I tak mengaku di dalam biodata. Sebab benda common I malas tulis. Well girls (eh guys jugak I selalu rasa macam guys tak ada dalam blog ini sebab blog ini GUGU GAGA malah bercakap tentang vagina pasti guys malu T_____T Padahal guys  zaman ini berdiri the first in line tentang topik gadis-gadis HAHA) Well girls and guys, chocolate is a common thing in Kota Damansara KAH KAH KAH KAH. Aik macam kenal je lawak neh. What the hell sumpah lawak ah ayat ini. Jenaka yang mungkin anda faham atau mungkin takda faham maka rasa nak curse dekat I. Okay okay saya tak suka ah nak mengungkit lawak Hello Kitty Kota Damansara ke apatah. Yang sudah itu ludah lah. Eh tak I mean, yang sudah itu, sudah lah. Phew. Penat aku membebel apatah.

Anyway, sweetheart!

Siapa tak suka chocolate meh sini aku tengok sikit muka dia. Sungguh rare manusia tersebut boleh bagi pingat. KAH KAH KAH. Oih ini serius. Menurut saya, manusia dengan citarasa rare dan mewujudkan ketidaksamaan dengan manusia yang lainnya memang COOL I suka. Macam orang yang tulis dekat profile : Aku benci chocolate sebab dia hitam. Aku benci pink sebab aku gadis warna kelabu. Aku rasa bila aku makan ice cream aku sedih. Pergi shopping memang aktiviti perempuan yang tak sehat membazir duit beli make up baik beli laksa. Sumpah rare macam ini sangat berkualiti. Malangnya I am one of the typical girls yang suka chocolate tapi nak buat-buat macam rare pastu selalu jelik taknak mengaku suka chocolate dalam biodata. Again, apatah aku merepek.

Anyway, sweetheart!

Di rumah ini saya dibekalkan dengan bekalan chocolate yang sangat banyak. Tidak pernah putus bagaikan layang-layang tidak terputus talinya WTH (H itu Haizum, yours truly)  I bangga nak mengaku yang I dah try semua (atau hampir nak semua) chocolate terbaru keluaran Cadbury. Creme Brulee, Peppermint, Panacotta, dan semualah. Semua aku cakap, smua! HAHAHA. Sumpah best macam comot sekali lepas makan chocolate habis sofa tompok-tompok coklat. Husband I dah bising dah.  KAH KAH KAH.

Pada malam yang penuh barakah ini (amin) bersamaan dengan 5 Shaaban 1430H (H bukan Haizum kali ini), kegiatan chocolate kami meningkat lagi sikit. Macam kalau emak tahu, nahas.

Mempersembahkan,

CHOCOLATE FOUNTAIN!

My husband sangat manis. Tempoh hari pulang dari kerja, dia bawa balik Chocolate Fountain so that the wife boleh menikmati the sexiness of the melted chocolate mencurah-curah. Very aphrodisiac (ceh, tetiba) Ada lah jugak beberapa kali saya sebut nak cholate fountain nak chocolate fountain. Maklumlah kan, kahwin dengan Pakar Kesihatan Queen Elizabeth mestilah dia tazkirah kau jangan makan chocolate lah, kalau ada choclate fountain dekat rumah nanti dangerous lah. Tiba-tiba beli juga. Sungguh manis. Bukan chocolate ah manis. Sekarang I cakap pasal husband I heh.

Inilah benda alahnya. Saiz S untuk keluarga saiz S. HA-HA. Comel sahaja dia ini. Pembuatannya tidak susah. Tapi messy takyah cakap ah. Depress I (sengaja nak guna perkataan depress) Habis banjir chocolate kitchen kami tadi. Sampai tumpah-tumpah ke carpet. Terpercik sana sini. Kau neh chocolate fountain ke atau chocolate volcano neh? Messy betul I depress (again, depress) Tak tak. Mana mungkin depress. Bila tengok chocolate panas yang dicurah mula meleleh secara fountain, sexy rasanya. Dah tak sabar dah nak makan. Kalau boleh nak berbuka puasa makan melted chocolate tersebut. Takyah pandang nasik dah.

Kau tengoklah itu meleleh-leleh penuh godaan. Melted chocolate memang sexy. Err. Kalau tak melted pon dah dikira sexy, inikan pulak melted, mana tahan! Temptation.

Si sexy.

Si sexy lagi.

Makin sexy.

Kami masukkan banana dalam freezer. Lepas itu makan banana sejuk bersama chocolate. Menghasilkan banana bersalut chocolate sesuai dijadikan hantaran semasa merisik, bertunang, berkahwin atau berkawan. Ceh kalau berkawan pon kena bagi hantaran, over!

Si sexy selanjutnya.
Omaigosh menggoda.

Nikmat dia I malas nak cakap dah. Kesan dia pada sistem badan ke apa lagilah I malas nak ingat. Yang saya tahu, dua bijik banana saya makan sampai termuak-muak. Pastu tercium bau chocolate pon saya dah pening dah. Berjanji tidak akan makan chocolate sampai satu hari KAH KAH KAH. Termuak-muak dibuatnya.

Siapatah pergi buat chips bersalut chocolate. HA-HA. Husband saya pergi geledah kitchen carik apa-apa yang boleh disalutnya dengan chocolate. Sampai chips pon dia try. Nasib baik takda buat request ; Wife Bersalut Chocolate. Cannot.

Sekejap lagi mesti ada ah orang nak komen ; Chika apsal tak pakai strawberry? Memandangkan sometimes saya ni macam get annoyed dengan persoalan yang berciri CHIKA APSAL TAK …. BLAH BLAH BLAH. Maka biar saya cakap dulu siang-siang. Chocolate dah tak ada. Dah selesai semua sekali kami blend dia dengan ice cream vanilla. Takutkan tengok cara pemakanan kami lewat kebelakangan ini. Tapi tak apa. We had so much fun.

And I will get annoyed juga nanti dengan fakta : You makan chocolate nanti obess. Pheww. I larang membincangkan kesan chocolate dan obesiti dalam entry ini. I LARANG. HAHAHAHAHA (dah lama tak bagi warning dalam ketawalah bukan?) Tak tak. I gurau saja. Anyway, untuk bertindak rare (eceh), kali ini kita akan memandang chocolate dari kesan kesihatan yang baik SAHAJA.

Tahukah kau bahawa dark chocolate yang mengandungi cocoa baik untuk circulatory system. Atau dalam kata lain, baik untuk sistem peredaran. Ini saya saksikan menerusi televisyen Queensland bukan main-main heh. Bukan fakta saya goreng heh. HAHA. Lagikan, dia berciri anticancer, merangsang brain (pastu dah boleh tulis entry dahsyat sebab brain dah stimulated; ini I yang cakap sendiri) dan juga bersifat aphrodisiac. Iaitu sejenis kejadian di mana merangsang secara sexual. Yahoooooooo. Gilo. Jangan nak suka heh. Ini unproven pon tapi macam ada chance saja fghjklmnbvc.

Siapa suka menambah ilmu di dada, keluar sekarang dari sini dan pergi belajar fakta ini. I galakkan. Source : Wikipedia.org.

Habis sekarang Chika tu nak cakap boleh makan chocolate banyak-banyak ah? Boleh. Makan ah makan. Habis sekarang Chika nak cakap makan chocolate tu baik sangat ah macam berkhasiat ah? Err. HEHEHE. Makan dan jangan lupa melakukan exercise. Makan apa pon kalau tanpa exercise bagai layang-layang terputus talinya (pepatah of the day) Makan banyak goyang kaki baju tak nak basuh tak nak jemur tak nak masak tak nak bersukan Wii, ada chance sangat ah mengalami obesiti.

Habis kalau bersukan sambil berchocolate?

KAH KAH KAH. Saya bersukan Wii sambil ber-chocolate. Kesan dia yang saya nampak ialah mengotorkan sofa. KAH KAH KAH.

Tiba-tiba entry ini yang sepatutnya ilmiah dah jadi tak ilmiah dah. Dah confuse dah. Habis apakah dia kesan chocolate neh?! Baik kah atau tidak kah? KAH KAH KAH. Apa susahlah bukan. Kita berbalik kepada biodata gadis masa kini. Chocolate will make me happy. Anggap ah itu macam benar walaupon macam takyah tulis dalam biodata. Apatah aku cakap neh.

BIODATA PENULIS.

Nama NurulH. Wii Mario Cart will make me happy, bukan chocolate.

Konon-konon nak rare. Anyway sweetheart. Wii Mario Cart memang antara game Wii terpower dan terberangsangkan. Sampai setiap kali main, I curse banyak kali dekat racer lain all over the world. Tak berhenti mulut saya cakap ; AKU SUMPAH ORANG YANG PETIR KERETA AKU MALAM INI DIA SAKIT GIGI. Ijat pon tiru. Dia pon sumpah orang malam ini sakit gigi. Saya harap memang orang yang suka petir kereta saya, pastu baling banana atau langgar kereta saya dengan rocket malam ini dia sakit gigi. Selama dua minggu saya racing ini, sekali saja pernah dapat nombor 1. Selebihnya nombor 6. Itupon kalau ada 7 racer. Kalau ada 12 racer, saya nombor 11. Betapa tak hebatnya aku padahal racing sehari tak kurang 5 jam. KAH KAH KAH. Bukan salah I heh. Salah racer lain yang suka bagi petir dekat I. Sakit ah gigi kau malam neh! Emosi mendadak setiap kali racing Mario Cart. Sumpah best macam kalau kau tak main kau rugi sangat dah. Dah ah lawan dengan real racer all over the world. Habis ah ramai pemain Mario Cart sakit gigi malam ini. I sumpah kau.

Cepat ah. Siapa ada Wii, add me as your friend nanti kita race! Kau petir aku, kau sakit gigi. Berani?