Archive for June, 2009

KEMBALI

Posted by chika under Uncategorized

Alhamdulillah. Mendarat di Coolangatta Airport jam 7 pagi semalam. Punyalah sejuk. Saya pulang ke Brisbane membawa Ijat (adek saya) dan Astri (rakan saya HEHE). Air Asia memang &^@%%£!! Next time tak nak ah tak nak ah T______T Tapi Ijat dah beli return ticket Air Asia. Nanti balik KL pon againlah menderita di dalam pesawat.

Sudah kembali ke pangkuan suami. Rasa macam first time dating pulak bukan main menseronokkan HAHA. Mendakap suami tak lepas-lepas CEH nasib baik kat Aussie kalau kat KL tengok muda mudi berpelukan habis kena umpat dengan makcik-makcik kawasan kejiranan. Tapi rasa rindu jugak. Ada ke suami saya on call hari neh. Tak patut sekali T_______________T Hospital memang zalim ah suruh suami tinggalkan isteri pada hujung minggu.

Namun demikian, hati saya cukup sedih hendak meninggalkan keluarga di tanah air. Kesian tengok ibubapa saya. Mereka kelihatan cukup sedih. Tapi macam ni lah kehidupan yang akan saya lalui entah untuk berapa tahun lamanya. Akan sering berbelah bagi merindui keluarga dan suami. Tapi tak apalah.

Hari ini tidak ke mana-mana. Kerana doctor on call &^£”!%@&%£ Tapi esok doctor half day yahoooooooooo dot com. Akan membawa Astri dan Ijat berjalan-jalan dalam kedinginan cuaca Brisbane ini. Sumpah sejuk sampai tak sanggup nak memijak tiles sekalipon. Belum winter lagi dah semacam neh. Semalam pagi sempat bawak Astri dan Ijat melawat Surfers Paradise untuk menikmati breakfast yang penuh cabaran. HAHA. Ha, sekarang you guys dua orang tahulah macam mana menderitanya mencari makan di Brisbane neh. KAH KAH KAH. Bacon is everywhere. HAHAHAHA tak guna.

Itu sahaja. I lazy. Jetlag. Ceh. Alasan.

Architecture Student Kena Poyo Sikit

Posted by chika under Uncategorized

Eh breakfast kaya dengan roti gardenia pagi tadi sumpah powerful ah. Sepanjang hari ni berasa sehat bertenaga naik turun tangga main game main microsoft paint (eh loser gila HAHA photoshop tak mampu running dengan pc miskin ni T___T sobsobsob) dan bertenaga juga jadi tukang jawap phone HAHA. CEH. Padahal memang kena jawap sebab semua call pon carik saya. Artist phewwit phewwit.

Dah lama tak rasa sehat bertenaga seperti hari ini t____t Eh apsal nangis? Tangisan kegembiraan nama dia. Membuat macam-macam kerjaan sampai keluar keringat petani. Eh teringat iklan sebutir nasik, sama macam setitis peluh petani. CEH Raja Farah sumpah annoying. Ewah mengata dulang paku serpih. Saya pon annoying jugak suka buat entry dengan topik mendadak-dadak. Annoying bukan?

Pada tengah harinya sebok berchatting dengan Astri. KAH KAH KAH. Apa best lah bukan chatting dengan Astri. HAHA. Loser sangat. Eh kami berbincang pasal seat dalam flight ah. Rakan saya ni tak tahu kenapa kecoh sangat mempikirkan seat padahal Chika steady saja. Asalkan dapat seat passenger. Kalau dia bagi seat pilot ke apa barulah nak kecoh buat surat berkepala semua tanya kenapa? kenapa? Kenapa I dibagi seat pilot I sukaaa. Eh gedik ah tetiba.

Kejap ah. Macam tak suka ah buat entry neh.

Kemudiannya Farah anak Doctor Helmi call. HAHA sumpah comel panggil Farah anak Doctor Helmi. Farah mentaburkan janji palsu. Cakap nak datang rumah saya pukul 4 petang. Kami tunggu sampai ke pukul 6 tak sampai-sampai jugak. Sampai naik resah kami semua (emak, saya, Astri dan Mak Yang) Kemudiannya berlaku silap mata yang begitu ketara. Dari tepi tembok rumah saya, kelihatan kepala Farah seorang. Saya pon berasa cukup frust sekali. Eh sekali pulak. Saya pon berasa cukup frust berkali-kali. Dia kata nak datang bawak Iman, Finas dan Dayah. Tapi apsal nampak kepala Farah sahaja?

Cuba teka sekarang kenapa? TETTT. Okay dah habis masa dah takyah teka. Sebenarnya itu silap mata. Tembok rumah saya kan tinggi. Sebab tu lah nampak Farah sahaja. Sebab hanya ketinggian dia yang menandingi ketinggian tembok. Orang lain semua belum tinggi lagi atau dalam kata lain, takyah harap ah nak lawan tembok. HAHAHAHA. Sangat magik. Bila dah sampai depan gate, barulah nampak tiga kepala yang lainnya. HAHA. Sumpah comel buat silap mata petang-petang. Dah lah lambat, pastu buat magic show. KAH KAH KAH. Eh macam takyah cerita ah kisah tembok tinggi nampak Farah tak nampak rakan lain semua neh *^%##%$@$# Well, I generous tonight.

Sekarang cuba teka pulak kenapa Farah datang? Teka ah cepat belum habis masa lagi. HAHA. Okay salah CEH sumpah ah annoying dia ni. Jom ah blah malas baca dah blog Chika. HAHA.

Semalam saya dengan Astri pergi UKM untuk memancing udang. Ceh tipu. Untuk berjumpa rakan-rakan. Sekarang saya baru tahu budak-budak studio dah makin maju dalam berhibur. Dulu zaman saya anak dara (HAHAHAHA) Eh apsal gelak ini serius. Dulu zaman saya belajar, kami berhibur pon setakat bukak clubbing dalam stor. Pastu pasang movie remaja gedik Amerika. Atau kalau nak lebih happening secara terbuka, kami lawan main Zuma atau game-game poyo yang sepatutnya dimain oleh orang poyo. Tapi orang cool macam kami pon (ehem) main juga game poyo tersebut siap boleh sengsara jatuh atas lantai frust keluar hingus semua ah. Punya histeria main.

NAMUN.

Budak studio ketika ini dah pandai dah clubbing siap dancing dalam studio. Dalam cahaya malap. Sumpah masalah sosial HAHA. Kalau Pak Guard atau Pak Arab fakuti tahu habis korang semua kena tarbiyah macam kami dulu kena sebab masa Maghrib pasang lagu Cranberries. HAHA. Dasar budak architecture. Patut ah Pak Arab berbulu je tengok kita semua. Eh tapi kami solat tau. Bukan tak solat cuma lepas solat turun Studio terus on Cranberries. Well, teen spirit what to say.

Eh apa tadi saya cakap budak studio sekarang clubbing menari-nari dalam studio? HAHA. Kejap ah jangan gayat dulu. Bukan clubbing seperti yang anda bayangkan di kota metropolitan. Mereka clubbing secara dancepad. HAHA. Eh macam loser pulak. HAHA. Mana ada loser. Sumpah fun. Siap tarik kerusi suruh Kakak Nurul duduk jadi penonton. Saya pon duduklah menonton mereka sorang demi sorang dancing di atas pad tersebut. Khusyuk gila saya menyaksikan persembahan mereka. Farah memang terbaik ah. Main game macam dancing hebat sangat je. Eh kau dah biasa heh buat kerja macam ni. Ingat Allah ingat Allah. HAHA. Sangat menseronokkan melihat gelagat budak-budak junior neh mencari hiburan.

Siapa kata loser tadi, keluar! HAHA. Kalau dah duduk 24 jam dalam studio menghadap projek, memang kepada jadi desperate sangat. Sampai terpaksa mencari hiburan terbaik ah. Dah tak kira dah hiburan tersebut loser atau tak, poyo atau tak, mesti jadi FENOMENA juga. Kalau tak, tak adalah Paralympic Badminton pon boleh jadi satu hiburan buat kami suatu masa dahulu.

Tahukah Paralympic Badminton tu apa? HAHA.

Sumpah kreatif. Bila dah terdesak sangat kepala dipenuhi tekanan kerja, kami pon akan mula keliru dengan identiti diri. Otak jadi tak center. Pukul 2 pagi, tarik kerusi studio yang beroda tu keluar dari studio. Bawak ke tengah-tengah fakulti. Kemudiannya kami pasang ah kain rentang jadikan net. Sorang duduk atas kerusi. Sorang jadi tukang tolak. Pastu lawan ah badminton secara orang kurang upaya. Konon-konon kita cacat ah kaki lumpuh atau kaki kudung. HAHAHAHAHA. Sumpah sedih bila ingat. Tak percaya saya pernah main perlawanan badminton bajet cacat. KAH KAH KAH. Main ramai-ramai. Pastu penat, terus pergi kedai mamak carik nasik lemak ayam. Balik dari makan dah mula tumpas kekenyangan. Pastu mula dah lupa dunia. Kerja semua tak ingat dah. Naik surau, tidur berjemaah sampai Subuh. HAHAHA.

Surau perempuan memang tempat tidur terbaik ah. Carpet cantek terbentang. On aircond. Bawak bantal masing-masing. Pastu sejuk. Pakai telekung. Tidur. HAHAHAHA. Eh best gila ah zaman tersebut. Pastu selepas Subuh, masing-masing bangun dan mekap. Eh tu macam kerja Chika je? HAHA. Kena ah mekap touch muka habis takkan nak kasi budak engineering tengok muka bangun tidur belum mandi semalaman duduk studio. HAHA. Yang anehnya, selepas Subuh terus membawak muka ke cafe. Dah kenyang breakfast apa semua barulah balik ke kolej kediaman dan sambung tidur di hostel. HAHA. No wonder pagi-pagi studio lengang. Semua student balik hostel tidur. Sebab kami ni aktif pada waktu malam. Selagi tak jam 10 malam, selagi tu lah tak mula membuat drawing. Yang kami lakukan ialah berpoya-poya gaming, marathon movie, berbual hujah berapi-api macam hal fakulti tu tanggungjawap kita sangat je padahal kita tak penting pon KAH KAH KAH. Dah malam barulah menggelupur buat kerja. Barulah nak senyap sikit. Itu pon sikit jah. Bila ada yang mula memetik guitar, habis. Kena stop kerja menikmati bunyi guitar dulu. Atau pon bila ada rakan bajet rajin buat kerja khusyuk sambil membuat aksi pelik tanpa menyedari dirinya diperhatikan, kami pon ambil kamera dan rekod senyap-senyap. Atau pon mencuri snap gambar rakan yang tertidur aksi aneh. Bila dia carik pasal kelak, kita pon ugut nak bubuh gambar aneh dia dekat friendster (masa tu FB mana ada ah, Friendster dikira terbaik dah)

Seronok ah bila ingat kehidupan sebagai pelajar architecture yang nak kata cemerlang sangat pon tak ah. Tapi setiap semester pon lepas dan boleh grad on time. Kira bersyukur ah. Lagipon kalau jadi student architecture tapi tak pandai bersosial sangat rugi. Nak jadi architecture student, kenalah pandai jadi orang poyo dan bajet cacat sikit. Kalau muka serius, oh please ah jangan masuk studio nanti susah nak hidup. Pastu kenalah pandai curik tulang sebab itulah sebahagian daripada hiburan percuma yang ada. Curik tulang pastu bentang tikar bawak meja. Tidur dengan rakan-rakan. Biasanya tidur dengan Ainul sebab dia pandai setting tempat tidur best. HAHA.

Kepada yang pernah mesej dekat Kakak Chika tentang kekeliruan samada nak buat architecture atau tidak. Samada architecture best atau tidak. Samada architecture killer atau tidak. Perkara pertama, nilai diri dulu. Suka bersosial tak? Bukan bersosial pergi clubbing mengorat phewwit phewwit. Atau sosial pergi pool party pastu ketawa besar-besaran lupa aurat ke apa. Bukan ah. Yang tu jalan yang tidak benar tak nice ah. Maksud bersosial, boleh bergurau, berkawan dan bukan lone ranger. Power Rangers merah? Yang tu tak apa sebab dulu dalam studio kami pon, ada rakan berciri Power Rangers Merah. Nama dirahsiakan. HAHA.

Kemudiannya, kenalah tahan mental dan fizikal. Sebab nanti kena maki dengan lecturer, drawing kena koyak atau kena conteng dengan Artline 0.6 (sumpah nangis dalam hati) dan kadangkala usaha 2 minggu tidak tidur menyiapkan drawing dengan perahan idea yang menggila itu hanya mendapat BULL SHIT dari pensyarah. Anda bayangkan. 2 minggu tak tidur. Tunjuk-tunjuk dekat lecturer, dia kata BULL SHIT. Pastu dia cakap ni architecture ke atau setinggan neh apsal buruk sangat? Makan hati ah sumpah malas dah nak hidup rasa nak tidur je. Pastu tidur ah apalagi. HAHA.

Seronok ke architecture? Seronok. Tapi sebulan sebelum final submission memang sumpah menyesal dunia akhirat belajar architecture. Sengsara macam tiada esok hari lagi. Dah ah tak boleh tidur. Siapa tidur memang hina ah. Pastu kena tekanan dari pensyarah dan rakan-rakan yang suka berlagak best seperti nama dirahsiakan. HAHA. Dan pada minggu-minggu menjelang final submission, kamilah pelajar terhodoh dan paling selekeh dalam UKM. Tak ada siapa pon nak mengorat sebab selekeh sangat pakai baju yang sama dari semalam. Sebab tak balik-balik mandi. Pastu mata lebam. Mekap semua jangan harap ah dah tak sempat dah. High heels pon dah terpelanting bawah meja. Pakai flip flop saja. Tudung senget pon tak kesah dah. Muka semua tak siap.

Namun, menjelang final presentation, TING! Habis. Kamilah pelajar terpaling vogue pergi fakulti macam nak pergi Grammy Award ke apatah. Mekap semua tiptop. Yang lelaki siap long sleeves ah apa kejadah semua pakai. Yang selalu bau minyak rambut je, tetiba pada hari tersebut terkeluar bau perfume mahal. Oh sungguh happening. Yahooooo. Kami suka bergaya.

Sekarang dah malas nak ingat kesengsaraan menyiapkan projek senibina. Walaupon dunia remaja itu sangat indah, tapi ada dunia yang lebih indah yang sedang dinikmati ketika ini. HAHA. Tak melampau rasanya kalau menyifatkan, kehidupan saya sekarang ini jauh lagi membahagiakan dari yang sebelumnya. Cukup kasih sayang dan hidup penuh kecintaan merupakan nikmat yang tiada tandingannya. Saya sangat mensyukuri kehidupan rumahtangga saya. Dan saya tidak pernah menyesal meninggalkan zaman keremajaan saya yang dipenuhi kegiatan poyo dan annoying. Eh sekarang pon poyo juga. HAHA

Esok malam adalah penerbangan saya pulang ke Australia. Akan mendarat di Coolangatta Airport, Gold Coast. Akan mendakap suami yang dirindui sangat sangat tak tahu nak cakap apa dah. Abang I Love You <3

Panjang sekali entry ni. Siapa baca habis dah memang terror ah.

Sakit Tapi Rock N Roll

Posted by chika under Uncategorized

Malam tadi sakit kepala bukan kepalang. Terlalu sedih atas kesakitan, tak dapat bendung dah keinginan untuk menangis sikit-sikit. Emak panggil masuk bilik emak. Emak picit-picitkan kepala. Bila ternampak muka bapa, terus kering air mata. TING! KERING! HAHA. Begitu dramatik. Mintak bapa membelikan yongtaufu. Sumpah perangai aneh. Nasib baik bapa penyayang. Teruslah keluar malam-malam mencari yongtaufu. CEH. Yongtaufu. HAHA. Nasib baik tak mintak pulut kuning rendang daging ke apa kalau tak, sumpah bapa tak layan.Sumpah kempunan. Sumpah lari malam masuk batu belah batu bertangkup. Habis rambut tersepit celah batu. Lagenda.

*&^$$^%%##%$%^%%#%&&%$

Ketika menikmati yongtaufu (sebenarnya aku tak berkenan betul nak sebut nama youngtaufu neh), saya makan dengan begitu tercabar-cabar. Tiba-tiba buat drama aksi di meja makan. Tolak mangkuk ke tepi lantas meletakkan kepala di atas meja makan. CHING CHING CHING. Begitu aksi. Tak ada niat pon menagih simpati ke apa. Tapi orang keliling meja semua membagikan simpati takda henti punya sumpah terharu T_______T

Mak Yang cakap, jom Mak Yang picitkan kepala jom. Saya pon terus rock n roll di tempat kejadian. Sumpah suka sekali bila dipicitkan kepala. Sungguh layan perasaan. Kemudiannya sambil dipicit-picit, sambil tertidur-tidur. Apakah punya nikmatkah tersebut sungguh menseronokkan yahooooooo.

Berjam-jam Mak Yang mempicitkan kepala. Sampai akhirnya Chika pon kembali ke bilik tidurnya sendiri. Habis takkan nak tidur dengan Mak Yang ih malu ah sikit. Dan setelah tiga minggu, malam semalam merupakan tidur terpaling TIDUR yang dapat dinikmati. Sudah tiga minggu lamanya tidur secara tidak tertidur-tidur.

*&^^$$#^*^@!#$@

Pagi ini telah bangun dari tidur dengan perasaan tertekan sekali. Sumpah menderita membawa ke syurga. Eh membawa ke sink. Sendawa takda henti terus mengeluarkan isi entah apa-apa dari dalam perut. Eh seronok ah macam neh. Lepas muntah pasti berasa seronok dan lapar. Jeng je jeng. Eh Chika, takyah buat bunyi ah. Annoying. Okay ah tak tak.

Lapar. Terus menselongkar kitchen dan terjumpa roti Gardenia. Roti Gardenia harus dinikmati sebab takda dijumpai kelak di Brisbane what the heels. Buka fridge dengan bunyi drumroll dalam hati, CHING! Ternampak KAYA. Bukan orang kaya. Tapi KAYA jem yang disapu dekat roti pastu makan ah sampai sebungkus roti pon confirm tak menyesal ah. Kaya memang jem terbaik ah takda tandingan. Habis kat Brisbane tak ada? Tak sure tapi macam tak pernah nampak saja. Habis kat Brisbane ni ada apa? Semua pon tak ada. Eh watch your mouth heh. Kat Brisbane ada suami. Kejap. Seperti terdengar muzik Makhluk Tuhan paling Seksi dalam hati. KAH KAH KAH. T______T Annoying lagi sekali. Chika, keluar skang!

Kejap ah. Entry belum habis.

Breakfast pagi ini telah diserikan dengan kehadiran orang KAYA, eh bukan. Dengan kehadiran jem kaya, sekeping roti Gardenia, 4 ketul chicken nugget (makan penuh iltizam) dan juga segelas susu susah telan. Tapi telan juga dengan iltizam. Pendek kata, bersarapan dengan penuh iltizam. Kalau tak cukup iltizam, memang lama dah jatuh mensembah bumi pagi ini. Err.

Tak lama lagi nak peluk …. eh ! Apa neh tadi cerita breakfast tetiba masuk pasal peluk. Chika, keluar ah sekarang!

Nak keluar ah ni.

MingMing Tu Itik Wonderpets-Lah

Posted by chika under Uncategorized

Saya baru figure out sesuatu about myself yang cukup aneh lately.

  1. Saya baru tahu HARI INI (TODAY HEH TODAY) Timbalan Perdana Menteri Malaysia ialah Tan Sri Muhyiddin Yasin. LOL. Eh tak lawak ah Chika. Perdon a mi. Emak cakap ‘hek eleh, baru tahu?’. Tak apa. Asalkan hafal 25 nama Rasul itu wajib. Wajib.
  2. Saya dah pandai dah jalan pakai flat shoes hoooraayyyy. Eh tak hoooray ah T____T
  3. Saya rasa lelaki muda remaja tak attractive langsung jangan nak ngorat ah please. CEH kerek sekali. HAHA. Eh sumpah tidak attractive sama sekali. Sebab semua lelaki dah tumpas dah tak boleh lawan Doctor H (apa beza Doctor A dengan Doctor H? Jawapan dia, tak ada beza HAHA)
  4. Saya dah kurang berminat untuk berhibur sebaliknya lebih suka benda-benda berciri Aunty sikit (SIKIT lah bukan banyak hoi hoi). Eh bukan jual tupperware direct selling ah yang tu tak minat. Maksud saya, macam minat menjadi usahawan textiles, atau mengumpul peralatan membakar kek secara lengkap pastu baru belajar baking HAHAHA. Atau pon berbual perkara kekeluargaan yang boleh membantu institusi keluarga dari segi rohani, jasmani dan financial. Oh lupa. I am 23 years young.
  5. Saya suka bersembang topik kekeluargaan pada kebanyakkan masa. Nak ajak bual topik Hero Remaja 2009, talk to the hand! Habis kalau bual pasal episod Spongebob? Episod Gary sebenarnya siput keturunan raja? Atau topik Patricks sebenarnya mudah lupa ingatan, jangan percaya dia? Atau topik Ming Ming Wonderpets terpaling comel pilihan ramai? Oh yang tu sentiasa ON. HAHAHAHAHA.
  6. I dah tak suka warna fancy. I pening.
  7. Saya baru tahu cikgu sekolah saya lagi muda dari emak saya tapi apsal emak saya nampak lagi muda GAGAGAGAGA (mentertawakan dia)
  8. Eh saya dah jadi penyabar in the making. I am happy :)
  9. Tapi ter-discover sikap buruk yang lainnya. Saya dah pandai dah marah orang atau pergi sound orang di tempat kejadian. Macam kalau cashier hentak-hentak barang atau kalau kakak jaga counter perasan hebat padahal duduk counter apsal tak duduk kerusi CEO nak kasar bahasa dengan customer. Siap dia.
  10. Saya baru tahu yang sebenarnya sikap JANGAN BAGI MUKA banyak membantu hidup saya. Okay cantek ah. Tak menyesal GAGAGAGAGAGAGA (mentertawakan orang lagi sekali)

Eh entry ni pelik ah.
Bersurai.

Cupcakes Sinaran Cerah Beacon House

Posted by chika under Uncategorized

Memiliki sahabat baik memang indah sekali. Lebih-lebih lagi apabila sahabat baik tersebut pandai mengurut, mengambil hati dan memujuk. Eh tak tak. Itu kriteria kekasih sejati. HAHA. Annoying &^%$^&

Sahabat sejati ada kalanya takyah ada selalu. Seperti MSG dalam masakan. Kalau ada sedap. Kalau tak ada menyihatkan. Ajinomoto tu sejenis MSG ah. Kau memang ah kalau sebut Ajinomoto baru faham. HAHA. MSN tahu? Annoying lagi &^$#@%^

Seperti anda, saya juga mempunyai beberapa sahabat sejati. Kena cakap beberapa. Kalau cakap mempunyai seorang sahabat sejati, kang habis sana sini tarik muka HAHA. Selain berciri MSG (atau Ajinomoto), sahabat sejati juga boleh disamakan seperti bawang besar. Memedihkan mata namun diperlukan untuk menghasilkan cekodok ikan bilis yang sedap. Takyah bukti. Dah boleh agak dah macam manakah rasa dia cekodok ikan bilis tanpa bawang besar. Pasti tak berapa siap lah bukan cekodok tersebut? Untuk menyempurnakan lagi sifat seorang sahabat sejati, kita boleh samakan seorang sahabat sejati itu seperti beras. Kalau tak cukup air dia mentah tak boleh makan. Kalau terlebih air, dia lembek jadi bubur. Nyum nyum bubur ayam Mc D lazat sekali. Eh boikot ah. Eh habis siapa yang makan bubur ayam Mc D petang tadi sorang-sorang depan tingkap? *&$$^@

Untuk membuatkan beras menjadi nasik, sukatan air perlulah tepat. Begitu juga dalam persahabatan. Takyah memberi secara berlebihan. Dan takyah pula terkurang. Biarlah memberi dan menerima secara secukupnya sahaja. Itu prinsip saya dalam berkawan. Tidak akan membagi muka dan tidak pula bermuka-muka. Oleh itu, dalam banyak-banyak peribahasa Melayu, saya paling sukakan yang ini ; Buat baik berpada-pada, buat jahat biar bersepadu. Eh buat jahat jangan sekali. Saya tidak pernah buat baik dengan orang secara berlebihan. Jangan harap ah. Sebab kebiasaannya, saya tidak suka rugi. HAHA. Begitu keras bunyinya namun hakikat kejadian manusia memang begini. Dengan suami? Yang tu kes lain.

Antara sahabat baik terpaling saya sayang ialah Aizar. Eh tetiba dia online YM. Panjang umur. Amin. Kali ini saya tidak akan membuat senarai sikap baik beliau. Sebab nanti ada orang pergi hafal pastu buat jadi isu. Oh sungguh annoying ah.

Aizar pandai memasak. Saya pon eceh. Habis yang masak cekodok ikan bilis bagi suami makan tu siapa? HAHA. Eh tak adalah. Saya tidak sepandai Aizar. Kalau saya pandai memasak lebih dari Aizar, itu nama dia FENOMENA BARU. Kita semua belum bersedia untuk menghadapai fenomena tersebut lah bukan. Takyah nanti susah. Chika neh baru pandai masak cekodok ikan bilis pon dah riak dalam blog, bayangkan kalau dah pandai masak kurma daging kangaroo atau daging kambing beriyani ke apatah. Habis ah bertambah angkuh. Malas dah nak kawan dengan blogger yang tak pandai masak. HAHAHA. Eh gurau lah gurau. Habis kang keluar isu bukak forum ; PENULIS NURULISM.COM ANGKUH. Kang susah lagi kena buat police report dan menghubungi pihak berkuasa &^%#@#^&

Pada hari Sabtu yang lalu, Aizar telah datang ke rumah bersama ibunya untuk menghantar cupcakes buatan sendiri. Sungguh menseronokkan. Saya harap satu hari nanti, saya pon dapat membuat cupcakes dengan bentuk-bentuk haiwan Zoo Australia untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan. CEH. Tapi sebelum membuat cupcakes berciri Zoo Australia, saya harap saya berjaya buat cupcakes berciri jarum suntikan, pil-pil kesihatan, gunting pembedahan dan juga pisau. Sumpah ngeri ah tak lalu makan. HAHAHA. Atau cupcakes berciri Naruto dengan ucapan ; Nurulism.com VS Onemanga.com. Eh kejap. Ni masalah rumahtangga nama dia. HAHAHAHAHA.

Oh mungkin anda belum tahu. Cabaran terkuat nurulism.com ialah onemanga.com. Sakit hati kalau suami lebih memilih onemanga.com berbanding nurulism.com. Sayang tolong buat keputusan sekarang. Which one is your favorite? Apa? Onemanga.com? Dah. I balik Brisbane bulan depan. HAHAHAHA. Eh tak tak. Apa jadi pon I balik jugak minggu ni tak kira ah onemanga menang ke tak sebab hati dah tewas sangat dah tak boleh tahan dah habis *&%##$^&^%

Cupcakes seperti biasalah. Sejenis objek comel. Tak pernah tengok lagi cupcakes yang tak comel. Semua cupcakes pon comel. Apalagi, siapa tengah cari nama baby, letaklah nama NUR CUPCAKES confirm anak comel. HAHA. Eh gelak pulak orang serious ah. Habis anak lelaki? AHMAD CUPCAKES ah apalagi. Kang dah besar habis awek malas ngorat. HAHAHA.

Siap kotak. Aizar kau cakap betul-betul. Ni kau buat ke kau beli neh? Jangan mainkan perasaan rakan. HAHAHA. Sumpah comel tak boleh blah dah. Siap dengan box. Dan paling menterharukan, sekotak cupcakes ini disertakan dengan sebuah kad ucapan. Kepada Cik Puan Chika. Wah begitu syahdu ayat di dalamnya.

Cupcakes ini terdiri daripada cakes berperisa coklat, vanila, durian belanda, anggur mediteranian, lemongrass dan bertih jagung CEH mentipu anda. Eiiii geli pulak saya membayangkan cupcakes durian belanda. Omaigod what the &*^#%^^ Rasanya sungguh enak. Macam biasa. Aizar buat kek tak pernah fail. Semua enak. Sebab itu Chika selalu tak boleh lupa nak demand kek dari beliau. Dah lah baik hati. Pantang mintak, mesti buat.Cuma mintak kek buah je dari dulu tak dapat-dapat lagi. Tak apa. Next time kita mintak secara lebih formal siap dengan surat berdaftar kalau perlu.

Terima kasih Jaja (bapa saya sampai sekarang suka panggil dia Jaja. Saya rasa bapa saya sahaja yang masih kekal memanggilnya Jaja. Itu panggilan masa kami kecik-kecik) Kek yang enak sekali. Thanks sebab pandai baking. HAHA. Thanks sebab pandai urut kaki. Thanks sebab pandai hafal jalan pastu senang nak pergi sana sini ikut kemahuan saya. Thanks sebab caring masa saya sakit.

Selain Aizar, satu lagi orang yang tak boleh dilupakan sama sekali. Astri nama dia. Sumpah banyak berjasa sepanjang percutian 3 minggu saya ini. Memandukan saya ke sana sini. Well. I kan dah tak pegang kereta sekarang ni. Nak ke mana-mana pon harapkan Astri. Thanks Astri.

Walaupon kita bertiga selalu buat lawak annoying. Seperti lawak Tadika Sinaran Cerah Beacon House. Atau seperti lawak boat terbang. Atau juga lawak yang sepatutnya tak lawak sama sekali seperti takut dengan guard india dekat rumah Jullian, namun kita tetap tahu berseronok dengan lawak-lawak annoying tersebut. Kalau orang lain join kita dalam kereta, mesti dah lama dah orang tu terjun keluar ikut tingkap. Sebab dah benci sangat dah dengan kita yang annoying ni. HAHAHAHAHAHAAH.  Macam mana tak annoying, sticker kediaman Jullian gambar sport car kartun pon kita nak gelak. Belum lagi perangai Aizar yang suka menyampuk tak bagi salam. Pastu salah. HAHAHA. Rasa nak suruh je dia keluar dari kereta kan. Nasib baik dia rakan kita (dan pandai buat cupcakes) Kalau tak … *&^%$$^@! HAHAHAHA. With love.

Tak tahu sampai bilakah perangai annoying kita ini akan bertahan. Mungkin satu hari nanti kita tidak akan tahu lagi untuk menikmati lawak yang annoying. Sungguhpun begitu, saya suka sekali menjadi orang yang tahu menikmati lawak yang annoying. Mungkin setelah kita dimakan usia, kita menjadi lebih serius dengan kehidupan. Kita pon dah malas dah nak layan lawak yang annoying seperti ini. Atau mungkin lawak Tadikan Sinaran Cerah Beacon House tidak lagi menarik. Atau kita mungkin tak boleh nak bagi chance dah dekat rakan yang suka menyampuk tak bagi salam. We are growing older T__________T

Hadiah, Brisbane & Ucapan Pelamin

Posted by chika under Uncategorized

Ketika saya excited mendapat bunga dari suami tempoh hari, pada hari yang sama juga saya telah excited terlebih kerana mendapat parcel dari Kak Marlissa. Kak Mar ni senior saya dekat UKM dulu. Sama-sama buat architecture. (Kak Mar, Zaid kirim salam. Eh pandai-pandai je Nurul HAHA)

Dulu masa wedding saya, Kak Mar datang masa event dah habis dah HAHA. Tak sempat nak ajak join architectural pose. Tahukah architectural pose itu yang macam mana? Tak tahu tak apa. CEH Chika neh memang ah selalu buat orang annoying je rasa.

Ada sehelai muffler. Comel sekali. Saya suka muffler. Kak mar kata boleh pakai masa di Aussie. Sangat sesuai menjelang winter ini. Yahoooooo winter! Eh tak tak. Tak yahooo. Winter mungkin akan mengsengsarakan rutin harian kita.

Eh ada lagi satu bungkusan. Dengan gambar chicken berciuman di atas wire. Ya Allah, sapa nampak memang ah gatal. HAHAHA.

Frame gambar handmade from Bali.

Terima kasih Kak Mar.

Teringat dulu kami pergi Penang ada event. Kak Mar lah yang baik hati bawak kami jalan-jalan. Siap belanja makan ayam tandoori yang sedap sekali. Saya suka  Penang. Dalam Malaysia ini, saya cuma mahu duduk di KL sahaja. Tapi kalau dipaksa mempilih tempat lain. Macam kalau KL halau saya menyampah simpan penduduk tak bagi hasil ke apa, saya akan mempilih Pulau Pinang! HAHA. Eh kejap. Kalau KL buang aku, aku duduk Brisbane terus. KAH KAH KAH.

Rindunya pada tiupan angin Brisbane. Rindunya pada sungai Brisbane yang mengalir tenang (pandai-pandai) dan sering diserang bunyian kuat dari enjin CityCat Cruise (belum pernah naik T____T  Tak heran ah HAHAHA) Rindu pada Gold Coast. Apakah sudah jadi dengan Gold Coast tanpa Menteri Besarnya ehem? Pasti kurang seri lah bukan? Eceh. Itulah dulu sampai termuntah darah siap boleh bernanah hati kalau diajak pergi Gold Coast. Punyalah jemu tak tahu nak cakap apa dah. Sekarang dah mula rindu dah.

Tidak sabar nak membeli belah bawang, daun bawang, potato, beras basmathi, halia lah tah apa benda lagi tah di Coles sambil mentolak troli bersama suami. Tidak sabar hendak melakukan late night shopping pada hari Khamis pastu histeria carik parking. Tidak sabar hendak tengok bangunan-bangunan Westfield yang besar-besar kalah Tesco. Tidak sabar hendak menikmati Gloria Jeans di Garden City bersama suami. Sungguh lazat. Tidak sabar hendak menikmati ice cream pelbagai pilihan  bersama waffle nya yang begitu enak. Tapi Cold Rock tak nah tak nak tak nak. Kecewa T_____T

Eh apsal rindu benda-benda materialistik semua neh?

KAH KAH KAH. Itu mukadimah. Intipati dia, err… rindu pada suami di Brisbane. Tidak sabar hendak kembali ke pangkuannya ehem. Lagi beberapa hari sahaja. Namun, pasti akan sangat merindui keluarga di Cheras ini T_______T

Minggu depan. Anda akan dibawa ke kisah-kisah kehidupan rutin seorang surirumah. Lama betul tidak menjadi surirumah. HAHA. Lama tidak basuh pinggan. Lama tidak cuci pakaian. Lama tidak mengemas kitchen. Lama tidak menutup pintu kitchen cabinet. Lama tidak menyusun pakaian dengan usaha yang gigih. Sebab rack tinggi I mana sampai HAHAHAHAHA. Nanti blog neh kembali menjadi blog pelancongan Queensland okek. Australia Zoo belum pergi! Hooooooorayyyyy.Dah kata duduk Aussie. Kalau tak main dalam zoo, mana cukup syarat. Australia kan sejenis zoo. KAH KAH KAH. Tapi UKM lagi zoo. CEH sempat tu dia kenakan UKM.

.

Ucapan Pelamin. HAHA.

Selamat pengantin baru untuk Ina dan pasangan. Maaf banyak-banyak saya tak dapat hadir. Majlis terlalu jauh. Saya pula mengalami masalah kesihatan yang agak mencabar-cabar. Sejak pulang tiga minggu lalu, belum lagi memandu kenderaan ke sana sini. Pergi mana-mana pon harapkan Ijat dan Astri. Untuk Ina dan pasangan, binalah keluarga yang harmoni dan semoga beroleh keberkatan Allah SWT. Semoga jodoh berkekalan membawa ke syurga yang abadi. Insyaallah.