Permai-Suri Rumah

Pukul 6.30 pagi sudah bangkit dari tidur yang panjang. Eh ni bukan ayat poyo tahu. Sumpah panjang. Jam 8.30 malam dah siap terbaring dah sekujur tubuh di atas katil. Bersedia ke garisan get set go dah nak tidur. Secara purata, tak kurang dari 10 jam ah saya tidur setiap malam hooooooray! Tidur yang begitu mencukupi. Kalau tak cukup-cukup jugak memang ah. Retard. HAHAHAHAHAHAHAHA.

Inilah sebahagian dari keenakan musim sejuk. Malam yang panjang. Tidur yang panjang. Peluk suami isteri yang panjang eh over pulak. Tapi kesejukkan yang berpanjangan tu takyah kira ah memang annoying sangat sampai siang malam pakai socks. Habis tak cukup-cukup socks. Eh tokey socks memang kaya ah. Nak jual socks ah kalau camni tepi Ham Road. KAH KAH KAH. Info : Ham Road tu nama jalan menuju ke kediaman saya. Sumpah najis kan jalan tersebut. Chika, kau neh macam niat lain tapi cerita benda lain jah sungguh mensampahkan.

Sedap betul ah kari sardin kau tadi.

Kembali. Saya berbesar hati sekali kerna berupaya bangkit seawal jam 6.30 pagi. Kemudiannya terus menguruskan rumahtangga. Mentengok suami pergi kerja merupakan kemestian yang kalau tak buat memang menyesal sehari semalam. Sebaik sahaja kenderaan suami hilang dari pandangan, bergegaslah saya ke laundry room untuk bekerja sebagai kakak kedai dobi HAHA. Dobi! Dobi! Terbaik in town! Ceh berangan kerja kedai dobi.

Winter memang musim yang kurang menseronokkan atas beberapa sebab yang sesetengahnya tak boleh pakai sangat. Sebab kenapa winter tidak begitu menseronokkan :

  1. Terlalu sejuk sampai tak selesa. Nak pijak tiles pon takut. Nak sentuh air pon takut sebab kadang-kadang tak sedar yang air panas dah habis dah pastu kena tunggu heater panaskan air semula. Dayyyymn. Dah ah dalam rumah neh memang sejuk I tell you. Sampai tak tahu nak duduk mana dah. Sudahnya berjemur dekat lawn. Aneh. Matahari pon sejuk jugak $£”!%@!
  2. Baju yang dijemur bukannya makin lama makin kering. Makin lama jemur makin sejuk pastu dah tak tahu dah boleh angkat ke tak. Sebab dah confuse dah otak nak membezakan pakaian tersebut sejukkah atau basahkah? I stress.
  3. Brisbane kerap hujan lately. Dah ah sejuk, hujan lagi.
  4. Sometimes (SOMETIMES) tak boleh nak bergaya sangat. Sebab pakai baju apa pon, dah habis dah kena cover dengan coat T______T Rugi rugi. Tapi boleh melaram high boot HEHE. Pastu nak ambik wudu’ terkial-kial ah bukak boot bukak socks, bukak seluar bukak baju semua. Eh retardnya. Apsal ambik wudu’ bukak semua? &^$£@£!$%£ Polis, tangkap dia!
  5. Nak berjalan-jalan pon kurang enjoy. Banyak aktiviti susah nak buat. Macam semalam. Pergi theme park main air. Sungguh retard. Orang retard jah buat perkara tersebut. Pastu sakit jantung HAHA. Pastu hooooray sakan tengok parking bay banyak kosong. Kononnya gembira sangat ah tengok tak ramai orang pergi situ. Sekali ambik kau. Tak ada siapa nak main air masa winter ah. HAHAHAHA. Eh tapi bukankah menseronokkan juga kenangan semalam? Main rides banyak-banyak kali takyah queue. Pastu boleh scream hebat masa meluncur gelongsor extreme tak segan silu.
  6. Siang terlalu pendek. Pukul 5 dah completely gelap dah. Dah boleh baca doa tidur dah KAH KAH KAH. Eh tak tak. Loser sangat kalau jam 5 dah tidur. Jam 5 tunggu suami pulang. Kemudiannya bersedia untuk baca doa tidur. Eh bukan ah bukan. Bersedia baca doa makan untuk dinner. Selagi tak selesai menonton MasterChef Australia selagi itulah tak boleh baca doa tidur. Walaupon kadang-kalanya tertidur tak baca doa sambil MasterChef menonton saya. Perbuatan aneh.

Demikiannya sedikit sebanyak kekurangan musim sejuk mengikut perasaan peribadi penulis. Anda mempunyai perasaan peribadi yang lainnya? Anda berasa gembira menjelang winter? Pakaian anda semakin cepat kering semasa winter? Atau mungkin badan anda berasa begitu seksi semasa menggigil sejuk? Kongsikan bersama kami. CEH.

Hebat tak hebat ah kan. Hari ini saya bekerja di kedai dobi sebanyak 2 round. Wah begitu hebat. Pakaian yang dicuci pada round pertama telah selamat kering dan diangkat pada jam 12 tengah hari lalu di gantikan dengan pakaian round kedua. Excited I. Saya tak tahan mata tengok baju menggunung di laundry room. I stress kang.

Selain itu, saya juga membuat kehebatan lain pada musim sejuk ini. Seperti bangun jam 6.30 pagi. Eh berapa kali nak cakap ar? Riak sangat. Nyampah. Saya juga telah menyiapkan kerja washing and cleaning seawal jam 11 pagi. Pastu cooking and eating. Semuanya selesai pada jam 12.30pm. Menakjubkan. Sekarang dah free dah. Waktu untuk aktiviti bebas. Tulis blog dulu. Pasni tak tahu nak buat apa dah. Mungkin pergi mengembala biri-biri atau mensiram pokok-pokok strawberry di ladang. Ewah. Berangan kawen dengan peladang ke apa neh? Gurau ah gurau.

Tengok ah kang. Kalau terbosan-bosan sangat macam hamster jah hidup neh, saya goreng entry lagi satu. Kebelakangan ini, blog tidak begitu seductive. Bolehkah anda memberitahu saya bagaimanakah untuk membuatkan penulisan blog sebagai benda yang begitu seductive, sensual and addictive? Bukan kepada pembaca. Tapi seductive and addictive kepada penulis. Penulis neh bermasalah neh. Berasa sungguh bosan mentengok blog.

Apa ah nak jadi dengan dunia blog neh? Asyik benda yang sama. Mentulis benda dengan modal yang sama. Membaca penulisan-penulisan yang berciri kauk-pauk dan hampir sama antara satu sama lain. Bercakap isu semasa dengan pandangan yang tidak pelbagai. Seperti kes kematian Michael Jackson. Semua pon entry cakap sedih. Cakap kehilangan seorang legend. Kehilangan seorang super star. Pastu semua mengaku diehardfan MJ padahal tak ada pon. Tak adakah yang mentulis secara lebih kreatif dan lain macam sket? Seperti bercakap tentang teka-teki berapa kalikah kerja autopsy ke atas MJ akan dibuat? Siapa teka betul akan dihadiahkan cross stitch muka MJ yang dikait sendiri oleh penulis blog yang menganjurkan teka teki tersebut. Barulah bercakap tentang isu semasa secara kreatif nama dia. Okay I macam dah retard dah. I nak masuk youtube belajar makeup kejap. HAHAHAHA. Ini baru lain macam nama dia. CEH.

Recent Entries

23 Responses to “Permai-Suri Rumah”

  1. yonnaism Says:

    chika! mcm biasa la i gelak tak hengat baca entry2 u ni! HAHAHAHHAHA!!

    oh semangat blog, tolong kembali kan chika ku. hahhaa. eceh rajin la u ni sejak2 kawen kan :p bagussssssssssssss!

    eh ijat kt sana lagi kah? ke dia balik dengan ast3? heee.

    babe, tolong bg suhu sejuk kat putrajay ni sikit. panas like (_*^%#!!! grr!

    chika Reply:

    kalau dah kawen tak reti2 jugak nak rajin, tak tau ah nak cakap apa dah. HAHAHA. Eh kalau I tak buat sapa nak buat keje2 seperti keje kedai dobi tu.

    Ijat kat sini 3 bulan :)

  2. yonnaism Says:

    p=*putrajaya

    mesti Najib menangis kalau Putrajaya jadik PUTRAJAY! hahahhaha.

    chika Reply:

    Najib tak kesah kot.
    gagagaga

  3. Noi Says:

    HAHA.. tu la..nak tulis blog pun rasa macam tah..taktau apa nak tulis..
    Sekarang ni giat buat cross stitch tapi bukan muka MJ la..hihihihi =P
    update blog pun, asyik cerita yang sama. T__T

    chika Reply:

    update ah blog berciri cross stitch. Seperti update seharu secara berkali-kali tapi sikit2. Sama macam membuat cross stitch. Sikit2 tapi banyak kali. eceh.

    eh buat ah cross stitch muka I. hahahahahaha

  4. cemut Says:

    bes la sejuk2… cuaca yg paling disukai oleh org2 yg baru kawen cam kite ni.. ;p

    chika Reply:

    eh tidak best tidak best.
    sumpah tidak best.
    kalau dingin2 setakat sepoi bahasa memang la best. Kalau dah tahap sejuk gigil nak jalan pon susah memang tak best T____T

  5. kamel Says:

    salam k.chika~ i’m ur silent reading becoming loud hehe
    lagi satu tak best pasal winter adalah masa solat yg very the pendek. zohor-asar tu skejap je. kalo tak careful boleh terbabas hukhuk. eh pastu pasal wudhu’ tu k.chika penah dgr tak pasal khuf? nanti kalo pegi jalan memane ke nak amik wudhu, bleh sapu je air atas stokin @ kasut. rukhsah utk muslim time winter. cekidaut k~

    chika Reply:

    Salam.
    Oh point pasal waktu solat tu lupa tulis. Benar sekali. Kejap2 dah masuk waktu. Kalau berjalan memang rushing ah kejar solat. Tapi yang bestnya, kul 6.30 ptg dah settle dah semua solat. Boleh baca doa tidur dah. HEHEHE.

    Yang khuf tu, tahu. Suami saya buat dan dia dah ajar dah. Tapi akak tak pernah buat. HEHE. Sebab keluar jenjalan selalu tak amek wudu’. Pastu tak pakai stokin sometimes. Kekadang dah nak solat baru pakai. Sekarang je pakai stokin memanjang sebab winter. Ya Allah, malunya bitau orang tak pakai stokin jenjalan T____T Thanks for sharing :)

    kamel Reply:

    ^ silent reading wth?? hahahaha oh sungguh la buat malu v_____V
    yepp winter best malam lama. kalo summer agak sedih pasal kul 4 lebih je pon matahari dah tegak v_____V

  6. nadiEya Says:

    Hehe..Bagusnya cik suri rumah tangga ni ;)

    Kalau sejuk sekejap² tape la..Ni sepanjang masa sejuk..X best²..

    chika Reply:

    suri rumah. ni la keje dia. jadi master chef (eceh) pastu keje kedai dobi (ececeh) pastu jadi pelari negara pantang huja berlari ah pecut sana sini. ececececececehhh

  7. ilyanie Says:

    HAHAHAHHAHAAH~
    Gelak besar baca entry neh.

    Chumel seperti biasa la entry u kan Chika.
    =))

    chika Reply:

    comel macam biasa? ini comel tak macam biasa nama dia :P

  8. Masy Says:

    kat sini panas. huhu

    chika Reply:

    tapi kat msia udara tepu dan jerebu :(

  9. Jai Says:

    Hah! sy pon xpernah suka winter. Walaupon tak pernah rasa winter itu sendiri hidup2, rasa dalam mimpi je dah cukup buat sy rasa winter xbest.

    Haha! betullah. Summer gak yg terbaik! sekian…

    All the best chika…

    chika Reply:

    summer pon tak best juga
    hahahahhaa
    eh apa neh tak bersyukur.
    hehehhehe.
    saya suka cuaca sepoi sepoi :P

  10. As Says:

    Tetiba rasa dapat chika yang lama..
    eh lupa kena jadi silent reader balik he he he

    chika Reply:

    eh boleh pulak lupa-lupa :P

  11. .i.b. Says:

    baju i dlm box pun sgtlah menggunung… sampai tak muat dh mesin.. kene byk trip sungguh… tp tak penah habes sbb lepas satu trip terus malas n tdo je (sbb basuh malm2 kan) haha… and up penuh lagi… berterusanlah smpi skrg ni.. haha

    p/s: nurul, u buatlah koleksi stokin spy anda tdak bosan.. takpun jahit sendir stokin! hehe..

  12. si kaki besar Says:

    sehat kah dikau disana? huuuu

    selalu selalu la update weh…. jgn dibiar rakan mu ini lost track terhadap kamu. isk.

    hish. tetiba je aku neh.merasa penangan menganggur skang…..T-T

Leave a Reply