Christian Dior : Winter Skin

Seperti yang saya gembar-gemburkan, keadaan kulit saya (dan kami semua tapi tak termasuk husband sebab dia Irish HAHAHAHA) mengalami kekeringan, kemerekahan, kegatalan dan kebintik-bintikan merah sempena cabaran musim sejuk di Australia. Dan saya mengalami masalah kulit terpaling hebat, orang lain pon kalah. Big applause! Eh takyah applause, malu sikit.

Pada mulanya kulit saya terasa pedih di bahagian seluruh tangan. Esoknya terus kelihatan luka-luka dan bintik-bintik merah yang sungguh menjengkelkan. I sedih sekali. Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, keadaan tersebut merebak ke seluruh bahagian kaki pula. Omaigod I terus histeria di situ. Gambar tidak dirakamkan. Tak mahu menyimpan bukti bahawa saya pernah mengalami kondisi kulit buruk sedemikian rupa. Nak padamkan dari sejarah. CEH.

Namun malang tidak berbau *%£”^*@%£@! Masalah ini telah kelihatan pada kulit muka pula lalu menjejaskan rupa paras. I bertambah sedih malas nak jemur kain basuh kain atau lipat kain dah. Eh tetiba pulak. HAHA. Tak tak. I bertambah sedih sampai malas nak bergaya sebab muka buruk bergaya macam mana pon buruk jugak oh sedih sekali T___________T Saya simpan diri dalam bilik langsung tak mahu jumpa orang. Okay tipu. Habis yang berjalan keliling Gold Coast naik gunung apa semua tu siapa? Okay takyah jawap.

Tapi bersyukur sekali ke hadrat Ilahi. Dengan limpah kurnianya …. eh macam ayat sekapur sirih. Boring ah Chika neh. Okay tak tak. Kita tulis ayat macam biasa takyah sekapur sirih. Saya bersyukur sebab keadaan kulit muka tak seteruk yang berlaku di bahagian tangan dan kaki. Cuma merekah, mengelupas, kering dan terkoyak. Eh tak terkoyak.

Tapi keadaan ini sangat menjejaskan hobi mekap saya. Habis nak mekap pon kelihatan tidak smooth dengan adanya kulit yang kering dan mengelupas. Muka nampak suram tak bermaya. Lebih menyedihkan, nak gelak pon susah. Sebab kulit terlalu kering. Bila tergelak besar-besaran je, habis pedih macam kulit tegang nak terkoyak. Sedih I tell you.

Jangan tunggu lagi. Bertindak!

Malam Khamis itu kami ke Garden City untuk mendapatkan moisturizer terbaik. Tapi tak tahulah yang terbaik tu seperti apa. Maka telah menemui Christian Dior. Saya suka Christian Dior sebab bau dia wangi HAHA. Eh bukan kau neh gemar semua pon gemar ke? HAHAHAHAHA. As long as bukan skincare product from US, I would always love to try. Mostly skincare and make-up product from US saya tak suka. Saya suka brand from France most of the time.

HYDRACTION.

Deep Hydration Rich Creme.
Salvation for dry skin.
”HydrAction’s ultra-rich creme brings intense softening and instant comfort to parched skin. Its unique formula provides a surge of deep hydration and protects the skin with an invisible veil that retains moisture” -http://beauty.dior.com

Deep Hydration Radical Serum
Offers skin deep moisturization for visible effects

I love free gift, miniature and trial products.
Sales assistant siap tanya, if I need anything else (free sample) dia akan bagi saja.

Selalu saya shopping dekat KL, sales assistant kedekut. Beli lah melambak mana pon, jarang dia nak bagi free gift banyak-banyak. Pernah one time saya shopping dekat Robinsons The Garden, sales assistant tu kata tak ada free gift dia boleh bagi. Saya tanyalah dia, tak akan miniature pon tak ada. Dia kata tak ada. That was weird. Saya suruh dia tunggu kejap. Saya pergi jumpa sales assistant lain. Saya tanyalah dia, tak ada pouch ke apa come along with the set of product yang saya beli. Nah, ambik kau. Dia bagi one big sling bag (omaigod I suka) dengan 2 miniatures. Jahat kan sales assistant yang pertama tu. Sumpah jahat. Saya rasa dia nak rembat my free gift buat koleksi sendiri. Eh kau nak all those free gifts tu kau belilah product. Hina ah rembat-rembat customers punya.

Nasihat kepada semua, kalau pergi counter mana-mana product untuk purchase barang-barang secara banyak (one set contohnya) jangan malu mintak dia macam-macam free gift. Designer’s product biasanya memang akan bagi. Adalah kejadian aneh kalau sales assistant taknak bagi. I dah kena beberapa kali okay. Even sometimes kalau anda beli single perfume pon, anda masih layak menerima free gift. Sumpah tak tipu.

Antara free gift. One make-up pouch. Mascara dan eyeliner. Saya tak berapa suka mascara CD. Saya prefer Lancome. Free sample of make-up base and moisturiser (day used) Err. Saya dah try liquid foundation CD. Saya rasa, saya lagi happy pakai Clinique. Walaupon saya dah kiss goodbye dengan semua skincare product from Clinique, tapi liquid foundation dia masih yang terbaik. Kalau boleh tak nak try yang lain ah. Tapi honestly, Clinique didn’t work on my skin. I dah leave them alone dekat Malaysia. HAHA.

Free miniatures.
Miss Dior Cherie and Dior Homme Sport (for men)

Saya rasa bau dia too Datin. Bau-bau yang macam ni biasanya akan menjadi sangat enak dan luarbiasa semasa kita berpeluh. Tapi saya tak berapa suka bau yang strong macam ni. I prefer Jador.

So Chika, apakah kesannya penggunaan Christian Dior kepada kulit ada? Belum tahu lagi. Baru pakai beberapa hari. Harap tidak mengecewakan sebagaimana yang berlaku dengan Clinique. Membazir sangat. Tapi kulit kering pada bahagian mulut sudah tiada. Yahooooooo.

Itu cerita masalah kulit muka. Sekarang kita cakap pasal kulit-kulit lain pula. Tangan dan kaki dan seluruh anggotanya. Eceh. Oh yang tu takyah ah pakai Christian Dior. Pakai jenama farmasi sudah. HAHA.

Terry White Chemists.

Ini Sorbolene Cream. Disarankan oleh doctor tahu. Doctor Ahmad Hizwani HEHEHEHE. Cream ini sungguh luarbiasa. Baru pakai dua tiga kali, sudah menunjukkan kesan yang memberangsangkan. Takjub sekali. Elok dipakai semasa winter dan kalau tempat anda tak ada winter, pakailah semasa mengalami kekeringan kulit. Memang disarankan.

Vaseline untuk bibir. Dan Ellgy Plus untuk tapak kaki.

Perfect.

Saya harap masalah kulit saya akan diatasi. Saya sanggup lakukan apa sahaja. Lautan api tak akan ku redah. HAHAHA.

Recent Entries

40 Responses to “Christian Dior : Winter Skin”

  1. zulfitry.com Says:

    hurm…wah krim mahal..tuh….
    hehe…
    insyaallah masalah kulit anda akan diatasi..jumpalah dermatologi..huhu

    chika Reply:

    takpe. Belum terlalu hebat lagi. Tunggu kalau dia teruk sangat sampai kulit dah tak macam kulit baru jumpa dermatologi. HEHE

  2. lyana si permaisuri Says:

    teruskan usaha..!
    semoga anda sihat kembali yeh

    uwaa.. i no first ke tak nih.?

    lyana si permaisuri Reply:

    uwaaaaa nombor dua..
    sob sob nangisss…

    chika Reply:

    saya sehat Alhamdulillah.
    :P

  3. tisha fierce. Says:

    wohoo..
    terrywhite ROXXXX
    err..tp kat aku redwin na.. hahaha

    chika Reply:

    yang kat kau tu a bit thin. Aku punya ni thick. Aku kan masalah besar :P Ni doctor cakap tau bukan aku. HAHA

  4. Mel Says:

    Chika..masa akak kat Down Under for 2 years….moisturizer adalah kawan baik ku..hahaha. Tapi masa tu studentkan…so BODY SHOP aje ler yg termampu….sronotnya ada org sponsor DIOR set tu….mahal tuuuu!!! Lepas ni makin cun melecun ler muka chika….;-D

    chika Reply:

    tak cun pon tak pe asalkan kulit sehat T___T hahahahaha.

    saya pakai body shop juga. Untuk mata dan dia punya shower gel saya suka :)

  5. kdee Says:

    hehehee..kalu kulit alergik leh pakai ke?

    chika Reply:

    Yang Sorbelene cream tu rasanya sesuai untuk kulit alergik jugak. Dia medical cream

  6. nashrex Says:

    meletop2. semua dior. haha

    chika Reply:

    eh tak de ah semua dior.
    bedak pakai johnson jek. HAHA

  7. Noi Says:

    Semoga kulit cepat sembuh.
    Noi plak ada masalah allergic T__T
    Pakai lah cream apa pon, memang tak baik. Caranya, jangan makan seafood. Tapi seafood sedap. so how? say no to seafood.

    chika Reply:

    dulu saya pon tak tahan makan seafood. Tapi makan je. Lama2 okay. Badan dah membentuk daya tahan sendiri. Eceh.

  8. Ib Says:

    hehe… bestnye nurul!!!

    i just bot neu perfume gak! hehe… sean john unforgivable… hehe…

    chika Reply:

    apa yang bestnya?
    masalah kulit neh. Ini hal serius.

    HAHA

  9. atom Says:

    saya tak penah tau pun kalo beli barang2 make up ader free gift.hmm. bagus2. terima kasih kerana memberi info yang terbaik kepada pengguna-pengguna yang tak tau nih.huhu

    vaseline dan ellgy mmg terbaik ntuk kulit kering n merekah.hehe.

  10. Masy Says:

    dlm byk2 menda yg chika tulis, hanya vaseline je yg akak guna. yg lain2.. sayer tak mamfu nok beli huhuhuuh

    *menangis hiba*

  11. ilyanie Says:

    Vaseline untuk bibir adalah terbaek.Cayalahh!

    Wah, Dior tuh beb. hebat. hebat!

    Tapi ellgy tak try lagi. O.k ek? Berkesankah?
    Kaki ai da merekah2 sikit kat tumit ni.
    Selalu sangat pakai heels, tapi tanak sayang kaki

    =)

  12. shay Says:

    harap kulit chika kembali sihat dan gebu…

  13. cluelessbaby Says:

    huhu… kt ukm tgh sgt panas…
    org yg da cukup gelap ni pon terasa mcm kene sun burn…
    da la pedih n gatal kulit muka ni…
    bley plak nk mengelupas…
    huhu… da xtau nk watpe…
    skrg da xnk pakai pape…
    takut makin truk…

  14. manje Says:

    ‘bau dia too Datin’
    oh wow chika?
    isk.

  15. dira Says:

    woh dira nye hantaran perfume masa kawen miss dior cherie dan homme lah..best bau die, sweet je mcm Datin yg comel dan ceria mcm dira…hahhahahahhahaha..siot je buat lawak kat blog chika!

    semuge skin chika cepat2 cantik semula ye babe?

    chika Reply:

    HAHA. Bila pakai Miss Cherie kena feel datin tau. HAHA.

  16. sudah di KL Darul Jerebu Says:

    Kat Malaysia, kadang2 free samples pun dijual balik :(

    p/s Pakai olive oil juga berkesan + murah :)

    chika Reply:

    Olive oil? Tell me more pleaseeee..

  17. nono Says:

    huishhh.. punya la banyak dia beli. are you sure mmg kena dengan your kulit? dah consult specialist tak? sebabkan, ada kawan main guna2 je without consultation and makin teruk jadinya. you need to be extra careful puan chika… yang my friend tu guna skII and some other expensive products.. but still the result doesnt came out good as what she was expecting.

    chika Reply:

    you’re right. Macam I cakap, last time I try one set of Clinique langsung tak bagus on my skin. Lagi2 toner dia. Too strong. I tak pernah consult specialist tapi I tahu my skin jenis sensitif. Usually tak boleh tahan dengan toner atau facial cleanser. Thats why I try 2 skincare saja from CD. I tak berani try toner atau facial cleanser dia. Tak pela. I would always love to try HAHA. Kalau tak berkesan, I’ll stop T____T

  18. ingin tahu Says:

    k.chika! sorbolene cream boleh guna untuk kulit alergik x? contoh mcm yang alergik sabun…n agk2 berapa harga dia ?? please..

    chika Reply:

    Boleh. Sorbolene bukan daripada element sabun so basically dia okay untuk kulit alergik sabun. Dia jenis medical. Rasa soft je, tak strong. Kalau dekat sini akak beli around 6 dolar je. Dalam RM18 :)

    ingin tahu Reply:

    thanx…nanti nak cari dekat farmasi… :)

  19. ijat Says:

    kat msia pun dgn cuaca tunggang langgang boleh buat kulit bmasalah kak chika…kulit2..

  20. tya Says:

    org kaya je pagi dior..proactive sudey!

    chika Reply:

    proactive i pakai jugak okek.

  21. aini st lucia Says:

    hi,saya pun duduk kat brisbane jugak..memang sejukla winter kali ni,lagi dasyat dari last year..kulit saya pun ade merekah2 jugak,tapi takla sekronik chika..bila dah start mengelupas2,saya guna precious cream l’occitane (eh,betul eja nih?)..memang berkesan…dua tiga hari je dah nampak kesan..kalau produk cd tu tak ok dgn kulit chika,tryla l’occitane..eceh..iklan tak berbayar betul la,heh

    chika Reply:

    oooo l’occitane berkesan heh? Okay okay. Will give a try nanti :)

    Awak duduk kat area mana? Sejuk sangat kan sekarang ni? Lagi2 pagi. Tapi this week macam okayla. Tak sesejuk last two weeks. Malam pon dah okay takyah nak sengsara menahan sejuk. haha.

  22. aini st lucia Says:

    saya kat taringa,dekat ngan uni of queensland,campus st lucia..tu lah,malam semalam pun tak sejuk sangat,kira okay lah..haa,hari tu sy ade baca entry awak kata susah nak cari kaya kat sini..adalah..dekat asian store st lucia ni..sy pun br tau ade jual kaya kat sini,excited gila…hari2 brekfes roti+kaya+butter=heaven..tak pandang dah nutella,heheh..iskk..promote lagi..lagha2..heh..

    chika Reply:

    ada kaya?
    nak pergi nak pergi tengok.

  23. imcepe Says:

    blog y mghantui ari2 eh hari2 realku..hahaha

Leave a Reply