Architecture Student Kena Poyo Sikit
Eh breakfast kaya dengan roti gardenia pagi tadi sumpah powerful ah. Sepanjang hari ni berasa sehat bertenaga naik turun tangga main game main microsoft paint (eh loser gila HAHA photoshop tak mampu running dengan pc miskin ni T___T sobsobsob) dan bertenaga juga jadi tukang jawap phone HAHA. CEH. Padahal memang kena jawap sebab semua call pon carik saya. Artist phewwit phewwit.
Dah lama tak rasa sehat bertenaga seperti hari ini t____t Eh apsal nangis? Tangisan kegembiraan nama dia. Membuat macam-macam kerjaan sampai keluar keringat petani. Eh teringat iklan sebutir nasik, sama macam setitis peluh petani. CEH Raja Farah sumpah annoying. Ewah mengata dulang paku serpih. Saya pon annoying jugak suka buat entry dengan topik mendadak-dadak. Annoying bukan?
Pada tengah harinya sebok berchatting dengan Astri. KAH KAH KAH. Apa best lah bukan chatting dengan Astri. HAHA. Loser sangat. Eh kami berbincang pasal seat dalam flight ah. Rakan saya ni tak tahu kenapa kecoh sangat mempikirkan seat padahal Chika steady saja. Asalkan dapat seat passenger. Kalau dia bagi seat pilot ke apa barulah nak kecoh buat surat berkepala semua tanya kenapa? kenapa? Kenapa I dibagi seat pilot I sukaaa. Eh gedik ah tetiba.
Kejap ah. Macam tak suka ah buat entry neh.
Kemudiannya Farah anak Doctor Helmi call. HAHA sumpah comel panggil Farah anak Doctor Helmi. Farah mentaburkan janji palsu. Cakap nak datang rumah saya pukul 4 petang. Kami tunggu sampai ke pukul 6 tak sampai-sampai jugak. Sampai naik resah kami semua (emak, saya, Astri dan Mak Yang) Kemudiannya berlaku silap mata yang begitu ketara. Dari tepi tembok rumah saya, kelihatan kepala Farah seorang. Saya pon berasa cukup frust sekali. Eh sekali pulak. Saya pon berasa cukup frust berkali-kali. Dia kata nak datang bawak Iman, Finas dan Dayah. Tapi apsal nampak kepala Farah sahaja?
Cuba teka sekarang kenapa? TETTT. Okay dah habis masa dah takyah teka. Sebenarnya itu silap mata. Tembok rumah saya kan tinggi. Sebab tu lah nampak Farah sahaja. Sebab hanya ketinggian dia yang menandingi ketinggian tembok. Orang lain semua belum tinggi lagi atau dalam kata lain, takyah harap ah nak lawan tembok. HAHAHAHA. Sangat magik. Bila dah sampai depan gate, barulah nampak tiga kepala yang lainnya. HAHA. Sumpah comel buat silap mata petang-petang. Dah lah lambat, pastu buat magic show. KAH KAH KAH. Eh macam takyah cerita ah kisah tembok tinggi nampak Farah tak nampak rakan lain semua neh *^%##%$@$# Well, I generous tonight.
Sekarang cuba teka pulak kenapa Farah datang? Teka ah cepat belum habis masa lagi. HAHA. Okay salah CEH sumpah ah annoying dia ni. Jom ah blah malas baca dah blog Chika. HAHA.
Semalam saya dengan Astri pergi UKM untuk memancing udang. Ceh tipu. Untuk berjumpa rakan-rakan. Sekarang saya baru tahu budak-budak studio dah makin maju dalam berhibur. Dulu zaman saya anak dara (HAHAHAHA) Eh apsal gelak ini serius. Dulu zaman saya belajar, kami berhibur pon setakat bukak clubbing dalam stor. Pastu pasang movie remaja gedik Amerika. Atau kalau nak lebih happening secara terbuka, kami lawan main Zuma atau game-game poyo yang sepatutnya dimain oleh orang poyo. Tapi orang cool macam kami pon (ehem) main juga game poyo tersebut siap boleh sengsara jatuh atas lantai frust keluar hingus semua ah. Punya histeria main.
NAMUN.
Budak studio ketika ini dah pandai dah clubbing siap dancing dalam studio. Dalam cahaya malap. Sumpah masalah sosial HAHA. Kalau Pak Guard atau Pak Arab fakuti tahu habis korang semua kena tarbiyah macam kami dulu kena sebab masa Maghrib pasang lagu Cranberries. HAHA. Dasar budak architecture. Patut ah Pak Arab berbulu je tengok kita semua. Eh tapi kami solat tau. Bukan tak solat cuma lepas solat turun Studio terus on Cranberries. Well, teen spirit what to say.
Eh apa tadi saya cakap budak studio sekarang clubbing menari-nari dalam studio? HAHA. Kejap ah jangan gayat dulu. Bukan clubbing seperti yang anda bayangkan di kota metropolitan. Mereka clubbing secara dancepad. HAHA. Eh macam loser pulak. HAHA. Mana ada loser. Sumpah fun. Siap tarik kerusi suruh Kakak Nurul duduk jadi penonton. Saya pon duduklah menonton mereka sorang demi sorang dancing di atas pad tersebut. Khusyuk gila saya menyaksikan persembahan mereka. Farah memang terbaik ah. Main game macam dancing hebat sangat je. Eh kau dah biasa heh buat kerja macam ni. Ingat Allah ingat Allah. HAHA. Sangat menseronokkan melihat gelagat budak-budak junior neh mencari hiburan.
Siapa kata loser tadi, keluar! HAHA. Kalau dah duduk 24 jam dalam studio menghadap projek, memang kepada jadi desperate sangat. Sampai terpaksa mencari hiburan terbaik ah. Dah tak kira dah hiburan tersebut loser atau tak, poyo atau tak, mesti jadi FENOMENA juga. Kalau tak, tak adalah Paralympic Badminton pon boleh jadi satu hiburan buat kami suatu masa dahulu.
Tahukah Paralympic Badminton tu apa? HAHA.
Sumpah kreatif. Bila dah terdesak sangat kepala dipenuhi tekanan kerja, kami pon akan mula keliru dengan identiti diri. Otak jadi tak center. Pukul 2 pagi, tarik kerusi studio yang beroda tu keluar dari studio. Bawak ke tengah-tengah fakulti. Kemudiannya kami pasang ah kain rentang jadikan net. Sorang duduk atas kerusi. Sorang jadi tukang tolak. Pastu lawan ah badminton secara orang kurang upaya. Konon-konon kita cacat ah kaki lumpuh atau kaki kudung. HAHAHAHAHA. Sumpah sedih bila ingat. Tak percaya saya pernah main perlawanan badminton bajet cacat. KAH KAH KAH. Main ramai-ramai. Pastu penat, terus pergi kedai mamak carik nasik lemak ayam. Balik dari makan dah mula tumpas kekenyangan. Pastu mula dah lupa dunia. Kerja semua tak ingat dah. Naik surau, tidur berjemaah sampai Subuh. HAHAHA.
Surau perempuan memang tempat tidur terbaik ah. Carpet cantek terbentang. On aircond. Bawak bantal masing-masing. Pastu sejuk. Pakai telekung. Tidur. HAHAHAHA. Eh best gila ah zaman tersebut. Pastu selepas Subuh, masing-masing bangun dan mekap. Eh tu macam kerja Chika je? HAHA. Kena ah mekap touch muka habis takkan nak kasi budak engineering tengok muka bangun tidur belum mandi semalaman duduk studio. HAHA. Yang anehnya, selepas Subuh terus membawak muka ke cafe. Dah kenyang breakfast apa semua barulah balik ke kolej kediaman dan sambung tidur di hostel. HAHA. No wonder pagi-pagi studio lengang. Semua student balik hostel tidur. Sebab kami ni aktif pada waktu malam. Selagi tak jam 10 malam, selagi tu lah tak mula membuat drawing. Yang kami lakukan ialah berpoya-poya gaming, marathon movie, berbual hujah berapi-api macam hal fakulti tu tanggungjawap kita sangat je padahal kita tak penting pon KAH KAH KAH. Dah malam barulah menggelupur buat kerja. Barulah nak senyap sikit. Itu pon sikit jah. Bila ada yang mula memetik guitar, habis. Kena stop kerja menikmati bunyi guitar dulu. Atau pon bila ada rakan bajet rajin buat kerja khusyuk sambil membuat aksi pelik tanpa menyedari dirinya diperhatikan, kami pon ambil kamera dan rekod senyap-senyap. Atau pon mencuri snap gambar rakan yang tertidur aksi aneh. Bila dia carik pasal kelak, kita pon ugut nak bubuh gambar aneh dia dekat friendster (masa tu FB mana ada ah, Friendster dikira terbaik dah)
Seronok ah bila ingat kehidupan sebagai pelajar architecture yang nak kata cemerlang sangat pon tak ah. Tapi setiap semester pon lepas dan boleh grad on time. Kira bersyukur ah. Lagipon kalau jadi student architecture tapi tak pandai bersosial sangat rugi. Nak jadi architecture student, kenalah pandai jadi orang poyo dan bajet cacat sikit. Kalau muka serius, oh please ah jangan masuk studio nanti susah nak hidup. Pastu kenalah pandai curik tulang sebab itulah sebahagian daripada hiburan percuma yang ada. Curik tulang pastu bentang tikar bawak meja. Tidur dengan rakan-rakan. Biasanya tidur dengan Ainul sebab dia pandai setting tempat tidur best. HAHA.
Kepada yang pernah mesej dekat Kakak Chika tentang kekeliruan samada nak buat architecture atau tidak. Samada architecture best atau tidak. Samada architecture killer atau tidak. Perkara pertama, nilai diri dulu. Suka bersosial tak? Bukan bersosial pergi clubbing mengorat phewwit phewwit. Atau sosial pergi pool party pastu ketawa besar-besaran lupa aurat ke apa. Bukan ah. Yang tu jalan yang tidak benar tak nice ah. Maksud bersosial, boleh bergurau, berkawan dan bukan lone ranger. Power Rangers merah? Yang tu tak apa sebab dulu dalam studio kami pon, ada rakan berciri Power Rangers Merah. Nama dirahsiakan. HAHA.
Kemudiannya, kenalah tahan mental dan fizikal. Sebab nanti kena maki dengan lecturer, drawing kena koyak atau kena conteng dengan Artline 0.6 (sumpah nangis dalam hati) dan kadangkala usaha 2 minggu tidak tidur menyiapkan drawing dengan perahan idea yang menggila itu hanya mendapat BULL SHIT dari pensyarah. Anda bayangkan. 2 minggu tak tidur. Tunjuk-tunjuk dekat lecturer, dia kata BULL SHIT. Pastu dia cakap ni architecture ke atau setinggan neh apsal buruk sangat? Makan hati ah sumpah malas dah nak hidup rasa nak tidur je. Pastu tidur ah apalagi. HAHA.
Seronok ke architecture? Seronok. Tapi sebulan sebelum final submission memang sumpah menyesal dunia akhirat belajar architecture. Sengsara macam tiada esok hari lagi. Dah ah tak boleh tidur. Siapa tidur memang hina ah. Pastu kena tekanan dari pensyarah dan rakan-rakan yang suka berlagak best seperti nama dirahsiakan. HAHA. Dan pada minggu-minggu menjelang final submission, kamilah pelajar terhodoh dan paling selekeh dalam UKM. Tak ada siapa pon nak mengorat sebab selekeh sangat pakai baju yang sama dari semalam. Sebab tak balik-balik mandi. Pastu mata lebam. Mekap semua jangan harap ah dah tak sempat dah. High heels pon dah terpelanting bawah meja. Pakai flip flop saja. Tudung senget pon tak kesah dah. Muka semua tak siap.
Namun, menjelang final presentation, TING! Habis. Kamilah pelajar terpaling vogue pergi fakulti macam nak pergi Grammy Award ke apatah. Mekap semua tiptop. Yang lelaki siap long sleeves ah apa kejadah semua pakai. Yang selalu bau minyak rambut je, tetiba pada hari tersebut terkeluar bau perfume mahal. Oh sungguh happening. Yahooooo. Kami suka bergaya.
Sekarang dah malas nak ingat kesengsaraan menyiapkan projek senibina. Walaupon dunia remaja itu sangat indah, tapi ada dunia yang lebih indah yang sedang dinikmati ketika ini. HAHA. Tak melampau rasanya kalau menyifatkan, kehidupan saya sekarang ini jauh lagi membahagiakan dari yang sebelumnya. Cukup kasih sayang dan hidup penuh kecintaan merupakan nikmat yang tiada tandingannya. Saya sangat mensyukuri kehidupan rumahtangga saya. Dan saya tidak pernah menyesal meninggalkan zaman keremajaan saya yang dipenuhi kegiatan poyo dan annoying. Eh sekarang pon poyo juga. HAHA
Esok malam adalah penerbangan saya pulang ke Australia. Akan mendarat di Coolangatta Airport, Gold Coast. Akan mendakap suami yang dirindui sangat sangat tak tahu nak cakap apa dah. Abang I Love You <3
Panjang sekali entry ni. Siapa baca habis dah memang terror ah.




June 5th, 2009 at 1:57 am
aku agk terror di situ sbb aku baca smpai habis…
hahahahahha…
melalut macam biase ko nih…
hahahaha…
sekian~
June 5th, 2009 at 2:10 am
*menaip dgn sangat slow sambil mata terjuling sbb studio da gelap, semua pengsan dek semalam tak tdo dan tadi seharian buat lawatan ke daerah2 jajahan seluruh malaysia*
eh. hebatlah aku habis membaca entry ini eh?!
oh. sapa nak amik archi, sila sediakan:
1. ketahanan mental yg lebih dari kuat.
2. stamina dan kehyperan yg maksima
3. sikap kerjasama dengan kawan DAN lawan. nak taknak, bak kata wonderpets, APA YANG PENTING, KERJASAMA!! gado2 saket hati ngan rakan sestudio pun, kerja harus jalan.
4. otak yg sedikit senget.
sekian. mata da 3quarter closed neh! isk
June 5th, 2009 at 2:22 am
wa… terasa diri sgt terer skrg ni…
walaupon mata x brapa nk bley bukak…
dpt juga baca entry chika smpai hbs…
have a safe flight!
June 5th, 2009 at 2:27 am
burp…sendawa kekenyangan..
alhamdulillah…kenyang makan entry chika petang ni..hahaha…
tak terasa semalam buat mogok angkat sepanduk bila baca entry ni..
ingatkan dah tak merasa nak baca entry panjang…hehe
eceehhh, dah nak balik ausie..jangan nangis2 plak ingat kat msia :)
semoga selamat tiba ke pangkuan Dr. H..
eceehh..terbayang2 senyum melebar chika nak balik.. :)
June 5th, 2009 at 2:31 am
hahah..
sib baik la huda xdpt architecture dlu…
huhu..
klu x jd zombi la jugak..
mcm kwn huda sorg kt uia..
huhu..
yay!
bjaya baca smpai abeh setiap perenggan..
yeppiiiii!!!!
tp………….
chika nk blk aussie dh..
dh la x smpt jumpe lg..
minggu dpn br leh g KL..
sedey nye~~~~
chika take care ok?
will mish u..
harap 1 hari nnt kite dpt jumpe..
:P
June 5th, 2009 at 2:57 am
i bace smpai abis
haha. tror la tu eh?
wkakkaka..
erk.. esok mlm ke u blk?
June 5th, 2009 at 2:58 am
hahah.amik nafas. padanla tak pernah jumper chika kat zaba upenya sebok main paralimpik badminton kat kejut.kahkahkah.hebat
June 5th, 2009 at 3:39 am
Dunia archi memang best lah…nak ambil archi suma kna on…
ON Sentap
ON Stayup
ON Sosial
Bila masa nak OFF??
OFF hanya wakti tido ja :+
June 5th, 2009 at 8:10 am
ok ai terer,muahahaha.abes baca dah
June 5th, 2009 at 8:10 am
hahaha berjaya!suma bdk archi mmg gtu.xsume kot.spesie2 power ranger tak termasuk.kcian xtdo bnyk hari
June 5th, 2009 at 8:28 am
salam..kak nurul punya blog memang terbaik punya…lebih2 lagi entry khas untuk student architecture..hehehehe…n i luv architecture life…yeahh…
June 5th, 2009 at 8:36 am
yeaay… i terror sebab baca smpai habis..
tak tinggal satu word pon..
boleh masuk exam dah nih.. hehehhe
* chika suka buat entri mengusik kenangan
June 5th, 2009 at 9:30 am
saya juga kategori teror!hahaa…
June 5th, 2009 at 10:01 am
Architecture mmg cool. Kalu da keja lg cool. Siap bley maki client lagik. Heaven-nyerrrr..
p/s: selamat pulang ke sarang sis!
June 5th, 2009 at 10:01 am
huhu…berjaya baca smpai abes..eh..mmg akn abes sebab xpernah jemu bca cerita nurul..=)
i rase budak2 archi mmg cool..i suke tgk life bdk2 archi..kat UIA ni pon same cam korang…happening gile…i rasa korang tak annoying lah..korang best…n…sangat nmpak berkerjasama….walopun penat2 tak tdo..but still..hasilnya memberangsangkan…huhu..have a safe journey tonite..
June 5th, 2009 at 11:16 am
“Cool ker budak2 archi??”
“Cam tak cool jer!!!”
*Dush kena penendang beramai2 oleh warga studio tanpa belas ihsan!
Hoho..kesimpulannya, memang best walo ada sampai satu tahap memang macam nak gila tapi bila dipikirkan balik semua itu tersangat best,
Tersangat best menyakat dan mem-pyscho orang pabila kerja dah siap dengan membuat aksi-aksi mengemas meja dan bertandang ke meja jiran-jiran bertanyakan soklan bonus ” Ko dah stage mane dah?”
Tersangat best melakukan kegiatan-kegiatan tak berapa bermoral seperti menjerit-jerit dalam studio, melalak menyanyi lagu pelik2 serta kelabbing (tapi kelabbing bak kata Nurul tadi adalah kelabbing ala2 muslimah, no men’s allowed, half women buley..hooh..larikkkkkkkkk)
Ntah! we ols tak dapat fikirkan dah pun point2 next..dah lalok sebab semalam stay up..ON Stay up..tapi sapa suruh ko stay up?ayoma?
June 5th, 2009 at 11:20 am
Congrates kepada diri sendiri sebab berjaya habeskan bace entry ini.
tuh jek nak cakap HAHAHA~
Iye, ai tahu keseronokkan amek archi.
Ai tgk Farah pon da tahu betapa seronok dan hebatnyer amek archi.
HEHEHE~
=)
June 5th, 2009 at 11:28 am
NAIK MALAYSIA AIRLINES @ NAIK AIR ASIA ???
(^_^)
June 5th, 2009 at 12:19 pm
yeah abes..
saya terror..walaupon smpai juling mata membace satu-satu words..ekeke
nak balik da…drive safely..eh tak tak..chika tak bawak eroplen kan?keekke
June 5th, 2009 at 12:37 pm
ya allah Chika.
betul2 teringat game Zuma tu.
memang la zaman kanak-kanak universiti suke memain lawan2 Zuma.
June 5th, 2009 at 12:46 pm
ok sumpah memang abis bace.
1st comment tadi takut lupa ayat. haha.
zaman belajar mmg best lah.
paling best kawan-kawan.
pergh.
sape yg x nakal memang rugi lah.
haha.
June 5th, 2009 at 12:51 pm
selamat mendakap suami ;)
June 5th, 2009 at 7:51 pm
setuju2! budak archi kna ada ketahanan mental dan fizikal yg sangat kuat. kna mampu bertahan tidak tido beberapa hari, jna mampu menerima sumpah seranah ms presentation. jeles la studio chika kedengaran sgt fun. wish kt cni pun camtu,..tp x kot. =( nnt balik sambung kt msia ah. menarik. huhu.
June 5th, 2009 at 11:08 pm
akhirnya aku ke ukm july ni..
June 5th, 2009 at 11:37 pm
salam..dtg ukm ek…besnyer…sy pn ahad ni nk meninggalkan bumi ukm…ssh sngt nk pindah kuar dr bangi ni…mcm dh sebati je…huhu…ukm plg bes…
June 6th, 2009 at 12:17 am
chop! chika da tukar panggilan hubby dia jadik abang.. wah gile lah aku bole terperasan part ni. muahahhahaha.
June 6th, 2009 at 10:36 pm
nak balek aussie dah?
semoga selamat sampai sayang!
June 6th, 2009 at 11:11 pm
hahaha…kenangan mengusik jiwa… patut la bila selisih ngan budak hbp (di usm) nampak macam depa x nampak orang je…. suka part badminton paralimpik tu…mesti antu-antu pon lari lintang pukang tengok spesis nokturnal rampas territory depa…
slamat pulang ke pangkuan suami tercinta…
June 7th, 2009 at 8:56 am
slamat balik ke pangkuan hubby chika..
nak entry bergambar lah lps neh..
nk tgk perubahan fizikal kalau ada
hehehe
June 7th, 2009 at 10:02 pm
mcm best ar life bebudak architecture..satu ketika dlu pnh minat n tfkr nk ke arah tue tp bila ditentang oleh fmly tpaksa ar ikt kptsn parent bik accounting..cabaran tue kurang la ckit coz mmg ramai je girl yg grad accounting, just tpaksa bsaing bila nk masuk alam kerjaya..
June 15th, 2009 at 10:39 pm
ok cuuu lah nanti banyak update pasal tempat2 menarik di australia..yipeee..
dakap 24jam la nanti niiih…
hehhehehe
June 15th, 2009 at 10:40 pm
erk dulu kat lab kejut dira pun slalu main zuma..ngok ngek je rase…hahahha