Sakit Tapi Rock N Roll
Malam tadi sakit kepala bukan kepalang. Terlalu sedih atas kesakitan, tak dapat bendung dah keinginan untuk menangis sikit-sikit. Emak panggil masuk bilik emak. Emak picit-picitkan kepala. Bila ternampak muka bapa, terus kering air mata. TING! KERING! HAHA. Begitu dramatik. Mintak bapa membelikan yongtaufu. Sumpah perangai aneh. Nasib baik bapa penyayang. Teruslah keluar malam-malam mencari yongtaufu. CEH. Yongtaufu. HAHA. Nasib baik tak mintak pulut kuning rendang daging ke apa kalau tak, sumpah bapa tak layan.Sumpah kempunan. Sumpah lari malam masuk batu belah batu bertangkup. Habis rambut tersepit celah batu. Lagenda.
*&^$$^%%##%$%^%%#%&&%$
Ketika menikmati yongtaufu (sebenarnya aku tak berkenan betul nak sebut nama youngtaufu neh), saya makan dengan begitu tercabar-cabar. Tiba-tiba buat drama aksi di meja makan. Tolak mangkuk ke tepi lantas meletakkan kepala di atas meja makan. CHING CHING CHING. Begitu aksi. Tak ada niat pon menagih simpati ke apa. Tapi orang keliling meja semua membagikan simpati takda henti punya sumpah terharu T_______T
Mak Yang cakap, jom Mak Yang picitkan kepala jom. Saya pon terus rock n roll di tempat kejadian. Sumpah suka sekali bila dipicitkan kepala. Sungguh layan perasaan. Kemudiannya sambil dipicit-picit, sambil tertidur-tidur. Apakah punya nikmatkah tersebut sungguh menseronokkan yahooooooo.
Berjam-jam Mak Yang mempicitkan kepala. Sampai akhirnya Chika pon kembali ke bilik tidurnya sendiri. Habis takkan nak tidur dengan Mak Yang ih malu ah sikit. Dan setelah tiga minggu, malam semalam merupakan tidur terpaling TIDUR yang dapat dinikmati. Sudah tiga minggu lamanya tidur secara tidak tertidur-tidur.
*&^^$$#^*^@!#$@
Pagi ini telah bangun dari tidur dengan perasaan tertekan sekali. Sumpah menderita membawa ke syurga. Eh membawa ke sink. Sendawa takda henti terus mengeluarkan isi entah apa-apa dari dalam perut. Eh seronok ah macam neh. Lepas muntah pasti berasa seronok dan lapar. Jeng je jeng. Eh Chika, takyah buat bunyi ah. Annoying. Okay ah tak tak.
Lapar. Terus menselongkar kitchen dan terjumpa roti Gardenia. Roti Gardenia harus dinikmati sebab takda dijumpai kelak di Brisbane what the heels. Buka fridge dengan bunyi drumroll dalam hati, CHING! Ternampak KAYA. Bukan orang kaya. Tapi KAYA jem yang disapu dekat roti pastu makan ah sampai sebungkus roti pon confirm tak menyesal ah. Kaya memang jem terbaik ah takda tandingan. Habis kat Brisbane tak ada? Tak sure tapi macam tak pernah nampak saja. Habis kat Brisbane ni ada apa? Semua pon tak ada. Eh watch your mouth heh. Kat Brisbane ada suami. Kejap. Seperti terdengar muzik Makhluk Tuhan paling Seksi dalam hati. KAH KAH KAH. T______T Annoying lagi sekali. Chika, keluar skang!
Kejap ah. Entry belum habis.
Breakfast pagi ini telah diserikan dengan kehadiran orang KAYA, eh bukan. Dengan kehadiran jem kaya, sekeping roti Gardenia, 4 ketul chicken nugget (makan penuh iltizam) dan juga segelas susu susah telan. Tapi telan juga dengan iltizam. Pendek kata, bersarapan dengan penuh iltizam. Kalau tak cukup iltizam, memang lama dah jatuh mensembah bumi pagi ini. Err.
Tak lama lagi nak peluk …. eh ! Apa neh tadi cerita breakfast tetiba masuk pasal peluk. Chika, keluar ah sekarang!
Nak keluar ah ni.




June 4th, 2009 at 1:17 pm
peluk sape peluk sape nak jugekkkkk ;))
June 4th, 2009 at 1:32 pm
err, awk berbadan dua ke?
hehe..kalau ya, tahniah eh..
huhu
=)
June 4th, 2009 at 1:52 pm
chika pegnen ehhh???
June 4th, 2009 at 1:55 pm
chika dear;
“jeng..jenggg..jengggggggg…”
sangat ‘sesuatu’ pening dan sakit kepala itu sehingga termuntah²..
;p
June 4th, 2009 at 2:21 pm
salam chika.
masuk blog chika bila abg chime pernah tulis tentang blog chika sikit masa dulu.
saya suka cara chika menulis. chika tulis sesuatu yang mudah. tapi olahan chika buat orang terbuai. terus menulis chika!
June 4th, 2009 at 2:37 pm
chika pening?..
Muntah?…
Tak lalu nak makan?..
Ngidam?….
Doktooorrrrrrrr A, sila periksa chika sekarang..
June 4th, 2009 at 2:45 pm
What? Chika?
U pregnant ke?
whoaaaaa
kesian dia muntah n penin2 ea.
Alalalalaaa
get well soon.
da nk jumpa Dr.A dah kan?
confirm terus sihat hehehe
June 4th, 2009 at 2:47 pm
memang rock n rock la kalo sakit kepala ramai je yg nk tolong picit..
June 4th, 2009 at 2:56 pm
hahahaha! kelakar betul chika nih!
cara chika menulis buat akak sengih sorg2 dpn pc nih.
(pening?muntah??kena ‘buatan org’ laa tuuu…hehehe)
June 4th, 2009 at 3:15 pm
Sepertinya Chika sudah ‘mabuk2′..
Tahniah, kalau tekaan ini betul … (^_^)
June 4th, 2009 at 3:23 pm
baby kembar! amin~
June 4th, 2009 at 3:29 pm
sy x sbr nk tgu berita gmbira x lama lagi dr dr A n dr C he
June 4th, 2009 at 3:48 pm
aik npe ni skit2?dah ada isi yea….ummm take care…
June 4th, 2009 at 4:08 pm
bestnye chika dpt rmai pemicit kepala…
heaven..hehe
June 4th, 2009 at 5:06 pm
chika..get well soon! tapi kalo good news, congrats!
June 4th, 2009 at 5:21 pm
Cian nye dia…
Tapi sakit-sakit pun macam comel je…
Chika…naper kategori rangkaian sakit Chika tu semacam jer….huhuhu…
Pas ni balik Malaysia jangan balik sokrang2 k..
Bawa ubat skali…Baru sihat sepanjang masa…Esk Chika balik Brisbane kan…InsyaAllah sihat la tu…
June 4th, 2009 at 6:01 pm
hahahahaha.. chika sgt lawak la! ;p
June 4th, 2009 at 6:13 pm
yuhuuuu..chika peknen! yea! yea! sakit kepala..muntah segala..hahahha..ayok! ayok! cepat pegi cek!
June 4th, 2009 at 6:17 pm
Dah. Tu tanda-tanda lah tu. Tanda-tanda dah terkena buatan seseorang tu.
June 4th, 2009 at 6:59 pm
haishh…mcm best je bace…nurul..u..ermm…i doakan ade ‘sesuatu’ disebalik sakit kpala dan muntah2 itu…hehehe…balik brisbane cepat..mintak DR.A check..kalo btol sangkaan i..jgn lupe share tau…readers sume nk tau bite gmbira itu…=) safe journey esok ya….update ble da smpai sane..so that,kami…your readers tau yg u da slmat smpai..take care….
June 4th, 2009 at 7:30 pm
chika..
am having problem nk masuk sini
sgt kecewa dan merana.
panas buntut x dpt bc entry u..
huhu~~
cpt2 sembuh keyh
June 4th, 2009 at 7:41 pm
ok, i tunggu result u dulu.
pape esok2 baru congrats2 :P
June 4th, 2009 at 9:24 pm
ho ho ho.. kak chika. :D
June 4th, 2009 at 11:01 pm
waa….chika klu btol tekaan sy nih, congrats eh…hehe…=)
June 5th, 2009 at 1:34 am
woah. im not going to draw a conclusion eventhough i am in the same boat as the others.
do take care of your health. :)
btw, you got an award for being awesome! hehe.