Cupcakes Sinaran Cerah Beacon House

Memiliki sahabat baik memang indah sekali. Lebih-lebih lagi apabila sahabat baik tersebut pandai mengurut, mengambil hati dan memujuk. Eh tak tak. Itu kriteria kekasih sejati. HAHA. Annoying &^%$^&

Sahabat sejati ada kalanya takyah ada selalu. Seperti MSG dalam masakan. Kalau ada sedap. Kalau tak ada menyihatkan. Ajinomoto tu sejenis MSG ah. Kau memang ah kalau sebut Ajinomoto baru faham. HAHA. MSN tahu? Annoying lagi &^$#@%^

Seperti anda, saya juga mempunyai beberapa sahabat sejati. Kena cakap beberapa. Kalau cakap mempunyai seorang sahabat sejati, kang habis sana sini tarik muka HAHA. Selain berciri MSG (atau Ajinomoto), sahabat sejati juga boleh disamakan seperti bawang besar. Memedihkan mata namun diperlukan untuk menghasilkan cekodok ikan bilis yang sedap. Takyah bukti. Dah boleh agak dah macam manakah rasa dia cekodok ikan bilis tanpa bawang besar. Pasti tak berapa siap lah bukan cekodok tersebut? Untuk menyempurnakan lagi sifat seorang sahabat sejati, kita boleh samakan seorang sahabat sejati itu seperti beras. Kalau tak cukup air dia mentah tak boleh makan. Kalau terlebih air, dia lembek jadi bubur. Nyum nyum bubur ayam Mc D lazat sekali. Eh boikot ah. Eh habis siapa yang makan bubur ayam Mc D petang tadi sorang-sorang depan tingkap? *&$$^@

Untuk membuatkan beras menjadi nasik, sukatan air perlulah tepat. Begitu juga dalam persahabatan. Takyah memberi secara berlebihan. Dan takyah pula terkurang. Biarlah memberi dan menerima secara secukupnya sahaja. Itu prinsip saya dalam berkawan. Tidak akan membagi muka dan tidak pula bermuka-muka. Oleh itu, dalam banyak-banyak peribahasa Melayu, saya paling sukakan yang ini ; Buat baik berpada-pada, buat jahat biar bersepadu. Eh buat jahat jangan sekali. Saya tidak pernah buat baik dengan orang secara berlebihan. Jangan harap ah. Sebab kebiasaannya, saya tidak suka rugi. HAHA. Begitu keras bunyinya namun hakikat kejadian manusia memang begini. Dengan suami? Yang tu kes lain.

Antara sahabat baik terpaling saya sayang ialah Aizar. Eh tetiba dia online YM. Panjang umur. Amin. Kali ini saya tidak akan membuat senarai sikap baik beliau. Sebab nanti ada orang pergi hafal pastu buat jadi isu. Oh sungguh annoying ah.

Aizar pandai memasak. Saya pon eceh. Habis yang masak cekodok ikan bilis bagi suami makan tu siapa? HAHA. Eh tak adalah. Saya tidak sepandai Aizar. Kalau saya pandai memasak lebih dari Aizar, itu nama dia FENOMENA BARU. Kita semua belum bersedia untuk menghadapai fenomena tersebut lah bukan. Takyah nanti susah. Chika neh baru pandai masak cekodok ikan bilis pon dah riak dalam blog, bayangkan kalau dah pandai masak kurma daging kangaroo atau daging kambing beriyani ke apatah. Habis ah bertambah angkuh. Malas dah nak kawan dengan blogger yang tak pandai masak. HAHAHA. Eh gurau lah gurau. Habis kang keluar isu bukak forum ; PENULIS NURULISM.COM ANGKUH. Kang susah lagi kena buat police report dan menghubungi pihak berkuasa &^%#@#^&

Pada hari Sabtu yang lalu, Aizar telah datang ke rumah bersama ibunya untuk menghantar cupcakes buatan sendiri. Sungguh menseronokkan. Saya harap satu hari nanti, saya pon dapat membuat cupcakes dengan bentuk-bentuk haiwan Zoo Australia untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan. CEH. Tapi sebelum membuat cupcakes berciri Zoo Australia, saya harap saya berjaya buat cupcakes berciri jarum suntikan, pil-pil kesihatan, gunting pembedahan dan juga pisau. Sumpah ngeri ah tak lalu makan. HAHAHA. Atau cupcakes berciri Naruto dengan ucapan ; Nurulism.com VS Onemanga.com. Eh kejap. Ni masalah rumahtangga nama dia. HAHAHAHAHA.

Oh mungkin anda belum tahu. Cabaran terkuat nurulism.com ialah onemanga.com. Sakit hati kalau suami lebih memilih onemanga.com berbanding nurulism.com. Sayang tolong buat keputusan sekarang. Which one is your favorite? Apa? Onemanga.com? Dah. I balik Brisbane bulan depan. HAHAHAHA. Eh tak tak. Apa jadi pon I balik jugak minggu ni tak kira ah onemanga menang ke tak sebab hati dah tewas sangat dah tak boleh tahan dah habis *&%##$^&^%

Cupcakes seperti biasalah. Sejenis objek comel. Tak pernah tengok lagi cupcakes yang tak comel. Semua cupcakes pon comel. Apalagi, siapa tengah cari nama baby, letaklah nama NUR CUPCAKES confirm anak comel. HAHA. Eh gelak pulak orang serious ah. Habis anak lelaki? AHMAD CUPCAKES ah apalagi. Kang dah besar habis awek malas ngorat. HAHAHA.

Siap kotak. Aizar kau cakap betul-betul. Ni kau buat ke kau beli neh? Jangan mainkan perasaan rakan. HAHAHA. Sumpah comel tak boleh blah dah. Siap dengan box. Dan paling menterharukan, sekotak cupcakes ini disertakan dengan sebuah kad ucapan. Kepada Cik Puan Chika. Wah begitu syahdu ayat di dalamnya.

Cupcakes ini terdiri daripada cakes berperisa coklat, vanila, durian belanda, anggur mediteranian, lemongrass dan bertih jagung CEH mentipu anda. Eiiii geli pulak saya membayangkan cupcakes durian belanda. Omaigod what the &*^#%^^ Rasanya sungguh enak. Macam biasa. Aizar buat kek tak pernah fail. Semua enak. Sebab itu Chika selalu tak boleh lupa nak demand kek dari beliau. Dah lah baik hati. Pantang mintak, mesti buat.Cuma mintak kek buah je dari dulu tak dapat-dapat lagi. Tak apa. Next time kita mintak secara lebih formal siap dengan surat berdaftar kalau perlu.

Terima kasih Jaja (bapa saya sampai sekarang suka panggil dia Jaja. Saya rasa bapa saya sahaja yang masih kekal memanggilnya Jaja. Itu panggilan masa kami kecik-kecik) Kek yang enak sekali. Thanks sebab pandai baking. HAHA. Thanks sebab pandai urut kaki. Thanks sebab pandai hafal jalan pastu senang nak pergi sana sini ikut kemahuan saya. Thanks sebab caring masa saya sakit.

Selain Aizar, satu lagi orang yang tak boleh dilupakan sama sekali. Astri nama dia. Sumpah banyak berjasa sepanjang percutian 3 minggu saya ini. Memandukan saya ke sana sini. Well. I kan dah tak pegang kereta sekarang ni. Nak ke mana-mana pon harapkan Astri. Thanks Astri.

Walaupon kita bertiga selalu buat lawak annoying. Seperti lawak Tadika Sinaran Cerah Beacon House. Atau seperti lawak boat terbang. Atau juga lawak yang sepatutnya tak lawak sama sekali seperti takut dengan guard india dekat rumah Jullian, namun kita tetap tahu berseronok dengan lawak-lawak annoying tersebut. Kalau orang lain join kita dalam kereta, mesti dah lama dah orang tu terjun keluar ikut tingkap. Sebab dah benci sangat dah dengan kita yang annoying ni. HAHAHAHAHAHAAH.  Macam mana tak annoying, sticker kediaman Jullian gambar sport car kartun pon kita nak gelak. Belum lagi perangai Aizar yang suka menyampuk tak bagi salam. Pastu salah. HAHAHA. Rasa nak suruh je dia keluar dari kereta kan. Nasib baik dia rakan kita (dan pandai buat cupcakes) Kalau tak … *&^%$$^@! HAHAHAHA. With love.

Tak tahu sampai bilakah perangai annoying kita ini akan bertahan. Mungkin satu hari nanti kita tidak akan tahu lagi untuk menikmati lawak yang annoying. Sungguhpun begitu, saya suka sekali menjadi orang yang tahu menikmati lawak yang annoying. Mungkin setelah kita dimakan usia, kita menjadi lebih serius dengan kehidupan. Kita pon dah malas dah nak layan lawak yang annoying seperti ini. Atau mungkin lawak Tadikan Sinaran Cerah Beacon House tidak lagi menarik. Atau kita mungkin tak boleh nak bagi chance dah dekat rakan yang suka menyampuk tak bagi salam. We are growing older T__________T

Recent Entries

27 Responses to “Cupcakes Sinaran Cerah Beacon House”

  1. aiza89 Says:

    yami yami yami..yami..cumel, cedap, menarik, tertarik.yami yami

    chika Reply:

    nyum nyum

  2. liz Says:

    btol la chika…bile da besar (tanak gune tua..huhu) sket kite mesti da jadik serious lbh..n lawak2 yg kite ketawa bukan lagi lawak yg kite gelak guling2 splow tahun lepas..mahupon doplow tahun lepas mase umur kite 3 tahun..hhuhuh

    chika Reply:

    nanti kita pon nyampah dengan lawak annoying yg kita penah buat., haha

  3. ~JviperS2~ Says:

    Eh, I tak terjun pun~ I bawak selambe je with u all inside~ :P

    chika Reply:

    Sebab you pon annoying like us. So u don’t have to terjun keluar. Eh, Siew Ling pon boleh bertahan even she said we talked so fast she couldn’t catch it up. Tapi dia gelak jugak. HAHA. Lawak annoying untuk orang yang annoying :P

    ~JviperS2~ Reply:

    Oh ye ke? :P Org dari ‘oversea’, so skit la slower.. U all dah la pro ber’lawak’..so bg la chance ye~ :D

    ayza Reply:

    hahahahah…

  4. Saffa Says:

    We are growing older T__________T

    Selagi tak older.. chika teruskan menjadi ‘drug’ saffa kyh!
    nurulism adalah ‘drug’ saffa masa sedih.. :P

    chika Reply:

    korang memang ah suka bagi ayat-ayat touching T_______T

    menyentuh hati saya
    HARHAR

  5. Noi Says:

    tapi sampai sekarang enjoy berlawak cuma bezanya kadang-kadang orang tak paham.
    HAHAHA.
    I miss my old friends. The old good days.

    Tapi kawan sekarang pun best gak even sekarang ni dah keja, kat ofis pun cam sibuk ngan keja je, nak berlawak pun malas. Aihh

    chika Reply:

    Saya harap saya terus menjadi annoying dan menikmati lawak annoying. Dan saya bersyukur sebab suami saya pon pandai menikmati lawak yang annoying. HAHA. Barulah fun :))

    Bosan kan bila kita buat lawak pastu orang tak faham. Rasa tanak kawan dah degan orang tu. HAHAHAHAHAHAHAHA

    Noi Reply:

    HAHAHA..tulah pasal. Bosan Bosan!
    Pastu bila kita buat lawak, dia anggap serious. Iskk.. lagi bosan!
    Takleh beza lawak ngan benda serius.
    BOSAN BOSAN BOSAN!!

  6. aiza89 Says:

    kita makin tua atau makin dewasa?

    chika Reply:

    Tua dan dewasa.
    Hakikat kena terima
    HAHA

  7. haziqah Says:

    wah sahabat baik sam adgn mknan.perumpamaan yg sgt mnarik.bleh msuk kamus dewan alaf baru he

    aduh..mndapat cupcakes adalah prasaan yg sgt indah lg2 kalu buatan sndiri.sronok kn chika kn hehe

    cntiknye cupcakes zizar buat rasa nak order bleh ? ;)

  8. pattirmina Says:

    oh..*salivating!*
    the cupcakes sungguh comel!

  9. dira Says:

    letak nama anak chika nanti nur cupcake dan ahmad cupcake ye..mesti comel kan? dira tumpang hepiiiiii!! hihihi

  10. ayza Says:

    waaa…terharunye entry ade nama aku..ko saje nak wat aku T_____T..
    ko nak balik dahh..astri pon ada..oh..alone la sy dibumi malaysia sampai abes cuti semester nih..takpela,gi dating la ngan org lain..huhuhu..=P
    thanks sebab suka..nnt aku buat lain pulak..kek buah yer??huhuh..cupcakes buah ley x??haha..sekarang kemaruk wat cupcakes neh..cream puff..tart..
    nnt aku buat yer..tunggu ko balik lg 3 bulan nnt..time tuh da best sket(harap2 nafsu mkn da tinggi balik)

  11. chime Says:

    dulu saya ada jugak 2, 3 org sahabat rapat yg jenis2 handal lawak annoying ni… tapi bila semua dah kawin, dah jadi kurang sikit… pastu bila dah ada 2,3 anak, dah tak ada lagi lawak2 jenis ni… mcm tu lah putaran hidup…

    tapi kawan tetap kawan, sampai bila2 pun.

    Moga persahabatan chika dgn aizar dan astri akan terus kekal sammmmmpaiiiiiiiiiii bila-bila….

    cikgu BM tisha fierce. Reply:

    ye chime.. time kasihhhh..
    sangat stuju ngan contengan anda!

  12. yonnaism Says:

    cupcakes comel.aizar comel.perlakuan beliau lagi comel.ast3 lagi comel (bengkung jd bekung). korg mmg sahabat comel.

    chiiikaaaa,selamat kembali ke tanah brisbane! nnt bagi resepi cucur ikan bilis brisbane okeis ;p

  13. Ummul Says:

    sedapnya….

  14. Masy Says:

    nurul kek cawan
    ahmad kek cawan

    perghhhh pastu kawan2 panggil..

    norkap
    matkap

    sian budak2 tu… huuuhuhuh

  15. riyana Says:

    chika dah nk balik OZ ke?

  16. oshinz Says:

    cupcakes yg comel!!
    hahaha..
    rase syg mao makan la gitu.
    kotak tu bley frame buat kenangan.
    jgn lupe tulis tarikh sblom frame.
    kihkihkih..

  17. bozzo Says:

    bozzo pon minat onemanga…kah kah kah…kengkadang sampai lupa diri…

Leave a Reply